BAB 5

Romance Series 247373

Harini aku sampai agak lewat ke kelas. Mujur aku sempat capai kertas kuiz untuk kelas sir Amir. Kalau tidak, mau mendapat aku petang ni. Mesti ingat lagi kan denda lagu baby shark do do do.

Bahu aku yang lebam kehitaman dah beransur pulih. Walaupun masih ada lagi lebam namun tak sesakit macam waktu kena mula mula dulu. Susah jugak aku nak tidur malam-malam. Menelentang je tido pon. Dah macam orang cacat. Huh.

Kain skirt berwarna hitam berbunga putih aku angkat tinggi untuk mempercepatkan langkah. Jam tangan Casio silver aku belek dekat. Mata aku kecilkan untuk memerhati dengan lebih dekat. Lagi 15 minit oii kelas nak mula. Adoiii.

Setiba di kelas DKP 4, aku tolak perlahan pintu dewan kuliah. Kelihatan riuh rendah suara classmates aku yang pelbagai bangsa. Cina ada, India ada, geng borneo jangan cakap laa. Ramai.

Tapi aku suka untuk bergaul dengan berlainan bangsa dan latar belakang ni. Dari situ, minda kita lebih terbuka. Tak stick dengan satu benda je.

Dari jauh, Tiara melambaikan tangan. Aku membalas lambaian Tiara. Sengih je perempuan ni.

"Hai awak" beg laptop aku letakkan di kerusi sebelah.

"Hai awak. Asal cantik sangat hari ni? Kau ada nak pergi mana-mana ke lepas ni ?" mata sepet miliknya menentang mataku.

"Lahh, baru tahu ke aku cantik? Bukan nak kata lah kan, realiti yang harus kau akui dan ketahui. Aku memang cantik sejak dari dalam perut lagi." aku senyum senget.

Tiara mempamerkan wajah menyampah kepadaku.

"Whoa whoa whoa. Stop. Engkau kalau dah masuk bakul angkat sendiri payah lah nak turun balik bakul kau tu. Ehh, petang ni ikut aku pergi airport boleh tak? Free tak? " serentak tubuh aku palingkan ke arah Tiara di sebelah kanan. Wajah aku kerutkan.

"Airport? Petang ni? Nak pergi ambil siapa kat airport? " tanya aku hairan.

"Ya, petang ni. Free ke tidak? Nak pergi ambil sepupu aku. Dia baru balik dari Indonesia. Ada Fashion show kat sana. Flight dia sampai petang ni" jelas Tiara lembut.

"Wow. Model. Mesti cantik kan? Kalau tak macam mana boleh jadi model? Lain lah muka tak siap macam kita ni" serius, aku teruja bila Tiara bercerita kata sepupu dia model. Nak jadi model, muka badan mesti kena A++ laa. Kalau setakat macam kami ni mampu berangan je kut.

"Ehh hello. Muka macam kita ni pun laku okay. Hahahaha. Alaa, tak ada lah cantik mana pon actually. Not bad laa. Sepupu sebelah ayah aku dia tu. Kebetulan tak ada siapa nak ambil dia. Jadi, dia minta tolong aku ambilkan. Kesian pula" terang Tiara panjang lebar. 

Aku menganggukkan kepala.

"Ohhh. Hurmm boleh lah aku temankan kau ambil dia petang ni. Nak jugak merasa tengok model depan-depan mata. Mana tahu kut-kut one day, boleh jadi model macam sepupu kau jugak"

Aku sengih sedikit. Berangan tu, berangan. Sampai ke bulan pegi dia. Belum sempat catwalk dah jatuh tergolek atas stage. Malu mampus.

"Asal? Ada hati nak jadi model ke, ehh engkau kalau betul nak jadi model aku boleh tanya sepupu aku tu. Kebetulan, memang diorang ada duk cari model." serius laa. Boleh percaya ke dia ni. Muka macam tahan gelak je.

"Model apa je yang diorang tengah cari tu?" bersungguh aku soal. Macam berminat.

"Model baju dalam dengan spender. Kalau engkau, sesuai sangat laa. Sting aku yahuuuu! Hahahaha" kurang ajar, dah kata memang menyakat minah ni.

"Hoiiii, kurang ajar. Untuk suami aku jela semua tu. Mana boleh share dengan orang lain"

"Eiuwwww, gatal. Polis tangkap ini budak please"

"Kalau kena tangkap dengan abam polis yang hensem nak lah. Tangkap banyak kali pon takde hal. Aku sanggup" ujar aku kenyitkan mata sambil gigit bibir aku sedikit.

Celoteh kami yang tak pernah habis ditamatkan dengan kehadiran Sir Amir yang segak berbaju kemeja belang gold dipadankan dengan slack hitam. Sir Amir ni bukan tak kacak cuma tulaa kuat bebel. Dah macam budak sekolah rendah dia treat kita orang. Risau kadang-kadang.

" Good evening class. Dah boleh stop sembang dah kut. Nanti habis kelas korang sambung balik cerita korang yang tak pernah nak habis tu. Nak sambung 7 hari 7 malam pon saya tak kisah. Okay, done bebel. So, we proceed our class now. "

See, dah cakap kan, sebelum mula kelas bebel dulu gais. Terapi mulut gituuuu. Kau hado.

______________________________________

Kelas yang berlangsung selama dua jam akhirnya tamat jua. Sekarang, aku dan Tiara sudah sampai di Airport KLIA.

Sementara menunggu kelibat sepupu Tiara, kami melabuhkan duduk di bangku silver yang tersedia. Penutup air mineral aku buka dan teguk airnya rakus. Dahaga pula panas-panas macam ni. Arghhh sedapnya. Hilang rasa dahaga yang menjalar daripada tadi.

Aku melingas ruang legar KLIA yang penuh dengan umat manusia ni.

"Okay-okay, Tia datang dengan member Tia ni kak. Kita orang duduk dekat kerusi berhadapan pintu keluar ni. Oraitt. Bye. "

Suara Tiara menyentakkan aku yang sedap enak melihat gelagat manusia. Sibuk kiri dan kanan.

"Tia, aku nak pergi toilet kejap. Nak terkucil pulak aku. Dah sedap hilang haus, nak keluar pula. Aku pergi toilet kejap ehh" tanpa menunggu respon daripada Tiara, cepat aku atur langkah ke arah toilet. Tak boleh tahan dah hajat ni.

10 minit di dalam tandas menunaikan hajat, aku keluar. Hurrghh, lega. Bunyi telefon di dalam handbag menghentikan langkah aku. Nama Tiara tertera di skrin.

Tangan yang basah segera aku lap dengan tisu. Butang hijau aku slide ke tepi.

"Woii, dah sudah belum? Sepupu aku dah sampai ni tengah sembang-sembang dengan member modeling dia jap. Kau cepat laa. Aku dah lapar. Kang aku makan kau kang. " bebel Tiara di hujung talian.

"Dah sudah dah. Yeye, kejap aku dah otw pergi kat kau ni haa. Sabar laa kejap" ralit bercakap di telefon, tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang menuju ke arah laluan aku.

Pap! Sekelip mata telefonku yang berada dalam genggaman jatuh. Huwaa, telefon aku. Hadiah daripada daddy. Terus aku mencangkung. Kalut aku mengambil telefon itu kembali. Jangan lah rosak.

Sekilas, aku perhatikan dari bawah. Kasut kulit, berkilat hitam. Satu habuk pon tak nampak. Ku tenung lagi ke atas. Seluar. Slack hitam yang tersarung di kaki tegap tersebut.

Liur yang terasa kelat aku telan. Naik ke atas lagi. Baju purple lembut tersarung di tubuh sasa tersebut.

Cepat, aku bangun tegakkan tubub. Jari aku ramas sesama sendiri. Bibirku gigit kuat. Perlahan, ku tenung ke muka cerah tersebut. Malangnya, mata tersebut ditutupi dengan rayban. Jadi, mana mungkin aku dapat tengok mata dia.

Perlahan, lelaki tersebut menanggalkan rayban miliknya sebelum disangkutkan di butang baju kedua miliknya. Terserlah aura maskulin lelaki tersebut. Aku terpaku.

"Mind your step, young lady" terselit nada tegas dalam kata2 lelaki itu.

"Im.. Im.. So.. Sorry" asal tetiba gagap ni. Memalukan betul laa. Tapi wajah lekaki ni macam familiar. Macam pernah nampak tapi kat mana ye. Ishh tetiba hilang ingatan.

Tanpa balasan, segera lelaki itu angkat kaki menuju ke destinasi yang dituju.

_______________________________________

Kembali ke Tiara, kelihatan dia bersama dua orang perempuan tinggi lampai. Tapi aku tak pasti yang mana satu sepupu Tiara. Cantik-cantik semua. Insecure!

"Sorry lambat. Toilet ramai orang" aku senyum kekok sambil hulurkan kata maaf kerana mereka terpaksa tunggu aku.

"So, ni laa kawan Tia ye? Cantikkk! " ohh yang ni sepupu Tiara. Tapi perempuan yang sorang ni lagi cantik.

Sekali lagi aku tersenyum malu "Ye kak. Saya kawan Tiara" aku hulurkan senyuman semanis mungkin.

"Ohh yaa, kenalkan kawan modelling akak, Aqeela Sania. Model terkenal Malaysia. " ujar sepupu Tiara sambil menunjukkan Aqeela Sania pada kami. Seketika kami terpukau akan kecantikan model terkenal tersebut.

Dengan muka teruja kami menyapa.

"Hai. Nice to meet you and to see you" aku suakan tangan and guess what huluran tangan aku bersambut.

"Haii, nice to meet you too" peramah je perempuan ni. Ingatkan sombong.

"Ehh Qeela, you balik dengan siapa ni? Kalau tak, jom laa I hantarkan. Lagipun sehala juga kan" pelawa sepupu Tiara ramah.

"ohh Thankyou Min. Takpa, boyfriend  I datang jemput. Dia cakap dah sampai. Tapi tak itulah tak nampak bayang pun" mata bundar miliknya diliarkan mencari kelibat kekasih hati.

"Haa, tu pun dia. " serentak kami kalihkan kepala ke arah lambaian tangan Aqeela Sania. Masing-masing menanti gerangan jejaka milik model cantik ini.

Sejenak aku terkaku. Lelaki tadi. Aduh, mana nak letak muka ni. Relax Aulia. Just cool. Buat macam tak ada apa-apa. Buat macam tak kenal. Fuh! I can do it.

Lambaian berbalas.

"Hai biy. I miss you so much" didakap lembut tubuh lelaki tegap tersebut. Sekilas kucupan dilayangkan di kedua belah pipi lelaki itu. Tiba-tiba terdetik rasa tidak selesa di dalam hati. Namun cepat-cepat aku tepis. Kenal pun tidak, tetiba nak rasa tak selesa bagai.

Perlakuan tersebut berbalas. Aku dan Tiara hanya berpandangan sesama sendiri sebelum kami memandang tempat lain. Kami bawah umur lagi laa. Sepupu Tiara hanya tersenyum memandang gelagat sejoli di depan matanya. Dah biasa. Kisah apa. Kann.

Seketika mata lelaki itu dan aku bertaut. Lama. Sebelum aku bertindak mengalihkan pandangan ke arah lain. Nampak aura ketegangan antara kami. 

"Ohh ya biy. Kenalkan ini kawan modelling I, Jasmin. Tiara, sepupu Jasmin and you.." lupa pula aku nak kenalkan diri.

Aku tersenyum segaris.

"Ohh i Aulia. Just call me Lia" Aku perkenalkan diri aku. Segan. Mata lelaki itu sekali lagi bertaut dengan aku. Namun, cepat aku larikan pandangan.

"Ohh I see. So meet my boyfriend, Benjamin Lutfias. Hurmm biy. I lapar laa. Makan sikit je atas flight tadi. " ohhh, Benjamin Lutfias nama lelaki ni. Segak macam tuan dia.

Mendengar rengekan daripada si buah hati, hanya senyuman dilayangkan beserta anggukan.

"Okay. Lets go. I bawa you pergi makan dulu then I hantar you balik" untungnya dia. Aku mengeluh perlahan. Nak seorang macam ni boleh tak.

"Okay lah gais. Jumpa lagi nanti. Sorry tak boleh nak sembang lama-lama dengan korang. My hubby ada hal lepas ni. Kalau tidak boleh kita lepak dulu makan ke minum ke sebelum balik" tuturnya ramah.

Kami hanya membalas ujaran tersebut dengan senyuman pendek.

"Alah, nanti-nanti pun boleh. Lagipun your hubby ada hal kan. Menyusahkan dia pula nanti. Untung you Qeela dapat dia" puji Jasmin sepupu Tiara sambil mengerling sekilas Benjamin yang berada di sebelah Qeela.

Benjamin hulurkan senyuman tanda membalas pujian tersebut. Rayban disangkutkan kembali ke hidungnya yang mancung. Bersedia untuk pergi.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, perlahan, pasangan sejoli itu bergerak menuju ke arah pintu keluar. Namun sebelum masing-masing menuju ke arah destinasi yang dituju, sekali lagi aku dan lelaki itu berpapasan mata.

Janggal namun mendatangkan rasa getaran dalam hati. Rayban dipakai kembali dan mereka hilang di ambang pintu keluar. Perlahan aku tepuk dada dan dongak ke langit. Cantiknya waktu petang hampir senja ni. Sekilas, terbayang wajah lelaki tersebut. What a weird feeling!

______________________________________

Sejam kemudian, pasangan merpati dua sejoli itu tiba di sebuah hotel mewah untuk menjamu selera. Benjamin tanpa segan silu menarik kerusi untuk Aqeela Sania melabuhkan duduk.

Si gadis hanya mengukirkan senyuman manis tanda menyenangi perlakuan sweet si teman lelaki.

"Thanks biy" dua ulas bibir merah itu lembut mengucapkan terima kasih. Hanya anggukan kecil dibalas oleh si jejaka.

Benjamin melabuhkan duduk bertentangan dengan si gadis manis pujaan hati. Kedua tangan mencapai buku menu di atas meja dan dibelek-belek untuk memilih menu santapan mulut.

"You nak makan apa sayang? I ingat nak makan beef grill dengan mashed potato je" mata memanah seraut wajah cantik yang galak memilih menu di hadapannya.

Buku menu ditutup. Pandangan Benjamin dibalas disertai dengan segaris senyuman manis.

"Hurmm, I makan spaggethi carbonara jela. Yang tu je Irasa macam I selera nak makan sekarang" buku menu ditolak ke hadapan. Tubuh disandarkan ke kerusi. Mata meliar segenap ruang hotel mewah itu. Cantik!

Seketika, kehadiran pelayan untuk mengambil order mematikan perbualan ringkas dua sejoli itu. Tidak lama perbualan diteruskan kembali.

"So hows your event kat Bali hari tu? Everything okay? Sibuk benar you sampai jarang nak contact I kat sini. Ingatkan dah lupa I kat sini" luahan tersebut langsung tidak terkesan di hati Aqeela sebaliknya diukirkan senyuman senget untuk tatapan si jejaka. Bibirnya dijilat.

"Halah halah, someone merajuk pula. Biy, sorry okay. Bukan niat I nak abaikan you tapi you tahukan I busy. Rest pon tak berapa nak cukup biy. Tapi dont worry, even I jarang contact you sekalipun I tetap ingat you okay. Rindu you sangat-sangat sampai I tak sabar nak balik sini" kedua belah tangan bergerak menggenggam kedua tangan kekar Benjamin. Diusap-usap kedua tangan kekar tersebut.

Sungguh! Dia cintakan Benjamin dan rindu lelaki itu. Mana mungkin dia lupa akan kekasih hatinya.

" I bukan merajuk lah. Saja I nak test you rindu I ke tidak, ingat I ke tidak. Mana laa tahu kan travel sana sini, jumpa lelaki sana sini, takut-takut lupa I yang kat sini" senyuman sinis diukir. Kedua belah tangan dibawa memeluk tubuh.

"Biy, tak baik tahu you cakap I macam tu. Apa you ingat I ni mudah-mudah nak sangkut dengan orang lain? " pegangan tangan dilepaskan dan tubuh disandar kasar ke kerusi. Kedua belah tangan memeluk tubuh tanda protes dengan kata-kata si jejaka.

Sedikit sebanyak dia terasa akan kata-kata Benjamin. Seolah dengan mudah dia mempermainkan cinta mereka.

"Sayang look. I bukan nak tuduh you ke apa ke, macam I cakap I just nak test you je. Dah laa, tak payah lah nak merajuk bagai. Kita makan okay. You lapar kan ? I mintak maaf. Okay baby? " tangan menjalar menggenggam tangan runcing milik Aqeela Sania. Diusap-usap lembut tanda memujuk hati wanita itu yang sedang panas.

Tiada respon balas, dikucup jari jemari runcing itu. Tidak menunggu lama, sebuah senyuman terlakar indah di raut wajah si gadis tanda hati sudah terpujuk.

"I sayang you biy" dikucup juga tangan kekar benjamin.

"I sayang you juga" balas Benjamin lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience