Bab 13

Romance Series 247373

Makan malam pada hari itu terasa sedikit janggal untuk Benjamin dan Aulia. Masing-masing tidak dapat menyembunyikan rasa tersebut. Bagi Benjamin selama ini sudah terbiasa makan malam hanya berdua bersama Dato Razman, kini tidak lagi. Makan malam kini turut disertai dengan kehadiran ahli keluarga baharu.

Dari ekor mata, aku perasan mata Benjamin merayap memanah ke wajahku. Namun, aku beriak biasa walaupun mahu meletup dada menahan debar. Mana pernah aku direnung sedemikian rupa.

"Rasa lain pula makan malam kali ni." suara daddy Razman memecahkan suasana hening di meja dapur. Aku yang menyuapkan makanan, terhenti mendengar kata-kata tersebut.

Aku kerling sekilas mummy di sebelahku. Mummy beriak biasa. Santai menyuapkan makanan. Seakan tidak terkesan langsung dengan kata-kata daddy.

"Lia bila habis belajar?" tanya daddy Razman. Sekaligus cuma mengusir kesepian yang berlingkar antara mereka.

Aku panggungkan kepala. Bibir melakar sebuah senyuman pendek. Benjamin yang berhadapan dengan mummy menanti jawapanku.

"Hujung tahun ni unc..eh daddy" balasku hampir tersasul.

"Elok lah tu. Nanti boleh tolong abang Benjamin kamu di pejabat tu. Sambil-sambil cari pengalaman kan.." cadang daddy. Suapan yang terhenti disambung kembali.

Aku larikan mata ke arah Benjamin yang diam membisu dari tadi. Selamba mengunyah makanan. Nasi kutelan payah. Mencari idea yang sesuai untuk aku katakan.

Aku berdehem.

"Lia rasa nak kerja di syarikat ayah kawan Lia je daddy lepas habis belajar. " usulku perlahan.

Daddy Razman terdiam. Aku sudah resah. Takut menyinggung perasaan daddy.

"Macam ni lah. Daddy rasa lebih baik kalau Lia kerja dengan Benjamin. Bukan apa, lebih mudah. If ada any problem nanti, boleh abang kamu tolong handle. Lagipun syarikat daddy ada, tak perlu Lia nak kerja dengan diorang. Ingat, Lia pun anak daddy sekarang.." kata daddy.

Ayat yang terakhir beraya menghentikan kunyahan Benjamin. Kufikir tiada perasaan dia. Mata hazel milik si abang bertaut dengan panahan mata si ayah. Riak selamba tadi kini bertukar dengan riak jengkel atau dengan erti kata lain tidak puas hati.

"Betul tu sayang. Mummy sependapat dengan daddy. Better Lia kerja dengan Ben selepas dah habis belajar. Senang sikit.." sokong mummy.

"See? Mummy pun sokong daddy.." daddy tertawa kecil. Benjamin kulihat menguis-nguis makanan di dalam pinggan. Seketika, tangan dibasuh. Pinggan yang masih tersisa dalam pinggan ditolak ke depan.

"Ben dah kenyang.." ujar Benjamin.
kerusi ditolak ke belakang. Tubuh tinggi lampainya dibawa menuju keluar dari ruang dapur. Aku memerhati belakang tubuh Benjamin. Keluhan kecil aku lepaskan.

"Dah Lia. Habiskan makanan tu. Mummy masak sedap, rugi kalau tak habiskan nasi dalam pinggan tu. Jangan risau, abang kamu okay je tu" tukas daddy.

Aku kembali menyambung makanan. Mengenangkan mummy dah daddy sudah sependapat, apa lagi yang perlu aku katakan. Terpaksalah esok aku sampaikan pada Tiara tentang hal ini. Nasi yang berbaki aku habiskan.

Aku, kalau boleh tidak mahu terbabit dengan Benjamin. Aku tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan atas harta mereka sedangkan aku juga punya harta peninggalan daddy. Reaksi Benjamin yang membisu dari tadi tanpa sepatah kata membuatkan aku beranggapan bahawa Benjamin tidak bersetuju jika aku berkerja dengan dia di bawah satu bumbung.

______________________________________

Benjamin POV

Seusai sudah makan, aku mengajak daddy berbual di gazebo yang tersedia di pinggir pintu hadapan rumah. Aku perlukan penjelasan daripada daddy mengenai cadangan yang diusulkan olehnya di meja dapur ketika kami sedang makan malam tadi.

"Kenapa Ben? Lain macam kamu malam ini. Jarang-jarang nak ajak daddy berbual. Daddy nak dapat menantu dah ke apa ni?" usik daddy kepadaku. Tertawa kecil meletus dari mulutnya.

Baguslah kalau betul dia mahu mendapat menantu. Sedikit sebanyak dia tahu akan perhubungan anaknya bersama anak seorang ahli perniagaan berjaya di Malaysia, Dato Khalid khan.

Akan tetapi, dia agak kurang bersetuju dengan hubungan yang terjalin antara Benjamin dan Aqeela Sania. Untuk menghalang dirasakan agak keterlaluan. Maka, diambil jalan mudah untuk membiarkan sahaja dahulu.

Setakat ini tiada lagi ura-ura bahawa Benjamin mahu mengahwini gadis itu. Benjamin juga dia lihat fokus dengan hal syarikat sahaja.

Aku menggelengkan kepala. Sampai ke situ pula andaian daddy ni.

"Ben nak cakap sikit." ujarku.

Daddy menganggukkan kepala. Tubuh disandarkan. Menanti kata-kata si anak.

"Ben tak setuju daddy nak suruh budak tu kerja dengan kita lepas dia habis belajar.." dingin aku luahkan.

Daddy tertawa. Aku terngadah. Lambat-lambat aku berpaling ke arah daddy di sebelah.  Kelakar ke kata-kata dia sebentar tadi ?

Aku perhatikan wajah daddy. Meminta penjelasan. Daddy tersenyum segaris.

"Kenapa kamu tak setuju?" tanya daddy. Kening diangkat.

"Dia ada syarikat dia sendiri kan peninggalan arwah uncle Fendi. Daddy pun tahu. So..why not dia tak kerja di syarikat tu je lepas dia habis belajar? Kenapa mesti daddy nak suruh dia kerja dengan Ben?" selarku pantas. Geram yang aku tahan menggunung sedari tadi akhirnya terluah juga.

"Ada masalah ke kalau daddy suruh dia kerja di syarikat kita?" pintas daddy.

Aku mendengus kasar. Tak berpuas hati.

" No.. Tak ada masalah.." jawabku.

"Hah, dah tu biar jelah anak daddy tu kerja di syarikat kita dengan kamu. Daddy rasa lebih baik" pintas daddy mudah.

Aku tersentak. Daddy memang tak faham perasaan aku. Aku hairan. Siapa sekarang anak kandung ni ? Aku ke budak perempuan tu ? Sebal aku dengan sikap daddy yang seakan melebihkan Aulia.

"Cuma.." sambungku.

"Cuma apa?" pantas daddy menyoal.

Aku bangkit berdiri. Tangan naik meraup wajah. Daddy hanya memerhati gelagatku. Digelengkan kepalanya.

"Ben cuma tak selesa. Di rumah hadap muka dia, di pejabat muka dia. Bosan tahu tak? Lagipun berlambak lagi syarikat yang dia boleh kerja. Tu..syarikat kawan dia tu..ada je. Kenapa mesti daddy nak suruh dia kerja dengan Ben juga? Dah elok-elok kan dia nak kerja dengan syarikat bapak kawan dia" tukasku tidak puas hati.

Melihat reaksi tidak senang yang dipamerkan oleh ku, daddy mengeluh perlahan. Pelipis diurut.

"Ben..listen! Macam mana kamu nak suruh dia handle syarikat sebesar alam itu sedangkan dia tak ada sebarang pengalaman? Kamu nak ke tengok syarikat arwah uncle Fendi terkubur macam itu sahaja?" selar daddy.

"Kamu sanggup biarkan usaha uncle Fendi selama ni musnah macam itu sahaja?" soal daddy lagi.

"Then, daddy nak suruh Ben buat apa? Setuju dan benarkan dia kerja dengan Ben? Macam itu..?" soalku kembali.

" Exactly yes! Ben..tak ramai yang suka dengan kejayaan kita Ben. Ada sahaja yang ingin mengambil kesempatan. Betapa ramai yang menanti masa untuk kiya jatuh terduduk.. Maka, untuk mempertahankan apa yang kita ada, ia memerlukan kemahiran. Perlukan pengalaman. Thats why daddy minta Aulia kerja dengan Ben terlebih dahulu.." jelas daddy tenang.

Memujukku secara halus. Meminta aku untuk menilai setiap unjuran keputusan yang diusulkan.

"Daddy nak kalau boleh sebelum dia ambil alih syarikat Uncle Fendi, dia cukup dengan pengalaman. Tahu selok belok bussines. Bukan ambil alih secara membuta tuli. Dan daddy Ben orang yang tepat untuk bantu dia dapatkan pengalaman..trust me Ben" sambung daddy panjang lebar. Kedengaran dalam suara daddy menjelaskan.

Nafas aku sedut sedalam yang mungkin. Meredakan perasaan yang libang libu dalam hati. Cuba mengembalikan kewarasan akal. Cuba berfikir secara positif. Mencerna tiap patah perkataan yang terluncur daripada mulut daddy.

Tangan naik mencekak kedua belah pinggang. Wajah mendongak ke langit. Sedikit sebanyak langit yang cerah disimbah cahaya bulan mampu menenangkan perasaannya ketika ini.

"...Sekurang-kurangnya kita bantu dulu dia untuk cari pengalaman. Dengan pengalaman yang dia perolehi, dia mampu untuk mentadbir syarikat peninggalan arwah uncle Fendi. She needs us, Ben.." sambung daddy lagi.

"Kamu sebagai abang apa salahnya bantu dia dalam urusan kerja? Tak usah lah kamu fikir bukan-bukan. Dia takkan selamanya kerja dengan kamu. Suatu hari nanti dia akan pergi dan jadi Aulia Natasha yang baharu. Masa itu kamu akan bangga dengan dia, Ben" ucap daddy. Mendalam kata-kata tersebut menyapa halwa telingaku.

Aku mengerutkan dahi. Aulia yang baharu? Aku bangga ? Kenapa perlu aku bangga?

"Maksud daddy? Ben tak faham" soalku. Kepala aku gelengkan perlahan. Mencari jawapan jika ada terlukis di seraut wajah tua daddy. Namun, tiada jawapan yang dapat aku perolehi melainkan rasa tanda tanya yang semakin berlingkar kemas di kepala.

Daddy mengeluh panjang. Seraut wajah si anak yang saling tidak tumpah seperti wajah cantik arwah isteri menggamit sayu di hati.

"Tak ada apa-apa lah. Cuma, jaga dia baik-baik, Ben. She's need you. Only you can protect her.." pesan daddy. Bahuku ditepuk beberapa kali dari belakang. Daddy bangun perlahan dari kerusi diduduki.

Aku yang masih terkaku dengan kata-kata daddy hanya mampu melihat langkah daddy yang melepasiku masuk ke dalam rumah. Tubuh aku hempas ke kerusi. Arghhh!!

____________________________________

Auli POV

Jari-jemari yang lincah menari di atas keyboard laptop terhenti. Jujur, ketika ini aku sebetulnya tidak dapat fokus. Memikirkan usul daripada daddy yang disokong oleh mummy menyesakkan fikiranku. Ditambah dengan anggapan Benjamin yang aku belum tahu.

Sejujurnya, aku tidak mahu dianggap mengambil kesempatan. Aku ini cuma anak tiri. Aku sedar siapa aku. Apa yang aku paling khuatirkan ketika ini adalah anggapan Benjamin. Sudahlah sukar untuk aku menjalinkan hubungan rapat dengan dia sebagai sebuah keluarga.

Benjamin adalah seorang yang sukar ditebak hati dan perasaannya. Adakala senang untuk didekati, adakala sukar untuk memahami terutama tingkahnya.

Bait patah perkataan yang aku taip aku baca kembali. Aku mengeluh. Entah apa lah yang aku tulis juga aku tidak tahu. Benar-benar mood menulis aku ke laut dalam selepas adegan makan malam sebentar tadi.

Aku mengerling jam di dinding. Jarum panjang kini menghampiri pukul sebelas malam. Wajah aku raupkan. Kerusi aku tolak ke belakang. Badan aku renggangkan. Bercadang untuk turun ke bawah menyiapkan secawan milo panas.

Pintu bilik aku kuak. Kaki yang ingin melangkah turun terhenti seketika di hadapan pintu bilik Benjamin. Pintu bilik yang renggang membolehkan aku mendengar sayup-sayup suara Benjamin yang bercakap dengan seseorang.

Entah bagaimana, aku rapatkan telinga ke pintu. Ingin mendengar butir bicara Benjamin dengan lebih jelas. Aku bukan sengaja mahu mengintip perbualan Benjamin namun perasaan yang mendesak meminta aku supaya ambil tahu. Ahh, benci dengan perasaan ini.

"Yes babe. Ya, I tengah bersiap lah ni. Apa ? Ambil you?  Tak nak lah."

"You drive sendiri lah. Okay dah la. Kita jumpa kat sana. Bhai.."

Aku tersentak. Benjamin nak keluar ke ? Dengan girlfriend dia? Hurmm..

Perbualan ditamatkan. Menyedari Benjamin bila-bila masa sahaja boleh keluar dari biliknya, cepat-cepat aku berlari mencicit ke anak tangga.

Sampai sahaja di tangga, aku hentikan larian. Nafasku atur semula. Tarik ku tarik dalam. Langkah ku atur menuruni tangga menuju ke dapur.

Mug berwarna biru gelap aku ambil dari atas rak gelas. Balang milo aku ambil. Aku sendukkan beberapa sudu ke dalam mug berserta susu pekat manis. Air panas aku tadah ke dalam mug sebelum aku kacau-kacau. Biarkan milo dan susu sebati. Sesudu aku bawa ke lidah. Perfect!

Selesai menyiapkan secawan milo, aku bawa langkah kembali untuk naik ke bilik. Wajah aku tundukkan semasa mendaki. Sampai sahaja di pertengahan tangga, kelibat Benjamin sambil membetulkan jam di tangan terbias di ruang kornea mataku.

Semerbak haruman maskulin berlumba-lumba mengasak masuk ke lubang hidung. Seluar jeans biru gelap dipadankan dengan T-shirt hitam berkolar menyerlahkan ketampanan Benjamin. Topi jenama Levi's turut terselit di atas kepala si abang tiri. Menambahkan kesegakan yang sedia ada di seraut wajah tampan tersebut.

Melihatkan aku yang tercegat di pertengahan tangga hanya membuahkan dengusan kasar dari mulut merah tersebut. Aku terkedu.

"Tepi sikit lah.." ditolak bahuku ke tepi dengan kasar. Tanpa sedar milo panas yang sedang aku pegang tangkainya tercurah ke arah tanganku.

"Aduhh!" aku terjerit kecil. Benjamin tercengang. Bulat matanya memerhati aku yang meringis kesakitan.

Aku meniup perlahan tangan yang merah menyala. Benjamin yang berdiri tercegat hanya mampu memerhati dengan perasaan bersalah dan serba salah.

Jujur, bukan niat dia untuk memperlakukan si adik tiri begitu. Dia betul-betul tidak sengaja. Melihatkan raut wajah cantik itu sedang menahan kesakitan membuatkan dia semakin diterpa rasa bersalah.

Dia terbawa-bawa dengan perasaan tidak puas hati dan amarah tadi. Ahh, biarkan. Gadis itu memang layak disakiti.

Berkaca mataku menahan perasaan pedih di tangan. Sudah nama pun tersimbah dengan air panas, pasti terasa menjalar pedihnya itu.

"Itulah. Lain kali tepi sikit. Dah tahu orang nak lalu, tercegat macam patung tu dah kenapa? Huh! Menyusahkan sungguh lah!" sembur Benjamin. Tanpa dipinta, terus ditinggalkan Aulia yang menahan kesakitan di tangga seorang diri.

Dibawa tubuh lampainya ke pintu. Sebelum keluar sempat lagi dia berpaling ke anak tangga. Melihat tubuh longlai si gadis yang melangkah menuju ke bilik. Benjamin mengeluh kuat. Pintu dihempas kasar.

Setitik air mata menitis perlahan di pipi. Sakit di hati melebihi sakit di tangan. Entah kenapa, dia tersinggung dengan kata-kata Benjamin. Kini, dia sedar betapa besar jurang antara mereka. Pintu yang dihempas kasar menyentakkan tubuhku.

Mata aku pejamkan rapat. Tubuh bersama hati dan tangan yang sakit aku bawa longlai mendaki anak tangga satu persatu.
_______________________________________

Benjamin POV

Pintu kereta mewah miliknya dibuka. Tubuh melolos masuk ke seat pemandu. Lama aku berteleku. Kejadian tadi masih segar di ingatan. Dihentak tangan ke stereng. Wajah meraup muka. Perasaan bersalah dan kasihan bergayutan di hatinya. Tambahan sepasang mata bundar itu yang berkaca semakin menyesakkan fikirannya.

Lama cuba ditenangkan hati yang gundah, akhirnya aku tiba di sebuah kelab yang sering menjadi tempat lepak dia bersama rakan-rakan dan juga Aqeela Sania, teman wanitanya.

Kereta diletakkan di tempat yang sudah tersedia untuk mereka. Memandang mereka tetamu bertaraf VVIP yang sering berkunjung ke kelab tersebut maka beberapa petak parking sudah dikhaskan untuk mereka. Mudah!

Masuk ke ruang kelab, dari jauh sudah tersidai di pandangannya betapa ramai yang sedang terkinja-kinja menari bersama pasangan dan teman masing-masing.

Lambaian dari rakannya membuatkan Benjamin lekas menyusun atur langkah ke arah segerombolan kawannya yang sedang asyik bercerita dan bergelak ketawa.

"Bro!" sapaan gaya brotherhood dipertontonkan. Benjamin hanya tersenyum membalas sapaan daripada teman-temannya.

"Mana awek, Ben?" soal salah seorang rakannya yang asyik dibelai seorang pelayan wanita.

"Kejap lagi sampai kut." balasku ringkas.

"Kau nak minum apa?" tanya Rony, member satu universiti dahulu.

"No thanks. " tangan Benjamin angkat.

"Serius?" balas Rony pelik.

Aku anggukkan kepala mengiakan. Entahlah, kejadian yang berlaku di rumah tadi membuatkan selera aku terbantut.

"Sayang..." bisik Aqeela Sania di telingaku. Tubuhku dirangkul dari belakang. Pipiku dikucup sekilas. Aku palingkan wajah ke arah lain. Mengelak daripada ciuman tersebut.

Aqeela Sania yang perasaan akan reaksiku, segera memaniskan wajah. Dihempas tubuh di sebelahku. Dirangkul erat lenganku dari tepi. Aku endahkan. Mata melingas di sekitar ruang kelab. Namun, wajah sedih Aulia pula yang menerpa di ruang mata. Ahh! Kacau..

Aqeela Sania di sebelah mulai bangun menuju ke arah kaunter minuman. Melenggang berjalan dengan penuh lenggok. Mahu memesan minuman barangkali.

Melihatkan aku yang gelisah, Addy menyapaku. Didekati aku.

"Kau okay ke Ben?" soal Addy perlahan tanpa didengari sesiapa.

Aku tersentak. Nampak ketara sangatkan keresahan aku? Aku menghembus nafas panjang.

"Kau kenapa ni? Tak pernah-pernah kau macam ni. Diam je dari tadi. Dari mula datang sampai dah setengah jam bisu je. Awek kau pun kau buat tak layan. Kau ada masalah ke?" ditepuk bahuku.

Aku menggelengkan kepala. Menafikan.

"Ben.." laung Daniel dari ujung sana.

Wajah Daniel yang berada berhadapan denganku, aku kerling malas. Aku ayunkan dagu ke hadapan.

"Dengar kata adik tiri kau cantik? Asal tak bawa datang sini sekali? Mana tahu boleh kenal-kenalkan dengan kami. Nak juga tengok adik tiri kau yang cantik tu.." kata Daniel.

Serentak, kata-kata tersebut disambut ketawa kuat rakan-rakan yang lain. Rahang aku ketap rapat. Tangan kanan kukepal kuat. Menahan gelojak perasaan mendengarkan kata-kata Daniel sebentar tadi. Kurang ajar!

Tubuh yang terinjak ke depan ingin bangun ditahan olen Addy. Gelengan daripada Addy membantutkan tindakan luar kawalan aku.

"Tak penting untuk kau kenal dengan dia. Jaga je awek kau tu baik-baik. Tak perlu nak kenal dengan adik tiri aku bagai. Tak ada faedah pun kalau aku bawa dia datang sini semata-mata nak berkenalan dengan kau terutamanya.." balasku sarkastik. Senyuman sinis aku layangkan.

Berubah riak wajah milik Daniel. Aku tersenyum puas. Daniel kembali dibeli beberapa orang wanita di sisinya. Menyampah aku melihat. Dasar lelaki hidung belang. Jangan harap aku nak bagi Aulia terlintas di ruang mata kau. Jangankan kelibat, bayang pun aku tak izinkanlah.

Addy yang perasan dengan ketegangan yang muncul di wajahku bertindak menenangkan aku kembali.

"Relaks Ben. Jangan cepat melatah. Kau tahukan Daniel perangai macam mana? Kau endahkan sahaja. Buang masa kalau kau layan dia " bisik Addy di sebelahku. Kolar baju aku betulkan.

Mendengarkan bisikan Addy, sedikit sebanyak meredakan perasaan aku. Daniel yang tersenyum senget aku pandang. Entahlah kenapa, sejak dulu aku dan Daniel ini tidak berapa ngam. Ada sahaja yang mahu dipermasalahkan denganku.

Kadangkala tercabar juga diriku namun dengan adanya redaan daripada rakan-rakan lain, setakat ini aku biarkan sahaja Daniel dengan mulut lancangnya. Mentang-mentang bapanya seorang Menteri, dia fikir dia boleh buat sewenangnya. Huh, over my dead body first lah. Dia belum kenal siapa sebenarnya Benjamin Luthfias.

Aqeela Sania yang melenggang berjalan ke arah aku, aku biarkan. Addy disebelah aku panggil.

"Ad.." panggilku.

"Hurmm.." sahut Addy sambil menyedut air coke miliknya. Mata dikerling ke arahku di sebelah. Kening hitam miliknya dijungkitkan.

"Kalau kau tersimbah air panas ke tangan seseorang apa yang kau akan buat?" soalku dalam.

Addy mengerutkan dahi seketika mendengar pertanyaan yang aku ajukan. Lama dia terdiam.

"Lah, kau janganlah diam je Ad. Aku tanya boleh pula kau buat bisu? Tak membantu langsunglah kau ni.." selarku.

Addy tertawa kecil sambil menggaru pelipisnya beberapa kali. Hairan dengan soalan Benjamin.

"Aku bawa di ke klinik lah. Takpun beli cream ke ubat sapu ke untuk letak kat tangan dia. Settle! " jawab Addy mudah.

Aku terdiam.

"Kejap. Kau tersimbah air panas kat tangan siapa ni?" soal Addy hairan.

Aku yang diburu dengan rasa bersalah segera bangunkan tubuh lampaiku. Aqeela Sania yang menempel keras di sebelah hampir melorot jatuh dengan tindakan drastik aku.

Masing-masing memerhatikan tingkahku. Berpandangan seketika Aqeela Sania dan Addy.

"Kau nak pergi mana, Ben?"

"You nak pergi mana sayang?"

Serentak keduanya menyoalku.

"Jom, I hantar you balik.." kataku tiba-tiba.

Aqeela Sania juga segera terbangun.

"What? Takkan nak balik dah. I baru sampai kut. Jangan nak buat lawak boleh tak yang. Baru datang dah ajak balik" dihempas kembali tubuh di sofa. Punggung pun tidak sempat panas, sudah diajak pulang. Hello!

Aku merengus. Dah orang offer nak hantar balik tak nak pula. Lantaklah!

"Okay fine. Ikut you lah. I nak balik.  Aku balik dulu Ad. Jumpa lagi.." kunci kereta yang terdampar atas meja aku capai.

Aqeela Sania tercengang. Memandangkan si teman lelaki juga sudah berambus, dia juga malas untuk berada di situ. Beg tangan dicapai kasar. Kaki yang bersarung heels tiga inci dihentak ke lantai. Geram dengan tindakan semberono Benjamin.

"Ben! Tunggu I lah..Ishhh.." langkah panjang Benjamin diikut dari belakang.

_____________________________________

Sesudah menghantar pulang Aqeela Sania sebentar tadi, terus dilencongkan kereta ke farmasi berdekatan yang beroperasi 24jam. Ubat sejenis krim sapu dibeli. Laju kereta mewah miliknya membelah kelam malam di jalan raya.

Bebelan Aqeela Sania sepanjang perjalanan balik tadi juga tidak diendahkan. Di fikirannya cuma terbayang Aulia yang kesakitan menahan pedih di tangan yang tersimbah dengan air panas.

Setengah jam memandu, akhirnya aku tiba jua di rumah. Melihatkan lampu yang masih menyala terang di kamar si gadis menganggu perasaannya. Pasti si gadis tidak dapat lena kerana kesakitan yang menjalar di tangan.

Enjin kereta dimatikan. Alarm ditekan. Pintu agam rumah dikuak dari luar sebelum dikunci kembali dari dalam.

Kunci kereta dilempar ke dalam bekas yang terletak di tepi rak kasut miliknya. Kaki dibawa mendaki anak tangga satu persatu dan akhirnya berhenti di hadapan pintu bilik si gadis.

____________________________________

Aulia POV

Aku mengusap tangan yang kemerahan. Tubuh yang berbaring aku tegakkan. Tidak betah untuk tidur memandangkan tangan yang berdenyut-denyut daripada tadi. Sudah disapu dengan minyak gamat namun masih belum reda kesakitannya.

Pusing ke kanan sudah, ke kiri juga
sudah, menelentang juga sudah. Merangkak sahaja belum. Dia tahu Benjamin tidak sengaja. Dan dia juga tidak menyalahkan Benjamin. Salah dia juga menghalang laluan Benjamin di tengah tangga.

Aku mengeluh perlahan. Cuma tadi aku agak tersinggung dengan kata-katanya. Seolah-olah kehadiranku di rumah ini mengganggu keselesaan dia. Aku juga tidak mahu menetap di sini tapi memandangkan ajakan daddy, aku tidak mampu menolak.

Ketukan di pintu menyentakkan lamunanku. Aku terngadah. Siapa pula tengah malam-malam buta ini mengetuk pintu bilikku. Ketukan yang berbunyi terhenti. Aku lega. Namun, sekali lagi ia berbunyi. Lebih kuat daripada ketukan kali pertama tadi.

Aku jengketkan kaki perlahan-lahan ke arah pintu bilik. Semakin lama semakin hampir ke pintu. Dari luar sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil.

"Lia.." sekali.

"Lia.." dua kali

"Aulia Natasha!.." seru orang di luar kuat. Aku tersandar di balik pintu. Beberapa saat juga aku termangu di situ. Berperang dengan rasa takut dan logik.

Malas untuk berfikir yang bukan-bukan. Dengan lafaz bismilah, pintu aku kuak perlahan. Terbuka luas kamarku dari dalam.

Seketika, aku tercengang. Benjamin sedang merenungku dengan sebelah tangan mencekak pinggang manakala sebelah lagi tangannya memegang satu plastik. Aku berkerut memandang kehadiran dia di muka pintu ketika ini.

"You buat apa kat dalam? I panggil kat luar dah macam orang gila terpekik-pekik nama you. Nasib mummy dan daddy tak dengar. Kalau diorang bangun macam mana?" sembur Benjamin terus tanpa dapat ditahan lagi.

Aku terkedu. Bukan tadi lelaki ini keluarkah? Takkan secepat ini pulangnya ke rumah..

Suasana sepi terisi kembali antara kami.

"Boleh I masuk?" tanya Benjamin tiba-tiba. Aku tersentak. Nak masuk bilik aku nak buat apa?

"You jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak? Dah lalu,  I nak masuk. Pintu tak payah tutup. Biar je terbuka luas macam tu.." selamba sahaja Benjamin melangkah masuk ke dalam bilikku.

Dilabuhkan tubuh lampainya di birai katil empuk milikku.

"Sini.." ditepuk tilamku beberapa kali. Tanda meminta aku mendekatinya. 

Aku yang masih tercegat di pintu bilik, menghampiri Benjamin takut-takut. Bersedia dengan segala kemungkinan.

"Cepatlah.." desak Benjamin. Lambat betul lah berjalan pun. Macam aku nak rogol dia.

Aku melabuhkan punggung di birai kati bersebelahan Benjamin. Aku jarakkan kedudukan antara kami. Benjamin mengesot mendekatiku di hujung katil. Mataku terjegil.

Plastik yang dijinjit sebentar tadi dibuka. Dikeluarkan sekotak ubat berwarna biru putih. Wajahku dipandang. Aku hanya menunduk. Menanti tindakan daripada Benjamin.

"Bak sini tangan tu.." arah Benjamin.

Aku panggungkan kepala. Kening aku kerutkan.

"Huh?" keluhku.

Benjamin mengeluh malas. Tanpa ditahan, pergelangan tangan kananku ditarik. Diletakkan ke atas ribanya. Ditilik kesan merah di tangan mulusku. Kulitku yang putih membiaskan warna kontra kemerahan. Diusap-usap tanganku yang merah menyala.

"Sakit..?" soal Benjamin lembut. Mata hazelnya naik merenung lembut sepasang mata milikku.

Aku yang seakan dipukau menganggukkan kepala. Terasa selesa dilayan sedemikian rupa.

Benjamin mengeluh perlahan.

"I minta maaf pasal tadi. I tak sengaja tumpahkan air kat tangan you. I tak tahu you tengah pegang mug ada air panas" Jelas Benjamin sambil tangannya ralit menyapu lembut krim putih ke kulitku.

Bibirku merekah dengan senyuman mendengar penjelasan Benjamin.

"Takpa. Bukan salah awak. Saya tahu awak tak sengaja. Salah saya juga sebab halang laluan awak.." balasku. Cuba untuk menghilangkan rasa bersalah yang ada dalam diri Benjamin.

Benjamin tersenyum tawar. Melihatkan tangan yang tersimbah dengan air panas itu kemerahan mencetuskan rasa sedih di hatinya. Pasti Aulia tidak boleh tidur menahan kesakitan.

"Mesti you marahkan I kan?" tebak Benjamin.

Aku gelengkan kepala.

"You mesti ingat I ni lelaki tak guna. Dah buat you sakit, biarkan pulak you sorang-sorang macam tu. Kan?" teka dia lagi.

Sekali lagi aku gelengkan kepala laju.

Benjamin angkat kepala.

"Betul?" soal dia halus.

Kali ini, baru aku anggukkan kepala.

"Terima kasih.." ucap Benjamin.

Sepuluh minit, Benjamin sudah siap menyapukan krim di kulitku yang kemerahan. Sedikit berkurang rasa sakit daripada tadi yang menjalar.

Kulihat Benjamin bingkas bangun. Tiub krim dimasukkan kembali ke kotak sebelum diletakkan di atas meja tepi birai katil. Tubuh dipusing menghadapku.

"Pergilah tidur.." arahnya lembut.

Aku menganggukkan kepala sebagai balasan. Mahu berterima kasih namun suara seakan tidak memberi kerjasama kepadaku.

"Okaylah. I keluar dulu. Goodnight Aulia. Sweet dreams.." kepalaku digosok lembut sebelum Benjamin melangkah keluar daripada bilikku. Aku tersenyum mengenangkan tingkah Benjamin. Betul lah kata bik Suty, Benjamin memang seorang lelaki yang baik.

"Awak.." seruku perlahan. Kali ini baru suara yang tersekat berjaya aku keluarkan.

Benjamin yang mahu menutup pintu bilik lekas berpaling kembali. Keningnya dijongketkan.

"Yes..?" sahut dia.

Aku tersenyum sedikit.

"Terima kasih.." ucapku. Aku agak terharu dengan tindakan dia.

Benjamin tersenyum. Diangkat tangan tanda membalas ucapanku sebentar tadi. Dan tubuhnya mulai hilang di balik pintu.

Aku bergerak menuju ke katil. Kesakitan yang sedikit reda, menjemput rasa mengantuk yang hilang. Selimut aku tarik menutupi tubuh yang kedinginan. Sebelum terlena, sebuah senyuman terlakar di wajahku. Harap mimpi indah malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience