Setiap hari berlalu dengan pelbagai kejutan. Bagai terngiang-ngiang rangkap kata 'Semalam adalah Sejarah, Hari ini adalah Kenyataan dan Esok adalah Misteri'
Segalanya berlaku dengan begitu cepat. Seakan masa terasa sangat mencemburui mereka. Betapa dulu dia alpa. Namun, diakhir kehidupan masih diberikan kesedaran untuk menghargai betapa besar nikmat Allah kepadanya.
Keluhan lemah dilepaskan. Kaca mata berbingkai hitam dilurutkan dan diletakkan diribanya.
"Abang..." satu tangan mendarat lembut di bahunya. Tak usah berpaling. Dia sudah tahu siapa gerangan tersebut.
Tarikan kerusi di sebelah membuahkan satu senyuman di wajah pucat milik Dato Fendi. Bidadari dunia milik dia. Berapa lagi masa yang dia punya untuk menatap wajah-wajah kesayangannya.
Pandangan dibawa menelusuri wajah cantik milik sang isteri. Sembab sahaja kelihatan raut wajah yang dulunya dihiasi dengan senyuman manis.
Sejenak, persoalan datang menerpa di fikiran. Bagaimanakah sang isteri nanti setelah dia tiada? Bergenang air mata di pelupuk mata miliknya.
"Abang.." kali kedua diseru oleh sang isteri. Betapa lembut dan halus suaranya.
Mata yang berkaca diusap beberapa kali.
Genggaman tangan isteri dibalas. Dibawa jemari mulus itu ke pinggir bibir dan dikucup beberapa kali. Melepaskan rindu seakan bertahun lamanya.
"Abang sakit ke ? Nak saya ambilkan ubat?" kalut Datin Rida bertanya. Bimbang melihatkan sang suami hanya berdiam diri tanpa sebarang sahutan.
"Tak..tak payah. Abang okay je. Cuma abang rindukan awak. Tak tahu kenapa rasa rindu sangat." dibisik sebak.
Pantas, wajah dibawa lari dari tatapan mata si suami. Tak sanggup menitiskan air mata yang kini murah benar bermain di pipi. Tuhan, kuatkanlah dia.
Air mata dihapus sebelum wajah ditoleh memandang tatapan sayu sang suami.
"Rida ada je depan mata abang sekarang kan ? Rindu lagi ke ?" sebak yang menggunung dikawal sehabis mungkin. Tidak mahu nampak lemah di mata sang suami.
"Abang berdoa supaya kita diberi kesempatan yang lebih lama untuk bersama. Nikmati masa tua kita bersama. Tapi maafkan abang, kalau abang tak mampu penuhi semua tu dengan sayang. Abang harap, bila abang dah tak ada nanti, Rida akan jalani kehidupan macam biasa. Nikmati segalanya dengan tenang. Kenang abang dalam setiap doa sayang"
Sejurus ayat tersebut diluahkan sang suami, spontan terlepas esakan daripada sang isteri yang ditahan sedari tadi.
"Abang..jangan tinggalkan kami.. Tolong..jangan tinggalkan kami.." sang isteri sudah mulai mengonggoi di dalam pelukan sang suami.
Tubuh kurus sang suami dipeluk erat. Tangisan dilepaskan di dada Dato Fendi. Basah baju sang suami dengan air mata si isteri.
Dagu Datin Rida dipaut erat. Dahi keduanya saling bertemu. Lama!
"Sudahlah sayang. Abang minta maaf buat sayang sedih dengan kata-kata abang. Janji dengan abang, walau apa pun yang terjadi Rida akan tabah?" mohon sang suami lemah.
Dianggukkan kepala beberapa kali. Walaupun dia sendiri tidak pasti mampukah dia, namun demi suami tersayang digagahi jua.
Dari kejauhan, Aku hanya mampu berdiri tegak memerhati segala kesedihan yang membelengu di antara kedua orang tuaku.
Aku juga sudah lencun, basah dengan air mata. Langkah aku atur perlahan-lahan bergerak daripada taman tersebut. Namun, langkahku terhenti bila mana aku merasa namaku diseru lembut oleh daddy.
"Lia...." namaku diseru perlahan. Lembut sekali suara daddy menyapa halwa telingaku.
Tubuh aku pasak kemas. Wajah menunduk menahan perasaan. Esakan yang aku tahan, akhirnya terlepas kuat. Terhinggut-hinggut bahuku menahan tangis. Semenjak ketahuan tentang berita tersebut, air mata seakan teman rapat dirinya kini.
Serasa tubuhku dibalikkan. Mata yang terpejam rapat aku buka perlahan-lahan. Aku usap kasar air mata di kedua belah pipi.
"Jangan menangis sayang. I'm still here." pendek kata-kata diucapkan daddy.
"Why? Why must you left us ? Why!!! How could you???" badan daddy kupeluk kejap. Seakan mahu aku dakap selamanya. Tangan yang membelaiku dari kecil kini sudah mulai susut dan kurus.
Betapa aku merasa aku gagal menjadi seorang anak yang berguna.
"Lia. Allah itu ada perancanganNya yang tersendiri sayang. Dia lebih Mengetahui setiap yang berlaku. Jadi, daddy nak Lia kuatkan diri. Reda dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya sayang" belakang badanku diusap-usap lembut.
Aku mendongak memandang seraut wajah cengkung milik daddy.
"Tapi Lia belum puas hidup dengan daddy. Lia belum mampu untuk banggakan daddy, belum sempat balas segala jasa daddy. Li...Li..aa..Liaa..." aku sembamkan kembali wajah di dada daddy. Kata-kata tidak mampu aku habiskan.
"Lia sayang. Dengar sini! Tengok daddy. Dengar apa yang daddy nak cakapkan pada Lia. Lia seorang anak yang sangat baik. Lia baik, Lia penyayang, Lia cantik. Lia kuat! Segalanya! Cukup Lia reda dengan apa yang tertulis untuk kita. Cukup Lia jadi kuat untuk daddy dan mummy dan Itu sangat membanggakan daddy. Daddy sayangkan Lia." dahiku daddy kucup lembut. Dapat aku rasakan air mata daddy menitis mengenai pipiku.
"I love you too. So much! No one can replace you! " ujarku tersekat-sekat.
Mummy yang dari tadi memandang dari kejauhan mulai menghampiri kami. Tubuh mummy aku tarik ke dalam pelukan bersama daddy. Untuk seketika, kesempatan yang masih tersisa kami saling berpelukan.
Seketika, kata-kata Tiara bermain di fikiran.
"Kerana kau mampu, maka Allah uji kau sesuai dengan kemampuan kau Lia. Allah sayang, maka Allah uji kau. Kau kuat Lia. Aku bangga dengan kau"
_______________________________________
Merasa haus, aku bercadang untuk berhenti seketika di stesen pam minyak berhampiran. Alang-alang dah berhenti, isi minyak sekali jalan lah.
Kesedihan semalam, aku lupakan. Biarlah kami nikmati masa yang masih tersisa bersama daddy. Akan aku kenang hingga akhir hayatku. Mummy juga kini sedang menjaga daddy di hospital. Memandangkan aku sudah di tahun akhir, maka aku agak sedikit busy. Namun, setiap hari aku akan melawat daddy.
Kini, sedikit demi sedikit aku mulai tabah. Bersedia berdepan dengan segala kemungkinan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Maka,kita sebagai manusia harus menjalani kehidupan dengan biasa.
Kereta kupandu tiba di stesen minyak. Yeay, tak ramai orang. Tak perlulah nak berebut atau tunggu turn nak guna pam minyak.
Enjin kereta aku matikan. Purse aku kepit di ketiak. Pintu kaca aku tolak perlahan. Air mineral spritzer aku capai sebotol dan kubawa ke kaunter. Aku hulurkan senyum terlebih dahulu pada cashier. Tertera tag nama Azian gadis tersebut. Kecil molek orangnya.
"Dik, pam minyak nombor 3 rm30 ye." huluran duit disambut.
Sedang asyik berjalan tiba-tiba terasa badanku melayang seakan mahu terjatuh. Jangan jatuh! Jangan jatuh! Aku memejamkan mata.
Namun, terasa tanganku ditarik oleh seseorang. Aku mencelikkan mata. Tangan segera kutarik cepat. Malu mengenangkan kecuaianku. Dulu sekali. Ini sekali lagi.
"Miss. Are you okay? Sorry-sorry saya tak sengaja. " segera pautan tanganku dilepaskan. Mungkin tidak mahu dicop gatal dan mengambil kesempatan.
Kalut suara lelaki di hadapanku ini meminta maaf. Ishh, salah aku. Berjalan tapi mata sibuk tengok sana sini. Jujur, rasa segan menebal sekali.
Aku tersenyum kelat seraya menggelengkan kepala.
"Ehh tak takpa. Saya okay. Salah saya sebenarnya. Jalan tak tengok depan. Sorry juga. Ermmm..terima kasih sebab dah selamatkan saya daripada bercium dengan lantai ni" aku turut menuturkan kata maaf memandangkan aku yang bersalah dalam hal ini.
Dia hanya tertawa kecil. Segak!
"Tak apa. Tak perlu nak rasa bersalah. By the way, Saya Akif Hafiz." dihulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.
Kening aku garukan.
Aku memandang wajah putih miliknya. Lelaki ini tidaklah sesegak Benjamin Luthfias namun kategori sedap mata memandang. Hurmm not bad lah.
Eh dah kenapa pulak aku bandingkan dengan mamat poyo tu.
"Miss.." diseru namaku sekali lagi apabila terasa hulurannya tidak bersambut.
Terasa malu ditangkap mengelamun,aku menyambut salam perkenalan oleh lelaki ini. Nampak seperti lelaki gentleman.
"Saya Aulia Natasha. Just call me Lia" tangan yang bertaut dilepaskan.
"Aulia Natasha. What a nice name. Macam tuan dia juga" dianggukkan kepalanya beberapa kali. Senyuman senget dihadiahkan kepadaku.
Aku tersenyum nipis. Lelaki. Sweet talker.
"Okay lah encik Akif, saya gerak dulu. Once again, sorry and thank you very much" sebelum bergerak aku hulurkan sekali lagi kata maaf dan terima kasih.
Jika tidak kerana pertolongan dia, pasti sudah jatuh tersemban aku di hadapan stesen minyak petron ini. Memang tak kujejak lagi ke sini. Malu!
"Not a big deal. Ohh yaa, nice to meet you too dan saya harap kita dapat bertemu lagi Miss Aulia Natasha " balas dia terselit nada pengharapan disitu.
Aku memandang dia bersama senyuman kecil.
"In shaa Allah" kepala aku anggukan. Perlahan aku balas tidak berjanji namun jika ada rezeki bertemu lagi aku tidak menolak.
Berbalas senyuman, kami mula bergerak ke arah masing-masing.
______________________________________
Benjamin POV
Wajah jelita buah hati di depan mata, aku perhati seketika. Tidak dinafikan jelita gadis ini seperti gadis-gadis hindustan namun bukanlah kejelitaan semata-mata yang mengikat dia bersama gadis ini.
Walau kadangkala rimas dengan perangai buah hati yang mengada-ngada tidak bertempat namun masih terselit rasa sayang di hati untuk si gadis.
"Biy.." lunak suara si gadis menggegarkan peluh jantan miliknya. Dikerling wajah cantik yang sedang tersenyum menggoda ke arahnya.
Yaa, dulu gadis ini pernah menghancurkan hatinya. Secara tiba-tiba beralih arah kepada lelaki lain. Entah dimana silapnya. Entah di mana kurang dirinya hingga si gadis tega mengkhianti cinta mereka.
Namun, tidak lama si gadis kembali menuntut dirinya. Mengenangkan dirinya pernah dikhianati diendahkan sahaja. Namun, pelbagai usaha dilakukan si gadis hingga akhirnya dia bersetuju untuk mencantum kembali hubungan cinta antara mereka.
Kadangkala dia merasakan dia agak bodoh. Mudah menerima kembali orang yang telah menyakiti dia. Tapi entah lah. Sukar untuk dijelaskan. Sedikit sebanyak diakui bahawa hubungan kali kedua ini sudah berjaya mengikis rasa keterujaannya. Tidak sama seperti dahulu lagi.
"I cakap you mengelamun pulak. You ni..ishhh." tubuh disandarkan ke kerusi. Kedua belah tangan naik memeluk tubuh. Menunjukkan protes dan rajuk dipamerkan.
Aku hanya tertawa sinis melihatkan tingkahnya. Malas untuk peduli.
Si gadis menjeling tajam bila merasakan rajuknya tidak berjaya mengugat si buah hati.
"Tengok tu. Boleh pulak dia gelak-gelak. I tengah marah ni you tak layan I. Biarkan I cakap sorang-sorang macam orang bodoh dengan you tadi" masih merajuk kedengaran nada si gadis.
Aqeela Sania. Anak manja Dato Khalid Khan. Semua kehendak dituruti memandangkan hanya gadis itu satu-satunya anak perempuan beliau.
"Sorry dear. I just terfikir something je. Tell me now. Apa yang you nak cakap dengan I ?" air koktail aku hirup perlahan.
"I cakap, bila kita kahwin nanti I nak majlis yang grand and mewah. Well, you tahukan I sorang je anak perempuan papa." si gadis mula berceloteh kembali menceritakan keinginan dan impian perkahwinan yang diidamkan selama ini. Sedangkan dia masih lagi sibuk memikirkan projek dan kertas kerja yang tidak pernah habis.
Aku hanya tersenyum. Sekadar mengambil hati.
"Kalau tak grand tak mewah you tanak laa kahwin dengan I ?" soalan menguji aku ajukan kepada Aqeela Sania. Badan aku sandarkan gaya santai ke kerusi.
Kelihatan si gadis tersentak. Nak terkejut bagai pula. Tadi dia juga beria cakap nak grand lah mewah lah.
Deheman dilepaskan. Kedudukan kaki dibetulkan. Bercakap dengan seorang Benjamin Luthfias memerlukan kesabaran yang tinggi.
Nafas dihembus perlahan. Idea yang sesuai difikir sebelum menangkis kata-kata jejaka tersebut. Beberapa saat juga diambil sebelum bersuara. Keluhan dilepaskan dari bibir mungil miliknya.
"No biy. Listen! You jangan salah faham. Bukanlah maksud I tak grand tak mewah, I tak nak kahwin dengan you. You tahu kan salah satu impian I adalah untuk berkahwin dengan you." kata-kata pancing dilemparkan ke arahku. Aku mengangkat bahu. Bibir mencebik. Alasan! Rengusku dalam hati.
"Tapi pada masa yang sama of course la I nak majlis yang besar, yang dapat dikenang sampai bila-bila. You pun tahu kan kahwin hanya sekali saja" ujar Aqeela Sania lembut seakan mahu aku memahami keinginan dan impian wedding of the year yang diimpikan.
" Oh yeah, kahwin hanya sekali? Bukan banyak kali pun boleh ke?" provokku. Sengaja mahu melihat reaksi Aqeela.
Helaan nafas kasar dilepaskan. Bilik yang sejuk dirasakan mulai panas. Kerusi ditolak ke belakang. Kaki disilangkan.
"Macam la kalau tak grand tak besar tak boleh kenang sampai bila-bila" balasku mudah. Sekali lagi memintas kata-katanya.
Aqeela Sania mengeluh kasar. Berang apabila keinginan dan impiannya dicantas. Payah bercakap dengan lelaki yang otak geliga ni. Huh!
"Okay. I try penuhi impian you okay. Dah lah. Cepat habiskan makanan, nanti I nak hantar you balik pulak. " bersinar kembali wajah yang mula cemberut tadi.
"Janji eh biy. Ni yang buat I makin sayang kat you ni" steak yang separuh lagi berbaki dalam pinggan dipotong sebelum disuap ke dalam mulut.
"I tak cakap I janji but I cakap I try. " aku mengguman perlahan.
"Biyyyyy!" dan serentak itu terdengar kuat suara Aqeela Sania bergema dalam bilik VIP yang ditempah khas untuk dinner kami malam ini.
Lengkingan suara darinya aku abaikan sebaliknya air koktail yang masih berbaki dalam gelas aku teguk hingga habis. Entah sejak bila koktail menjadi kegemaranku.
______________________________________
Benjamin POV
Setelah menjamu selera bersama Aqeela Sania, tubuh dibawa pulang terus ke rumah. Seharian hari ini terkejar ke sana sini menghadiri mesyuarat dan melawat tapak projek menjadikan dia sangat penat. Serasa mahu sahaja tidur di ruang pejabat miliknya.
Ditambah pula dengan rengekan Aqeela Sania kerap mengganggu mengajak mereka bertemu menambah kepenatan yang ada. Malas untuk mendengar rungutan dan rajukan daripada gadis itu, digagahi jua untuk bertemu.
Pintu kereta sebelah pemandu ditutup rapat. Beg laptop disandang ke bahu. Leher yang terasa tegang diurut perlahan. Arghh nikmatnya kalau dapat baring di katil empuk miliknya.
Alarm kereta ditekan. Kaki dibawa ke arah pintu besar rumah agam mereka. Pintu dibuka dan ditutup kembali. Kunci kereta disangkutkan ke di dinding. Tidak terus naik ke atas, duduk dilabuhkan di sofa ruang tamu.
Lama dibiarkan tubuh di situ. Mengenangkan diri yang masih belum mandi, dan mungkin terlelap di situ lebih baik diri naik ke ruang atas.
Keluhan dilepaskan. Ikutkan tubuh yang penat mahu sahaja dia lelapkan mata terus. Tapi tidak enak pula kalau tidur tanpa bersihkan diri.
Langkah lemah mendaki anak tangga satu persatu. Melepasi kamar tidur milik si bapa, automatik diundur kembali. Hairan melihatkan kamar tersebut masih lagi cerah.
Kelihatan Dato Razman asyik menikmati angin malam di kerusi balkoni biliknya. Tubuh sasanya Benjamin sandarkan di pintu. Memerhati secara diam gelagat dato Razman. Sekejap mengeluh, sekejap menggelengkan kepala. Sekejap diraup wajah. Seolah-olah sedang berhadapan dengan sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Perlahan-lahan, beg laptop miliknya diletakkan di tepi pintu. Kaki diatur ke arah dato Razman.
Nampaknya, kehadiran ku masih tidak disedari daddy. Tanganku menyapa bahu daddy daripada belakang. Tersentak seketika tubuh daddy melihatkan aku di belakangnya.
Senyuman hambar dilemparkan kepadaku. Aku turut membalas.
"Daddy okay ? Sorry kalau Ben kejutkan daddy. " punggung dilabuhkan bersebelahan si ayah.
"Baru balik?"
Aku menganggukkan kepala.
"Aah. Baru balik. Ada kerja sikit. Tu yang lewat Ben balik hari ni" ujarku.
"Jangan selalu sangat balik lewat. Kesihatan tu kena jaga juga. Kerja ni sampai bila pun tak habis. " nasihat daddy lembut kepadaku.
"Daddy. Are you okay? Ben tengok dari tadi daddy termenung jauh je. Lepas tu kejap mengeluh, kejap geleng kepala. Do you have any problem dad ?" soalku berterus terang.
Tidak mungkin daddy beriak sedemikian jika tidak ada yang mengganggu fikirannya ketika ini.
Sekali lagi, keluhan kuat dilepaskan. Ditoleh aku yang berada di sebelahnya. Aku juga turut menoleh. Menanti jawapan daripada soalanku sebentar tadi.
Tidak lama, dibawa pandangannya jauh ke dalam kelam malam.
Suasana sepi menyelubungi antara kami.
"Uncle Fendi.." dua patah perkataan sahaja diucapkan kepadaku.
Pantas, aku menoleh. Mendengarkan sebaris nama itu menjadikan aku tertarik.
Uncle Fendi? Daddy Aulia Natasha? Kenapa dengan uncle Fendi?
Pelbagai soalan kini menerjah ruang fikiranku.
"Uncle Fendi? Maksud daddy Dato Fendi?" soalku memohon kepastian. Mana tahu Fendi yang lain.
"Ya, Dato Fendi. Ayah Aulia Natasha." sahut daddy lemah.
"Okay. Kenapa dengan dia?" soalku lagi.
Daddy menggelengkan kepalanya lemah. Tangan kedua belah naik menongkat wajah yang tertunduk.
Aku masih lagi dibuai pelik.
"Dad..." seruku seraya meletakkan tangan di bahunya. Memujuk!
Peganganku di bahu menyedarkan daddy. Diangkat wajahnya berdepan denganku. Seketika, aku terpaku bila melihatkan tubir mata daddy bergenang dengan air mata.
Jujur, rasa pelik kini kian bercambah dalam diriku. Seingatku, hanya daddy berkelakuan begini ketika kami kehilangan mummy.
Aku sendiri menjadi saksi betapa lemahnya daddy meratapi kehilangan mummy. Isteri yang dicintai.
"Uncle Fendi. Di..d..dia..sakit Ben. Dia sakit. Kawan baik daddy sekarang ni tengah sakit. Dan daddy sebagai kawan dia tak mampu untuk buat apa-apa. Tak mampu...tak mampu..." lirih kedengaran suara daddy meluahkan kekesalan dan kesedihannya.
Aku tersentak. Sakit?
Sejenak, seraut wajah milik Aulia Natasha terbias di ruang mata. Bagaimana keadaan gadis itu ketika ini? Bersediakah dia? Mampukah dia?
Sakit merasa kehilangan seseorang yang sangat dekat dengan jiwa dan diri kita sudah aku rasai. Seawal usia 14 tahun aku sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Cemburu kadangkala melihatkan layanan mereka di luar sana yang masih punya ibu sedangkan aku....
Namun, aku tak pernah merasa kurang kerana daddy melimpahkan sepenuh perhatian dan kasih sayangnya kepadaku. Tidak pernah sekalipun aku merasa kurang sebaliknya merasa sangat bahagia.
Lambat-laun si gadis juga akan turut merasakan hal yang sama denganku. Doaku, moga si gadis tabah.
Bahu daddy aku usap-usap lembut.
"Daddy mampu. Daddy dah jadi seorang kawan dia yang sangat baik. " tuturku. Cuba untuk menghilangkan kekesalan yang bercambah dalam diri daddy ketika ini.
Beberapa minit diambil untuk menenangkan hati yang gundah-gulana. Senyuman tawar diukir kepadaku.
"Kamu pergilah berehat. Daddy tahu kamu penat. Jangan risau, daddy okay. Pergilah.."
Aku mengeluh perlahan. Wajah mendung milik daddy aku pandang. Mungkin daddy ingin berseorangan.
"Kalau macam tu, Ben keluar dulu. Apa-apa just tell me. Okay?"
"Ben..." langkah yang kuatur terhenti. Tubuh kupaling semula menghadap daddy.
"Yes?"
"Daddy harap apa yang berlaku nanti, Ben akan faham"
Spontan, aku terdiam mendengarkan kata-kata daddy. Apa yang akan berlaku nanti? Kenapa mesti aku perlu faham? Sekali lagi perasaan pelik menyelinap ke dasar hati.
Ingin bertanya tapi mulut seperti digam.
"Maksud daddy?" terlepas jua daripada mulutku.
"Tak ada apa-apa. Kamu pergilah berehat. Daddy pun nak berehat juga ni. Selamat malam" pamitnya.
Aku yang terpaku hanya mampu menuruti tanpa bantah walaupun seribu persoalan kini bermain di fikiranku.
Share this novel