BAB 21

Romance Series 247373

"Mana feel you Qeela? Mana? "

Tempikan suara yang nyaring menusuk ke ruang telinganya tidak endahkan.

Malah, dia hanya mampu berdiri tegak mendengar sumpah seranah daripada krew-krew yang bertugas pada hari itu.

"Arghhhhhh!!!!!" jeritan lantang dikeluarkan. Dia benar-benar dirudung stress setelah kejadian semalam.

Jeritan lantang daripada Aqeela Sania hanya dipandang sepi oleh mereka yang bertugas pada hari ini. Mereka juga sudah letih. Berapa puluh kali terpaksa 'shoot' pose yang sama. Memenatkan!

Turun naik nafasnya menghasilkan dada yang berombak laju. Gigi diketap rapat. Tangan dikepal kejap.

Masih terngiang-ngiang di telinganya hingga ke saat ini, Benjamin bertindak untuk memutuskan perhubungan mereka. Tak guna!

"Guys.." tepukan diberikan oleh pengarah untuk menarik perhatian para krew.

"Kemas semua barang-barang. Buang masa sahaja 'shoot' hari ini. Pastikan sesiapa yang ada personal problem lepas ni jangan sampai bawa sampai ke tempat kerja. First and last warning from me! " amaran keras diberikan.

"..dan you Qeela. You are disqualified! Tak payah datang dah next scene. I tak perlukan artis macam you kalau begini cara you kerja. Everyone dissmissed! "

Aqeela Sania menjeling tajam. Pergi mampus lah korang. Ada aku kesah? Tak hamak lah aku nak kerja dengan korang semua! Dasar balaci!

Tanpa lengah, beg tangan yang terdampar di tarik kasar. Derap langkah dihentak kasar. Berbunyi kuat sepanjang perjalanan.

Alarm kereta ditekan. Pantas dilolos masuk kemudian kereta menderum laju membelah jalan raya. Tujuannya kini hanya satu dan seseorang.

Dia Aqeela Sania lah. Tidak mudah untuk sesekali menyerah kalah. Apa yang dihajati, pasti dia akan peroleh. Stereng kereta digenggam kuat. Tajam renungan diluruskan ke jalan.

Seperti yang sudah dia tekadkan, walau apa pun yang terjadi Benjamin Luthfias tetap akan menjadi milik dia. Sama ada secara halus mahupun secara kasar. Sesaat, ketawa sinis bergema di dalam kereta.

Nombor seseorang didail. Lama berdering sebelum panggilannya dijawab.

"Yes baby? " sahut seseorang di talian.

"You..." rengek Aqeela manja. Menarik perhatian lelaki tersebut.

"Tell me. What do you want? " mendengar rengekan daripada si gadis, serasa bergelora dadanya.

"I on the way ke tempat you. " beritahu Aqeela manja.

"Oh yeah?  Datanglah. I ada je. Plus I miss you too baby.." ucap si lelaki bermanis kata. Memancing si gadis agar tergoda.

"Wait for me okay. I will be soon.. " panggilan terus ditamatkan. Bibir mengukir senyuman senget. Telefon terus dilontar ke kerusi penumpang di sebelah. Minyak ditekan dan kereta terus meluncur laju menghala ke destinasi yang dituju.

Setengah jam meredah jalan, akhirnya dia tiba di sebuah kondo mewah milik si lelaki. Senyuman dilayang ke arah guard di pintu masuk. Mudah kan? Kerana guard tersebut sudah mengenali Aqeela kerana kerap berkunjung ke sini. Betapa Benjamin selama ini tertipu.

Kad akses masuk dilalukan dipintu. Sekelip mata, tubuh sudah memasuki ruang mewah kondo kekasih gelap. Mencari gerangan seseorang yang bercakap di talian sebentar tadi.

Tanpa sedar, tubuh mungilnya dirangkul dari belakang. Bertalu-talu kucupan menyinggahi bahu dan lehernya yang terdedah. 

"You..ishhh, taknak lah. Geli la.. " rengek si gadis walaupun sebenarnya dia juga sudah terbuai dengan sentuhan tersebut.

"I miss you.. " bisik kekasih gelap manja.

Tubuh dipusingkan menghadap kekasih gelapnya. Sebuah kucupan dilayang ke pipi berkumis nipis tersebut.

Ditarik tangan si kekasih ke sofa ruang tamu. Dengan senyuman menggoda, tubuh kekasih gelap ditolak arah sofa sebelum dilabuhkan duduknya di atas ribaan lelaki tersebut.

"You.. "bisik Aqeela. Dialurkan jari jemari ke dada bidang kekasih gelap.

" Yes baby? "

"I ada benda nak bagitahu you. " ucap Aqeela mula bernada serius.

Kening diangkat. Tanda menyoal.

"Benjamin dah putuskan hubungan kami. "

"Then? " soal kekasih gelap setelah lama menghadam kata-kata si gadis.

" Masalahnya, I tak boleh terima kalau dia jadi milik orang lain you tahu tak?  I tak boleh terima!! " tanpa sedar dia terjerit kuat.

"Tak guna punya perempuan. Jangan harap Benjamin akan jadi milik kau. Langkah mayat aku dulu lah. Arghhh!!Perempuan tak guna! " Aqeela sudah seperti dirasuk. Menjerit tanpa menghiraukan sesiapa.

Tubuh dibangunkan. Rambut diselerakkan. Tubuh mundar-mandir. Sungguh, dia betul-betul tidak boleh terima bahawa Benjamin sudah memutuskan hubungan mereka.

Melihatkan si kekasih yang dilanda kekusutan yang maha hebat, pantas dia juga turut bingkas berdiri. Dipaut bahu Aqeela supaya menghadapnya.

"Hey, relaks! Calm down baby. Tell me now. Siapa perempuan tak guna tu? " dikucup dahi si gadis menyalurkan ketenangan. Sementara itu, turut dikorek rahsia gerangan perempuan yang dimaksudkan Aqeela sebentar tadi.

"Aulia Natasha. Adik tiri Benjamin. I tahu. Benjamin bertindak putuskan hubungan kami sebab betina tu. Dari awal lagi I dah agak. Semalam I sendiri nampak dengan mata kepala I yang betina tu papah Benjamin ke kereta. So memang betul Benjamin dah fall in love dengan adik tiri dia sendiri. Kurang ajar!  " terang Aqeela berselang seli dengan dada yang berombak kencang menahan amarah yang kian mengasak.

Rahangnya bergerak-gerak. Tidak tahu cara untuk bertenang lagi. Bagaimana mahu dikhabarkan perhubungan yang sudah putus kepada si ayah? Kerana masing-masing mengetahui, Benjamin 'lubuk emas' mereka anak beranak.

Sudahlah satu Malaysia dicanangnya bahawa dia merupakan bakal isteri Benjamin walaupun Benjamin tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Bagitahu I Daniel macam mana I nak bertenang? Macam mana? Everything is ruined now! " wajah didongakkan memandang ke siling.

"You nak Benjamin kan? " soal Daniel tersenyum sinis.

Bibir digigit kuat sebelum kepala dianggukkan laju.

"Then we have the same mission Aqeela. You pun tahu apa yang I nak kan selama ni? "

Sekali lagi kepala dianggukkan. Dia tahu apa yang Daniel mahukan selama ini. Sebenarnya, Daniel merupakan orang yang bertanggunjawab membuatkan Aqeela meninggalkan Benjamin suatu ketika dahulu.

Namun, akibat sikap Daniel yang terlalu mempergunakan Aqeela menyebabkan hubungan terlarang antara mereka berakhir sebelum kembali menjalinkan hubungan terlarang mereka awal tahun lalu.

Aqeela juga tahu bahawa Daniel berdendam dengan Benjamin. Entah lah, sebenarnya dia juga kurang arif dengan dendam tersebut. Namun, seingatnya Daniel mahu melihat Benjamin merana dan jatuh. Kisah silam tanpa sedar telah menjerut dia dalam kehidupan dua lelaki ini.

"Good. So I rasa kita dah boleh rangka plan kita untuk jayakan misi kita masing-masing. Sebelum tu I nak bawa you release stress dulu.. " kedua belah pinggang langsing Aqeela ditarik rapat ke tubuhnya. Sekarang, masa untuk bermadu asmara pula.

Tanpa lengah, ditarik tangan si gadis ke ruang kamar peraduannya yang mewah. Sesaat, masing-masing sudah lemas dengan tuntutan nafsu yang sentiasa bergelora meminta untuk dilampiaskan.

••••

Aqeela yang sedang lena pulas setelah aktiviti antara mereka sebentar tadi disebelahnya dipandang sinis. Selimut yang bergumpal melindungi tubuh mereka yang terdedah, diselak.

Sebatang rokok dikeluarkan. Tubuh dibawa ke balkoni. Angin menyapa sekujur tubuh miliknya yang hanya dilindungi sehelai boxer.

Tubuh dihempas ke bangku putih. Menyilangkan kaki sambil mulut menghembus asap rokok. Berasap memenuhi udara.

Sekilas, terbayang akan peristiwa yang membawa dendam yang berpanjangan kepada Benjamin.

Masih terakam kemas di memori ingatannya, saat cintanya ditolak oleh seseorang yang sangat dipuja. Dia, Benjamin, Addy serta beberapa rakan yang lain merupakan classmates semasa menuntut di universiti.

Pada awalnya hubungan antara mereka sangat akrab. Baik seperti adik beradik kandung. Di mana ada Benjamin, di situlah ada Addy dan dia. Seperti belangkas lagak mereka.

Namun, kehadiran seorang perempuan di universiti telah menjadi titik tolak kepada perbalahan antara mereka. Laila Isabella, siapa sahaja yang tidak terpikat akan kejelitaan wajahnya. Cantik tiada bandingan.

Persis perempuan melayu terakhir. Tingkahnya, susunan katanya. Benar-benar membuat Daniel terpikat. Berapa ramai lelaki yang memujanya dalam diam. Tidak terkecuali dirinya sendiri.

Namun, sayang seribu kali sayang. Laila jatuh cinta pada orang yang salah. Laila akhirnya memilih untuk jatuh cinta terhadap Benjamin sedangkan Benjamin bukanlah orang yang memuja dan menginginkan Laila Isabella. Hanya mengganggapnya tidak lebih daripada seorang rakan. 

Keadaan tersebut telah membuatkan, Laila Isabella kecewa sehingga tekad untuk menamatkan riwayatnya. Walaupun masih samar-samar sebab perempuan itu mati tapi dendam tetap menyala di dalam dirinya.

Kejadian tersebut, akhirnya telah membawa terdetiknya dendam di hati Daniel. Dia merasakan bahawa Benjamin orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Laila Isabella, gadis yang dia puja dalam diam selama ini.

Detik itu telah menjadi saksi hubungan yang akrab telah menjadi renggang. Dia sendiri yang bertindak untuk merenggangkan hubungan tersebut.

Betapa dia diselubungi rasa gembira saat berjaya melihat kekecewaan dan kelukaan yang dihadiahkan Aqeela Sania kepada Benjamin. Seakan terasa, sedikit sebanyak dendamnya terbalas. Namun, dia masih lagi belum puas. Belum puas untuk melihat Benjamin jatuh tersungkur hingga tidak lagi mampu bangun.

Oleh sebab itu, dia kekal untuk berpura-pura bersama dengan Aqeela Sania hingga ke saat ini. Aqeela merupakan 'senjata' untuknya memenuhi dendamnya.

Sikap Aqeela Sania yang mudah tergoda dan digoda secara tidak langsung semakin menyenangkan kerjanya. Disogok sahaja dengan kemewahan, belaian manja, cinta yang palsu, dan dengan mudahnya Aqeela Sania ditakluki.

Sekarang, sekali lagi dia mahu melihat kekecewaan dan kelukaan untuk Benjamin. Kalau terpaksa melibatkan orang terdekat dengan Benjamin juga dia akan lakukan. Hanya untuk melihat Benjamin sengsara! Itu tekadnya walaupun terpaksa mengorbankan dirinya sendiri.

••••

Aulia POV

Pejam celik, pejam celik kini sampailah kepada waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Penat lelah menghabiskan masa selama empat tahun untuk menggenggam segulung ijazah.

Jadi hari ini merupakan...

Yeay!  Today is a Graduation Day!!!!!

Seawal pagi aku sudah bangun untuk bersiap. Sepasang baju kurung moden berwarna grey keungguan keluaran Hijabistahub menjadi pilihanku. Rambut aku gayakan kemas. Mekap tipis aku layangkan ke wajah namun masih lagi menyerlahkan kecantikan semulajadiku.

Namun, aku sedikit ralat bila Benjamin tidak dapat turut serta untuk meraikan hari bermakna ku kerana Benjamin kini berada di Penang atas urusan kerja.

Walaupun mulut berkata tidak kisah namun jauh di sudut hati aku mahu kehadiran Benjamin meraikan hari graduasiku. Tapi, siapalah aku untuk memaksa dan meminta lebih.

Seharusnya aku bersyukur kerana masih punya mummy dan daddy Razman di hari kejayaanku. Untuk daddy, hanya mampu kukirimkan doa agar daddy ditempatkan dalam kalangan para solehin. Tidak terkecuali juga mummy Neesa.

Kepada mummy dan daddy sudah kutitipkan pesan untuk bertolak ke kampus lebih awal. Memandangkan ada juga universiti lain yang turut mengadakan Konvokesyen pada hari ini, kemungkinan untuk berlaku kesesakan lalu lintas itu tinggi.

Keluar dari bilik, aku terhenti sebentar di hadapan pintu bilik Benjamin.

'Lia harap abang ada hari konvo Lia'

Takut terlewat, segera aku masukkan keperluan konvo ke dalam kereta. Tidak lama muncul kelibat daddy dan mummy di belakang. Segak keduanya mengenakan baju batik sedondon berwarna baby blue.

Masing-masing menghadiahkan senyuman kepadaku.

"Are you ready sayang? " soal mummy riang.

Aku mengganggukkan kepala. Segala macam rasa bercampur baur. Teruja, gembira, sedih, ralat, terkilan semuanya bersatu. Harapku, semuanya baik-baik sahaja.

"Dah jom. Nanti-nantilah buat drama air mata. Sekarang kita gerak dulu. Takut jammed payah pula nanti. " ajak daddy menapak ke bahagian pemandu.

"Lia tak ada tinggal barang apa-apa dah? Bukan apa, nanti jadi lambat nak patah balik ambil.. " ujar mummy  bertanya jika aku ada tertinggal barangan penting untuk istiadat konvo.

Pantas aku belek beberapa kali. Berpuas hati tiada sebarang barang yang tinggal, aku anggukkan kepala.

"Tak ada mummy. Semua ada cuma abang Benjamin je yang tak ada. " bisikku perlahan sambil merenung ke luar cermin kereta.

Mummy dan daddy mengulum senyum mendengar rungutanku.

"Alah. Daddy dengan mummy kan ada. Lagipun hari ni kan hari bermakna untuk Lia, jadi Lia tak boleh sedih-sedih. Kena happy. Okay?" tukas daddy memujukku.

Aku tersenyum pendek. Biarlah kalau Benjamin tiada sekalipun. Sekurangnya dia sudah wish awal-awal pagi kepadaku.

Sejam mengharungi perjalanan, akhirnya kami tiba jua di perkarangan dewan konvo hari ini. Kelihatan ramai sekali warga pelajar bersama dengan para ibu bapa sibuk ke sana ke mari. Ada yang sedang mempersiapkan anak mereka, ada yang sedang memangku bunga dan belon yang berterbangan di udara.

Pendek kata, masing-masing sibuk dengan persiapan masing- masing. Asyik memerhati segenap ruang dengan gelagat mereka, telefon di dalam tas tangan menjerit nyaring.

Aku menepi. Mencari ruang untuk berlindung daripada panas. Tertera nama Benjamin di skrin. Serentak, bibir menguntum senyuman mekar.

"Hello.. " sapaku lembut. Tubuh aku bawa menyandar di bangku yang disediakan.

"Hai.." sapa Benjamin kembali.

"You all dah sampai dewan ke? " soal Benjamin terus.

"A'ah. Dah sampai dewan dah abang." jawabku. Senyuman orang-orang yang lalu lalang di hadapan kubalas mesra.

"Baguslah kalau macam tu.By the way, congrats baby girl. I'm so proud of you! " kata-kata berbaur pujian diucapkan kepadaku.

Aku tersenyum. Gembira bila dia sudi meluangkan masa untuk menelefonku walaupun sebentar untuk mengucapkan ucapan tahniah sempena hari bermaknaku.

"Terima kasih abang. " balasku ringkas. Tidak tahu sebenarnya untuk membalas apa. Ikutkan hati banyak benda mahu aku katakan tapi seperti biasa, tersekat di keronkong.

"Sorry sebab tak dapat nak celeb hari bermakna you. "

"Takpa. Lia faham. Abang ada kerja yang perlu siapkan. Abang call ucap tahniah pun dah buat Lia happy. " ujarku perlahan. Rasa terkilan aku sembunyikan. Sedaya upaya cuba bersuara riang.

"Okaylah. I off dulu. Bhai Lia. See you soon.. " aku mengeluh. Memandang skrin telefon yang sudah gelap. Malas untuk terus larut dalam rasa sedih dan terkilan, aku bergerak menuju ke arah mummy dan daddy yang sedang berada di kerusi untuk para waris.

Kelihatannya, Benjamin seperti rushing. Bercakap pun tidak lama. Hanya sekadar menelefon untuk mengucapkan tahniah semata-mata. Entahlah. Mungkin ada kerja yang perlu disiapkan mungkin.

"Cakap dengan siapa tadi? " soal mummy. Punggung aku labuhkan bersebelahan mummy.

"Cakap dengan abang Ben. Dia call ucap tahniah kat Lia. " jawabku.

"Oh, baguslah. Ingat juga dia pada adik tiri dia ni. " usik mummy membetulkan letak baju di tubuhku.

Aku tersenyum malu.

"Lia!!! " jerit Tiara kuat.

Aku pantas menoleh. Kelibat Tiara yang cantik manis mengenakan kebaya biru gelap terbias di mataku. Kelihatan Azim juga turut berada mengikuti langkah Tiara dari belakang. Segak bergaya warna senada bersama buah hati.

Aku bingkas berdiri. Berjalan merapati Tiara dan Azim. 

"Puas aku cari kau tau. Nasib baik jumpa. Aku call, whatsapp kau tak balas pun. Habis kredit aku asyik masuk mailbox.." rungut Tiara sambil mendengus kuat.

"Kau ada call ke? " tanyaku meminta kepastian. Telefon yang berada di tangan aku belek.

Aku tersengih menampak barisan gigi yang tersusun cantik.

"Cantik kau hari ni Lia. Ingat artis mana lah yang grad sekali dengan kita. Baru nak ajak bergambar. Hahaha.. " ujar Azim membelek aku atas bawah.

Aku menolak kepala Azim perlahan.

"Kau jangan Azim. Kejap lagi ada yang lancar perang saraf dengan aku." Tiara yang sudah menarik muka masam disebelah aku kerling sekilas.

"Oh, Lia awak puji cantik. Saya, awak tak puji pun" balas Tiara sebal. Azim dijeling tajam sebelum dipalingkan tubuhnya menghadap ke arah padang.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mula dah rajuk laki bini ni.

Azim mulai kalut menyedari Tiara terasa hati dengan pujian yang diberikan kepada Aulia sebentar tadi.

"Eh yang. Janganlah merajuk. Awak lagi cantik lah. Kalau tidak saya tak adalah gigih nak mengurat awak dulu.." ujar Azim merapati Tiara yang sudah memuncung panjang ke depan.  Dah gaya boleh buat ampaian sangkut baju dah.

Aku menahan ketawa melihat gelagat pasangan sejoli yang masuk air ini. Alangkah bahagianya kalau aku juga punya pasangan. 

"Betul saya cantik?  Awak tak tipu kan? Kalau awak tipu, saya potong anu awak. Bagi anjing makan. Padan muka! " ayat berani mati diucapkan Tiara.

Tidak menahan, ketawa kuat aku lepaskan. Azim di sisi Tiara sudah membulatkan mata. Liur ditelan payah. Mata dikelip beberapa kali.

"Be.. Bet..betul lah sayang. Mana ada saya tipu. " tangan gaya ikrar dilakukan Azim.

Tiara menguntum senyum kembali

"Okay. Saya percaya."

Azim menarik nafas lega. Payah kalau Tiara melancarkan rajuknya. Tujuh hari tujuh malam belum tentu terpujuk. Sampai otak naik tepu memikirkan cara untuk memujuk buah hati yang nakalnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Dah lah korang. Menyampah aku tengok. Tak habis-habis buat drama. " selarku terus menuju ke arah mummy dan daddy kembali.

"Jelous lah tu. Kan biy kan? " bahu Azim disenggol manja.

Azim hanya mengangkat bahu. Malas untuk berkata apa-apa.

"Mummy dengan daddy nanti tunggu pengumuman daripada diorang untuk waris masuk ke dalam dewan. Dalam tu nanti jangan lupa refer kad untuk tempat duduk yang mereka dah bagi. Lia kena masuk dulu." ujarku panjang lebar mengenai aturcara majlis istiadat konvokesyen.

Daddy dan mummy saling mengganggukkan kepala tanda maklum akan maklumat yang aku sampaikan. 

"Lia. Jom. Diorang dah panggil kita beratur masuk dah tu. " tanganku ditarik Tiara.

"Mummy, daddy Lia masuk dulu okay. Jumpa di dalam.. " pamitku terus berpegangan tangan bersama Tiara menuju untuk beratur masuk ke dalam dewan. Sebelum masuk sempat aku toleh ke belakang. Mencari kelibat Benjamin walaupun aku tahu Benjamin tidak akan muncul. Namun, besar harapanku untuk melihat Benjamin ada bersama.

••••

Aku beriringan keluar daripada dewan bersama mummy dan juga daddy. Betapa aku menyaksikan seraut wajah bangga mummy. Aku juga tahu jauh di sudut hati, mummy mengharapkan daddy saat meraikan kejayaanku. Tapi, ketentuan takdir tiada siapa boleh menolak. Hanya terima dengan hati yang reda.

Kini tiba saat-saat yang dinantikan oleh semua orang. Saat bergambar untuk kenang-kenangan di masa akan datang. Saat aku menuju keluar, terdapat beberapa orang pelajar datang menerpa ke arahku.

"Tahniah Lia cantik"

"Tahniah Tasha. Jumpa lagi. "

"Tahniah Aulia cantik manis"

"Tahniah Aulia Natasha"

Aku terkesima. Bertalu-talu ucapan diserta dengan beberapa jambak bunga diberikan kepadaku

Aku tercengang. Mata yang membulat besar semakin terjegil luas. Serasaku,  selama belajar tiada pula aku pernah menerima jambangan bunga begini. Jangankan kata banyak, satu pun tiada.

Hanya anggukkan dan senyuman manis sahaja yang mampu kubalas atas ucapan dan juga jambangan bunga ini.

"Ehem! Ramainya peminat.. " deheman dan suara yang berbisik di telingaku membuatkan aku tersentak.  Pantas aku tolehkan tubuh ke belakang.

Saat, seraut wajah tersebut berdiri tegak di hadapanku, terus mataku berkaca. Terasa sebak tiba-tiba.

"Abang! " jeritku kuat. Tanpa silu, memeluk erat tubuh Benjamin.

Jatuh bertaburan bunga di tanganku. Kedengaran tawa mesra Benjamin di telingaku. Setitis air mata mengalir mengenai bahu Benjamin.

"I tak benarkan you menangis hari ni, Aulia Natasha.. " bisik Benjamin di telingaku saat terdengar esak tangisku di bahunya.

"Biarlah. Nak nangis juga." gumam kumanja di bahu Benjamin.

"Make-up cantik-cantik lepas tu menangis. Habis comot. Tak pasal jadi huduh." kutuk Benjamin terang-terangan.

Nasib sahaja aku sarungkan heels yang agak tinggi. Jadi mudah untuk aku menyamai ketinggian Benjamin.

Pelukanku dibalas Benjamin. Ketawanya masih tidak lepas didendangkan. Aku masih lagi dihurung rasa terharu. Tidak sangka, Benjamin datang meraikan hari kejayaanku.

Aku jarakkan tubuh kami. Wajah Benjamin yang tersenyum manis menyapa ruang mata. Segak mengenakan rayban hitam. Di tubuh sasanya pula tersarung baju kemeja ungu lembut bersama seluar slack hitam. Beberapa orang pelajar yang berdekatan dengan kami kerap kali menoleh sekaligus menimbulkan rasa cemburu di hatiku.

"Cakap tak datang. " rungutku manja.

Benjamin tertawa kecil.

"I tak cakap pun I tak datang." tukas Benjamin.

Aku mencebik.

"Lia mati-mati ingat abang tak datang tahu.." omelku sambil merenung dada Benjamin.

"I kena datanglah. Tidak ada budak tu sedih sebab I tak celeb konvo dia. Merungut kat mummy dengan daddy. So please, thanks to me sebab I sanggup settlekan kerja cepat-cepat kat Penang semata-mata nak celeb hari bermakna you. " daguku dipaut manja. Kata-kata tersebut dibisikkan rapat di wajahku.

Aku berdehem. Perasaan yang jatuh bergelimpangan aku stabilkan kembali.

"Okay. Thank you very much. So mana hadiah untuk Lia? " telapak tangan aku unjukkan ke hadapan Benjamin.

Jari seksi miliknya dibawa bermain di bawah dagu. Direnung aku yang masih terkebil-kebil menanti hadiah darinya.

"Pejam mata dulu. " arah Benjamin. Bibir terlakar senyuman senget. Smirk face ditayangkan.

Aku mengerutkan dahi. Tetiba suruh pejam mata.  Nak buat silap mata ke apa? 

"Nak buat apa pejam mata? " kedengaran polos soalan kuberikan. Benjamin ni bukan boleh jangka orangnya. Ada sahaja idea nak membuli aku.

"Pejam jelah. Banyak soal pula" rungut Benjamin. Topi di atas kepalaku dibetulkan kedudukannya.

Aku mengherotkan bibir. Sesaat, mata aku pejamkan rapat.

"Okay. Now you can open your eyes.. " bisik Benjamin.

Pantas aku celikkan mata yang terpejam seperti diarahkan Benjamin.

Tiga saat, aku terkedu. Mulut melopong luas bila sejambak bunga ros merah sebesar pemeluk terhidang di depan mata. Hilang terus kelibat Benjamin di sebalik jambangan bunga yang merah menyala.

"Ambil lah. Tadi kalut sangat minta hadiah. Nah!  Sejambak besar I bagi kat you. Boleh bawa tidur terus.." disuakan lebih dekat ke arahku

Aku yang masih dibuai rasa terkejut, menyambut lambat-lambat huluran jambangan bunga daripada Benjamin. Terdengar siulan-siulan nakal rakan-rakan sekelas. Aku endahkan sahaja. Malah, aku bawa ke hidung. Menghirup aroma bunga segar.

Benjamin tersenyum segak sambil kedua belah tangan diseluk masuk ke dalam poket. Tampak kacak bergaya. Sekali lagi aku cair.

"Sedih lagi? " soal mummy yang muncul tiba-tiba dari belakang.  Melenggang beriringan bersama daddy. Tadi masing-masing meminta diri ke tandas.

Aku tersenyum malu. Kepala aku gelengkan laju.

"Tak sedih dah la tu. Siap pakej dapat bunga besar pemeluk. Seronoknya dapat bunga besar" sahut daddy pula tumpang sekaki mengusikku.

Renungan aku jatuhkan ke arah Benjamin.  Senyuman semanis madu aku hadiahkan kepada dia. Sungguh kini aku rasa bahagia.

"Jom kita bergambar. " ajak daddy memecahkan suasana antara kami.

"Jom.. " mummy turut mengajak.

Beberapa pose aku gayakan. Untuk sementara, Benjamin lah yang menjadi tukang ambil gambar. Pelbagai gaya aku lakukan. Rasa segan diperhati aku ketepikan. Bukan selalu nak konvo.

Habis bergambar bersama daddy dan mummy, giliran Benjamin pula bergambar denganku. Rasa teruja bercampur debar bermain di dada.

Untuk seketika, kekok untuk kami menggayakan pose masing-masing. Mummy dan daddy pula yang menjadi pengarah tak berbayar.

"Ben, Lia. Jangan keras sangat boleh tak? Bergambar dah macam tugu negara. Tegak sahaja. " omel mummy.

"Jangan lah formal sangat bergambar tu.  Ingat pose untuk majalah bisnes ke apa kamu berdua ni? " rungut daddy pula.

Aku dan Benjamin sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Saling merenung antara satu sama lain. Janggal tiba-tiba. Mana biasa bergambar mesra-mesra. Lainlah kalau sesama jantina. Kali terakhir, pose mesra hanya ketika hari perkahwinan mummy dan daddy itu hari.

"Okay fine! " sahut Benjamin kuat.

Aku mendongak memandang wajah Benjamin.  Keningku angkat.

Pantas pinggangku ditarik rapat ke tubuhnya. Pinggangku dipeluk dari belakang. Aku tersentak.

"You look prefect today.." bisik Benjamin perlahan ditelingaku.

Aku yang mendengar pujian tersebut hanya mengulum senyum. Terasa melayang sebentar tubuh di awang-awangan.

Tangan kurusku naik menggenggam lengan Benjamin yang melingkari perut leperku dari depan.  Senyuman manis aku berikan dan klak! Ia diabadikan oleh daddy. Beberapa pose mesra lain turut kami gayakan. Kalau tadi kekok, kini tidak lagi. Malah, seakan selesa pula. 

"Haa, pose macam ni kan cantik.. " isyarat bagus ditunjukkan ke arah kami.

"Tahniah Aulia.." ucapan tahniah seseorang membuatkan aku menoleh ke tepi.

Terlakar seraut wajah kacak Rayyan yang sedang tersenyum manis di sebelahku.

Pantas aku larikan wajah ke arah Benjamin. Terlakar riak kurang senang di wajah tersebut. Bibir kugigit lembut. Senyuman Rayyan aku balas. Sekadar berbasa-basi.

Terasa rangkulan ketat Benjamin diperutku. Tangan Benjamin aku genggam erat. Mengusap-ngusap lembut. Memujuk dalam diam.

"Nah. Untuk Lia. " sejambak bunga teluki putih diunjukkan ke arahku.

Aku terngadah. Beberapa saat aku biarkan ia tidak bersambut. Terbayang kejadian bunga Akif dahulu. Kerana bunga dari Akif lah yang menjadi punca Benjamin berang denganku.

"Ambillah.." tidak mahu memalukan Rayyan, akhirnya aku sambut jua bunga yang terhulur.

"Terima kasih.." ucapku perlahan.

"Abang harap kita dapat jumpa lagi lepas ni. I'm gonna miss you Lia. " ucap Rayyan lembut. Renungan tajam dari Benjamin seakan tidak dipedulikan. Tiada sedikitpun rasa tergugat. Malah, sengaja diungkapkan kata-kata manis tersebut.

"In shaa Allah. Kalau ada rezeki.. " ringkas sahaja balasan kuberikan.

"Okaylah. Abang gerak dulu. Bhai Lia. See you again.." pamit Rayyan terus angkat kaki beredar ke arah keluarga besarnya.

"Huh! " terdengar dengusan kasar daripada Benjamin. Dilepaskan rangkulan di pinggangku. Bibirku kemam. Tadi bukan main peluk aku depan Rayyan. Macam nak ajak masuk aku duduk dalam perut dia.

Benjamin yang mahu melangkah pergi, aku paut dari belakang.

"Abang pegang kejap bunga ros ni." pintaku.

Benjamin mengerutkan dahi. Namun, akhirnya Lambat-lambat disambut jua ke pangkuan bunga pemberiannya tadi.

Aku atur langkah ke arah rakan sekelasku. Benjamin hanya memerhati.

"Nana. " seruku.

Rakan sekelas yang kupanggil Nana pantas menoleh ke arahku.

"Lia. Ada apa? " soal Nana terus.

"Nah!" bunga teluki pemberian Rayyan aku unjukkan ke arah Nana.

Pandangan pelik diberikan kepadaku. Wajah dan bunga di tanganku dipandang bersilih ganti.

"Aku tak minat bunga teluki putih ni. Jadi aku bagi lah dekat kau sebab aku tahu bunga ni bunga kesukaan kau kan? " ujarku tertawa mesra.

Nana tersengih suka. Tidak lama, disambut bunga tersebut dari tanganku.

"Terima kasih Lia. " ucapnya riang.

Anggukkan kuberikan sebelum melangkah kembali ke arah Benjamin.

"Kenapa bagi kat dia bunga abang Rayyan you tu? Tak sayang ke? " soal Benjamin bercampur sindiran.

Aku tersenyum. Lengan Benjamin aku rangkul.

"Lia tahu abang tak suka Rayyan bagi bunga kat Lia. So, Lia bagi lah kat Nana. Settle! " terangku.

Kulihat Benjamin ukir senyum senang. Namun, pantas disembunyikan daripada tatapanku.

"I tak cakap pun I tak suka" provok Benjamin. Aku tercengang.

"Ohh yaka? Kalau macam tu kejap Lia pergi minta balik bunga Rayyan bagi tadi kat Nana.. " tukasku sudah memusingkan badan acah-acah untuk mengambil kembali bunga tersebut.

Tanganku pantas direngkuh dari belakang.

"You jangan nak macam-macam Aulia. Jangan berani nak pergi ambil balik. I tak suka" keras suara Benjamin menahanku.

Aku mengulum senyum. Kan senang kalau terus-terang bagitahu benda yang betul. Ini tidak, lagi mahu temberang.

"Ohh, Nana nama kawan you tadi tu? "

Aku anggukkan kepala. Nana yang asyik bergelak ketawa aku kerling.

"Kenapa? " soalku.

"Cantik! " serentak terus dibawa langkah meninggalkan aku di belakang dengan perasaan berbaur cemburu. Tak guna Benjamin. Dia bagi buah keras kat aku balik. Siap dia. Selisih dengan Rayyan nanti aku buat-buat gedik. Biar kau bara pula. Huh!

Mummy dan daddy yang berada di bawah khemah, hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat kami yang seperti kebudak-budakan.

••••

Ada sapa-sapa nak bagi bunga kat author ke? hahaha. enjoy reading. jangan lupa support dan komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience