BAB 26

Romance Series 247373

Usai makan malam, aku menapak ke luar rumah menuju ke gazebo yang berada di tepi pintu utama rumah.

Makan malam kami masih lagi seperti hari-hari lalu. Senyap sunyi seperti dilanda garuda sahaja lagaknya. Cuma, sesekali terdengar celoteh daripada mummy dan daddy.

Jarang untuk dengar kami mengeluarkan suara. Aku dan Benjamin hanya akan bersuara jika ditanya sahaja. Selebihnya diam membatu sahaja menyuap makan ke dalam mulut.

Siapa yang tidak merasa sedih dengan keadaan seperti ini, jika sebelum ini kami mesra seperti pasangan kekasih, kini tidak lagi. Masing-masing sudah seperti orang asing. Jarang di pejabat aku dapat berjumpa dengan Benjamin sekarang.

Kebanyakan urusan kerja jika perlu melibatkan kami, aku lebih selesa untuk berurusan dengan kak Mona. Jadi, kak Mona lah yang bertindak menjadi perantara antara aku dan Benjamin.

Tipulah jika aku katakan bahawa aku tak rindu. Sungguh aku rindukan Benjamin dan kemesraan yang pernah kami kecapi dahulu. Sebak mengenangkan hubungan yang renggang menjadi bertambah renggang.

Aku labuhkan duduk di kerusi yang diukir cantik. Pandai orang yang membuatnya. Aku menyandar santai ke belakang. Kedua belah lutut aku pautkan rapat ke badan. Menahan kedinginan malam yang berhembus lembut menyapa tubuh.

Wajah kudongak memandang langit yang kelam. Terbias indah bulan penuh dipenuhi taburan yang berkelip indah. Sedikit sebanyak menenangkan perasaanku yang dilanda gundah gulana.

"Menung jauh nampak. " Sapa daddy perlahan.

Aku tersentak. Pantas wajah yang mendongak lama aku turunkan. Membawa menatap seraut wajah tua daddy yang turut mengambil tempat di sebelahku.

Aku tersenyum segaris. Daddy membalas tatapanku bersama dengan sebuah senyuman pendek.

"Lia okay? " tanya daddy perlahan.

"Sejujurnya Lia tak okay. " ujarku mengakui perkara sebenar.

Daddy merapati kerusinya ke arahku. Tanganku ditarik dan digenggam erat. Ditepuk-tepuk belakang tanganku.

Spontan, mata digenangi air mata. Aku pantas melarikan wajah. Mengelak daripada menghamburkan tangisan. Keprihatinan daddy menjentik rasa rindu di hati terhadap arwah daddy.

Dulu jika aku dilanda masalah, daddy lah yang menjadi bahuku untukku bersandar. Kini, tidak lagi. Semuanya hanya tinggal kenangan. Aku dilanda sebak.

"Bagitahu daddy sayang. Apa yang membuatkan Lia tak okay kebelakangan ini. " pujuk daddy lembut meminta aku meluahkan perasaan yang sesak di dada.

Setitis air mata mengalir di pipi. Pantas aku kesat kasar.

"Entah lah. Abang..di..dia.. " wajah aku tekup dengan kedua belah tangan. Tak mampu untuk meneruskan kata. Sebak yang menghurung memaksaku untuk menghamburkan tangisan.

"Lia tak tahu apa salah Lia. Ada sahaja yang buat dia nak marah. Ye, Lia tahu salah Lia sebab kesalahan paperwork yang dia dah reject tu tapi Lia tak sengaja. Sungguh, Lia tak sengaja. Lia pun tak tahu macam mana Mel boleh print out yang itu sedangkan Lia dah masukkan paperwork tu dalam dustbin laptop" ujarku panjang lebar menerangkan hal yang sebenar.

Daddy terdiam. Lama dibiarkan suasana sepi mengisi antara kami. Kelihatan daddy diam memikirkan sesuatu.

"Wait. Jadi bukan Lia yang print out paperwork tu? " soal daddy dalam.

Aku mengesat air mata yang galak mengalir di pipi dengan kedua belah tangan. Soalan daripada daddy berjaya menghentikan esak tangisku.

Perlahan aku anggukkan kepala.

"Mel tawarkan diri untuk tolong print out since Lia minta diri ke toilet sebelum meeting tu start. Tapi salah Lia sebab tak tunjukkan paperwork yang mana harus print out. Bukan Salah Mel. Salah Lia. Tapi Lia terfikir besar sangat ke salah Lia sampai abang buat Lia macam ni daddy. Besar sangat ke salah Lia? " aku merintih pilu.

Daddy pantas menenangkanku yang teresak menangis. Dipaut bahuku rapat. Digosok tulang bahuku. Memujuk dalam diam.

"Setahu daddy, jarang Ben nak berperangai macam tu. Kalau betul salah print out paperwork sekalipun, ia tak menjadi masalah besar. " tukas daddy perlahan.

"..dan daddy rasa Ben tak perlu nak marah pun sebab pelabur tu tetap berminat nak bekerjasama dengan syarikat kita. " sambung daddy lagi.

Aku terdiam. Hanya esak tangisku sahaja yang kedengaran.

"Pelabur still berminat sebab Mel bagi paperwork dia pada pelabur tersebut." kataku.

Sekali lagi daddy terdiam dengan ujaranku. Dilurut-lurut dagunya naik turun. Seperti memikirkan sesuatu yang besar. Aku hanya memerhati dari sisi.

"Macam ni lah. Lia jangan sedih okay. Takpa, nanti daddy cuba slow talk dengan Benjamin. Mana tahu ada hal lain yang menganggu dia. " daddy bertindak menggosok kepalaku lembut. Sebuah senyuman diberikan kepadaku.

"Tapi kan daddy rasa, daddy macam tahu apa masalah abang kamu tu. Lelaki Lia, pantang kalau orang usik hak dia. "

Aku mengerutkan dahi. Pelik dengan kata-kata yang terlontar keluar daripada mulut daddy. Macam ada makna lain yang terselit.

"Susah jadi lelaki ni. Nak perempuan je faham diorang, tapi diorang taknak faham perempuan. " ujar daddy bersahaja.

Aku tertawa kecil.

"Daddy bukan lelaki ke? " selorohku bersuara serak.

Daddy turut melepaskan ketawa kuat. Lucu dengan soalan yang aku ajukan.

"Daddy lelaki sejati. Tak main lah marah-marah perempuan, cemburu buta bagai ni. "

Aku melopongkan mulut. Terasa ingin ketawa dengan kata-kata selamba daripada daddy.

"Daddy bergurau jelah. Dah, sekarang Lia pergi naik, tenangkan fikiran lepastu tidur. Pasal Benjamin nanti, biar daddy yang handle. Nanti dia, berani buat anak dara daddy menangis ya.. "

Aku hanya tersenyum pendek. Sedikit sebanyak, daddy berjaya menghilangkan kesedihan di hatiku. Tutur kata, perilakunya secara tidak langsung berjaya menyenangkanku. Kalaulah Benjamin seperti daddy. Ahh, tak habis-habis dengan Benjamin.

Rindu mahu menatap seraut wajah kacak itu. Tapi apa gunanya kalau hanya aku seorang sahaja yang menyimpul rindu jika Benjamin tidak.

Aku bingkas berdiri. Rambut aku selitkan ke belakang telinga. Nafas kuhela perlahan.

"Terima kasih daddy" ucapkan perlahan. Daddy tersenyum sebelum dianggukkan kepalanya.

Aku bergerak untuk menuju ke ruang atas. Berjalan perlahan mendaki anak tangga. Saat sampai di hadapan pintu bilik, saat itu juga Benjamin bertindak keluar daripada kamar biliknya. Lengkap berpakaian kasual ditambah dengan wangian semerbak menusuk ke hidungku.

Aku terpana. Seketika, kami saling merenung antara satu sama lain. Seakan melepas rindu yang bergayut di hati. Tidak lama, Benjamin memutuskan renungan antara kami. Bahuku dirempuh perlahan. Aku terinjak ke tepi. Mata aku pejamkan. Sekali lagi air mata menitis lesu ke pipi.

Tombol pintu kupulas lemah. Berjalan perlahan menapak lesu ke arah katil. Sejenak, bunyi deruman kereta Benjamin kedengaran keluar menyusur membelah kepekatan malam.

Aku hempaskan tubuh ke katil. Baring menelentang memandang ke siling yang bercorak ukiran bunga merah. Baring memikirkan kesudahan ketegangan antara aku dan Benjamin. Bilakah akan berakhir antara kami. Setitis air mata mengalir turun menitis ke pipi.

••••

BENJAMIN POV

Daun pintu pejabat milik dato Razman ditolak perlahan. Saat dia diberitahu bahawa daddy memintanya untuk ke bilik, dia dipalu rasa hairan.

Tetiba sahaja daddy mahu bertemu dengannya pagi ini. Rasanya, baru-baru ini sahaja mereka berbincang mengenai usahasama bersama dato Khalid Khan. Ayah Aqeela Sania merangkap bekas kekasihnya.

Daddy yang asyik menunduk membelek dokumen di meja, pantas panggungkan kepala memandang kehadiranku di kamar pejabatnya.

"Duduk, Ben. " arah daddy bernada biasa. Aku semakin dihurung rasa hairan. Entah kenapa aku rasakan vibes pagi ini agak berbeda. Seakan bukan hal kerja yang mahu dibincangkan.

Kerusi ku tarik ke belakang sebelum kulabuhkan duduk berhadapan daddy. Kaki aku sila panggung.

"Ada apa daddy nak jumpa Ben pagi-pagi ni? " soalku terus kepada soalan yang berlegar di ruang kepala sedari tadi.

Daddy melepaskan cermin mata daripada hidung. Hidungnya dipicit perlahan. Tubuh dibawa menyandar ke kerusi. Kedua tangannya ditongkatkan ke penghadang kerusi sambil kedua jarinya disilang erat.

Tunak pandangan diberikan kepada Benjamin yang setia menanti butir bicara daripadanya.

"Apa masalah kamu sebenarnya Benjamin? " soal daddy perlahan.

Aku tersentak. Masalah? Masalah apa pula?

"Masalah? Masalah apa maksud daddy? " ujarku masih lagi samar-samar.

Daddy melepaskan keluhan kuat. Tubuh dibawa merapati meja kerjanya.

"Apa yang kamu dah buat dekat Aulia? "

Aku terdiam. Mendengar sebaris nama itu aku dipalu rasa rindu yang teramat. Hampir sebulan jarang bersua muka, tipu jika aku katakan bahawa tiada rasa rindu yang bergayut di hatiku untuk dia.

Terbayang-bayang kemesraan antara kami suatu ketika dahulu. Rindu untuk menatap seraut wajah itu yang sedang menahan pelbagai rasa terhadapku.

Diangkat wajah memandang daddy yang sedang tunak merenung ke arahnya.

"Apa yang Ben dah buat? " soalku
kembali.

Daddy tersenyum jengkel.

"Kamu tanya daddy apa yang kamu dah buat?  Benjamin, bukan begitu caranya menghukum"

"Ben hukum apa? "

"Kamu sedang menghukum Aulia kan sekarang? "

Aku melepaskan ketawa sinis.

"Hukum? Nonsense! " ujarku perlahan.

"Mengarut kamu kata? Kamu ingat daddy tak tahu kamu marah Aulia sungguh-sungguh pasal silap paperwork tu. " selar daddy kuat.

Aku mengeluh.

"Dah salah, memang layak lah kena marah. Siapa suruh cuai. Kerja senang pun tak boleh buat.." tukasku.

"Ben. Daddy kenal kamu macam mana. Kamu yang daddy kenal bukanlah seorang yang melampiaskan marah kamu membuta tuli. Yes, daddy faham kalau kamu cuba jadi seorang ketua yang tegas pada dia. Tapi dengan menghukum Aulia bukan cara kamu sebelum ni. "

Aku terdiam. Tiba-tiba terbayang di ruang mata kemesraan antara Akif dan Aulia semenjak dua menjak ini. Dia tahu kalau sebenarnya Akif mempunyai perasaan terhadap Aulia. Sekilas pandangan, dia sudah tahu perasaan yang semakin berkembang mekar di hati Akif.

"Padanlah. Siapa suruh menggatal. Memang kena lah. " tanpa sedar aku melontarkan rasa hati yang tersimpan kemas selama ini. Meja kerja milik daddy aku tampar kuat tanpa sedar.

Daddy yang diam melihat tingkahku sebentar tadi melepaskan ketawa kuat. Aku mengerutkan dahi. Pelik dengan ketawa yang meletus daripada mulut daddy.

"Ohh, jadi ini kes cemburu lah ni?" ujar daddy masih lagi menghamburkan gelak kuat. Bergema kuat segenap bilik.

Aku disimbah rasa segan. Malu pula memikirkan perasaan yang terluah tanpa sedar. Namun, sudah terlajak. Nak undur pun tak boleh dah. Tapi dia lihat daddy macam relax sahaja, cool.

"Tak lawak lah daddy.." aku mengetap bibir. Geram ditertawakan.

"Orang kalau dah sayang, bagitahu. Tunjukkan dengan sepenuh hati. Bukan tunjuk dengan cara menghukum macam tu. Buatnya Aulia tu lari tinggalkan kamu, baru kamu tahu. " usik daddy.

Aku pantas tegakkan tubuh. Seram pula bila daddy kata begitu.

"Eh janganlah." aku merengek perlahan.

"Hah, dah tu masa kamu hukum dia mati-matian kamu tak fikir pula perasaan dia?  Daddy tengok, kebelakangan ni bukan main lagi Melissa tu menyendeng dengan kamu."

Aku mencebik. Cuba menyangkal kata-kata daddy.

"Ben tak ada perasaan pun lah dekat Melissa tu daddy. She's not my type. " sangkalku bersungguh.

Melissa? Sorrylah, memang bukan taste dia. Selama ini dia biarkan Melissa dekat dengan dia pun sebab nak buat Aulia cemburu. Mana aci dia cemburu sorang diri.

Giliran daddy pula menjuihkan bibir ke arahku.

"Bukan type kamu konon tapi kamu layan juga. Aulia kamu buat lebih kurang. Aulia baik dengan Akif kamu jelous bagai nak rak, Melissa yang menyendeng dengan kamu, tak apa pula? " simbah daddy lagi bertalu-talu. Tepat mengena di batang hidungku.

Aku mendengus kuat.

"Ya,Ben tahu salah Ben. Sorry lah. Nak buat macam mana, dah geram. Siapa suruh baik sangat dengan Akif.  Tak tahu ke orang jelous? " luahku spontan.

"Bukan dengan daddy kamu kena minta maaf tapi dengan Aulia. Lepas ni, daddy nak kamu pujuk Aulia. Layan dia baik-baik. Dah sayang, buat cara sayang. Takut nanti melayang. " pesan daddy.

"Kesian daddy tengok. Macam dah susut sikit badan dia. Sebab dia sayangkan kamulah dia beria menangis mengadu kat daddy semalam. Kamu memang tak patut buat dia macam tu." ujar daddy lagi menyambung kata-katanya. Terbias riak kesal dengan perbuatanku yang melampau.

Aku mengeluh dalam diam. Mengakui aku agak melampau dalam menonjolkan rasa hatiku. Rasa bersalah bertandang memalu hebat dadaku kini.

"Daddy ni tak payah lah cakap macam tu. Ya, nanti Ben pujuk Lia. Minta maaf dengan dia. Puas hati? " ujarku seraya bingkas berdiri.

"Sangat puas hati! " balas daddy ringkas.

Daddy yang menyandar ke kerusi, pantas tegakkan tubuh melihat aku yang berdiri tercegat di hadapannya.

"Hah, nak pergi mana pula tu? " sergah daddy kuat. Kalut melihat aku yang sudah menapak perlahan ke pintu.

"Nak pergi pujuk buah hati lah. Bukan daddy juga ke yang beria suruh Ben pujuk anak dara daddy tu? " aku menoleh merenung daddy yang sudah tersenyum simpul mendengar ujaran kata dariku.

"Pergilah. Goodluck!" kata-kata semangat dari daddy aku hanya balas dengan anggukan. Lambaian aku berikan sebelum pintu pejabat daddy aku tutup cepat.

Ikutkan hati mahu sahaja aku berlari sekuat hati menuju ke bilik Aulia. Rindu yang menggebu di dada seakan tidak dapat aku tahan lagi.

••••

AULIA POV

Aku bergerak menuju ke rak yang berada di tepi pintu. Terdapat beberapa dokumen penting yang aku perlukan sebagai rujukan tersusun rapi di rak tersebut.

Aku berdiri tercegat di hadapan rak yang agak tinggi melepasi ketinggianku. Tangan naik mencekak kedua belah pinggang. Bibir aku herotkan ke kiri dan kanan. Menilik dengan teliti nama fail yang mahu aku ambil sebagai rujukan.

Beberapa minit memincingkan kepala membelek, akhirnya aku ketemu dokumen yang aku mahu jadikan sebagai rujukan. Namun, sedikit hampa bila mana kedudukan fail tersebut tersusun di tingkat paling atas.

Aku mengeluh kuat. Macam mana nak ambil ni? Dah lah hari ni pakai kasut sarung biasa sahaja. Aku menjarakkan diri, konon mengambil lajak untuk mencapai fail tersebut. Terjengket-jengket kakiku cuba berdiri. Beberapa kali percubaan aku masih lagi gagal.

Keluhan kuat aku lepaskan. Sesaat, terdengar pintuku dikuak dari luar. Aku malas untuk berpaling melihat gerangan yang masuk ke dalam bilikku. Memandangkan hanya kak Mona sahaja yang keluar masuk daripada tadi berbincang hal dokumen yang harus aku siapkan, maka aku biarkan sahaja.

"Kak Mona. Boleh tolong Lia tak? Ambilkan fail ni kejap. Lia tak sampai puas dah jengket. Lenguh dah kaki ni." aku merengek manja. Mendayu-dayu suaraku mengadu kepada kak Mona.

Terdengar pintu bilikku yang tertutup. Sekali lagi aku biarkan. Fokusku kini hanya untuk mendapatkan fail tersebut sahaja. Untuk kesekian kalinya, aku menjengket lagi. Kali ini sekuat tenaga aku kerah.

Namun, sikit lagi tangan mahu mencapai fail tersebut, terasa pinggangku dirangkul dari belakang. Terdengar hembusan nafas hangat seseorang di telingaku.

Hidung pantas menangkap satu bauan yang tidak lagi asing dalam diriku. Betapa aku merindui wangian tersebut menerpa berlumba-lumba meminta aku cium.

Aku berpaling lambat-lambat ke arah Benjamin di belakangku. Rangkulan di pinggangku masih lagi tidak dilepaskan sebaliknya semakin erat dirangkul.

Terasa luruh segala rindu di hati bila mana seraut wajah tampan itu kini terbias rapat di ruang mata.  Mataku terasa kabur. Bergenang dengan air mata. Sebulan seperti orang asing seperti sepuluh tahun aku rasakan. Tak sanggup lagi.

Ditarik rapat tubuhku ke dadanya. Wajah dirapati mendekati wajahku yang sudah merah menahan sebak. Terdengar hembusan nafas Benjamin bergabung dengan nafasku. Sejenak, kami saling merenung antara satu sama lain. Terasa yang ada hanya kami berdua ketika ini. Tenggelam dalam dunia ciptaan kami. 

Benjamin bertindak melagakan hidung mancung kami. Aku memejamkan mata. Menghayati sentuhan yang diberikan.

"I miss you so much, baby girl.. " ujar Benjamin berbisik rapat di wajahku.

Aku diam. Masih lagi memejamkan mata. Mendengar kata-kata indah sebentar tadi menampar halwa telingaku. Aku rasa seakan bermimpi bahawa Benjamin berada di hadapanku saat ini sedang merangkul erat tubuhku.

Sungguh, kurasakan seperti mimpi. Namun, kalau benar ternyata ia mimpi kuharap jangan sesiapa ganggu lenaku. Biarkan aku larut dalam mimpiku.

"Lia tak mimpi kan? " soalku berbisik perlahan. Air mata mengalir setitis ke pipi.

Benjamin tertawa mesra. Terasa indah terasa alunan ketawanya di pendengaranku. Air mata yang mengalir dikesat dengan ibu jarinya.

"Lia tak mimpi sayang. This is me" balas Benjamin sambil melayangkan kucupan hangat di dahi dan kedua belah pipiku. 

Aku tersenyum sedih. Rangkulan Benjamin aku balas. Kedua belah tangan aku bawa memeluk pinggang Benjamin erat. Tenang kurasakan saat ini. Terasa masalah yang berlingkar antara kami terbang melayang dibawa jauh.

Benjamin paut wajahku yang menunduk. Didongakkan wajahku merenung sepasang mata hazel miliknya.

"Im sorry baby. I tak bermaksud nak buat you macam tu. Maafkan I.. " jemari kananku dikucup lama. Aku hanya membiarkan. Lama kucupannya singgah di jemariku yang runcing. Lagaknya persis melepaskan rindu. 

Tubuh aku sandarkan ke dada Benjamin. Sebuah senyuman manis aku hadiahkan. Benjamin turut tersenyum.

"Lia pun salah. Im sorry too.." pintaku jua. Sedikit sebanyak, pasti ada salahku jua.

Tangan naik menjalar bermain di tali leher Benjamin yang terjuntai kemas. Aku lurut-lurutkan perlahan. Sejenak, aku mainkan pula jemari runcingku di dada bidangnya. Aku alurkan ke atas dan bawah.

Taktahu lah kenapa, berada dekat dengan Benjamin buat aku seolah hilang kawalan. Aura menggoda dan tergoda aku rasakan begitu kuat sekali antara kami. Ditambah dengan sikap romantis Benjamin buat aku semakin lemas dalam lautan perasaan.

Benjamin mengeluh kuat. Nafasnya ditarik dalam. Jemariku yang galak bermain di sekitar dadanya segera ditangkap dan digenggam erat. Pantas aku dongakkan wajah mencari seraut wajah Benjamin.

Kepalanya sudah tergeleng perlahan. Sah, Benjamin sudah tergoda. Aku tersenyum manis.

"Abang dah tak marah Lia lagi? " soalku perlahan. Berbisik rapat di telinganya.

Benjamin bertindak menyelitkan rambutku yang mengurai di belakang telinga. Dimainkan rambutku dengan jemari kasarnya. Diam tanpa suara.

"Abang! " rengekku kuat.

"Yes baby? " balas Benjamin lembut.

Tubuh Benjamin aku tolak kasar. Benjamin terpana dengan tindakan drastikku. Aku bawa fail letak di atas meja.

Aku memeluk tubuh. Menghadap panorama pagi yang bakal menginjak ke tengah hari.

Benjamin merapati tubuhku di belakang. Aku menanti dalam debar. Seperti yang kujangka, tubuhku sekali lagi dipaut masuk ke dalam pelukannya. Laju nafasnya menampar leherku dari belakang.

"Baby merajuk? " soal Benjamin lembut di telingaku.

Aku sengaja diamkan diri.

Melihatkan tiada reaksi daripadaku, Benjamin bertindak melabuhkan sebuah kucupan hangat di belakang leherku. Aku terkesima. Terasa lemah tubuhku dengan kucupan tersebut.

"Merajuk lagi? " sekali lagi diajukan soalan yang sama.

Aku menoleh ke belakang. Pantas menggeleng kepala. Seram dengan aura menggoda daripada Benjamin. Boleh melorot jatuh aku dibelai begini.

"Lia, you.." Sesaat, pintu yang tidak dikunci ditolak kuat dari luar. Terjengul wajah Melissa di pintu masuk bilikku. Aku terpana. Sudahlah dengan keadaan intim begini. Namun, rasa segan sepatutnya hadir tetiba diganti dengan rasa gembira.

Gembira melihatkan mata yang membuntang besar melihatkan aku dan Benjamin yang sedang berpelukan mesra. Aku bersorak riang di dalam hati.

Benjamin masih lagi dengan rangkulannya yang tidak lepas sesaat.

"Yes,Mel? Anything? " soalku perlahan.

Aku menggeliat kegelian bila mana Benjamin seperti sengaja menggesel kumis nipis di sekitar leherku depan Melissa. Tidak menahan, ditiup-tiup pula cuping telingaku perlahan.

"Ermmm, tak..kk..tak ada apa. Ingat nak ajak you pergi pantry minum. " balas Melissa sudah merah menyala melihat adegan mesra kami.

"Ohh, sorry I can't. " balasku ringkas. Walhal sejak daripada kejadian tempoh hari, aku memang sengaja mengelak daripada berbaik dengan Melissa. Aku teringat pesan Tiara untuk tidak sewenangnya mempercayai orang sepertinya. Takut jadi gunting dalam lipatan.

Melissa berpura-pura senyum. Aku pula dengan sengaja mengusap-ngusap lengan kekar Benjamin yang melingkar kemas di perutku. Benjamin layangkan lagi sebuah kucupan hangat di leherku. Semakin seronok aku rasakan bila mana Melissa semakin terjojol biji matanya melihat perilaku terhadap Benjamin.

"Boleh tinggalkan kami berdua? " Benjamin bertindak menyoal soalan maut kepada Melissa. Melissa, kulihat terbias terang wajahnya yang semakin memerah saat mendengar soalan yang dilontarkan Benjamin.

Sesaat, pintu kembali tertutup rapat. Aku pantas meleraikan rangkulan di pinggangku.

Benjamin terdiam. Direnung aku yang masih masam mencuka. Tadi bukan main keluar segala skill menggoda, sekarang nak pandang kita pun taknak,omel Benjamin dalam hati.

"Lah, merajuk lagi ke yang? " keluh Benjamin.

Benjamin bergerak menyandarkan punggungnya ke meja. Kedua tangan naik menyilang ke dada. Renungan menggoda dipahatkan ke arahku.

Aku anggukkan kepala.

" Come. Let me tell you. Actually, I tak marah you dah. Lama dah marah tu hilang. Cuma tula, I ni tunggu juga you pujuk I tapi hurmm hampeh.." ditarik kembali tubuhku rapat ke dadanya.

Aku terkedu. Perlahan, tangan Benjamin aku genggam dan sulam dengan jemariku. Aku bawa ke bibir dan kukucup lembut. Lama bibirku singgah di belakang tangan Benjamin.

"Maafkan Lia buat abang terasa. Tapi percayalah, sumpah Lia dengan Akif memang tak ada apa. Sekadar kawan sahaja. Tak lebih daripada tu. Apa yang abang nampak tu tak betul pun. Pasal paperwork tu Lia.. "

"Nah, pasal paperwork tu tak ada apa pun sebenarnya. I'm sorry okay. " Benjamin bertindak mencantas kata-kataku tanpa sempat aku habiskan.

" Lagipun, tak kuat lah nak marah lama-lama yang. Rinduuuu.. " sambung Benjamin berbisik di telingaku sambil sebuah kucupan dilepaskan di situ.

"Betul? " soalku perlahan. Kedua belah tangan melekap kemas ke dada Benjamin.

Benjamin anggukkan kepala. Ubun-ubunku dikucup.

"I miss you too. So much! " bisikku kembali di telinga Benjamin. Wajah yang memerah aku sorokkan di dadanya yang bidang.

Benjamin mengekek ketawa melihat telatahku yang malu-malu.

"Jom.." ajaknya perlahan. Tubuhnya yang menyandar di tegakkan.

"Pergi mana? " soalku beriak polos.

"Kahwin.." ujar Benjamin sepatah. Malas kedengaran suaranya menjawab pertanyaanku. Ditarik tanganku menuju ke pintu.

Aku menggeleng kepala. Tanya betul-betul, jawab main-main. Tapi kalau betul, aku setuju! Nanti dapat anak segak-segak comel-comel macam papa diorang. Auch. Berangan betul aku ni.

"Abang..." rengekku.

Benjamin hentikan langkah. Tubuh dipusing malas menghadapku.

"Yes baby. Nak kahwin dengan abang? " Benjamin tersenyum senget.

"Ishhhh! " rengekku bercampur malu. Serasa ingin sahaja aku sorokkan wajah yang memerah di bawah meja kerja sekarang ini.

Benjamin tertawa mesra melihat aku yang sudah terkulat-kulat menahan malu.

"Abang lapar la yang. Belum breakfast lagi. " ujar Benjamin perlahan. Dibawa tanganku mengusap perut six packnya yang tersarung baju kemeja biru lembut.

Terasa darah panas menyerbu naik ke  muka saat kata-kata tersebut dilontarkan kepadaku. Bibir kuketap rapat. Menahan rasa malu.

"Tapi.."

"Tapi apa lagi? " rungut  Benjamin.

"Sekarang dah pukul sembilan. Nanti bos besar marah.." kataku merujuk kepada daddy sebagai bos besar.

Benjamin tertawa.  Hidungku dipicit lembut.

"Jangan risau, bos besar dah bagi green light.." dikenyitkan matanya ke arahku sebelum terus diheret tubuhku menuju ke kafe pejabat di tingkat bawah. Aku kulum senyum. Terasa bahagia jadi milik aku semula.

Selamat pagi. kali ni yg manis2 utk hampa. Jgn lupa komen! enjoy reading.

Share this novel

rimatanti
2021-08-15 14:04:46 

jln cerita yg best..

rimatanti
2021-08-15 14:04:44 

jln cerita yg best..


NovelPlus Premium

The best ads free experience