"Bodoh! Kerja senang macam tu tak boleh buat! Aku suruh kau langgar perempuan tu. Kau pergi langgar jantan tu kenapa! " tempik Aqeela bersuara nyaring. Bergema tempikan sekitar bilik tersorok yang ditemui mereka pada malam ini.
Kedua lelaki tersebut menunduk. Gerun mendengarkan jerkahan daripada Aqeela.
"Mana kami tahu yang lelaki tu nak lintas selamatkan perempuan tu. " ujar salah seorang daripada mereka. Kedudukan topi yang melindungi sedikit wajahnya dibetulkan. Dikerling sekilas rakannya di sebelahnya yang turut menikus
"Alasan bodoh apa yang korang bagi kat aku ni? Hah! ?" jerkah Aqeela berang. Ditendang kerusi yang berada berdekatan dengannya. Jatuh berdentum mencecah ke lantai.
Tidak cukup dengan itu, ditendang meja kecil yang tersedia dengan minuman dan juga makanan. Berselerak jatuh ke lantai. Pecah berderai berserak ke serata tempat. Kedua lelaki tersebut hanya mampu mendiamkan diri. Peluh yang merenik di dahi dibiarkan mengalir jatuh ke tulang pipi. Tidak berniat untuk menyeka.
Terasa mengigil tubuh mereka saat disajikan dengan amukan Aqeela yang tidak ubah seperti orang gila sahaja lagaknya.
"Kau orang tahu tak aku nak lelaki tu?" soal Aqeela Sania kuat.
Pantas kedua lelaki tersebut menganggukkan kepala laju.
"Apa yang aku suruh buat dan apa yang korang dah buat? "
Masing-masing kembali menunduk diam. Menggenggam sisi baju masing-masing. Cuba bertenang dalam diam.
"Jawablah aku tanya ni! Korang diam bisu macam patung dah kenapa! Jawab!! " sekali lagi jerkahan menusuk nyaring ke telinga mereka.
"Kau! Jawab! " tunding Aqeela kepada salah seorang orang upahannya.
Dengan nafas tersekat dan badan yang terketar-ketar didongakkan wajah memandang Aqeela yang sedang menahan berang dan amarah membuak-buak di dada saat ini. Menunggu masa untuk diletuskan lava kemarahannya.
"Bos suruh kami langgar perempuan itu. " jawab lelaki berkumis nipis tersebut dengan gagap. Terasa tidak terkeluar butir bicara daripada bibirnya.
"Then, apa yang kau buat? "soal Aqeela mencerlung tajam membalas tatapan lelaki tersebut.
Dikerling sekilas ke arah rakannya yang diam menunduk rapat memerhati ke lantai. Dijatuhkan kembali renungannya ke arah Aqeela.
"Tapi kami langgar lelaki tu.. " jawab lelaki tersebut perlahan.
"Bagus! Tahu pun. Dah tu sekarang ni macam mana? "
"Macam mana apa? " sahut salah seorang lagi yang sedari tadi menunduk.
Aqeela menapak perlahan merapati seorang lagi orang upahannya. Dibawa rapat wajahnya ke arah lelaku itu.
Pandangan kembali ditundukkan. Terasa menyesal kerana tanpa sengaja mengajukan soalan yang mengundang kepada amarah Aqeela. Terasa ingin ditampar mulut sendiri yang lancang mengeluarkan kata tanpa berfikir terlebih dahulu.
"Kau tanya aku macam mana? Kau tanya aku? Aku bos atau kau bos sekarang? " soal Aqeela sepatah demi sepatah. Ditekankan nada suaranya.
"Cik Aqeela bos. " sahut lelaki tersebut pantas. Sesaat pun tidak berlengah. Tangan yang mengigil digenggam erat.
"Aku nak tanya korang, macam mana kalau lelaki itu mati? "
Kedua lelaki tersebut segera panggungkan wajah. Seketika, bergetar bibir mereka ingin menjawab soalan tersebut. Tidak lama keduanya saling berpandangan. Terjegil biji mata keduanya.
Sedari daripada kejadian petang tadi, memang itulah perkara yang paling mereka takuti. Bermacam-macam rasa menghentam dada bila mana orang yang sepatutnya mereka langgar diselamatkan oleh lelaki yang bos mereka cintai. Namun, mereka sudah terlajak tidak boleh berpatah balik.
"Aku tanya kan? Jawablah bodoh! Kau diam dah kenapa?" kedua kepala lelaki itu ditunjal kasar. Sakit hatinya bila keduanya diam membisu tanpa sepatah kata.
Ikutkan hatinya mahu sahaja dibunuh kedua orang upahannya ini. Dia benar-benar marah kini. Lelaki yang dia mahu dan idamkan kini sedang bertarung nyawa di hospital. Entahkan selamat atau tidak, dia juga tidak pasti.
"Kami tak tahu bos. " ucap lelaki berkumis tebal itu perlahan. Dijeling Aqeela takut-takut.
"Tak tahu? Senangnya kau bagi jawapan kat aku. Tak guna! " tempelak Aqeela kasar. Turun naik nafasnya mendengarkan kata-kata semudah itu terlontar keluar daripada mulut orang upahannya.
Aqeela merapati lagi langkahnya ke arah kedua lelaki yang menunduk ke kaki. Jarak yang dekat membuatkan nafas masing-masing boleh kedengaran. Masing-masing berombak naik turun dada akibat rasa marah dan gentar.
"Aku bagitahu korang eh. Ingat, kalau sampai apa-apa jadi pada lelaki itu, jangan sesekali korang ingat korang boleh lepas daripada aku. Mark my words! " tekan Aqeela dengan nada dalam dan keras menampar cuping telinga kedua lekaki tersebut.
"Dah! Berambus sekarang sebelum aku bunuh korang! Jangan sampai aku ubah fikiran. Blah!!! " Aqeela menjerit kuat. Menghalau kedua lelaki itu keluar daripada bilik perjumpaan mereka malam ini.
Sejenak, terkocoh-kocoh diangkat kaki berlari keluar daripada ruang yang terasa menyesak dan menyempitkan mereka. Serasa mahu putus nafasnya saat melihat terselit sebilah pisau di tangan Aqeela. Bersilau tajam memanah ke mata mereka.
Aqeela diam membatu. Berdiri tercegat memandang kelibat kedua orang lelaki tersebut lari lintang pungkang daripadanya. Sehingga hampir sahaja keduanya tersadung dan tersemban ke lantai.
Sungguh pelik sikap manusia ini. Membunuh mereka tidak takut, bila mahu dibunuh tahu pula lari ingin menyelamatkan diri. Namun, begitulah. Bila wang menjadi taruhan, tiada lagi sifat kemanusiaan dalam diri.
Aqeela terjelepuk ke lantai. Setitis air matanya mengalir sebelum tangisan tersebut mula bertukar menjadi nyaring. Bergema setiap pelosok bilik yang suram. Sesuram hatinya kini. Pelbagai andaian kini bermain dan berlegar dalam ceruk fikirannya. Bagaiman kalau Benjamin mati? Bagaimana kalau polis ketahui?
Semua itu kini menyesakkan fikirannya. Sungguh dia mencintai Benjamin sepenuh hatinya. Dia menyayangi Benjamin tiada tolok bandingnya. Baru kini dia menyedari perasaannya yang tulus terhadap Benjamin. Oleh sebab itu, dia tega! Tega untuk merampas dan mendapatkan Benjamin walau dengan apa cara sekalipun.
Tetapi, ternyata hari ini dia silap percaturan. Orang yang sepatutnya dilanggar adalah bukan Benjamin tetapi Aulia. Mengingat kejadian tersebut, terasa membara api kemarahannya. Ditambah pula dengan kecuaian daripada orang upahannya bakal membawa mereka ke tali gantung jika benar Benjamin menjadi korban.
Arghhhhh!! Jeritan bergema. Rambut diserabaikan. Sungguh perasaannya berkecamuk! Hanya hela nafasnya semakin kuat.
••••
Aku berusaha untuk mencelikkan mata yang terasa payah benar untuk dibuka. Warna putih kelihatan bermain di mataku. Silau mentari pagi yang menerombos memasuki melalui tirai bilik mengganggu kornea mataku.
Lama aku terkebil-kebil. Cuba untuk mengembalikan ingatanku. Mencerna keadaan sekeliling yang aku rasakan sungguh berbeza sekali saat ini. Terasa seolah aku berada di suatu tempat yang terasa asing sekali bagiku.
Mata segera aku jatuhkan ke sekeliling sebelum aku jatuhkan ke tangan yang bersambung dengan drip di urat tangan. Terasa pintu ditolak daripada luar.
"Lia! Lia dah bangun sayang? MasyaAllah, alhamdulilah. Syukur padaMu ya Allah. " mummy menerpa ke arahku. Daddy dan seorang doktor turut menerpa masuk menuju ke arahku. Mummy dan daddy masing-masing mengambil tempat rapat di tubuhku.
Aku tergamam. Hanya mampu memandang mummy yang meluru laju memelukku yang sedang terbaring kaku di atas katil ketika ini. Kejap pelukan mummy di badanku. Seketika, terdengar esakan di bahuku. Terasa basah bajuku dengan lagu tangisan daripada mummy.
Mummy melepaskan pelukan. Dibelai wajahku bertalu-talu sebelum diberikan kucupan tidak berhenti di wajahku. Aku termangu. Daddy pula bertindak mengusap rambutku yang mengurai jatuh ke bahu.
Mummy dan daddy bergerak ke tepi memberi peluang kepada seorang doktor perempuan yang sedang tersenyum manis ke arahku. Aku diam tidak berkutik. Aku biarkan sahaja tindakan doktor muda itu yang memeriksa badanku.
Usai, dijarakkan tubuhnya dariku.
"Macam mana doktor? " soal mummy.
"Puan jangan risau. Anak puan dalam keadaan baik-baik sahaja. Mungkin dalam masa terdekat dah boleh keluar daripada wad. Cuma buat masa sekarang masih lagi dalam pemantauan kami. " jelas doktor muda itu petah.
Sekilas, kejadian tersebut kembali terlayar di ruang fikiranku. Kejadian aku sebelum dirempuh, Benjamin yang menolakku ke tepi dan akhirnya gambaran Benjamin terbaring kaku di tengah jalan terhenti di ruang mata.
Benjamin! Benjamin! Mataku membuntang luas. Bibirku terketar-ketar seolah mahu berkata sesuatu. Mata mula terasa panas membahang seterusnya menghasilkan air mata yang makin memberat di tubir mata.
Seketika, terdengar esakan kuat daripadaku. Terinjut-injut bahuku melepaskan tangisan. Mummy menerpa ke arahku. Disimpuhkan duduknya di sebelahku.
"Kenapa Lia menangis sayang? Bagitahu mummy. " mummy memujuk lembut. Wajahku dipaut kejap. Walaupun risau melihat anak gadisnya yang tiba-tiba menangis, dicekalkan hatinya saat ini. Kerana dia tahu asbab tangisan tersebut.
Daddy menunduk menekur ke lantai. Setitis air mata jantannya gugur melihatkan esakan hebat daripadaku.
"A..aab..abang." ujarku bergetar.
Wajah yang basah dengan air mata aku dongak memandang seraut wajah tua milik mummy yang turut merah menahan tangis. Keduanya diam. Hanya mampu memandangku dengan wajah sedih.
"Mummy, bagitahu Lia mummy. Abang mana? Dia macam mana? Dia okay kan? " tanyaku bergetar. Bertalu-talu soalan kuberikan mengetuk cuping telinga daddy dan mummy.
"Mummy, daddy! Tolong bagitahu Lia. Tolong jangan diam macam ni. Abang okay kan? " soalku sekali lagi. Namun, reaksi sama sahaja yang aku perolehi.
Hati mula berdegup cemas. Berdetak menghentam dada yang mulai sesak dengan sebak.
"Tolong lah bagitahu Lia. Tolonggg.. " rintihku pilu. Menggenggam erat kedua belah tangan mummy yang merenungku sayu.
Aku bingkas bangun. Drip di tangan aku cabut kuat. Aku menyeringai sakit. Menahan rasa ngilu yang menjalar di tangan dan seluruh tubuh. Namun, aku endahkan kerana sekarang keutamaanku adalah Benjamin saat ini. Apa yang aku mahu adalah Benjamin!
Aku melompat turun daripada katil. Mummy dan daddy yang sedar akan tindakan agresif dariku pantas menghalang. Mummy menarik kejap tubuhku dari belakang. Daddy turut membantu mummy.
"Lia nak jumpa abang. Please, Lia nak tengok dia. Tolong mummy, daddy! Lia merayu, tolong bawa Lia jumpa abang. Lia nak dia. Lia nak tengok dia. Tolonglahhhhh!! " jeritku kuat.
Mummy yang tidak betah melihat jeritanku yang bersulamkan tangisan yang terhambur kuat segera menarikku dalam pelukan. Aku menggelengkan kepala kiri dan kanan. Memberontak dalam pelukan mummy ingin meluru ke arah pintu.
"Lia, dengar cakap daddy sayang. Tengok daddy. " daddy memaut wajahku yang sudah berserabai dengan esakan kuat.
Aku berhenti daripada bertindak agresif. Aku diam. Memandang sayu wajah daddy saat ini. Tersebek-sebek wajahku menangis. Daddy tersenyum sayu. Diusap air mata di pipiku.
"Daddy bawa Lia jumpa Ben. Tapi janji dengan daddy, Lia akan kuat. Apa pun yang terjadi Lia akan kuat. Okay sayang? " ujar daddy sambil mengawal sebak yang bermukim di dada.
Perlahan, aku anggukkan kepala lambat-lambat. Kalaulah itu syaratnya yang harus aku penuhi agar dapat bertemu Benjamin, maka aku berjanji dalam keadaan terpaksa walau sekalipun hati aku tidak rela kerana aku tahu aku bukanlah sekuat yang disangka.
Daddy mendongak memandang ke arah doktor muda yang sedari tadi tercegat berdiri memandangku. Bukan niatnya tidak mahu menolong, tapi sebagai seorang doktor yang punya hati dan perasaan, dia juga turut terasa sedihnya bila mengenangkan orang yang dicintai tiada di depan mata.
"Doktor. Tolong izinkan kami melawat anak lelaki saya. Tolong, saya mohon. Kasihanilah anak perempuan saya.. " ujar daddy sayu. Merayu belas ehsan daripada doktor muda tersebut.
Perlahan, anggukan diberikan. Sebuah kerusi roda ditarik mendekatiku yang terjelepok di lantai. Daddy menarik tubuhku perlahan sebelum diletakkan dengan cermat tubuhku di atas kerusi tersebut dan ditolak menyoroti langkah doktor muda yang sudah selangkah dua di hadapan.
Beberapa minit aku ditolak oleh daddy, akhirnya kami tiba di sebuah bilik. Hanya ada beberapa penghuni sahaja di dalam wad tersebut termasuk Benjamin. Aku cuba sedaya upaya mengawal tangis. Air mata yang masih galak mengalir di kedua pipi aku seka kasar. Tangan pula aku bawa tenyehkan kedua belah mata. Namun, makin diseka makin galak ia mengalir. Akhirnya, lelah sendiri aku biarkan sahaja.
Daun pintu berwarna biru ditolak perlahan oleh doktor Shahrini. Dikuak luas memberi ruang kami bertiga melangkah masuk. Aku memejamkan mata. Cuba untuk menstabilkan perasaan sendiri yang sudah sedia libang libu.
Daddy menolak kerusi roda ke arah katil yang menempatkan Benjamin. Dari jauh aku dapat melihat Benjamin yang kaku terbaring dengan wayar yang berselirat di tubuh badannya. Hanya bunyi mesin hayat sahaja yang bergema.
Aku makin mempercepatkan tolakan kerusi roda dengan kedua belah tanganku. Daddy menghentikan kerusi roda di sisi katil Benjamin. Daddy mencangkung di sisi kerusiku. Dicapai tanganku lembut.
"Daddy tinggalkan Lia dengan Benjamin di sini. Ingat, Lia kena kuat. Ben perlukan Lia!" ujar daddy berbisik lembut. Aku anggukkan kepala.
Sejenak, daddy bergerak mengikuti langkah mummy menunggu di bangku luar bilik wad. Aku alihkan pandangan merenung Benjamin yang seakan nyenyak dibuai lena.
Aku bingkas bangun daripada kerusi roda. Aku berpaut kejap di birai katil. Cuba menampung kekuatan yang aku rasakan sangat rapuh saat ini. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh tersemban ke lantai.
Aku perhatikan lama seraut wajah cengkung Benjamin. Ia cukup menganggu fikiranku saat dan ketika ini. Tiada satu saat pun aku mengalihkan pandanganku dari membelek wajah tersebut. Bibir pucat, wajah cengkung dihiasi dengan mata yang terpejam terasa seakan nyawaku direntap dari tubuh.
Untuk kesekian kalinya, air mata yang memberat di tubir mata aku muntahkan laju. Saat ini aku sedar aku sebenarnya tidak cukup kuat untuk menatap seraut wajah yang aku cintai dalam keadaan kaku begini.
Aku rapatkan wajah ke arah wajah Benjamin. Aku belai semahunya wajah pucat itu. Wajah yang dahulunya tampan dihiasi dengan senyuman yang menggetarkan jiwa perempuanku, kini kaku diam. Hanya mampu terbaring memejam mata rapat.
"Abang, bangunlah sayang.. " bibir membisik perlahan.
Sekali lagi, hati terasa bagai dilapah-lapah mengenangkan keadaan kekasih hati. Terasa terhenti denyut jantungnya.
"Bangunlah sayang..Lia rindu abang. Abang tak rindu Lia ke? " ujarku tiada lagi rasa segan dan silu. Aku kucup semahunya seluruh wajah itu. Berharap agar sepasang mata bening itu terbuka luas membalas renunganku.
"Abang janji takkan tinggalkan Lia. Tapi kenapa abang taknak bangun? Dengan siapa Lia nak kahwin nanti. Lia taknak kahwin dengan orang lain, Lia nak kahwin dengan sayang.. " ujarku bergetar sebak. Setitis air mata mengalir menuruni pipi menimpa wajah Benjamin.
Perlahan, aku sembankan wajah ke arah dada bidang Benjamin. Aku usap wajah dan dada miliknya. Berharap aku dapat masuk ke dalam lena Benjamin dan seterusnya berjaya membuka sepasang mata itu kembali. Jujur, aku rindu. Rindu sangat-sangat. Pada masa yang sama aku takut. Takut untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
"Lia sayangkan abang. Lia cintakan abang. Cinta sangat-sangat sampai Lia tak sanggup kehilangan abang. Tolong, buka mata. Lia janji abang buka mata, kita kahwin terus. Lia takkan buat abang tunggu Lia lagi. " bisikku bergetar sebak. Aku capai tangan kaku Benjamin. Aku kucup lama tangan tersebut.
"Sabarlah sayang.." terasa satu sentuhan hinggap di bahuku. Aku menoleh ke sisi. Terbias seraut wajah mummy yang turut mengalirkan air mata.
"Mummy! Lia tak kuat mummy. Lia tak kuat tengok abang macam ni. Bila abang nak bangun, miy? " aku menyembankan kepalaku ke perut mummy yang berdiri tercegat di sisiku.
"Dah dua hari, tapi abang tak bangun pun. Abang tak sayangkan Lia ke? " soal ku sambil melepaskan tangis. Air mata kembali merembes laju.
Mummy menunduk merenungku yang lemah. Masih dia ingat kejadian semasa ambang kematian arwah suaminya, Dato Fendi. Dia sendiri menyaksikan betapa lemahnya si gadis meratapi kehilangan si ayah tersayang.
Kini, sekali lagi saat yang sama harus dihadapi oleh anaknya. Betapa luluhnya hati seorang ibu melihat si anak yang ditatang sepenuh kasih sayang terlentok lemah menangisi untuk kali kedua.
"Lia jangan menangis sayang. Ben akan sedar. Sekarang, Lia berdoa banyak-banyak. Minta supaya Ben cepat sedar. "
Aku mengalih pandang kembali ke arah Benjamin. Sekali lagi, aku rapatkan wajah ke arah Benjamin. Aku kucup lembut bibir yang pucat kering itu. Aku belai lagi wajah itu.
"Abang janji akan sedar kan? Lia tunggu abang tau. Lia tunggu abang sedar. Nanti Lia datang lagi jenguk abang. I love you sayang. Please, jangan tidur lama sangat. Lia rindu." bisikku rapat di wajah Benjamin. Sekali lagi sebelum berangkat keluar, aku kucup semahunya wajah itu.
"Kita balik bilik Lia ya. Nanti kita datang lagi jenguk Ben.. " mummy memujukk lembut. Dipaut tubuhku kembali ke kerusi roda. Aku lepaskan perlahan genggaman tanganku yang bersulam dengan jemari Benjamin.
'Nanti, Lia datang lagi. Abang kuat tau. Lia tunggu. '
••••
Sehari berlalu, menjadi dua hari dan hari ini adalah hari ketiga. Untuk hari ini, Benjamin belum lagi membuka mata. Namun, doktor yang merawat memberitahu kalau Benjamin berada dalam keadaan stabil dan beransur baik. Cumanya, mereka masih tidak boleh meramal bila Benjamin akan sedar.
Selama aku berkampung di hospital semenjak daripada kejadian tempoh hari, ramai rakan taulan hadir melawatku. Tiara dan Nelly hampir setiap hari boleh dikatakan mereka datang melawatku. Untuk seketika, urusan pejabat aku letakkan di bawah daddy dengan bantuan daripada Nelly.
Aku tahu jauh di lubuk hati daddy yang paling dalam, terbuku segunung rasa sedih dan risau mengenangkan satu-satunya anak yang dia punya masih belum sedarkan diri. Betapa hancur dan luluhnya hati si bapa saat diberitakan anak yang ditatang bagai minyak penuh kemalangan dan keadaan anaknya kritikal.
Aku mereung ke luar cermin tingkap wad. Sejak daripada aku sedar, air mata sudah seperti rakan baik. Sentiasa mengalir membasahi kedua belah pipi gebuku. Selama beberapa hari ini juga aku mengutip semangat bersandarkan kenangan dan kemesraan kami. Baru kini aku menyedari betapa berharganya kenangan-kenangan tersebut.
Sejenak, terasa pintu ditolak kuat daripada luar. Berkeriuk bunyi ointu tersebut menghentam dinding. Terjengul wajah Addy di sebalik pintu wad yang menempatkanku. Tercungap-cungap wajah itu memandangku.
Mummy yang duduk di sofa yang tersedia di sayap kiri penjuru bilik bingkas berdiri. Buah dan pisau yang digunakan untuk mengupas kulit epal diletakkan perlahan ke pinggan. Direnung wajah lelah Addy yang tercungap di hadapan pintu wad.
"Aulia.. " seru Addy kuat. Disedut dalam nafasnya.
Aku diam. Menelan liur yang terasa kesat. Dada mula berdegup semakin kuat. Aku diam tanpa memberi balasan.
"Ben..Benjamin..diaa.. " ucap Addy sebak sambil menggeleng. Terasa tersekat kata-kata yang mahu diluahkan. Hanya gelengan yang mampu diberikan bersama suara yang bergetar sebak.
Pantas, mataku terus membuntang luas. Aku menekup mulut rapat. Turut menggelengkan kepala laju.
Demi mendengarkan sebaris nama itu, aku terus membuka langkah berlari menuju ke wad yang menempatkan Benjamin. Tubuh Addy di ambang pintu aku rempuh kuat tanpa sedar. Laungan Addy dan mummy yang berselang seli memanggilku, aku biarkan.
Air mata yang mengalir jatuh di pipi aku biarkan. Tiada niat untuk menghapusnya sama sekali. Biarlah ia mengalir kalau itu yang dapat menghilangkan rasa sesak di dadaku. Larian semakin aku lajukan. Kedengaran derap kaki larian Addy dan mummy dari belakang.
Sampai sahaja di bilik wad Benjamin, aku tolak dengan sepenuh tenaga pintu tersebut. Seketika, aku tergamam melihat Benjamin yang sudah sedar sedang bersandar di kepala katil.
Suasana yang riuh rendah dan kelam kabut sebentar tadi bertukar menjadi sepi dan hening. Aku terpana! Benjamin terkesima! Seketika, kami berpapasan lama. Tidak betah lagi menanggung rindu, aku menapak perlahan selangkah demi selangkah maju ke arah Benjamin yang sedari tadi turut tidak lepas merenungku.
Mengenangkan langkahku yang semakin merapati Benjamin, mereka yang ada menepi. Memberi ruang kepadaku. Sesetengah daripadanya beransur bergerak keluar. Daddy yang kalut menyapu air mata di pipi turut bingkas bangun memberi peluang dan ruang.
Kini, yang tinggal hanya aku dan Benjamin. Berdua tanpa sesiapa. Dekat dan semakin dekat, akhirnya aku tiba betul-betul di hadapan Benjamin.
Perlahan, aku labuhkan tubuhku rapat di katil Benjamin. Benjamin terdiam. Hanya sepasang mata miliknya sahaja yang galak menjelajah seraut wajahku saat ini.
"A..abb..abanggg.. " seruku bergetar. Tangan yang dingin menggigil aku bawa menyapa wajah Benjamin.
"Sayang.. " balas Benjamin berbisik perlahan.
Mendengarkan panggilan manja tersebut, air mata terus terhambur keluar. Berlumba-lumba menuruni pipi. Aku rapati wajah Benjamin yang hiba menahan tangis. Aku kucup semahunya seraut wajah itu. Tidak berhenti sesaat pun aku membelai wajah yang aku sangat-sangat rindui ini.
Benjamin turut menitiskan air mata. Dikucup jemari kesayangan yang membelai wajahnya. Betapa dia bersyukur masih dipanjangkan umur, diberi kesempatan menatap wajah-wajah kesayangannya.
"Lia rindukan abang. Rindu sangat-sangat. Lia mohon jangan tinggalkan Lia lagi. Lia tak sanggup kehilangan abang. Cukuplah abang tidur beberapa hari ini. Cukuplah! Lia dah tak sanggup! " ucapku merintih pilu. Melagakan hidungku dan hidung Benjamin.
Aku sembankan wajah ke ceruk leher Benjamin. Menyedut bauan semula jadi kekasih hati. Aku menangis sambil tersemban di leher Benjamin. Terinjut-injut bahuku melepaskan tangis. Benar-benar aku keluarkan air mata yang selama beberapa hari ini aku cuba menahan seboleh mungkin. Ternyata hari ini aku benar-benar tewas.
Benjamin bertindak memelukku yang tersemban di ceruk lehernya. Dibelit pinggangku kejap. Aku diam. Aku kucup leher milik Benjamin. Sebelum pelukan Benjamin aku balas kembali. Lebih erat dan kejap. Seketika, kami berkeadaan begitu.
Masing-masing saling melepaskan kerinduan di dada. Mata tetiba terasa memberat. Seakan memaksaku untuk memejamkan mata. Lelah menangis aku akhirnya terlentok lena dalam pelukan Benjamin. Sekali sekala, masih kedengaran esak tangisku.
Benjamin menjengah ke bawah.
"Sayang.. "
"Aulia.. " digoncangkan tubuh cik tunang.
"Aulia Natasha.. " jerit Benjamin kuat. Takkan pengsan dah kut?
Sejenak, terdengar rengekan daripada mulut si gadis. Benjamin menarik nafas lega. Bimbang dia jika benar Aulia pengsan di tubuhnya. Sudahlah dia juga baru sedar daripada lenanya yang panjang, kini Aulia pula mahu pengsan. Cukuplah, dia juga sudah lelah dengan segala apa yang terjadi.
Diusap sayang rambut mengurai di pipi si gadis. Dilabuhkan ciumannya bertalu-talu di kepala Aulia.
"Abang jangan tinggalkan Lia.." perlahan suara Aulia meracau merayu kepadanya.
Benjamin diam. Didongakkan wajah ke atas. Mata dikelip beberapa kali. Menghapuskan air mata yang mulai bertakung kembali di tubir mata.
"Abang janji. Abang takkan tinggalkan sayang lagi lepas ni. Abang pun rindukan sayang. Rindu sangat-sangat.. " tutur Benjamin berbisik rapat di telinga Aulia. Dilabuhkan lagi kucupan di kepala Aulia.
Tubuh yang terlentok lena di lehernya dipeluk rapat ke dada. Bibir mengukir senyuman sebelum mata turut dipejamkan memandangkan badan yang masih lagi lemah setelah sedar daripada lena panjang.
Aku menggeliat perlahan. Mata yang terasa pedih aku celik deras. Teringat akan Benjamin. Mata yang terasa kabur akhirnya mula menjadi terang benderang. Sejenak, aku kembali teringatkan hal kejadian sebelum aku terlena. Mata segera aku larikan ke sisi. Terbias di ruang mata saat ini Benjamin yang tidur lena di sebelahku.
Aku menggosok mata berulang kali. Aku renung sekujur tubuh itu yang sudah tiada lagi wayar berselirat di tubuhnya. Wad juga sudah bertukar. Lebih ceria ruang lingkup wadnya. Aku bangunkan kepala yang terlentok di dada Benjamin. Aku renung tidak berkelip wajah tampan yang sedang lena pulas itu.
Bibir segera menguntum senyum. Aku ucapkan syukur pada Allah di atas kesempatan mengembalikan semula buah hatiku. Aku mengesot merapatkan tubuhku ke tubuh hangat Benjamin. Aku belai lagi wajah tersebut
"Syukurlah abang selamat. Terima kasih kerana sedar semula. Terima kasih sebab bertahan.." ucapku sebak. Namun, kali ini sedih kerana perasaan gembira, akhirnya Benjamin sudah sedar dan kini berada di hadapanku. Aku sembankan kembali kepala ke dada Benjamin. Aku peluk erat pinggangnya.
Benjamin mencelikkan matanya perlahan. Dipusingkan wajah ke sisi lambat-lambat. Terasa ketat pelukan di tubuhnya.
"Sayang.. " seru Benjamin lembut.
Aku panggungkan wajah. Membawa wajah rapat ke wajah Benjamin. Terdengar hembusan hangat nafas kami.
"Abang.. " balasku lembut. Aku bawa tangan menyapa pipi Benjamin. Aku usap-usap lembut pipi itu.
"Abang okay? Ada sakit kat mana-mana? " soalku setelah punya kesempatan untuk bertanya dengan lebih jelas keadaan Benjamin.
Benjamin gelengkan kepala. Aku tersentak. Pantas aku alurkan jemariku ke sekitar tubuhnya.
"Sakit kat mana? Bagitahu Lia. Lia pergi panggil doktor sekarang. " kalut aku bertanya. Tubuh sudah bersiap sedia melompat turun untuk keluar mencari doktor.
Namun, terasa tanganku dilelar dari belakang. Benjamin menarik tubuhku berbaring kembali di sebelahnya.
"Abang sakit kat sini. Sakit rindukan sayang.. " ucap Benjamin perlahan. Membawa tanganku melekap ke dadanya.
Aku terkedu. Sekali lagi Benjamin hampir membuatkan aku pitam. Mati-mati aku percaya kalau Benjamin masih sakit di bekas-bekas kecederaannya.
Perlahan dibangunkan tubuhnya yang berbaring untuk menyandar. Aku yang menyedari Benjamin mahu menyandar di kepala katil pantas melapik sebiji bantal di belakang tubuhnya. Aku baringkan badan Benjamin dengan cermat menyandar berlapikkan bantal di kepala katil.
Ditarik tubuhku berada di kedua celah kaki Panjangnya. Aku menurut. Badan aku sandarkan ke dada Benjamin. Dibelit pinggangku dari belakang.
Benjamin menarik tubuhku rapat ke dadanya. Disengetkan tubuhku ke sisi sebelah kanannya. Dicantumkan dahi kami berdua. Kami diam untuk beberapa ketika, menikmati sentuhan masing-masing. Aku sangkutkan kedua belah tanganku ke leher Benjamin. Benjamin semakin erat merangkul tubuhku ke dadanya.
"Kenapa abang perlu korbankan diri abang demi selamatkan Lia? "
Beberapa lama mendiamkan diri, aku suarakan rasa yang sekian lama aku pendam di lubuk hati paling dalam.
"Sebab abang tak sanggup tengok orang yang abang cintai kena langgar depan abang. Sungguh abang tak sanggup.. "
Aku mengetap bibir rapat.
"Dah tu abang rasa Lia sanggup tengok abang korbankan diri abang demi Lia? Abang rasa Lia sanggup? " bisikku keras.
Benjamin mengeluh. Makin erat merangkul tubuhku. Dilabuhkan kucupan di bahuku. Aku merengek kesakitan.
"Kenapa?" soal Benjamin cemas.
Tanpa lengah, baju hospital yang melindungi bahuku, disingkap turun mendedahkan bahuku yang putih melepak. Jelas kelihatan setompok lebam yang sudah berkurangan warna kehitamannya. Benjamin mengusap lembut kesan lebam tersebut.
"Sakit? " soal Benjamin lembut. Direnung lembut ke dalam mataku. Aku menganggukkan kepala.
"Sakit.." balasku tersebek. Mendengar balasanku, dilabuhkan lagi kucupan ke atas kesan lebam tersebut. Baju yang tersingkap ditarik naik kembali.
"Jawablah soalan Lia tadi. Abang rasa Lia sanggup ke? " tukasku.
Benjamin mengeluh. Dilabuhkan sekilas kucupan di bibirku.
"Ya, abang tahu kalau tiada siapa antara kita yang sanggup untuk lihat diri terkorban. Tapi percayalah, abang sayangkan Lia. Cintakan Lia. Jadi, sudah tentu abang tak sanggup tengok orang yang abang sayang kena langgar. "
"Lia pun tak sanggup. Abang tahu tak betapa luluhnya hati Lia tengok abang terbaring kaku tengah jalan dengan darah membuak-buak keluar. Abang tahu tak kalau Lia tak sanggup kehilangan abang? No, abang tak tahu! " jeritku tertahan.
Benjamin mengesat air mata yang mengalir di pipi gebuku.
"Abang tahu sayang. Maafkan abang. Seperti mana Lia tak sanggup kehilangan abang, sama juga macam abang yang tak sanggup untuk kehilangan Lia. Abang takut sayang. Sampai sekarang abang tak boleh lupa kereta tu laju sangat pergi ke arah sayang. Masa tu apa yang terlintas dalam fikiran abang adalah untuk selamatkan sayang semata-mata.. " luah Benjamin menunduk sedih.
Dapat aku rasakan getaran suara Benjamin saat kejadian tersebut diluahkan kembali.
"Tanpa sedikitpun fikir tentang keadaan abang? " soalku.
Benjamin menatap semula wajahku dengan riak suram. Dianggukkan kepalanya.
"Ya, saat itu apa yang terlintas hanyalah untuk selamatkan sayang. Abang dah tak peduli lagi pasal abang. "
"Macam mana kalau abang jadi korban? "
"Kalau dah sampai masanya abang pergi, abang reda. "
Aku menolak tubuh Benjamin kuat. Sakit hati dengan kata-katanya.
"Abang sanggup tinggalkan Lia dalam penyesalan? Sanggup biarkan Lia hidup dengan perasaan bersalah seumur hidup? Sanggup? " tekanku kuat.
Benjamin menggelengkan kepala.
"Maafkan abang sayang. Maafkan abang. " rayu Benjamin sayu.
"Kalaulah abang tahu betapa berharganya abang dalam hidup Lia. Mesti abang takkan semudah tu korbankan diri abang. Mesti tak mudah untuk abang tinggalkan Lia. " rintihku perlahan.
Benjamin turut sayu mendengar luahan si kekasih.
"Sayang, listen. Abang rela kalau abang yang tinggalkan sayang daripada sayang tinggalkan abang. Sebab abang tak boleh hidup tanpa sayang. Sayang tahu kan abang cukup takut dengan kehilangan. Jadi, pada masa itu abang tekad untuk selamatkan sayang sebab abang taknak lagi hilang orang yang dekat dengan abang.." luah Benjamin berbisik rapat di telingaku.
Aku mendongak memaut erat leher Benjamin. Menarik rapat wajah itu ke arahku.
"Tolong jangan tinggalkan Lia lagi. Lia mohon, jangan pernah cuba untuk tinggalkan Lia lagi sebab Lia juga tak mampu hidup tanpa abang di sisi Lia. Lia cintakan abang sepenuh hati Lia. " ucapku sepenuh perasaan bersulamkan sebak.
Benjamin tersenyum seraya menggangguk kepala memeluk tubuhku erat. Tiada ruang lagi yang tersisa di tengahnya. Dileraikan pelukan di antara kami sebelum leherku dipaut mendekatinya.
Direnung bibir mungil milikku bersilih ganti dengan mataku. Aku yang seakan mengerti menganggukkan kepala perlahan. Membenarkan keinginan Benjamin saat ini kerana aku juga punya keinginan yang sama.
Tanpa lengah, bibirku ditindih lembut. Aku memejamkan mata. Merasai sensasi sentuhan kasih daripada Benjamin. Bibirku diurut lembut. Seketika, dilepaskan kembali tautan rapat antara kami. Aku sembankan wajah di ceruk leher Benjamin. Benjamin tertawa kecil.
Sejenak, aku kembali mendongakkan wajah. Merenung sepasang mata hazel yang sedang tersenyum manis membalas renunganku.
"Lia nak tunaikan janji Lia. " ujarku tetiba.
Benjamin mengendurkan senyuman. Digantikan dengan kerutan di dahi.
"Janji? "soal Benjamin bingung.
Aku anggukkan kepala.
"Janji apa sayang? "
"Janji Lia untuk jaga abang. " ucapku berbisik lembut.
Benjamin diam. Janji? Bila masa berjanji? Dengan siapa Aulia berjanji? Semua itu kini memenuhi ruang fikirannya.
"Janji Lia pada daddy untuk jaga abang. Sebab daddy tahu kalau kita saling memerlukan antara satu sama lain.. " terangku.
Lambat-lambat senyuman diukirkan. Rupanya selama ini daddy lebih mengetahui isi hati mereka. Di satu sisi lain, dia bersyukur kerana kisah cinta mereka mendapat restu daripada mummy dan daddy. Tidak dapat dibayangkan jika cinta mereka mendapat yang sebaliknya. Sudahlah cinta sepenuh hati, alih-alih keluarga menentang.
"So? Sayang nak tunaikan dengan cara macam mana? " Benjamin bisikkan soalannya di telingaku.
"So, abang..jom kahwin! " balasku mesra. Dan ajakan ku akhirnya berjaya membuahkan hasil di mana anggukan laju diberikan Benjamin ke arahku bersama sebuah senyuman lebar.
Baca chapter kali ini ada syarat. Kena start baca daripada atas sampai bawah. tak boleh skip ke penghujung chapter trus. deal? okay. enjoy reading! lepas baca jangan lupa komen. Thankyou!
Share this novel
seronok baca cerita ni ada sedih n gembira.. tak sabar nk tunggu next episode..