AULIA POV
Aku menggolekkan tubuh ke kiri dan kanan. Jemu bergolek, tubuh aku biarkan meniarap. Gambar-gambar konovo siang tadi aku godek-godek. Berniat untuk upload di instagram dan juga fac.
Bukan apa, kadangkala bila upload di media sosial ni ada kebaikannya juga. Misalnya, kalau gambar tersebut hilang di peti simpanan memori telefon, tinggal kelebek cari kembali di akaun media sosial kita.
Beberapa gambar yang aku rasakan elok, aku tandakan dan terus muat naik di beberapa aplikasi media sosial. Lenguh meniarap, aku baring menelentang.
Keluhan kecil aku lepaskan. Tamat sudah kehidupan pelajarku. Empat tahun berhempas pulas merealisasikan impian dan keinginan, akhirnya segulung ijazah kelas pertama berjaya aku miliki.
Kini, sudah tiba masanya pula untuk aku fokus kepada masa hadapan. Pengalaman harus aku timba dengan sebaiknya kerana aku masih ada sesuatu yang diamanahkan untuk aku. Kerana aku tahu jika bukan aku tiada siapa lagi yang lebih layak.
Tawaran daddy untuk berkerja dan menimba pengalaman di syarikat miliknya, masih dalam pertimbanganku. Tawaran yang kurasakan menarik saat ini.
Telefon aku lemparkan ke tepi. Biarlah untuk seketika aku merehatkan mental dan fizikal terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Tubuh yang santai menelentang sambil merenung ke siling, aku bangunkan. Kaki kubiarkan berjuntai mencecah lantai marmar putih. Berkira-kira untuk turun ke dapur. Terasa mahu mencari kudap-kudapan pula untuk kujadikan habuan mengunyah malam-malam begini.
Belum sempat aku bingkas bangun, kedengaran tiga kali ketukan di pintu diberikan seseorang. Aku mengerutkan dahi. Sesaat, tombol pintu bilikku dipulas dan muncul wajah Benjamin bersama sebuah sengihan di balik pintu bilikku.
Tubuh aku henyak kembali ke birai katil. Memandang langkah Benjamin yang menapak masuk ke dalam ruang kamar tidurku.
"Boleh I masuk? " soal Benjamin pendek. Nafas pendek aku hela. Dah masuk baru nak minta izin ke?
"Memang dah masuk pun kan? " tukasku kembali. Benjamin menyeringai sengih. Pintu ditolak dengan sebelah kaki agar tertutup sedikit.
Tanpa dipelawa, dilabuhkan duduknya bersebelahan denganku. Jarak kedudukan yang tidak terlalu rapat, tidak terlalu jauh. Pandangannya ditebarkan ke ruang bilikku yang kemas dan teratur susunannya.Â
Benjamin yang berada di sebelah, aku kerling sekilas.
"Ada apa abang masuk bilik Lia ni? " tanyaku. Cadar yang tertarik aku betulkan.
Mendengarkan pertanyaan dariku, terus bebola mata dibawa menentang wajahku. Bibirnya diketap perlahan.
Kening aku jungkitkan. Aku tanya, dia senyap pula.
"Jom keluar.." ajak Benjamin tiba-tiba.
Aku berpaling deras ke arah Benjamin. Keluar? Malam-malam macam ni? Pergi mana?
"Keluar? Pergi mana?" dahi bercantum seribu.
"Jom jelah." ajak Benjamin lagi. Kali ini tanganku ditarik lembut.
Tangan aku rentap perlahan. Terlepas pegangan Benjamin di pergelangan tanganku.
"Taknak lah. " tolakku lembut.
"Kenapa? "
Kedua belah lengan aku bawa naik nemeluk tubuh.
"Abang tak bagitahu pun nak keluar pergi mana. " omelku. Bibir aku muncungkan ke depan.
Benjamin mencebik.
"Jom jelah. Nanti you tahu laa. "
"Nope! Bagitahu dulu. " arahku. Punggung aku hempas kembali kasar ke katil.
Benjamin mengurut pelipisnya.
"Keluar makan. I lapar." bohong Benjamin ringkas.
Aku terkedu.
"Lapar?"
Benjamin bersungguh menganggukkan kepalanya.
"Makanlah. Kat bawah kan ada makanan lagi. " ujarku lurus.
Benjamin menepuk dahi. Memerah otak untuk mencari idea lain pula.
"I lapar nak makan benda lain. Kat rumah tak ada makanan tu. So sebab tu I ajak you keluar. Temankan I. Faham? " dengus Benjamin di akhir bicaranya.
Lambat-lambat aku anggukkan kepala. Menerima logik alasan Benjamin.
