PROLOG

Romance Series 247373

Aku melabuhkan duduk di bangku airport yang tersedia. Keluhan perlahan kulepaskan. Malaysia, Im back! Desisku dalam hati sambil mata melingas kiri dan kanan sudut airport..

Takda banyak yang berubah. Masih sama.  Sama seperti aku cuma sedikit perubahan yang kelihatan. Dan hatiku juga masih sama. Untuk orang yang sama. Ahhh! Untuk apa dikenangkan lagi. Ujarku sambil tersenyum dalam hambar.

Tiba-tiba teringat aku untuk menghubungi yang tersayang. Iphone 11 segera aku cari dalam handbag gucciku.

Nombor 'mummyku sayang' aku dail.
Tut..tut..tut

"Hello" ujar mummy lembut
"mummy" jerit aku sedikit kuat sehingga beberapa orang sekeliling memerhati hairan. Awat dia ni? Hahaha. Kite rindu mummy kite laaa

"Lia dah sampai kat airport ni miy. Mummy dengan daddy kat mana tu?" tanya aku riang sambil bangun perlahan menuju pintu keluar

"Sorry sayang, we are cannot to pick you up kat airport sebab jiran kat hujung jalan tu meninggal, tak sedap pulak mummy kalau tak jenguk kejap" ujar mummy perlahan kesal.

"Ohh yeke? Hurmm takpe laa kalau macam tu, Lia balik naik teksi jela miy. Sokay Lia paham je" balas aku lembut untuk menenangkan mummy di hujung talian.

"Sekali lagi sorry sayang, mummy dah suruh driver ambil Lia kat airport, nak mintak tolong abang ben.. "

"Ehh mummy tu Lia dah nampak dah driver kita, nanti kita jumpa k.. Bhai mummy love you " cepat cepat aku potong kata kata mummy demi mendengarkan nama lelaki itu. Talian aku putuskan. Sorry mummy, desisku perlahan sambil kaki melangkah menuju pintu keluar.

Kaca mata hitam aku sarungkan kembali ke mata. Senyuman kuhulur kepada pak Wahab. Senyumanku berbalas.

"Selamat kembali, Cik " kata Pak Wahab hormat. Pak Wahab, driver daddy dari dulu hingga sekarang. Masih dengan gayanya yang dulu cuma perubahan usia yang kelihatan di wajah tua tersebut.
"Terima kasih Pak Wahab" balasku lembut.

Aku melangkah masuk perlahan ke dalam kereta dan seraya itu kereta meluncur laju membelah jalan raya.
Aku minta pak Wahab bukakan tingkap kereta kerana aku ingin menikmati panorama senja serta angin petang Malaysia.

Kaca mata hitam aku buka dan bibirku mengorak senyuman menikmati panorama senja itu.

Seketika senyumanku bertukar hambar apabila seraut wajah yang aku ingin lupakan terbias diruang mata. Empat tahun membawa diri ke negara orang belum mampu melenyapkan segala rasa yang ada untuk dia. Namun, mengenangkan si dia kepunyaan orang lain membuatkan hati ini sebak dan terluka.

Andai dia bukan untuk aku, jauhkan segala2 tentang dia daripada aku. Bisik aku perlahan di dalam hati sambil memejamkan mata.. Rindu ini masih ada untuk dia. Perasaan ini masih untuk dia. Sukar untuk dilepaskan. Ahhh sulitnya hati dan perasaan ini.

Aku,Aulia Natasha harus kuat.
...............................................................

Kot berwarna kelabu dilepaskan perlahan daripada tubuhnya yang sasa dan berotot. Keluhan perlahan dilepaskan. Lelah mengenangkan diri yang ke sana ke mari dari pagi hingga petang menghadiri mesyuarat dan lawatan ke tapak projek.

Tubuhnya disandarkan perlahan ke kerusi empuk pejabatnya. Kedua belah tapak tangan diusapkan perlahan ke mukanya yang berkumis nipis dan cerah tersebut. Melepaskan lelah!
Jari jemari yang seksi mengetuk perlahan meja kayu jati tersebut.

Telefon bimbitnya yang berada di dalam poket dikeluarkan. Seharian sibuk menguruskan kerja membuatkan dia tidak punya masa untuk membelek telefon dengan lebih lama melainkan untuk urusan kerja.

Aplikasi whatsapp dibuka dan pesanan daripada "Eddy" dibuka.

"Boss, she's back" cukup dengan tiga patah perkataan membuatkan hati yang terasa kosong kembali bersinar. Seakan dunia terasa milik dia. Senyuman panjang menghiasi sekeping wajah yang sering beku dan serius itu. Yeah, pada pandangan kakitangan nya.

Kerusi empuk yang diduduki dipusingkan menghadap panorama Kuala Lumpur.

"Welcome home, baby" ujar si jejaka perlahan sambil meneliti sekeping gambar yang terhias indah di lock skrin telefon canggih miliknya.

Takkan dia lepaskan lagi kali ini !

------------------------------------------------------------------------------

Share this novel

Rozyfah Yusoff
2021-11-27 12:26:11 

masking menunggu Bab seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience