BAB 34

Romance Series 247373

Aku memeluk tubuh yang disapa angin malam di balkoni bilik. Aku menebarkan pandangan ke luar. Sejenak, aku menoleh ke dalam saat terdengar isyarat deringan yang bertalu-talu berbunyi menandakan terdapat pesanan whatsapp yang masuk.

Aku melangkah masuk ke dalam bila terasa terganggu dengan telefon bimbit yang asyik berbunyi. Langkah aku hentikan di birai katil. Mencapai telefon bimbit milikku dan membelek pesanan daripada gerangan tersebut.

Aku tersenyum hambar saat melihat sebaris nama Tiara terpapar di skrin telefonku. Tidak lain tidak bukan hal mengenai tawaran yang kami perolehi untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Aku labuhkan duduk di birai katil. Membalas pesanan daripada Tiara yang sibuk untuk tahu kalau sudah aku khabarkan atau belum mengenai tawaranku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master di luar negara.

Aku tersenyum melihat kekalutan Tiara yang jelas teruja apabila mendapat e-mel bahawa permohonan kami untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat master diterima. Terkenang saat kami hanya suka-suka mengisi permohonan tersebut dan tidak sangka ada rezeki untuk kami.

Mengenai Akif, ada juga beberapa kali dia bertindak menghantar mesej dan menelefonku tapi aku abaikan sahaja. Selain itu, ada juga dia mengajakku untuk berjumpa namun aku menolak dengan alasan kalau tidak manis pula kami keluar berjumpa memandangkan hubunganku bersama Benjamin baru sahaja berakhir.

Berulang kali Akif memohon untuk bersemuka denganku dan berulang kali juga aku menolak permohonan daripadanya. Di kesempatan itu juga, Akif memohon ampun dan maaf kepadaku hingga aku diberitakan dia dimasukkan ke wad akibat terlalu stress memikirkan pembohongan yang telah dia lakukan kepadaku.

Jujur aku katakan, bukan semudah ABC untuk aku melupakan apa yang telah terjadi. Apatah lagi semudah itu untuk memaafkan pembohongan yang telah Akif lakukan. Namun, bila aku mendapat khabar sebegitu seakan jatuh kasihan pula aku kepada Akif.

Teringat aku akan pesan daddy. Sejahat mana juga orang kepada kita, jangan sesekali kita membalasnya kerana lambat-laun pasti akan terbongkar jua kejahatan tersebut. Ibarat bangkai gajah, lama-lama ditutup pasti akan terhidu juga.

Jadi, berpandukan kepada pesanan daddy itu aku bertindak untuk memaafkan Akif. Kata Akif, beberapa kali juga dia juga untuk menceritakan perkara sebenar kepada Benjamin, namun Benjamin menghalaunya kasar sehingga dia diberikan amaran agar jangan muncul lagi di hadapan Benjamin.

Mengenangkan kesungguhan Akif yang bermatian menyampaikan perkara sebenar, dendam dan amarah yang membara di dada seakan terpadam begitu sahaja. Kepada Akif dititipkan pesan kalau dia sudah memaafkan Akif dan dia sudah  reda dengan segala takdir yang tertulis untuk dia.

Telefon bimbit yang berada di tangan, diletakkan kembali ke atas meja kecil di tepi kepala katil. Berjalan perlahan menuju kembali ke arah balkoni biliknya. Sekali lagi, pandangan ditebarkan ke luar. Mendongak ke langit melihat bintang yang bertaburan indah. Sesaat, dia nekad. Nekad dengan keputusan yang telah dibuat hampir seminggu yang lepas.

Aku merancang untuk memberitahu mengenai keputusan yang telah aku buat dengan kerelaaanku sendiri. Bukan paksaan daripada sesiapa. Kerana aku rasa inilah salah satu peluang untuk aku pergi jauh selain menimba ilmu pengetahuan. Lagipula, tidak semua orang mendapat peluang keemasan seperti ini.

Aku bergerak menuju keluar daripada bilik peraduanku. Ingin melangkah keluar, mata terpandangkan pintu bilik Benjamin yang tertutup rapat tidak berpenghuni sekian lama.  Mendekati pintu bilik Benjamin, aku usap pintu tersebut. Seakan mengusapi wajah Benjamin.

'Lia rindukan abang. Rindu sangat. Moga abang bahagia dengan Melissa' bisikku sebak.

Tidak betah untuk terus hanyut dengan perasaan, aku pantas menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Malam ini akan menjadi malam penentuan hidup baruku. Meninggalkan semuanya.

Selesai menjamu selera, bik Suty menghidangkan satu dua hidangan pencuci mulut. Aku menarik nafas sebelum perlahan-lahan aku lepaskan. Wajah kutoleh ke sisi merenung daddy dan mummy yang asyik menjamah pencuci mulut.

"Mummy, daddy.. " panggilku perlahan. Keduanya mengangkat kepala memandang tunak ke arahku.

"Lia ada benda nak bagitahu mummy dengan daddy malam ni. " ujarku lembut.

Mummy dan daddy serentak menghentikan kunyahan dalam mulut. Mulut yang terasa kesat dilap dengan tisu. Keduanya kini mula memberi tumpuan kepadaku. 

"Teruskan Lia. " arah daddy lembut bersama sebuah senyuman.

Nafasku sedut dalam sebelum aku hembuskan.

"Lia nak pergi Australia. " ujarku ringkas. Mummy menoleh deras ke sisi. Memaut kedua belah bahuku. Daddy sudah tercengang memandangku dengan rasa tidak percaya.

"Australia? Buat apa pergi sana? " tanya mummy beriak cemas.

Aku tersenyum hambar. Memandang seraut wajah mummy dan daddy yang tidak lepas merenung wajahku.

Aku genggam tangan mummy yang memaut erat bahuku. Kubawa jemari mummy ke bibirku. Kukucup tangan tua tersebut.

"Lia nak sambung belajar." balasku ringkas.

Mummy terngadah. Ingin berkata sesuatu namun lengan mummy ditarik perlahan oleh daddy. Mengisyaratkan supaya tiada kata yang diluahkan si isteri kepada si anak.

Daddy berdehem. Membetulkan duduknya di kerusi meja makan.

"Lia dah fikir masak-masak? " soal daddy dalam.

Aku anggukkan kepala.

"Lia yakin dengan keputusan Lia? " tanya daddy untuk kedua kali.

Aku memandang wajah tenang milik daddy di hujung meja.

"Lia yakin daddy. Tak pernah Lia seyakin ini. " jawabku bersungguh bersertakan anggukkan.

Daddy terdiam lama. Meraup perlahan wajahnya sebelum dialihkan pandangan ke arah mummy yang menunduk sedih di sisiku.

"Kalau dah itu keputusan Lia. Daddy izinkan. Pergilah. " ucap daddy sebak.  Terasa sayu dengan keputusanku untuk meninggalkan mereka dalam tempoh masa yang lama.

Daddy mengangguk, merelakan kepergianku untuk menyambung pelajaran ke luar negara sekaligus ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun, firasat seorang bapa kuat mengatakan kalau kepergian anak tirinya didorong oleh hubungannya bersama Benjamin yang terputus di tengah jalan. Selain itu, mungkin Aulia mengambil kesempatan ini untuk menenangkan perasaan yang berkecamuk akibat daripada kejadian yang berlaku beberapa bulan yang lepas.

Untuk menghalang, sudah tentu akan membuatkan Aulia dilanda perasaan tidak keruan, maka diberikan keizinan untuk anak gadisnya menyambung pelajaran.

Aku diam. Menyuap pencuci mulut ke dalam mulut perlahan. Mummy di sebelah bertindak memusingkan tubuh menghadapku. Tanganku diraih kemas.

"Sayang. Mummy dan daddy tak melarang kalau Lia nak pergi sambung belajar. Pergilah. Mummy izinkan. Tapi satu sahaja yang mummy minta dari Lia. Janji dengan mummy kalau Lia akan balik semula ke sini. " pinta mummy bergetar. 

Aku tersenyum hiba. Terharu dengan kata-kata yang terlontar daripada mulut mummy.

Membalas genggaman mummy, aku mengangguk laju. Aku memang akan pergi tetapi suatu hari nanti, dia pasti akan pulang jua untuk membina kehidupan yang baharu di atas kenangan silam semalam.

"Berapa lama Lia kat sana? " soal daddy setelah memberi peluang kepada mummy meluahkan apa yang bermain di fikiran saat ini.

Aku menguntum senyuman tawar.

"Empat tahun.. " ujarku perlahan.

"Takpa. Sekejap je tu. Pejam celik pejam celik dah empat tahun.. " ujar daddy sebak walaupun cuba sebaik mungkin untuk menyedapkan hati sendiri dan juga hati kami yang sedang walang ketika ini.

"Bila Lia berangkat pergi Australia? " soal mummy menahan tangis.

"In shaa Allah, awal bulan depan Lia fly ke Australia memandangkan hujung bulan kami akan mula kelas." ujarku menjelaskan perkara sebenar.

Kelihatan mummy dan daddy saling memberikanku sebuah anggukan. Aku tersenyum. Serentak mummy bertindak menarik tubuhku ke dalam pelukan. Aku turut merangkul erat tubuh mummy. Kerana ku tahu kalau selepas ini tiada lagi pelukan hangat seorang ibu yang akan menyapa tubuhku.

••••

"What you have done, Melissa? " melengking keras suara Benjamin. Bergema kuat mengegar segenap penjuru bilik pejabatnya.

Kali ini kemarahannya benar-benar memuncak sebaik sahaja gosip pertunangan mereka tersebar luas di seluruh kawasan syarikat. Melissa menunduk menekur lantai saat mendengar tempikan nyaring menerombos masuk ke ruang telinganya.

Benjamin mencekak kedua belah sisi pinggang kejap. Langkah dibawa mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya. Walaupun dilengkapi dengan penghawa dingin yang terpasang kuat, masih lagi tidak dapat menyejukkan hatinya yang dihentam rasa panas membara.

Ikutkan hati yang walang, sudah lama ditempeleng wajah Melissa. Melissa yang tunduk menikus merenung lantai direnung dalam. Menjelajah sekujur tubuh yang diam tidak berkutik. Dihembus kasar nafasnya.

"I ingat you setuju kalau kita bertunang. " ujar Melissa manja. Perlahan, dibawa langkahnya meghampiri Benjamin yang sudah turun naik nafasnya menahan amarah angkara gosip hangat mengenai pertunangan mereka.

Dari belakang, dirapati tubuh Benjamin. Lengan kekar Benjamin dicapai. Tapi belum sempat dirangkul erat, Benjamin bertindak menepis kasar jemari Melissa.

Tubuh dipusing kasar ke belakang. Ditentang wajah cantik Melissa. Giginya diketap rapat. Kedengaran berlaga gigi bawah dan atasnya di Pendengaran Melissa.

"Tell me, Melissa! Sejak bila I setuju untuk bertunang dengan you?  Sejak bila? " Benjamin menyoal lantang. Nyaring bertempik di dalam bilik pejabatnya.

Geram membelit di hatinya saat diberitakan dengan gosip liar yang mengatakan bahawa dia akan melangsungkan pertunangan bersama Melissa.

"Im sorry sayang. I tahu salah I. Please maafkan I. " Melissa bertindak merayu Benjamin yang sudah berang.

Benjamin menghela nafas dalam. Tubuh yang tercegat dibawa mencecah ke kerusi kerja miliknya. Dihempas kasar tubunya. Terganjak kerusi tersebut ke belakang.

"Listen Melissa. I tak kata yang I tak ada perancangan untuk bertunang tapi buat masa sekarang, ianya masih terlalu awal dan bukan masa yang tepat untuk kita one step closer. " Benjamin kembali mengendurkan suaranya.

Tidak sampai hati untuk terus meninggikan suara saat melihat wajah kekasih hati yang berubah mendung dan masam mencuka.

Perlahan dipusingkan kerusi menghadap panorama langit yang terbentang cerah dengan burung yang berterbangan bebas. Sejenak, terlukis satu wajah yang sentiasa dirindui dan dicintai dalam diam.

Melissa mendengus kasar. Dasar penipu!  Konon bukan masa yang sesuai.

"You sebenarnya masih ingatkan betina tu lagi kan? " kali ini giliran Melissa pula menjerit lantang. Melepaskan perasaan geram yang membuak-buak ingin meletus keluar daripada dadanya.

"Watch out your mouth,Melissa! Dia bukan betina. You tak ada hak nak panggil dia macam tu. " bidas Benjamin lantang. Turun naik nafasnya saat perkataan tersebut terluncur laju keluar daripada seulas bibir mungil Melissa.

Melissa tersentak dengan bidasan nyaring daripada Benjamin. Wajahnya ditundukkan kembali. Memerah idea supaya bayangan Aulia tidak menghantui Benjamin lagi. Dia harus mencari helah supaya Benjamin dapat melupakan perempuan itu seterusnya bersetuju untuk melangsungkan pertunangan dengan dirinya.

Tidak betah membiarkan dirinya diabaikan, perlahan dirapati Benjamin yang sedang menghadap ke luar jendela bilik. Bibirnya dicebikkan perlahan.

"Youu... " rengek Melissa manja. Diraih jari jemari Benjamin. Benjamin menepis tangan Melissa yang menjalar meraih tangannya.

"Jangan sentuh I. I tak suka.. " ujar Benjamin dengan nada suara tegang. Tidak suka dengan sentuhan Melissa di anggota tubuhnya.

Geram dengan Benjamin yang seakan mengelak daripadanya, tubuh dibawa laju menuju ke sofa di tepi yang tersedia khas. Dihempas kasar punggungnya ke sofa. Kedua tangan disilangkan ke tubuh. Benjamin dijeling tajam.

"You tak sayangkan I ke? " soal Melissa sayu.

Benjamin diam. Berpura membelek fail di meja.

"You tahu jawapannya Melissa " tukas Benjamin dingin. Tidak berminat untuk menjawab soalan tersebut.

"No. I tak tahu jawapannya. Now, tell me. You sayangkan I atau tidak? " tegas kedengaran suara Melissa memohon jawapan daripada Benjamin.

Benjamin diam. Tidak diberikan sebarang respon. Malah dengan selambanya dibuka komputer riba miliknya. Jemari ligat menari menaip di papan kekunci laptop. Melissa yang menanti jawapan daripadanya diendahkan sahaja. Seolah tidak wujud gadis tersebut di hadapannya.

"You memang tak sayangkan I kan. You sebenarnya taknak pun kahwin dengan I. You sebenarnya hanya anggap I ni sebagai kawan you sahaja kan selama ni? Tempat untuk you hilang bosan!" jerit Melissa sambil melancarkan misi lakonan air matanya.

Benjamin mengeluh perlahan. Pelipis dipicit kuat.

"Melissa, please. Jangan nak merepek boleh tak? " selar Benjamin kuat. Tidak gemar dengan kata-kata Melissa walaupun memang itu kebenarannya.

Benjamin kembali berpaling menghadap laptop yang terpasang di hadapan mata. Jari-jemari kembali menaip meneruskan kerjanya semula.

"Jawab pertanyaan I Benjamin. You sayangkan I atau tidak?  Selagi you tak jawab I akan stay kat sini. " tegas Melissa meninggikan suaranya.

Benjamin melepaskan keluhan kuat.

"Yes, I sayangkan you. Puas hati? " bentak Benjamin kasar. Jika itu jawapan yang dapat memuaskan hati Melissa, dia rela berikan jawapan yang terselit pembohongan. Sehingga kini, hanya seorang gadis sahaja yang bertakhta di hatinya. Bukan Melissa, bukan juga Aqeela tetapi Aulia Natasha.

Melissa mulai menguntum senyum dengan pengakuan yang terluah daripada mulut Benjamin. Dia berasa puas walaupun hakikat sebenar dia merasakan kalau dia masih lagi belum berjaya menghapus nama Aulia di hati dan fikiran Benjamin.

"Kalau betul you sayangkan I dan dah lupakan perempuan tu. I nak buat satu permintaan. " ucap Melissa bersahaja. Tubuh dibawa merapati meja kerja Benjamin.

Benjamin yang menunduk hanya mengangkat kening menyoal. Pandangan masih terarah ke laptop yang terpasang. Bertindak acuh tak acuh sahaja dengan permintaan Melissa.

"Apa? "

Melissa tersenyum sinis.

"I nak kita bertunang. Buktikan pada I kalau betul you sayangkan I dan dah lupakan Aulia. "

Benjamin terkedu. Wajah diangkat merenung Melissa yang tersenyum senget di hadapannya. Lama direnung wajah Melissa di hadapannya.

Pantas, seraut wajah Aulia menerpa ke fikirannya. Perlahan, dipejamkan mata. Menikmati seraut wajah polos yang sangat dirindui. Mencelikkan kembali mata, seraut wajah Aulia kini diganti dengan wajah Melissa yang terpampang jelas di hadapan ruang matanya.

Haruskah dia membuktikan semua itu? Tegakah dia? Mampukah dia? Yakinkah dia? Semuanya berlegar menari-nari di ruang fikiran.

"Macam mana? Buktikan pada I Ben kalau benar you sayangkan I dan dah lupakan perempuan tu. Itu sahaja yang I minta dari you. Easy kan? " soal Melissa tenang.

Demi sesuatu, perlahan Benjamin anggukkan kepala. Ya, dia rela berkata dia sayangkan Melissa. Demi membuktikan kepada Melissa bahawa dia sudah melupakan Aulia, persetujuan diberikan. Seketika, Melissa menjerit teruja. Bersorak riang dalam bilik pejabatnya.

Benjamin mengeluh lemah. Sejenak terlintas seraut wajah sedih milik Aulia. Seakan memintanya untuk menarik balik keputusan untuk melangsungkan pertunangan bersama Melissa. Namun, diusir cepat seraut wajah itu daripada terus bermain di fikirannya.

Ada sesuatu yang berlegar-legar dalam ruangan fikirannya kini. Sesuatu yang bakal merubah segalanya.

••••

"Ben.."

Benjamin menebarkan pandangan ke arah tasik yang membiru di hadapannya. Tenggelam dalam lamunan yang panjang.

"Ben! "

Benjamin tersentak. Terinjut bahunya disergah daripada belakang. Kepala ditoleh ke sisi.

Addy tersengih memandang Benjamin yang terkejut disergah. Itulah, mengelamun panjang sangat. Dia panggil pun Benjamin tidak dengar.

"Kau ni, Ad. Terkejut aku. Nasib lah aku ni tak ada sakit jantung. " Benjamin merungut perlahan.

Addy mengekeh ketawa. Dilabuhkan duduk bersebelahan Benjamin. Bahu sahabatnya ditepuk-tepuk. 

"Sebab aku tahu kau tak ada penyakit jantung lah aku sergah tu. Tengok kau panjang sangat mengelamun. Bagai nak berkocak air dalam tasik tu. " seloroh Addy.

Benjamin mencebik. Dijeling Addy yang santai menyandar ke bangku kerusi di sebelah. Kedua belah tangannya dibawa ke belakang kepala.

"Lain macam tempat kau pilih ajak aku lepak petang ni Ben. Dah rasa macam dating dengan awek pula." usik Addy. Tidak peduli wajah cemberut Benjamin di sebelah

Dilingaskan sepasang matanya ke arah kawasan rekreasi sekeliling mereka. Kelihatan ramai umat manusia yang sedang beriadah bersama rakan-rakan dan juga keluarga.

Benjamin mengeluh perlahan. Mata turut dibawa menjelajah kawasan lepak mereka pada hari ini sebelum diluruskan kembali pandangan ke tasik yang terbentang di hadapan.

"Tak ada apa yang lain macam pun. Cuma aku perlukan tempat yang tenang macam ni sekali sekala ajak kau lepak. " ujar Benjamin perlahan.

Addy menghela nafas dalam. Menoleh memandang Benjamin yang tunak memusatkan pandangan ke depan. Seakan memikirkan sesuatu.

Dia sudah masak dengan peel Benjamin. Sejak daripada dahulu lagi. Jika Benjamin punya masalah pasti tempat-tempat sebegini yang menjadi pilihannya untuk melampiaskan rasa gundah gulana di hati.

"Apa pula yang mengganggu fikiran kau sekarang? Orang nak bertunang sepatutnya kena happy, muka kena ceria. Ini tidak, muka masam dah mengalahkan cuka. " kutuk Addy selamba.

Benjamin mendengus kuat.

"Jangan nak merepek lah Ad. "

"Merepek apa benda pula?  Betul lah. Memang betul kau nak bertunang kan? " soal Addy bernada biasa.

"Mana kau tahu aku nak bertunang? " soal Benjamin malas.

Addy tertawa pendek.

"Siapa lagi kalau bukan daddy kau. Lagipun satu syarikat dah heboh. Siap buat press conference lagi. Macam teruja bethol nak dapat menantu.. " bahu Benjamin ditolak lembut.

Benjamin mengeluh kuat. Rimas sebenarnya dengan keadaan yang berlaku. Cadangnya pertunangannya mahu dibuat secara senyap-senyap sahaja. Tidak tahu pula sudah tersebar luas ke segenap pelusuk pejabat. Makin kuat membawang lah para pekerjanya.

"Daddy aku ni mengalahkan perempuan betul lah. " omel Benjamin lagak kurang senang

Addy mengerutkan dahi.

"Aku syak daddy kau teruja nak dapat menantu tu. Itu pasal lah siap buat press conference. Tapi bukan kau pun teruja ke? "

"Janganlah nak sindir-sindir aku. Kau ni memang tak support member lah Ad. " ujar Benjamin dengan riak tidak puas hati.

Addy hanya tertawa kuat. Lucu melihat Benjamin yang cemberut masam mukanya di sebelah.

"Aku tak yakin. " ucap Benjamin tentang perkara yang berlegar dalam fikirannya sekian lama.

Addy tercengang. Tangan dibawa menggosok dagu sebelum ditoleh kembali Benjamin di sisi.

"Dah kenapa pula kau cakap macam tu? " selar Addy pantas.

"Tak ada lah. Aku sendiri pun tak yakin sama ada keputusan yang aku buat ni tepat atau tidak. " Benjamin bertindak meluahkan kekacauan yang bermain di fikiran. keu

Addy bertindak memusingkan tubuh menghadap ke arah Benjamin. Lebih mudah untuk menebak isi hati si sahabat yang tidak ubah seperti ayam berak kapur ketika ini.

"Aku ada beberapa soalan nak tanya kat kau. Sila jawab jujur."

Benjamin diam. Kening diangkat tinggi.

"Kau sayangkan dia? " soal Addy tetiba.

Benjamin mengigit tepi bibirnya. Lama dibiarkan soalan Addy sebelum kepala diangguk laju.

"Kau cintakan dia? " soal Addy lagi.

Benjamin terdiam. Mata diliar merenung wajah Addy yang sedang menanti jawapan daripadanya.

Untuk kesekian kalinya, kepala diangguk lagi.

"Then, kau dah buat satu keputusan yang tepat. Ingat, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya Ben."

"Anggaplah apa yang berlaku sebelum ini sebagai satu cara untuk mematangkan korang. Kau pun kena move on. Tak perlu lagi nak ingat semua tu." sambung Addy menghabiskan kata-katanya.

Dibawa tangannya menyapa bahuku. Ditepuk beberapa kali.

Aku memandang Addy yang tersenyum manis di sebelahku. Perlahan, sebuah senyuman tersungging di wajahku. Terbayang seraut wajah yang menghiasi hari-hariku kini.

"Akif ada jumpa kau? " Addy merenung wajah Benjamin.

Mendengar sebaris nama tersebut, aku tersentak.

"Ada.." balasku sepatah.

Addy mengangguk.

"Dia cakap apa? "

"Cakap apa. Cakap pasal kejadian hari tu lah. Dah memang itu sahaja yang dia nak sampaikan pun pada aku. "

"Jadi, apa reaksi kau? "

Benjamin angkat bahu.

"Reaksi aku macam biasalah. Dengar jelah apa yang dia sampaikan. Tapi aku dah tak ada rasa apa. Dah malas nak fikir. Lagipun aku pun dah nak bertunang."

Akif tersenyum mendengar ujaranku.

"Baguslah kalau macam tu. Senang hati aku dengar. Lagipun dia sahabat kau kan. Sepupu pula tu. Bak kata orang air dicincang takkan putus. Tak gitu? " bahu Benjamin ditumbuk perlahan. Bergurau!

Benjamin tersenyum pendek.

"Tapi aku still masih tak boleh lupa kata-kata dia hari tu. " Benjamin berterus-terang. Mengeluh lemah bila mengingatkan kejadian beberapa bulan lepas hingga dia tega melukakan hati seseorang.

"Pelan-pelan lah. Aku doakan semoga urusan kau berjalan dengan lancar. Apa-apa pun tahniah sebab dah nak bergelar tunangan orang"

Benjamin menggariskan sekuntum senyuman. Terharu kerana punya sahabat susah senang seperti Addy pada saat-saat dia dihambat rasa galau.

••••

Aku memarkirkan kereta di tempat parkir biasa. Sejak menyusur masuk ke perkarangan syarikat, kulihat ramai rakan media yang sedang berada di hadapan pintu masuk ground floor.  Saling tolak menolak antara satu sama lain.

Melihat Siti dan Maria yang tergesa-gesa melepasiku menuju ke arah pintu masuk utama, aku bertindak menahan mereka. Lengan Siti aku paut dari tepi. Serentak langkah laju tadi terhenti mendadak.

"Eh, Cik Lia. Jom lah sekali. " ajak Siti mesra. Maria di sebelah turut tersenyum mesra menyapaku.

"Kejap. Kejap. Syarikat ada buat apa-apa press conference ke? " soalku hiaran.

Bercantum dahiku memikirkan jika ada event yang aku terlepas pandang pada hari ini. Maklumlah, sejak sibuk menguruskan urusan untuk ke luar negara, banyak benda yang aku tidak sempat untuk ambil tahu.

"Ohh itu. Memang ada lah Cik Lia. " jawab Maria malas. Seakan tidak berminat untuk bercerita dengan lebih lanjut kepadaku.

Aku menapak merapati kedua sahabat tersebut. Tidak selesa pula kalau bercakap dalam keadaan berjarak begini.

"Pasal apa? "

Siti mencebik perlahan.

"Press conference pasal pertunangan Encik Benjamin dengan Melissa.." ujar Siti tidak bernada.

Aku terpana. Tersentak teruk dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Siti. Bergetar bibirku ingin mengeluarkan suara. Mata yang sudah sekian lama tidak ditakungi air mata, terasa kembali panas berkaca.

"Bila?" soalku bercampur getar.

Kedua sahabat itu mengangkat bahu.

"Entah. Kejap lagi kot. " jawab Siti.

"Takpa lah Cik Lia. Kami naik dulu. Nanti bising pula mulut puaka Melissa tu report kat bos. Untunglah Cik Lia dah kena transfer duduk bawah Dato. " rungut Siti geram.

Aku hanya mendengar sayup-sayup suara Siti mencecah cuping telingaku. Kelibat Siti dan Maria yang sudah melangkah masuk ke lantai ground floor terasa kabur di ruang mataku.

Sesaat, aku pantas menyeka air mata yang mengalir lesu ke pipi. Pantas aku seka kasar. Menepuk perlahan pipi, aku mengatur langkah menuju ke arah bilik pejabatku.

Melangkah menyelusuri laluan sepanjang menuju ke bilikku, telinga tidak lepas dari mendengar desas-desus mengenai pertunangan Benjamin dan Melissa. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bercakap dan berceloteh tentang hal tersebut.

Namun, sepanjang kedengaran di telingaku, tiada lagi setakat ini yang bersetuju pertunangan yang bakal berlangsung antara merpati sejoli itu. Boleh dikatakan semua mereka meluahkan rasa kurang senang dan tidak suka akan Melissa. Aku melangkah diam sambil memasang telinga.

Asyik melangkah, aku sampai ke pintu bilik pejabatku. Memulas perlahan tombol pintu pantas aku loloskan diri masuk ke dalam kamar pejabatku.

Aku henyakkan punggung ke kerusi. Meletakkan tas tangan ke atas meja. Tangan meraup wajah. Cuba sedaya upaya mungkin untuk menghalau gundah di hati saat mendengarkan perkhabaran tersebut.

Betapa remuknya hati aku bila mengenangkan aku kini bakal kehilangan orang yang aku cintai sepenuh hatiku. Saat ini aku sedar kalau sememangnya tiada lagi aku di ruang hati Benjamin.

Namun, jika sudah tertulis itu takdirnya buat aku, aku reda. Kalau bersama Melissa lebih membahagiakan Benjamin maka aku lepaskan Benjamin. Doaku, semoga mereka bahagia dan dijauhkan daripada segala anasir jahat.

Ketukan di pintu menyedarkan aku daripada melayani perasaan sedih, sayu dan hiba. Menghentam kuat dalam diriku ketika ini. Seketika, terjengul wajah Kak Mona di sebalik pintu pejabatku.

"Yes kak Mona? " soalku lembut berselitkan sebuah senyuman pendek.

Kak Mona tersenyum membalas pertanyaanku.

"Dato minta Cik Lia ke bilik dia. Sekarang! " Kak Mona menyampaikan pesanan.

Bingkas berdiri, aku betulkan baju di tubuh yang tertarik ke atas. Aku kemaskan letak bajuku.

Tanpa lengah, aku menyusur menuju ke bilik daddy yang berada di ruang tengah. Pintu aku ketuk beberapa kali sebelum laungan masuk kedengaran dari dalam.

Aku menuju ke arah kerusi di hadapan daddy. Dengan sopan, aku tarik kerusi ke belakang sebelum labuhkan dudukku di kerusi tersebut.

"Ada apa daddy panggil Lia? " tanyaku perlahan. Jemari di ribaan aku ramas lembut sambil mata tunak memandang ke arah daddy yang turut menjatuhkan renungan je wajahku yang mendung.

Daddy menghela nafas kecil. Aku diam.

"Lia dah tahu pasal Ben dengan Melissa? " daddy ajukan soalan.

Aku terdiam. Menunduk merenung jari jemari di ribaan sendiri.

Perlahan aku anggukkan kepala.

"Lia okay? "

Aku mengetap rapat bibir. Cuba untuk bertenang.

"Bagitahu daddy Lia. Jangan diam macam ni. " pujuk daddy perlahan.

Aku mengangkat wajah. Air mata yang bertakung di tubir mata aku seka kasar. 

"Lia okay. Daddy jangan risau, Lia okay. Kalau itu yang terbaik untuk abang, Lia reda. Lia hanya mampu doakan yang terbaik untuk mereka dan Lia harap semoga jodoh mereka berkekalan." tuturku hiba.

Daddy tersenyum pendek. Tidak bergula. Pahit seperti hempedu lagaknya.

"Daddy harap Benjamin tak menyesal dengan keputusan yang dia buat ni. Tapi daddy tahu kalau Benjamin dah buat satu keputusan yang tepat. " tukas daddy berselitkan harapan yang menggunung.

Aku tersenyum hambar.

"Daddy tak boleh cakap macam tu. Seharusnya daddy mendoakan yang terbaik untuk mereka. "

Daddy menggelengkan kepala perlahan.

"Benjamin buat kamu macam tu pun kamu masih peduli tentang dia. Betapa mulianya hati kamu Lia. Betapa ruginya kalau Benjamin lepaskan gadis sebaik kamu. Maafkan anak daddy. Maafkan daddy juga sayang.. " mohon daddy hiba.

Aku pantas menarik kedua belah tangan daddy. Aku genggam erat tangan tua tersebut.

"Daddy jangan cakap macam tu. Walau apa pun yang terjadi, Ben tetap abang Lia. Mungkin dah tertulis tiada joodoh antara kami. Lia dah lama reda dengan semua ni. Doa Lia, semoga abang bahagia dengan Mel. Dan daddy pun kena terima Mel sebagai bakal menantu daddy. "

Daddy membalas genggamanku. Renungan sayu terbias jelas di seraut wajah tua daddy. Aku menepuk perlahan belakang tangan daddy. Menenangkan daddy yang dilanda hiba.

"Dato! " seruan suara seseorang di balik pintu menyentakkan kami yang tenggelam dalam lautan perasaan. Pantas, genggaman kami terlerai.

"Yes? " tanya daddy kepada setiausahanya.

"Press dah tunggu kat bilik mesyuarat, Dato. "

Daddy mengerling sekilas aku di depan yang turut mendengar ujaran tersebut.

"Benjamin? " soal daddy lagi.

"Encik Benjamin dah on the way ke sana. Sekarang tinggal Dato sahaja yang belum. " petah Setiausaha daddy menjawab setiap pertanyaan yang diajukan.

"Baiklah kalau macam itu. Tolong informkan kepada press, lagi sepuluh minit saya sampai. " arah daddy sambil bingkas berdiri membetulkan kot di tubuh. 

"Lia nak ikut sekali? " pelawa daddy.

Aku segera menggelengkan kepala. Terdengar desas-desus sahaja aku sudah seakan mahu pitam ini pula masuk menghadap press tentang sidang media mengenai pertunangan Benjamin. Takut nanti aku pengsan sahaja. Tidak memasal, keluar berita mengenai aku pula. 

"Takpa. Daddy pergilah. Jangan lupa senyum kerana senyuman itu satu sedekah.." pesanku seraya tersenyum manis.

Daddy tertawa kecil dengan telatahku.

"Daddy sayangkan Lia. " ucap daddy berbisik perlahan.

Aku terdiam sebelum mengukir senyuman.

"Lia pun sayangkan daddy.." ucapku meluah hal yang sama.

"Daddy harap Benjamin buat satu keputusan yang tepat kali ini." ucap daddy perlahan tetiba.

Aku diam. Tidak tahu untuk berkata apa. Akhirnya, segaris senyuman aku berikan.

"Okaylah. Daddy pergi dulu. " pamit daddy melangkah laju keluar menuju ke sidang media di yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Aku melepaskan keluhan kecil sebelum aku juga turut melangkah keluar daripada bilik pejabat daddy.

••••

okay tak tu? hehehe! Jangan lupa komen. Enjoy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience