Bab 17

Romance Series 247373

Aulia POV

Semalam, sejurus sahaja bertelagah dengan Benjamin, aku berkurung sahaja di dalam bilik. Kepada mummy sudah kutitipkan pesanan, tidak mahu diganggu.

Ajakan mummy untuk makan malam juga aku tolak. Perut lapar. Berkeroncong minta diisi namun aku lebih rela berlapar daripada menghadap muka Benjamin di meja makan.

Mengingatkan kejadian semalam, aku mendengus. Sebal dengan sikap Benjamin. Ada sahaja perkara yang tidak kena di matanya.

Aku bergerak turun dari katil. Langsir kusingkap. Membiarkan cahaya matahari menerombos memasuki celah tingkap bilikku. Nafas ku sedut. Menghirup udara pagi.

Seawal jam enam pagi aku sudah bangun. Berlingkar di atas katil sambil bermain telefon. Nasib sahaja aku uzur. Lagi datang bulan. Tidak perlu untuk mandi seawal pagi bersolat subuh.

Perut berdendang lapar. Memikirkan dari semalam, perut tidak kuisi. Aku bergerak keluar menuju ke dapur. Kaki berhenti di muka pintu Benjamin. Pipiku kembungkan.

Ahh, kenapa pula aku nak rasa bersalah? Dia yang cari pasal dulu dengan aku. Tapi dia pun banyak buat baik dengan aku. Tapi kalau dia buat baik dengan aku, dia boleh sesuka hati konkong aku lah?

Malas untuk menyesakkan fikiran dengan perkara tersebut langkah kuteruskan ke bawah. Menuruni tangga, aku mencari kelibat ahli rumah yang lain.

Memasuki ruang dapur, hanya ada bik Suty yang sedang asyik bernyanyi kecil sambil membasuh pinggan. Aku mendekati bik Suty.

"Bik.." panggilku.

"Lia.."sahut Bik Suty. Tangan lincah membilas pinggan mangkuk di sinki.

Mata aku melingas sekitar dapur.

"Mana yang lain bik?"

"Ohh. Bapak ke kantor. Ibuk lagi di belakang. " dituding jarinya ke taman belakang.

"Abang Ben?" soalku perlahan.

"Benjamin lagi kursus." terang bik Suty.

Aku terdiam. Kursus ? Tak bagitahu pun. Wajahku berubah keruh. Nak bagitahu macam mana ? Semalaman kau berkurung dalam bilik. Lagipun kau siapa dia nak bagitahu dia pergi mana?

Aku mengeluh. Selera yang membuak-buak sebentar tadi segera terpadam bila tahu bahawa Benjamin berangkat pergi berkursus.

"Bik.. "

"Ya.." wajahku dipandang.

"Abang Ben pergi kursus berapa lama bik?"

Bik Suty terdiam. Mata merenungku dengan pandangan semacam. Riak hairan terlukis kemas di wajah dia. Aku berpura-pura memandang ke arah lain.

"Bik juga ngak tahu Lia. Awal pagi Ben udah bertolak. " celoteh Bik Suty. Tangan kembali mencuci pinggan di dalam sinki.

Aku berdecit. Mahu bertanya lebih-lebih nanti takut bik Suty fikir bukan-bukan pula. Aku melangkah keluar menuju ke taman pinggir pintu utama. Sedih tiba-tiba. Walaupun kami kurang mesra, namun kuakui kehadiran dan keberadaan Benjamin mengisi ruang kosong di hatiku. Sikap ambil beratnya menyentuymh dasar hatiku yang paling dalam.

"Benci! Pergi kursus tak bagitahu pun.." omelku sebak. Mata yang berkaca segera aku lap. Princess don't cry!

"Benci siapa Lia?" terjah mummy. Terangkat bahuku di sergah dari belakang begitu. Dada yang terkejut kuurut atas bawah. Ku semangat disergah dari belakang begini.

"Tak ada siapa pun miy.." ku tunduk merenung jari jemari sendiri di ribaan.

Dari ekor mata kulihat mummy melabuhkan duduk bersebelahan denganku. Kedua sarung tangan yang melekat di kedua belah tapak tangan, dibuang dan dicampakkan ke atas meja.

"Taknak share dengan mummy ke ?" pancing mummy.

Aku gelengkan kepala. Nafas kuhela perlahan.

"Alah. Cepatlah. Share dengan mummy Lia benci siapa. Siapa yang buat anak mummy sedih ni?" diusap rambut panjang milikku yang mengurai jatuh di bahu. Diselitkan ke belakang telinga. Aku memuncung. Boleh sangkut hanger sudah.

"Abang Ben tu. Pergi kursus tak bagitahu pun. Pergi macam tu je. " bebelku manja. Tangan menenyeh baju.

Mummy tercengang. Biar betul ? Bukan hubungan kedua anaknya ini tidak mesra ke selama ni ? Dia hurung rasa hairan seketika. Sukar untuk menterjemahkan.

"Maybe dia rushing lah tu kot pagi tadi. Kesian Abang Ben, bik Suty bagitahu tak sempat nak sarapan sebab rushing sangat. Harap dia tak lapar lah kat jalan. Nak bekalkan makanan pun dia dah pergi " pancing mummy. Lebih kepada untuk melihat responku.

Mata kembali berkaca. Kesian mencuit hati. Lain kali bagitahu lah. Boleh aku bekalkan makanan. Mengenangkan kebaikan Benjamin selama ini, dia jadi sedih. Tidak tahu kenapa. Dia pula seakan tiada langsung rasa ingin bermesra atau menjalinkan hubungan baik dengan si abang tiri.

"Lia marah?" soal mummy memaut daguku. Disapu air mataku yang mengalir. Ahh, mesti mummy fikir bukan-bukan nanti.

"Tak. Lia tak marah. Cuma geram je. " balasku. Mata mendongak ke atas. Cuba untuk menghilangkan air mata yang ingin mengalir di pipi.

Bahu dipeluk dari sisi.

"Dah lah tu. Tak nak sedih-sedih dah. Nanti abang Ben ada, berbaiklah dengan dia. Jangan asyik nak bergaduh je. Ben tu sebenarnya baik sangat. Hari tu pun dia yang temankan Lia kat bilik masa Lia demam. " mummy bertindak memecahkan rahsia.

Walhal, sudah Benjamin pesan agar perkara tersebut jangan sampai diketahui Aulia. Namun, dia rasa perlu diceritakan supaya Aulia masih dapat melihat kebaikan Benjamin selama ini.

"Temankan Lia masa Lia demam?" soalku pelik.

"Ya. Lia kan kalau demam selalu meracau. Jadi malam tu mummy minta kebenaran daddy nak tidur dengan Lia. Teman Lia. Tapi tak jadi sebab abang Ben kamu offer untuk jaga kamu malam tu." panjang lebar diceritakan kepadaku.

Serta merta hati bergayut pelbagai rasa. Bercampur-baur antara satu sama lain. Terharu, sedih, bersalah bergabung menjadi satu.

Aku tekad. Keadaan antara kami aku harus perbetulkan. Sekurang-kurangnya ada kemesraan yang terjalin antara kami.

"Terima kasih mummy.." ucapku sebak. Tubuh mummy aku bawa ke dalam pelukan.

"Benjamin sepatutnya yang terima ucapan terima kasih tersebut. Bukan mummy.." tutur mummy berbisik lembut di telingaku.

"Miy.." panggilku lembut.

"Yes baby?"

Bibir kugigit kuat.

"Lama ke abang Ben pergi kursus?" soalku teragak-agak. Kaki menguis kasut berbulu halus di kaki.

"Entah lah. Setahu mummy tak lama. Seminggu je rasanya.." tutur mummy.

Spontan aku bingkas berdiri. Tersentak mummy melihatkan responku sebegitu rupa sekali.

"What? Seminggu? Lamaaaanyaaa..." rengekku. Tubuh aku hempas kembali ke kerusi. Tangan memeluk tubuh.

"Lia rindu erk?" usik mummy. Dia tidak menyangka sebegitu sekali respon anak gadisnya.

Malas untuk berselindung, aku anggukkan kepala. Muram wajahku memandang mummy.

"Itulah. Bila ada bergaduh saja. Muka tu tak pernah manis. Asyik masam je. Tak ada tahu pula rindu.." bebel mummy. Dia cuba untuk berprasangka baik.

Aku mencebik. Dah dia suka cari pasal, memang bergaduh lah. Tapi bila tak ada sunyi pula. Mungkin sudah biasa nampak kelibat Benjamin di mata. Bila tiada, rasa pelik pula. Sudahlah bilik kami saling bertentang. Aku mengeluh lemah.

"Sayang.."

"Ada apa mummy?"

"Mummy rasa apa kata mulai sekarang Lia cuba belajar panggil Ben, abang. Kadang-kadang panggilan pun main peranan juga tau. Lagipun memang patut Lia panggil dia abang kan since he is your stepbrother. Lebih sopan.." usul mummy.

Aku terhenyak. Abang? Panggil Ben abang? Senyuman kelat aku layangkan.

Lambat-lambat kepala aku anggukkan. Why not? Mungkin dengan mengubah cara panggilan dapat mencetuskan kemesraan antara kami sekaligus menghilangkan rasa janggal? Siapa tahu kan?

"Good girl. " puji mummy. Aku tersenyum. Namun, mengenangkan Benjamin yang seminggu lagi mahu pulang, muram kembali wajahku. Abang, balik lah cepat. Lia rindu, bisikku.

______________________________________

Seusai makan malam, aku bergerak memasuki bilik. Melintasi bilik Benjamin yang gelap, hati dipagut rindu tetiba. Tangan naik mengusap pintu berwarna coklat bilik Benjamin.

Mengusap menuruni hingga tangan runcingku mencecah ke tombol pintu. Aku cuba memulas dan tak sengaja klak! Pintu sedikit renggang. Aku terundur ke belakang. Bibir kukemam. Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak eh?

Seminit aku berdiri tegak di hadapan pintu bilik Benjamin yang sudah renggang. Diasak dengan perasaan ingin tahu bersulam rindu, akhirnya kaki melangkah masuk. Aku tahu tindakan aku ini dikira sebagai menceroboh tapi sudah kehendak hati. Maafkan Lia,abang.

Memasuki ruang bilik Benjamin yang mewah dan sekali ganda lebih besar daripada bilikku membuatkan aku terpegun. Memerhati seperti rusa masuk kampung. Tangan aku kilas ke belakang mengunci pintu. Tangan menggagau memetik suis lampu. Terang benderang segenap ruang.

Kaki berjalan mengelilingi ruang kamar Benjamin. Mulut melopong melihat betapa eksklusifnya. Kalah bilik perempuan oii! Kaki kuatur pula mendekati wardrobe di ruang sebelah kanan. Sekali lagi aku terpegun. Banyaknya baju dia!

Aku melangkah lagi. Kali merapati baju kerja Benjamin yang tersusun cantik. Aku usap-usap baju Benjamin. Aku bawa ke hidung. Mencium lama. Seakan menghidu bau sebenar Benjamin. Terubat sedikit rindu di hati.

Merasakan sudah agak lama aku menghabisi masa di wardrobe, aku gerakkan kaki menuju ke katil. Melabuhkan duduk di birai katil. Cadar biru gelap aku usap beberapa kali. Terpandangkan terdapat beberapa bingkai gambar di meja kecil berhampiran kepala katil aku bingkas bangun.

Spontan, tangan mencapai sekeping gambar Benjamin. Sedang tersenyum manis bersama rakan-rakan. Mungkin ketika menyambung pelajaran di universiti fikirku. Sekeping lagi Benjamin memeluk erat seorang wanita.

Cantik manis bertudung. Lembut sekali raut wajah milik wanita itu. Di bawah hujung gambar tersebut, terselit ucapan selamat hari lahir anakku. Aku terdiam. Ohh, Mama Nessa. Patut lah Benjamin kacak sekali orangnya. Mewarisi kecantikan si bonda tersayang.

Seketika aku dihujani rasa simpati kepada Benjamin. Seawal usia 14 tahun sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Wajar sahaja Benjamin berperangai serius, beku dan agak panas baran orangnya. Sedikit sebanyak, jauh di sudut hati sudah pasti Benjamin terasa kekurangan.

Aku mengeluh. Tidak mahu tertangkap akibat menceroboh bilik Benjamin,aku bingkas bangun. Bergerak menuju ke pintu. Sebelum keluar tidak lupa untuk aku tutup kembali suis lampu kamar Benjamin.

Kepala aku jengul keluar sedikit, melingas kiri dan kanan sebelum melompat ke pintu bilikku. Memulas tombol pintu dengan segera sebelum tubuh aku loloskan ke dalam kamar bilikku sendiri. Aku menghela nafas lega.

Tubuh aku baringkan ke katil. Kalendar yang terletak di kepala katil, aku ambil. Ada lebih kurang seminggu lagi Benjamin akan pulang dari outstation. Ini bermakna, jumaat minggu hadapan baru Benjamin berada di rumah. Ehh, kejap! Kejap! Jumaat minggu depan?

Alahhhh! Keluhku. Jumaat minggu depan aku harus ke rumah Tiara. Sudah berjanji untuk menyiapkan projek tahun akhir bersama-sama. Takkan nak kata cancel pula? Kalau kata cancel nak bagi alasan apa? Mahu ditempiknya aku. Sudah berjanji tapi alih-alih mungkir janji.

Nafas aku sedut dalam-dalam. Berharap aku masih mampu menahan rindu di hati. Alah,tak apa. Kejap je. Isnin dah boleh jumpa. Tapi....alah, lambat lagi. Serentak, kepala kubenam ke bantal. Arghhh!

Sedang asyik sangat berperang dengan perasaan yang kucar-kacir terdengar deringan telefon. Dengan kepala yang masih terbenam di bantal, tangan aku bawa mengagau telefon di hujung katil. Sebal! Orang sibuk lepas perasaan, masa ni juga lah nak call whatsapp bagai. Huh!

"Hello! Hah, nak apa?" sapaku lantang sejurus menekan butang hijau tanpa melibat nama pemanggil terlebih dahulu. Hati dibalut geram!

"Amboi garangnya. You makan tebuan ke apa tadi ?" suara lantang seseorang menerombos memasuki corong telingaku.

Telefon yang melekap di telinga segera aku lihat. Tertera nama 'Bapak Singa' di skrin. Benjamin rupanya! Bibir serta-merta mekar dengan senyuman. Yeay! Benjamin call. Ini bermakna,Benjamin masih ingat akan dia.

"Ermmm..hello" kali ini suara aku lembutkan. Tidak lagi lantang seperti tadi.

"You buat apa tu ? Busy?" soal Benjamin.

Aku menggelengkan kepala.

"Lia.." seru Benjamin sekaligus menyedarkanku dari lamunan. Aku tersentak.

"Haa, yaa..tak buat apa..tak busy pun.." balasku. Jari jemari terasa sejuk. Berdebar!

"Dah makan?" soal Benjamin lembut. Aku seakan terbuai.

"Dah. Awak pula?" balasku bernada lembut.

"Belum.."

Aku bingkas bersila.

"Kenapa belum?" soalku kalut. Jam diatas meja aku kerling. Sudah pukul sepuluh setengah malam.

"Makanan kat sini tak sedap macam mummy masak.." keluh Benjamin di hujung talian.

Aku ketawa kecil.

"Makanlah. Nanti masuk angin susah." pesanku. Rasa macam pasangan sedang bercinta pula. Auchh!

Benjamin tertawa. Sedap halwa telingaku mendengar ketawanya.

"Esok you ada kelas?" soal Benjamin mengalih topik.

"Hurmm ada." aku mengherotkan bibir. Mata menunduk merenung cadar merah berbunga putih.

"Tak apa lah kalau macam tu. Pergilah tidur. Pukul berapa dah ni. Sorry kalau I ganggu you malam-malam ni.."

Masih belum puas mendengar suara Benjamin, soalan yang sedari awal tadi berlegar segera aku ajukan. Cuba untuk berbual panjang.

"Kenapa awak call ?" soalku terus. Berdebar menanti jawapan Benjamin.

Benjamin mengeluh perlahan.

"Kenapa? I tak boleh call you ke?"

"Eh tak tak." aku menafikan.

"Dah tu? Boleh call la?" serkap Benjamin laju. Mukaku merah membahang. Blushing tiba-tiba. Tidak tahu jawapan apa yang harus aku katakan.

"Boleh!" tanpa sedar terkeluar juga jawapan jujur dari hati. Aku menekup mulut rapat! Kantoi.

Kedengaran kuat ketawa Benjamin di corong telefon. Riang sekali bunyinya sehinggakan aku juga turut tersenyum.

Usai ketawa, aku kembali memulakan perbualan. Soalan yang berlegar harus aku dapatkan juga jawapan.

"Bagitahu lah. kenapa tiba-tiba awak call saya?" soalku sekali lagi. Hati ini degil benar menginginkan jawapan.

"I miss you lah.." balas Benjamin perlahan. Seakan menggodaku.

Mulutku melopong. Mata terbuntang. Serasa hati cair meleleh-leleh. Mata aku pejam rapat.

"Lia.." panggil Benjamin

Aku diam.

"Lia.." kali kedua.

"Aulia Natasha!" meleking kuat suara Benjamin menerjah ruang telingaku.

"Yaa abang. Rindu konon padahal pergi kursus tak bagitahu pun" sahut aku kuat berserta bebelan yang laju terluncur keluar dari mulut. Terkejut punya pasal sehingga tanpa sedar panggilan 'awak' sudah bertukar kepada 'abang'. Perasaan geram dan sebal kerana Benjamin pergi tanpa pamit juga ikut terluah. 

Giliran Benjamin pula terdiam di hujung talian. Aku menepuk mulut. Bibir kugigit. Macam mana boleh tersasul pula ni. Aduii. Yang pergi reveal perasaan sendiri tu dah kenapa Aulia?

"Wait. You panggil I apa tadi ?" setelah hampir lima minit terdiam, Benjamin kembali bersuara.

Aku mahu ketawa. Tapi kutahan rapat. Sedangkan aku sendiri juga terkejut apatah lagi Benjamin.

"Saya panggil awak lah. " balasku cuba mengusik. Mahu melihat respon Benjamin.

"I belum pekak lagi lah. " selar Benjamin tidak bernada.

Aku mencebik. Mata memutar ke atas. Kalau belum pekak lagi, mesti boleh dengar. Lepas itu boleh pula acah-acah tanya. Nakalnya perangai.

"Tak salah kan kalau Lia panggil awak abang?" tanyaku. Mana tahu Benjamin tidak suka dan kurang selesa dengan panggilan tersebut.

"Tiba-tiba panggil abang... " tukas Benjamin. Pelik seketika dia. Buang tebiat apa pula tiba-tiba nak panggil abang.

"Kita kan adik beradik.." bisikku. Seakan tidak terluah kata-kata tersebut dari mulutku. Namun, itulah hakikat yang aku harus terima dan sematkan di fikiran. Jujur, sebenarnya aku sedikit kecewa bila mana aku dan Benjamin terikat dengan gelaran 'adik beradik tiri'. Tapi sudah takdir, kecewa atau tidak itulah kenyataannya.

"I dont like it.." Benjamin berkata jujur. Aku tersentak. Jatuh rahangku. Menggaru kepala yang tidak gatal.

"Awak suka atau tak. Lia tetap akan panggil awak abang mulai dari sekarang. " putusku muktamad akhirnya.

Benjamin mendengus kasar. Mesti Benjamin bengang dengan kedegilanku.

"Ikut suka you lah. Kalau you panggil I tak menyahut jangan nak salahkan I pula okay.. " Benjamin mengalah akhirnya. Mungkin tiada mood atau tenaga untuk bertekak atau bertikam lidah dengan aku malam ini.

"Okaylah. I nak tidur. Esok pagi awal-awal dah kena gerak pergi meeting." beritahu Benjamin tanpa dipinta.

"Bhai Lia. Goodnight. Sweet dreams, sleep tight. Pasal I pergi kursus ni tak dirancang pun. Semua ni atas arahan daddy. Last minute punya plan. Awal pagi I dah kena gerak. You pun tahu kan last tu kita macam gaduh. So, I tak nak lah keruhkan lagi keadaan. " ucap Benjamin. Panjang lebar penerangannya.  Kederangan serak suaranya. Mungkin sudah diulit rasa mengantuk yang amat. Entah-entah sambil bercakap sambil pejam mata.

Aku mengeluh. Rasa bersalah pula menjadikan keadaan lebih keruh pada ketika itu. Kalau aku berdiam diri sahaja, pasti Benjamin tidak naik hantu. Tapi pasal bunga tu, dah Akif kasi aku ambil sahajalah. Sayang pula kalau dibiarkan tidak bersambut. Nanti dicop sombong pula. Lagipun bunga tu cantik.

Lama terdiam di talian, aku akhirnya bersuara. Mungkin Benjamin sudah diulit mimpi ketika ini.

"Goodnight abang. Jaga diri. See you soon. I miss you too.." balasku berbisik perlahan.

Di hujung talian, Benjamin tersenyum sendiri. Belum sempat dia bersuara, Aulia terlebih dahulu 'meluah'. Jadi, untuk mengelakkan Aulia dihuni dengan rasa malu, Benjamin acah terlelap dan talian diputuskan dengan sengaja. Padahal, telefon terus ditutup.

Biarlah apa yang diluahkan Aulia sebentar menjadi sebuah rahsia dirinya seorang. Nanti bertambah janggal pula Aulia bila berhadapan dengannya. Elok-elok sudah sedikit mesra, tiba-tiba menjadi kekok kembali.

Aku mengeluh lega. Nasib talian terputus. Aku yakin kata-kata terakhirku tadi tidak didengari oleh Benjamin kerana kalau betul Benjamin dengar sudah pasti ada balasan daripada dia. Tapi talian yang terputus tiba-tiba sudah tentu Benjamin lena diulit mimpi ketika dibisikkan kata-kata tersebut.

_______________________________________

Seminggu kemudian..

Aulia POV

Hari ini seawal pagi aku sudah bangun. Gambar Benjamin yang berada di status whatsapp dan insta story aku tenung. Segak hari ini hanya mengenakan kemeja putih dipadankan dengan seluar jeans hitam. Nampak macho dengan pakaian santai begitu.

Kini aku sedang berperang di dapur. Sedang bertungkus-lumus menyiapkan makanan kegemaran Benjamin, Laksa Utara. Baunya semerbak sudah berjaya menggamit selera orang yang menghuni di rumah besar ini. Cuma kurang seorang sahaja penghuni kerana sedang berkursus.

Mummy dan daddy juga hairan melihat tingkahku yang lain daripada biasa. Riang semacam. Awal-awal pagi sudah mengajak bik Suty ke market membeli barang perkakasan untuk membuat laksa.

"Sedapnya bau. Sampai ke depan boleh bau.." ujar mummy memasuki ruang dapur. Aku berpaling sebelum mengukir senyuman ceria.

"Itulah. Daddy yang duduk kat belakang pun boleh bau. Cara ini memang terror orang yang membuat laksa ni. Kalau bau pun dah sedap, apatah lagi bila dah makan nanti.." sahut daddy pula muncul dari belakang sambil mengelap peluh di dahi. Pasti baru habis aktiviti berkebun di tanah lapang belakang rumah.

Mummy hanya tersenyum lebar sambil menganggukkan mengiakan kata-kata daddy.

Aku dihenyak rasa malu. Tidak biasa dipuji sebegitu rupa. Tapi aku tahu, daddy mahu mewujudkan kemesraan antara kami anak beranak. Kasih sayang yang ditumpahkan daddy Razman membuatkan kerinduan kepada arwah daddy sedikit terubat.

"Tak ada lah daddy, mummy. Lagipun dah lama Lia tak masak laksa utara ni. Entah jadi ke tidak pun tak tahu lah." omelku. Memikirkan sudah lama tidak turun padang memasak Laksa Utara, aku sedikit bimbang akan rasanya nanti. Harap-harap menjadi Laksa Utara lah bukan Laksa Selatan. Hahaha.

"Sedap je tu. Tengok kuah pekat elok. Lia letak ikan banyak ke ?" tanya mummy sambil menjenguk kepala lebih dekat ke arah periuk kuah laksa.  Diambil senduk dari tanganku mengambil alih tugas mengacau kuah laksa di dalam periuk.

"Lia buat dua kilo ikan mummy. Memang saja nak buat kuah dia pekat. Baru rasa isi ikan dia tu." balasku. Telur yang sudah kurebus kukopek kulitnya.

"Dah letak garam semua ke ?"

Aku menganggukkan kepala.

"Okaylah. Mummy nak naik atas. Nak mandi. Tolong daddy kamu kat kebun  belakang tu badan jadi belengas. Nanti dah siap mummy turun tolong Lia. Okay?" bahuku diusap dari belakang.

Aku tersenyum manis.

"Okay.." balasku sepatah.

Mummy berlenggang menuju ke ruang atas. Kelibat daddy kulihat turut menyoroti langkah mummy dari belakang. Mungkin masing-masing dihimpit dengan rasa melekit akibat berkebun di belakang.

Aku tersenyum. Kembali meneruskan kerja. Walaupun aku tidak sempat bersua muka, sekurang-kurangnya dapat menjamu Benjamin dengan makanan kegemarannya sudah menggembirakan aku. Hari Isnin dah boleh jumpa.

Aku melihat jam di dinding. Aku masih ada masa lebih kurang dua jam setengah. Aku akan bergerak menuju ke rumah Tiara sekitar pukul lima petang. Tidak mahu lambat untuk bersiap, kerja-kerja yang masih belum selesai aku cepat-cepat siapkan.

Setengah jam ke hulu ke hilir, Laksa Utara kegemaran Benjamin sudah siap terhidang di atas meja. Satu jug air cocktail juga sudah aku siapkan dan biarkan di dalam peti ais.

"Bik.." laungku.

"Oooo...bik.." panggilku sekali lagi. Kali ini lebih kuat.

Tidak lama, kelibat bik Suty muncul dari depan.

"Iya Lia..ada apa? Bibik lagi ngemop di depan.." terang bik Suty. Kesian dia tercungap-cungap. Badan yang besar sedikit menyukarkan bik Suty untuk bergerak laju.

Aku tersengih. Aku berjalan merapati bik Suty.

"Tak ada apa. Cuma Lia nak pesan. Lia ada siapkan air koktail untuk abang Ben. Nanti bila dia dah balik nak jamah laksa ni, biar hidangkan sekali dengan air koktail tu ya.." pesanku.

Terkerut-kerut wajah Bik Suty mendengar pesananku. Lama barulah dianggukkan kepalanya. Harap bik Suty tidak lupalah.

Aku tersenyum. Sebelum melangkah keluar dari ruang dapur, sekali lagi aku ingatkan.

"Jangan lupa ya bik.." laungku.

Bik Suty yang sedang meneguk air tersentak. Diurut-urut dadanya yang hampir tersedak. Ditoleh ke arahku yang sedang mengekek ketawa.

"Waduh Waduh. Kamu ini bikin bibik kaget aja loh Lia. Iya, ngak usah kawathir, nanti bik hidangkan sekali sama laksanya. Ya udah. Sana kamu naik cepat. Mahu ke rumah teman kamu juga kan nanti.." bebel bik Suty.

Aku tertawa.

"Okay. Makasih bik. Sayanggggg bibik!" ujarku terus berlari mendaki anak tangga. Bik Suty hanya menggeleng melihat telatahku bersama sebuah terhias di wajahnya.

Lebih kurang sejam bersiap aku bergerak menuju kati peraduanku. Telefon yang terdampar di atas tilam, aku nyalakan. Melihat jika ada panggilan daripada Tiara atau Benjamin. Malangnya tiada dari keduanya.

Aku membelek jam. Pukul empat suku. Aku ada masa lebih kurang empat puluh lima minit lagi untuk bertolak ke rumah Tiara. Beg sandang kecil sudah kuletakkan di hadapan pintu bilik. Senang! Aku tinggal capai sahaja nanti.

Terpandang akan baju kot Benjamin yang sudah kucuci dan gantung pakej seterika siap,aku teringat akan sesuatu. Hampir sahaja terlupa.

Sebatang pen aku ambil dari dalam laci. Notes yang terdampar di atas meja aku capai. Mula menulis sesuatu di atas notes tersebut.

' Terima kasih pinjamkan kot abang untuk Lia. Jangan lupa makan Laksa Utara. '

Siap tulis, aku tarik koyak sekeping notes tersebut. Bibir tersenyum. Harap-harap nanti Benjamin bacalah notes yang aku selitkan di poket baju kot miliknya ini.

Usai, aku bergerak menuju ke pintu bilik. Perlahan-lahan aku pulas tombol pintu bilik Benjamin. Berjalan dengan langkah kaki perlahan tanpa menghasilkan sebarang bunyi agar kewujudan ku memasuki kamar Benjamin tanpa kebenaran tidak diketahui sesiapa.

Kot yang sudah siap terselit sekeping nota, aku damparkan di atas katil Benjamin. Malas untuk berlama-lama dalam biliknya, aku bawa langkah pantas menuju pula ke pintu. Pintu bilik aku tutup perlahan dan rapat. Beg sandang yang sudah ku sumbat dengan segala keperluan dan barangan penting aku sandang ke belakang.

"Lia. Nak pergi rumah Tiara dah ke ?" soal mummy bila kelibatku menuruni tangga menuju ke pintu utama rumah menyapa ruang matanya.

Aku menoleh ke belakang. Beg yang mahu melorot jatuh aku betulkan kembali.

"A'ah. Dah janji dengan Tiara nak bertolak pukul lima. Sekarang pun dah empat lima puluh lima petang. Elok lah kalau Lia gerak awal sikit. Nanti takut jalan jammed pula.." balasku. Sandal bertali hitam aku capai dan sarungkan cepat ke kaki.

"Hati-hati bawa kereta tu. Ingat! Biar lambat asal selamat. Kirim salam dengan Tiara ya. Apa-apa hal call mummy.." pesan mummy panjang. Risau dengan anak daranya seorang ini.

Aku tersenyum seraya memeluk kejap tubuh mummy. Pipi mummy kukucup kiri dan kanan. Giliran tangan mummy pula aku cium hormat.

"Bhai mummy. Lia pergi dulu." pamitku sebelum menderum membawa kereta menyusur pintu pagar mewah kediaman kami.

_______________________________________

Benjamin POV

Setelah hampir tiga jam lebih memandu, aku tiba di kawasan kediaman rumah. Namun, kelibat kereta Aulia yang menyusur keluar daripada kediaman kami, membuatkan ku dihurung tanda tanya. Kecewa seketika bila mengenangkan aku sudah pulang tapi Aulia tiada.

Memasuki perkarangan rumah, benar memang kelibat kereta milik Aulia memandangkan keretanya yang sering diparkir di sebelah keretaku tiada. Kosong! Aku parkir kereta di ruang yang memang menjadi port parkirku.

Keluar daripada perut kereta, beg baju dan beg laptop aku galas ke bahu sasaku. Melangkah malas masuk ke dalam rumah. Kasut sneakers yang tersarung di kaki, aku buka dan letak di rak kasut.

Berfikir untuk berehat seketika di sofa ruang tamu. Penat terasa menjalar di seluruh badan memandangkan jadual kerjanya yang sangat padat seminggu outstation ke Johor Bharu. Mesyuarat sana sini. Lawatan tapak projek yang bakal dibuka, dari pagi hingga petang membuatkan dia tidak cukup rehat dan dirundum rasa penat.

Badan serta leher aku renggangkan kiri dan kanan. Terasa hilang seketika sengal yang menjalar. Tubuh aku hempaskan ke sofa. Beg aku letakkan di bawah berhampiran kaki. Menyandar hampir separuh badan tenggelam ke sofa sambil mata kupejam rapat. Tangan naik mengurut pelipis.

"Ben.." seru daddy.

Aku mencelikkan mata. Tubuh aku betulkan kedudukannya.

"Daddy.." seruku.

"Dah lama ke sampai? Tak bunyi pula kereta kamu." soal daddy. Tubuhnya turut dilabuhkan di sebelahku.

"Baru sampai je daddy. Saja rehat kejap kat bawah. Rasa letih pula nak naik atas. Rehat dulu lah kejap jat bawah.. " keluhku.

Daddy tersenyum.

"Rehatlah dulu. Kamu pun dah penat selama seminggu ni kan urus pasal kerja di JB. Isnin ni tak payah masuk office pun takpa.." ujar daddy. Bahuku ditepuk-tepuk lembut.

Mata melingas menoleh daddy di sebelah yang santai menyandar sambil kaki disila panggung.

"Haih,jarang daddy nak bagi Ben cuti saja-saja ni. " usikku.

Daddy tertawa kuat.

"Kamu ingat daddy ni kejam sangat ke nak dera anak sendiri?" tukas daddy.

Aku senyum senget. Bahu aku jongketkan.

"Manalah tahu. Daddy kan bos. Ben ni kuli je.. " aku kemvali memulangkan paku buah keras. Serentak, daddy menghamburkan ketawa kuat. Kedengaran ketawa kuatnya menampan telingaku. Aku hanya tersengih suka. Sekali sekala bergurau dengan Dato Razman.

Hampir tiga minit meledakkan ketawa kuar, daddy kembali bersuara.

"So macam mana progress kat sana? Any good news Ben nak sampaikan kat daddy?" soal daddy mula serius namun nada suara santai dikekalkan. Mata yang berair akibat ketawa terbahak-bahak sebentar tadi dilap.

Aku mengetap bibir. Bibir aku muncungkan.

"So far so good. Hampir 70% dah siap projek kita kat sana. Kontraktor pun buat kerja seiring dengan apa yang kita bincangkan dan persetujui dengan mereka dulu. Ben rasa akhir tahun ni dah boleh siap. " ujarku mengenai perkembangan projek di JB.

Daddy menganggukkan kepala. Nampak berpuas hati dengan penerangan daripadaku.

"Baguslah kalau macam tu. Lega hati daddy bila projek tu berjalan dengan lancar tak ada sebarang masalah. " keluh daddy.

Aku tersenyum. Menangkis kegusaran yang berlingkar di hati daddy.

"Daddy tak usahlah risau. Semuanya baik-baik je." ulasku.

Daddy kembali tersenyum.

"Okaylah daddy. Ben naik dulu. Nak rehat kejap." aku bingkas bangun. Menunduk mencapai beg di kaki.

"Pergilah. Jangan lupa pula turun makan nanti. Macam sedap je. Untunglah ada orang masakkan.." sindir daddy sambil tersenyum senget.

Arahan daddy aku balas dengan mengangkat sebelah tangan. Sayup-sayup kedengaran suara daddy di cuping telinga. Rasa penat turut mempengaruhi mulutku untuk bersuara dan juga telinga untuk mendengar. Lagipun aku sudah berceloteh dengan daddy sebentar tadi. Maka, sekarang masa untuk aku berehat pula. Menjana tenaga baru.

Memasuki ruang kamar mewah bilikku, katil yang kemas tidak berusik aku tuju. Menghempaskan tubuh yang terasa berat akibat berkerja seminggu. Aku menarik bantal yang tersusun melapik kepala. Tangan kuletakkan ke dahi sambil memejamkan mata. Terasa selesa bila dapat berbaring.

Lima minit aku bingkas duduk bila merasakan ada sesuatu yang berlapik bawah badan. Ikutkan hati mahu sahaja dilelapkan mata terus. Tapi tidak selesa pula. Aku menginjak sedikit ke tepi birai katil. Memeriksa apa 'barang'tersebut. Aku terkedu. Kot yang terdampar aku ambil. Bibir kukemam. Ini bukan kot yang aku kasi ke Aulia itu hari ke?

Malas untuk bersoal jawab sesama sendiri, kot yang sudah siap iron dan bersangkut aku capai. Mahu meletakkan di hujung katil. Belum sempat aku lempar, kelihatan sekeping notes kecik berbunga daisy putih jatuh melayang.

Tubuh yang separa baring aku tegakkan kembali. Menarik notes mendekatiku di kepala katil. Notes? Dahiku berkerut seribu.

Notes yang berada di tangan aku baca.

' Terima kasih pinjamkan kot abang untuk Lia. Jangan lupa makan Laksa Utara. '

Aku tersenyum lebar. Patut lah daddy mengusikku sebentar tadi di bawah. Tapi aku tidak berapa ambil pusing apa yang diperkatakan daddy kerana badan yang penat hanya membayangkan katil yang seakan memanggil aku untuk beradu.

Laksa Utara! Sedapnya..kecur liur mengingatkan kuahnya yang pekat diselaputi isi ikan yang banyak. Nampaknya craving statisfied lah dia hari ini.

Kufikir, apabila sudah pulang daripada kursus, bolehlah kami bersua muka. Namun, hampeh. Aku pulang dia pula keluar. Entah ke mana perginya. Kata rindu alih-alih aku balik rumah dia tiada. Merajuk lah macam ni.

Dengan senyuman yang masih tersungging di bibir, aku letakkan notes kecil comel tersebut di atas meja tepi kepala katil. Hampir sepuluh kali kuulang baca setiap bait patah perkataan yang tertulis. Nantilah aku fikirkan mahu letak di mana notes tersebut. Sayang pula mahu dibuang begitu sahaja. Sentimental values gitu.

Aku berbaring semula ke tilam. Berniat mahu menghubungi Aulia, tapi biarlah. Sekarang aku mahu meluruskan badan yang terasa kejang terlebih dahulu. Membetulkan urat yang bersimpul. Tidak sampai lima minit aku meletakkan kepala, aku sudah hilang dibuai lena.

______________________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience