BAB 41

Romance Series 247373

Dato Khalid merenung wajah Aqeela Sania dengan rasa panas yang membuak-buak melantun di dada. Sejak kejadian huru-hara yang dicetuskan Aqeela pada makan malam syarikat Megah Jaya milik Dato Razman, tidak menang tangan dia dan isterinya menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada kenalan rapat mahupun pihak media.

Bertanyakan hal kejadian yang berlaku. Boleh dikatakan setiap masa telefon bimbitnya berbunyi. Tidak cukup dengan itu, setiausahanya di pejabat juga turut diganggu dengan panggilan daripada pihak-pihak tertentu.

Dilempar kasar senaskhah akhbar yang terpampang tajuk cerita kejadiab huru-hara oleh Aqeela. Aqeela yang asyik menjamah makanan tersedak. Namun, ditayang riak wajah biasa tanpa sebarang perasaan. Dikawal sehabis baik ekspresi mukanya. Walaupun dalam hati serasa mahu meletup melihat dada Dato Khalid berombak laju naik turun.

Datin Mariah yang turut bersarapan bersama pagi itu hanya mampu menggelengkan kepala. Dia sebenarnya malas sudah mahu masuk campur tentang perilaku anaknya. Bukan tidak cuba dia menasihati, melarang namun Aqeela tetap dengan sikap keras kepalanya. Membuat sebarang perkara mengikut perasaan semata-mata tanpa memikirkan akibatnya.

"Kali ni apa pula Qeela cuba buat? " Dato Khalid mencerlung tajam memandang Aqeela yang santai menyuap makanan. Gayanya seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang telah dilakukan.

Aqeela mendengus kasar. Sekilas matanya mengintai tajuk utama yang terpampang jelas di akhbar tersebut.

"Papa pun tahu kan apa yang Qeela dah buat." jawab Aqeela dingin.

Dato Khalid merengus. Geram dengan jawapan yang diberikan si anak.

"Qeela tahu tak perbuatan Qeela ni dah melampau?" selar Dato Khalid.

Aqeela diam. Menyuap kembali bihun goreng ke mulut.

"Aqeela Sania! " jerit Dato Khalid lantang.

Aqeela tersentak. Terlepas sudu di genggamannya. Berdenting bunyi menghempas pinggan.

"Kamu ni betul-betul dah melampau tahu tak? Kerana hal huru-hara yang kamu buat malam tu, papa kena explain pada press. Mana papa nak letak muka papa ni, hah? Boleh tak kamu kalau buat sesuatu fikir guna otak jangan guna kepala lutut? " tempelak Dato Khalid nyaring.

"Jawab jelah apa-apa. Macam papa tak biasa dengan press selama ni. Hal lain pandai pula papa hadap diorang" selamba dilontarkan kata-katanya.

Dato Khalid menggelengkan kepala. Panas hati dengan kata-kata anaknya.

Serasa sudah habis batas sabarnya dengan kerenah anak gadisnya. Mahu pecah kepalanya memikirkan hal memalukan tempoh hari. Terasa tinggi gunung everest sudah perasaan malu dan segan dalam dirinya berdepan dengan rakan niaga dan masyarakat. Satu Malaysia sudah mengetahui hal memalukan ini.

Aqeela tersenyum sinis. Aqeela mengalih pandang ke arah Dato Khalid.

"One more thing, papa jangan nak salahkan Qeela lah papa. Bukan ke papa juga selama ni suruh Qeela dapatkan Benjamin tu tak kira dengan cara apa sekalipun? So, Im just doing my job.." Aqeela memulangkan paku buah keras.

Datin Mariah menghentikan suapan. Dikerling Dato Khalid yang hanya diam membatu di hujung meja makan 

"Abang cakap macam tu ke kat Qeela? Saya tak sangka pula kalau abang boleh cakap macam tu semata-mata nak bermenantukan Benjamin. Sebab apa? Sebab Benjamin tu kaya-raya?Soal Datin Mariah keras.

Sakit hatinya mengenangkan sikap dan anak yang saling tidak tumpah sama sekali. Hidup di dunia bertuhankan wang ringgit. Sedangkan dia rasa kalau harta yang mereka ada sekarang ini juga tidak habis tujuh keturunan jika di makan mereka.

"Memang lah abang suruh Qeela dapatkan si Benjamin tu Mar. Tapi bukan dengan cara memalukan macam ni. Kalau lah papa tahu kamu sampai nak buat huru-hara macam ni semata-mata nak dapatkan Benjamin, tak bermenantukan dia pun tak apa lah. " selar Dato Khalid kuat. Dijeling Aqeela di sebelah kanannya.

"Then, papa nak salahkan Aqeela? "

"Ini bukan soal salahkan atau tidak. Kamu faham tak yang kamu dah buat satu perkara yang sangat memalukan papa ? Jatuh reputasi papa macam ni kerana kamu. Sana sini orang bercakap pasal kamu. Kamu ni memang menyusahkan sungguh! " kemarahan Dato Khalid sudah meledak.

Aqeela menolak kasar pinggan ke depan. Bergeser bunyinya. Tubuh dibingkas berdiri.

"Kalau bukan sikap papa tu yang tamakkan harta, Qeela takkan jadi macam ni lah! Papa selama ini bukan pernah anggap Qeela ni anak pun kan? Papa cuma anggap Qeela ni boneka untuk papa penuhi sifat tamak yang ada dalam diri papa tu! " jerit Aqeela nyaring.

Kembang kempis hidungnya menahan nafas yang bercampur sebak. Geram kerana dimarahi dan diberikan kata-kata yang mengguriskan perasaannya.

"Kamu jangan nak kurang ajar dengan papa, Qeela! Jaga kata-kata kamu! " Dato Khalid turut bingkas berdiri.

Mencerlung tajam memanah sepasang mata anak gadisnya. Tangan yang diangkat untuk menampar Aqeela segera ditahan oleh Datin Mariah.

"Papa nak tampar Qeela? Hah, tamparlah, tampar. Kalau boleh bunuh terus je Qeela senang! " jerit Aqeela kuat sambil menahan tangis yang sedikit lagi mahu pecah.

"Kamu ni kan!! Melampau! " sekali lagi mahu dilayangkan penampar namun cepat Datin Mariah bingkas bangun menghadang si suami di hadapan.

"Abang, Qeela! Bawa mengucap boleh tak? Sudah-sudah lah tu. Benda dah jadi, nak tak nak kita kena hadap. Qeela, tolonglah sayang. Mama mohon cukup-cukup lah Qeela buat perangai. Lupakanlah Benjamin." datin Mariah merayu perlahan.

Dada Dato Khalid yang masih berombak laju digosok-gosok. Meredakan amarah yang melanda si suami saat ini.

Aqeela mengusap kasar air mata yang mengalir laju di pipi.

"Makin hari makin hilang rasa hormat kamu pada kami. Sedar sikit kalau kami ni mak ayah kamu, yang besarkan kamu selama ni. Kalau beginilah sikap kamu Qeela, jangankan Benjamin, lelaki lain pun belum tentu nakkan kamu. " tempelak Dato khalid.

Tidak betah untuk terus berada di ruang makan, pantas diangkat kaki laju melangkah keluar daripada kawasan tegang antara dirinya dan Aqeela. Makin hari makin mencabar kesabaran dirinya.

Aqeela menghempas kembali tubuh ke kerusi. Dijeling tajam Datin Mariah yang tercegat berdiri di hadapannya. Gelengan si ibu diendahkan. Rambut yang beralun diselerakkan. Geram ditempik dan ditempelak sedemikian rupa.

Keratan akhbar yang dilempar kasar ke arahnya sebentar tadi, dicapai. Diselak helaian demi helaian. Seketika, terpampang jelas tajuk berita sensasi mengenai kejadian malam tersebut. Dibaca tiap bait patah perkataan yang tertulis.  Tidak lama, jeritan kuat bergema seluruh pelusuk ruang dapur.

Meja makan dihentak kasar. Serasa mahu diterbalikkan segala perkakas yang ada di dapur saat ini. Terbayang wajah Benjamin dan Aulia di ruang mata. Semakin membara api dendamnya terhadap pasangan tersebut.

••••

Aku menjinjit turun segulung kertas. Tas tangan aku sandang kemas ke bahu. Mengelak daripada ia melorot jatuh. Sejenak, aku terhentik mendadak di anak tangga. Aku memegang dada yang terasa berdebar tiba-tiba. Lama aku tekap di dadaku.

"Yang.. " seru Benjamin di belakangku. Aku pantas berpusing menoleh ke belakang.

Riak pelik terlukis jelas di wajah Benjamin.

"Kenapa berhenti tercegat kat tengah-tengah tangga ni? " soal Benjamin pelik. Tali leher dibetulkan kedudukannya.

Aku renung wajah Benjamin. Benjamin membalas renunganku kembali. Seketika, kami bertatapan dengan reaksi wajah yang berbeza. 

"Abang.."

Benjamin menapak turun satu anak tangga mendekatiku yang masih tercegat merenungnya tanpa kelip. Ditundukkan sedikit wajahnya merapati wajahku yang masih tercengang.

"Sayang.. Hey.. " seru Benjamin sekali lagi.

Aku tersentak. Bahu terinjut ke atas. Segera wajah aku larikan merenung wajah Benjamin yang mengerutkan dahi. Terbias garis-garis halus di dahinya.

"Are you okay? What's wrong, baby? " tanya Benjamin cemas. Memaut kedua belah bahuku. Kejap pautan yang diberikan.

"Abang tak payah pergi kerja hari ni boleh tak? " soalku tetiba.

Benjamin tergamam mendengar soalan spontan daripadaku. Aku juga tergamam sendirian dengan soalan yang terluah lancar dari bibirku.

"Kenapa pula you tak bagi abang pergi kerja hari ini? " luah Benjamin hairan.

Pautan di kedua bahuku dilepaskan. Tubuh dijarakkan. Kedua tangan kekar milikya naik memeluk badannya yang sasa dan berotot.

"Boleh tak? " soalku membiarkan soalan Benjamin tidak berjawab.

Benjamin tertawa kecil. Pelipisnya digaru beberapa kali. Hairan dengan permintaan cik tunang yang saat ini menanti dengan penuh tekun jawapan balas daripadanya.

Benjamin bertindak mengheret aku melabuhkan duduk seketika di sofa mewah ruang tamu. Ditarik tubuhku supaya duduk di ribaannya.

Aku melingas ke sekeliling ruang tamu. Melihat jika ada penghuni rumah ini yang berada berdekatan dengan kami.

Benjamin tersenyum. Memahami kegusaran untuk melabuhkan duduk di ribaannya ketika ini.

"Jangan risau, line clear. "

Dengan teragak-agak aku labuhkan duduk di ribaannya. Pantas, ditarik pinggangku rapat ke dadanya. Aku menahan kedua tanganku di dada Benjamin. Mencipta sedikit jarak antara kami.

"Okay. Now tell me. Kenapa dengan sayang pagi ni? " Ujar Benjamin perlahan. Berbisik lembut memujukku.

Aku mengeluh perlahan. Aku gerakkan bebola mata dari dada naik sehingga ke sepasang mata hazel tersebut. Aku larikan pula ke arah seulas bibir seksi Benjamin. Lama kutenung wajah kacak tersebut. Serasa tidak puas aku menatap wajah itu.

Seketika, terasa pandanganku kabur dengan air mata. Benjamin tersentak melihat air mata milik si tunang sudah jatuh menitis ke pipi gebu itu. Diseka pantas.

Sungguh, dia kini dipagut rasa hairan yang bukan kepalang. Namun, dinanti dengan penuh sabar rasa luahan daripada Aulia. Dia mengambil pendekatan untuk tidak memaksa. Memberi masa dan ruang untuk Aulia meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Abang tak payah lah pergi kerja hari ni. " rengekku tanpa sedar. Bersulam sebak.

Jatuh rahangnya dengan rengekanku. Benjamin menelan liur. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

Benjamin berdehem. Perlu dicari idea yang bernas dan munasabah untuk menolak permintaan tersebut.

"Sayang, listen. Actually, boleh je abang tak pergi kerja hari ni."

"Betul boleh? Abang tak tipu? " soalku manja. Tali leher Benjamin aku mainkan dengan jemariku.

Namun, segera ditangkap jemariku daripada bermain di dadanya.

"Tapi hari ni abang ada banyak meeting yang kena abang handle. Rasanya tiga meeting abang kena attend termasuk meeting dengan sayang petang ni. " ujar Benjamin satu persatu menjelaskan kepada cik tunang yang sudah memerah wajahnya menahan tangis.

Melihatkan seraut wajah sedih itu, dia diterpa perasaan serba salah. Nak menerima, dia masih punya banyak kerja. Nak menolak, terasa jatuh kasihan pula. Aduh, naik buntu dia memikirkan.

"Sayang cuba bagitahu abang. Apa yang mengganggu fikiran sayang sekarang ni? Tell me, I'm listen.. " pujuk Benjamin lembut. Diusap rambut mengurai cantik milik gadisnya.

Aku mengeluh. Jujurnya, aku sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa dengan diriku pagi ini.

"Lia pun tak tahu kenapa dengan Lia pagi ini. Cuma, Lia rasa macam tak sedap hati bila tengok abang nak pergi kerja. Rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku. I don't why. Its just.. " tuturku tidak berjaya menghabiskan kata-kataku.

Benjamin menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Ditepuk-tepuk belakangku yang mulai dihurung sedih.

"Syuhh, don't cry. Perasaan sayang je tu. In Shaa Allah, tak ada apa-apalah. Sekarang, sayang tak payah fikir bukan-bukan. Dah siap cantik-cantik, comot balik. " usik Benjamin.

Aku tersenyum tawar. Tapi, perasaan tidak sedap hati bertandang lagi. Semakin kuat menghentam hatiku. Aku renung wajah Benjamin. Berharap agar permintaanku ditunaikan.

"Abang.... " panggilku dengan nada bergetar

"Ya sayang abang.. "

"Lia kalau boleh tak nak abang pergi kerja hari ni. Tapi I try my best to ignore my bad feelings towards you. So, please. Abang jaga diri. Lia risau" ujarku kembali sebak. Aku sembankan wajah ke dada Benjamin.

Benjamin terkedu. Terkebil-kebil matanya memandang cik tunang yang tersemban meratap di dadanya. Sejenak, dinaikkan tangannya mengusap belakang dan kepalaku.

Aku dongakkan wajah. Tersebek-sebek wajahku menahan tangis.

Benjamin tersenyum. Comel dia bila wajah Aulia tersebek-sebek. Sekilas, terasa betapa beruntungnya dia kerana disayangi dan dicintai hingga sebegitu lalu.

"Dah, sayang jangan sedih. Ya, abang janji abang akan jaga diri abang. Sayang pun doakan abang selamat okay. Kalau betul ada apa-apa berlaku pada abang, sayang janji sayang kena kuat. Sayang kena reda. Ingat, abang sentiasa cintakan sayang.. " dibelai lembut pipiku. Dikucup pipiku yang basah dengan air mata.

Mendengarkan kata-kata itu, makin kuat aku melagukan tangisan. Sungguh, benar-benar mengusik tangkai hatiku yang sudah sedia rapuh.

"Abang janganlah cakap macam tu. Ishh, tak sukalah." dada Benjamin aku tumbuk perlahan.

Benjamin memaut pantas jemariku yang memukul kuat manja dadanya.

"Dah, dah. Okay, okay. Sorry okay. Sekarang, kita pergi kerja ya. Hari ni abang hantar sayang ke pejabat. Kesian dia risaukan abang.." ujar Benjamin segera bertindak mengalih suasana sedih antara kami. Dimainkan jemarinya di daguku.

Aku menepis dengan riak cemberut. Serentak, kami bingkas berdiri. Rambutku dibetulkan. Air mataku diusap lembut.

"Dah, jom. Sebelum tu sayang kena pakai helmet dulu. "

Aku tersentak.

"Kenapa pula kena pakai helmet? " soalku polos.

Benjamin tersenyum.

"Sebab kita nak naik motor. Hari ni kita merempit pergi kerja." diheret tubuhku ke arah muka pintu.

Dicapai salah satu helmet yang tersusun di atas kabinet berhampiran pintu. Disarungkan dengan cermat helmet gelap di kepalaku. Dengan bantuan Benjamin aku kemaskan ikatan helmet di kepala. Giliran Benjamin pula menyarungkan helmet hitam di kepalanya.

"Sayang panjat elok-elok. Tergolek abang tak nak tolong. Pegang bahu abang. " pesan Benjamin sambil tertawa kecil melihatkan aku yang terkial-kial memanjat naik ke motor besar miliknya.

"Ada kereta gatal nak naik motor." omelku perlahan.

"Sekali sekala yang. Asyik naik kereta je. Best apa naik motor. Boleh peluk-peluk. " seloroh Benjamin.

Aku menampar bahu encik tunang. Kerja nak menggatal sahaja kerjanya. Benjamin mengaduh manja.

Benjamin menoleh ke belakang melihat aku yang sudah siap melabuhkan duduk di belakangnya. Dibetulkan sekali lagi kedudukan helmet di kepalaku.

"Sayang ready? Peluk pinggang abang. Takut nanti sayang terbang pula."

"Kena peluk ke? " soalku hairan.

Benjamin pantas menarik kedua belah tanganku membelit pinggangnya dari belakang. Enjin motor dihidupkan sebelum motor berkuasa tinggi Benjamin meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah. Motor dipecut laju hingga kedengaran satu taman perumahan mewah milik kami.

Aku tersentak dengan kelajuan motor encik tunangku. Patutlah dia meminta supaya aku memeluknya. Kedua tangan yang membelit pinggang Benjamin dari belakang, aku kemaskan. Merapatkan tubuh hadapanku ke belakang tubuh Benjamin. Benjamin tersenyum. Diramas perlahan jemari runcingku yang membelit pinggangnya kejap.

••••

Setengah jam menyelit, memecut dan memotong di jalan raya akhirnya motor berkuasa besar milik Benjamin akhirnya tiba jua di bangunan tinggi syarikat Royale holding milikku. Aku lepaskan belitan kedua tanganku di pinggang Benjamin.

Aku melangkah turun dari motor tersebut dengan bantuan Benjamin. Benjamin menoleh ke sisi memandang wajahku. Diangkat cermin helmet. Menyerlah kekacakan Benjamin saat ini. Benjamin membantuku membuka ikatan helmet yang tersarung di kepalaku.

"Helmet ni sayang bawa naik atas. Meeting nanti kita pergi sekali. Abang datang ambil you. " pesan Benjamin seraya menyelitkan rambutku ke belakang telinga.

"Okay abang.." sahutku manja. Terasa lupa seketika kegusaranku ketika di rumah tadi.

Benjamin membelek jam di pergelangan tangannya. Diukirkan senyuman ke arahku.

"Okaylah. Abang gerak dulu. See you later. Bhai. " bibirku dikucup sekilas.

Aku melingas kiri dan kanan. Takut ada pekerja yang lalu lalang menyedari tingkah mesra antara kami. Cermin helmet diturunkan kembali sebelum Benjamin bersama motor besarnya bergerak pergi daripada perkarangan syarikatku.

Aku menghantar pemergian Benjamin yang sudah beransur hilang kelibatnya. Sejenak, langkah aku atur ke arah pintu utama syarikat.

Aku memerhati dari dalam bilik kelibat Nelly yang tekun menunduk menyiapkan kerja. Aku perhatikan gerak geri Nelly yang sekejap mengeluh, sekejap memicit pelipis kepala.

Aku melarikan renungan. Mengeluh perlahan. Sejak dari aku masuk kerja kembali setelah bercuti sakit selama tiga hari, Nelly seakan menjauhkan diri daripada aku. Aku hairan. Bila aku cuba menyapa cepat-cepat dielak dari berpapasan denganku.

Aku cuba berfikiran positif pada mulanya namun mengenangkan keadaan kini yang sudah berlarutan hampir seminggu aku tidak boleh lagi menipu diri daripada berfikir yang bukan-bukan. Beberapa kali aku cuba untuk memulakan perbualan namun Nelly seolah kurang senang. Maka, jadilah kami seperti orang asing beberapa hari ini.

Dalam tempoh ini juga, aku tidak lepas dari memikirkan jika aku ada berbuat salah atau mengguris hati Nelly tanpa sengaja tapi bila diingat-ingat kembali rasanya macam tiada apa kesalahan yang aku lakukan sebelum daripada dinner syarikat daddy.

Ketukan di pintu segera menyedarkan ku yang hanyut dibuai lamunan panjang. Tidak sedar hingga berkerut-kerut dahiku memikirkan keadaan janggal antara kami sekarang.

"Masuk.. " arahku. Mata kembali fokus kepada kertas di atas meja yang tergendala sebentar tadi.

Kedengaran pintu ditolak daripada luar. Terkuak luas mempamerkan seraut wajah tidak beriak Nelly. Menjinjit beberapa dokumen penting yang aku minta pagi tadi.

"Ini dokumen yang you minta kat I pagi tadi. " ujar Nelly tidak bernada. Beberapa fail ditolak lembut ke arahku.

Aku panggungkan wajah memandang wajah tidak beriak Nelly. Lama aku pusatkan pandangan ke arahnya.

Nelly berpura-pura memandang ke arah lain. Melarikan tatapannya daripada bertembung denganku. Aku mengeluh perlahan. Fail yang bertimbun di depanku, aku tolak ke tepi. Kedua belah tangan kuletak ke meja. Mencantumkan menjadi satu.

"Kalau tak ada apa, I keluar dulu. " ujar Nelly perlahan. Bersedia untuk melangkah keluar daripada pintu bilikku.

Tubuh aku bingkas berdiri.

"Nelly!  Tunggu." laungku kuat.

Ternyata launganku berjaya menghentikan langkah Nelly. Nelly tidak terus berpaling. Sebaliknya didongakkan wajahnya ke atas dan meraup perlahan. Disedut dalam nafasnya sebelum lambat-lambat tubuh kecil moleknya dipusingkan menghala ke arahku.

"Duduk dulu. I ada benda nak cakap dengan you." ujarku lembut.

"Tapi I masih ada banyak kerja nak disiapkan. " dalih Nelly.

Aku tersenyum.

"Please.. " pintaku lagi. Memohon masa daripadanya.

Nelly mengeluh sebelum dibawa tubuh longlai mendekati meja kerjaku semula. Perlahan, kerusi ditarik sebelum dilabuhkan duduknya di hadapanku.

"Ermmm.. Cakap lah apa benda you nak cakap.. " usul Nelly tidak bernada.

Aku turut melabuhkan duduk. Menarik rapat kerusi ke meja. Lebih selesa jika berbincang berdekatan begini. Saling bertemu muka bertanyakan jika ada sebarang kekeliruan, ketidakpuasan hati antara kami.

Aku renung Nelly yang menunduk di hadapanku.

"Nelly. Okay, first of all I nak minta maaf banyak kalau I tanpa sengaja ada sakitkan hati you. I minta maaf.. " tuturku ikhlas.

Nelly mengangkat wajah memandangku. Kelihatan terpancar riak serba salah di wajahnya.

"Tujuan I panggil you duduk depan I sekarang, sebab I nak jernihkan keadaan antara kita.."

"..Walaupun sebenarnya I tak tahu apa salah I yang I dah buat pada you. Jadi, boleh tak kalau you just tell me the truth. Kenapa you macam ni lately? I really need to know sebab keadaan kita macam ni buat I rasa tak selesa.. " pintaku.

Kedua belah tangan Nelly aku genggam erat. Nelly merenung jemari yang digenggam kemas oleh Aulia.

"Kenapa you tak bagitahu I perkara yang sebenar? " soal Nelly dingin.

Ditarik tangannya dari genggamanku. Tubuh disandar ke kerusi.

Aku tercengang. Dahi berkerut seribu.

"Perkara sebenar? Maksud you perkara apa? " tukasku.

"Everything. Pasal syarikat daddy tiri you, pasal Benjamin abang tiri you dan paling penting you tunang Benjamin. Kenapa perlu you rahsiakan semua tu daripada I? " tekan Nelly kuat. Terserlah seraut wajah sedih di wajahnya.

Aku meraup wajah. Keluhan panjang aku lepaskan.

"Kenapa perlu untuk I ceritakan semua tu kalau benda tu tak penting untuk I beritahu pada you, Nelly?" soalku.

"Tak penting pada you, tapi penting pada I, Lia.  "selar Nelly kuat.

Aku mengeluh lagi.

"Jadi sebab itu lah lately ni you macam ni dengan I? " tanyaku terus.

Nelly tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Dibiasakan riak wajahnya. Diluruskan pandangannya ke arahku.

"Nel, I ada sebab I sendiri kenapa I tak bagitahu you. "

"Then, tell me now. Make it clear.. " arah Nelly pantas.

"First, I bukanlah seorang yang suka mencanang perihal keluarga I. Bagi I tak perlu pun untuk I beritahu tentang keluarga I pada sesiapa. I lebih selesa kalau orang kenal I, kerana diri I sendiri. I suka kalau orang kenal I sebagai orang biasa. " ujarku memulakan bicara.

"Tapi I kawan you kan? Sedikit sebanyak I rasa sedih. I rasa macam you tipu I" bisik Nelly perlahan.

Aku anggukkan kepala.

"Ya, I tahu you kawan I, sahabat I. Tapi macam yang I cakap tadi I lebih selesa kalau you kenal I sebagai orang biasa. I rasa tak perlu pun I nak bagitahu tentang keluarga I yang I rasa tak penting pun untuk beritahu orang lain. Once kita dah berkawan, kita sama sahaja. Apa yang penting bagi I adalah keikhlasan kita dalam bersahabat.."

Nelly mengigit bibirnya perlahan.

"Sebab I datang dari keluarga sederhana jadi you taknak kalau I rasa rendah diri berkawan dengan you bila dapat tahu semua ni? Kan? "

Aku tertawa kecil dengan andaian Nelly.

"I tak nafikan, benda tu salah satu kenapa I rahsiakan pasal family I pada you. I selesa berkawan dengan you. I sangat bersyukur dikurniakan sahabat macam you. Jadi, sebagai seorang sahabat of course I nak jaga hati sahabat I. I taknak hanya kerana sebab I bagitahu you perkara sebenar tentang family I, you jauhkan diri. "

Nelly mengeluh perlahan. Mencerna kata-kata Aulia dengan teliti. Setelah dia mendengar penjelasan Aulia sebentar tadi, dia merasakan dia buka nlah seorang sahabat yang baik. Tapi dia cuma rasa terkilan kerana Aulia bertindak merahsiakan hal keluarganya. Tapi, bila dia fikirkan kembali ada juga benarnya kata-kata Aulia.

"Tapi I terkilan. Sepatutnya you just tell me the truth. Tak salah kan kalau you bagitahu I perkara yang sebenar?"

Aku anggukkan kepala. Nampaknya, Nelly betul-betul kecewa denganku.

"I'm sorry. Maybe salah I juga sebab berfikir dengan tak bagitahu you adalah lebih baik. I tak terfikir kalau you akan rasa terkilan macam ni."keluhku.

Nelly mengukir senyuman pendek.

"Maafkan I kalau you rasa I terlalu ikutkan perasaan lately ni. Its just I rasa kecewa sebab you rahsiakan pasal family you dari I. Kalau bukan dari Tiara I think sampai bila pun I tak tahu you ni kaya raya orangnya. " keluh Nelly perlahan.

"Maafkan I juga kalau you rasa I tipu you. Tapi percayalah I memang tak ada niat apa-apa. Cuma I lebih selesa you kenal I sebagai orang biasa. Kita sama sahaja. Macam yang I cakap, keikhlasan kita bersahabat tu paling penting. " ucapku jua turut menghulurkan kata maaf.

Tidak perlu untuk mencanang hal keluarga kepada orang luar walaupun sahabat atau kawan sendiri kerana benda itu bukanlah satu perkara yang penting. Dalam bersahabat, keikhlasan yang penting. Harta, pangkat dan darjat bukan menjadi ukuran.

Sekilas, dia kagum dengan sikap Aulia. Sentiasa baik hati dan rendah diri. Tidak sekalipun selama bersahabat, Aulia bertindak membangga-bangga diri. Sejenak, dia pula terasa malu dan segan. Menghukum Aulia melulu tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu.

"Pasal you bertunang dengan abang tiri you tu macam mana pula? " soal Nelly musykil.

Aulia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Digigit perlahan bibirnya.

"Pasal bertunang tu, I sendiri pun tak tahu yang I bertunang dengan Benjamin. " ujarku hal sebenar.

Nelly mengerutkan dahi.

"Wait. You bertunang tapi you sendiri tak tahu yang you bertunang? " soal Nelly bingung.

Aku tersengih. Mengangukkan kepala laju.

"Well, ada hal personal sikit yang berlaku antara kami sebelum I ke sana. Then, bila dah settle hal tersebut Benjamin lamar I di depan mummy bukan depan I. So, mummy I terima dengan senang hati. I still remember mummy I cakap cincin ni hadiah dari dia tapi sebenarnya cincin tunang I dengan Benjamin.." jelasku panjang lebar

Mengenai hal apa yang berlaku antara kami sebelum itu, aku biarkan sahaja kisah tersebut menjadi kenangan antara kami. Tidak perlu aku ceritakan panjang lebar kepada orang lain. Lagi pula, tidak manis perkara yang tidak baik dicanang dan disebar kepada orang walaupun sahabat atau kawan sendiri. Cukup mereka tahu yang sepatutnya, itu sudah dikira memadai.

"Bila you tahu Benjamin tunang you?"

Aku tertawa pendek.

"Minggu lepas. " ujarku ringkas.

Nelly ternganga.

"Means selepas kejadian perempuan gila tu tolak you? " tanya Nelly mengimbau kembali kejadian tempoh hari.

"Yes.. " akui aku.

"Siapa perempuan tu? " dengan nada teragak-agak Nelly bertanya.

"Ex-girlfriend Benjamin." jawabku.

"Ohh, patutlah meroyan semacam. Bekas teman wanita dia rupanya. Itulah dulu masa ada tak nak, dah tak ada terhegeh-hegeh pula. Masalah betul perempuan tu. Geram I tahu masa dia tetiba tolak you. Nasib Benjamin cepat datang. Puas hati I dia makan penampar. " bebel Nelly geram. Terbayang-bayang kejadian tersebut di ruang matanya.

Aku sudah tertawa kuat.

"Gelak, gelak juga. Bila nak kahwin? " soal Nelly selamba.

Aku terdiam. Wajah Nelly yang sedang menanti jawapan dariku, aku pandang. Perlahan, aku sengih sambil angkat bahu.

"Pulak dah. Ikut you lah Lia. Jangan sampai Benjamin tu dikebas dek orang lain sudah. Jangan jual mahal sangat. Tak pasal-pasal orang lain yang bonceng motor besar dia lepas ni.. " omel Nelly bersulamkan sindiran. Senyuman senget kelihatan tersungging di wajah Nelly.

Aku sudah terkedu. Berpandukan kepada kata-kata Nelly sebentar tadi, sudah pasti Nelly melihat kelibatku dihantar kerja oleh Benjamin hari ini. Ermm..

Nelly sudah bingkas berdiri. Mengatur langkah berjalan melenggang menuju ke luar sebelum hilang di sebalik pintu bilikku.

Aku termangu. Diam menghadam kata-kata Nelly yang menyusup masuk ke telinga seterusnya melekat kemas di kepala. Aku mengeluh perlahan. Lambat atau cepat, aku sudah punya jawapan kepada persoalan tersebut.

Enjoy reading for this chapter. Dont't forget to drop your comment below. Thankyou!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience