BAB 2

Romance Series 247373

Jam menunjukkan pukul tepat lapan pagi. Aku melangkah menuruni tangga perlahan menuju ke ruang tamu. Langkah kuatur lagi menuju ke ruangan dapur.

Kelihatan hanya kelibat mummy kalut ke hulu ke hilir menyediakan sarapan. Tidak menyedari keberadaan aku di dapur.

Perlahan-lahan kaki kuatur mendekati mummy. Berada sahaja di belakang mummy, segera ku peluk pinggang mummy.

"Astaghfirullah. Terkejut mummy, Aulia Natasha! Hishh..budak ni. Nasib baik mummy takde sakit jantung tahu. Kalau tak mau kejung mummy tadi. " tangan dibawa memiat telinga anak daranya. Nakal sangat!

"Good morning, mummy" sapa aku lembut sambil tersengih. Mummy menjeling. Marah lagi laa tu.

"Good morning sayang.Amacam? Lena tidur semalam? Penat sangat ye" walaupun dada masih lagi terkejut, dibalas juga sapaan tersebut. Tangan ligat mengambil cawan di atas rak dan disusun ke dalam talam.

"Lenaaaa sangat. Penat la jugak. Jet lag tak hilang lagi kan. Ni pon ingat nak sambug tidur balik" kerusi aku tarik ke belakang sebelum kulabuhkan duduk. Mummy turut mengambil tempat di hadapanku.

"Baguslah kalau macam tu" mummy hirup perlahan air teh yang dituang ke dalam cawan.

Keadaan kembali sunyi lantaran masing masing sibuk mengisi perut.

"Ohhh yaa. Mummy lupa, tadi daddy pesan sebelum dia pergi kerja, dia mintak Lia datang office hari ni. Tu pun kalau Lia takde nak buat apa laa." mummy memecahkan kesunyian antara kami yang ralit mengisi perut.

Aku menghentikan suapan nasi goreng ke dalam mulut. Sudu ku letak perlahan sebelum memandang ke arah mummy yang turut memandangku.

"Yeke, hurmm Lia rasa boleh je hari ni pergi office daddy. Kebetulan memang Lia nak keluar jugak. Ingat nak jalan-jalan dengan Tiara sekejap" aku kembali meneruskan sarapan. Teh yang sudah suam-suam kuku aku bawa ke mulut.

"Dah kalau macam tu,alang-alang dah nak keluar, singgah terus jela kat office daddy sekejap. Mummy pon sekejap lagi nak keluar jugak nak pergi beli barang-barang dapur sikit" ujar mummy sebelum bangun menuju ke sinki.

"Mummy nak Lia tumpangkan mummy ke? Kebetulan dah sehala" aku turut bangun membawa pinggan kotor ke sinki.

Mummy paling sebelum tangannya mencubit manja pipiku yang tak berapa tembam ni.

Mummy ukir senyum "No, thanks. Its sokay honey. Mummy boleh drive sendiri. Lagipun Lia nak pergi banyak tempat kan? Nanti kalau tumpangkan mummy, kalut pulak Lia nanti" balas mummy lembut.

Aku senyum kelat "Then okay! Kalau macam tu Lia nak naik bilik. Nak siap-siap nak keluar. Bhai mummy. I love you" aku kucup perlahan pipi mummy sebelum membawa langkah naik ke bilik. Sayang mummy kite!

-------------------------------------------------------
Simple but nice! Aku belek tubuhku di depan cermin. Okay done. Aku hanya mengenakan seluar jeans berwarna biru lembut dipadankan dengan baju blouse dark blue. Rambutku yang separas bahu aku tarik dan kepit di bahagian belakang.

Wajah aku tatariaskan dengan solekan tipis. Blusher berwarna yang agak terang aku pakai bagi menyerlahkan seri wajah. Wangian segar aku sembur di sekitar tubuh. Telefon, purse dan handbag aku ambil dan galas ke bahu.

Pintu bilik aku tutup perlahan. Tiba di ruang tamu bawah, aku capai kunci kereta yang tersangkut di dinding. Enjin kereta kupanaskan sebelum kereta meluncur laju membelah jalan raya.
_____________________________________

Megah Jaya Holdings terpampang megah sesuai dengan nama dan pemiliknya. Kaca mata hitam aku tanggalkan. Seketika baru aku teringat untuk menghubungi Tiara.

Aplikasi wattsapp aku buka. Nama Tiara aku cari.

*Aku*
Tia. Sorry sebab aku kena cancel kita punya date hari ni.

Ting!  Wassap berbalas

*Tiara bff*
Kenapa? Kau ada hal penting erk

*aku*
Yup. Aku kat syarikat daddy razman ni. Nak jumpa dia.

*Tiara bff*
Yeke? Kalau macam tu takpe laa. Next time jela kita geder2.

*aku*
Orait. Sorry again babe.

*Tiara bff*
Naa..its sokay babe. Nanti jangan lupe story2. Kalau tidak aku sular kau. HAHAHAHA

*aku*
Hahahaha. Oraittttt. Bhaii.

Kepala aku geleng perlahan sambil mengukir senyum. Telefon aku simpan kembali ke dalam beg dan langkah ku atur kemas menuju ke pintu masuk.

____________________________________

Sampai di kaunter receptionist, aku hulurkan senyuman manis sebagai sebuah sapaan. Gadis manis bertudung itu membalas kembali senyumanku. Tag nama khaira aku pandang.

"Ye cik, boleh saya bantu" dah gaya operator telefon pulak. Hahaha.

"Ehem, saya nak jumpa datuk Razman.  Tingkat berapa ye pejabat dia? " tanyaku sopan.

"Ohh. Cik ada buat any appointment ke dengan dia? " tanya gadis itu kembali. Kening dijungkitkan.

Kening aku garu perlahan. Takkan nak bagitahu aku siapa.

"Hurmm, takde tapi just bagitahu saya Aulia Natasha nak jumpa" ujarku memberi cadangan.

Gagang telefon diangkat sebelum kulihat khaira menelefon seseorang di talian. Dua minit berlalu dan gagang telefon diletak kembali. Aku memandang ke arah gadis tersebut menunggu jawapan daripadanya.

"Bilik dato dekat tingkat 15. Dato ada kat dalam bilik dia" ujar gadis bernama khaira tersebut. Senyuman dihulurkan kepadaku dan aku kembali membalas.

"Okay. Thank you" ucapan terima kasih aku hulurkan sebelum kaki melangkah menuju ke arah lif yang tersedia. Uiii ada lif vvip. Nak naik yang vvip ke tidak. Hurmm naik lift biasa jela.
___________________________________

Pintu lift terbuka perlahan menandakan aku sudah sampai ke tingkat 15. Sebaik sahaja aku melangkah keluar, telingaku pantas sahaja menangkap suara yang sekian lama aku rindukan. Suara yang ingin aku hilangkan dari halwa telinga.

Perlahan aku menoleh mencari di mana suara itu. Di hujung lobi tersebut, kelihatan seorang lelaki bergaya dengan sut pejabat dark grey bergelak ketawa mesra dengan seorang perempuan. Cantik! Kedengaran gelak tawanya yang manja.

"So, long time no see ya. Hows life Benjamin?" kedengaran pertanyaan keluar daripada mulut gadis itu.

Barbaju sut pejabat warna hitam. Tinggi lampai orangnya. Persis seorang model

Lelaki berkulit cerah itu hanya tertawa mesra. Kelihatan halkumnya bergerak-gerak. Nampak sangat menarik di situ.

Buat seketika, aku diam memerhati kedua-dua manusia tersebut bersembang dan bergelak ketawa. Jika dulu, susah untuk aku melihat keadaan sedemikian.

"Yeah good. Still same. How about you? Dah kahwin ke ? Berapa orang anak dah ?" kedengaran pertanyaan balas daripada lelaki itu. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar miliknya.

"Me? Im fine, thank you. Married ? Not yet. Kahwin pun belum nak datang anak celah mana" balas gadis itu mesra sambil tertawa galak. Kelakar sangat ke ?

Kedua dua mereka tampak masih lagi berbual mesra tanpa menyedari kehadiranku di situ. Namun, aku berharap agar kehadiranku tidak sedari. Hatiku masih belum kuat untuk berhadapan dengan dia. Seakan hatiku masih perlukan beribu tahun lamanya untuk lenyapkan dia dari hatiku.

Sedang leka berperang dengan perasaan sendiri, seakan tersedar sepasang mata tepat memanah ke mataku sekaligus ke hati yang sedia libang libu.

Sepasang mata cantik itu memaku ke mataku. Dua mata saling bertatapan. Hanya hati yang berbicara. Seakan yang ada mereka berdua. Di dunia mereka. Bibirku terketar menahan rasa. Mata pula semakin kabur dengan genangan air mata.

Tidak mahu terus hanyut, langkah segera ku bawa lari menuju ke arah pintu lift sambil angan menyapu lembut air mata yang mengalir di pipi. Hatiku masih belum melepaskan dia!

Sedang si jejaka, masih lagi terpaku memandang kelibat yang sekian lama dia harap untuk bertemu.

"Ben.. Ben! " petikan jari di depan muka segera mematikan pandangannya sebentar tadi. Dia tak bermimpi kan ?

"Hurmm, I got to go, ada meeting I kena attend sekejap lagi. So, See u later Mona. " langkah segera Benjamin atur ke arah pintu lift namun sayang kelibat yang sekian lama dinantikan hilang. Keluhan lemah dilepaskan. Mata dia tak menipu. Memang dia, insan yang aku tunggu.

---------------------------------------------------------
Sampai sahaja di ruangan parking, segera aku loloskan diri masuk ke dalam kereta. Tubuh kusandarkan lemah ke seat. Pandangan pelik daripada khaira yang melihat aku terkocoh-kocoh keluar sebentar tadi aku endahkan. Wajah kuraup perlahan menghapus sisa air mata yang ada. Nafas ku tarik dan hembus beberapa kali sebelum kereta kupandu menuju ke rumah.

Segala rancangan untuk bertemu daddy Razman tergendala begitu sahaja. Dalam keadaan aku yang dilanda dengan pelbagai perasaan tak memnungkinkan aku untuk bertemu dengan daddy.

Setelah sejam membelah lebuh raya, aku akhirnya sampai di rumah. Kereta kuparkir dan kereta kukunci. Kelibat kereta mummy masih belum kelihatan menandakan wanita itu belum pulang.

Tanpa lengah, kaki ku atur laju menuju naik ke bilik. Sampai sahaja di bilik, tubuh aku hempas ke katil. Tangisan yang aku kawal tadi akhirnya pecah juga.

Muka kusemban ke bantal bercorak bunga merah. Aku lepaskan tangisan sepenuhnya. Lelah menangis, muka ku alih dari bantal. Tangan menggapai sekeping gambar yang terselit di belakang lampu tidur.

"I still love you" akui aku perlahan. Seakan berbisik kepada dia.

Ahh peritnya perasaan ini.

-----------------------------------------------------

Keep supporting me gais. Terima kasih sudi baca story saya. Love u all so muchies!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience