BAB 25

Romance Series 247373

Suasana hinggar bingar seakan tidak lamgsung memberi kesan kepadanya. Dia ralit dengan dunia ciptaannya. Seteguk demi seteguk ditelan masuk ke keronkong. Terasa bebanan masalah yang bermain di kepala hilang sekelip mata.

"Sorry, I lambat. You dah lama ke sampai? " bahu Aqeela ditepuk oleh seseorang dari belakang.

Kepala didongak memandang gerangan tersebut. Sebuah senyuman tersungging di bibirnya yang tebal.

"Duduklah. Adalah dalam lebih kurang setengah jam. " air haram diteguk lagi. Kali ini dengan hanya sekali tegukan sahaja. Gelas kecil yang sudah kosong diletakkan kembali ke meja.

Tubuh dihempas ke kerusi bar. Kedua belah tangan disilangkan ke dada. Membalas tatapan Aqeela. Tenang sahaja duduknya.

"So macam mana kerja? Okay ke? " malas berpusing sana sini, terus diajukan soalan yang menjadi tujuan kepada pertemuan mereka pada malam ini.

Bibir dicebikkan.

"So far so good. Kerja macam biasa lah. Ada hari okay. Ada hari tak okay. Nak taknak tetap kena kerja.. " gelas kosong milik Aqeela diambil. Wine yang berada di hadapan di tarik mendekatinya. Dituang separuh sebelum diteguk menyusur masuk ke dalam tekaknya.

Gaya mereka saling tak tumpah seperti orang barat. Arak sudah seperti menjadi minuman biasa bagi mereka bila berkunjung ke tempat-tempat tertutup seperti ini. Pakaian usah dikatalah. Jarang lah bertutup sepenuhnya.

Aqeela menganggukkan kepala. Mata dilingas ke arah pengunjung yang sedang asyik dengan dunia mereka masing-masing. Ada yang sudah terlentok mabuk di sofa, ada yang masih steady terkinja-kinja menari, tak kurang ada yang masih acah-acah suci. Senyuman sinis terukir pendek di bibir.

"I harap you masih ingat plan yang kita dah rancang. Jangan sampai kantoi. " mata dibawa menentang seraut wajah yang ralit meneguk minuman keras di hadapannya. Dia ni, nampak sahaja baik tapi hanya orang yang betul-betul mengenalinya sahaja tahu akan perangainya yang sebenar. Licik! Oleh sebab itu, dia tidak teragak-agak untuk meminta 'bantuan' daripada orang ini.

Ketawa kuat dilepaskan ke arah Aqeela.

"Hello. Ini I lah Qeela. Takkan semudah tu je nak kantoi. You ingat I bodoh ke apa? "

"I tak cakap you bodoh. Cuma I takut you lupa. Manalah tahu, everything can happen, right? " belakang tubuh yang terdedah disandar santai ke kerusi. Kaki disilang menyerlahkan peha gebu milik Aqeela.

Tubuh yang menyandar ditegakkan. Dibawa wajahnya merapati wajah Aqeela Sania. Sejenak, mata dijatuhkan merenung ke sekitar leher dan dada milik Aqeela Sania. Penuh dengan gigitan cinta.

Renungan dibawa semula merayapi wajah yang sudah diubah sana sini. Plastic surgery merata.

"You jangan risaulah. I masih tahu apa yang perlu I buat. Now, I just follow the flow. Macam apa yang kita dah rancang dan bincangkan serta kita persetujui. " ujarnya berbisik perlahan.

Keluhan kuat dilepaskan Aqeela. Tepi bibir digigit.

"I bukan apa. I takut you lupa batas you sahaja. Secara tidak langsung, you hancurkan plan yang I dah rancang." tukas Aqeela Sania berbaur sinis.

"Come on lah. Takkan I nak tikam you daripada belakang Qeela. Setakat ni I rasa I dah buat macam yang you suruh. So apa yang you rasa I akan hancurkan plan you?  Nonsense! " ujarnya seraya melepaskan ketawa kuat. Sesekali, kepala digoyang mengikut rentak lagu yang berkumandang kuat di situ.

Sejak berkerja, rasanya dia sudah jarang berkunjung ke tempat ini. Sekali sekala begini, hilang penat bekerja selama lima hari seminggu. Sudahlah dia berang dengan seseorang. Aqeela menarik nafas dalam. Renungan tajam diberikan kepada gerangan di hadapannya. Sejenak, renungannya turut dibalas.

"Kalau you tak percayakan I, kenapa dulu you beria-ria ajak I berkerjasama dalam menjayakan plan you? " soalan maut diajukan bersama sebuah senyuman sinis.

Jika Aqeela merasakan bahawa dia akan mengkhianati Aqeela, kenapa perlu meminta penglibatannya?

"Okay fine. I percayakan you. " ucapnya kuat. Sepatutnya, dia tidak perlu untuk insecure terhadap partnernya. Seharusnya, mereka saling mempercayai antara satu sama lain. Jika tidak, musnah rancangan mereka selama ini.

"Tapi I nak ingatkan you. Kalau I tahu you melangkaui batas kerja you, I takkan teragak-agak untuk buat you rasa menyesal terima pelawaan I dalam rancangan ni. Keep my words!"

Tiada balasan yang diberikan kepada Aqeela melainkan sebuah anggukan bersama senyuman sinis. Kita lihat siapa yang akan tewas pada penghujungnya nanti.

Keduanya saling bertatapan namun hanya diri sendiri sahaja yang tahu apa yang berlegar dalam isi kepala masing-masing.

••••

Kekok!

Itu yang aku rasakan sekarang. Kalau dulu aku bisa bergelak ketawa ketika di meja makan, namun kini aku hanya menunduk menyuap makanan ke dalam mulut.

Sejak kejadian salah faham tempoh hari, hubungan dengan Benjamin semakin renggang. Kalau dahulu dia tidak lokek untuk bergurau dan berceloteh denganku, sekarang mahu mendengar satu patah juga susah. Terlintas akan kejadian mula-mula aku melangkah masuk ke dalam rumah ini.

Daddy merenung mummy yang spontan turut memandang ke arahnya. Isyarat mata diarahkan kepada aku dan Benjamin yang turut diam di kerusi bersebelahan daddy.

Deheman daddy akhirnya berjaya membuatkan sepasang kepala yang menunduk sedari tadi mendongak.

Mata serentak kami liarkan ke arah daddy.

"Kamu berdua ni kenapa? Kalau tidak suara kamu berdua lah yang paling bising kat meja makan ni. Sekarang senyap sunyi sepi macam padang jarak padang terkukur dah. "

Tidak tahan melihat tindakan kami kebelakangan ini seakan seteru akhirnya memaksa daddy untuk memuntahkan lontaran soalanya.

Aku memandang Benjamin. Benjamin turut melakukan hal yang sama. Tidak kuat berpapasan mata, aku segera larikan renungan ke arah nasi di dalam pinggan.

"Kamu berdua ni bergaduh ke apa?" giliran mummy pula bertindak mengajukan soalan. Mungkin mummy juga turut perasan akan ketegangan antara aku dan Benjamin.

Aku diam tidak berkutik. Hanya  tangan sahaja bergerak menguis nasi di dalam pinggan.

"Tak ada lah mummy, daddy. Ben dengan Lia okay je. Mana ada kami bergaduh. Cuma, dah tak ada apa yang nak dibualkan,diam jelah. " Benjamin hulurkan jawapan selamat untuk halwa telingan mummy dan daddy. Makanan yang tersisa, disuap kembali ke dalam mulut.

"Ya. Lia dengan abang okay je. Tak gaduh pun. Betul lah apa yang abang cakap tu. Dah tak ada apa nak cakap, diam sahaja lah. " aku turut menyokong kata-kata Benjamin. Biar nampak lebih real lakonan kami.

Daddy hanya tersenyum sinis. Kepala dianggukkan lambat-lambat. Sekilas ikan di air, dia sudah tahu jantan betinanya. Sebagai orang tua, dia sudah lama makan garam, menyelami pahit manis kehidupan. Dia tahu ketika mana elok, ketika mana tidak eloknya seseorang itu.

Namun, untuk mempersoalkan sesuatu itu secara berlebihan bukanlah caranya. Cuma, dia berharap jika benar Benjamin dan Aulia bergaduh atau sedang bermasam muka, harapnya cepat-cepatlah keduanya berbaik.

Dia senang melihat keakraban antara Benjamin dan Aulia. Seperti yang dikatakan tadi, dia sudah tua. Banyak pengalaman. Dia juga pernah melalui zaman muda-mudi, cintan-cintun. Jika benar ada rasa yang bertandang antara keduanya, dia tidak pernah berniat untuk menghalang. Kerana, apa yang dimahukan hanyalah kebahagiaan untuk mereka semata-mata.

"Lia naik dulu mummy, daddy. Lia dah kenyang. Ada kerja sikit nak kena siapkan. " tukasku bangun seraya menolak kerusi ke belakang. Aku menuju ke ruang sinki untuk mencuci tangan yang kotor. Usai, terus aku bawa tubuh melintasi belakang badan tegap Benjamin.

Tiada sebarang reaksi yang dipamerkan Benjamin sebaliknya kulihat asyik sahaja makanan disuap masuk ke dalam mulut. Sungguh reaksi selambanya mengundang geram di hatiku. Huh! Apa yang aku perasan hanya hujung ekor Benjamin sahaja mengekori langkahku yang laju.

Tanpa aku sedari langkahku turut diperhatikan oleh dua pasang mata. Keluhan dilepaskan sebelum kepala keduanya menggeleng perlahan. Entah sampai bilalah keadaan ini akan berlarutan. Jauh dari sudut hati seorang ibu, gusar memikirkan ketegangan antara kedua anaknya itu.

••••

Laju jariku menaip di atas papan laptop. Sesekali aku mengerling jam di pergelangan tangan. Jam panjang sudah mulai menganjak ke angka tiga petang. Peluh terasa menitis di dahi meskipun penghawa dingin terpasang kuat di dalam bilik pejabatnya.

Melihatkan angka jam yang sudah tepat menunjukkan pukul dua petang aku mulai kalut. Kalut memikirkan bahawa dokumen yang perlu aku siapkan masih lagi belum lengkap sepenuhnya.

"Lia.." panggilan seseorang menganggu fokusku.

"Yes? " balasku kuat. Wajah kupanggungkan. Terbias seraut wajah Melissa di balik pintu.

"Busy lagi ke? " soal dia perlahan.

Aku anggukkan kepala. Kembali menyambung menaip bait-bait patah perkataan di laptop yang terpasang sedari tadi.

Kalaulah Melissa tahu bahawa sejak dari awal pagi dia sedikitpun tidak berganjak daripada kerusi. Diberikan sepenuh konsentrasinya untuk menyiapkan amanah yang diberikan Benjamin untuk mereka. Namun, kini seakan tidak yakin pula dia mamou untuk menyiapkan kerja tersebut dalam waktu yang ditetapkan.

Liur yang terasa kelat ditelan payah. Tepat pukul nanti dia akan membentangkan kertas kerja daripada pelabur antarabangsa. Terbayang seraut wajah serius dan beku milik Benjamin. Mampukah dia?
Dia takut jika dia tidak mampu untuk meneriam hamburan kata-kata pedas daripada mulut Benjamin.

"Banyak lagi ke yang kena siapkan? " Melissa merapatiku yang dari tadi tunduk menekur di hadapan laptop.

"Sikit lagi. Tinggal nak buat final check sahaja lagi. Then, tinggal print out sahaja untuk jadikan tiga copy. Satu untuk rujukan kita, satu untuk Benjamin dan satu lagi untuk kita berikan kepada pihak pelabur nanti. " ujarku seraya bingkas bangun. Membetulkan urat-urat saraf yang terasa sengal akibat lama menunduk.

"Nak I tolong printkan ke? " soal Melissa lembut.

Aku tersenyum.

"Tak apa ke? Tak menyusahkan you?" soalku kembali. Seboleh mungkin tidak mahu menyusahkan Melissa walaupun mereka merupakan satu team.

Melissa hanya tertawa kecil. Bahuku ditepuk beberapa kali.

"No hal lah. Bak sini, I tolong printkan." pinta Melissa sambil meminta laluan ke tempat dudukku.

Aku beralih. Bertindak ke tepi memberi laluan untuk Melissa print out kertas kerja hasil ideaku.

"Mel. I nak pergi ladies kejap. Nanti takut pula terkucil dalam meeting tu nanti. Mahu mengamuk bapak singa tu.. " ujarku merujuk kepada Benjamin. Seeloknya aku lepaskan siap-siap hajat yang terpendam dan terendam sekarang. 

Melissa hanya membuat isyarat okay kepadaku.

Aku menuju ke ladies di hujung aras. Langkah kuatur pantas ke arah pintu tandas yang terbuka.

Asyik benar mengatur langkah, tanpa sedar hampir terlanggar Akif di hadapanku yang turut baru selesai menunaikan hajat.

"Eh Lia. " sapa Akif perlahan.

"Kif. " sapaku kembali berbasa-basi.

"Laju betul awak. Sikit lagi nak terbabas langgar saya. Kalau tidak mahu tergolek macam filem hindustan kita dua kat sini." seloroh Akif sambil tertawa kecil.

Aku hanya tersengih menayangkan sebaris gigi putih milikku.

"Tak tahan nak terkucil. " ujarku masih lagi bersama sebuah sengihan.

Akif membuntangkan mata. Lah, patut lah Aulia berjalan dah macam formula one, rupanya dah tahan sangat nak melepaskan hajat.

"Ya ka? Dah cepat-cepat. Buat terkucil kat sini jenuh kita. " ditolak bahu Aulia perlahan. Menyuruhku lekas masuk ke dalam tandas perempuan

Aku melepaskan gelak. Terasa lucu melihat gelagat Akif yang kalut semacam.

"Okaylah Kif. Saya masuk dulu. " pamitku.

"Lia!" laung Akif kuat.

Aku yang baru menapak satu langkah menoleh ke belakang.

"Apa lagi awak ni? " soalku geram.

Akif menyeringai sengih.

"Goodluck. See you later.. " terus diatur langkah laju kembali ke ruang bilik pejabatnya

Aku yang masih menghantar langkah laju Akif hanya menyimpul senyum.

"Terima kasih! " bisikku perlahan di angin lalu.

Lima belas minit bertapa di kamar air, aku menapak kembali ke arah bilikku. Daun pintu yang sedikit renggang aku tolak perlahan.

"Dah?" terjah Melissa terus. Aku berikan sebuah senyuman.

"Dah. Lega rasa.. " balasku. Segala fail dan juga kertas yang berselerak di atas meja aku kaut dan letak ke tepi. Nanti-nanti sahaja lah aku kemaskan biar lebih teratur dan tersusun kemas. Sekarang, aku mengejar waktu.

"Meeting start pukul berapa Mel?" renungan aku berikan kepada Melissa di hadapanku yang santai menyilang kaki. Kulihat dia tenang sahaja sedangkan rasaku inilah kali pertama kami diberikan amanah untuk dapatkan sebuah tender daripada syarikat pelabur luar.

Terasa cemburu pula melihatkan ketenangan yang terpancul di seraut wajah cantik milik Melissa. Tidak seperti aku, yang dilanda debar daripada semalam lagi.

Melissa meniup-niup perlahan kukunya yang berwarna cantik. Renunganku dibalas

"Pukul tiga petang. " jawab Melissa perlahan.

Anggukan aku berikan. Jam di pergelangan tangan, sekali lagi aku tilik. Lagi lima belas minit miting akan bermula. Sebaiknya, aku dan Melissa bergerak menuju ke bilik mesyuarat sekarang.

Memandangkan ini adalah kali kedua aku berurusan bersama pelabur asing dan kali pertama untuk Melissa, jadi seharusnya kami menunjukkan peribadi yang elok.

"Jom lah kita gerak sekarang. Nanti takut lambat pula. " ujarku lembut. Baju yang tersarung ditubuh aku betulkan. Rambut aku kemaskan.

Melissa bingkas berdiri. Terpamer gayanya yang tersendiri. Seakan tiada sedikitpun rasa gentar dan debar dalam dirinya

"Lets go.. " pantas kami beriringan menuju ke bilik mesyuarat yang akan bermula sebentar sahaja lagi.

••••

Dengan lafaz bismillah, daun pintu bilik mesyuarat aku tolak perlahan. Melissa menyoroti langkahku dari belakang dengan mengendong beberapa fail yang berisi dengan kertas penting untuk perjumpaan dengan klien pada petang ini.

Tubuh aku labuhkan di kerusi kulit berwarna hitam disertai Melissa di sebelahku.

"Do you nervous? " bisik Melissa rapat di telingaku.

"Well, a little bit. " ujarku tersengih. Rasanya sudah sehabis baik aku sembunyikan segala rasa yang bertandang. Namun, berjaya diperlihatkan jua kepada Melissa.

"I know you can do it,Lia." kata-kata semangat terlontar keluar daripada seulas bibir Melissa. Tangan dikepal sebelum ditolak naik ke atas.

Aku tersenyum. Terasa debar yang melanda sedikit berkurangan.

"I hope so, Mel.." sahutku sambil menghembuskan nafas kuat.

Sesaat, terasa berkeriuk bunyi daun pintu ditolak dari luar. Aku berpaling deras. Sejenak, bauan maskulin memenuhi ruang bilik miting kami pada petang ini. Benjamin melangkah gagah memasuki ruang bilik pejabat. Dengan sepasang sut dark blue tersarung di tumbuh lampai itu menyerlahkan aura maskulin Benjamin Luthfias.

"Ben. Come. Sit here.." Benjamin tersenyum saat namanya diseru Benjamin.

Aku menjeling dengan ekor mata apabila Melissa bingkas bangun beralih ke sisi Benjamin. Liur yang kutelan terasa pahit. Kasar melalui ruang kerongkong.

Benjamin yang masih berdiri perlahan mengatur langkah ke arah Melissa yang sudah siap sedia menanti kehadiran Benjamin dengan sebuah senyuman menawan atau lebih tepat menggoda.

Aku yang berada di kiri Benjamin hanya diam. Menebarkan pandangan ke sekitar ruang bilik miting. Tetiba terasa macam mahu melihat benda lain pula yang tidak menyakitkan mata dan hatiku ketika ini.

Aku agak terasa dengan Benjamin. Sejak dia melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan aku dan Melissa, sepatah perkataan pun tidak terucap keluar daripada mulutnya untuk menegurku. Beda pula dengan Melissa, ramah bukan main. Siap bergelak ketawa mesra lagi.

Melissa juga kulihat turut mengambil kesempatan dengan sengaja merengek menggoda Benjamin. Sekali lagi hilai tawa mesra mereka menyapa halwa telingaku. Mata aku pejamkan rapat. Bibir kugigit kuat. Cuba untuk berlagak seperti biasa walhal dalam hati sikit lagi mahu meletup ibarat gunung berapi memuntahkan lava.

Aku pura-pura menunduk membelek telefon. Namun, tak kusangka pula ada pesanan whatsapp daripada Akif Hafeez. 

'Goodluck Lia'

Tanpa sedar aku melorek sebuah senyuman.

Benjamin berdehem. Aku yang asyik berbalas pesanan Akif pantas panggungkan wajah. Saat itu jua, mata menangkap renungan tajam Benjamin memanah tepat ke mataku. Terasa renungannya seakan mahu merobek jantungku. 

Melissa yang mulai perasan dengan kejanggalan tersebut bertindak segera memutuskan renungan tajam antara kami. Aku melarikan tatapan. Menghela nafas dalam.

"You okay Ben? Tak sihat ke? " mataku membuntang besar saat jemari runcing milik Melissa merayap ke sekitar wajah Benjamin sebelum terhenti di dahinya. Hampir terlopong luas mulutku saat dengan selambanya Melissa bertindak begitu.

Benjamin yang perasan akan riak balas dariku, menepis perlahan jari-jemari runcing Melissa di sekitar wajahnya.

"No, Im fine Melissa." kalut Benjamin menjawab. Melissa hanya menguntum senyum manis.

"Okay." tukas Melissa lembut. Tubuh disandar santai ke kerusi. Kotnya dibuka dan disangkutkan ke kepala kerusi sekaligus mendedahkan alur dada yang agak luas. Aku menelan liur. Benar-benar daring Melissa ini orangnya.

Sekali lagi aku terkejut, tapi berbeza pula dengan Benjamin. Tidak terusik langsung wajahnya malah dengan selamba membelek-belek dokumen di atas meja.

Sekilas, teringat aku akan reaksi Benjamin bila aku memakai baju kebaya ke kampus dulu. Bermatian dimarahi aku. Akhirnya, last warning dikasi ke aku jika sekali lagi aku bertindak memakai baju kebaya tersebut.

Sesekali dikerling aku di sebelah kirinya. Namun, aku buat tidak endah dengan kerlingan tersebut. Kalau dia boleh buat aku macam orang asing, kenapa aku tak boleh. Huh!

"Lambat lagi ke diorang nak sampai, Lia? " Melissa melepaskan keluhan kuat. Bebola matanya dipusing ke atas. Rambut keperangan milik dia dialunkan lembut kiri dan kanan.

Aku hanya mengangkat bahu. Sejujurnya, aku juga tidak tahu akan kedatangan para pelabur itu. Cuma apa yang aku diberitahu, miting bersama pelabur tersebut bermula tepat jam tiga petang.

Seminit, terasa derap tapak kaki menghampiri pintu bilik mesyuarat. Semakin lama semakin kuat kedengaran. Aku berpandangan dengan Benjamin.

Kami bingkas berdiri. Bersedia untuk menyambut kedatangan tetamu. Sejenak, terjengul di muka pintu kelibat para pelabur yang terdiri daripada tiga orang kesemuanya iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan.

"Hai, Encik Benjamin Luthfias. Nice to meet you " salah seorang daripada mereka menyapa Benjamin mesra. Benjamin hanya tersenyum. Aku memandang dari sisi.

"Nice to meet you too. Please, have a sit. " tangan diunjukkan ke kerusi. Tanda mempelawa tetamu untuk melabuhkan duduk di kerusi yang tersedia.

"Thankyou. " sebuah senyuman mesra dilayangkan kepada kami.

Aku menarik nafas dalam. Menghembus dengan kuat. Cuba mengusir debaran yang sesekali bertandang. Aku berpapasan mata dengan Melissa yang berada di hadapanku.

Sebuah senyuman diberikan kepadaku namun tidak tahu kenapa aku rasakan bahawa senyuman tersebut seakan senyuman yang menyeramkan. Tersungging sinis di bibirnya. Arghh, cuma perasaanku sahaja. Bila hati berdebar segala macam perkara jadi serba tak kena.

Aku menguntum sebuah senyuman manis kepada para tetamu yang berada di hadapan kami. Sesaat, aku rasakan tanganku digenggam erat dari bawah meja.

Aku tersentak. Pantas, aku jatuhkan renungan melihat tanganku yang bertaut erat dengan tangan besar Benjamin. Diusap beberapa kali menenangkanku yang dilanda debar. Aku layangkan segaris senyuman sebelum Benjamin bertindak dengan memberi sebuah kenyitan kepadaku.

Mukaku memerah dengan tindakan spontan Benjamin. Melissa berjaya menangkap adegan tersebut, mencerlunkan mata memandangku. Terbias riak kurang senang di wajah cantik itu. Entah kenapa, aku rasa puas bila mana berjaya menimbulkan ketidakselesaan di hati Melissa. Mungkinkah kami musuh dalam diam?

"So, shall we start now? " soal Benjamin mesra. Kerusi dirapatkan ke meja.

Ketiga-tiga pelabur hanya membalas dengan sebuah anggukan tanda mereka bersedia untuk memulakan perbincangan.

Sesi perkenalan dimula oleh pihak kami dan akhirnya miting dimulakan dengan kadar segera.

••••

Benjamin menolak kasar daun pintu pejabatnya. Aku yang menyoroti langkahnya dari belakang diam tidak berkutik. Seakan terbayang hukuman yang bakal diberikan kepadaku kelak.

Sungguh, tidak kusangka perbincangan bersama wakil pelabur sebentar tadi akan jadi seperti ini. Yang paling aku tidak boleh percaya, Melissa bertindak print out kertas kerja yang direject oleh Benjamin tempoh hari.

Bila kusoalkan kepada Melissa, katanya dia tidak tahu bahawa kertas. Kerja yang dia tawarkan untuk print out merupakan kertas kerja yang Benjamin sudah reject. Ahh, salahku juga kerana tidak memaklumkan kepada Melissa terlebih dahulu. Untuk menyalahkan Melissa seratus peratus juga tidak boleh.

Dan satu lagi sifatku adalah, tidak membabi buta menyalahkan orang lain atas kecuaian yang aku lakukan. Daun pintu yang dihempas kasar sebentar tadi, aku tolak perlahan.

Aku menapak perlahan mendekati meja kerja Benjamin. Sesaat, aku tersentak bila kertas kerja ku dibaling kuat ke meja. Elok terhempas kasar di depan mataku. Aku terkesima. Mata aku pejam rapat.

Aku mengangkat muka. Saat itu juga, seraut wajah Benjamin berada di depan mataku. Dapat kulihat sepasang tajam milik Benjamin tajam menikam sepasang mata bundar milikku. Aku terkedu.

Sebegini sekali reaksi yang dipamerkan Benjamin. Besar sangatkah kesalahanku? Ahh, jangan kau persoalkan Aulia. Kerana yang salah tetap salah. Tidak kisahlah jika ia kesalahan besar atau kecil sekalipun.

"Sampah apa yang you bagi kat I ni? " keras suara Benjamin menyoalku yang tunduk menekur di hadapan. Aku diam. Tidak berniat untuk mengambil dan membelek kertas yang dilemparkan ke arahku sebentar tadi.

"Cakaplah. Sampah apa yang you bagi kat I ni? " kali ini tempikan diberikan Benjamin. Terinjut bahuku. Bergetar bibirku dengan tempikan kuat daripada Benjamin. Terasa panas tubir mata.

"Ini kertas kerja yang abang reject tempoh hari.." kataku perlahan. Jari yang dingin aku ramas sesama sendiri.

Benjamin melepaskan ketawa jengkel.

"Ohh, tahu rupanya. Dah tu kenapa masih proceed even I dah reject? " soal Benjamin keras. Hairan sungguh dia kenapa masih lagi Aulia seberani itu untuk tetap meneruskan walaupun sudah dia tolak tempoh hari?

"Maafkan Lia. Tak berniat nak proceed kertas kerja macam tu. " bergetar suaraku.

Benjamin tersenyum sinis.

Ditundukkan wajahnya merapati wajahku.

"Ini bukan kertas kerja Aulia Natasha. Tapi ini sampah. You tahu tak sampah?  Yang selayaknya dihumban masuk ke dalam tong sampah. Bukan dibentang di hadapan pelabur. " Benjamin membentak kuat.

Meja kerjanya ditepuk kuat. Bergegar hingga aku yang berdiri rapat dengan meja turut merasa gegarannya. Aku diam menikus. Tidak sanggup melihat pandangan berapi daripada Benjamin.

Kelihatan beberapa orang pekerja yang lalu lalang juga terjenguk-jenguk bila mana suara tinggi Benjamin kedengaran hingga ke luar.

"Susah sangat ke you nak dengar cakap I? I rasa antara you dengan Mel, you lagi lama bekerja di sini. So, kenapa Mel boleh beri yang terbaik sedangkan you tak boleh?  Benda simple macam ni pun susah ke nak ikut? " tempelak Benjamin sekali lagi. Tali leher yang menjerut di leher di rungkai kasar.

"Maafkan Lia abang. " aku hulurkan kata-kata maaf. Setakat ini, hanya itu yang mampu aku ucapkan.

Biarlah aku mengaku bersalah jika itu sahaja yang mampu memuaskan hati Benjamin ketika ini yang diamuk rasa marah. Takpa, aku sanggup menerima kesalahan tersebut bulat-bulat walaupun ia bukanlah kesalahanku sebenarnya.

Benjamin menghempas kasar duduknya ke kerusi. Renungan tajam masih lagi tidak dilepaskan dari wajahku.

"Stop saying that words, Aulia. "

"Maafkan Lia. " untuk kesekian kalinya, aku hulurkan kata maaf. Cuba untuk menghilangkan rasa bersalah yang berhimpun di dada. Jika itu yang mampu mengurangkan amarah Benjaamin, aku rela untuk menuturkannya sepanjang hari.

"I dah cakap yang I taknak dengar you minta maaf! " sekali lagi meja dihentak kuat.

Bahuku terinjut untuk kedua kalinya. Herdikan kuat daripada Benjamin melapahkan hatiku. Aku hanya diam menunduk merenung kaki. Bibirku kuketap rapat menahan air mata daripada jatuh di hadapan Benjamin.

"Keluar! " sepatah sahaja balasan daripada Benjamin. Aku angkat wajah.

"Ambil balik sampah you ni. Now, keluar.. " arah Benjamin kasar.

Tanpa lengah, lambat-lambat kuambil 'sampah' yang dikatakan Benjamin. Menarik dan menjinjit perlahan keluar daripada bilik Benjamin. Pandangan simpati daripada beberapa orang pekerja aku balas hambar.

Masuk sahaja ke dalam bilik pejabat, aku diterpa Melissa.

Kerusi terus ditarik kuat ke belakang. Tubuh cepat-cepat dilabuhkan di hadapanku.

Aku lemparkan 'sampah' tersebut ke meja. Air mata yang bertakung aku kesat dengan tisu.

Mata naik menentang seraut wajah Melissa di depanku. Jelas terlukis riak serba salah diwajah cantik tersebut. Aku menghela nafas lemah. Lelah dengan semua benda yang terjadi ini.

Melissa pantas menarik kedua belah jemariku. Ditarik dan digenggam erat.

"Im sorry Lia. Sebab I you kena marah dengan Ben. Padahal semua ni salah I. Sepatutnya I tanya you terlebih dulu, bukan buta tuli print out macam tu je. " luah Melissa kesal.

Aku tersenyum hambar. Genggaman Melissa aku balas lemah.

"Tak ada apa lah. Biasalah kena marah. Lagipun salah I juga sebab tak bagitahu you yang mana patut you print out. You sudi nak tolong pun I dah berterima kasih sangat. " ucapku perlahan.

"Sekali lagi, Im sorry Lia. I tak bermaksud nak buat Benjamin marahkan you. Sumpah! " kedua tangannya diangkat seperti berikrar. Kesal sekali riak wajahnya.

Aku menggelengkan kepala.

"Tak apa lah. Benda dah jadi. Lagipun memang patut Benjamin marahkan I. Salah I sebab cuai. Bukan salah you. By the way, tahniah sebab berjaya pikat pelabur dengan paper work you buat. " ucapan tahniah aku hulurkan kepada Melissa yang sudah tersengih lebar.

Nampak jelas betapa dia begitu teruja dan gembira kerana berjaya menarik minat pelabur untuk bekerjasama dengan syarikat Megah Jaya sekaligus meraih kepercayaan daripada Benjamin. Lepas ni nampak gayanya, Melissa sudah berada sama level denganku. Tapi apa-apa pun, aku harap ia merupakan satu persaingan sihat antara kami.

••••

"Kak Mon, saya balik dulu. " ujar perlahan. Sebuah senyuman kulayangkan kepada Kak Mon yang masih lagi tekun menunduk menyiapkan kerja di mejanya.

Kak Mon yang perasan dengan kehadiranku segera angkat wajah. Senyumanku dibalas sebelum kepala dianggukkan.

"Okay, bhai Lia. " ucap KakMon kemudiannya kembali meneruskan kerjanya.

Aku melangkah keluar menuju ke parkir kereta.

"Lia!" aku yang menunduk bersedia untuk lolos masuk ke bahagian pemandu pantas tegakkan kembali tubuh. Rambut yang mengurai aku selit ke belakang telinga.

Terlihat Akif yang tercungap-cungap berlari ke arahku. Aku mengerutkan dahi. Tangan kusilangkan ke tubuh. Menanti Akif.

Seminit, Akif tiba di hadapanku. Merenik peluh di dahinya akibat berlari mendapatkanku. Aku diam. Menanti bicara daripada mulut Akif.

"Nak balik dah? "

Aku mengeluh kuat.

"Dah tu awak ingat saya nak main bola ke kat sini? " sarkastik soalan kuajukan kembali.

Akif menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak adalah. Selalunya Lia balik lewat. Ni macam awal sikit. " tukas Akif merenung sepasang mata beningku. Aku tahu pasti wajahku yang teduh dapat diperhatikan Akif.

"Saja. Rasa macam penat sikit, sebab tu balik awal sikit hari ini. " balasku mengelak daripada tertangkap menipu.

Akif ukirkan senyuman hambar kepadaku. Dirapati tubuhku perlahan.

Kedua belah tanganku digenggam erat. Seakan tahu akan mendung di hatiku ketika ini.

Aku tunduk merenung sepasang tangan Akif yang bertaut rapat dengan jemari runcingku. Tubuh spontan terasa keras. Wajah aku panggungkan kembali.

"I tahu you sedih. Benjamin tak patut marah you macam tu sekali. Sedangkan bukan salah you seratus peratus. " ujar Akif perlahan. Cuba memujukku yang dihurung rasa sedih.

Aku tersenyum hambar. Sejujurnya, aku tidak tahu untuk berkata apa. Reaksi bagaimana harus aku pamerkan. Ikutkan hati, mahu sahaja aku jerit melepaskan beban perasaan di hati. Tapi rasa seperti tidak patut pula.

"Saya okay jelah. Lagipun memang salah saya. Tapi macam mana awak boleh tahu? " soalku pelik. Dahi bercantum seribu.

"Mel yang bagitahu I tadi. Kebetulan kami jumpa di pantry pejabat. Alang-alang minum kami berborak lah kejap. Jadi, dia terlepas cakap pasal you kena marah dengan abang you. " ucap Akif panjang lebar menerangkan kepadaku.

Aku melepaskan keluhan kecil. Saat itu, terpandang akan Benjamin yang beriringan keluar dari arah pintu utama ground floor bersama Melissa di sisi.

Gelak ketawa Benjamin serta merta terhenti saat melihat aku dan Akif yang saling berpegangan tangan. Renungan tajam seperti sebelum ini dihadiahkan kepadaku. Perlahan-lahan jatuh ke tangan kami yang tergenggam erat.

Aku pantas merentap tanganku yang masih digenggam Akif. Bibir kugigit kuat. Selepas satu, satu masalah yang timbul. Tangan kubawa memicit pelipis dahi.

Melissa yang turut melihat keberadaaan kami, pantas dijalarkan tangannya memaut lengan Benjamin. Erat! Aku terkedu. Benjamin pula seakan mahu membalas apa yang dilakukan Akif terhadap aku. Dibiarkan sahaja Melissa merangkul lengannnya erat.

Aku mendongak ke atas. Cuba menghilangkan sesak di dada yang menghentak kuat. Gigi kuketap kuat. Nafas kusedut dalam.

"Hai Akif, Lia. Sweetnya you all" Melissa bertindak mengheret Benjamin menghampiri aku dan Akif. Aku melarikan wajah daripada tatapan dua pasang mata yang menghunus ke mataku.

Akif tersengih. Segan pula tertangkap sedang asyik memegang tangan anak dara orang. Adik tiri Benjamin pula tu. Melihatkan riak tidak senang Benjamin pun sudah buat dia tidak senang duduk. Benjamin kalau sudah dengan muka serius dan bekunya boleh sakit jantung orang yang ada dekat dengannya. Aura dia tu lain macam sangat.

"Tak balik lagi Kif? "soal Benjamin tidak bernada.

"Nak balik lah ni. Kebetulan nampak Lia, aku borak-borak kejap dengan dia. Kan Lia? " ujar Akif meminta aku mengiakan kata-katanya.

Aku hanya menganggukkan kepala. Tak berminat untuk menokok tambah.

"Borak apa tu sampai pegang-pegang tangan? " soal Melissa bercampur usikan.

Akif tersentak. Deheman dikeluarkan. Tubuh dijarakkan daripadaku.

"Hah, tak ada apa lah Mel. Sembang-sembang kosong je. " balas Akif mengelakkan daripada diusik Melissa.

"Eleh, yelah tu. Konon borak kosong padahal dalam hati ada taman." usik Melissa lagi.

Aku menahan sabar yang kian menipis. Kenapa kurasakan usikan Melissa keterlaluan? seolah-olah suka jika Akif mempunyai perasaan terhadapku. Kenapa? makin mudah laluan untuk dia takcle Benjamin.

"Mel. Jangan nak mengarut boleh tak? " selarku kurang senang dengan usikan tersebut.

Melissa kulihat hanya tertawa mesra.

"Alah, bujang sama bujang. Apa salahnya. Kalau dah berkenan tak ada hal lah. "

Aku hanya diam. Malas untuk melayan. Nanti makin menjadi-jadi pula usikannya. Benjamin pula kulihat sudah berang di sebelah Melissa. Terbias raut wajahnya yang merah padam ketika ini. Nampaknya, makin bertambahlah salah faham dalam diri Benjamin terhadapku.

Beg yang tersandang di bahu aku betulkan. Aku perasan sekalipun pandangan Benjamin tidak beralih daripada merenungku. Renungan aku jatuhkan ke arah sepasang tangan yang masih erat terangkul.

Aku pura-pura melihat jam di pergelangan tangan. Wajah Akif yang menyeringai sengih aku pandang.

"Takpa apa lah Akif. Saya balik dulu. Jumpa lagi. Bhai. " pamitku perlahan. Tanpa balasan, aku loloskan diri ke bahagian pemandu. Stereng kugenggam erat. Cuba untuk tidak mudah melatah. Beg aku campak ke kerusi sebelah. Nafas aku hembus kuat sebelum aku meluncur laju keluar daripada kawasan parkir syarikat mewah Megah Jaya.

komen sikit. enjoy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience