Bab 18

Romance Series 247373

Aulia POV

Tiara merenung aku tajam. Bebola mata mengikuti setiap gerak-geriku tanpa lepas walaupun sesaat.  Aku kerutkan dahi. Hairan dengan tingkahnya. Seminit,  aku ayunkan dagu ke hadapan sebagai tanda menyoal tanpa keluarkan suara. 

Tiara menggelengkan kepala. Mengelak dari menjawab soalanku. Bebola mata dialihkan dariku. Merenung draf tesis yang yang sudah siap ditaip kembali. Aku mengherotkan bibir.

"Kau kenapa tenung aku macam nak telan? " soalku tanpa tangguh lagi.

"Tak ada apa"

Aku menjulingkan mata ke atas.  Masakan tak ada apa.  Tadi bukan main tenung aku sampai tak lepas sesaat. 

"Bagitahu jelah." desakku terus-terusan sambil badan Tiara aku sengol-sengol manja. 

"Aku bukan apa. Kau macam pelik sikit hari ini.  " tukas Tiara jujur.  Ditilik aku atas bawah. Aku menyilang tangan ke dada. Jangan cakap Tiara nak rogol aku. 

"Pelik? Apa yang pelik? Aku rasa aku okay je.. " aku berlari pantas ke arah cermin yang terlekat di dinding.  Muka aku belek teliti.  Rasanya tak ada yang pelik pun.  Muka pucat?  Tak!  Berseri je muka aku. 

"Bukanlah.." nafi Tiara belum habis bercakap.

"Dah tu? Jau cakap aku pelik? " selarku. 

Tiara mengeluh.  Dijulingkan mata ke atas. 

"Maksud aku kau pelik hari ni sebab aku asyik tengok kau bukan main tenung telefon kau macam nak tembus.  Kejap-kejap tengok telefon.  Kejap-kejap tengok telefon.  Mengalahkan perdana menteri pula aku tengok.. " ulas Tiara.

Aku mengigit bibir.  Ketara sangatkah kelakuanku?  Aduii. 

Aku tersengih memandang Tiara yang turut memandang aku. 

Aku berdehem.

"Tak ada apa lah. A.. Ak..aku saja lah tengok telefon.  Mana tahu kot-kot mummy ada call atau whatsapp aku. So takut nanti aku tak perasan aku tengok lah kerap-kerap telefon ni. " kataku cover line. Walhal aku menunggu call atau pesanan masuk daripada Benjamin. Tapi tiada.  Sedikit kecewa kurasakan. Takkan dia dah tidur? Penat sangat kut balik dari outstation.

Percakapanku yang tiba-tiba gagap mengundang pelik di hati Tiara.  Aku berdecit.  Haraplah Tiara percaya dengan kata-kataku. Datang angin detektif dia, mahu disoal siasat aku hingga ke lubang cacing.  seram minah ni kadang-kadang.

Tiara mengetap gigi.  Kepala dianggukkan lambat-lambat. Cuba untuk menerima ujaranku.  Aku mengeluh lega. Selamat!

"Tapi.. " lantang suara Tiara yang nyaring di tepi telingaku membuatkan telefon yang kupegang terpelanting jatuh ke atas karpet merah yang terbentang di ruang tamu. Aku mengurut dada.  Kus semangat!

Aku menelan liur.  Memandang Tiara terkebil-kebil. Janganlah Tiara fikir yang bukan-bukan.

"Tapi apa? "soalku seraya mencapai telefon yang jatuh. Skrin telefon aku lap dengan bajuku.

"Aku tetap tak percaya cakap kau tadi" ulas Tiara. Kembali menumpukan perhatian kepada skrin laptopnya. Jari jemari dilarikan laju di sekitar papan keyboard. Entah apa yang ditaip pun aku tak tahu lah. 

"Kenapa kau tak percaya?" soalku.

Tiara menjungkitkan bahu.

"Aku tak percayalah. Ingat aku baru kenal kau sehari dua ke apa? Biarlah. Lambat atau cepat aku mesti tahu juga nanti.." tukas Tiara tersengih seperti kerang busuk.

Aku mencebik. Berbalas kata panjang-panjang mahu diketahui juga nanti oleh Tiara. Jadi lebih baik aku mengelak siap-siap.

"Huarghhhhh! " aku menguap. Belakang tangan naik menekup mulut.  Mengantuk tiba-tiba. Jam baru menginjak ke pukul sepuluh namun aku sudah diserang rasa kantuk. Seakan mahu saja aku lelapkan mata di sofa ruang tamu Tiara ini.

"Awalnya kau mengantuk Lia. " tukas Tiara menjelingku di sebelah.

Aku mengangkat bahu.

"Entah. Dah mata ni mengantuk nak buat macam mana. " balasku mudah.

"Kalau tidak, kau lah juara burung hantu." sindir Tiara perlahan.  Aku mencebik. Kepala Tiara aku tolak lembut.

"Heyyy! " jerit Tiara dengan tingkahku.  Aku tertawa.  Tiara pantang sikit kalau orang main kepala dia. Sensitif!  Dijeling tajam aku di sebelah. Aku hanya menjelirkan lidah.

"Kalau kau mengantuk pergilah naik tidur dulu. Nanti aku naik. Aku nak siapkan sikit lagi draf tesis ni. " ujar Tiara. Mulut terkumat-kamit bercakap sedangkan mata galak menari di skrin laptop.

Barang-barang peralatan kerjaku aku kemas dan letakkan kembali ke dalam beg. Esok pula lah aku sambung kembali. Sekarang ni mata aku benar-benar sudah tidak boleh berkompromi. Apa yang terlintas di fikiran hanyalah katil, bantal dan selimut.

"Aku naik dulu.. " pamitku.

Hanya anggukkan diberikan untuk aku. Digawangkan tangannya gaya menghalauku. Aku menjelirkan lidah.

______________________________________

Tekak yang terasa haus memaksa aku untuk mencelikkan mata. Mataku terkebil-kebil sebentar merenung siling. Aku menenyeh lembut mata yang terasa kabur. Aku palingkan ke tepi. Tiara kelihatan tidur pulas. Nyenyak dibuai mimpi.

Telefon di tepi bantal, aku gagau. Melihat jam di skrin. Sudah pukul 1 pagi.  Aku meraup wajah. Terlihat beberapa pesanan whatsapp dan call dari Benjamin. Mata yang kabur terasa mencelik luas.

Berbunga-bunga seketika hati. Pesanan whatsapp daripada Benjamin aku buka.

'You dah tidur ke?'

'Lia'

'Aulia'

'I call you boleh?'

'busy?'

'Tak apa lah kalau you dah tidur. Terima kasih sebab masakkan Laksa untuk I. Gdnite'

Aku mengeluh. Menyesal pula tertidur awal malam ini. Tangan menari-nari di skrin telefon. Nak call ke taknak eh? Dia dah tidur ke belum? Nanti kalau tiba-tiba call nak cakap apa?

Aduhh! Buntu seketika aku. Bibirku ketap rapat. Gigi berlaga sesama sendiri.  Tapi rindu?

Selimut aku selak ke tepi. Kaki terjuntai turun daripada katil. Rambut yang mengurai aku sebak ke belakang.

Aku bergerak menuju ke balkoni. Tidak mahu mengganggu Tiara yang lena dibuai mimpi. Takut pula Tiara terjaga nanti.

Nombor Benjamin aku dail. Lama berdering sebelum ia diangkat. Aku dilanda debar.

"Hello.. " sapa Benjamin perlahan.

"Hello.. " balasku.

"You busy ke? I call, Whatsapp tapi you tak balas. I pun malas dah la nak kacau you" kedengaran rungutan Benjamin di telingaku.

"Sorry. Lia tertidur tadi." ringkas jawapan kuberikan.

Benjamin diam.

"Abang dah tidur ke? Sorry kalau Lia kacau abang." kataku acah bersalah.

"Tak lah.  Kebetulan I tak tidur lagi. Buat kerja sikit. " tukas Benjamin.

"Bila you balik? " soal Benjamin perlahan. Memang itu soalan yang sebenar mahu ditanya. Rindu pula memandangkan hampir seminggu lebih mereka tidak bersua.

"Lia rasa Lia kena stay lagi seminggu abang.. " bohongku. Mahu melihat respon daripada Benjamin. Apa yang mahu dikata dia.

"What!!!!?" jerit Benjamin kuat. Bingit sehingga aku terpaksa jauhkan dari cuping telingaku. Bergetar taik telinga oii.

Aku menahan ketawa. Sedaya upaya menahan supaya tidak terletus keluar daripada mulutku.

"Lia. Betul ke you kena stay sana seminggu lagi? Lamanya! " rungut Benjamin manja tanpa sedar. Aku tertawa kecil. Comel pula bapak singa merengek manja macam itu.

"Betul lah.. " balasku. Masih lagi dalam mode untuk mengusik.

"Kalau stay sehari dua je lagi tak boleh ke? " usul Benjamin lembut.

"Tak boleh. Kerja Lia belum siap lagi" bohongku lagi.

Benjamin mendengus kasar.

"Ahh!  Takde takde. Hari isnin ni balik sini balik. Siap ke tak siap, isnin ni you mesti balik. Kalau tidak tahulah apa I nak buat. " tempelak Benjamin. Tiada kompromi.

Aku meletuskan ketawa kuat. Namun pantas aku tekup mulut. Bimbang didengari Tiara.

"Tengok lah nanti macam mana. Kalau siap Lia balik lah. Kalau tidak, kena stay sini seminggu lagi lah.. " putusku membuat keputusan. Biarlah Benjamin tidak mengetahui bahawa dia sedang dibohongi oleh aku.

"Ikut you lah. Tak payah balik terus senang. Rumah sendiri ada nak juga stay rumah orang. Huh! " balas Benjamin kasar.

"Abang marah saya ke? " tanyaku perlahan.

"I ni siapa nak marah-marah you." rajuk Benjamin di hujung sana.

"Abang kan abang Lia.. " perlahan sahaja kata-kata itu terluncur dari bibirku. Terasa tersekat kata-kata tersebut di anak tekak. Yeah,  abang. Tetap abang walaupun sekadar abang tiri.

Benjamin diam. Hatinya seakan terusik saat ungkapan tersebut menyapa halwa telinganya.

Benjamin berdehem.

"Kalau you anggap I ni abang you. Isnin ni balik rumah. Ingat elok ke anak dara bertapa lama-lama kat rumah orang? "

Aku mencebik. Cakap jelah rindu aku. Kan senang? Ini tidak. Suka sangat dengan sikap diktator dia tu.

"Bukan saja-sajalah. Ada kerja kena siapkan okay. " pangkahku. Geram!

"Whatever!  Pastikan isnin ni you balik rumah Aulia Natasha. Tidak I sendiri yang akan heret you balik rumah. Fullstop! No excuse! " noktah Benjamin tidak mahu lagi sebarang alasan aku berikan.

" Tengoklah nanti macam mana. Jumpa lagi seminggu abang. Selamat malam." serentak aku matikan talian. Aku tertawa jahat. Pasti Benjamin sedang bengang sekarang dengan sikapku. Rasakan! Hahaha

_____________________________________

Berkat dua hari bertapa di rumah Tiara menyiapkan tesis yang bakal dihantar minggu depan kepada pensyarah penyelia, akhirnya berjaya aku siapkan juga. Dua malam bersekang mata benar-benar menguji kesabaranku kerana ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Tiara memerhati aku yang sedang tunduk menyuap sarapan ke mulut. Pesanan whatsapp dari Benjamin aku balas. Sekali sekala senyuman mekar di bibir.

Merasa diri diperhatikan, aku panggungkan kepala. Melihat Tiara diam tidak berkutik aku bertindak menghayunkan dagu ke depan.

Kedua belah tangan miliknya ditongkatkan ke dagu. Mata dipincingkan.

