Bab 14

Romance Series 247373

Tubuh lampai dibawa ke meja solek. Tali leher dijerut dengan kemas. Sebelah tangan naik mengemaskan kedudukan rambut di kepala. Semburan wangian maskulin disembur ke sekitar badan.

Sepuluh minit meneliti penampilan diri, dibawa kaki ke arah birai katil. Kot dark blue bersama briefcase dicapai. Kot disangkut di sebelah tangan manakala sebelah lagi menjinjit briefcase kerja.

Langkah kaki diberhentikan di hadapan pintu bilik si adik tiri. Berniat untuk mengetuk pintu tersebut. Tangan yang siap digenggam untuk mengetuk diturunkan kembali. Sedikit sebanyak masih ada ego yang menghalang dia berbuat sedemikian.

Keluhan dilepaskan. Langkah kaki diteruskan ke arah bawah. Dari anak tangga kedengaran sayup-sayup suara mummy dan daddy bersembang di meja dapur sambil menikmati sarapan pagi.

Dato Razman yang melihat kelibat si anak bujang segera bertindak dengan memanggil Benjamin.

"Ben, sini sarapan dulu.." ajak dato Razman riang.

"Haah Ben..Sini, sarapan dulu sayang." pelawa Datin Rida pula ramah. Mengenangkan kedinginan yang dipamerkan Benjamin terhadap dia, maka dia mahu menghalau ketidakselesaan itu.

Dia mengerti, pasti Benjamin agak sukar untuk menerima kehadiran dia sebagai ibu tiri serta Aulia, adik tiri. Nampak kejanggalan yang ada pada diri Benjamin. Namun, itu bukan penghalang untuk dia menumpahkan kasih sayang terhadap Benjamin.

Memandangkan memiliki anak lelaki juga merupakan salah satu impiannya, jadi dia mahu wujudkan kemesraan dan keharmonian antara mereka sebagai sebuah keluarga biarpun atas alasan apa sekalipun dia dan Dato Razman berkahwin.

Benjamin yang terkedu perlahan-lahan bergerak ke meja dapur. Kelihatan mummy lincah ke hulu ke hilir menyediakan sarapan. Serta merta ingatan terhadap arwah mummy kandungnya datang menerpa. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia merindui belaian kasih seorang ibu.

Datin Rida tersenyum manis. Ada sedikit perkembangan. Sekurangnya Benjamin sudi untuk menerima pelawaan dia bersarapan bersama.

"Ben nak makan apa? Mummy sendukkan.." tanya mummy masih lagi kelihatan mesra dan ramah.

Benjamin tersenyum kekok dengan layanan yang diberikan. Sedikit sebanyak layanan yang ditunjukkan Datin Rida berjaya mengusik hatinya yang selama ini dahaga akan kasih sayang seorang ibu.

"Nasi lemak jelah mum..my.." buat pertama kalinya panggilan 'mummy' diajukan ke arah Datin Rida.

Dato Razman mengenyitkan mata ke arah si isteri. Datin Rida tersenyum manis membalas. Disenduk nasi lemak ke dalam pinggan sebelum disuakan ke arah si anak lelaki.

"Air? Teh atau milo ?" soal Datin Rida lagi.

"Milo" balas Benjamin sepatah.

Disuakan secawan milo pula ke arah Benjamin. Disambut cawan tersebut dengan rasa segan.

"Terima kasih.." ucap Benjamin dan dibalas dengan segaris senyuman lebar daripada Datin Rida.

Segan pula dia sudah besar panjang begini dilayan seakan anak kecil yang mahu ke sekolah.

"Ben ada meeting ke pagi ni?" tanya daddy. Wajah dikalih ke arah si anak lelaki di sebelah kanan meja.

Benjamin menggelengkan kepala menjawab pertanyaan tersebut. Daddy mengganggukkan kepala.

"Aulia mana yang?" soal daddy kepada mummy yang ralit menyudu nasi lemak ke dalam mulut.

"Dia dah pergi kelas." balas mummy ringkas. Air teh dihirup perlahan.

"Kelas? Awal pula ke kelas hari ini? Dia pergi naik apa?" bertalu soalan yang keluar daripada mulut daddy.

Benjamin mendiam diri. Hanya diam menikmati nasi lemak buatan mummy sambil mendengar celoteh kedua orang tuanya.

Awal pula budak tu pergi kelas hari ni. Tangan dia dah lega ke ? Tapi dia macam ada terperasan kereta Aulia masih ada. Tumpang kawan pergi kelas ke apa?

"Memang dia keluar awal lah bang. Kereta dia rosak. Tak boleh nak start pagi tadi. Entah apa masalahnya pun tak tahu lah. Saya offer nak hantar dia tak kasi. Dia cakap dia naik bas je hari ini.." ujar mummy panjang lebar.

Lebih baik dia berterus terang sekaligus menjawab pertanyaan si suami.

"Tadi saya perasan tangan dia macam berbalut sikit. Dah kenapa?" soal daddy lagi. Banyak pula soalan daddy pagi ini.

Benjamin menghentikan kunyahan. Milo panas yang suam-suam kuku dihirup perlahan. Menanti jawapan balas daripada mummy dalam diam.

"Dia cakap terkena air panas masa dia nak bancuh air semalam. Tapi dah kurang sikit dah merah tu saya tengok pagi tadi. Kesian saya tengok, saya tolong balutkan.." jelas mummy.

Aku yang mendengar diterpa rasa bersalah. Pasti mengambil masa beberapa hari untuk lega sepenuhnya. Kalaulah semalam dia tidak dikuasai rasa geram dan tidak puas hati pasti tangan gadis itu baik-baik sahaja.

Nafas dihela lemah. Itulah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak perbuatan buruk padahnya.

"Kesian pula saya, awak bagitahu macam itu. Macam mana nak naik bas dengan tangan sakit berbalut rupa itu.." kata daddy.

"Dah berapa lama Lia keluar tunggu bas mummy?" tanyaku menyampuk perbualan mummy dan daddy.

"Lebih kurang lima belas minit dah Ben" jawab mummy. Mata naik merenung seraut wajahku. Aku anggukkan kepala.

Sarapan cepat-cepat aku habiskan. Air Milo yang tersisa aku hirup habis. Kot dan briefcase yang berada di sofa ruang tamu aku capai pantas. Kunci kereta aku ambil. Alarm aku tekan. Harapnya sempat lah dia menghantar Aulia ke universiti hari ini.

Kot dan briefcase diletakkan di tempat duduk belakang. Tubuh dilolos masuk ke dalam kereta. Gear ditolak ke arah 'R' sebelum gear 'D' dimasukkan dan kereta bergerak keluar menujuk ke perhentian bas simpang jalan kawasan rumah mewah mereka.

Sementara di dalam rumah pasangan suami isteri itu saling berpandangan.

"Awak nampak apa yang saya nampak?" soal Dato Razman terus. Bibir tersenyum senget.

Datin Rida tersenyum. Kepala dianggukkan.

"Only him can protect her.." ulas datin Rida bersahaja. Nampaknya, keputusan arwah suaminya tidak salah.

______________________________________

Aulia POV

Sepuluh minit memandu keluar menuju ke perhentian bas di simpang jalan,akhir Benjamin tiba di destinasi yang dituju. Rayban Aviator hitam di sangkutkan ke hidung mancung miliknya. Kereta diberhentikan berhampiran bus stop.

Dari dalam kereta dia sudah dapat melihat kelibat Aulia yang sedang berpeluk tubuh menunggu kedatangan bas. Tangan sebelah naik mencekak pinggang. Beberapa saat diambil sebelum melangkah menghampiri si gadis yang masih belum perasaan akan kehadirannya.

Manis sekali adik tirinya hari ini. Mengenakan sepasang baju kebaya berwarna pink belacan. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Muat elok di tubuh langsing itu. Kena dengan tubuh sederhana tinggi si gadis.

Dia juga perasaan beberapa orang lelaki yang turut berada di sekitar kawasan itu tertoleh-toleh melihat si gadis yang cantik menawan pagi itu. Ada yang sengaja beralih tempat duduk dan cuba menyapa namun layan tak layan si gadis.

Namun, tindakan Aulia yang melayan endah tak endah membuatkan seorang lelaki mulai bertindak di luar kawalan. Tangan naik menjalar mencari lengan si gadis. Benjamin membuntangkan biji mata. Rayban yang tersangkut di hidung mancung miliknya pantas dibuang dan disangkutkan ke dada. Tangan dikepal.

Aku menepis beberapa kali. Kurang ajar! Jantan tak guna! Sesuka hati sentuh aku! Aku menepis tangan yang menjalar cuba untuk menggapai lenganku. Mahu sahaja aku menjerit. Tapi aku cuba untuk beranikan diri. Beranggapan lelaki itu tidak akan berani bertindak dengan lebih jauh.

Namun, sangkaan ku meleset sama sekali. Tangan lelaki itu merayap pula ke arah kepalaku. Aku menolak kasar.  Mata sudah mula berkaca menahan rasa takut yang bertandang hebat.

Aku berdiri. Bersedia untuk melarikan diri. Saat kaki melangkah untuk berlari, serasa pinggangku disauk dari belakang. Ditarik rapat masuk ke dalam pelukan seseorang. Kepalaku tersandar kemas di dada orang tersebut. Aku mendongak memandang wajah 'orang' tersebut.

"Ben.." seruku perlahan bercampur sebak. Setitis air mataku gugur.

Benjamin menunduk. Menyapu air mata yang menitis di pipi gebu si gadis. Pucat wajah si gadis dalam dakapannya ditambah gigilan tubuh itu menunjukkan betapa si gadis benar-benar dilanda ketakutan.

Tangan kekar Benjamin bertindak mendakap kepalaku di dadanya. Aku yang menggigil menahan takut melingkar kedua tangan ku ke badan sasanya. Memeluk erat pinggang Benjamin. Aku sembankan wajah ke dadanya dalam. Haruman yang terbit daripada tubuh Benjamin sedikit sebanyak menghalau ketakutan yang aku alami kini.

"Kau berambus sekarang sebelum aku pecahkan muka kau! Berambus!" jerkah Benjamin ke arah lelaki berkumis tebal itu.

Mendengarkan jerkahan Benjamin yang nyaring dan menyeramkan membuatkan lelaki tersebut terkocoh-kocoh berlari lintang pungkang sehingga beberapa kali terjatuh menyembah bumi. Nasib sahaja tidak dilanggar bas.

Aku yang masih memeluk erat Benjamin mendongak memandang wajah bengis yang tidak pernah terpamer di wajah itu. Rahang Benjamin kulihat diketap rapat. Bergerak-gerak rahang tersebut.

Benjamin merengus kasar. Tak guna punya jantan. Kau silap besar sentuh dia. Pelukan kemas dilepaskan. Air mataku disapu lembut. Beg sandang milikku dicapai dan aku diheret lembut menuju ke kereta.

Pintu kereta sebelah penumpang dibuka. Tubuhku ditolak masuk. Beg sandangku diletakkan di atas ribaku. Aku memerhati tingkah Benjamin dengan diam. Tak mampu untuk bersuara. Benjamin yang berjalan masuk ke arah pemandu aku jeling dengan ekor mata..

Rayban disangkut kembali ke hidung mancung miliknya. Wajahnya dikalih melihat aku di sebelah. Dilepaskan keluhan kasar. Dia menginjak menghampiriku menyebabkan aku terinjak ke belakang. Seat belt dipasangkan ke tubuhku.

Jarak tubuh kami yang dekat menguatkan perasaan asing yang berada dalam diriku. Sekali lagi haruman maskulin Benjamin menerpa ruang hidungku. Hampir sahaja bibirku terkena kulit pipinya. Aku keraskan tubuh.

"Nak pergi kelas atau balik rumah?" soal Benjamin dingin.

Aku pusingkan wajah ke arahnya.

"Kelas" balasku sepatah.

"Kenapa tak suruh mummy hantar?"

Aku terngadah.

"Saja. Lia tak nak susahkan mummy" balasku.

"Dah tu you susah macam ni tak apa pulak? You susahkan I tak apa pulak?" meleking suara Benjamin di telingaku.

Aku tersentak. Mata segera berkaca mendengar lengkingan suara nyaring Benjamin yang masuk ke ruang telinga.

" Nasib I sampai cepat. Kalau tidak dah 'arwah' you dikerjakan lelaki itu. Seronok kena raba sana-sini dengan jantan? Kaki dah lumpuh tak reti nak lari?" tajam renungan Benjamin memanah wajahku. Nada suara seakan mahu menelanku bergema kuat.

Aku menunduk. Meramas jari jemari yang terasa sejuk. Sudahlah takut akan kejadian tadi tidak hilang lagi ditambah pula dengan kemarahan Benjamin kini. Air mata kembali bergenang.

Stereng kereta dihentak kuat. Tidak tahu kenapa dia marah sebegini. Tidak boleh terima Aulia disentuh sewenangnya. Nasib dia tiba tepat pada waktunya. Bagaimana tadi kalau dia lambat? Mengucap panjang dia seketika di dalam hati. Tak dapat dibayangkan apa yang bakal terjadi.

"Lain kali I taknak dah tengok you pakai kebaya macam ni lagi. Faham?" hetdik Benjamin kuat. Bergema satu kereta.

Aku mendiamkan diri. Menikus di sebelah. Seakan mahu menyembunyikan diri di dalam dashboard kereta.

Melihat aku yang diam sebarang balasan, direnggut kasar pinggangku. Terinjak tubuhku ke arahnya. Kedua belah tangan melekap kemas di dada Benjamin. Menahan wajah kami daripada bertemu. Hampir sahaja berlaga hidungku dengan hidung mancung Benjamin.

"Bila I cakap, pandang mata I. Bukan diam macam orang bisu, macam orang pekak badak. " herdik Benjamin keras. Terasa nafas kasar miliknya laju menampar wajahku.

Setitis air mataku jatuh. Bibirku ketap rapat. Aku yang menunduk mengangkat wajah.

"Sakit. Lepaskan saya, Ben" pintaku. Terketar-ketar.

Dilepaskan kasar pinggangku. Mengapa begini sekali amarah Benjamin terhadap ku?

"Itulah perempuan. Sikit-sikit menangis, sikit-sikit menangis. Kena raba sana-sini dengan jantan tak pulak menangis. Siap boleh lagi tercongok dekat situ. Dah tak reti nak selamatkan diri sendiri.." dilampiaskan lagi rasa marahnya kepadaku.

Bukan salahku kejadian tersebut berlaku. Cuma hari ini, aku teringin hendak memakai baju kebaya ini. Tidak pula aku tahu menjadi satu masalah bagi Benjamin.

"Dengar tak? Next time I tak nak tengok lagi you pakai baju kebaya macam ni Aulia. Kalau tidak tahu lah apa I nak buat.." dijeling tajam aku di sebelah.

Malas untuk berbalah, aku anggukkan kepala. Sakit hatiku dengan sikap Benjamin. Pandangan aku lemparkan ke luar.

Benjamin yang melihat si gadis mendiamkan diri dan memakukan pandangan ke luar tingkap mengeluh panjang. Perlahan ditilik baju kebaya bercorak batik yang melekap di badan gadis itu. Dengan kain belah depan. Daring juga pakaian Aulia hari ini. Wajar sahaja lelaki itu ingin mengambil kesempatan. Malas untuk memanjangkan cerita, dia juga bertindak menutup mulut. Diam sepanjang perjalanan menuju ke kampus.

______________________________________

Setengah jam perjalanan yang terisi dengan ketegangan antara kami, akhirnya kereta tiba jua di kawasan kampus.

Aku menarik nafas lega saat kereta memasuki pintu pagar kampus. Terasa sesak nafas berada bersama Benjamin di dalam kereta. Wajah yang sedikit serabai aku raup. Aku tepuk beberapa kali. Rambut yang mengurai aku selitkan ke telinga.

Dari hujung mata, kulihat Benjamin meluruskan pandangan ke hadapan. Kedua belah tangan kekar Benjamin menggenggam erat stereng kereta. Pintu kereta sebelah penumpang, aku buka perlahan. Beg sandang aku pegang sebelah tangan.

Belum sempat kedua belah kaki putihku menjejak jalan, kedengaran suara Benjamin menerpa halwa telingaku.

"Jangan memandai nak balik naik bas pula nanti. I datang ambil you nanti. You habis kelas pukul berapa hari ini ?" dingin Benjamin menyoalku.

"Petang. Pukul 5.." jawabku perlahan.

"Tunggu I. Ingat, jangan memandai balik naik bas. Kalau I dapat tahu you balik naik bas juga, siap you.." pesan dia terselit amaran.

Aku mengeluh perlahan. Kepala aku anggukkan.

"Dengar tak?"

"Okay.." sahutku. Akur dengan arahan yang diberikan Benjamin. Malas untuk bertekak. Takut-takut mengundang amarah Benjamin lagi seperti tadi. Semalam bukan main lemah lembut, hari ni habis ditempiknya aku.

Pintu aku tutup perlahan. Serentak, kereta mewah Benjamin menderu laju keluar daripada perkarangan kampus.

"Hai Lia.." suara seseorang mengejutkan aku.

Pantas aku palingkan ke belakang. Terjengul wajah kacak Rayyan, senior course aku. Rayyan memang antara seseorang yang kerap menyapa aku. Tidak aku nafikan, Rayyan ada beberapa kali memberi petanda mahu menjalinkan hubungan yang serius denganku namun aku endahkan saja.

Buat masa sekarang, aku tidak mahu terikat dengan sesiapa. Mahu fokus dengan pengajianku terlebih dahulu. Soal lain, belum lagi menjadi keutamaan aku.

"Hai.." balasku sepatah. Tidak berminat untuk menyapa ramah setelah kejadian tadi ditambah dengan kemarahan Benjamin kepadaku membuatkan aku sedikit moody.

Rayyan tersenyum segak memandangku. Tidak berkelip matanya menilikku.

"Cantik sangat Lia hari ini. Jarang nak dapat tengok Lia jadi gadis ayu macam ni. " puji Rayyan lembut.

Jika perempuan lain, mungkin sudah terawang-awang dipuji sedemikian rupa, namun tidak sama sekali bagiku. Aku seboleh mungkin mengelak daripada mendapat pujian serta menjadi perhatian warga pelajar. Tapi, tetap juga namaku dikenali dan menjadi sebutan segelintir anak pelajar di kampusku.

Aku buang pandangan ke arah pintu pagar kampus. Kelibat kereta Benjamin perlahan-lahan hilang daripada pandangan mataku. Aku mengeluh lagi.

Rayyan yang berdiri bersebelahan denganku mengerutkan dahi. Mungkin dia terdengar hela nafasku yang panjang.

"Lia okay ke ? Abang tengok Lia macam muram je hari ni.." tukas Rayyan. Memang Rayyan kebiasaanya menggelarkan dirinya 'abang', tapi aku lebih selesa membahasakan 'saya' 'awak' sahaja.

Aku menggelengkan kepala. Bibir melorek senyuman menutup segalas rasa yang bermain di fikiran.

"Saya okay. Ermm..saya masuk kelas dulu. Dah lambat ni.." pamitku masih bersopan. Tanpa sebarang balasan daripada Rayyan, aku bergerak menuju ke dewan kelas. Biarlah apa pun anggapan Rayyan. Dia sudah tidak peduli kerana dia benar-benar tiada mood untuk beramah mesra hari ini.

______________________________________

Benjamin POV

Kereta yang sampai di perkarangan syarikat gah milikku, Megah Jaya Holdings aku parking di tempat khas. Pintu kereta aku hempas kuat. Kot dan briefcase aku pegang kasar.

Pintu utama syarikat aku tuju. Beberapa orang pekerja yang berselisih menunduk hormat kepadaku tidak aku hiraukan. Kejadian tadi masih terbayang-bayang di ruang mata.

Melihat lelaki itu sewenangnya menyentuh Aulia, membuatkan darahku panas menggelegak. Membuak-buak seperti lahar gunung berapi yang bila-bila sahaja boleh meletus.

Pintu pejabat aku tolak kasar sebelum aku hempas kuat. Tersentak Kak Mas ketika itu yang sedang asyik menaip sesuatu di komputer miliknya.

Kot dan briefcase yang aku jinjit sebentar tadi aku lempar kasar ke arah sofa. Tangan mencekak pinggang. Wajahku dongak menghadap ke atas. Wajah aku raup kasar. Melampiaskan rasa yang bergayut di hati.

Aku bergerak ke meja. Kaki menolak kerusi. Punggung aku hempas kasar. Tali leher aku rentap. Lengan baju aku sinsing hingga siku. Sejuk penghawa dingin seakan tidak mampu mengurangkan rasa panas di hati malah terasa makin membahang pula.

Sesaat, aku cuba bertenang. Tapi, tidak semena-mena terlintas pula adegan Aulia bersama salah seorang lelaki tadi. Dari cermin pandang belakang tadi dia dapat melihat Aulia yang tersenyum membalas sapaan lelaki tersebut. Sengaja kereta dipandu secara perlahan.

Dia dapat merasakan bahawa jejaka tersebut berminat dengan adik tirinya. Cara pandangan dan senyuman yang diberikan membuatkan dia jadi bertambah panas. Ahhh! Kenapa semua ini tiba-tiba menyerabutkan fikiran dia.

Sesaat, hati yang panas cuba ditenangkan. Kewarasan akal dikembalikan menghalang rasa amarah yang bertapa di hati. Nafas ditarik sedalam mungkin.

Ketukan di pintu segera menyedarkanku. Terjengul wajah kak Mas di balik pintu. Terbias riak serba salah di wajah setiausahanya. Aku ukir senyuman pendek. Menutup gelojak perasaan.

"Yes, kak Mas?" soalku.

Teragak-agak Kak Mas untuk melangkah masuk ke dalam ruang pejabatku.

"Masuklah Kak Mas. " pelawaku.

Segera tubuh diloloskan masuk. Pintu ditutup perlahan. Langkah diatur ke arah meja Benjamin. Berdiri tegak sambil memegang diari yang terisi jadual kerja Benjamin hari ini.

"Bos..dato Khalid Khan ada di luar."

Aku tersandar sebentar. Tangan naik mengusap dagu. Tujuan apa datang ke mari ?

"Bos.." sapa Kak Mas.

Aku tersentak. Mata meliar merayap ke wajah Kak Mas.

"Hurmm..bila dia sampai?" soalku.

"Dalam lebih kurang 10 minit tadi." balas Kak Mas.

Aku menganggukkan kepala.

"Baiklah. Jemput dia masuk. Oh ya, jangan lupa buatkan kopi sekali kak Mas untuk tetamu kita.." arahku.

"Baik bos.." sahut Kak Mas. Tubuh dipusingkan keluar daripada bilik pejabat Benjamin. Terasa lain macam pula bilik bosnya itu. Terasa berbahang semacam seakan mood Benjamin lagi ke laut dalam.

Oleh sebab itu, dia diterpa rasa bimbang ketika mahu masuk memaklumkan kedatangan Dato Khalid Khan. Tapi jika tidak dimaklumkan, nanti dikatakan tidak menghormati tetamu pula memandangkan Dato Khalid Khan bukan calang-calang orang.

Pintu bilik Benjamin ditutup perlahan. Kelihatan Dato Razman sedang melayani Dato Khalid Khan di luar. Bakal besan saling bertemu.

"Jom Dato. Saya bawa Dato masuk ke bilik Encik Benjamin." sampuk aku. Senyuman manis aku hadiah kepada kedua bakal besan ini.

"Nak jumpa bakal menantu." kata Dato Khalid Khan sambil tertawa kecil.

Dato Razman hanya tersenyum pendek. Kurang selesa dengan pernyataan yang keluar daripada mulut Dato Khalid Khan.

"Okaylah Raz. Aku masuk dulu. Nak jenguk bakal menantu kejap. Bakal besan dah jumpa. Entah bila lah ye anak-anak kita tu nak kahwin.." tukas Dato Khalid Khan sambil menepuk bahu Dato Razman mesra.

Dato Razman tidak berkata apa. Hanya mampu angkat bahu menjawab pertanyaan tersebut.

Setapak melangkah, dipusing pula tubuhnya ke arah Dato Razman yang sudah melangkah menuju ke arah biliknya.

"Raz.." laung dato Khalid Khan.

"Yes?" soal Dato Razman kembali.

"Pasal projek tu.."

"Ohh sokay. We talk about it later.." balas Dato Razman.

Dato Khalid Khan tersenyum. Nampaknya tidak lama lagi peluang keemasan akan diperoleh. Siapa sahaja tidak mahu berbesan dengan Dato Razman. Antara orang terkaya di Malaysia. Orang bodoh sahaja juga mahu mentelah lagi orang waras dan normal seperti mereka.

"Jom Dato.." ajak Kak Mas.

Dato Khalid menganggukkan kepala. Menyoroti langkah setiausaha Benjamin.

"Silakan masuk Dato." jemput Kak Mas. Mempelawa Dato Khalid dengan mesra dan ramah.

Dato Khalid tersenyum senget. Memerhati tingkah setiausaha Benjamin yang manis ayu itu. Dijilat bibirnya sambil memandang atas bawah tubuh Kak Mas.

Kak Mas mula merasakan perasaan tidak selesa. Rayapan mata dato Khalid Khan yang menilik tubuhnya atas bawah menyeramkan. Cepat-cepat ditinggalkan orang tua itu dan melangkah laju ke arah pantry untuk menyiapkan hidangan minuman.

Langkah setiausaha Benjamin dipandang galak. Tombol pintu bilikku dibuka dari luar. Aku yang asyik membelek dan menaip sesuatu di laptop mendongak kepala.

Tubuh segera aku bangunkan melihat wajah Dato Khalid Khan terpancul di sebalik pintu.

Baju yang renyuk aku kemaskan.

"Silakan masuk Dato. Jemput duduk.." pelawaku berlakon ramah sedangkan hati sudah dibuai rasa pelik menerima kunjungan daripada Dato Khalid Khan secara tiba-tiba. Kedua tangan kami saling berjabat.

Segaris senyuman lebar dilayangkan kepadaku. Aku membalas. Dilabuhkan duduk di atas sofa empuk yang tersedia. Butang baju kot miliknya dibuka bebas.

Pandangannya dilarikan sekitar ruang pejabat mewah milikku. Aku turut menyandar. Memerhati gelagat Dato Khalid dengan penuh minat. Senyuman senget aku ukirkan.

"Busy?" soal Dato Khalid setelah meneliti segenap ruang pejabatku.

Aku menggelengkan kepala.

"So bila nak kahwin dengan anak uncle ?" tanya Dato Khalid berterus terang.

Senyuman yang meleret di wajahku serta merta mengendur. Wajah blur aku tayangkan. Kahwin? Datang sini semata-mata nak tanya pasal kahwin? What the fish?

Aku berdehem sambil tertawa kecil.

"Kahwin? Buat masa sekarang belum lagi Dato. Saya lebih fokus pasal kerja" kataku juga berterus terang.

Ya, dulu tidak aku nafikan. Sebelum Aqeela Sania buat perangai, aku memang berhasrat untuk mengikat si gadis secepat yang mungkin. Tetapi, penolakan yang berulang kali daripada anaknya membuatkan aku tawar hati.

Kononnya mahu fokus pada kerjaya dia sebagai model. Tapi alih-alih menjalinkan hubungan dengan lelaki lain di belakangku. Pantas beria sahaja dia berterusan menolak cadanganku untuk berkahwin atau paling tidak bertunang.

Dato Khalid Khan merenungku dengan renungan tersirat.

"Kamu tak ada niat ke nak kahwin dengan anak uncle tu?" soal dato Khalid lagi.

Aku angkat bahu.

"Entah. Kalau dulu mungkin ya tapi sekarang tengok lah macam mana nanti.." balasku sarkastik. Malas untuk berdolak-dalik.

Dato Khalid mengerutkan dahi mendengar kata-kata yang terbit daripada mulutku.

"Kenapa kamu cakap macam tu ? Apa lagi yang kurang tentang anak uncle tu?"

Aku menggelengkan kepala. Kurang? Entahlah. Malas dia mahu menyenaraikan kelebihan dan kekurangan seseorang.

"Uncle harap kamu tak main-main dengan Aqeela. Uncle tahu dia betul-betul mahukan kamu. Harap kamu tak sia-siakan dia. Lagipun satu Malaysia dah tahu kamu berdua bercinta.. " ujar Dato Khalid perlahan.

Aku tertawa kecil. Mahu menghamburkan ketawa yang kuat namun kelihatan tidak sopan pula. Seakan digeletek perutku dengan kata-kata itu. Kenapa kalau satu Malaysia juga sudah tahu? Ada masalah kah?

"Kenapa kalau satu Malaysia dah tahu pun? Ada masalah ke ?" mudah aku menyoal. Kaki aku silangkan.

Dato Khalid Khan tertawa palsu. Anak muda ini bukan calang-calang orangnya.

"Tak ada apa. Cuma malu lah kan, bercinta tapi tak jadi kahwin. Lagipun uncle rasa anak uncle tu takda kurang apa. Boleh dikatakan serba serbi perfect. Uncle tahu kamu pun mesti nak berkahwin dengan seseorang yang ada segala pakej. Takkan orang biasa-biasa yang nak kamu jadikan isteri? Betul tak?" panjang lebar ujarannya berselitkan soalan.

Kalaulah Dato tahu anak Dato tu macam mana, kutukku dalam hati.

"Orang biasa atau orang kenamaan tak jadi masalah bagi saya Dato. Kalau hati dah berkenan, semua tu tak penting." balasku mudah.

Dato Khalid hanya mengiakan kata-kataku.

Ketukan di muka pintu meredakan suasana tidak mesra antara kami. Kelihatan Kak Mas datang sambil menatang dua cawan air.

"Minum bos, Dato. Silakan.." pelawa Kak Mas sambil tangan terketar-ketar meletakkan cawan di atas meja kecil tersebut.

Aku dihunus dengan rasa pelik.

"Are you okay Kak Mas?" tanyaku tanpa lengah.

Kak Mas yang menunduk mengukir senyuman kelat.

"Ka..kk..Kak Mas okay bos.." balas kak Mas sambil mata meliar melihat Dato Khalid Khan. Renungan miang terbias di sebalik wajah tua tersebut disertai dengan senyuman senget.

Benjamin turut melarikan pandangan ke arah Dato Khalid. Melihatkan renungan berserta senyuman miang menghiasi wajah tua itu, tahulah dia kenapa Kak Mas beriak cemas.

Aku segera berdehem. Wajah aku dongak memandang wajah Kak Mas di sebelahku yang memeluk dulang keemasan ke dada.

"Terima kasih Kak Mas. Kak Mas boleh keluar sekarang.." arahku lembut.

Serta merta Kak Mas berjalan keluar. Seakan mahu berlari sahaja lagaknya. Benjamin mengepal penumbuk. Jika tidak mengenangkan Dato Khalid Khan ini tetamunya sudah lama dilayangkan penumbuk ke muka tua itu.

Dasar orang tua kutuk tak sedar diri! Selarku dalam hati. Beraninya melakukan sexual harrassment ke atas pekerjanya.

"Jemput minum Dato.." pelawaku. Geram yang bertunas aku kawal. Rasa hormat masih lagi kuletak tinggi dalam diri.

Setelah setengah jam 'menjenguk' aku di pejabat kononnya, dia meminta diri untuk pulang.

Sebelum melangkah keluar,bahuku dipegang erat.

"Uncle harap kita boleh bekerjasama suatu hari nanti." ujarnya kepadaku.

Aku tersenyum pendek. Tak berminat untuk membalas kata-katanya yang tersirat dan tersurat itu.

"Okaylah, uncle balik dulu. Jumpa lagi bakal menantu.." ucap Dato Khalid Khan sambil tersenyum mesra.

Aku menganggukkan kepala. Seakan mahu termuntah mendengar kata-kata tersebut.

Aku menghela nafas kasar sebaik kelibat Dato Khalid Khan sudah hilang dalam perut lif. Langkah aku atur ke arah Kak Mas yang menunduk daripada tadi.

Kedua tangan aku seluk ke dalam poket seluar.

"Kak Mas.." panggilku.

Kak Mas yang menunduk segera panggungkan kepala. Dibangunkan tubuhnya pantas.

"Bos.." sahut Kak Mas.

"Orang tua tu buat apa kat kak Mas?" aku ajukan pertanyaan. Tangan kupelukkan ke tubuh.

Kak Mas menunduk.

"Jawab kak Mas. Saya tanya kan. Jangan diam. Kalau kak Mas tak bagitahu, saya takkan dapat tolong if anything happen akan datang.." ugutku.

"Di..di..dia tak buat apa cuma dia pandang Kak Mas semacam tadi bos. Macam orang miang. Macam nak terkam orang.." jawab kak Mas perlahan. Takut didengari oleh pekerja-pekerja lain.

Aku menganggukkan kepala. Ambil cakna akan kata-kata Kak Mas.

"Takpa kak Mas. Lepas ni kalau dia datang lagi saya akan minta Faizal yang uruskan dia. Kak Mas buat je kerja kak Mas macam biasa. Okay?" kataku.

Kak Mas yang dibelenggu rasa sedih dan takut mengganggukkan kepala mendengar arahan daripada Benjamin. Sedikit sebanyak dia merasakan dirinya dilindungi.

"Oh ya bos..tadi Cik Qeela ada telefon. Minta sambungkan panggilan dia untuk bos tapi saya cakap bos ada tetamu."

Aku mengeluh. Tadi bapak, sekarang anak pula. Pening hendak melayan sekor-sekor.

"Lagi satu Kak Mas. Kalau dia ada telefon lagi lepas ni, kak Mas tolong  cakap saya tak ada. Keluar." arahku malas.

Kak Mas hanya menganggukkan kepala tanda menerima arahan yang aku berikan kepada dia.

Aku loloskan diri ke dalam pejabat. Jarum jam di dinding bercorak pastel aku kerling sekilas. Jarum jam menunjukkan hampir pukul dua belas tengahari. Mengingatkan aku harus mengambil si gadis pukul lima petang, maka aku siapkan kerja dengan secepat mungkin. Fail yang terdampar atas meja aku capai sebelum aku mula ralit dengan kerjaku

_______________________________________

Aulia POV

Aku berjalan beriringan keluar dari dewan kuliah bersama Tiara. Tiara di sebelah aku lihat asyik dengan telefon bimbit miliknya. Sekejap tersengih, sekejap tersenyum, sekejap ketawa. Biasalah, orang sedang dilamun cinta. Lainlah macam aku. Sendu!

Aku mengerling jam di tangan. Jam menunjukkan pukul empat suku petang. Tak kusangka Madam Liza melepaskan kami awal pula hari ini dari kelasnya. Kebiasaannya jangan haraplah mahu diberi pelepasan awal. Syukur rahmat jika peluang keemasan seperti ini jarang-jarang dikurniakan kepada kami.

Faham-faham sahajalah jika sudah namanya kelas waktu petang. Mata asyik mahu pejam sahaja. Mulut pula sekejap-sekejap mahu menguap.

Aku menapak ke arah perhentian bas kampus di hujung jalan.

"Kau drive sendiri ke Tia?" soalku bila menonong sahaja aku tengok dia berjalan mengekoriku.

Tiara yang ralit dengan telefon bimbit segera panggungkan wajah. Terkebil-kebil seketika mencerna pertanyaanku.

Gigi ku ketap.

"Dia buat dah muka blur dia.." semburku.

Tiara yang masih blur perlahan-lahan mengoyak sebuah sengihan ke arahku. Belakang kepalanya digaru beberapa kali.

"Kau tanya apa tadi, Lia?" soal dia kembali.

Aku mendengus. Azim..Azim..teruk sungguh angau awek kau ni. Entah apa yang kau gula-gulakan dia pun tak tahu lah.

"Tak. Aku tanya. Kau drive sendiri ke ?" pertanyaan yang sama aku ajukan kembali.

"Taklah. Azim hantar. Balik ni pun dia ambil." jawab Tiara malu-malu acah menutup muka dengan kedua belah tangan. Aku jeling menyampah.

"Kenapa? Kau malas nak drive? Atau kau sengaja buli Azim jadi driver tak berbayar kau hari ni ?" pangkahku.

Tiara mengigit bibir. Jari telunjuk kiri dan kanan dilagakan hujungnya.

"A'ah. Aku saja malas nak drive hari ini. Saja nak dera Azim sikit." tukas Tiara.

"Kejamnya kau" selar aku.

Tiara tertawa kuat.

"A'ah aku memang kejam. Aku jeles sebab hari ini dia tak ada kelas tapi aku ada kelas. Maka, hari ni aku buli dia. Suruh hantar dengan ambil aku. Dia ingat aku nak biarkan dia senang lenang kat rumah. Huh! Jangan harap.." bebel Tiara penuh perasaan.

Aku menggelengkan Tiara. Ada sahaja nak dibuli si Azim itu. Nasiblah si Azim melayan. Tapi kadangkala tercuit juga tingkah pasangan sejoli ini. Sabar sahaja Azim melayan kepala angin si Tiara ini. Harap mereka berjodoh suatu hari nanti,doaku.

"Eh Lia. Tu macam kereta Azim. Dah sampai dah kot dia.." ujar Tiara sambil melambai-lambai ke arah Azim di hujung jalan.

Aku turut membuang pandang ke arah yang sama. Kereta Azim pandu perlahan sebelum berhenti di hadapan kami. Tiara sudah tergedik-gedik bila melihat wajah Azim terjengul keluar daripada pintu kereta. Siap merengek minta dibuka pintu sebelah pemandu untuk dia. Lagak tuan puteri sungguh!

Aku menepuk dahi. Tiara benar-benar mengotakan janjinya untuk membuli Azim habis-habisan hari ini.

Azim yang mahu berlalu ke pintu pemandu menyapaku terlebih dahulu. Tiara sudah siap duduk di dalam kereta. Hanya tingkap kereta sahaja diturunkan habis.

"Kau nak aku hantarkan sekali ke Lia? Alang-alang sehala apa salahnya.." kata Azim.

"A'ah laa Lia. Jom lah kami hantarkan kau balik. Kesian pula nak tinggalkan kau tercongok dekat sini tunggu bas. Dah nak hujan ni.." Pelawa Tiara bersungguh.

Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Tak apa lah Tia, Zim. Aku balik naik bas je. Takpa, korang pergilah balik. Jangan risau aku okay je. Lagipun ada je lagi orang kat sini tunggu bas.." balasku menolak pelawaan mereka berdua.

Aku bukan apa. Malaslah mahu menyusahkan Azim. Lagi pula mesti mereka mahu meluangkan masa berdua. Jika ada aku bukankah sedikit janggal bagi mereka?

"Betul ni?" Tiara meminta kepastian daripadaku.

"Ya, betul. Pergilah. Bhaii.." lambaiku.

"Okay lah. Kami gerak dulu. Bhai. I love you.." ucap Tiara sambil memberikan flying kiss kepadaku. Aku menjelirkan lidah. Tiara tertawa sambil menayangkan penumbuk kepadaku.

Aku melabuh duduk di kerusi besi yang disediakan untuk para pelajar menunggu bas. Kelibat beberapa orang pelajar yang ramai kini mulai surut seorang demi seorang. Rasa bimbang mulai menerpa sedikit demi sedikit.

Sengaja aku tidak khabarkan kepada Tiara bahawa hari ini aku dijemput Benjamin. Tidak juga aku khabarkan kepada dia mengenai kejadian pagi tadi. Malas untuk bersoal jawab dengan Tiara.

Kedengaran bunyi guruh berdentum di langit. Aku tersentak. Awan gelap mulai berarak meliputi kawasan yang cerah. Terik mentari kini terlindung dengan awan gelap. Menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja.

Tidak lama kemudian, hujan sudah mulai turun lebat. Aku resah sendirian. Takut jika tiada siapa yang tinggal sementara menanti kedatangan Benjamin. Lambat lagikah Benjamin ambil dia?

Angin kuat tanpa sedar menerbangkan nota kelas Madam Liza sebentar tadi. Ku rasa sudah kuselitkan di dalam fail namun ia masih terbang. Memikirkan ada beberapa benda penting tercatat di nota tersebut serta merta aku bertindak dengan berlari dalam hujan mengambil nota yang sudah sedikit basah ditimpa hujan lebat.

Aku berlari semula ke pondok bas. Baju yang melekat akibat basah aku kibas-kibas. Namun, masih juga dapat dilihat lekuk tubuhku sedikit. Aduh..aku runsing. Menyesal bila memikirkan tindakan aku memakai baju kebaya hari ini.

Kelihatan kelibat kereta seseorang memberhentikan kereta di hadapanku. Tidak lama, aku lihat kelibat Rayyan yang keluar daripada keretanya berlari-lari anak menuju ke arahku. Ahh sudah! Di mana mahu aku sembunyikan lekuk tubuhku ini?

Ralit memikirkan hal tersebut, kelibat kereta Benjamin juga mulai kelihatan di mata. Benjamin bertindak dengan memberhentikan keretanya betul-betul di hadapanku. Memintas kereta Rayyan. Pintu kereta dibuka dan kulihat dia turut membawa sehelai kot miliknya keluar.

Serentak kedua lelaki ini tiba di hadapanku seakan berjanji sesama mereka. Aku terkedu. Diam tidak berkutik. Benjamin melangkah gagah menuju ke arahku. Sehingga tinggal selangkah lagi jarak antara kami, terus dipaut pinggangku rapat ke tubuhnya.

Tangan naik melekap di dada bidang Benjamin. Kot yang dipegang dibalutkan ke tubuhku. Menutupi lekuk tubuh yang terpamer. Rambutku yang basah mengurai diurai-uraikan dengan tangan kekarnya. Dikuis dan diselitkan di telingaku.

Aku terpaku. Hanya membenarkan perbuatan Benjamin terhadapku. Rayyan di sebelah seakan tiada antara kami sehinggalah deheman kuat dibunyikan Rayyan yang sedari tadi hanya memerhati tingkah Benjamin.

Serentak aku dan Benjamin berpaling ke arah Rayyan.

"Lia.." seru Rayyan perlahan.

Wajah aku dongak ke arah Benjamin. Wajah dominan Benjamin tayangkan berserta senyuman senget. Pinggangku dirangkul erat dari tepi.

"I abang dia." balas Benjamin tanpa dipinta. Menghuraikan jawapan tanpa soalan kepada Rayyan.

Rayyan kulihat melepaskan keluhan kecil sebelum tersenyum.

"Ohh abang Lia. Tapi Lia tak pernah bagitahu abang pun Lia ada abang selama ni.." tukas Rayyan memandangku.

Aku tersentak. Mata Benjamin meliar di segenap wajahku. Bibirku kemam. Belum sempat kuberikan jawapan, Benjamin terlebih dahulu membalas.

"Tak penting untuk you tahu." balas Benjamin mudah. Sakit telinganya mendengar jejaka tersebut membahasakan dirinya sebagai 'abang' kepada Aulia. Rasa mahu diludah.

"Kami balik dulu.." ujar Benjamin lagi. Pergelangan tanganku diheret dan ditolak masuk ke dalam kerusi sebelah pemandu. Rayban disangkut  ke hidung mancung miliknya.

Aku meluruskan pandangan ke hadapan. Takut untuk menatap sepasang mata tajam milik Benjamin. Liur kutelan kasar. Pahit kurasakan!

"Suka lah nampak lekuk badan bagai macam ni? Suka kena usha dengan jantan?" selar Benjamin terus.

Aku memejamkan mata. Sekali lagi!

"Last warning, Aulia Natasha! Sekali lagi I tengok you pakai baju macam ni, I koyak baju you.." ugut Benjamin keras tanpa kompromi.

"Don't try me baby.." bisik dia keras di telingaku.

Seat belt dipasangkan kepadaku. Kot ditubuhku dikemaskan sebelum kereta menderum laju keluar daripada perkarangan universiti. Sepuluh minit perjalanan, Benjamin  memulakan perbualan.

"Siapa lelaki tu tadi?" soal Benjamin dingin.

Aku menjeling Benjamin di sebelah.

"Senior Lia." ringkas jawapanku berikan.

"Apa nama budak tu?"

"Rayyan"

"Satu course?"

"Ya, satu course.." balasku sambil mengganggukkan kepala berulang kali.

"Dia ada hati dekat you kan?"

Aku menggeleng kepala lambat-lambat. Cuba untuk menafikan kenyataan yang sebenar.

"Just tell me the truth, Aulia Natasha.."

"Kenapa awak cakap macam tu?" soalku.

"I lelaki. I tahulah macam mana pandangan seorang lelaki pada perempuan yang dia suka.." balas dia.

Malas untuk berselindung aku mengiakan perkara yang sebenar.

"Ya, dia memang sukakan Lia dan ada niat untuk jadikan Lia teman wanita dia.." ujarku menceritakan hal yang sebenar.

Benjamin tersenyum sinis.

"See? Betul kan tekaan I tadi?" provok Benjamin.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas untuk bersoal jawab. Diam adakalanya lebih baik.

"You terima?" tekan Benjamin.

Aku pandang wajah Benjamin dari tepi.

"Tak.." sepatah kubalas.

"Kenapa?"

"Sebab Lia tak berminat.."

Sedikit sebanyak jawapan yang diterima memuaskan hatinya. Perasaan lega menyusup masuk ke relung hatinya yang paling dalam.

"Then, you minat siapa?" diajukan soalan terakhir berserta dengan sebuah renungan tajam ke wajahku.

Aku bertindak membalas pandangan tajam Benjamin. Lama kami saling berpandangan. Nasib ketika itu kereta berhenti di persimpangan lampu merah.

"Tak..Tak ada sesiapa.." balasku sambil menggelengkan kepala. Pandangan aku luruskan ke hadapan jalan semula. Tak betah beradu dengan sepasang mata hazel itu. Seakan mahu melompat keluar jantung.

Lampu yang menunjukkan warna hijau mematikan soal jawab antara kami. Aku memalingkan wajah ke luar. Melihat hujan yang turun membasahi bumi lebih baik daripada menghadap Benjamin yang menyesakkan dadanya.

macam mana scene kali ini ? sweet tak? ke hambar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience