"Apa cerita kamu dengan Benjamin? " Dato khalid bertindak mengajukan soalan. Surat khabar yang dipegang dilipat dan diletakkan ke atas meja.
Aqeela Sania mengeluh kuat. Dengusan kasar dilepaskan sebal bila mengingatkan hubungan dengan Benjamin sudah berakhir.
"Cerita apa? Dah putus! " ujar Aqeela malas. Kuku jari yang baru diwarnakan semalam dibelek-belek.
"Macam mana boleh putus? " dikerling sekilas anak gadisnya yang santai menyandar menghirup teh panas.
"Macam mana apa? Dah putus lah. Dia yang putuskan. Tak guna punya jantan! " bidas Aqeela lantang. Geram aku bila mengingatkan detik-detik aku diputuskan Benjamin.
Tanpa bertemu muka, diputuskan sahaja dirinya dalam talian. Kurang ajar! Berangin sahaja badannya mengingatkan kejadian tersebut.
Dato Khalid tertawa jengkel.
"Takkan Benjamin semudah tu nak putuskan hubungan dengan kamu. Pasti ada benda yang kamu dah buat belakang dia. " selar Dato Khalid.
Aqeela menjeling tajam. Kedua tangan disilangkan ke dada.
"Qeela buat apa? "
"Aik. Kamu tanya papa balik. Sepatutnya kamu tanya diri kamu apa yang kamu dah buat sampai Benjamin tinggalkan kamu! " bidas Dato Khalid kuat. Naik angin kadangkala dengan sikap anak gadisnya ini.
Ditambah dengan rasa geram yang membuak,ikutkan hati mahu sahaja dilayangkan sebuah penampar. Bukan dia tidak tahu kalau Aqeela menjalinkan hubungan dengan lelaki lain di belakang Benjamin.
Kuala Lumpur ini bukanlah besar mana. Lagi pula, selama mana mahu sembunyi. Tambahan lagi, sifat anak gadisnya yang terlalu semborono berseronok mudah sahaja untuk diketahui orang. Pub dan kelab malam usah dikatalah, ibarat rumah keduanya sudah.
"Apa kurangnya Benjamin tu di mata kamu sampai sanggup kamu curang belakang dia? Dan apa lebihnya lelaki tu pada kamu? " soal Dato Khalid tegas.
"Tak ada apa. Saja. " balas Aqeela Sania mudah.
"Saja kamu cakap? Sebab jantan yang kamu curang tu dapat bagi kamu keseronokan kan? Macam tu? Memang padanlah Benjamin tu tinggalkan kamu! " ucap Dato Khalid geram.
"Ishhh! Papa ni semak lah! " bentak Aqeela kuat.
"Semak tak semak, papa tak kira Qeela. Kamu tahu kan Benjamin tu 'lubuk emas' untuk kita. Elok-elok dah dapat, kamu lepaskan. Bodoh! "
Aqeela berpaling malas. Berasap telinganya dikata bodoh.
Dianggukkan kepalanya lambat.
"Kamu dengar tak apa yang papa cakap kat kamu ni? " tempik Dato Khalid lantang.
"Ishhh! Qeela dengarlah. Yang papa nak terjerit-jerit ni dah kenapa? Qeela belum pekak lagi lah! Huh!" telinga yang terasa bingit dengan tempikan nyaring Dato Khalid digosok kuat dengan riak sebal.
Cuak juga dia bila Dato Khalid sudah mengamuk. Bukan dia tidak biasa ditempeleng sebelum-sebelum ini.
"Papa tak peduli. Walau macam mana sekalipun, kamu kena kahwin dengan Benjamin juga. Hanya dengan cara tu saja dapat jamin kesenangan yang kita ada sekarang. " tegas Dato Khalid.
Aqeela diam. Diluruskan pandangannya ke hadapan. Kembang kempis hidungnya diberikan arahan diktator seperti itu.
"Cara apa yang kamu buat untuk dapatkan Benjamin, papa taknak ambil tahu Qeela. Apa yang papa nak tahu kamu akan kahwin dengan Benjamin. Titik! " tukas Dato Khalid keras. Tiada kompromi.
"Urghhhhh! " rambutnya diselerakkan. Kerusi ditolak kasar. Jatuh menjunam menyembah lantai. Turun naik dadanya dilambung rasa amarah.
••••
Tok! Tok! Tok!
Kepala yang tunduk menekur ke meja diangkat perlahan.
Dikerling sekilas jam di sisi meja. Lagi lima belas minit bakal menginjak ke angkat dua belas tengah hari.
Menyedari masih ada ketukan yang berbunyi, arahan masuk diberikan. Badan yang sengal-sengal dikepak ke kiri dan kanan. Cuba untuk mengurangkan rasa sengal yang menjalar di tubuhnya.
Terjengul wajah Melissa di sebalik pintu pejabat. Tersenyum menawan seperti biasa hingga sukar untuk melihat seraut wajah cantik Melissa itu masam mencuka.
Digaris sebuah senyuman. Melissa duduk tanpa dipelawa.
"Yes Melissa? " soal Benjamin bernada biasa.
"You busy ke? "
Benjamin mengangguk.
"Agak busy lah. Kenapa? "
Melissa tersenyum mendengar jawapan yang diberikan Benjamin.
"Jom keluar lunch. Since dah nak masuk waktu break. Mesti you pun lapar kan. " ajak Melissa lembut.
Benjamin diam. Lama difikirkan pelawaan Melissa untuk makan tengahari bersama. Menimbang tara ajakan tersebut. Sejenak, terbayang paperwork yang diberikan Aulia semalam. Kemudian dibawa pula menentang seraut wajah cantik di hadapannya.
Melihat Benjamin yang masih tidak berganjak, Melissa bingkas bangun menghampiri meja kerja milik lelaki itu. Fail yang masih berada di tangan Benjamin ditarik lembut dan ditolak ke tepi.
Kemudian, ditarik tangan kekar Benjamin bangun daripada kerusi empuk miliknya. Benjamin bertindak menepis. Tidak suka disentuh sebegitu rupa. Melissa berubah riak namun cepat sahaja dimaniskan kembali riak wajahnya.
"Nak tak? Jom lah. Kerja takkan pernah habis Ben.. "
Benjamin diam. Sesaat, kepalanya dianggukkan.
"Okaylah. Boleh juga. Tunggu kejap. I nak kemas fail-fail ni dulu. You jalanlah dulu. I follow belakang. " arah Benjamin.
"Nope. I tunggu. Kita jalan sama-sama" disilangkan tangan ke dada sambil menggelengkan kepalanya.
Dia bersorak dalam hati. Pelawaannya akhirnya diterima Benjamin juga. Bukan senang untuk mengajak Benjamin makan bersama. Selalu pelawaannya sering ditolak.
"I'm done. So, Lets go" wallet bersama telefon dicapai pantas. Sesaat, mereka mula beriringan menuju ke arah kafeteria di tingkat bawah.
••••
Aku beriringan bersama Akif. Entah mimpi apa lelaki ini tiba-tiba sahaja muncul di balik pintu pejabatku.
Tiada angin tiada ribut, dihulurkan pelawaan kepadaku mengajak untuk makan tengahari bersama-sama hari ini. Tidak sampai hati untuk menolak pelawaan Akif,aku akhirnya bersetuju.
Bukan apa, melihat Akif yang beria-ria diserta dengan rayuan memaksaku untuk menerima pelawaannya makan bersama tengahari ini.
Namun, sedikit sebanyak aku dihurung rasa risau di hati. Takut ketahuan dek Benjamin. Sudahlah, hubungan kami baru sahaja pulih. Tapi, bila aku fikirkan kembali, rasanya tidak ada yang salah. Hanya keluar makan bersama semata-mata.
Setelah hampir sepuluh minit mengambil masa untuk sampai ke kafeteria, akhirnya kami tiba. Kelihatan beberapa orang pekerja sudah asyik menjamu selera.
Tidak hirau dengan jerit pekik pelanggan memesan makanan. Senyuman dan sapaan daripada staf syarikat aku balas mesra.
Kalut mencari tempat, terdengar laungan kuat seseorang menyeru nama kami. Aku berpaling deras. Akif turut menoleh.
Sejenak, aku terkesima melihat kehadiran Benjamin di sisi Melissa. Aku terpasak ke bumi. Benjamin juga kulihat turut terkesima melihat aku yang berada di samping Akif.
"Jom Lia. Kita pergi sana. Tak sangka pula boleh jumpa mereka kat sini. " aku larikan tangan daripada Akif yang bertindak mahu melelar pergelangan tanganku. Bukan apa, mahu berang Benjamin melihat nanti.
"Lia, Kif. Sinilah. Duduk sekali" pelawa Melissa ramah. Aku merenung Benjamin yang turut mencerlun tajam ke arahku.
Rahangnya kulihat diketap rapat. Reaksi yang sering dipamerkan jika dia sedang berada dalam keadaan marah atau geram. Aku sudah cukup arif.
Akif kulihat menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda menerima pelawaan Melissa.
"Jom Lia. Kita duduk sana. " ajak Akif lembut.
Aku berjalan lambat menyoroti langkah Akif yang berjarak denganku. Punggung aku labuhkan di sisi Akif berhadapan Benjamin.
"Tadi I ajak lunch, you cakap you busy. So I ajaklah Ben. Nasib Ben sudi nak lunch sekali dengan I hari ni.. " tukas Melissa tiba-tiba merujuk kepadaku. Serta merta aku diserang angin puting beliung.
Aku tersentak. Mata aku liarkan ke wajah Melissa yang sudah tersenyum senget. Benjamin di sisinya sudah berubah riak. Aku tahu dalam diam Benjamin pasang telinga mendengar butir bicara antara kami.
Aku tersenyum.
"Ohh ya, seingat I hari ini I tak ada nampak lagi muka you kat office. So, bila masa yang you cakap you ajak I lunch sekali? Atau I yang terlupa? " semburku terus tanpa rasa gentar. You messed with the wrong person Melissa!
Tangan aku tongkatkan ke dagu. Mengukir sebuah senyuman sinis ke arah Melissa yang sudah seperti cacing kepanasan di sisi Benjamin.
Melissa berpura-pura senyum.
"Yaka? Tapi kenapa I rasa macam I ajak you? So, bukan you eh? Sokay. Maybe orang lain.. " bahunya diangkat. Cuba untuk berlagak biasa walhal sudah terang lagi bersuluh Melissa mereka cerita. Lihat sahaja wajahnya yang cemberut saat aku membidas kata-katanya.
Benjamin kulum senyum. Mata dikenyitkan ke arahku. Aku menjegil ke arah Benjamin.
"Kif. Tukar tempat. " pinta Benjamin tetiba sahaja. Segera dibangunkan tubuhnya yang lampai.
"Kenapa? Taknak lah aku. Aku nak duk sini. Tepi buah hati aku. Kau duduk jelah kat situ. Sibuk je nak tukar tempat. " rungut Akif kurang senang dengan permintaan Benjamin.
Aku dipalu debar bila Akif semberono mengatakan aku buah hatinya. Silap haribulan pecah muka Akif dikerjakan Benjamin. Angin Benjamin ni bukan boleh ditebak.
"Tukar jelah. Banyak soal pula kau. Dah, cepat. Aku nak kena kipas. Sini, kipas macam tak function. Kau tahukan aku ni cepat berpeluh. Lainlah macam kau. " Benjamin kulihat bingkas berdiri. Berjalan menuju ke arah Akif.
Bahu Akif ditolak kuat. Menginjak tubuh itu ke tepi. Nasib sahaja tak jatuh ke lantai. Akif mendengus kasar. Dengan muka cemberut, dibangunkan juga tubuhnya separuh rela menuju ke tempat duduk Benjamin.
Benjamin melabuhkan duduk di ssebelahku. Bajunya yang sedikit renyuk dikemaskan. Tangan besarnya menjalar menangkap jemari runcingku di bawah meja. Kedudukan meja makan yang agak terlindung seakan memberi peluang dan ruang kepada Benjamin untuk bermesra denganku.
"I nak pergi ladies kejap. "
"Aku pun. Tak tahan nak terkucil"
Kini, tinggal aku bersama Benjamin. Aku diam tunduk menekur memerhati jemari di ribaan.
"Tak bagitahu pun keluar lunch dengan buah hati " Benjamin bersuara.
Aku menoleh ke arah Benjamin. Terasa menyerbu rasa geram dengan kata-kata tersebut. Bagai dijemput rasa itu bertandang. Ingin sahaja aku siat-siat mulut seksi itu.
"Abang pun sama. Keluar lunch dengan Mel tak bagitahu Lia pun. Then, abang expect Lia bagitahu abang? Macam tu? One more thing, Akif bukan buah hati Lia!" semburku terus tanpa dapat ditahan.
Benjamin terkedu. Lama berdiam diri sebelum tanganku dikucup lembut. Bibirnya mengulum senyum.
"Dah tu, siapa buah hati you? " dilirik nakal ke arahku.
Aku jungkitkan bahu.
"Entah. Tak ada kot."balasku mudah.
Benjamin tertawa kecil.
"Emosi sangat ni kenapa? Okay, fine. Abang minta maaf sebab tak bagitahu you. Tak rancang pun sayang. Ingat nak ajak you turun lunch sesama."
Aku menjeling.
"Then, kenapa tak ajak?" bentak ku lagi.
Benjamin tersenyum.
"Abang terlupa. Sungguh abang lupa. Busy sangat siapkan kerja. At the same time, abang tengah semak paperwork you bagi semalam.. " Benjamin tersengih.
"Alasan! Konon tak bagi kita rapat dengan Akif. Tapi dia rapat dengan Melissa boleh pula. Adil ke macam tu? Adil? " semburku lagi. Sungguh, sakit hati aku rasakan kini.
Benjamin menggaru kepala yang tidak gatal. Buah hati dah marah oii. Dia silap bulan ke macam mana sekarang? Tapi, salah dia juga menerima pelawaan Melissa untuk lunch bersama.
"Ya, tak adil. Lepas ni abang janji tak rapat lagi dah dengan Melissa. Tapi abang rasa selama ni abang layan dia biasa je. Dengan sayang yang special. Tak ada tahu orang dapat layanan macam sayang dapat. " Benjamin tersenyum bangga.
"Konon! " cebikku.
"Sayang sarapan tebuan dengan air milo ke pagi tadi? " seloroh Benjamin.
Aku memukul bahu Benjamin kuat.
"Abang jangan nak buat lawak bodoh eh. Jangan nak tukar topik. " bidasku lantang.
"Mana ada. Betul lah abang tanya." nafi Benjamin perlahan. Digosok bahunya yang tidak semena-mena ditampar si kesayangan.
"Makan hati! " ucapku geram.
Benjamin tertawa galak.
"Alolo. Sian dia eh. Makan hati. Nak abang pujuk tak? Jangan lah marah sayang. Sayang marah-marah macam ni buat abang rasa nak gigit-gigit lah " ucap Benjamin berselang seli dengan tawa mengusik.
Aku mendengus kuat.
"Jangan nak merepek boleh tak? " selarku kasar.
Benjamin mencebik.
"Betul lah. Mana ada abang merepek. Tak percaya? Belah lah dada, operate lah hati. " dibawa tanganku ke dadanya. Dialurkan naik turun di sekitar dadanya perlahan.
Aku menahan ketawa. Bibir kuketap rapat daripada melepaskan tawa. Wajah serius aku tayangkan. Benjamin mengulum senyum bila mana terbias bibirku yang ingin mekar dengan senyuman.
"Marah lagi? " jemari yang bersulam dengan jemarinya dimainkan.
Aku diam. Sebaliknya aku buat tidak endah dengan pertanyaan tersebut.
"Yang! " Benjamin bersuara.
"Apa? " soalku malas.
"Marah lagi ke? "
Lama, aku gelengkan kepala.
Tanpa sempat ditahan, Benjamin melepaskan sebuah kucupan di pipiku. Aku gelengkan kepala. Mentanglah tiada siapa yang dapat melihat, enak sahaja dia bermesra denganku.
Melissa menghempaskan tas tangan ke meja. Tidak lama, muncul Akif di belakangnya. Keduanya melabuhkan duduk kembali di hadapan kami.
"Bila makanan sampai? " soal Akif kepadaku.
"Baru kejap tadi. " balasku ringkas.
"Jom lah makan. Lapar dah ni. " Akif tersengih. Ditarik makanan yang dipesan sebelum duduk tadi rapat ke arahnya.
Kami mula menjamu selera. Sesekali tangan nakal Benjamin menjalar di sekitar tanganku. Puas ku menepis namun lagi dihalang lagi menjadi. Akhirnya, aku biarkan sahaja.
"You ni Ben. Besar pun comot lagi makan. Meh sini I tolong lapkan. " terus sahaja sehelai tisu ditarik dan dilapkan ke mulut Benjamin.
Benjamin pantas menepis. Tidak suka dengan tindakan Melissa.
"Eh, takpa. I boleh lap sendiri. " dirampas tisu ditangan Melissa yang tersenyum menggoda. Aku perhatikan sahaja tingkah dia dengan hujung ekor mataku. Bibir kuketap rapat.
Makanan yang mahu aku suapkan aku letakkan kembali ke dalam pinggan. Berdeting bunyi sudu menarik perhatian tiga pasang mata ke arahku dengan riak wajah yang berbeza. Benjamin tersentak. Pantas dilarikan renungan ke arahku.
Belum sempat sekali lagi jemari Melissa mencecahkan tisu ke arah bibir Benjamin, tangan aku pusingkan wajah Benjamin ke arahku. Aku paut wajah Benjamin rapat kepadaku. Dengan selamba, aku usap tepi bibir Benjamin yang dikatakan comot dengan ibu jariku.
Akif yang melihat adegan tersebut terkedu. Terlopong luas mulutnya menangkap aksi spontan dariku. Melissa di sebelah pula sudah kembang kempis menahan rasa sebal.
"Thanks say...Lia" ucap Benjamin yang hampir tersasul. Aku ukir senyuman pendek. Benjamin simpan senyum. Suka lah tu aku buat begitu depan Akif.
Akif yang masih melopong luas, aku biarkan. Alang-alang dah terpamer kemesraanku dengan Benjamin, biarlah. Aku menyambung kembali suapan yang tergendala. Aku kerling sekilas Akif di depan. Perasan dengan kerlinganku, cepat ditunduk dan disudu kembali makanannya ke dalam mulut.
Benjamin kenyit mata ke arahku. Aku pula membalas dengan menjegilkan mata ke arah Benjamin. Hanya gelengan kepala diberikan kepadaku. Garang sungguh buah hatinya ini. Seram dia kadang-kadang.
••••
"Miss! Miss! " laung Kak Mas kuat. Langkah Aqeela Sania dikejar.
Aqeela berpaling ke belakang. Rayban yang melorot jatuh ke hidung ditolak kembali. Jelingan tajam diberikan kepada setiausaha Benjamin.
Belum sempat daun pintu pejabat milik Benjamin ditolak, terasa pergelangan tangannya dilelar erat dari belakang.
Pantas, tubuh ditolehkan ke arah Kak Mas yang tercungap-cungap di hadapannya. Aqeela berdecit perlahan. Direntap tangannya dari genggaman wanita tersebut. Sesuka hati berani menyentuhnya!
"Miss tak boleh masuk dalam bilik bos sesuka hati. Ini bukan pejabat Miss. " keras suara Kak Mas menghalang tindakan semberono Aqeela. Dihadang tubuhnya di hadapan pintu bilik Benjamin yang tertutup rapat. Didepakan kedua belah tangan sebagai langkah berjaga-jaga.
Aqeela melepaskan tawa sinis. Dibuang rayban yang menutup sepasang mata miliknya sedari tadi.
"Kalau sini bukan pejabat I, samalah dengan you. Ini bukan pejabat atau syarikat you. So you tak da hak nak halang I. Dah tepi! " tanpa amaran, ditolak kuat tubuh Kak Mas ke tepi. Sesaat, terinjak ke tepi tubuh wanita tersebut.
Kak Mas yang hampir tersungkur pantas berpaut di tombol pintu yang sudah ternganga luas tanda Aqeela berjaya bolos masuk ke dalam bilik Benjamin. Dilepaskan keluhan kuat.
"Menyusahkan betul lah betina ni" rungut Aqeela sebal.
••••
Aku mendengar dengan teliti penerangan Benjamin. Satu pun tiada yang missed di pendengaranku. Satu persatu kuhadam lumat. Tidak mahu lagi kejadian seperti tempoh hari berulang kembali.
"So, sayang clear apa yang I bagitahu?" Benjamin menyoalku. Disandar santai tubuhnya ke belakang kerusi.
Aku menganggukkan kepala. Tangan yang mencatat isi perbincangan aku letak ke meja.
Ditarik jari jemariku. Aku mencebik. Pantang ada peluang, nak bermanja sahaja kerjanya. Naik rimas aku. Kalau dulu sikit punya serius, sekarang sweet tahap potong kaki aku dibuatnya.
Belum sepenuhnya jari jemariku dipaut, kedengaran kuat lengkingan suara seseorang menerombos nyaring memasuki lubang telingan kami.
Aku pantas membesarkan mata. Merenung Benjamin yang turut mengerutkan dahi. Tidak lama, terasa pintu ditolak kuat daripada luar. Aku terkesima. Aqeela Sania! Bisikku dalam hati. Benjamin turut terkelu di tempat duduknya.
Seminit, masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain. Aqeela melepaskan tawa sinisnya. Kedua belah tangan dilagakan menghasilkan bunyi tepukan kuat. Bergema dalam ruang pejabat Benjamin.
Perlahan, dibawa tubuh genitnya menapak mendekatiku yang bingkas berdiri tercegat. Dihentikan langkahnya di hadapanku. Anehnya, sedikit pun aku tidak gentar berdepan dengan Aqeela Sania. Malah, aku dengan beraninya menentang renungan tajam darinya.
"Nice to meet you again, Aulia Natasha" kukunya dialurkan ke pipiku. Aku merenung kukunya yang merayap di kulit pipiku. Perlahan, aku kuis kuku tersebut.
"Dont touch me! " ujarkan perlahan. Berbisik rapat ke wajahnya.
Aqeela sekali lagi melepaskan tawa sinis dengan reaksiku.
"You nak apa Qeela? " Benjamin menyoal malas. Malas untuk bermukadimah. Lebih baik diajukan soalan terus.
Dijarakkan tubuhnya dariku sebelum merapati meja Benjamin. Ditunduk merenung wajah Benjamin yang mempamerkan riak jengkel.
"Kalau you tanya apa yang I nak, dengan senang hati I jawab, I nak you. " balas Aqeela tersenyum menggoda. Benjamin berdecit perlahan.
Benjamin kulihat tertawa kuat. Terasa lucu dengan kata-kata Aqeela barangkali.
Dirapati Aqeela yang sedang tersenyum menggoda. Sebelah tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar slacknya. Aku diam memerhati.
"You cakap apa tadi? I tak dengarlah Qeela. Sayang dengar tak apa yang perempuan ni cakap tadi? " Benjamin bertindak mempermainkan Aqeela.
Aqeela yang sedar dirinya dipermainkan segera menunjukkan riak bengis. Turun naik nafasnya menahan amarah.
"You jangan nak biadap Benjamin. " selar Aqeela kasar.
Benjamin tertawa sinis.
"I biadap? I rasa sepatutnya I yang cakap macam tu kat you sebab you dengan beraninya menceroboh masuk ke dalam syarikat dan bilik I tanpa kebenaran dan urusan! So, siapa yang biadap sekarang? I atau you? " jarinya ditudingkan ke dadanya dan Aqeela.
Aqeela mendengus kasar.
"Kenapa you tiba-tiba putuskan hubugan kita? " soal Aqeela mengubah topik.
"Again? You sendiri pun tahu jawapannya. Why you masih nak tanya I? "
"Just tell me why Benjamin! "
"Baik. Let me tell you. Pertama, sebab you curang dengan I. Kedua, sebab you curang dengan I. Puas hati? "
Aqeela terdiam.
"I tahu dulu salah I sebab curang dengan you. Tapi percayalah, sekarang I dah berubah. I hanya ada you seorang sahaja. Please, I still cintakan you Benjamin.." rintih Aqeela pilu.
"Stop cakap pasal cinta kalau you taktahu erti cinta sebenar Qeela. !" bidas Benjamin lantang.
Aku memutarkan bebola mata ke atas. Diserang rasa jengkel tiba-tiba dengan air mata palsu Aqeela.
"Wow..speechlessnya I. Tak sangka Benjamin Luthfias Dato Razman pandai bercakap soal cinta selama ni. Then you tahu ke makna cinta yang sebenar ? " senyum sinis Qeela hadiahkan untuk Benjamin. Benjamin bertindak mengabaikan. Baginya sedikitpun tidak luak setakat senyum sinis seperti itu.
"Even kalau I tak tahu sekalipun, I tak macam you yang semudah ABC permainkan hubungan kita. Tak macam you yang mudah-mudah menyerahkan maruah you pada lelaki lain. " hambur Benjamin tenang.
Jelas kelihatan wajah Aqeela Sania yang terkesima. Reaksi yang sewajarnya dipamerkan kepada Benjamin terutamanya.
Tangan yang terkepal menahan geram dari tadi kulihat Benjamin lepaskan. Ikut rasa hati mahu saja ditempeleng wajah perempuan yang suatu masa dahulu dipuja-puja. Namun, bukan caranya berkasar dengan perempuan. Dayus namanya.
Kot biru gelap dikemaskan Benjamin. Diatur langkahnya berjalan menuju ke kerusi. Dilabuhkan duduknya. Berdepan dengan Aqeela Sania kesabarannya harus tinggi. Perempuan seperti dia tidak mudah menyerah kalah.
Kulihat Aqeela Sania menapak perlahan mendekati Benjamin. Cuba digapai tangan Benjamin. Namun cepat ditepis. Tak rela disentuh oleh Aqeela.
"Ben.. I tahu I salah. Maafkan I. I still love you Ben. You tak adil kalau nak letakkan kesalahan pada I seorang.."
Sepantas kilat Benjamin bingkas bangun sebelum berundur beberapa tapak ke belakang. Menjauhi Aqeela Sania. Benjamin ketawa mengejek mendengarkan kata-kata dia. See ? Licik perempuan ni, omelku.
"You buat lawak apa ni Qeela ? So you nak cakap kecurangan you selama ni bermula daripada I lah ? Come on. You yang salah, you nak tuduh I pula. Hell no! " tertahan suara Benjamin menahan amarah yang semakin kuat menghentam dada.
Aku masih tercegat memerhati drama sebabak antara mereka. Ketenangan sekali lagi Benjamin cari. Disandarkan punggung di meja kerjanya. Tangan naik memeluk tubuh. Gaya defensif!
"Yes! Kalau you tak dengan sikap you yang abaikan I lebihkan adik tiri you I takkan sewenang-wenangnya permainkan hubungan kita. Curang belakang you" tempelak dia tidak mahu mengalah dan mengaku salah.
Benjamin tersenyum.
"I rasa kalau ada award pelakon terbaik, you layak dapat anugerah Qeela. And one more thing, you tak layak nak sebut nama adik tiri I or should I say my future wife ?" Benjamin orak langkah ke pintu pejabat.
Aku tersentak dengan lontaran kata-kata daripada Benjamin. Terasa berbunga pula hati saat ini. Makin menyinga wajah Aqeela Sania kulihat.
"One more thing, stop shooting drama dalam bilik I. I tak berminat dengan drama you. Now dipersilakan berambus dari bilik I. You just wasted my time. " gaya bersahaja dipamerkan Benjamin. Tangan naik memeluk tubuh. Menghalau dengan cara mulia pada pandanganku.
"Please Ben. I dah berubah. I cuma ada you sahaja sekarang ni. Sumpah!" tekan Aqeela. Cuba memancing simpati Benjamin.
"You jangan ingat I bodoh lah Qeela. Even setelah I terima you untuk kali kedua pun you masih lagi curang dengan I. Macam tu you cakap you berubah? Berubah kepala hotak you! Go to hell dengan berubah you tu.. " tengking Benjamin kuat. Rambutnya disebak kasar ke belakang.
Tiba-tiba Aqeela meletuskan tawanya. Persis orang gila talak.
" I tahu sebab apa mudah benar you putuskan hubungan kita. Sebab you dah ada perempuan ni kan? Sebab tu semudah tu you buang I daripada hidup you? Kan? " jerit Aqeela lantang.
Tanpa sempat ditahan, Aqeela bertindak meluru ke arahku sebelum sebuah tamparan diberikan ke pipiku. Aku yang tidak bersedia, terkedu seketika. Tidak semena-mena sahaja ditempeleng.
Aku terteleng ke tepi. Terasa kebas seketika muka menerima tamparan berbisa tersebut.
Benjamin tersentak. Matanya dibesarkan saat Aqeela bertindak menampar pipiku. Pantas tubuh menapak laju menolak Aqeela kasar. Jatuh tersemban tubuh genit itu ke lantai.
"Aqeela Sania!!!! " jerit Benjamin lantang. Nyaring hingga ke luar biik bisa kedengaran. Lagak halilintar membelah bumi.
Melihat aku sedang memegang pipi yang terasa perit, Benjamin paut rapat diriku ke tubuhnya. Dipaut kedua belah pipiku. Menentang seraut wajah risau miliknya. Dibelek kesan tamparan Aqeela pipiku. Aku pamerkan riak sakit. Saja untuk menjadikan kesakitan yang aku rasai lebih real.
Kulihat Benjamin mengetap rapat rahangnya. Terketar-ketar bibirnya menahan amarah. Aku dilanda cuak. Gerun melihat wajah Benjamin yang sudah bertukar berang. Buka tutup dikepal tangannya di sisi.
Aku peluk erat badan Benjamin dari tepi. Tangan menggosok laju dada Benjamin yang berombak kencang. Cuba menenangkannya. Takut jika Benjamin mengamuk.
Aqeela bingkas bangun. Melihatkan aku yang sedang menenangkan Benjamin, sekali lagi dia bertindak menyerangku. Kali ini aku sudah bersedia. Tanpa lengah, aku tolak badan Benjamin ke tepi. Terinjak Benjamin dari sisiku. Mulutku berdecit perlahan.
Malas sebenarnya untuk bergaduh tapi apabila Aqeela sudah menyerang ku bertubi, masa aku ingin biarkan sahaja? Hell no! Aku bukanlah sebaik itu untuk membiarkan diri aku disakiti.
Tangan Aqeela yang sudah terangkat tinggi untuk menamparku kali kedua,aku tahan kejap. Aku kilas perlahan pergelangan tangan Aqeela.
"Arghh, sakitlah bodoh! " jerit Aqeela tertahan. Menyeringai wajahnya menahan sakit. Aku ketap bibir rapat. Benjamin terpana dengan tindakanku. Kaku berdiri memerhatikan aku dan Aqeela.
Lama, aku lepaskan. Kini giliranku pula membalas apa yang diperlakukan kepadaku sebentar tadi.
Pang! Sebelah kanan.
"Sekali sebab you berani angkat tangan you kat muka I" ujarkan merapati Aqeela yang sudah ternganga luas. Terundur langkah ke belakang.
Pang! Sebelah kiri.
"Second, sebab you messed with the wrong person! " kali ini tolakan kuat terkena ditubuhnya. Terundur laju ke belakang.
Dipegang kedua belah pipinya bekas tamparanku. Merah kedua belah pipi putih Aqeela akibat tamparanku. Memerah wajah itu menahan tangis, geram, sebal, marah dan malu. Pendek kata, pelbagai perasaan terbias terang di wajah Aqeela. Aku mencerlun tajam membalas renungan Aqeela.
"Keluar! " jeritku tanpa sedar. Benar-benar dirasuk marah dan geram. Ikutkan hati mahu sahaja aku terajang Aqeela.
Tersentak dengan jeritanku, Aqeela bingkas berlari keluar daripada bilik pejabat. Tombol pintu bilik Benjamin dipulas. Terkuak seluasnya pintu tersebut.
"Hah, tunggu apa lagi ? Berambus lah." sakit mata melihatkan sekujur tubuh itu masih enggan untuk keluar.
Aqeela Sania tidak terus keluar. Sebaliknya langkahnya dihentikan di depan kami. Buat seketika kami beradu pandang. Korek bijik mata baru tahu.
Tangan runcing miliknya ditunjal ke dada Benjamin. Sepantas kilat Benjamin menepis tangan Aqeela. Jijik! Dah senang-senang serah maruah pada lelaki lain, nak sentuh-sentuh dia pulak.
"Jangan sentuh lah." Benjamin bersuara. Tak suka disentuh oleh Aqeela. Terasa jijik.
Kelihatan muka Aqeela Sania merah menyala menahan marah. Ada kami kesah. No way girl!
"Okay fine. You halau I. But I nak you tahu satu benda that I takkan menyerah dari dapatkan you walaupun terpaksa guna cara kotor " amaran diberikan padaku.
Benjamin tertawa kecil. Amaran bodoh apa lah. Pelipis digaru beberapa kali. Senyuman sinis diukirkan.
"Dah habis cakap? Ke belum atau lama lagi nak cakap? Kalau lama lagi kami boleh keluar pergi pantry minum air dulu. Bercakap dengan you buat rasa haus pulak." tekak yang terasa kering dilurut beberapa kali. Tambah dengan suasana hangat antara kami.
"Youuuuu!! " jari telunjuk diluruskan tepat ke muka Benjamin. Sekali lagi kulihat Benjamin menepis. Tak suka diperlakukan begitu.
"What?" Benjamin bersuara malas. Berambus cepat-cepat boleh tak. Semak!
"Just wait and see! " serentak itu tombol pintu dipulas kuat dan tubuh diloloskan laju dari bilik Benjamin.
Bam!
Pintu pejabat ditutup kuat.
Huh! Aku keluh perlahan. Ikut hati dah lama aku pijak-pijak si Aqeela. Tapi bukan begitu caraku. Mendepani perempuan selicik Aqeela Sania, kami harus bijak.
Benjamin menjenguk ke luar sebelum kepala dibawa masuk. Pintu bilik ditutup rapat. Keluhan kuat dilepaskan. Direnung aku atas bawah. Lama diamati aku yang sudah serba tak kena. Aku gigit bibir perlahan.
"Sayang okay? " pinggangku ditarik rapat ke dadanya.
"Sakit tak? " pipiku kesan tamparan Aqeela diusap-usap. Ditekan kuat.
"Aduh! " aku merengek.
"Sorry. Sebab abang, sayang yang kena. I'm so sorry baby" ujar Benjamin mendung. Dikucup pipiku bertalu.
Aku diam. Sedikitpun aku tidak menyalahkan dia.
"Boleh abang tanya sesuatu? " soal Benjamin teragak-agak. Aku anggukkan kepala.
"You pernah masuk wrestling ke dulu yang? Dua kali you tampar perempuan tu. Dah macam roti bom muka dia. Bengkak lain macam. "
Aku melepaskan tawa kuat. Terkekeh aku ketawa. Lucu dengan pertanyaan Benjamin.
"Dah habis dah gelak? Kita tanya dia gelak." rungut Benjamin.
Serta merta tawaku terhenti. Menyedari tindakanku di luar kawalan.
Tubuh Benjamin aku peluk dari belakang. Aku sembankan wajahku ke ceruk lehernya.
"Sorry abang. " pintaku manja.
Benjamin lepaskan keluhan. Pipiku sekali lagi dikucup geram. Aku tersengih manja.
"Nasib sayang! " sahut Benjamin perlahan.
komen sikit chapter hari ni.
Share this novel