Enam tahun sebelum..
Alarm jam yang berbunyi aku gapai dan tutup. Seiring itu aku bangunkan tubuh menyandar di kepala katil. Huarrggghhhh, dah pukul 6.30 pagi. Kelas pukul 8 pagi. Nasib terjaga, kalau terlajak tido mahu barai aku g kelas. Sememeh!
Kedua belah kaki aku turunkan dari katil. Tuala yang tersangkut aku di penyidai aku ambil dan menuju ke bilik air.
Tuala kecil aku balutkan di kepala. Sepasang baju kurung kapas berbunga purple aku keluarkan daripada almari. Hurmm nice! Rambut aku ikat tocang kuda. Tak perlu nak gaya gaya bagai. Simple is nice for me. Gituuuuuu
Siap,pintu bilik aku tutup perlahan. Beg laptop aku sandang sebelah bahu dan kaki melangkah menuruni tangga. Beg laptop aku letak di sofa ruang tamu. Isi perut dulu okay. Kang kruk kruk berbunyi lapar pulak. Nak focus dalam kelas pon tak boleh.
Kepala aku jenguk ke ruang dapur. Kelihatan mummy dan daddy duduk bersembang sambil menikmati nasi goreng buatan mummy. Jarang tak sedap uollsss.
"Morning sayang. Meh sini sarapan dulu. Sekejap lagi Lia nak pergi kelas pula kan. So, breakfast dulu. Biar cergas sikit sebelum kelas. Anyway, cantik anak mummy hari ni" mata dikenyitkan ke arahku. Aku hanya tersenyum sambil mengangkat bahu.
Halah halah mummy ni, main puji-puji pula. Dia tak tahu ke anak dia ni pantang kena puji. Hahaha.
"Morning miy. Morning daddy. Mummy puji Lia pagi ni ada apa apa ke? Sorry, Lia tak ada duit la nak kasi. Hahaha" aku melawak sambil tangan mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Aku menarik nafas menghidu aroma masakan mummy.
"The best nasi goreng ever! Mabeless!" pujiku. Dua ibu jari tangan aku angkat tunjuk ke arah mummy. Mummy sekadar mencebik melihat reaksiku.
"Ehh, tak ada maknanya. Mummy puji ikhlas okay. Jarang mummy nampak Lia nak pakai baju kurung bagai ni. Selalu mummy tanya Lia jawab rimas. Entah mimpi apa semalam. Kan abang ?"
Daddy sekadar tersenyum senget. Mata aku juling ke atas sambil kedua belah tangan aku letak di bahu.
"Eleh, mummy mengaku jela memang anak dara mummy ni cantik. Orang kalau dah cantik pakai apa pun cantik laa miy. Kan daddy kan? Baju ni macam cantik plak Lia tengok hari ni. Daripada terperuk dalam almari baik Lia pakai." ujar aku sambil mata mengerling daddy di hujung meja makan sambil kenyitkan mata. Auchhhh.
Daddy hanya menganggukkan kepala sambil tertawa lucu.
"Haaa tengok. Daddy pon mengaku anak dara dia seorang ni cantik. So mummy kena la accept the facts that Lia memang cantik." aku mengembungkan kedua belah pipi. Nasi goreng buatan mummy aku suap lagi ke mulut.
Mummy hanya menggelengkan kepala melihat telatah ku di pagi hari.
"Elok sangat lah tu buat macam tu. Bapak borek anak rintik. Nyampah je" mummy membebel perlahan.
Serentak aku dan daddy bersuara.
"Mesti laaa"
Kami tertawa kuat bersama menyakat mummy yang mula menayang muka cemberut.
Itu kisah, ketika aku, mummy dan daddy masih ada sebelum kehadiran mereka yang tidak diundang.
_____________________________________
Kaki ku langkah tergesa-gesa menuju ke blok kelas. Alarm kereta ku tekan kalut. Jalan jammed oiii. Beg laptop yang hampir melorot jatuh aku sandang ke bahu kembali. Alahh, masa ni laa beg ni pun nak jatuh-jatuh bagai. Aku ni dah laa lambat.
Langkah panjang ku atur kalut ke kelas. Siulan-siulan nakal di koridor blok aku hiraukan. Pakai baju kurung tu dah cantik tapi jalan macam kucing hilang anak. Haha.
Nafasku tarik dan hembus perlahan sebelum pintu kelas aku kuak perlahan. Kelihatan sudah ramai classmates aku yang datang dan mengambil tempat masing-masing.
Kepala aku teleng kiri dan kanan. Mencari kelibat Tiara Adini. Siapa lagi kalau bukan kawan baikku. Nahhh, tu pun dia. Kaki ku atur ke arah Tiara. Kelihatan Tiara khusyuk bermain telefon. Main game pubg lettew.
"Bahhhhh! " usikku.
"Argggghhh" Tiara terjerit kuat. Aku menahan ketawa yang bakal meletus bila-bila masa sahaja.
Jerit bukan main kuat minah ni sampaikan telefon di tangan boleh terlepas.
Rakan rakan sekelas yang lain mula memerhati telatah kami. Aku hanya angkat tangan tanda "peace" sambil ukir senyuman kelat.
"Aulia Natasha! Eiii geramnyaa aku. Sikit lagi nak chicken dinner taw. Engkau ni memang lah. Kalau tak mengingatkan kau ni member dah lama aku backhand.. Erghhh! " bahuku ditampar kuat.
"Adoiii. Sakit la perempuan!" aku meringis perlahan. Tangan kecil je. Tak tahu bisa benar bila tampar orang.
"Ahh, padan muka kau. Siapa suruh kejutkan aku ? " tubuh disandar kembali ke kerusi.
Amboii marah nampak. Gigit pipi sekejap lagi baru tahu.
"Kau asal ? Datang bulan ke apa?" Aku labuhkan duduk di sebelah sisi dia sambil tertawa lucu. Bahunya aku sengol-sengol beberapa kali.
Tiara hanya menggelengkan kepala. Kepala ditoleh ke arah aku. Kening dijongketkan.
"Asal kau lambat hari ni? Kucing jiran kau beranak ke ape? Nasib sir Amir tak masuk lagi tahu, tidak siot je kena nyanyi lagu baby shark do do do"
Sir Amir dengan lagu denda dia berpisah tiada. Ada ke patut disuruhnya kami sekelas nyanyi lagu shark do do do, amende dohhh. Nyanyinye tidak, ketawanya lebih. Adoii laa. Kelakar.
"Takde lah, biasa laa pagi-pagi macam ini. Jalan jammed laa. Kalau jalan tu aku sorang takpe la jugak. " ujarku.
Sambil itu aku keluarkan laptop, sekeping buku nota dan pen. Dengar saja bukan faham, kena catat oii.
Tiara hanya menjulingkan matanya tanda menyampah. Kami berbual kosong sementara menunggu kehadiran sir Amir.
"Mimpi apa semalam? " soal Tiara tiba-tiba.
Aku palingkan wajah sambil mengerutkan dahi. Terkejut dengan soalan spontan Tiara. Mimpi apa semalam? Apa punya soalan ni.
"Tak ada mimpi apa-apa. Kenapa? " jawab aku sambil menggelengkan kepala.
"Tak ada lah. Siot je hari ni pakai baju kurung bagai. Tidak seluar je yang asyik kau bantai. Sampai kadang-kadang heran aku, kau ni memang tak ada baju kurung ke apa? Entah-entah raya pun kau bantai pakai seluar ngn blouse bagai. Hahahaa." berdekah Tiara ketawakan aku. Kurang ajar! Kepala Tiara aku sekeh.
"Ehhh hello! Fyi, aku ada je baju kurung okay. Nak buat bundle pon boleh laa. Saja je aku malas nak pakai. Kang semua boifren orang kat sini syok kat aku." angkat bakul tak salah kan sekali sekala.
Tiara hanya menjulingkan mata sambil mengembangkan hidungnya tanda menyampah dengan kata-kata aku. Suka hati je cakap kite tak ada baju kurung.
Kehadiran Sir Amir menghentikan perbalahan aku dan Tiara sekaligus menghentikan suasana riuh rendah macam pasar pagi di dalam kelas. Masing-masing mula diam dan fokus untuk pembelajaran sebentar lagi. Tahu takut.
"Good morning class. Task yang saya bagi minggu lepas dah siap belum? Sebab last penghantaran tugasan hari isnin ni ye. This week jugak saya nak kena key in markah uollss. Task yang markah below 50% macam biasa kena nyanyi lagu baby shark okay. No excuse."
Serentak itu satu kelas berbunyi "what? Again sir" keluhan kuat dilepaskan.
"Yeah, best apa nyanyi lagu baby shark. Dah siapa suruh dapat markah below 50% memang mendapat laa kamu. Suruh study kamu semua main-main,nak bercintan-cintun bagai. Ada task baru terhegeh-hegeh nak belek buku. Copy paste sana sini. Ingat saya tak tahu ke. Haa tepukkkk!" sindirnya.
Amboiiiii. Setempek kena. Tepat ke dasar hatimu. Auchhh. Tacodddd.
Masing-masing hanya tersenyum kelat sambil berpandangan sesama sendiri.
"Awakk. Kite tacoddd ahh" aku berbisik perlahan di telinga Tiara. Tiara hanya menjegilkan mata sambil mengekek ketawa.
"Nak nyanyi lagu baby shark ke kau?"
Tanya Tiara perlahan.
"Sumpah, demi apa pun aku ngak mahu" jawab aku sambil angkat tangan seakan berikrar. Hahaha. Tak nak aku. Malu tujuh keturunan kot.
____________________________________
"Ehhh, kau nak pergi mana-mana ke lepas ni Lia? Jomm kita jalan-jalan dulu. Bosan laa kalau balik rumah. Task yang Sir Amir bagi aku dah siap dah. Cuma tinggal nak edit-edit sikit je lagi." aku pandang Tiara yang menunggu jawapan balas dari aku.
"Hurm, aku ingat nak singgah stationary sekejap. A4 paper aku dah habis. Dakwat printer also. Then, aku nak balik terus sebab task yang sir Amir bagi tu aku nak kena siapkan sikit lagi." aku menjawab lembut sambil meletakkan beg laptop di tempat duduk belakang. Kunci kereta aku mainkan.
Tiara menganggukkan kepala. Rambutnya yang panjang separas bahu dikirai ke belakang.
"Hurm, tak apa lah kalau macam tu. Aku pub nak balik terus jugak la. Kalau nak jalan sorang-sorang macam tak best pula "
"Sorry babe, but dont worry nanti kita spend time jalan sama-sama okay" tangan lembut milik Tiara aku gapai dan genggam. Tiara menepuk perlahan tangan aku.
"Ishhh. Sokay jela. Tak nak aku nyanyi lagu baby shark do do. Malu siot. Muka cantik tapi nyanyi lagu budak-budak. Apooooo" aku tertawa lucu melihatkan memek muka Tiara. Lawak!
"Best apa. Okay laa. Aku gerak dulu okay. See you later. Babaiii. Muah ciked" kedua belah pipi kami berlaga. Girls memang macam tu kan?
______________________________________
Kertas A4 dah, ink printer pun dah. Okay done. So next kita pergi bayar pulak.
"Yang ni je ke cik?" sapa cashier tersebut ramah.
Aku menganggukkan kepala. Barang-barang aku tolak ke hadapan. Mudah dia untuk scan.
"Yup, ni jer. Berapa semua?" tanya aku sambil mengeluarkan dompet dari dalam purse. Mata kuliar di bahagian rak novel. Sudah lama hobi membaca novel aku tinggalkan.
"Semua sekali, rm 90.50 sen cik." suara tersebut membuatkan ku tersentak. Segera, plastik diserahkan kepadaku. Aku menyambut huluran gadis tersebut.
"Okay. Thank you" plastik barang berpapasan tangan. Ku jinjit keluar dari kedai.
Sedang kalut meletakkan purse di dalam handbag, tidak aku sedar sebuah motor laju menuju ke arah aku. Terpaku aku di situ. Kaki seakan tidak mampu lagi bergerak untuk mengelak dari motor tersebut. Mata aku pejamkan rapat.
Aku hanya mampu terpaku. Seakan nafasku terhenti dan badanku keras kejung di situ. Tak tahu nak buat apa. Hanya mampu memejamkan mata dan berdoa di dalam hati. Kalimah Allah tidak berhenti aku ucapkan.
Tiba-tiba terasa pinggangku dipaut rapat ke arah badan seseorang. Dan bila tersedar, aku dan dia sudah jatuh di tepi jalan. Elok sahaja aku landing atas badan dia. Mummmy, takut!
Mata masih aku pejam rapat. Jantung masih berdegup kencang. Kedengaran jantung si dia yang turut berdegup kencang.
Tiba-tiba..
"Miss, miss, are you okay?" kedengaran suara si dia yang berbisik perlahan di telingaku. Perlahan-lahan mata kubuka dan menyapa seraut wajah yang berkerut di hadapanku. Tersedar dengan keadaan kami, segera aku bangunkan tubuh. Baju yang sedikit terselak aku betulkan.
"Te...ter..terima kasih sebab selamatkan saya" tutur aku gagap. Pada masa yang sama masih berusaha mencari kekuatan yang hilang. Sejuk kaki tangan kurasakan. Bibir bergetar.
Berkerut-kerut muka si dia bangun sambil turut membetulkan pakaiannya yang sedikit kotor. Topi putih miliknya juga dibetulkan kedudukan di atas kepala. Wajahnya kurang jelas aku dapat lihat memandang seraut wajah yang terlindung di balik topi. Tapi dapat aku rasakan lelaki ini segak orangnya.
Lelaki tersebut memandangku yang masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Lain kali mata tu guna elok-elok. Jalan pakai mata, bukan pakai lutut. Main lintas suka hati jer. Nasib tak mati katak. Kau memang nak mati ke apa ?" sembur dia tanpa lengah. Mungkin dari tadi menahan geram. Topinya dibetulkan.
Aku terkedu mendengar semburan dia. Dia tak tahu ke aku ni bagai nak hilang nyawa dah. Terkejut beruk nak kena langgar. Eiii geramm.
"Maaa..aaffff" tutur aku sambil menahan tangis. Bibirku gigit kuat. Mummy! Dia garang sangat.
Melihatkan aku yang berair mata, muka merah, terus dibiasakan raut wajah miliknya. Barang-barangku yang jatuh berselerakan dikutip dan dihulurkan padaku yang masih mengigil terkejut.
"Perempuan! Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis." rungut dia perlahan. Aku membatu. Namun, sempat juga aku melihat beberapa kali dia mengurut lengannya. Mungkin menahan sengal yang mula menjalar di bahagian tersebut.
Kelihatan mukanya berkerut menahan sakit. Tidak tahan hanya melihat sahaja, dengan segera aku selongkar tas tanganku.
Dapat sahaja barang yang aku cari, terus aku keluarkan daripada beg. Aku mapir ke arah lelaki tersebut. Melihatkan aku yang mendekat, dijarakkan tubuhnya daripada aku. Namun, dengan lembut, lengan lelaki tersebut aku tarik dan genggam.
Sambil menahan tangis aku berkata.
"Maa..aaf..maafkan saya. Sebab saya awak sakit..maafkan saya..Kalau sebab saya tak cuai, mesti tak jadi macam ni.." kata maaf tak lekang daripada bibirku. Sungguh perasaan bersalah terlalu berlingkar dalam hati aku sekarang.
Plaster hello kitty aku koyak dan tampal perlahan-lahan di atas luka tersebut. Lelaki tersebut hanya memusatkan pandangannya padaku. Diam memmerhatikan aku yang merawat lukanya.
Tanganku yang siap menampal plaster tersebut ditepis perlahan. Wajahku dipandang. Keluhan dilepaskan. Seketika, tanpa sebarang pamitan, terus dibawa langkah meninggalkan aku di situ.
Aku yang masih dilanda sedih dan bersalah hanya mampu melihat langkahnya yang kian jauh meninggalkan aku. Siapa dia? Nak bersuara tapi suara seakan hilang dibawa pergi.
Perlahan-lahan langkah lesu kuatur ke kereta sebelum kereta kupandu pulang ke rumah. Terasa sengal di tubuh lampai milik aku. Nasib landing atas dia. Kalau tidak mahu remuk tulang aku.
Tapi macam ada darah sikit berhampiran luka tadi. Bersalahnya aku. Kerana aku yang cuai, dia yang terpaksa menanggung sakit. Awak, saya mintak maaf. Huwaaaaa.
Namun, jauh di sudut hati dia berharap agar pada masa akan datang dia masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan lelaki tersebut.
_____________________________________
Goodnight gaiss. Siapa yang Aulia jumpa tu? Jeng jeng jeng. Cer teka cer teka.
Share this novel