"Berseri-seri erk muka kau pagi ni. Lepas tu aku tengok sekarang tak lepas telefon tu daripada tangan kau. Boleh dikatakan 24 jam lah dengan kau. Kecuali masa engkau mandi atau berak je kot aku rasa kau tak pegang.." sindiran panjang diberikan padaku.

Aku berdehem. Tisu yang berada di tengah meja makan aku tarik sehelai. Lapkan ke mulut yang terasa berminyak.

Mesej Benjamin aku reply sebelum telefon aku letak di tepi. Tiara tersenyum senget.

"Ha, betul kan apa yang aku cakap.." ujat Tiara.

"Apa yang betul? " soalku.

Dahinya ditepuk kuat. Digelengkan kepala sambil sebuah keluhan kasar dilepaskan. Aku tersengih.

"Alah. Sorry lah Tia. Aku dengar je apa yang kau cakap tu. Jangan lah marah. " pujukku. Tangan Tiara aku cuit-cuit.

Tiara menjuihkan bibir ke atas.

"Lupakan jelah. Kau balik terus ke rumah ke lepas habis kelas nanti? " tanya Tiara. Dihirup segelas air teh yang suam-suam kuku.

Aku menganggukkan kepala.

"Yup. Aku balik rumah terus lepas habis kelas. Aku bukan apa,  nanti mummy aku bising stay lama-lama kat rumah kau. Tak manis kata dia.." ujarku berselit penipuan.

Padahal Benjamin yang bising-bising menyuruhku untuk segera pulang. Katanya tidak elok kalau anak dara lama-lama di rumah orang. Walaupun atas dasar kerja. Jadi,daripada nanti dia sendiri yang datang 'jemput'aku. Maka, lebih baik aku berambus cepat-cepat. Benjamin bukan boleh dijangka orangnya.

"Tak apa lah kalau macam tu. Aku ingat abang tiri kau yang beria-ria suruh kau balik. " kata Tiara.

Aku tersedak. Tiara mempamerkan riak kaget.

"Eh eh, kau okay tak?  Nah, air air. Aku salah cakap ke apa? " rungut Tiara perlahan tanpa mengetahui serkap jarangnya mengena. Digaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku mengurut dada.

"Kau okay tak? "

"Aku okay. Jom lah gerak. Dah lambat dah ni. Marah pulak Madam nanti. " balasku sambil menolak kerusi ke belakang. Beg sandang yang di kerusi sebelah aku sandang ke bahu. Tiara menyudahkan makanan yang masih tersisa di dalam pinggan sebelum dia juga turut terkocoh-kocoh mengikuti langkahku dari belakang.

______________________________________

Aku menyusur memasuki kediaman daddy Razman. Sejenak terlintas kediaman kami dahulu semasa arwah daddy masih hidup. Sejak aku dan mummy membuat keputusan untuk menetap di sini,  rumah daddy dijaga oleh orang gaji kami dahulu bersama seorang driver. Nantilah aku ada masa, akan aku pulang untuk bermalam di sana semalam dua.

Alarm kereta aku tekan. Beg aku sandangkan ke bahu. Pintu kereta kututup rapat sebelum aku mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Pintu yang sedia terbuka memudahkan aku. Kasut yang tersarung aku lepaskan dari kaki. Menjenguk ke dalam rumah. Tiada kelibat sesiapa. Daddy Dan Benjamin sudah semestinya bekerja. Kelibat mummy dan bik Suty tidak juga kelihatan.

Badan yang terasa melekit membuatkan aku tidak selesa. Meminta untuk segera membasahkan tubuh. Beg yang melorot jatuh aku kemaskan di bahu.

Tangga aku daki satu persatu naik ke bilik. Whatsapp dari Benjamin tidak aku balas. Biar sahaja dia beranggapan bahawa aku masih di rumah Tiara lagi seminggu.

Jauh di sudut hati,  aku juga tidak sabar untuk bertemu. Tapi aku pujuk hati supaya bersabar. Tak lari gunung dikejar. Huhuhu.

Usai mandi, aku berkemban melenggang menuju ke katil. Cuaca panas yang berpanjangan semenjak dua menjak ini memaksa aku untuk terus menyarungkan pakaian ke badan terlebih dahulu.

Berniat untuk berehat seketika. Tanpa sedar mata terkatup rapat dibuai lena dalam keadaan masih lagi berkemban.

_______________________________________

Benjamin POV

Telefon aku campak ke kerusi di sebelah pemandu. Whatsapp tak balas. Call tak angkat. Aulia benar-benar menguji kesabaran dia. Mahu sahaja dikunjung rumah milik Tiara. Mengheret Aulia pulang ke rumah.

Selain daripada rindu,  dia tidak berapa suka jikalau Aulia berlama-lamaan di rumah orang walaupun rumah kawan baiknya sendiri. Tak manis baginya seorang perempuan bermalam tidur di rumah orang. Apatah lagi jika penghuni rumah itu ramai terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Sekali lagi nombor Aulia aku dail. Kali ini aku terpaksa gunakan kekerasan. Mulanya aku tidak tahu kalau dia bermalam di rumah Tiara. Fikirku hanya sekadar keluar sebentar menyiapkan kerja dan selepas itu terus pulang ke rumah. Malangnya anggapan ku meleset sama sekali.

Ketika aku sedang makan Laksa Utara buatan Aulia, mummy turut berada di dapur. Menyiapkan kek coklat. Maka,  sambil menjamu selera aku berbual-bual kosong bersama mummy. Ketika itu mummy terlepas cakap mengatakan bahawa Aulia bermalam di rumah kawannya menyiapkan projek tahun akhir.

Apa yang membuatkan aku lebih 'angin' bila Aulia menyatakan bahawa dia 'bertapa' di sana lagi seminggu. Dua malam sahaja aku tidak betah, apatah lagi seminggu. Bagaimana kalau Aulia diperhatikan oleh abang-abang Tiara? Huh!

Signal ke kanan aku berikan sebelum membelok masuk ke taman perumahan elit milik daddy. Menyusur masuk ke kediaman daddy,  sudah terpandang akan kelibat kereta Aulia di tempat parkir biasa. Melihatkan kelibat keretanya,  bibir segera menguntum sebuah senyuman lebar.

Ohh, jadi selama dua hari ini aku ditipu oleh si gadis. Beria-ria dikhabarkan bahawa lagi seminggu baru dia pulang dan aku juga bermati-matian mempercayai kata-katanya. Aku menggelengkan kepala mengenangkan kenakalan si gadis. Bijak macam aku pun kena tipu juga.

Aku masuk ke dalam rumah dengan menjinjit segulung kertas bersama dengan beg laptop di belakang. Kasut yang tersarung di kaki aku susun di atas rak kasut.

Mata melingas mencari kelibat-kelibat penghuni di dalam rumah ini. Hampa kerana tiada susuk tubuh seorang jua pun yang muncul di ruang mata. Aulia? Kereta ada,takkan tuan badan pula takda. Jangan-jangan balik hantar kereta sahaja.

Resah jika memikirkan andaian yang terlintas sebentar tadi benar, langkah segera aku pantas ke ruang atas. Dua anak tangga sekali aku daki. Punya nak cepat.

Sampai sahaja di depan pintu bilik Aulia, aku berikan ketukan di pintu biliknya. Beberapa kali masih tiada tanda bahawa pintu terkuak daripada dalam. Tangan yang galak mengetuk aku jatuhkan ke sisi. Bibirku kemam.

Kalau masuk dikira menceroboh tak? Macam mana kalau betul dia balik hantar kereta lepas tu pergi pula ke rumah kawan baiknya? Lima minit berteka-teki, akhirnya tombol pintu segera aku pulas. Perlahan-lahan aku tolak dari luar.

Keadaan bilik yang suram memberikan suasana yang tenang. Aku memperlahankan derap langkah. Bebola mata yang menjelajah segenap ruang bilik yang sederhana besar terhenti pada sekujur tubuh yang terlena di katil.

Aku melangkah perlahan menuju ke arah sekujur tubuh yang lena pulas. Langkah terhenti di tepi birai katil. Jantung berdegup daripada paras normal bila melihatkan sekujur tubuh itu berkemban dibaluti sehelai tuala. Terpamer keindahan yang selama ini disembunyikan. Aku menelan liur yang terasa berpasir.

Dengan rambut yang masih basah mengurai menutupi wajah seakan menarik minatku untuk terus memerhati. Seakan luruh rasa rindu di hati selama beberapa hari ini.

Aku bertinggung di tepi birai katil. Menyamai paras wajah dengan wajah Aulia. Kedengaran halus dengkurannya. Seakan penat benar. Aku tertawa kecil. Cantik walaupun tengah tidur.

Rambut yang mengurai aku sebak ke tepi. Aku amati dari dahi hingga ke bibir yang terbentuk cantik.  Mungil merah bak delima. Tangan yang ingin menjalar ke bibir segera aku jatuhkan kembali. Nafas kuat aku hela. Dada yang bergelora segera aku tenangkan.
Kepala aku gelengkan laju.

Mata naik meneliti seraut wajah si gadis sebelum turun ke dada putih gebu milik Aulia. Perfect! Terpancul perkataan tersebut dari hati. Selimut yang berada di hujung katil segera aku selimutkan ke tubuh  Aulia yang terdedah.

Kalaulah ketika ini si gadis dalam keadaan sedar sudah pasti ditempiknya aku agar keluar. Sebelum keluar, sekilas pandangan kuberikan.

_______________________________________

Aulia POV

Azan yang berkumandang di telefon mengejutkanku yang lena pulas. Aku tersentak. Mata membuntang besar. Masih dalam keadaan mamai. Sudah pagi kah? Atau sudah malam?

Aku terkebil-kebil seketika. Mata merenung tubuh yang dilitupi selimut. Seingatku,sebelum aku terlena aku hanya berkemban. Bangun-bangun ada selimut pula. Ada siapa-siapa yang masuk bilik aku kah? Mata aku larikan kiri dan kanan.

Mummy kot masuk tadi. Aku cuba untuk menyedapkan hati. Bingkas bangun. Aku segera menuju ke almari pakaian. Sehelai baju tidur santin biru gelap berbunga putih aku sarungkan ke tubuh. Aku yang mengurai aku sikat kemas.

Kriuk! Kriuk! Kriuk!

Aku menekan perut yang bernyanyi kelaparan. Terasa lapar pula sementelah aku hanya jamah sebiji burger Mcd sahaja selepas kelas petang tadi.  Tidak hairanlah perut kini sedang mengadakan konsert minta diisi segera.

Langkah kuatur menuruni tangga. Sepanjang perjalanan ke dapur tidak pula aku menemui sesiapa. Aku berhenti tegak di ruang tamu. Aku tebarkan pandangan ke sekeliling. Buat seketika aku berpusing-pusing. Acah-acah menari memandangkan tiada kelibat sesiapa di bawah.

Kriuk! Sekali lagi perutku menjerit. Penat berpusing aku menuju ke dapur. Tudung saji aku buka. Terbias di ruang mata daging goreng kunyit. Ahh serta merta aku kecur liur. Terasa meleleh air liurku.

Sekali lagi aku jengukkan kepala ke ruang masuk pintu dapur. Namun masih juga tiada kelibat penghuni rumah ini yang lain.

Pinggan yang tersusun cantik di rak pinggan mangkuk aku ambil. Sambil itu mulut menyanyi kecil.

Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill, but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back

Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn
To win some or learn some

But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

"Ehem! " deheman seseorang di belakang menghentikan nyanyianku yang sumbang. Lambat-lambat aku menoleh ke belakang. Hampir melompat jantungku saat asyik menyanyi disapa dari belakang sengaja mengejut.

Terbias sekejur tubuh Benjamin yang hanya santai mengenakan short pantas berwarna kelabu dipadankan dengan sehelai T-shirt sendat berwarna pastel yang mempamerkan badannya yang berotot kekar. Sekujur tubuh milik Benjamin santai menyandar di pintu masuk.

Bibir kuketap rapat. Entah berapa lama lah Benjamin tegak di situ mendengar nyanyian sumbangku yang bergema di segenap ruang penjuru dapur.

"Dah habis nyanyi? Ke ada lagi?" seperti biasa, Benjamin dan sindirannya berpisah tiada.

Aku menunduk.

"Dah habis dah.. " balasku perlahan. Malu untuk bertentang mata dengan sepasang mata hazel yang tajam menodai sepasang mata bundarku.

"Baru nak request lagu. " tubuh yang memyandar santai di pintu masuk dapur dibawa menuju ke meja makan. Kerusi ditarik ke belakang sebelum melabuhkan duduk.

Aku yang melihat Benjamin memgambil tempat duduk di meja makan turut berbuat demikian. Nak lintas keluar dari dapur nampak macam ketara sangat nak mengelak. Padahal call balas whatsapp dah macam kawan baik.

Depan-depan tiba-tiba boleh pula nak jadi kaku. Betul lah kata mummy. Muka aku ni bila Benjamin ada tak pernah manis. Kaku je. Kaku sama kaku elok sangatlah.

"Apa lagi yang you tercegat macam tugu negara kat situ? Cepat lah duduk. Tadi bukan main. Sampai ke atas boleh dengar suara you. Bingit telinga I.. " omel Benjamin. Dikerling sekilas aku yang masih mematung di tepi meja makan.

Aku menarik perlahan kerusi. Tubuh aku labuhkan berhadapan Benjamin. Aku menunduk merenung makanan yang terhidang. Rasa lapar aku sembunyikan.

"Mana mummy dengan daddy? " tanya Benjamin. Tangan dibasuh dengan air yang sudah tersedia.

"Tak tahu. Masa Lia turun bawah tadi pun tak ada siapa. " ujarku.

"Bik Suty? " dah gaya macam polis pencen Benjamin ni. Kalau dah start menyoal, habis satu taman perumahan ini dia nak tanya aku. Banyak cekadak betul lah. Tak ada rindu. Dah ada depan mata menyampah pula. Adoii.

"Tak tahu. " aku jungkit bahu.

"Apa je yang you tahu Aulia? " sindir Benjamin.

"Makan" balasku sepatah. Mata Merenung Benjamin takut-takut.

Benjamin menahan ketawa. Polos benar jawapannya. Eii rasa nak gigit je muka tu. Comel sangat. Serta merta kejadian petang tadi terlintas di fikiran.

Benjamin berdehem. Menghalau apa yang terjadi petang tadi di fikiran.

"Sendukkan nasi untuk I." diunjukkan pinggan ke arahku.

Aku tersentak. Pinggan dan Benjamin aku pandang silih berganti. Terkebil-kebil seketika.

'pap'

"Aduhh!! " jeritku kuat seraya menggosok dahi yang dijentik Benjamin.

Benjamin terkedu. Rasanya dia sudah terlebih bergurau. Timbul kemerahan di dahi si gadis. Mesti sakit. Rasa bersalah pula bergurau sedemikian.

"Itulah, lain kali jangan blur sangat muka tu. Cepat sendukkan nasi untuk I. I tengah lapar ni. Jangan sampai I makan you nanti. You nak kena makan? " spontan aku geleng laju kepala. Seram!

Sepantas kilat aku sendukkan nasi ke dalam pinggan Benjamin.

"Cukup? " tanyaku meminta kepastian. Tak memasal kena starlight dahi sekali lagi. Berganda benjol di dahiku. Tangan main gym hari-hari ni bukan boleh dicabar.

"Dah cukup, cukup. You perli I ke apa ni? "

"Mana ada. Lia tanya lah. Nanti tak pasal-pasal kena starlight sekali lagi. Sakit tahu tak? " omelku geram. Tanpa sedar mengomel manja.

Benjamin simpan senyum. Senang mendengar omelan manja daripada bibir mungilku.

Nasi kusendukkan pula ke dalam pingganku.

"Sendukkan daging goreng kunyit tu sikit.. " pinta Benjamin. Ditunjukkan hidangan tersebut.

"Tuangkan air untuk I.. "

"Potong telur dadar tu sikit.. "

Aku menahan sabar dengan peel Benjamin malam ini. Sudah gaya budak terencat akal lagi perangainya malam ini. Aku ini sepinggan pun belum habis, dia sudah bertambah nasi. Macam mana mahu aku habiskan. Sekejap sekejap diminta aku ambilkan itu, sendukkan ini. Nak makan pun tak senang. Mengalahkan baby.

"Ambil kejap tisu tu.." arah Benjamin.

Aku yang mahu menyuap makan mengambil tisu tersebut sebelum kulempar ke arahnya.

"Uishhh, garangnya. Lapar cendol erk?" usik Benjamin seronok bila melihatkan ku yang menahan perasaan geram daripada tadi.

Aku jeling tajam. Geram! Tak habis-habis dengan idea dia nak membuli aku.

Melihat Benjamin yang menyandar kekenyangan di kerusi aku bingkas bangun. Malas nak mengadap muka kacak itu lama-lama. Bukan sebab tergoda tapi menyampah. Kalau tahu aku stay seminggu lagi pun takpa kat rumah Tiara.

Pinggan kotor milik Benjamin aku kaut sekali. Bawa ke sinki. Untuk dibasuh. Nak harapkan Benjamin, kirim salam sajalah. Kadang asal rajin dia ringan tulanglah basuh sendiri. Kebanyakannya berat tulanglah. Akulah yang menjadi mangsa basuh pinggan dia.

"Terima kasih adik manis" ucap Benjamin. Aku menjuihkan bibir.

"Lepas ni tolong buatkan milo panas untuk I. Its an order Aulia Natasha. No excuse!" arah dia tak ubah seperti diktator. Macam mana lah agaknya peel dia di pejabat ya?

Siap menyusun pinggan di rak, aku bergerak untuk menyediakan milo panas permintaan Benjamin. Tiga sudu milo aku kaut ke dalam mug berserta tiga sudu susu pekat manis. Tak manis, tidak juga tawar.

Tidak tenang aku dibuatnya bila perhatian Benjamin sedikitpun tidak beralih daripadaku. Sudah seperti gaya polis pula mengawasi gerak-geri penjenayah yang dikehendaki. Namun, riak biasa aku pamerkan.

Usai, aku letakkan milo yang masih panas berasap berkepul naik ke ruang udara di hadapan Benjamin. Perlahan-lahan aku letakkan. Nanti tumpah ditempik pula. Dasar bapak singa menopause!

Aku maju ke arah sinki. Menyambung kerja membasuh sebentar tadi.

"Lia.. " seru Benjamin perlahan.

Aku berdecit. Apa lagi Benjamin oi?

"Hah! Nak apa lagi? " tanyaku sebal. Tak habis-habis menyeru namaku.

Benjamin tertawa kacak. Diatur langkahnya ke arahku. Tubuhku yang tersandar di sinki dirapati. Aku semakin menyandar ke belakang. Liur kutelan kasar. Berdebar!

"Tak ada apa. Just terima kasih.." serentak ditekap kedua belah pipiku dan dilabuhkan sebuah ciuman di dahiku. Mataku membuntang besar. Lama bibir seksinya mendarat di dahiku.

Sudu yang kupegang berdeting jatuh ke bawah tanpa sedar. Aku masih lagi keras.

Benjamin kembali menjarakkan kedudukan. Sebuah senyuman manis hingga menampakkan lekuk lesung pipit dilayangkan ke arahku.

Kepalaku digosok lembut. Sudu yang jatuh dikutip dan diletakkan ke dalam sinki sebelum Benjamin mengatur langkah keluar. Sebelum keluar, sempat ditoleh aku yang masih terkebil-kebil mencerna apa yang terjadi sebentar tadi

"Terima kasih untuk milo ni.. " diangkat mug milo sebelum bayang-bayang Benjamin hilang daripada pandanganku.

Aku terkedu. Benarkah apa yang terjadi tadi?

amacam chapter kali ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience