BAB 7

Romance Series 247721

"Kau yakin dengan keputusan kau ? Kau dah fikir sehabis mungkin? " dokumen tersebut diteliti beberapa kali sebelum ditutup dan ditolak ke tepi.

Nafas dihela panjang. Mata dilarikan ke wajah yang membisu di hadapannya.

"Fendi, kau dengar apa yang aku cakapkan tadi ? Keputusan kau dah muktamad?" sekali lagi soalan diajukan. Apa yang dia perlukam sekarang adalah keyakinan.

Dato Fendi mendongak memandang ke siling. Nafas ditarik dalam. Kedua belah tangan diangkat meraup wajah yang sudah hilang keceriaannya setakat ini.

Mata diangkat menentang seseorang di hadapan. Lama mereka saling bertatapan. Perlahan dianggukkan kepalanya. Kondisinya yang makin melemah membuatkan keputusan terbesar begini harus diambil.

Dia takut jika...

"Ya,keputusan aku muktamad!" yakin jawapan diberikan.

"Kau yakin keputusan yang kau buat ini takkan berat sebelah ? Adil kepada dua-dua pihak ?" 

Sekali lagi wajah diraup. Kedua belah tangan menenyeh mata yang terasa kabur dengan air mata.

"Mungkin suatu masa nanti mereka akan tahu kenapa aku buat keputusan macam ni " dihalakan pandangan ke luar jendela.

"Dan setelah mereka tahu, kau akan tinggalkan mereka dengan penyesalan ? Macam itu ?" disoal lagi akan keputusan yang dibuat. Jujur dia tidak sanggup namun sudah tugas dia begini.

"Kau pun tahu. Aku hanya mahu yanh terbaik untuk mereka. Aku tidak mahu dikenang sebagai seorang suami dan ayah yang tidak baik di mata mereka" keluhan lemah dilepaskan.

"Aku tahu tapi cara kau ni..macam salah.." dipandang lagi wajah Dato Fendi di hadapan. Berteleku menahan rasa.

"Buat seperti apa yang aku amanahkan pada kau. Sekurang-kurangnya aku pergi dengan tenang." payah dirasakan untuk mengungkap kata-kata itu.

"Kau okay?"

Segaris senyuman tawar dilemparkan.

"Aku okay. Masih bertahan. Biasa lah. Lately ni aku busy sikit. Banyak benda yang harus aku fikirkan." jawapan selamat diberikan.

Mendengarkan jawapan tersebut, senyuman hambar diberikan.

Dokumen dimasukkan ke dalam briefcase.

Tubuh diangkat. Baju dikemaskan.

"Fen, sekali lagi aku tanya. Kau yakin dengan keputusan yang kau buat ni ? Kau takkan menyesal ?"

Langkah dibawa mendekati si dia. Bahu si dia ditepuk beberapa kali.

"Jangan risau, aku tak pernah seyakin ini dengan keputusan aku. Lakukan sahaja seperti yang aku amanahkan. Macam yang aku kata, suatu hari nanti mereka akan faham" tutur Dato Fendi perlahan.

Mendengarkan keputusan muktamad tersebut, ia terpaksa diterima walaupun pada pandangan sukar untuk diterima dek akal akan amanah yang diberikan kepada dia.

"Kalau dah begitu kata kau. Aku terima. Aku akan jalankan apa yang kau tugaskan untuk aku. Apa-apa nanti aku akan call kembali. " tombol pintu dipulas.

"Terima kasih"

"Tak perlu berterima kasih. Sudah tugas aku macam ni. Apa yang penting sekarang, kau jaga diri kau baik-baik. Aku pergi dulu. Jumpa lagi nanti."

Diberikan satu senyuman. Sebelum berpapasan, kedua tangan saling berjabat.

"Aku pergi dulu" pamit si dia sekali lagi.

Hilang sahaja kelibat si dia, terus dilabuhkan duduk di kerusi empuk miliknya. Tangan naik mengusap potret milik mereka bertiga. Suatu saat nanti semuanya akan tinggal kenangan.

Laci meja ditarik. Beberapa biji ubatan diambil dan disuap ke dalam mulut bersama segelas air. Nafas dihela perlahan. Kerja yang tertangguh diteruskan.

_____________________________________

3 Bulan kemudian..

"Macam ni lah orang lelaki. Dah elok kita letak bakul pakaian kotor sini dicampak merata juga. Suami oh suami "

Sakit mata melihatkan pakaian si suami yang bersidai di birai katil mereka. Keluhan kecil dilepaskan. Kalau membebel pun sama juga. Diam sudah.

Dikerling pakaian Dato Fendi yang bersidai di pinggir birai katil. Lengan baju disinsing. Langkah diatur mendekat tempat peraduan mereka. Baju-baju tersebut diasing dan  diletakkan di dalam bakul.

Sebelum dimasukkan ke dalam bakul, harus diperiksa dulu jika ada apa-apa barangan penting atau berharga. Takut termasuk dalam mesin pencuci, rosak nanti.

Sedang asyik menyelongkar, tiba-tiba tangan tersentuh sesuatu. Digagau lagi dan akhirnya dibawa keluar daripada poket seluar milik si suami.

'Apa benda ni' detik Datin Rida dalam hati.

Mata dilarikan atas sekeping surat. Patah demi patah perkataan dibaca. Mata yang terang kini perlahan-lahan mulai kabur dengan air mata. Nafas ditarik dalam. Kini, dia tahu punca suaminya berubah hari demi hari.

Sebak yang menjalar tidak dapat lagi dibendung. Tangan naik menekup mulut. Menahan esak tangis daripada kedengaran. Tubuh yang lemah dilabuhkan di birai katil.

Tertunduk menahan tangis. Kenapa mesti suaminya rahsiakan? Bukankah mereka pernah saling berjanji untuk bersama ketika susah dan senang? Ketika sihat dan sakit? Tapi kenapa? Kenapa ikrar itu tidak ditepati. Kenapa!! Jerit Datin Rida dalam hati.

Tidakkah si suami tahu bahawa kelak nanti mereka akan ditinggalkan dalam penyesalan?

Bunyi derap kaki yang menghampiri kamar mereka mematikan esak tangis yang beraja daripada tadi. Kertas yang renyuk dalam genggaman disembunyikan di bawah bantal. Tangan naik meraup wajah yang kemerahan. Sisa-sisa air mata dihapuskan.

"Rida!..awak.." suara yang melengking kuat serentak terhenti. Seketika, kedua pasangan suami isteri tersebut saling bertentangan. Ada rasa yang bermain di fikiran.

Jangan nangis! Jangan tunjuk! Seru Datin Rida dalam hati.

"Ya abang..Sorry..Rida tengah kemas bilik tadi.. " tubuh dipusingkan menarik cadar yang memang sedia kemas. Sebak yang bertandang diusir jauh.

Tubuh dibawa mendekati Dato Fendi. Tali leher milik si suami dibetulkan. Berapa lama masa lagi yang mereka ada untuk bersama ?

"Awak kenapa ni? Muram je saya tengok. " perkara yang bermain di fikiran ditepis jauh.

Mata dilarikan. Menatap seraut wajah tampan milik si suami. Mata yang bergenang dikelipkan beberapa kali.

"Tak..tak..ada apa apa. Mata ni tadi masuk habuk pula. " mata diusap beberapa kali. Namun, tangan yang galak mengusap mata ditangkap dan digenggam erat. Datin Rida terkedu.

Mata yang terpaku di dada milik si suami dibawa menatap mata jernih milik Dato Fendi.

"Awak tak pandai berbohong, Rida." genggaman tangan dilepaskan. Kaki dibawa melepasi tubuh si isteri.

"Ya, saya memang tak pandai berbohong. " dilemparkan kata-kata tersebut perlahan. Ditujukan lebih kepada diri sendiri sebenarnya.

Wajah diceriakan. Sedaya upaya disembunyikan kesedihan di hati daripada si suami.

"Abang dah makan? Kalau belum Rida boleh siapkan. " pelawa Datin Rida lembut.

Wajah malas ditayangkan kepada si isteri.

" Tak payah. Saya dah kenyang. Dah makan tadi. Awak tak perlu susah-susah nak siapkan makan untuk saya" tali leher dirungkaikan. Wajah muram si isteri direnung. Maafkan abang,sayang.

Senyuman palsu dihadiahkan kepada sang suami. Dia bertekad selagi ada masa yang tersisa, akan dipenuhi segala masa tersebut dengan kenangan indah.

"Kalau macam itu tak apa lah. Abang rehat lah dulu. Rida nak turun bawah. Siapkan makan malam untuk anak dara abang. " pipi suaminya dikucup lembut.

Tubuh Dato Fendi dipaut erat. Disandarkan kepala di dada suaminya.

"Rida sayangkan abang. Walau apa pun yang terjadi, Rida sayangkan abang sampai bila-bila. Please bertahan demi Rida dan Lia" wajah didongakkan memandang wajah pucat milik si suami. Wajah Dato Fendi diusap lembut.

"Awak ni pelik pula saya tengok hari ni. Saya tanya, awak cakap tak ada apa-apa. Ikut awak lah. Saya nak mandi. Awak nak ikut ke ?" senyuman senget dihadiahkan kepada si isteri.

"Ishh, tak nak lah saya. Saya nak masak. Nanti anak abang tu nak makan. " tombol pintu dipulas Kedengaran ketawa kuat suaminya di belakang. Bahagia seketika mendengarkan ketawa suami yang jarang-jarang kini dapat didengari.

______________________________________

Pejam celik, pejam celik. Kini mereka sudah berada di tahun akhir pengajian. Nafas dihela perlahan. Mata diliarkan ke ruang kafeteria yang mulai ramai dengan para pelajar untuk mengisi perut.

"Oittt. Jauh menung sedara." kehadiran Tiara mengejutkan aku yang sedang mengelamun sendirian. Wajah aku dongakkan memandang Tiara yang melabuhkan duduk di hadapanku.

Duduk aku kemaskan.

"Asal lambat? Dah cair air aku tunggu kau. " rungutku. Janji bukan main. 10 minit konon. 10 minit apa, setengah jam ada la.

"Alah, sorry lah. Aku dah sampai lama dah. Ada je kat hujung sana tu. Cuma tadi aku dating dengan Azim kejap. hehe. Oh ya, member dia kirim salam dekat kau. " Ujar Tiara. Aku mengerutkan dahi. Member Azim? Siapa ?

"Member Azim? Siapa? Aku kenal ke?" soalku hairan.

"Lupakan jelah. Hurm, aku tengok kau mengelamun jauh je daripada tadi. Kau ada masalah ke apa ?" Air yang tersedia disedut. Hilang seketika haus. Dating dengan Azim tadi tak order air ke apa minah ni ?

Gelas air ditarik mendekatinya. Straw dimainkan. Entah lah. Dia sendiri tak tahu nak mulakan cerita daripada mana. Tapi apa yang berlegar di fikiran harus diluahkan ke seseorang.

"Aku tak tahu lah Tia. Nak mulakan daripada mana." pandangan aku bawa menentang mata hitam pekat milik Tiara.

Tiara menyandar kemas. Menanti cerita daripada aku.

"Kau kenapa sebenarnya ni, Lia? Apa yang menganggu kau kebelakangan ni? Cuba kau bagitahu. Kalau panjang engkau pendekkan. Aku ada untuk dengar" tanganku digenggam erat. Menyalurkan kekuatan.

Genggaman tangan Tiara aku balas. Keluhan kecil terlepas daripada mulutku.

"Aku..entah lah Tia. Daddy aku..dia.."

"Daddy kau? Kenapa? Dia sakit ke? Atau dia buat perangai curang dengan mummy kau?" terinjak kerusi Tiara ke belakang. Bunyi bergeser dengan lantai kafe ini.

Aku mengeluh keras. Jelingan tajam aku berikan. Tadi beria suruh aku cerita. Dah bagitahu menyampuk pula.

"Tak, sekarang ni bagi aku habis bercerita dulu boleh tak. Tak payah nak kecoh lagi. Dengar dulu" tubuh aku peluk.

Tiara tersengih akan keterlanjurannya. Masa dia tak terkejut. Jarang Aulia sahabatnya dirudung masalah.

"Sorry..okay, kau cerita lah apa yang sedang mengganggu fikiran kau sekarang ni. Aku dengar" nafas dihela lembut. Telinga dipasang.

Tangan naik meraup muka.

"Daddy aku. Dia dah tak macam dulu Tia. Kalau dulu dia happy, caring tapi sekarang entah lah. Dia macam menjauhkan diri daripada kami." sepenuh perasaan aku luahkan ke Tiara.

"Kau tak cuba tanya mummy kau kenapa daddy kau tiba-tiba berubah macam tu?" soal Tiara perlahan. Serius wajahnya.

Aku menjongketkan bahu. Ada juga aku bertanya kepada mummy. Tapi seperti biasa jawapan yang aku dapat tak memuaskan aku. Alasan daddy penat. Banyak kerja di pejabat.

Tolonglah. Aku bukan budak-budak yang boleh digula-gulakan. Kalau betul penat, bukan begitu tingkah lakunya.

"Aku ada lah tanya mummy tapi mummy cakap daddy okay. Mungkin daddy cuma penat handle pasal bussiness dia. Then, what should I say lagi? Desak mummy aku ? Macam tu?" balasku.

"Betul lah itu. Maybe betul daddy kau penat. Biasa lah Lia. Dah tua ni macam tu lah kan. Dah sampai masanya untuk daddy kau bersara dan kau pula ambil alih tempat dia. Kalau bukan kau, siapa lagi?"

Wajah Tiara aku pandang. Lama. Menghadam kata-kata yang terluncur laju daripada mulut Tiara.

"Dah lah. Tak payah fikir bukan-bukan lah. Daddy kau okay je tu. Tugas kau sekarang, sebagai seorang anak kau kena banggakan diorang. Buktikan, kau boleh ganti daddy kau dan majukan apa yang dia dah mulakan" kata-kata semangat diberikan kepadaku.

Namun, entah kenapa serasa aku tak boleh lepas daripada memikirkan perubahan daddy yang bagiku begitu ketara sekali.

"Okay?" Suara Tiara menyentakkan lamunanku. Segera senyuman aku hulurkan. Ya, mungkin perasaan aku sahaja.

Kepala aku anggukkan. Cuba mengusir sejauh mungkin perkara yang bermain di fikiran.

_______________________________________

Kelam malam menghangatkan tubuh yang dilanda kedinginan malam. Teringat akan kata-kata doktor yang merawat suaminya petang tadi.

"Ya puan. Penyakit Tuan sudah di peringkat akhir."

"Dah tak ada cara lagi kah doktor untuk selamatkan suami saya?"

"Maafkan kami puan. Kami dah cuba sedaya upaya kami tapi penyakit ini sukar untuk sembuh"

"Berapa lama lagi masa yang suami saya ada?"

Kelihatan Doktor tersebut menghela nafas dalam.

"Cakap dengan saya doktor. Please jangan diam! Jujur dengan saya, berapa lama lagi masa yang suami saya ada?"

"Saya harap puan tabah. Lebih kurang enam bulan sahaja lagi Puan. Tapi itu hanya ramalan kami sebagai orang yang bertanggungjawab merawat Dato. Selebihnya terserah kepada Maha kuasa. Dia Maha Mengetahui."

"Terima kasih, doktor"

"Rida..awak buat apa kat luar malam-malam ini? Tak sejuk ke? Baik awak masuk. Nanti demam pula" Kehadiran Dato Fendi di sisi dibiarkan. Dia masih mahu menikmati dingin malam hari ni.

"Tak sejuk pun. Kalau sejuk, abang kan ada. Boleh panaskan saya." balas Datin Rida sebak.

"Entah apa-apa lah awak ni. Dah, jom masuk. Sejuk ni. Saya pun dah menggigil ni" tubuh sang isteri ditarik.

"Saya cakap saya tak sejuk. Abang pergi lah masuk dulu. Nanti saya masuk. Saya nak ambil angin malam kejap" tangan kekar sang suami ditepis lembut. Sebenarnya dia sedang menahan sebak di dada yang datang tanpa diundang.

"Ikut awak lah. Saya ajak masuk tak nak. Nanti sakit saya juga yang susah" keluhan dilepaskan. Langkah diatur masuk ke dalam rumah.

"Kalau saya sakit, abang peduli? Tapi kenapa? Ke...ke..kenapa abang sakit abang tak nak saya peduli?!!!!!" sebak yang mencengkam menghalang dia daripada terus berkata-kata.

Demi mendengarkan suara si isteri yang melengking kuat mematikan langkah Dato Fendi. Dada berdegup cemas. Tak mungkin rahsia yang selama ini tersimpan kemas sudah diketahui sang isteri. Tak mungkin!

Perlahan-lahan dibalikkan tubuh menghadap Datin Rida. Wajah pucat disembunyikan.

"Awak cakap apa ni? Dah tentu awak sakit, saya risau. Awak isteri saya. Bukan orang lain" topik diubah.

Air mata yang berjejeran disapu kasar. Cukuplah. Hentikan! Dia sudah penat.

Langkah kaki diatur laju menuju ke laci meja solek. Ditarik kasar. Sekeping kertas dikeluarkan.

Dibawa tubuh mendekati sang suami yang terkejut. Dilempar surat tersebut tepat ke muka sang suami.

"Ni apa? Bagitahu Rida bang. Surat apa ni? Bagitahu saya, su..sur..surat apa ni?" dada Dato Fendi ditumbuk berkali-kali. Kenapa, sehingga saat begini masih lagi suaminya mahu berahsia?

Kertas yang jatuh di kaki, diambil perlahan. Mata serta-merta bergenang. Benarlah, sang isteri sudah mengetahui perkara yang selama ini tersimpan kemas.

Wajah didongak memandang siling. Cuba untuk menghilangkan sebak. Wajah diraup kasar.

"Man..ma..mana Rida dapat surat ni ? Rida selongkar barang abang?" kata-kata yang terluncur seakan tidak lancar rasanya.

"Kalau bukan kerana Rida jumpa surat ni, sampai bila-bila pun Rida takkan tahu abang sakit. Sampai bila-bila pun abang biarkan Rida dengan andaian Rida dan akhirnya abang tinggalkan Rida dengan penyesalan. Macam tu ?" sembur Datin Rida sebak.

Tidak tahan melihatkan keadaan isteri yang dilanda kesedihan, dibawa tubuh genit sang isteri dalam pelukan.

Wajah Datin Rida yang tersemban menangis teresak di dadanya dipaut erat. Dibawa wajah cantik milik sang isteri bersatu dengan wajahnya. Disapu lembut air mata yang menitis di pipi gebu milik sang isteri.

"Dah, jangan menangis sayang. Maafkan abang. Bukan niat abang nak rahsiakan daripada Rida. Abang tak nak Rida sedih. Abang nak Rida kuat dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita." suara yang dihurung sebak dikawal sebaik mungkin.

"Abang jahat! Setiap hari Rida fikir apa salah Rida sampai abang layan Rida macam ni. Rida sedih. Aulia pun sedih. Rida nak suami Rida yang dulu. Aulia nak daddy dia yang dulu" tubuh Dato Fendi dipeluk erat.

Kepala Datin Rida diusap beberapa kali. Alahai, menangis pun cantik isterinya. Mengingatkan layanan kepada satu-satunya anak yang dia ada, menambahkan perasaan bersalah yang sedia ada. Betapa dia juga rindukan kemesraan mereka bertiga dahulu. Dia nekad, sebelum dia pergi keadaan ini harus dibetulkan.

"Dah, abang masih ada lagi kan sekarang ni. Jangan menangis sayang. Maafkan abang buat Rida macam tu kebelakangan ini. Nanti cakap pada Lia,daddy minta maaf. Maafkan juga kalau abang tak mampu bersama Rida dan Lia selamanya." bisik Dato Fendi menahan tangis.

"Dan lagi satu sayang. Abang mohon, tolong jangan bagitahu Aulia pasal ni. Biarlah penyakit abang ni menjadi rahsia antara kita. Abang tak sampai hati tengok dia sedih" dititipkan pesanan kepada sang isteri.

Tangis yang dikawal meletus lagi mendengarkan kata-kata sang suami. Sungguh, sampai bila-bila dia cintakan suaminya.

"Tap..ta..tapi..Lia berhak untuk tahu abang. Saya tak nak dia lebih terluka nanti." wajah suami dikucup bertalu-talu.

Kedua belah bahu Datin Rida dipegang erat. Dahi licin tersebut dikucup lembut. Seakan terasa, masa mencemburui mereka bersama.

"Sekarang, kita nikmati masa yang ada antara kita. Abang nak Rida tahu, sampai bila-bila abang cintakan Rida." pujukan diberikan.

Serentak,bibir suaminya dikucup lembut.

"Alahai, nangis-nangis pun cantik isteri abang ni. Sempat lagi goda abang ye." sehabis mungkin cuba dikembalikan keceriaan antara mereka. Namun, masing-masing sedaya upaya juga menahan kesedihan yang melanda.

Senyuman bersulam tangis diberikan kepada sang suami yang turut menahan tangis sepertinya. Ya, hargai masa yang ada bersama yang tersayang. Selebihnya, berserah kepada yang maha Esa. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.

_______________________________________

Kertas yang renyuk digenggam sekuat hati. Tubuh melorot jatuh di tepi birai katil. Sekali lagi, kertas yang hampir koyak tersebut dibaca bait tiap patah perkataan. Dihadam satu persatu. Benarkah apa yang tertulis ini ?

Dan,untuk kesekian kalinya air mata menitis lagi jatuh membasahi pipi. Dada dihimpit rasa sebak yang menggila. Seakan nafas terhenti. Pedih mencengkam hingga ke sanubari demi melihatkan setiap patah yang terlakar di atas sekeping surat tersebut.

Bibir diketap sekuat hati. Nafas yang terasa sempit disedut dalam. Air mata tumpah lagi membasahi kaki.

Benarkah?.. Bantulah hambaMu ini Ya Allah. Kuatkanlah hambaMu ini Ya Allah. Rintihku dalam hati.

Jadi, memang benar apa yang terlintas di fikirannya selama ini. Perkara yang ditakuti kini akan berlaku. Detik ini, pelbagai soalan berlegar di ruang fikiran. Mampukah dia? Tegakah dia? Bersediakah dia?

Tubuh yang melorot jatuh ditegakkan perlahan. Serasa lemah segala sendi jari jemarinya. Nafas disedut dalam. Wajah didongakkan ke siling. Cuba mengawal sebak yang menghimpit dada. Sesak dirasakan!

Seketika, pandangannya dialihkan ke arah pintu yang terkuak daripada luar. Mata bertaut pandang dengan sepasang bening milik si ibu tanpa sengaja. Senyuman tawar diukirkan kepadaku.

Dengan pantas, aku larikan wajah ke arah kelam malam. Cepat tangan mengusap air mata yang tiada tanda untuk berhenti mengalir di wajah.

Perlahan, kaki dibawa mendekati si anak. Pintu ditutup perlahan. Dilabuhkan duduk di birai katil. Memerhati si anak yang dilanda kesedihan yang teramat..

Sesaat...dua saat..tiga saat..

Tiada kata yang terluah di bibir masing-masing.

Malam seakan mengerti.

"Lia.." kedengaran namanya diseru perlahan.

"Berapa lama lagi masa yang tinggal?" tanpa lengah terus diajukan soalan kepada si ibu.

Serta-merta tubuh yang menunduk ditegakkan. Menggigil tubuh mendengarkan soalan yang keluar daripada bibir mungil tersebut.

"Apa maksud Lia? Mummy tak faham. Masa? Masa apa?" sehabis daya cuba disembunyikan kebenaran.

Seraut wajah mendung milik Datin Rida dipandang. Surat yang hampir lunyai diunjuk di depan mata milik si ibu.

"Ini apa? Ini apa mummy! Bagitahu Lia ini apa! Bagi..tahu..Lia..mummy?..please?" tubuh sekali lagi jatuh melorot di permaidani merah tersebut.

Seraut wajah Datin Rida dihurung dengan rasa terkejut. Mata membuntang melihatkan rahsia yang disimpan selama ini akhirnya berjaya diketahui. Silap dia menyuruh Aulia mengambil sesuatu di laci meja solek miliknya.

Wajah didongakkan memandang wajah si ibu.

"Kenapa mummy rahsiakan daripada Lia? Apa Lia ni tak berhak ke untuk tahu ? Lia ni anak mummy. Anak daddy. Sampai bila mummy nak rahsiakan perkara ni daripada Lia? Sampai hati mummy!" disemban wajahnya ke lantai. Teresak-esak menahan tangis.

Lama masing-masing menyepi. Aku dengan kesedihanku yang tidak berhenti. Mummy dengan rasa terkedu hanya mampu berdiam diri.

"Lia marahkan mummy?" soalan tiba-tiba daripada mummy membuatkan ku tersentak. Aku pakukan pandanganku ke arah mummy.

Liur yang terasa kelat aku telan.

Marah? Entah.

Jujur, aku juga tidak tahu apa perasaan yang wujud dalam diri ku kini. Sebetulnya, aku dapat rasakan kekecewaan yang amat dahsyat dalam hatiku. Kebenaran yang aku ketahui saat ini memberi tamparan yang cukup hebat pada diriku.

"Maafkan mummy sayang."

Maaf? Ya, dia maafkan mummy. Kerana dia tahu, mummy mesti punya alasannya yang tersendiri kenapa dan mengapa perkara sebegini dirahsiakan daripadanya.

"Tapi kenapa mummy rahsiakan daripada Lia? Lia tak berhak ke untuk tahu mummy?"

Dingin suaranya membuatkan si ibu dihurung rasa sebak. Melihatkan si anak yang rapuh menyebabkan kekuatan yang dibina saban hari runtuh. Bagaimana mahu diceritakan kepada si anak betapa walangnya hati dia sendiri mengenangkan suami yang disayangi bakal meninggalkan mereka selamanya?

"Mummy minta maaf sayang. Mummy hanya menurut permintaan daddy. Mummy tahu Lia akan terluka dengan berita ni. Maafkan mummy sayang. " berulang kali kata maaf diucapkan.

Aku yang tidak betah melihatkan mummy yang mula teresak-esak segera menerpa ke arah mummy. Tubuh mummy aku peluk erat. Berharap kehangatan pelukan mummy mampu mengusir kesedihan yang memberat di dalam dada.

Tubuh mummy yang mengongoi aku tarik ke dalam pelukan. Ketika ini, apa yang aku perlukan adalah kekuatan. Mahu aku pinjam kekuatan daripada wanita kuat seperti mummy.

Datin Rida membalas pelukan satu satunya anak tunggal bersama suami tercinta. Diusap-usap rambut ikal milik puterinya. Senyuman ditarik menghiasi wajahnya yang merah menahan sebak.

"Apa yang penting sekarang, kita kena bagi sokongan pada daddy. Daddy perlukan kita di saat-saat akhir dia. Ini ujian untuk kita. Sebagai hambaNya kita kena reda. Masa yang masih tersisa, kita isi dengan kenangan yang indah. Semoga kita semua tidak saling ada penyesalan di kemudian hari. Okay sayang?" daguku dipaut. Air mataku dihapuskan.

Dengan wajah tersebek menahan tangis, aku anggukkan kepala. Buat seketika, kami tenggelam dalam kesedihan. Berharap ada sinar untuk esok hari.

Daddy! I love you so much. Jangan tinggalkan Lia. Bagi aku kesempatan ya Allah.

____________________________________________
Jangan lupa play lagu "Love Is Gone".

Jangan lupa play lagu Slander "Love is gone"

Share this novel

dee
2021-09-02 19:13:58 

huhu ... (;´༎ຶٹ༎ຶ`)


NovelPlus Premium

The best ads free experience