Bab 19

Romance Series 247373

Benjamin POV

Aku berdiri di depan cermin. Sesi menyegakkan diri. Butang baju teratas aku pinkan. Tangan naik mencapai tie yang terdampar di atas sofa. Aku sangkutkan ke leher. Namun, tiba-tiba terlintas untuk 'membuli'adik tiri kesayangan di pagi hari ini. 

Bibir tersenyum senget. Bersama tali leher yang terjuntai di leher, aku atur langkah keluar daripada kamar peraduanku. Pintu bilik Aulia yang sedikit renggang aku tolak perlahan. Berhati-hati. Kujengul kepala sedikit di mengintai si gadis.

Ohh, nampaknya si gadis juga dalam sesi 'mencantikkan'diri di meja solek. Aku gigit bibir. Dengan senyuman 'membuli' yang masih terlorek di bibir, aku pantas melangkah masuk ke dalam bilik Aulia. Pintu aku kuak luas.

Menyedari kehadiranku seawal pagi di biliknya, pantas tubuh yang asyik di depan meja solek bingkas berdiri. Lagaknya seperti nampak pencuri. Aku simpan ketawa. Muka tu kalau nampak aku tak pernah nak manis. Asyik terkejut blur je memanjang. Apa aku ini tak cukup segak kah?

"Abang.." seru Aulia perlahan.

Tubuhnya dibawa bingkas berdiri bertentang denganku.

"Abang nak apa datang bilik Lia pagi-pagi ni? " soal Aulia tergagap. Satu hal lagi, bercakap dengan aku ni dah macam bercakap dengan penyiasat bukit Aman. Tak pernah lancar.  Asyik gagap sahaja.

Aku mampir ke arah Aulia. Terundur si gadis ke belakang. Makin ku maju makin ke belakang dia. Namun, akibat terlalu menginjak ke belakang hampir sahaja pinggang si gadis berlaga dengan bucu meja solek.

Menyedari hal tersebut, pantas aku tarik pinggang kecil Aulia. Rapat ke tubuhku. Takut sungguh budak ni dengan aku. Ingat aku ni mak lampir ke?

"You jangan takut sangat dengan I boleh tak? I ni bukan mak lampir nak makan you" selar aku.

Seperti biasa, riak blur masih lagi ditayangkan kepadaku. Mahu sahaja sekali lagi aku starlight dahi yang masih berbekas merah itu. Tapi tidak sampai hati pula. Tak memasal nanti percuma sahaja dimarahi oleh mummy.

Perlahan, tangan kurus Aulia melepaskan pegangan ku. Aku jatuhkan tangan ke sisi. Dijarakkan tubuh antara kami.

Dipanggungkan kepala melihatku. Memandangkan ketinggian Aulia hanya separas leherku, maka wajarlah gadis itu harus mendongakkan kepala untuk menatap wajahku.

"Ermm..ada apa abang datang bilik Lia? " soal si gadis sekali lagi. Pandangan dilarikan ke sekitar ruang bilik. Mengelak dari menatap terus mataku.

Aku yang tersedar seakan lupa pula tujuan asalku kemari untuk 'membuli' si gadis. Senyuman senget kuukir kembali. Jelas kerutan di dahi Aulia.

"Kalau I cakap I nak you? " tanyaku berbisik di hadapan wajah Aulia.

Bergetar bibir si gadis untuk membalas kata-kata aku. Seminit, aku melepaskan ketawa kuat. Kelakar melihatkan seraut wajah milik Aulia yang dilanda cuak. Pasti terkejut mendengar kata-kataku sebentar tadi.

"Jangan nak fikir bukan-bukanlah.. " tukasku.

"I abang you kan? " pertanyaan aku ajukan lagi. Kedua tangan kubawa memeluk tubuh. Gaya santai.

Aulia mengangguk kepala walaupun separuh rela tampaknya. Okay good!

"Okay. So, sekarang abang nak adik tolong ikatkan tie abang? Boleh? " tanyaku menunduk wajah menyamai paras wajah Aulia yang terkebil-kebil merenung wajahku.

Sesaat..dua saat.. Tiga saat..

Keadaan masih lagi sama.

Aku tengok dia, dia tengok aku.

Diam tidak berkutik, akhirnya kedua belah tangan Aulia yang masih diam di sisi, aku ambil dan letakkan di tali leherku yang terjuntai.

"Make it now! " arahku malas.

Seminit, baru digerakkan tangannya memintal ke kiri kanan atas bawah menjerut tali leherku. Di kesempatan itu, aku merenung seraut wajah bujur sirih yang mengenakan mekap tipis di wajah pagi ini.

Dengan sepasang mata bundar, berbulu mata lentik dipadan dengan sebatang hidung yang mencung berserta bibir yang terbentuk cantik. Tidak hairanlah, Aqeela Sania mengatakan bahawa wajah Aulia eksoktik siap menawarkan lagi bantuan kepada si gadis jika berminat untuk menjadi model. Huh!  No way. Jangan harap aku nak kasi lah!

"Okay dah siap! " ujar Aulia sebelum bahagian dadaku diusap-usap meratakan garisan yang berkedut. Kolar baju kemeja ku juga dibetulkan lipatannya. Usapan tersebut sekaligus membuatkan aku terkedu.

Bebola mata jatuh ke sepasang tangan runcing yang galak menari-nari di dadaku. Tidak betah, dengan perlahan, aku paut sepasang tangan tersebut jatuh ke sisi.

"Okay, thank you.. " balasku terus menuju keluar daripada ruang bilik Aulia. Seraut wajah yang dilanda hairan itu aku endahkan. Biarlah mahu difikirkan apa sekalipun. Salah aku juga 'membuli' pagi-pagi buta.

Dada yang berdebar aku tenangkan. Beg laptop bersama sebuah fail aku jinjit menuruni tangga.

"Ben, breakfast! " ajak mummy melaung dari dapur. Aku angkat tangan sambil menggelengkan kepala.

"Takpa lah mummy. Ben dah lambat. Bhai. Pergi dulu." laungku kembali.

Aulia yang terkocoh-kocoh menuruni tangga aku pandang sekilas. Kalut sentiasa. Apa yang dikalutkan pun dia tidak tahu.

"Lia, tak breakfast dulu ke? " sekali lagi laungan mummy bergema dari dapur. Bingit seketika rumah agam kami pagi itu. Terasa meriah pula.

"Tak kut mummy. Lia dah lambat. Kejap lagi kawan datang ambil.. " balas Aulia di belakangku yang sedang membongkok menyarung kasut.

"Kereta kamu? " kali ini giliran daddy pula bertanya.

Aulia tersengih.

"Macam biasa daddy. Meragam!" ujar Aulia sambil tersenyum pendek.

Aku yang asyik menyarungkan kasut di muka pintu tercengang seketika. Kawan datang ambil? Lelaki? Perempuan? Takkan lelaki kut? Mesti perempuan? Kalau lelaki? Buat seketika aku diam bermonolog sendirian.

"Kau dah nak sampai? Okay-okay. Kejap. Aku nak pakai kasut. Eh, takpa. Tak payah. Tunggu kat depan pintu pagar je. Aku keluar pergi dekat kau.." jelas butir bicara yang keluar daripada mulut Aulia. Lambat-lambat aku sarungkan kasut sebelah lagi. Sengaja berbuat demikian untuk melihat 'kawan' yang disebut Aulia.

Ditundukkan badan di hadapan wajahku. Aku dongakkan kepala. Pergi belajar ke pergi mengorat ni? Aulia yang sedang menyarung kasut bersebelahan denganku, kupandang atas bawah. Cantik bukan main. Dengan seluar slack putih dipadankan dengan blouse lengan panjang hitam. Kasut sarung wedges berwarna nude tersarung ke kaki. Gaya dah macam nak keluar dating.

Bunyi picitan hon kedengaran di pintu pagar masuk. Aulia bergegas menuju ke pintu pagar. Amboi, blah macam tu je. Aku bingkas berdiri. Menjenguk gerangan 'kawan' Aulia. Terbuntang mataku melihat 'kawan' yang dikatakan itu. Bukan main 'loaded' orangnya. Fuhhh!  Tetiba rasa tercabar.

Aku hela nafas kasar. Berdecit bibirku. Malas untuk tenggelam dalam perasaan, pantas aku loloskan diri ke dalam kereta. Buat seketika, otak membuat perbandingan antara aku dan 'kawan' Aulia tadi. Bila dicongak-congak rasanya aku masih menang.

_______________________________________

Aulia POV

"Amboi. Bukan main garang muka abang kau Lia." ulas Azim sebaik sahaja menggerakkan kereta bergerak menuju ke kampus.

"Yelah. Tengok orang macam nak makan. Sikit lagi nak tembus cermin kereta Azim ni.. " tokok Tiara menyokong kata-kata si buah hati pengarang jantung.

Aku menghempas tubuh ke tempat duduk belakang. Sedikit sebanyak aku mengakui kata-kata pasangan sejoli ini. Bukan aku tidak perasaan renungan semacam daripada Benjamin tadi. Ditilik aku atas bawah.  Mahu sahaja aku tolak kepala dia.

Aku merengus sebal. Pagi-pagi dah buli aku. Suruh ikatkan tie dia konon.  Selama ni boleh pula tangan tu ikat sendiri. Alih-alih hari ni tangan dah tak berfungsi. Ada sahaja idea nak membuli aku. Semalam satu hal. Merah berbekas lagi tahu tak. Sebab itulah kot Benjamin kucup dahi aku lama semalam.

Mengingatkan kejadian semalam, serta merta wajahku membahang panas. Azim dan Tiara saling berpandangan melihat reaksiku hanya diam mematung sejak masuk ke dalam kereta. Azim menjungkitkan bahu bila berpapasan mata dengan Tiara.

"Lia! " panggil Tiara kuat.

Aku tersentak. Pandangan Tiara aku balas malas.

"Apa? " soalku.

"Kau dengar tak apa kita orang cakap tadi? Ke kau tak dengar? " ditoleh tubuh menghadap ku di tempat duduk belakang.

Aku anggukkan kepala.

"Dengar.. " balasku sepatah.

Tiara mengerutkan dahi. Dua tiga hari lepas muka tu berseri-seri mengalahkan pengantin baharu. Pagi ni masyaAllah. Nak pandang pun takut. Masam macam asam keping mak kau kat rumah.

"Kau kenapa muka dah macam ayam berak kapur pagi ni? " ni sekor lagi. Tak habis-habis dengan soalan. Elok lah geng dengan 'bapak singa' sekor lagi tu.

"Tak ada apa lah. Aku lapar. Tak sempat nak sarapan tadi kat rumah.. " ujarku mencipta alasan.

Tiara seperti biasa dengan riak muka kurang percaya. Tapi melihatkan mukaku yang masam mencuka, separuh rela dianggukkan kepalanya.

"Halah halah. Nanti sampai kat kampus, kita pergi kafe dulu. Breakfast kejap. " usul Tiara sambil meluruskan pandangan ke jalan.

"Sempat ke? Bukan kelas start pukul 8.30 ke? "

"Sempat je. Dr. Badriah wassap kat group cakap kelas start pukul 9. Dia ada hal sikit. So kelas mula lambat."  beritahu Tiara sambil menunjukkan pesanan whatsapp daripada Dr. Badriah.

Aku menganggukkan kepala. Kalau macam itu boleh lah alas perut dulu. Bukan apa, takut nanti tak boleh fokus pula dalam kelas sebab perut asyik duk menyanyi. Mana boleh tahan boh.

Setengah jam perjalanan, kami tiba di kawasan kampus. Memandangkan hari ini hari jumaat, tidak ramai yang ada kelas hari ini. Hanya sesetengah pelajar sahaja. Maka, di kesempatan itu ada pelajar-pelajar yang pulang ke rumah. Menjenguk ibu bapa. Kami mujur sahaja memang sedia asal menetap bersama ibu bapa.

Azim meletakkan kami di hadapan kafeteria sebelum kereta diparkir bersebelahan jalan. Sementara Azim memarkirkan keretanya, aku dan Tiara berlenggang mencari meja kosong. Rezeki, ada sebiji meja kosong di hujung kafe.

"Sayang dah order? " tanya Azim sebaik sahaja dilabuhkan duduk bersebelahan Tiara.

Tiara tersengih manja. Dianggukkan kepala menjawab pertanyaan Azim.

"Dah. Saya orderkan awak teh tarik dengan nasi lemak. Okay tak? " soal Tiara pula.

Azim tersenyum sambil memberikan sebuah anggukan.

"Ni yang saya makin sayang kat awak ni.." kata-kata manis bergula dilayangkan ke Tiara.

Kulihat Tiara tersengih-sengih malu sambil memukul manja bahu Azim

Aku menjuihkan bibir. Bebola mata naik memutar ke atas. Depan aku pun main hentam sahaja dua ekor ni bermesra. Lupa agaknya aku ada sekali duduk tercongok di hadapan mereka? Betul-betul tak menghormati kawan betul lah.

Sepuluh minit menanti pesanan makanan, akhirnya sampai juga. Masing-masing lekas menarik makanan yang berada di hadapan. Sudah lagak orang kebulur pula.

"Korang pun belum sarapan ke? " soalku perlahan.

Pasangan sejoli di hadapanku hanya tersengih membalas pertanyaanku. Tersengih-sengih dah kenapa?  Aku tanya, bukan suruh sengih. Adehhh!

Keduanya menunduk meneruskan suapan kembali. Aku mengeluh. Macam bercakap dengan tunggul kayu. Betul-betul lapar dua orang makhluk Allah depan aku ni.

Sekilas pandangan kuberikan sebelum aku juga tunduk menyuapkan sarapan ke mulut. Memenuhi perut yang sudah kelaparan.

Masing-masing ralit menikmati sarapan pada pagi ini. Keadaan kafe yang sedikit lenggang membuatkan suasana terasa lebih menyenangkan. Tambahan dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Asyik bersarapan, tanpa sedar kerusi kosong sebelahku ditarik. Kelibat seseorang melabuhkan duduk di tepi ku.

Serentak tiga kepala mendongakkan wajah. Aku pantas menoleh ke sisi. Terpandang seraut wajah Rayyan yang sedang menguntum senyuman kacak, lambat-lambat aku membalas senyuman tersebut.

Aku berdehem. Menghirup milo ais yang sudah sedikit mencair. Aku larikan bebola mata ke arah Tiara dan Azim di hadapan. Buat seketika, masing-masing berpapasan mata. Menyoal dan menjawab dalam diam.

"Hai.." sapa Rayyan mesra.

"Hai.. " balas kami janggal serentak.

"Tak makan sekali ke? " soalku memecahkan suasana canggung antara kami. 

Canggung bukan kerana apa, tapi Rayyan ini tergolong dalam budak hot universiti. Setahuku, keluarganya bukan golongan biasa. Jadi, tak mungkin untuk dia mahu bergaul mesra dengan kami yang tidak popular ini. Walaupun kami ini golongan berada tapi kami lebih selesa untuk bersikap humble dan bergaul dengan orang biasa. Entah lah mungkin sudah dididik dari kecil begitu barangkali.

"Takpa,korang makanlah. Abang dah makan tadi dengan kawan kat meja depan sana. Kebetulan nampak Lia tengah makan kat sini, sajalah abang singgah datang tegur." ujar Rayyan panjang lebar.  Renungan dipahatkan ke wajahku.

"Ehem.." Tiara berdehem. Deheman Tiara berjaya mengalihkan tumpuanku.

Aku menoleh ke arah Tiara yang sedang tersenyum-senyum bersama Azim di hadapanku. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa pula?

"Kenapa Tia?  Sakit tekak ke apa? " soalku tertahan.

Tiara hanya tertawa kecil. Gelengan kepala diberikan kepadaku.

"Nampak sepadan pula korang berdua. Kan biy? " bahu Azim disenggol-senggol. Azim tersengih mengangguk.

Rayyan hanya menyimpul senyum. Dikerling aku di sebelah yang diam tidak bereaksi.

"Abang Rayyan dah berpunya ke belum? " soal Tiara ramah. Nasi lemak disudu masuk ke dalam mulut.

Rayyan hanya menggelengkan kepala sambil tertawa kecil.

"Elok sangatlah tu. Aulia ni pun belum berpunya lagi kalau abang nak tahu." tukas Tiara.

Aku menjegilkan biji mata ke arah Tiara. Ada sahaja ayat merepek yang keluar daripada mulutnya. Gigi kuketap rapat. Memandai sahaja.

"Betul ke? Tak percayalah abang. Takkan lah orang secantik kawan awak ni belum berpunya lagi? " diajukan pertanyaan kepada Tiara. Ayat mengundang namanya itu.

Aku sudah panas punggung. Bibir kukemam. Mengundang betul lah statement Tiara ini. Kecil besar kecil besar sahaja budak Tiara ini kurasakan sekarang.

"Betul lah. Tak percaya boleh tanya empunya tuan badan sendiri. Tapi a abang Rayyan jangan risau, Aulia ni confirm belum berpunya lagi. " yakin Tiara memberi jawapan. Sengihan ditayangkan.

"Betul ke Lia? Kalau macam tu abang ada peluang lah kan? " Rayyan menoleh ke arahku. Menanti jawapan.

Aku berdehem. Menelan sisa makanan yang terasa tersekat di keronkong.

"Jangan dengar cakap Tiara ni. Dia memang suka merepek sikit. Abaikan je apa yang dia cakap tu. Otak dia tak berapa center. " balasku.

"Abang harap apa yang Tiara bagitahu tu betul.." ujar Rayyan sambil dikerling Tiara di hadapanku.

Aku memandang Tiara dengan senyuman dibuat-buat. Tiara membalas dengan mengangkat thumbs up kepadaku. Geram,pantas aku layangkan sebuah sepakan di bawah meja. Tepat mengena ke kaki Tiara.

"Aduhh! " jerit Tiara kuat. Azim yang disebelah cepat-cepat menoleh ke arah buah hatinya. Tiba-tiba sahaja menjerit sakit. Buang tabiat ke apa?

"Awak okay ke? Kenapa? " tanya Azim kalut. Aku buat tidak tahu sahaja. Rayyan juga turut berkerut pelik. 

Tiara menunduk menggosok kakinya di bawah meja. Boleh tahan juga sepakan Aulia ni. Makan apa oii? Tak padan dengan perempuan. Tak guna!  Kaki aku kau sepak Lia.

"Tak ada apa. Kuc.. Kuc.. Kucing gigit kaki saya tadi" ujar Tiara berselindung. Aku melepaskan tawa.  Tiara menjeling tajam ke arahku. Renungan 'siap kau' diberikan kepadaku.

Azim menunduk ke bawah. Mencari gerangan 'kucing' yang menggigit kaki Tiara. Tak ada pun kucing. Digaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kucing tu dah lari awak. Biarlah.  Mungkin dia lapar sangat kut. " ujar Tiara. Mulut berbicara dengan Azim tapi bebola mata merayapi wajahku. Renungan tidak puas hati diberikan padaku.

Padan muka! Siapa suruh pandai-pandai padankan aku dengan Rayyan. Tak nak aku. Okay lah, Rayyan ni bukan tidak punya rupa. Serba serbi cukup lengkap. Tak dinafikan semua perempuan tergila-gilakan dia tapi aku bukan perempuan yang tergolong 'meminati' dia. Aku hanya anggap dia tidak lebih daripada seorang senior sahaja.

Aku berdehem. Tisu yang bergumpal di tangan aku buang ke dalam pinggan.

"Eh, jom lah masuk kelas. Nak dekat pukul 9 dah ni. Nanti lewat pula. " ujarku bingkas berdiri. Rayyan yang masih melabuhkan duduk di sebelahku, aku endahkan sahaja.

Melihatkan kami yang bingkas berdiri, akhirnya dia juga turut bingkas bangun.

"Okay lah abang Rayyan. Kami masuk kelas dulu. " pamitku terus melangkah meninggalkan ruang kafeteria yang mulai surut dengan para pelajar.

Rayyan hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Susah sungguh untuk mendekati gadis yang bernama Aulia ini. Bukan tidak ada yang lebih cantik mengejarnya namun gadis bernama Aulia Natasha ini juga menjadi dambaan hati. Benarlah, perasaan itu datang tanpa diundang.

______________________________________

"Qeela.. " seru Datin Mariah. Dilabuhkan duduknya bersebelahan anak gadisnya. Niat untuk bersantai di gazebo luar terbantut bila mana melihatkan anak gadisnya asyik merenung ke halaman rumah. Entah apa yang mengganggu fikiran Aqeela juga dia tidak tahu.

"Mama.." balas Aqeela perlahan.

"Qeela tak ada shoot ke hari ni? "

Sebuah keluhan lemah dilepaskan.  Disandarkan tubuh ke kerusi. Renungan naik menentang seraut wajah tua Datin Mariah.

"Tak ada ma. Hari ni Qeela free." ujar Aqeela menjawab pertanyaan si ibu yang beriak tenang disebelahnya.

"Tak keluar? "

Digelengkan kepalanya.

"Tak ada mood. Rasa nak duduk rumah je. Bukan selalu boleh relaks macam ni. " omel Aqeela.

"Qeela ada masalah ke? Moody je mama tengok kebelakangan ni. Gaduh dengan Benjamin ke? " datin Mariah serkap jarang.

Mendengarkan sebaris nama itu, terasa menyerbu rasa geramnya. Entah kenapa perhatian Benjamin sudah tidak terarah lagi kepadanya kini. Seolah-olah Benjamin sudah tidak sudi untuk berhubungan dengannya lagi.

Okay, dia tahu. Dulu dia pernah melakukan kesilapan. Curang di belakang Benjamin. Silap dia bila dia merasakan bahawa lelaki tersebut lebih baik daripada Benjamin. Punyai segalanya lebih daripada Benjamin. Tapi tanpa dia sedar dia telah dipergunakan.

Bukan Benjamin tidak pernah melamanya untuk membawa perhubungan mereka ke peringkat yang lebih serius, tapi dia yang berterusan menolak. Kerana ketika itu, dia sedang asyik dilamun cinta bersama lelaki lain.

Jadi, akibat menyesal dia kembali menagih kasih daripada Benjamin. Betapa dia berusaha untuk mengambil kembali hati Benjamin. Hampir setahun dia mencuba sebelum Benjamin kembali menjalinkan hubungan dengannya.

Sungguh dia kesal memperlakukan Benjamin begitu. Tapi pada masa yang sama juga dia tidak mahu kehilangan Benjamin untuk kali kedua. Biarlah dikatakan perigi mencari timba sekalipun, janji dia dapat menakluki Benjamin kembali. Tiada perempuan lain yang boleh merampas Benjamin daripadanya.

"Qeela. Dengar tak apa yang mama tanya tadi? " soal datin Mariah kembali bila melihatkan anaknya seakan hanyut di dalam lamunan yang panjang.

"Entah lah mama. Qeela pun tak tahu nak jelaskan macam mana. Benjamin tu dia dah lain sekarang. Dah tak pedulikan Qeela lagi. Berapa lama dah dia tak contact Qeela. Sakit hati Qeela tahu dia layan endah tak endah.. " rungutku sambil meraup wajah. Keluhan kasar aku lepaskan.

Datin Mariah hanya tersenyum.  Turut bersimpati dengan anak daranya. Tapi untuk menyalahkan Benjamin seratus peratus juga tidak boleh. Kerana kesilapan tersebut bermula daripada Aqeela. Kalau sahaja Aqeela tidak buat perangai dahulu, sudah pasti dia dapat menimang cucu sekarang.

"Sabar lah. Mungkin dia busy dengan kerja. Jadi kurang masa untuk Qeela. Qeela pun apa kata mula berubah dari sekarang.  Berhenti lah daripada pergi kelab malam, parti sana sini." usul Datin Mariah lembut.

Aqeela pantas menoleh. Tersentak dengan teguran si ibu.

"Apa pula nak kaitan pergi kelab, parti sana sini dengan Benjamin mama ni.. " kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

Datin Mariah mengeluh. Susah bercakap dengan anak gadisnya ini. Hanya tahu berseronok sahaja. Berbuih sudah mulutnya berpesan agar aktiviti sebegitu dihentikan oleh Aqeela tapi tidak diendahkan pun. Nak harapkan suaminya, Dato Khalid Khan menegur, tunggu sampai kiamat juga tidak akan ditegurnya. Malah bangga lagi adalah.

"Qeela. Benjamin tu lelaki yang baik. Ada reputasi dia tersendiri. Satu Malaysia kenal dia. Jadi, takkan dia mahukan seorang pasangan yang pergi kelab, parti sana sini sebagai pendamping dia? Listen sayang! Sejahat mana pun seorang lelaki, dia tetap akan cari seorang perempuan yang baik untuk dijadikan isteri, ibu kepada anak-anak dia.. " ujar Datin Mariah panjang lebar.

Cuba menasihati anak gadisnya secara berhemah. Penuh kelembutan. Bak kata pepatah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Sebagai seorang ibu, sudah tentu dia mahukan yang terbaik untuk anaknya.

"Mama ni. Ben tak pernah merungut pun pasal tu semua. Okay je selama ni. Kadang-kadang dia pun pergi kelab juga. So rasanya tak ada masalah pun.. " balas Aqeela. Mempertikaikan nasihat daripada Datin Mariah.

"Tapi sekarang Benjamin dah tak pergi kan tempat-tempat macam tu? Kamu boleh dikatakan setiap malam" pintas Datin Mariah terus.

Malas berdalih, sebuah anggukkan diberikan kepada Datin Mariah.

"Orang lelaki ni bukan macam orang perempuan. Meluahkan segalanya apa yang diorang rasa. Kita sebagai perempuan lah kena cakna apa yang mereka suka, apa yang mereka tidak suka. " ulas Datin Mariah bila nasihatnya seakan tidak memberi kesan kepada Aqeela.

"Kalau kamu sayangkan hubungan kamu, sayangkan Benjamin, mama nasihatkan supaya kamu berubahlah. Jangan sampai kamu menyesal sekali lagi." pesan datin Mariah perlahan. Bahu anak gadisnya yang terdedah ditepuk lembut.

Hanya renungan diberikan kepada si ibu. Sejujurnya, dia belum bersedia untuk berubah. Dari dulu dia sudah terbiasa mengunjungi kelab, berparti sana sini bersama rakan-rakan. Jadi untuk berubah meninggalkan semua itu mana mungkin. Itu adalah salah satu caranya untuk dia melepaskan rasa stress. 

"Hurmm. Tengok lah nanti macam mana." jawapan ringkas diberikan kepada si ibu.

Datin Mariah hanya menggelengkan kepala. Kedegilan anak gadisnya ini tidak ubah seperti si ayah. Keras kepala! Sesuka hati sahaja mahu dilakukan apa. Entah lah. Dia sudah menasihati. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Selebihnya, terserah kepada si anak untuk melakukan apa yang dirasakan terbaik.

______________________________________

Benjamin POV

Aku melepaskan lelah di kerusi yang berharga ribuan ringgit. Aku tersandar lesu ke kerusi. Seharian terkejar ke sana sini benar-benar membuatkan ku dihurung rasa penat. Tambahan perut yang sebu akibat masuk angin.

Masakan tidak, jadual kerja yang padat hari ini membuatkan aku benar-benar tidak sempat untuk menjamah sebarang makanan. Ralit berkerja, sedar-sedar perut terasa sebu. Tekak terasa loya. Kepala pula terasa memusing. Serasa mahu sahaja dilelapkan matanya.

Ketukan di pintu menyedarkan aku yang terlentok di kerusi. Serasa berpusing bilik ini kurasakan.

"Masuk! " laungku lemah.

"Bos.. " sapa Kak Mas berwajah manis.

Aku mencelikkan mata. Tunjuk gagah walaupun sebenarnya rasa mahu tersungkur sudah.

"Kak Mas balik dulu bos. " pamit kak Mas lembut.

Aku tersenyum lemah sambil menganggukkan kepala.

Kak Mas tersenyum sebelum pintu ditutup kembali. Aku menghela nafas lega bila kak Mas beredar pulang tanpa mnyedari keadaanku. Kesian pula kalau diketahui.

Aku menggagau mencari telefon yang terdampar di atas meja.  Membelek nama seseorang di talian. Mahu meminta tolong Akif, outstation pula sepupunya seorang itu. Daddy, sedang berada di luar meeting bersama wakil syarikat arwah daddy Aulia.

Tangan terhenti di sebaris nama. Ditekan punat hijau mendail nombor gerangan di hujung talian.

Deringan berbunyi lama sebelum diangkat. Dihela nafas lega.

"Hello.. " jawab si gadis di hujung talian.

"Hello Lia. Boleh tolong I?" soalku lemah.

Aulia yang berada di hujung talian dipagut rasa pelik. Tetiba call minta tolong. Ada masalah ke? Hati serta merta diserang rasa risau.

"Ya. Tolong apa abang? " sahut si gadis.

"Tolong datang pejabat I. Ambil I.. "

Berkerut dahinya mendengar permintaan Benjamin. Dia pun tumpang Azim. Macam mana nak pergi office Benjamin ambil bapak singa tu?

"Lia mana ada kereta. Datang kampus pun tumpang member. "

Benjamin mengeluh.

"You datang sini naik grab. I gastrik. Tak larat nak bangun apatah lagi drive. So you datang sini ambil I bawa balik kereta. Faham? " panjang lebar penerangan diberikan kepadaku.

"Abang tak makan ke sampai boleh gastrik? "

"I tak sempat nak makan. Busy dari pagi sampai petang. I off dulu. Nanti I send location kat you.. " serentak terus panggilan dimatikan.

Aulia yang mendengar dipagut risau. Itulah, dah tahu busy jamah la sikit apa-apa buat alas perut. Kan dah kena gastrik. Aku pula tak tenang sekarang ni.

_______________________________________

Aulia POV

Aku berdiri di hadapan bangunan tinggi pencakar langit yang tersergam besar di hadapan mataku.

Aku melangkah masuk ke ruang lobi syarikat daddy. Kelihatan hanya beberapa kerat sahaja pekerja yang masih ada.

Aku menuju terus ke receptionist yang berada di hadapan sana. Aku atur langkah pantas. Bimbang untuk biarkan Benjamin keseorangan di biliknya.

"Ya cik. Boleh saya bantu? " pertanyaan mesra diajukan kepadaku.

Aku tersenyum.

"Bilik Encik Benjamin tingkat berapa ya? " soalku lembut.

"Boleh saya tahu cik ni siapa? " soalan berbalas soalan.

Aku menggaru kepala. Mencari idea bernas.

"Macam ni. Apa kata awak call Encik Benjamin cakap Aulia dah sampai. " arahku memberi cadangan.

Ditenung aku ata bawah sebelum dianggukkan kepala bersetuju dengan cadanganku. Aku menuntas pandangan ke ruang lobi yang mewah.

Seminit, gagang telefon diletakkan kembali. Wajah diangkat membalas renunganku.

"Okay. Bos suruh cik naik ke bilik pejabat dia. Tingkat 15.."

Sebuah anggukan aku berikan berserta ucapan terima kasih. Aku bergegas lari menuju ke lif yang kebetulan terbuka luas.

Sampai sahaja di tingkat 15, aku segera melangkah keluar. Kelibat salah seorang pekerja Benjamin yang berselisih mahu ke lif untuk pulang aku tegur.

"Hai. Boleh saya tahu bilik Encik Benjamin kat mana? " soalku terus namun masih lagi kedengaran sopan. Sebuah senyuman kuukirkan.

"Oh. Bilik bos kat hujung sana cik." diunjukkan jarinya sopan menghala ke bilik Benjamin.

"Terima kasih.. " ucapku dan sebuah anggukkan dibalas.

Pintu yang tertera nama Benjamin Luthfias aku tolak kuat. Terhenti seketika langkahku di muka pintu bila melihatkan wajah Benjamin yang pucat lesi sedang terlentok lemah ke kerusi empuknya. Mata lelaki itu terpejam rapat. Seakan sudah kehilangan banyak tenaga.

Aku meletakkan beg sandang ke sofa. Bergerak perlahan menuju ke arah Benjamin. Perlahan, tanganku menyentuh wajah Benjamin. Berkaca mataku menahan perasaan.

"Ben.. " seruku perlahan. Berbisik.

Sesaat, masih tiada respon daripada Benjamin.

"Benjamin.. "seruku sekali lagi lebih kuat. Jantung sudah mula berdebar.

"Abang. Hey bangun. " pipi Benjamin aku tepuk perlahan.

Lambat-lambat dicelikkan matanya merenung wajahku.

"Lia.." seru Benjamin lemah. Sungguh, dia benar-benar lemah ketika ini.

Aku menarik nafas lega.

Tanganku merungkai tali leher yang menjerut ketat di leher Benjamin. Aku rungkai dan letakkan perlahan di  atas meja kerja Benjamin. Butang kedua butang baju teratas sekali aku buka.

Tanganku yang asyik berkerja membuka butang bajunya ditangkap.

"You menangis? " soal Benjamin perlahan melihatkan aku yang bila-bila masa sahaja boleh mengeluarkan air mata.

Aku gelengkan kepala. Tangan meneruskan kerja yang terhenti.

"Jangan menangis. I belum mati lagi. " Benjamin tertawa lemah. Serentak, air mata menitis setitis jatuh ke pipi.

"Boleh diam tak. Sakit-sakit pun nak bercakap lagi ke? " omelku sebak. Jujur, aku tidak kuat lagi menghadapi kehilangan. Luka hati aku akibat kehilangan daddy dulu juga belum sembuh sepenuhnya.

"Sayang juga ya you dekat I. " omel Benjamin perlahan. Aku menjulingkan mata ke atas. Tak padan dengan sakit, tak habis-habis dengan modal mengusik dia. Air mata aku usap.

"Duduk kejap. Lia nak pergi pantry. Buatkan abang apa-apa untuk alas perut tu dulu sebelum kita balik.. " ujarku sebelum menghilang keluar menuju ke pantry syarikat Benjamin.

Segelas susu berserta bubur ayam segera aku bawa ke bilik Benjamin. Aku meletakkan hidangan ke atas meja sofa yang tersedia di situ.

"Boleh bangun tak ni? " soalku.

Benjamin menggelengkan kepalanya.

Aku tunduk.

"Letak tangan awak atas bahu saya " arahku tidak bernada.  Wajah aku samakan menyamai paras wajah Benjamin.

"Nak buat apa? " soal Benjamin pelik.

Aku mengeluh kuat. Dia boleh tanya pula.

"Nak angkat awak pergi sana lah. Tadi kata tak larat nak bangun. So, Lia nak tolong angkat abang pergi sana lah. Takkan nak makan kat sini kut cik abang.. " terangku. Jari aku tundingkan ke sofa.

Benjamin mengerutkan dahi. Kurang yakin sebenarnya. Mampu ke Aulia menahan tubuhnya yang sasa ini? Kalau jatuh tergolek macam nangka busuk nanti macam mana?

"Dah cepat lah. Jangan risau, kalau jatuh kita jatuh sama-sama. " tangan Benjamin aku pautkan ke bahuku. Hidung mancung Benjamin aku lagakan dengan hidungku tanpa sedar. Seakan memujuk anak kecil.

Menyedari tingkahku  diluar kawalan sebentar tadi, pantas kedua belah tanganku memaut pinggang Benjamin erat. Seketika, kami berbalas renungan. Berdebar bila berada serapat ini. Seakan dapat merasai degupan jantung masing-masing.

Aku berdehem. Menghilangkan rasa janggal antara kami.

Tubuh Benjamin aku letakkan perlahan ke atas sofa. Pantas, disandarkan badan sasanya ke belakang.  Menyelesakan duduk. Terbiasa kerutan di wajah Benjamin. Menahan kesakitan yang kerap menyerang.

Aku sudukan bubur ke arah Benjamin. Baik hati untuk menyuapkan Benjamin.

Sudu yang tersua di hadapan mulutnya dipandang silih berganti dengan wajahku.

"Kenapa?  Makan lah. Dah lenguh tangan Lia ni suap awak. " omelku. 

Perlahan dirampas sudu ditanganku.

"I tak suruh pun you suap I. Takpa, I boleh suap diri sendiri." sahut Benjamin betcampur sindiran. Aku mencebik. Suap sendiri konon. Pegang sudu pun terkial-kial.

Lima minit berlalu, hanya dua sudu yang berjaya disuap masuk ke dalam mulut. Tidak betah untuk melihat keadaan tersebut berlanjutan, aku segera bergerak melabuhkan duduk di sebelah Benjamin. Sudu ditangan Benjamin aku rampas kembali.

Terkedu Benjamin seketika dengan tindakanku. Aku tayang riak biasa.

"Kalau nak tunggu abang habiskan bubur ni alamatnya malam nanti lah baru kita boleh balik.." tukasku. 

"Dah cepat. Buka mulut. " arahku. Sekali sekala membuli Benjamin pula.  Apa salahnya. Asyik aku sahaja yang kena buli.

Mulutnya dinganga kecil menerima suapan dariku. Sekejap sahaja, habis semangkuk bubur. Segelas susu aku sua pula ke mulutnya.  Diteguk habis segelas. Tisu yang berada di atas meja aku lapkan ke mulut Benjamin.
 
Sekali lagi, Benjamin dibelenggu rasa terkedu dan terkelu. Selamba sekali perilaku Aulia hari ini. Benar-benar mengusik tangkai hatinya yang disapa rasa bahagia dengan layanan yang diberikan sebentar tadi.

"Sakit lagi ke? " melihat Benjamin hanya diam tidak bersuara, aku bertindak mengajukan soalan.

Benjamin menggelengkan kepala. Renungan miliknya dijatuhkan. Terasa berdebar berbalas pandang dengan sepasang mata bundar yang bersinar cantik itu.

"Kalau macam tu jomlah kita balik. Lia nak hantar sisa makanan ni pergi pantry kejap"

Lima minit, aku kembali ke Benjamin. Kelihatan sudah segar sedikit wajah Benjamin yang pucat lesi sebentar tadi. Bersedia dengan kot dan segulung kertas di tangan untuk dibawa pulang. Sakit-sakit pun kerja tetap nombor satu.

"Dah siap?  Shall we go now? " tanyaku menyandang beg ke bahu.

Hanya anggukan diberi kepadaku. Benjamin bertindak keluar dahulu diikuti aku dari belakang.  Pintu kututup rapat dan langkah terus kuatur menuju ke ruangan lif yang tersedia di hujung sana. Kami beriringan menuju ke basement kereta.

Aku memaut pinggang Benjamin kemas. Hari yang sudah lewat petang menyebabkan kawasan parkir lenggang. Hanya tinggal beberapa biji kereta sahaja lagi. Oleh sebab itu, aku berani menawarkan diri membantu memapah Benjamin sehingga ke kereta.

Turun sahaja ke basement parkir kereta, sudah kelihatan kereta mewah milik Benjamin di ruang mata.

"Nah kunci.. " kunci kereta diletakkan di tapak tanganku. Pintu kereta pemandu aku tutup setelah memastikan Benjamin sudah siap masuk duduk di tempat penumpang. Tidak lama, aku juga turut meloloskan diri ke dalam kereta sebelum kereta menderum laju keluar daripada perkarangan syarikat 

Tanpa aku dan Benjamin sedari, sepasang mata tajam merenung gerak-geri kami sebentar tadi. Tajam mahu dirobek-robek tubuh kami berdua. Renungan yang berselitkan pelbagai perasaan!

Benjamin ada pesaing baru lah. hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience