BAB 48

Romance Series 247373

"Mummy tengok Lia sekarang macam berisi sikit lah.." mummy mengeluarkan kata.

Bihun goreng yang masih berasap disenduk masuk ke dalam mangkuk kaca berwarna pintu. Semerbak haruman bihun goreng membangkitkan selera makan.

Aku diam mengulum senyum. Tenang menyusun cawan di dalam talam bercorak keemasan. Langkah mummy aku soroti dari belakang. Bergerak perlahan menarik kerusi ke belakang sebelum melabuhkan duduk dengan cermat.

"Lia mengandung eh? " terjah mummy. Disenduk bihun goreng ke dalam pinggan si anak.

Aku melorek senyuman senget. Membaca doa makan sebelum menyuap sesudu bihun goreng ke dalam mulut.

"Mummy rasa? " aku pulangkan kembali soalan kepada mummy.

Mummy tersenyum lebar. Disudu perlahan bihun goreng ke dalam mulut.

"Mummy yakin sekarang Lia tengah mengandung. "

Aku tersengih lebar. Teruja dalam diam.

"Kenapa mummy boleh seyakin itu? Lia tak cakap pun Lia mengandung." tukasku bersahaja. Tidak menafikan dan tidak juga mengiakan. Aku sudu lagi bihun ke dalam mulut.

"Lia. Mummy pun pernah mengandung tahu. Jadi, tengok pada lenggok badan dia, tubuh Lia mummy tahu kalau sekarang ni Lia tengah mengandungkan cucu mummy. " ujar mummy riang.

"Macam mana kalau tekaan mummy salah? "

Mummy tertawa kecil. Diletakkan sudu di tepi pinggan. Dicantumkan kedua belah jemarinya menjadi satu.

"Nope. Mummy yakin tekaan mummy betul. Its okay kalau Lia taknak cerita pada mummy sekarang tapi mummy tetap percaya Lia tengah mengandung sekarang. " mummy masih dengan keyakinanya padaku.

Aku senyum. Tidak sampai hati pula hendak berahsia. Mummy benar. Aku memang tengah mengandungkan zuriat kami dan juga cucu mummy dan daddy. Semalam secara senyap-senyap aku telah membuat ujian kehamilan.

Dengan rasa berdebar, terketar, teruja aku menanti penuh debaran. Sungguh tak kusangka kalau tekaan Nelly dan Tiara akhirnya tepat. Setelah hampir beberapa ketika menunggu, akhirnya aku sudah mendapat jawapannya.

Tertera jelas dua garisan di kit ujian kehamilan tersebut. Sah, aku mengandung tiga bulan. Ikutkan hati aku mahu menjerit melompat kegirangan namun mengenangkan kandungan yang masih lagi baru, aku batalkan niatku.

Usai, aku keluar tersengih-sengih daripada bilik air. Kit ujian kehamilan aku simpan kemas. Benjamin yang ralit bermain telefon di atas katil memerhati tingkahku yang girang. Tapi aku biarkan sahaja. Nantilah aku khabarkan berita gembira ini kepadanya.

"Betul kan Lia mengandung? " soal mummy perlahan.

Aku tersentak dari lamunan panjang. Perlahan, aku gosok lembut perut yang terlindung dengan baju. Terasa benjolan kecil di perutku.

"Ya, mummy akan jadi nenek tak lama lagi. " ujarku tersengih lebar.

Mummy bingkas bangun. Melopong luas mulut mummy melihatku. Meluru ke arahku. Dirangkul erat tubuhku ke dalam pelukannya.

"Betul kan cakap mummy. Syukur alhamdulilah. " bisik mummy sebak.

Aku diam. Turut sebak dengan kegembiraan yang dipamerkan mummy.

"Ben dah tahu Lia mengandung? " soal mummy riang.

Aku gelengkan kepala.

"Belum lagi miy. Ingat nak buat suprise kat abang pasal baby ni. " jelasku.

Mummy masih menguntum senyum manis. Semanis gula melaka.

"Mummy yakin Ben mesti happy sangat bila dapat tahu Lia mengandung. "

Aku hanya tersenyum membalas.

"Lia harap macam tu lah. Hari tu dia yang beria tanya Lia bila nak mengandung. " aku bercerita.

Mummy tertawa kecil.

"Yaka? Nanti bagitahu dia, lepas ni tak payah tanya dah sebab Lia dah mengandung. " selar mummy.

"Amboi, apa yang seronok sangat tu? Sampai ke luar saya dengar awak terjerit-jerit Rida. " suara daddy yang memasuki ruang dapur mengejutkan kami.

"Tak ada apa lah. " mummy berdalih.

"Yaka? Saya siap dengar awak sebut baby lagi tadi tau. Siapa nak dapat baby? " soal daddy kuat.

Daddy melabuhkan duduknya di kerusi hujung meja makan seperti kebiasaannya.

"Siapa lagi, kita lah " ulas mummy menunding jari ke dada sendiri.

Daddy tercengang. Pantas dilarikan bebola mata menilik wajah si isteri.

"Awak mengandung ke? Biar betul? " soal daddy cemas. Tak tercapai dek akalnya dengan kata-kata si isteri.

Mummy mendengus kecil. Digelengkan kepalanya. Aku tertawa kuat. Lucu melihat reaksi daddy.

"Awak jangan nak merepek boleh tak Raz. Kita ni dah tua bangka, nak datang baby celah mana pula. " mummy kembali melabuhkan duduk. Sebal dirinya dengan tekaan si suami.

Daddy tertawa galak melihat wajah cemberut si isteri di sebelah kanan meja.

"Sebab itulah saya tanya. Bukan apa terkejut awak cakap macam tu. Mana lah tahu rezeki tua. "

"Tak payah nak merepek. Tak ada maknanya rezeki tua. " pintas mummy akan kata-kata daddy.

"Jadi, kalau bukan awak siapa? " soal daddy bingung.

Mummy menjatuhkan renungan ke wajahku yang berseri dari hari ke hari.

"Siapa lagi yang ada suami dalam rumah ni selain saya? " mummy memulangkan soalan.

Daddy tercengang. Perlahan, dengan gerakan slow tempo ditoleh wajahnya ke arahku. Daddy melopong luas. Aku sudah menahan tawa.

"Lia mengandung sayang? " soal daddy kuat.

Dengan riak tersipu-sipu malu, aku anggukkan kepala. Daddy meraup wajah. Terasa panas berkaca matanya dengan berita gembira tersebut.

"Alhamdulilah. Ben dah tahu? " soal daddy girang.

Aku gelengkan kepala bersama senyum.

"Belum lagi daddy. Ingat nak buat suprise kat abang. Mummy dengan daddy jangan terlepas cakap pula ya." aku titipkan pesanan ke kedua orang tuaku. Terlakar riak gembira yang lahir dari hati nurani mereka.

Pantas, dianggukkan kepala laju bersama isyarat tangan zip di mulut. Serentak kami ketawa bersama. Kembali tunduk menyuap makanan ke dalam mulut.

"Tercapai juga hasrat kita nak bercucu, Rida. Walaupun lambat sikit tapi ada. "

Mummy menganggukkan kepala beria. Menyokong kata-kata daddy.

••••

Benjamin meliarkan mata ke sekeliling bilik. Rambut yang masih basah menitiskan air dilap dengan kain tuala. Sambil tangan sibuk mengelap kepala,mata turut sibuk meneroka kawasan bilik mencari kelibat cik isteri.

Tuala dicampak masuk ke dalam bakul kosong tepi dinding. Benjamin bergerak perlahan menuju ke arah meja solek si isteri. Kelihatan terdapat sebuah kotak cantik berbalut tali reben merah terletak elok di atas meja solek berkayu jati dicat warna kecoklatan itu.

Dihentikan langkahnya berdepan meja solek. Memikir-mikir jika mahu membuka atau tidak kotak tersebut. Kelak dibuka dikatakan menceroboh pula. Tidak dibuka terasa menggebu-gebu perasaan ingin tahu apa isi di dalam kotak tersebut. Berperang seketika dirinya dengan perasaan.

Beberapa minit berfikir, akhirnya dengan perlahan dicapai kotak tersebut. Dibelek sekeliling kotak jika ada sebarang nota atau benda yang berkaitan. Namun, tiada. Dengan gerakan perlahan, reben yang diikat cantik ditarik. Sekaligus terlepas ikatan reben tersebut daripada kotak. Terlerai jatuh terdampar di meja solek.

Dengan cermat, penutup kotak kecil berwarna hitam dibuka dan diletakkan ke bawah. Seketika terbias sesuatu yang dirinya tidak percaya. 

'Cant't wait to see you, Papa! I love you'

Benjamin tergamam. Kita ujian kehamilan yang tertera dua garisan diangkat dengan rasa terkelu dan terkedu. Benarkah?

"You've found it? " sapaan dari si isteri yang santai menyandar menyenget di birai pintu dipaling laju.

"Is it true sayang? " soal Benjamin terkaku.

Bergetar sebak suaranya. Kit ujian kehamilan diangkat dan dipertontonkan kepada si isteri.

Aku menutup rapat pintu bilik kami. Aku menapak menuju ke arah suamiku dengan riak wajah yang sukar untuk dijelaskan. Terharu, gembira, teruja bercampur baur menjadi satu.

"Yes, it is true sayang. You're gonna be a papa soon! " jeritku. Mengangguk laju kepalaku mengiakan soalan daripada Benjamin.

Benjamin tergamam. Terlepas kita ujian kehamilan tersebut ke lantai bilik mereka yang terhampar dengan permaidani cantik. Wajah diraup kasar. Dia sebenarnya masih belum percaya dengan apa yang diberitakan kepadanya.

"Sayang, are you serius? " sekali lagi disoal kuat.

Kedua belah jemari isterinya digenggam erat. Diramas-ramas kuat.

"Ya abang. Abang akan jadi papa tak lama lagi. " ujarku girang.

Tangan kekar Benjamin aku bawa menyentuh perutku yang sudah ada benjolan kecil. Benjamin terkesima. Renungan dijatuhkan ke arah tangan di perut si isteri.

Bebola matanya naik bersilih ganti memandang keduanya. Terkebil-kebil matanya saat ini untuk mencerna segalanya. Diusap perut milikku. Benjamin terdiam. Dapat dia rasakan perut si isteri yang sudah sedikit membukit.

"Abang akan jadi papa? " sekali lagi.

Aku menganggukkan dengan mata berkaca.

"Ya abang. Abang akan jadi papa.." ujarku.

"Yesssssss!!! " Benjamin menjerit nyaring. Melompat tinggi sambil tangan dikepal dan ditolak ke atas.

Aku hanya tertawa. Lucu dengan reaksi si bakal papa seorang ni.

"Arghhh! " aku terjerit kecil. Terkejut bila mana tubuhku dirangkul dan diangkat. Dibawa tubuhku mengelilingi bilik.

"Abang, hey turunkan Lia. Baby gayat." ujarku. Tangan naik merangkul leher Benjamin kejap. Risau jika terjatuh walaupun rangkulan Benjamin mengetat.

Benjamin spontan berhenti. Terlalu teruja bakal menimang cahaya mata membuatkan dia hampir terlupa isteri yang sedang mengandung. Ahh, dia benar-benar gembira bakal bergelar seorang ayah kelak.

Perlahan, dengan cermat diletakkan Aulia diletakkan di birai katil. Dia pula melutut depan isterinya saat ini.

"Boleh abang pegang perut sayang? " soal Benjamin berbisik perlahan. Gemersik suaranya menampar cuping telingaku. Teruja wajah bakal papa ini.

Aku mengangguk laju. Aku perhatikan wajah Benjamin yang tidak lekang menguntum senyum. Tersengih lebar hingga saat ini.

Perlahan, bajuku diselak. Terserlah perutku yang terisi dengan baby kami.

"Hai baby papa. Can't wait to see you baby. Papa loves you too. " dilabuhkan kucupan tepat di perutkan.

Berulang kali dilepaskan kucupan di situ. Terdengar sayup-sayup Benjamin sedang berbicara dengan si kecil. Aku mengusap rambut Benjamin yang berada di perutku. Aku mengintai wajah suamiku. Masih belum berhenti tersenyum dia.

Seketika, didongakkan wajahnya memandang wajahku. Diusap pipiku berkali-kali. Dikucup pipiku yang sedikit berisi.

"Abang happy? " soalku berbisik tepat di hadapan wajahnya. Aku belai wajah itu.

Benjamin mengangguk laju. Tertawa riang dia.

"Abang happy sangat! Takkan tak happy nak dapat baby, yang. Terima kasih sudi mengandungkan anak kita." ucap Benjamin tulus.

Kedua belah jemariku dikucup bertalu-talu. Melampiaskan rasa kasih dan terima kasih kepada sang isteri atas kesudian mengandungkan baby mereka. Besar pengorbanan isterinya.

"Terima kasih juga untuk abang. Sebab abang sanggup take over alahan Lia." ujarku berseloroh.

Benjamin membulatkan mata. Terbayang semula serta merta perangai dan seleranya kebelakangan ini. Tak sangka selera dan perangainya yang berubah selama ini adalah kerana pembawakan budak. Hingga kadang-kadang dia sendiri tidak boleh memahami kehendak dan keinginan sendiri.

Tapi, di satu sisi lain dia bersyukur kerana sedikit sebanyak mampu meringankan beban si isteri sepanjang proses kehamilan baby mereka. Dia sanggup untuk ambil alih alahan daripada Aulia. Tidak sanggup jika si isteri yang menanggung segalanya.

"Sayang ada mengidam nak makan apa-apa? Abang boleh carikan. " Benjamin ajukan soalan. Serasanya kalau perempuan hamil ini tidak lari dari mengidam. Kadangkala naik runsing kepala demi memenuhi keinginan si isteri. Tidak dipenuhi, kasihan pula. Jadi, mahu atau tidak terpaksa juga dituruti.

"Ermm, setakat ni sayang tak rasa mengidam nak makan apa-apa. Cuma nak peluk abang je. " ujarku perlahan.

Benjamin tertawa kecil. Tubuh ditegakkan. Tubuh dibaringkan ke katil peraduan mereka. Ditarik tubuh si isteri ke dadanya. Aku meletakkan kepala ke dada Benjamin. Sebelah tangan memeluk tubuh suamiku.

"Sayang selesa tak? " soal Benjamin prihatin.

Aku anggukkan kepala. Aku sedut haruman maskulin suamiku. Wajah aku sembankan ke leher suamiku. Menyedut bau yang menyenangkanku.

"Tak sabar nak tengok baby kita membesar. " ucap Benjamin ceria. Diusap-usap perutku.

Aku tersengih lebar.

"Lia pun tak sabar nak tengok baby kita. "

"Dah berapa bulan sayang?"

"Baby kita dah tiga bulan." ujarku

Benjamin tersenyum nakal. Aku mengerutkan dahi.

"Tak sangka padu juga abang kan? Kiranya sayang sempat kosong dua bulan je la kan? " tanya Benjamin.

Wajahku mulai bertukar kemerahan. Ya, kalau diikutkan memang cepat aku hamil. Masuk bulan ketiga perkhawinan kami aku sudah lekat. Mahu tak lekat, suami aku aktif lain macam.

"Mula lah tu nak merepek. " tukasku malu.

Benjamin tertawa galak. Seronok melihat wajah putihku bertukar kemerahan.

"Betul lah. Power kan suami sayang ni. Patut lah abang tengok sayang makin seksi sekarang. Naik seksa abang tengok. " usik Benjamin.

"Konon." pintasku.

Benjamin tertawa.

"Lah, tak percaya pula cakap abang."

Aku terkejut. Pantas aku bangunkan separuh tubuhku. Menentang sepasang mata milik suamiku.

"Abang ni. Ishh, betul-betul lah. " rengekku.

"Betul lah."

Aku mencebik. Kembali membaringkan kepala di dada Benjamin.

"Lagi satu, ini. Abang tengok macam makin besar. But, I like it. You look so damn sexy! " tanpa amaran, diselak bajuku ke atas. Mempamerkan dadaku. Aku tercengang. Mata Benjamin galak menilik dadaku.

Diturunkan kembali bajuku. Dirangkul tubuhku erat masuk ke dalam dakapannya. Dikucup kepalaku bertalu.

"I love you sayang. " ucap Benjamin sambil sebuah kucupan singgah di dahiku.

Aku tersenyum. Mendongak memandang wajah manis suamiku. Aku kucup rahang suamiku yang terbentuk cantik itu.

"I love you too abang. " bisikku membalas.

Benjamin tersenyum. Makin rapat dirangkul aku masuk ke dakapannya saat dan ketika ini. Sungguh, aku cintakan suamiku, Benjamin Luthfias.

••••

Aku mencelikkan mata luas. Terasa memulas perutku. Seakan mahu membuang air besar. Aku menarik nafas dalam. Cuba untuk bertenang. Sekali lagi kesakitan di perut menyerang. Aku mengerut wajah menahan sakit.

Aku pantas menoleh ke sisi. Kelihatan suamiku tidur pulas. Aku bangunkan tubuh dengan perlahan. Menyandar di kepala katil. Sakit yang terasa makin kuat pula menyerang. Terasa mahu sahaja aku menjerit kuat.

"Abang.. " panggilku.

"Abang.." panggilku sekali lagi.

Aku mengetap bibir. Tidak boleh jadi ni! Perlahan aku goncangkan tubuh Benjamin.

"Abang, bangun! " aku menggoncang kuat tubuh sasa yang tidak berbaju itu.

Benjamin membuka matanya perlahan. Digosok mata yang terasa kelat. Perlahan ditoleh ke sebelah. Hairan melihat si isteri yang sedang berkerut menahan sakit.

"Kenapa yang? " soal Benjamin serak.

"Sayang rasa baby dah nak keluar" aku berbisik perlahan.

Benjamin membeliakkan biji mata yang terasa kelat. Hampir sahaja dia jatuh katil. Terkejut punya pasal.

"Dah sampai masa? " soal Benjamin bingung. Liur ditelan payah. Debar melanda.

Aku melepaskan dengusan kecil. Kemudian tersenyum mengangguk.

Melihat anggukanku, Benjamin pantas bingkas bangun. Melorot selimut jatuh ke lantai. Sempat matanya melirik ke jam di sisi katil. Tempat pukul dua pagi. Tanpa lengah,  dia meluru ke almari baju. Baju tshirt yang tersangkut di dalam almari pantas dicapai. Seluar jeans turut disarungkan ke kakinya. Sekali sekala dikerling si isteri yang meringis kesakitan di katil.

Usai, dicapai sepasang pakaian sopan dan sehelai tudung sarung. Dibawa laju menapak ke arah Aulia. Tanpa lengah, baju tidur nipis yang tersarung di tubuh Aulia dilepaskan sebelum sehelai baju kaftan disarung ke tubuh itu. Rambut ikalku turut diselit kemas sebelum disarung tudung ekspress ke kepalaku.

Sesaat, Benjamin mencapai beg pakaian yang telah dimuatkan baju aku dan bayi kami. Turut dicapai kunci kereta, telefon dan wallet. Aku memegang perut yang terasa sakit. Dengan bersusah payah, aku bangun dari katil. Kasihan melihatkan aku yang terkial-kial menahan sakit, Benjamin bertindak mencempungku.

Beg pakaian disandang ke belakang manakala kedua belah tangan mencempung Aulia. Dengan langkah cermat, dibawa Aulia ke arah kereta. Diletakkan si isteri di tempat duduk belakang kereta mewahnya.

Dibawa tubuhnya tergesa-gesa menuju ke bahagian pemandu. Tanpa lengah, kereta menderum laju menuju ke hospital.

"Arghhh!! " aku menjerit kuat. Aku mencengkam kuat seat kereta di belakang. Benjamin makin cuak. Dibawa keretanya melebihi had laju yang ditetapkan. Dia panik. Lebuh kepada Tidak sanggup melihat kesakitan yang sedang dialami Aulia. .

"Sayang sabar sekejap. Kita dah nak sampai ni. " pujuk Benjamin getar.

Hampir lebih kurang dua puluh minit memandu, akhirnya kereta tiba di perkarangan hospital swasta. Diparking betul-betul depan pintu masuk hospital. Pintu kereta dibuka kasar dan berlari menuju mencempung Aulia.

Diangkat dan dibawa lari ke dalam hospital. Aku simpan ketawa. Terasa lucu pula melihat wajah panik dan cuak Benjamin. Sesaat, kelibat beberapa orang jururawat dan doktor mula kelihatan sebelum aku ditolak masuk ke dalam labour room bersama Benjamin.

••••

Sepasang suami isteri itu kegelisahan. Datin Rida mundar mandir di hadapan pintu dewan bersalin. Dato Razman turut gelisah. Mahu melompat jantungnya menerima panggilan daripada Benjamin seawal pagi mengatakan Aulia sudah mahu bersalin.

Mereka suami isteri tanpa lengah terus sahaja bersiap ala kadar. Teruja dan debar bercampur menjadi satu. Setengah jam memandu akhirnya mereka tiba di perkarangan hospital. Diterpa ke ruang pendaftaran hospital bertanyakan anak dan menantu mereka.

Kini, sudah hampir lima jam mereka berada di ruangan menunggu. Benjamin berada di dalam labour room bersama-sama menemani Aulia sepanjang proses bersalin. Doa mereka, agar dipermudahkan urusan anak dan menantunya.

Asyik mundar-mandir, tanpa sedar pintu labour room terkuak daripada dalam. Terbiasa sekujur tubuh Benjamin yang tersarung jubah hijau, keluar daripada bilik bersalin. Perlahan, dituju ke arah mummy dan daddy. Dilepaskan jubah tersebut daripada badannya. Daddy menyambut tubuh lampai Benjamin ke dalam pelukan.

Terdengar esak tangis anak lelakinya di bahu. Terinjut-injut bahu itu melepaskan tangis. Mummy menepuk lembut bahu Benjamin. Digosok bahu itu menenangkan menantunya.

"Macam mana, Ben? " soal daddy cemas.

Dirungkai pelukan si ayah. Air mata dikesat lembut.

"Alhamdulilah, baby boy. " beritahu Benjamin bersama sebuah senyuman.

Serentak mummy dan daddy menadah tangan. Mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Keduanya berpelukan erat. Sungguh, tidak tahu lagi untuk menggambarkan perasaan gembira mereka saat ini. Hanya air mata menjadi tanda syukur saat ini.

"Ben dah azankan baby? " soal mummy serak. Sebak!

Benjamin anggukkan kepala.

"Dah, mummy. " jawabnya.

"Bila kita boleh masuk tengok Lia dengan baby? " soal mummy teruja. Sudah tidak sabar lagi mahu berjumpa dengan malaikat kecil mereka.

"Setakat ni belum boleh masuk lagi miy. Nanti doktor akan tukarkan Lia ke wad biasa. Jadi, mungkin sekejap lagi kita boleh tengok baby dengan Lia. " ujar Benjamin gembira.

Serasa tidak percaya, kalau dirinya kini sudah bergelar seorang papa dan Lia seorang mama. Terasa lengkap sudah hidupnya kini dikelilingi insan-insan tersayang dan bayi comel mereka.

Mummy dan daddy mengangguk serentak tanda mengerti. Nampaknya harus ditahan dulu keinginan mereka untuk melihat cucu dan anaknya.

"Kalau macam tu, mummy dengan daddy balik dulu. Ben macam mana? Nak balik sekali ke? " daddy bertanya.

"Tak apa lah. Daddy dengan mummy pergilah balik dulu. Ben kat sini tunggu Lia." sela Benjamin.

"Kalau macam tu kami gerak balik dulu ya. Nanti mummy dengan daddy datang lagi. " ujar mummy pula.

Benjamij mengangguk. Keduanya mulai bangun beriringan menuju ke pintu keluar hospital. Benjamin menghantar dengan pandangan mata.

Dihela keluhan kecil. Dilabuhkan duduknya di bangku yang tersedia. Bersedia menunggu anak dan isterinya ditukarkan ke wad biasa kelas pertama. Hampir sejam setengah menunggu, Benjamin melangkah menuju ke wad yang menempatkan isteri dan bayi mereka.

Pintu wad ditolak perlahan. Sebaik sahaja melangkah masuk, terbiasa sekujur tubuh si isteri yang terbaring lesu di atas katil. Didekati Aulia yang terpejam rapat matanya. Dilabuhkan punggungnya di kerusi.

Dicapai jemari Aulia dan dikucup lama. Nyenyak sekali lena Aulia saat ini. Digenggam erat jemari runcing itu. Dibelai dan disebak rambut ikal milik Aulia ke belakang.

Aku mencelikkan mata yang terasa silau dipanah cahaya lampu. Terbias siling putih di mataku. Aku kelip-kelipkan mata beberapa kali.

"Sayang.." seru seseorang di telingaku.

Aku berpaling. Mata segera terpanah akan raut wajah suamiku yang sedang tersenyum manis memandangku dengan penuh kasih sayang. Terasa erat genggaman di tanganku. Aku membalas genggaman tersebut. Sekali lagi, jemariku dikucup lama.

"Terima kasih sayang hadiahkan abang seorang bayi yang comel. I love you so much! " ucap Benjamin perlahan. Aku tersenyum membalas.

Aku bawa jemari Benjamin ke bibirku. Aku kucup lama jemari itu.

"Terima kasih juga untuk abang juga. I love you too. " balasku.

"Mana baby kita abang? " soalku cuba bangun dengan perlahan.

Benjamin pantas bertindak dengan menekan butang yang disediakan untuk adjust kedudukan kepala katil. Isterinya dibantu menyelesakan duduk. Kini, dibiarkan si isteri selesa menyandar di kepala katil.

Sesaat, terasa pintu bilik ditolak dari luar. Keduanya menoleh. Kelihatan jururawat tersenyum mesra sedang menolak katil bayi mendekati katil Aulia. Dari jauh mereka sudah boleh memerhati sekujur tubuh kecil itu sedang bergerak-gerak menggawangkan tangan ke atas.

Benjamin bingkas berdiri. Bergerak menuju ke katil anaknya. Seketika, dia tergamam. Indahnya kurniaan Allah. Dengan cermat, jururawat tersebut menggendong bayi tersebut sebelum diserahkan kepadaku untuk disusukan.

Benjamin melabuhkan duduk di sisi Aulia. Dipaut bahu si isteri bersandar di dadanya.

"Sekarang puan boleh susukan baby. " arah jururawat pertengahan umur itu sebelum ditinggalkan kami bertiga.

Aku menyambut bayiku. Seketika, aku terdiam. Kelu memandang bayi sendiri yang sebentar tadi aku bertarung nyawa melahirkannya.

"Assalamualaikum baby papa dan mama.. " ujarku perlahan. Terasa panas berkaca mataku. Kukucup lama pipi labuh merah anakku.

Benjamin mencuit hidung mancung anaknya. Sekali lagi tangan kecil itu tergawang ke atas. Mereka tertawa kecil.

"Muka baby kita macam abang." ujarku tersenyum. Cuma hidung sahaja yang menurunku, selainnya seperti Benjamin.

Benjamin tersenyum bangga.

"Mestilah. Anak abang kut. " ucap Benjamin girang.

"Bila Lia boleh keluar abang? " soalku perlahan. Baju aku turunkan menutupi dada.

Benjamin mengambil bayi mereka yang sudah terlentok lena kembali selepas kenyang menyusu. Diusap belakang badan bayinya sebelum diletakkan kembali ke katil bayi dengan cermat. Sempat dikucup kedua belah ipi anaknya.

"Kalau tak ada apa, esok sayang dan baby dah boleh keluar. Kita dah boleh balik. " ujar Benjamin. Dipaut rapat bahku ke dadanya.

Aku mengangguk lemah. Membalas pelukan suamiku sambil memerhatikan bayi kami yang sedang lena di katil bayinya. Untuk seketika, kami saling berpandangan dan tersenyum manis. Lengkap sudah hidup kami kini.

••••

Yeayy! siapa berminat kalau Zira release karya baru? Hahaha. enjoy reading. drop your comment. Thankyou

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-22 13:30:06 

yeaaay next novel setia menantikan novel yg lebih hebat

rimatanti
2021-08-21 23:38:53 

yeahh.. mesti best jg next karya tu..

Diela Muhd
2021-08-21 21:03:53 

yeahhh next karya....,❤️❤️


NovelPlus Premium

The best ads free experience