"Kena bersiap tak? " soalku seraya bangun menuju ke arah almari pakaian.
"Tak payah mengada nak bersiap. Pakai sweater je. Takut sejuk. Nanti demam pula. " Ujar Benjamin.
Tubuh aku bawakan ke meja solek. Rambut yang mengurai aku ikat tocang ekor kuda. Rimas mengurai jatuh ke pipi.Â
Sehelai sweater yang tersangkut di dalam almari aku rentap. Perlahan, aku sarungkan ke tubuh. Usai, aku bergerak menuju ke arah Benjamin yang santai menyandar menungguku di muka pintu.
"Bersiap macam nak pergi dating. Malam-malam tak ada orang nak tengok lah kalau bersiap cantik-cantik pun.."rungut Benjamin perlahan.
Aku hanya menyeringai sengih. Malas untuk ambil port dengan rungutan Benjamin. Pantas, tanganku disulamkan dengan jari jemarinya yang seksi. Kami beriringan menuju ke kereta.
Benjamin yang menggengam erat tanganku, aku pandang dari belakang. Segak dengan mengenakan jogger pants hitam dipadankan dengan tshirt berwarna grey dan dibaluti sweater hitam di luarnya. Sungguh, Benjamin kelihatan cukup seksi dan seksa dengan pakaian santai begitu.
Usai menutup pintu hadapan, kami meloloskan diri masuk ke dalam kereta mewah Benjamin. Gear dimasukkan dan kereta terus meluncur laju membelah keheningan malam.
Sejam perjalanan, kami tiba di sebuah bukit yang luas. Cantik. Terasa indah panorama malam di Kuala Lumpur. Terdapat beberapa pengunjung yang turut berada di situ.
Aku kalih ke arah Benjamin yang sibuk memarkirkan kereta. Siap, dijungkitkan kening saat melihatkan aku ralit merenungnya dari sisi tanpa lepas.
"Tadi abang cakap lapar. Tapi nampak macam tak ada kedai makan pun kat sini. Abang tipu Lia eh? " bibir aku herotkan ke tepi. Mama aku pincingkan kecil.
Benjamin tertawa kuat.
"Kalau I cakap I tipu macam mana? "
"Eii jahat! Tipu Lia. Tak baik tahu abang ni. Boleh je kan cakap perkara sebenar. " dalihku.
Rambut yang jatuh di dahi Benjamin sebak ke belakang.
"I terpaksa cakap I lapar untuk pastikan you nak keluar dengan I malam ini. Dah itu je idea yang rasa I bernas dan ternyata menjadi bila you nak ikut I keluar malam ni. Dah lah jom keluar. "
Gear kereta ditolak ke arah 'P' dan brek tangan ditarik kuat. Aku yang masih asyik menikmati panorama malam dari dalam kereta dipanggil.
"Jom turun. " ajak Benjamin lembut. Tubuh dilolos keluar dari kereta.
Melihat Benjamin yang sudah menapak ke hujung sana, terkocoh-kocoh aku menutup pintu kereta dan bergerak menuju ke arah Benjamin yang sudah berjarak satu meter di hadapanku.
"Faster baby girl.." laung Benjamin berselang seli dengan tawa kecil.
Langkah aku lajukan. Dasar kaki panjang. Tinggi macam galah! Kutukku. Dipaut erat jemariku saat aku merapati dia.
Sambil berpegangan tangan dibawa aku menuju ke arah bukit tersebut. Saat kaki menjejakkan kaki ke situ, terbentang indah panorama malam dihiasi dengan kerlipan lampu yang berwarna warni. Terbias kelam malam yang cantik. Sangat indah! Terasa tenang sekali kurasakan.
Aku tersenyum lebar. Bergerak menuju ke depan. Seumur hidupku inilah kali pertama, aku disajikan panorama indah seperti ini. Benjamin yang santai mencekak sebelah pinggang di belakangku, aku pandang.
Perlahan dirapati tubuhku dari belakang. Bahuku dipeluk erat dari sisi. Wajah ditundukkan menghadapku.
"You suka? " bisik Benjamin lembut. Pandangan kami bertembung.
Aku mengangguk teruja. Pinggang Benjamin aku peluk dari tepi.
"Suka sangat. " jawabku. Bibir tidak henti menguntum senyum. Benjamin menarik senyuman pendek.
Tanganku yang memeluk pinggangnya, digenggam.
"Jom kita pergi sana pula. " jari dituding ke arah kawasan bukit di sebelah kiri.
Genggaman Benjamin aku balas erat. Teruja dengan segala yang terbentang di hadapan mata malam ini.
Benjamin lonjakkan sedikit tubuh lampainya mendaki ke atas bukit yang ditunjukkan sebentar tadi. Tangan kekarnya dihulurkan ke arahku.
"Pegang tangan I. Lepas itu pijak tanah yang diorang dah buat macam tangga tu. Hati-hati. Jangan salah pijak pula. Nanti jatuh I tak nak tolong.." usik Benjamin. Aku menjelirkan lidah. Geram!
Pesanan Benjamin aku semat di dalam kepala. Pantas, aku lakukan seperti yang diarahkan. Tanpa lengah, terus dipaut pinggangku erat. Mendakap kemas ke tubuh sasa Benjamin.
"Okay? "
"Okay!" sebuah senyuman manis aku hadiahkan ke arah Benjamin.
"Jangan senyum macam ni kat lelaki lain.. " ujar Benjamin tiba-tiba.
Aku yang asyik menikmati suasana malam, terpinga-pinga seketika. Rasanya Benjamin seperti ada cakap sesuatu sebentar tadi. Tapi apa ya? Entahlah dia kurang jelas. Macam Benjamin cakap jangan senyum macam ni kat lelaki lain? Betul ke? Ahh biarlah.
"Abang selalu ke datang sini? " aku ujarkan soalan yang berlegar di ruang fikiran.
Benjamin turut menebarkan pandangannya ke sekeliling.
"Tak lah selalu. Bolehlah. Kalau I ada masa lapang, I datang lah. Selalu I ke sini untuk release stress kalau ada masalah." tutur Benjamin perlahan menjawab pertanyaanku.
"Masalah apa? "
Benjamin tersenyum hambar. Dilarikan wajahnya dari tatapanku.
"Masalah la. Hal kerja, hal peribadi.."
Aku terdiam. Jadi benarlah kan, sekaya mana pun kita, sesenang mana pun kita, tetap tidak boleh lari dari masalah. Pendek kata, semua orang punyai masalah. Cuma, sama ada besar atau kecil sahaja masalah tersebut.
"Jom duduk. "
Kami melabuhkan duduk di atas rumput yang subur menghijau.
"Di sinilah tempat I hilangkan rasa stress I, rasa marah I, rasa sedih I." luah Benjamin perlahan. Suasana hening dan sunyi dipecahkan olehnya.
Aku berpaling memandang Benjamin yang meluruskan pandangannya ke hadapan.
"You tahu, seawal usia 14 tahun I sudah kehilangan seorang ibu. You sendiri juga boleh bayangkan, ketika di usia 14 tahun kanak-kanak lain dilimpahkan dengan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, tapi I sudah kehilangan seorang ibu.." sayu kedengaran suara Benjamin menyapa halwa telingaku.Â
Sisi Benjamin aku pandang tidak lepas. Meneliti seraut wajah yang dihurung rasa sayu tersebut.
Aku diam. Tidak berniat untuk menyampuk kata-kata luahan Benjamin sebaliknya memberi ruang dan peluang untuk Benjamin meluahkan rasa.Â
"Saat I kehilangan mummy, I masih mentah. Tapi apa yang I dapat rasakan, diri I sudah lost. Selama 14 tahun segalanya dilakukan oleh mummy, jadi bila mummy dah takda I rasa I tak mampu nak lakukan apa-apa. Beberapa bulan setelah kehilangan mummy, I belajar untuk terima kenyataan yang mummy dah takda. Dah tinggalkan kami selamanya." sebuah nafas lemah dihela.
"..daripada seorang yang riang, mesra, I jadi seorang yang serius. Beku. Kurang bergaul, hanya buat hal sendiri. Selesa untuk berseorangan. Maksud I, bukanlah I tak ada kawan tapi hanya beberapa orang. Tak ramai macam orang lain. Saat itu juga, I berubah menjadi seorang yang lebih berdikari. Berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa."
Aku menunduk. Meramas jari-jemari sendiri di ribaan. Luahan Benjamin kurasakan sayu sekali. Betapa dia cuba menyembunyikan apa yang dirasai selama ini.Â
"Hubungan I dan daddy sedikit renggang. Bukan sebab apa, mungkin sikap I sendiri yang seakan menjauhkan diri maka kami jadi renggang. Tapi sebenarnya I tak pernah sama sekali salahkan daddy. I know he's try the best untuk buat I rasa I tak pernah kekurangan kasih sayang. Cuma I dah terbiasa jadi serius, beku so secara tidak langsung I terbawa-bawa walaupun dengan orang yang I sayang.." sebuah pandangan bermakna diberikan padaku. Aku tersenyum. Mengakui kata-kata Benjamin dalam diam.
"Daddy sayangkan abang. Sangat-sangat. Cuma abang saja yang tak tahu selama ni.. " bisikku perlahan.
Benjamin pantas berpaling. Tunak memandangku di sisi. Kami berpapasan mata.
"Siapa cakap I tak tahu? Sebab I tahu daddy sayangkan I sangat-sangatlah I rapatkan kembali hubungan kami yang renggang." nafi Benjamin mencantas kata-kata yang terluncur keluar daripada bibirku. Hidung mancungku dipicit kuat.
Aku yang mula lemas pantas bertindak melepaskan picitan Benjamin di hidungku. Kurang asam! Jelingan tajam aku hadiahkan. Benjamin tertawa mesra.
"Kalau you nak tahu, bukit ni namanya Bukit Cinta. "
Aku mengerutkan dahi. Mata terjegil luas. Biar betul? Scarynya nama!
"Tipulah" dalihku.
Benjamin mencebikkan bibir.
"Tipu apa pula? Betul lah. You ingat I sahaja reka cerita ke apa? Tak percaya? You bangun pergi tanya pakcik yang jaga kat pintu masuk tadi tu. " tubuhku ditolak lembut. Konon menyuruhku agar bangun dan bertanya kepada seorang pakcik tua yang sedang berada di palang pintu pagar masuk.
Aku menggelengkan kepala. Tubuh aku rapatkan ke badan Benjamin. Mencuri sedikit kehangatan daripada tubuh sasa itu.Â
Angin malam yang menyapa tubuh terasa sejuk mencengkam hingga ke tulang putih rasanya. Walapun tubuh sudah dibaluti sweater tapi masih terasa kesejukkannya.
"Dah tu you cakap I tipu. Manalah tahu kalau betul I ni tipu you kan. Saja reka cerita." omel Benjamin memancing rasa bersalahku.
Bibir kukemam. Bebola mata kuliarkan ke wajah tampan Benjamin. Merenung tanpa kelip wajah kacak itu.
"Abang marah? Sorry. Lia ingat abang main-main tadi pasal nama bukit ni. Tak sangka betul. Tapi unik kan nama dia, Bukit Cinta. " ujarku tertawa perlahan. Rasa lucu pula mengingatkan orang yang meletakkan nama bukit ini.
"You nak tahu sesuatu tak? " soal Benjamin. Sementara itu, tangannya menjalar memeluk bahuku dari sisi. Saling berkongsi kehangatan. Tubuhku dibawa menyandar ke dadanya.
"Tahu apa? " soalku kembali bercampur dengan perasaan teruja.
"Orang yang datang sini cakap, siapa yang datang sini berdua, I mean lelaki dan perempuan, mereka akan berjodoh nanti. " dengan nada perlahan dibisikkan kata-kata tersebut di telinga.
Mendengarkan kata-kata tersebut, aku pantas mendongak. Hampir sahaja bibirku menyentuh pipi bersih Benjamin.
Gigi kuketap rapat. Masih menimbang tara untuk mempercayai atau tidak. Benjamin turut menunduk merenung di dadanya. Keningnya dimain-mainkan. Diangkat naik turun.
"Be..bet..bet.. Betul ke? " soalku gagap.
Benjamin melepaskan ketawa kuat. Saat itu, sebuah tumbukan manja aku lepaskan ke dada Benjamin. Benjamin mengaduh sakit. Digosok-gosok bekas tumbukanku. Menyeringai sakit wajahnya yang kacak. Tubuh aku sandarkan kembali ke dada Benjamin.
"Sejuk? " ditunduk merenung wajahku yang berada di dadanya setelah seminit berdiam diri.
Aku anggukkan kepala. Benar, aku dilanda kesejukan amat sangat. Terasa mengigil tubuhku menahan angin malam yang menyapa tubuhku.
Menyedari anggukan yang kuberikan, pantas ditarik rapat aku agar masuk ke dalam pelukannya.
"Masih sejuk lagi? "
Kali ini, gelengan berserta sebuah senyuman lebar aku berikan.
Seketika, terasa lagu dipasang. Sayup-sayup kedengaran menerombosi ruang telinga kami dan juga pengunjung yang ada pada malam ini. Seminit, lagu yang dipasang semakin jelas menampar ruang pendengaran.
There goes my heart beating
'Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
And there goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason
There goes my hands shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now
And if I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe
And I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason
I don't wanna fight no more
I don't wanna hide no more
I don't wanna cry no more
Come back I need you to hold me (you are the reason)
Be a little closer now
Just a little closer now
Come a little closer
I need you to hold me tonight
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
'Cause I need you to see
That you are the reason
Aku tenggelam seketika memerhati para pengunjung yang turut bersantai pada malam ini. Ada yang datang berpasangan, ada yang datang berseorangan, datang bersama keluarga juga ada. Mungkin bersamaan dengan malam hujung minggu, maka ramai yang mengambil peluang untuk bersiar-siar melepaskan tekanan bebanan kerja.
" Cause you are the reason,Aulia.." serentak tanganku dikucup lembut. Wajah aku dongakkan memandang wajah Benjamin. Seketika, kami saling merenung antara satu sama lain. Mulutku terbuka kecil. Masih mencerna kata-kata yang diucapkan Benjamin.
"Terima kasih sebab hadir dalam hidup kami.. "
Sebuah kucupan dilayangkan ke dahiku. Lama dibiarkan di situ. Merasakan hangatnya kucupan tersebut, aku bertindak memejamkan mata. Menghayati sentuhan tersebut. Saat Benjamin melepaskan kucupan, saat itu juga harus kuakui bahawa dia sudah mengambil semua hatiku tanpa ada sedikitpun yang tersisa lagi.
••••
"Lapar tak? " Melihat aku yang asyik menyembunyikan diri dalam pelukannya selepas menerima kucupan tadi, dipecahkan tembok suasana sepi antara kami.
Mungkin tidak betah hanya diam saling menyalurkan kehangatan antara satu sama lain.
"Baby girl.." sekali lagi panggilan baharu yang dicipta untukku, dipetik keluar daripada mulutnya.
"Hurmm.." aku mengguman manja di dada Benjamin.
"I tanya you lapar tak? Nak something untuk buat kunyah-kunyah? "
Aku mengangguk di dada Benjamin. Malu untuk mendongak merenung seraut wajah kacak Benjamin. Hatinya tak kuat. Sudah jatuh bergelimpangan. Cair! Meleleh dah ni.
Benjamin tertawa kuat. Segan lah tu.
"Tunggu sini. I pergi sana kejap. Beli makanan dengan air. " serentak pelukanku di tubuhnya dirungkai perlahan. Aku bertindak meluruskan pandangan ke kelam malam yang terbentang. Kalaulah dari dulu aku tahu tempat ini, pasti sudah aku kunjungi. Seperti Benjamin, aku juga ada fasa-fasa sedih dalam hidup.
Sepuluh minit, Benjamin kembali dengan makanan dan juga air di tangan.
"Nah. " sebekas janggung yang sudah diparut dicampur bersama susu diletakkan di ribaanku.Â
"Terima kasih. " ucapku perlahan.
"Boleh Lia tanya abang sesuatu? " soalku lembut.
Benjamin yang ralit menyuap makanan hanya menjungkit keningnya. Menyoal tanpa suara.
"Abang pernah bawa Qeela datang sini? "
Benjamin terdiam. Mengingati jika dia ada membawa bekas kekasihnya ke sini. Aku menanti dalam debaran.
"Entah. Tak pernah kut rasanya. " jagung bersusu kembali disuap masuk ke dalam mulut.
"Betul-betul lah. " rengekku manja tanpa sedar.
"Lah. I tak ingat lah baby girl. Tak pernah kut. "
"Okay fine. "
"Alah. Biarlah I pernah bawa dia ke tak. Tak penting pun semua tu. Janji I dah bawa you datang sini. " kata-kata berbaur pujukan diberikan padaku.
Aku menarik nafas dalam. Akur dalam diam.
"Kita nak balik pukul berapa ni? "
"Kita habiskan makanan ni dulu. And then kita balik. Okay baby girl? " sekali lagi panggilan manja terluncur laju keluar daripada mulut Benjamin.
Aku bertindak memalingkan wajah ke arah lain. Terasa darah merah tersimbah di wajah. Menyerbu menghasilkan rasa segan.
"Lets go baby.. " Benjamin bingkas bangun. Seluar di bahagian punggung dikibas-kibas menghilang pasir yang melekat. Aku turut berbuat perkara yang sama.
Tanganku digenggam erat. Kami jalan beriringan menuju ke kereta. Untuk kali terakhir, aku tebarkan pandangan ke sekeliling. Semoga ada rezeki lagi untuk dia sampai ke sini. Bersama orang yang sama. Benjamin yang ralit mengatur langkah di sisi aku renung tanpa kelip. Lia sayang abang, bisikku.
••••
Setelah hampir sebulan bertapa di rumah, hari ini merupakan hari pertama untukku memasuki alam pekerjaan. Di mana lagi jika bukan di Megah Jaya, syarikat besar milik daddy.
Sepasang sut pejabat berwarna hitam aku sarungkan ke tubuhku yang langsing. Wajah aku tatariaskan dengan mengenakan mekap yang tipis sahaja. Rambut aku sanggulkan bulat. Beberapa helai sahaja aku biarkan mengurai jatuh ke bahu. Berpuas hati dengan penampilan diri, aku mengatur langkah menuju ke bawah.
Dari atas, sayup-sayup kedengaran suara dari dapur. Aku tersenyum. Pasti mereka lagi sedang rancak mengisi perut.
Tas tangan aku letakkan di sofa. Bergerak mengatur langkah perlahan ke dapur.
"Cantiknya anak mummy.. " mummy menjerit teruja. Pantas Benjamin dan daddy yang membelakangi turut menoleh.
Sesaat, masing-masing kelihatan diam. Tiga pasang mata kini memberi sepenuh perhatian ke arahku. Aku menunduk segan. Bibir kugigit lembut.
"Ehem! " deheman daddy berjaya mengalihkan renungan Benjamin dariku. Benjamin kalut menyuapkan kembali makanan ke dalam mulut.
"Sini Lia. Duduk, sarapan dulu. Nanti barulah ada tenaga nak kenal-kenal dengan staf syarikat."
Aku bergerak menuju ke arah meja makan. Melabuhkan duduk di sebelah mummy.
Bihun goreng aku senduk masuk ke dalam pinggan. Air milo yang sudah siap terhidang aku hirup perlahan. Mata aku liarkan ke arah Benjamin.
"Untuk first day Lia naik dengan Benjamin dulu. Sebab kereta Lia pun meragam lagi kan?" usul daddy sambil mengajukan soalan.
Aku yang sedari menunduk menyuapkan makanan, hanya menganggukkan kepala.
Berlainan dengan Benjamin yang mempamerkan riak kurang senang. Seakan tidak bersetuju dengan cadangan daripada daddy.
"Tapi Ben ada miting laa daddy pagi ni. " tukas Benjamin sekaligus cuba mengelak menumpangkanku.
Aku hanya diam.
"Pukul berapa miting kamu tu? " soal daddy.
"Pukul 10" balas Benjamin ringkas.
Daddy panggung wajah. Memandang Benjamin di sebelah.
"Sekarang pukul berapa?"
"Pukul lapan"
"So apa masalahnya kalau kamu pergi sekali dengan Lia pun? "
"Memang la tak ada masalah tapi.. "
"Tapi apa? "
"Ben ingat nak terus ke tempat miting. Nanti petang baru masuk office. "
"Tak payah. Memandangkan hari ni Lia dah start masuk keja, jadi daddy akan ganti kamu untuk handle miting tu. Tugas kamu bawa Aulia ke pejabat. Adakan sesi kenalan dengan para staf. Its an order Benjamin. No excuse! "
Benjamin mengeluh perlahan. Bila daddy sudah mengeluarkan kuasa veto maka mahu atau tidak, dia harus menuruti arahan yang diberikan.
••••
Setengah jam perjalanan, kini aku dan Benjamin tiba di perkarangan pejabat. Mendengar ujaran daddy bahawa ada sesi suai kenal terasa berdebar pula.
Aku berdiri tegak di hadapan bangunan syarikat. Benjamin yang perasan akan tingkahku pantas bersuara.
"Why baby girl? " seperti biasa, soalan diajukan. Aku menoleh ke sisi. Rayban yang tersangkut pantas dilepaskan dari matanya.
Aku menggelengkan kepala.
"Tak ada apa. Lia cuma nervous. " ucapku perlahan. Sungguh, memang itu perasaan yang sedang aku rasakan sekarang. Bermacam perkara yang galak bermain di fikiranku kini.
"Tak ada apa lah. Jom. Dont worry. I'm here with you baby girl.." pantas kaki di atur menuju ke arah pintu masuk ground floor.
Nafas aku sedut dalam. Mengusir debar seraya menjemput ketenangan.
"Shall we? "
Kali ini, aku mengangguk yakin. Sebuah senyuman kuukir manis.
••••
Lima minit beriringan kami tiba di tingkat 15. Benjamin bertindak mengatur langkah terlebih dahulu di hadapanku. Meminta aku menyoroti langkahnya di belakang.
Sampai sahaja di sebuah bilik, Benjamin menghentikan langkah. Menoleh memandangku di belakang. Tangan dihulurkan ke arahku. Aku yang asyik merenung ke arah lain terkedu melihat huluran tersebut.
Sesaat, tangan yang terhulur aku sambut lambat-lambat. Benjamin ni suka betul buat aku cair.
"Sejuknya tangan baby. Macam ais batu.. " seloroh Benjamin. Tanganku digenggam erat.
Aku tersengih menampakkan barisan gigi.
"I tahu macam mana nak hilangkan sejuk kat tangan ni.. " dibisikkan kata-kata tersebut rapat ke wajahku. Aku dilanda debar. Jangan Benjamin buat yang bukan-bukan sudahlah.
"Macam mana? " gagap suaraku bertanya. Benjamin tersenyum senget.
Tanganku dibawa rapat ke bibirnya. Dikucup lama tanganku. Aku terkedu. Mata terjegil besar. Terkejut dengan tindakan berani Benjamin. Melihatkan reaksiku, terlepas ketawa besar dari mulutnya.
" Terkejut sangat tu baby girl. Dah jom. Mereka dah tak sabar nak jumpa you."
Sekali lagi nafas kutarik dalam. Dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk bersama Benjamin.
Melangkah memasuki ruang kamar yang luas dihias cantik, debar yang hilang bertandang kembali. Liur kutelan kesat. Rasa macam nak lari balik oii.
"Duduk baby girl. " arah Benjamin di telingaku. Aku segera melabuhkan duduk bersebelahan Benjamin.
Aku memandang lurus ke hadapan. Kini, kelihatan semua tumpuan staf beralih kepadaku. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada yang tersenyum menyapaku, tidak kurang ada juga hanya mempamerkan riak biasa. Senyum tidak, masam pun tidak.
Sekilas, mata terpandang seraut wajah milik Akif Hafeez yang berada di selang tiga kerusi daripada Benjamin. Sebuah senyuman aku berikan tanda menyapa. Dan seperti dijangka, senyuman ku berbalas.
Melihatkan senyumanku ke arah Akif, Benjamin bertindak menghentikan renungan antara kami.
"Ehem! Okay semua. Seperti yang kamu semua sedia maklum, hari ini kita menerima seorang lagi pekerja baharu, iaitu Miss Aulia Natasha Dato Fendi. "
Serentak, tepukan bergema kuat menampar pendengaranku. Aku tersentak. Namun, pantas aku hanya membalas dengan sebuah senyuman mekar.
"Jadi hari ini merupakan hari pertama Miss Aulia memulakan kerja di syarikat kita. Maka, saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama kepada beliau untuk sama-sama memajukan syarikat di samping memberi tunjuk ajar kepada beliau. " penuh karisma lagak ucapan Benjamin. Tidak hairan Benjamin mampu menjadi seorang ketua yang dihormati dan disegani oleh para pekerjanya. Buat seketika, aku dihurung rasa kagum.
"Sekarang saya jemput Miss Aulia Natasha untuk sesi memperkenalkan diri. Silakan.. "
Aku bingkas berdiri. Sut yang tertarik aku betulkan.
"Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada saudara saudari kerana sudi meluangkan masa dalam sesi suai kenal pada pagi ini.." kata-kata penghargaan aku berikan.
"..seperti yang sudah abang.. I mean encik Benjamin bagitahu, saya Aulia Natasha. Boleh panggil saya Lia, Tasha or whatever yang anda semua selesa.. " belum sempat aku habiskan, kelihatan Akif mengangkat tangan.
"Yes encik Akif? " soal Benjamin terus.
"Kalau I nak panggil you sayang boleh? " senyuman nakal dilayangkan ke arahku. Aku menoleh ke arah Benjamin.
"Proceed Aulia.." Arah Benjamin.
Serentak, kedengaran siulan-siulan nakal daripada pekerja-pekerja lain. Benjamin mengeluh kasar. Kepala digelengkan perlahan. Sesak dadanya dengan soalan mengusik dari Akif.
Aku hanya tersenyum kekok. Tidak tahu untuk bereaksi apa. Akhirnya, aku biarkan soalan mengusik tersebut hilang dibawa angin.
"I am graduated from Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Saya berbesar hati kerana diberi ruang dan peluang untuk menjadi salah seorang tenaga kerja di sini. Jadi, saya amat berharap bahawa kita semua dapat bekerjasama serta dapat memberi tunjuk ajar antara satu sama lain. Itu sahaja daripada saya, sekian terima kasih.." aku menunduk hormat. Tubuh aku labuhkan kembali ke kerusi.
Benjamin tersenyum mendengar penjelasan daripadaku. Sebuah kenyitan diberikan padaku.
"So any question? " pertanyaan diajukan kepada para pekerja.
Sesaat, dua saat, tiga saat..
Tiada sebarang soalan diajukan.
"Okay kalau tak ada sebarang soalan. Saya rasa sesi suai kenal berakhir di sini. So kamu semua boleh bergerak mulakan kerja masing-masing. Dismissed! "
"Oh ya. Kak Mona nanti kak Mona akan berkerjasama dengan Cik Aulia untuk urusan perniagaan yang melibatkan urusniaga antarabangsa. So saya harap kak Mona boleh bagi tunjuk ajar kepada Aulia. "
Wanita yang dikenali sebagai Kak Mona menganggukkan kepala. Sebuah senyuman dihulurkan kepadaku. Aku turut membalas.
Para pekerja yang mengatur langkah masing-masing keluar ke muka pintu aku perhati. Semakin lama semakin surut dan akhirnya hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi.
Akif bingkas bangun. Bergerak mengatur langkah menuju ke arahku.
"Hai Lia. Nice to meet you. Again! " kerusi di sebelahku ditarik seraya dilabuhkan duduknya.
"Hai Akif. " balasku sekadar menyapa.
"Tak sabar nak berkerjasama dengan awak Lia. Mesti lagi maju syarikat lepas ni dengan kehadiran awak. Sebab awak pun bukan graduated daripada kos perniagaan yang biasa-biasa saya rasa. " ucap Akif diserta dengan sebuah sengihan lebar bersulamkan rasa teruja.
Aku hanya tersenyum mendengar pujian yang dilemparkan.
"Me too.. " ringkas balasan kuberikan.
"Oh ya. I pergi dulu. Bos awak dah jeling saya semacam dah tu. Seram pula. Okaylah, jumpa nanti Aulia. By the way, you look so gorgeous today. " tubuh ditunduk menyamai paras wajahku. Dibisikkan kata-kata tersebut.
Aku menginjak ke belakang. Menjarakkan kedudukan wajah kami. Perasaan segan menjalar di hati. Ahh, Akif terlalu berani. Dia tidak mahu perilaku Akif mengundang berang di hati Benjamin. Aku sudah serik akibat kejadian bunga tempoh hari.
Benjamin seakan tidak mempedulikan kami. Dokumen di tangan dibelek-belek. Entah betul-betul atau sahaja tidak mahu menyaksikan perilaku Akif terhadap aku sebentar tadi.
Aku alihkan pandangan ke arah Benjamin. Merenung Benjamin yang hanya diam menunduk walaupun sudah hampir lima minit Akif menyusur keluar daripada bilik ini.
"Seronok kena puji? " hanya suara dingin yang kedengaran. Bebola mata masih dilarikan ke atas dokumen di atas meja.
Aku mengeluh kecil. Perlahan aku bangun. Berdiri tegak di belakang Benjamin. Rasa segan aku ketepikan. Sesi memujuk dijalankan.
Aku lingkarkan lengan ke arah leher Benjamin dari belakang.
"Abang marah Lia? " bisikku lembut di telinga Benjamin.
Benjamin diam. Sibuk membelek dokumen di tangan. Pujukanku dibiar sepi. Ohh, kau endahkan aku ehh. Kejap. Tunggu kau.
Tanpa lengah, aku gigit perlahan telinga Benjamin. Terlepas dokumen di tangannya. Aku simpan senyum.
"Aulia Natasha!! " jerit Benjamin tertahan. Tidak sangka pujukan sebegitu diberikan Aulia. Fikirnya, kata-kata pujukan indah yang bakal diperdengarkan di halwa telinganya. Benjamin mendengus kasar.
"Yes me? " aku menyilangkan tangan ke dada.
Benjamin bingkas berdiri. Menarik tubuhku rapat ke dadanya. Aku tersenyum semanis madu.
Tali leher Benjamin aku betulkan. Jari jemariku yang runcing aku alurkan ke dadanya. Kelihatan halkum Benjamin bergerak-gerak. Liur ditelan payah. Sesaat, wajah didekatkan ke arahku. Segera, aku menolak wajah Benjamin dari mendekati wajahku.
"Merajuk lagi?" soalku perlahan sambil menyembunyikan rasa segan.
Benjamin mencebik. Rangkulannya dilepaskan. Kot yang tersarung dibetulkan. Aku menarik nafas lega. Hampir-hampir sahaja 'terbabas'. Salah aku juga seakan menggoda.
Dokumen yang berselerakan di meja, pantas dikemaskan sebelum di masukkan ke dalam fail hitam.
"Jom. I tunjuk bilik you. " lenganku ditarik keluar menuju ke arah bilik khas untukku. Aku tersenyum. Benjamin, Benjamin. Namun, dia juga yang berjaya mencuri hati ini.
best ke tak scene kali ni? komen sikit.
Share this novel