Bias cahaya matahari menyusup masuk melalui langsir yang sedikit tersingkap. Aku mencelikkan mata. Rasa tidurku sedikit terganggu akan silau cahaya.
Aku menggosokkan mata. Tubuh aku gerak untuk bangun. Auchhh, sengalnya. Nasib landing atas si dia, kalau landing atas jalan raya mahu remuk badan aku. Tulaa lain kali cuai lagi. Tak pasal pasal mendapat!
Serta merta kejadian semalam terlayar di fikiran. Dipejamkan mata menghapus kejadian yang masih segar di ingatan. Keluhan lemah dilepaskan.
Aku bangun berjalan perlahan ke arah cermin bilik. Baju tidur aku selak menampakkan bahu. Lebam hitam dibahuku yanh putih. Aku cuba tekan di tempat yang lebam. Adoiii sakittttt. Nasib hari ni aku tiada sebarang kelas. Tidak mahu aku ponteng hari ni.
Siap membersihkan diri, aku turun ke bawah. Niat di hati nak cari ubat untuk hilangkan lebam yang jelas kebiruan. Terbongkok aku mencari di almari ruang tamu. Mana erk? Ubat ni time time sakit macam ni laa kau nak hilang entah mana-mana. Semak!
Sedang ralit mencari, terasa tepukan tepat di bahuku yang sudah sedia sakit. Sekali pap! Bunyi dia.
"Auuuuuuuu!!!" aku mengaduh kuat. Terbangun aku daripada mencari ubat ubatan dalam almari. Tubuh segera aku palingkan ke belakang.
Mummy tercengang melihatku.
Aku merintih sakit.
"Ehhh, kuat sangat ke sayang mummy tepuk? Mummy rasa mummy pap perlahan jer, mengaduh je lebih. Sakit sangat ke?" mummy menunjukkan wajah serba salah sambil mengerutkan dahi. Memang sakit laa mummy. Mummy tepuk tepat kat bahu Lia. Adoiii sakitt.
Aku mengerut kesakitan.
"Memang laa mummy tepuk slow jer tapi bahu Lia memang sakit laa miy. Lebam ni haa. Tu yang Lia terbongkok-bongkok kat sini cari ubat. Yelah, boleh sapu hilangkan lebam biru ni. "aku menyelak baju menunjukkan lebam biru.
Mummy membeliakkan biji mata. Kalut didudukkan aku di kerusi kayu ruang tamu.
"Ya Rabbi, kenapa boleh sampai lebam biru macam ni? Dah-dah. Meh sini mummy tengok. Nak pergi klinik tak?" kalut mummy tengok anak dara dia sakit.
Perlahan aku dan mummy labuhkan punggung di sofa.
"Patut laa dari tadi mummy tengok Lia terbongkok-bongkok cari apa benda kat laci ni. Mummy perati aje. Tak tahu plak Lia lebam kat bahu. Sian anak mummy ni. Asal boleh jadi sampai macam ni sayang?" mummy tanya lembut sambil tangan lincah menyapu ubat krim di bahuku yang lebam. Aku mengaduh kesakitan.
Mendengarkan pertanyaan dari mummy, aku ceritakan apa yang telah terjadi semalam. Pelbagai reaksi mummy tunjukkan.
"Iulaaa. Memang betul apa yang lelaki tu cakap, jalan pakai mata, bukan pakai lutut. Nasib tak jadi apa-apa taw. Dah laa Lia sorang je anak mummy. " mummy membebel. Aku menggaru kening. Dah mula dah tazkirah dia.
"Apa mummy ni cakap macam tu kat Lia. Ye, salah Lia sebab lintas tak tengok kiri kanan. Tapi benda dah nak jadi kan. Apa yang Lia boleh buat lagi" aku mengomel perlahan. Aku sandarkan belakang ke kerusi. Sengal juga satu badan bangun pagi ni.free
"Haaa, mulut tu mulut tu nak menjawab je keje dia. Tulaa balasan suka sangat menjawab cakap mummy"
Aku melepaskan keluhan.
"Okay-okay. Lia mintak maaf okay. Next time, Lia janji Lia akan lebih berhati-hati. No more careless, promiseeee! " tangan aku angkat separas bahu seakan bersumpah.
Mummy mencebikkan bibir melihat reaksiku. Aku angkat bahu.
"Malas mummy nak layan. Berjanji bukan main tapi ke laut dalam pergi dia semua janji tuu. Dah laa, mummy nak pergi dapur dulu masak apa yang patut. Lia nak apa-apa tak ?" sambil membebel, mummy angkat kaki menuju ke dapur namun masih sempat ditanya jika aku mahu apa-apa.
"Tak nak apa-apa laa mummy. Tak ada selera lagi nak makan. Kejap-kejap lagi lah. " aku melaung kuat.
Langkah mummy yang kian hilang di sebalik pintu dapur aku pandang. Mummy, mummy dalam lembut ada tegas. Dalam sayang ada garang. Thats my mom.
_____________________________________
Tubuhnya yang sasa dan lampai disarungkan kemeja berwarna putih sebelum dipadankan dengan vest berwarna hitam di luar. Rambut disisir dan dikemaskan rapi. Wangian Hugo Boss disemburkan ke badan. Dibelek sekali lagi tubuhnya di cermin. Perfect!
Telefon, wallet dan briefcase diambil dan dijinjit keluar daripada pintu bilik yang mewah itu. Oh yaa, rayban hitam turut diambil dan disangkut di butang baju di bahagian dadanya yang bidang.
Kaki diatur ke meja makan untuk mengisi perut yang kosong. Prinsipnya, sarapan diutamakan. Perut yang kosong di waktu pagi akan mempengaruhi aktiviti yang dirancang.
Sepotong sandwich telur diambil dan dikunyah perlahan. Hurmm not bad. Air yang sedia dituang, dihirup perlahan. Ipad yang dikhaskan untuk urusan kerja dibuka dan dislide ke atas dan bawah. Meeting jam 10 pagi dengan sebuah syarikat besar, Royale Holding.
Usai bersarapan, kaki dibawa menuju ke pintu utama. Belum sempat dia sampai di pintu kedengaran namanya diseru dari belakang.
"Ben" segera dipalingkan tubuh menghadap gerangan yang dia sangat hormat.
"Yes dad, morning" Disapa lembut si ayah yang berada di ruang tamu.
"Awal gerak pergi kerja hari ni. Ada meeting penting ke pagi-pagi ni? " Kening dijongketkan.
Jam tangan dibetulkan kedudukannya. Segaris senyuman dihadiahkan kepada si ayah.
"Yes. Tapi tak lah awal-awal pagi, pukul 10 nanti dengan syarikat Royale Holding. Tak silap Ben, kawan baik daddy kan owner syarikat tu" ujar Benjamin sambil menyarungkan stoking hitam ke kaki.
"Oh. Yes, dia kawan baik daddy. Datuk Fendi nama dia. We are good friends since universiti until now. And dia juga ada seorang anak perempuan yang sangat cantik" ujar daddy seraya tersenyum senget.
Dont say that daddy nak kawen dengan anak kawan baik dia sendiri. No way!
Aku hanya menganggukkan kepala mendengarkan kata-kata daddy. Andaian di kepala aku tepis jauh.
"Okay laa dad. Ben gerak dulu because I'm getting late now. Takut jalan jammed pulak nanti. Tak pasal lewat pulak nak attend meeting dengan kawan baik daddy tu. So do you wanna join the meeting since your best friends there?" pelawa Benjamin. Tubuh ditegakkan.
Mana tahu daddy ingin bertemu dengan rakan baik beliau. Tak salah kalau aku pelawa daddy untuk turut sama dalam meeting itu memandangkan daddy lebih arif selok belok perniagaan.
"No, its sokay man. I know you can do it better than me" daddy ukir senyuman perlahan.
"Then okay, kalau macam tu Ben gerak dulu." Benjamin minta diri.
Daddy menganggukkan kepala mengiyakan permintaanya. Daddy kemudian dilihat menuju ke ruang dapur. Untuk menikmati sarapan barangkali.
Alarm kereta dibunyikan. Briefcase dan beberapa fail penting diletakkan di bahagian sebelah penumpang sebelum kereta meluncur laju di jalan raya.
Kereta diparking di bahagian yang dikhaskan untuk Benjamin. Pintu lift ke tingkat 15 ditekan. Lif meluncur laju naik ke tingkat atas. Setiausahanya yang manis, Laila menghulurkan senyuman menyambut kedatangan ketua mereka pagi itu seperti biasa. Hanya anggukan dibalas.
Pintu bilik yang tertera namanya, Benjamin Lutfias, dibuka dan ditutup perlahan. Kerusi empuk yang diimport dari Itali aku tarik dan labuhkan duduk.
Seketika kemudian, muncul Laila yang berbaju sendat dengan skirt separas lutut menuju masuk ke bilik aku. Aku hanya tayangkan mukaku yang beku dan serius. Tegas!
"So, apa schedule I untuk hari ni Laila?" tanya aku sambil jari jemari mengetik papan laptop membuka
E-mel dan kertas2 kerja penting.
"Hari ni bos ada meeting dengan Royale Holding pukul 10 pagi. Then, sebelah petang bos ada lawatan tapak projek di Lembah Bernam. Itu sahaja jadual boss untuk hari ni" diarinya ditutup kembali. Menanti arahan seterusnya pula.
"Okay, thank you. You may go now" ujar Benjamin masih lagi sibuk membelek kertas kerja dan e-mel penting daripada klien syarikat mereka.
Sedang asyik leka dengan kerjanya, tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk. Sekilas dipandang jam di tangan. 9.30 pagi. Ketukan masih lagi berbunyi. Rimas dengan ketukan yang masih nyaring kedengaran, laungan arahan masuk dari dalam diberikan.
"Masuk" laung Benjamin kuat.
Seketika muncul tubuh lampai seorang lelaki. Segak bergaya dengan sut dark blue. Pasti tertoleh berkali-kali siapa-siapa yang memandang.
"Wow. Look, who is coming." Benjamin bangun daripada duduk dan melangkah ke arah tubuh lampai itu sebelum berpelukan gaya brotherhood.
"Tak sangka, akhirnya sudi jugak kau datang jenguk syarikat aku yang tak seberapa ni kan. Speechless kejap aku" bahu sepupunya ditepuk beberapa kali.
Kelihatan jejaka tersebut hanya mengukir senyuman senget..
"Menganjing kuat kau erk. Tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang. Tak seberapa lagi kau cakap? Nak mintak aku puji ke apa ni?" ujar si lelaki sambil menepuk perlahan bahu sepupu merangkap kawan baik daripada kecil hingga dewasa ini.
Tubuh dibawa kembali ke kerusi empuk miliknya.
"So apa cer sekarang? Bila nak kahwin? Bila nak ada anak? Bila nak.." belum sempat dihabiskan cepat-cepat katanya dipintas.
Benjamin angkat tangan sebagai isyarat 'stop'.
"Dah dah. Takde soalan lain ke kau nak tanya bro. Soalan kahwin jugak yang kau tanya. Kahwin pun belum, mana nak datang anaknya. Its takes two to make one lah" ujar Benjamin sambil melabuhkan duduk di sofa yang tersedia di ruang bilik besar pejabatku. Si dia turut melakukan perkara yang sama.
"So, kau still dengan Qeela? Atau masih lagi dengan perangai dia yang dulu ?" setahu dia, sepupu merangkap rakan baiknya ini sudah berpunya. Siapa tidak kenal Aqeela Sania. Gadis kacukan Arab-Parsi, terkenal dalam bidang modelling. Cantik, berpelajaran, bergaya siapa saja yang tidak mahu dijadikan pasangan. Tidak hairan jika sepupunya ini terpaut.
Benjamin mengeluh perlahan mendengar kata-kata sepupunya. Sepi seketika suasana antara mereka.
" Ya, still dengan dia. Perangai lama tu entah lah. Susah aku nak explain kat kau. Aku harap dia tak ulangi lagi. " dihela nafas panjang.
Akif Hafiz menganggukkan kepala. Malas mahu masuk campur urusan Benjamin. Hanya mampu nasihat.
"Cuma macam biasa bro. Kau tahulah dia punya busy dengan kerjaya dia. Travel around the world untuk modelling. So, kami jarang ada masa together. Ni pon dia kat Indonesia. "
"Itu lah, aku dah cakap dulu. Tapi kau still nak stay dengan dia. So kau kena faham dan adapt laa dengan kehidupan dia. " kaki diangkat bersila panggung. Tubuh diselesakan duduk.
Benjamin hanya mengangkat bahu mendengarkan apa yang dikata oleh sepupunya.
"Apa boleh buat. Aku sayangkan dia kif. So aku kena laa faham kerjaya and life dia. Tak mudah pada awalnya tapi macam kau cakap, aku adapt slowly and now aku dah boleh terima" tubuh disandar santai ke kerusi. Tangan mengetuk-ngetuk meja.
"Kalau macam tu, cepat-cepat lah kasi aku anak buah. Kempunan lama dah aku ni tunggu sepupu kesayangan aku ni kahwin. Nak jugak merasa nasi minyak deme. Lama-lama kang takut aku dulu yang langkah bendul." kami tertawa kuat.
"Ahh tak ada nasi minyak. Aku kahwin nanti tak buat nasi minyak. Aku buat potluck je. Bawak makanan masing-masing dari rumah. Hahahaha"
"Woooo, macam tu pon boleh erk. Ben.. Ben.. Tak berubah-rubah perangai meyakat kau nih" ditumbuk perlahan bahagian siku Benjamin.
"Aduh.." Benjamin berdesis perlahan. Tercengang Akif Hafiz melihatkan jejaka tersebut yang sedang berkerut menahan sakit .
"Ehhh kau dah kenapa pulak Ben? Kuat sangat ke aku tumbuk? Aku rasa aku tumbuk perlahan jer macam sebelum-sebelum ni. Tengok lengan bukan main sado lagi. Takkan kena sikit dah melalak? "
"Bukan laa. Siku aku ni hah lebam semalam. Entah perempuan biul mana entah, lintas jalan tak tengok kiri kanan. Nasib aku sempat tarik dia kalau tidak mahu mati katak budak tu kena langgar. " diceritakan kisah semalam yang terjadi.
Terbayang wajah ketakutan di muka gadis itu. Dengan muka merah, mata merah, hidung merah, tak jadi dia nak matah lebih2. Marah pun tak ada guna benda dah jadi. Kesian pulak.
"Ohhh, jadi hero penyelamat lah ni ye. Woww, bagus abang sado kita. Ni baru orang panggil sado berguna. Bukan sado bodoh. Hahahah"
Benjamin mengerling malas. Komputer riba miliknya ditutup dan dimasukkan ke dalam beg yang tersedia.
"Dah lah. Aku nak gerak pergi meeting dulu. Lain kali kita sembang sembang lagi. Layan kau sampai esok pun tak habis. So dipersilakan berambus" aku bangun membetulkan baju yang sedikit renyuk. Bergerak ke meja kerja, aku ambil beberapa fail penting dan juga ipad. Komputer riba milikku aku tutup rapat. Kami beriringan keluar dari bilik menuju arah masing-masing.
_____________________________________
Share this novel