Bab 16

Romance Series 247373

Aulia POV

Mata yang terpejam kucelikkan perlahan-lahan. Mata yang kabur mulai terang benderang. Mata melingas ke sekitar ruang penjuru bilik sebelum terhenti pada jam yang tergantung menunjukkan sudah pukul tujuh setengah pagi. Terbabas subuhku pagi ini.

Kularikan tangan ke sekitar dahi dan juga leher. Sudah berkurangan panasku berbanding semalam. Kebetulan juga hari ini aku tiada kelas. Terimbas kejadian malam tadi. Mengenangkan aku terlena setelah mengalas perut dan menelan sebiji ubat, wajah terakhir yang terbias di ruang mataku adalah Benjamin.

Tangan naik meraup wajah seketika. Sejenak, aku mengeluh perlahan. 

Aku mengeliat. Mulut yang menguap besar aku tutup dengan telapak tangan. Aku bingkas bangun. Menarik tuala di penyidai sebelum bergerak ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Hampir dua minit bertapa di dalam kamar mandi, aku keluar. Kali ini siap berpakaian. Bukan apa takut nanti keluar berkemban seperti biasa, terlintas kelibat daddy dan Benjamin tiba-tiba mahu menggelupur pula aku.

Rambut yang masih basah aku gosok dengan tuala kecil. Tubuh kulabuhkan ke birai katil. Terasa segar setelah menelan ubat semalam serta mandi pada pagi ini. Seharusnya aku berterima kasih kepada abang tiriku yang turut meluangkan masa menjagaku ketika demam. Kerana paksaan Benjamin semalam, aku kebah demam pada hari ini.

Kepala menjenguk ke pintu yang sedikit renggang. Memerhati jika ada kelibat Benjamin lalu lalang di hadapan pintu bilikku. Tiada bunyi derap kaki atau tombol pintu dipulas. Aku mengeluh. Pasti sudah berangkat ke pejabat atau sedang bersarapan di bawah.

Bingkas berdiri, aku merangkak naik ke atas katil. Menyandar sambil membelek telefon. Untuk bersarapan, masih lagi tiada selera. Maka, berlingkar di atas katil sahaja.

Kedengaran bunyi ketukan di pintu bilikku. Aku menjenguk sambil menanti. Hati merasakan mesti mummy. Membawakan sarapan untukku.

Pintu yang renggang dikuak daripada luar. Tercengak aku melihatkan kehadiran Benjamin seawal pagi ini di kamarku. Liur kutelan. Ugutan kiss semalam spontan menjelma di fikiran sekaligus menjemput bahang malu di wajah.

Langkah kemas Benjamin sambil membetulkan tali leher memaksaku untuk terus memakukan pandangan pada susuk tubuhnya. Segaris senyuman dihulurkan padaku.

Tidak mahu dicop sombong, aku hulurkan juga senyuman untuk dia walhal hati seakan mahu melompat keluar bila dilayangkan senyuman menawan tersebut. Hati lari daripada tempo biasa.

Tubuh lampainya dilabuhkan di birai katil bersebelahan denganku. Sebelah kaki panjang miliknya menjuntai di lantai manakala sebelah lagi dilipat berada di atas katil. Aku diam. Menilik jari jemari sendiri di ribaan. Terasa cantik pula tiba-tiba kurasakan.

"Demam lagi?" tanya Benjamin.

"Dah kurang sikit." jawabku.

"Baguslah kalau macam itu. You kalau demam memang teruk eh ?" soal Benjamin.

Lambat-lambat aku anggukkan kepala.

"Ubat pun susah nak makan eh?" aku mengeluh. Lelaki ini memang mindanya penuh dengan soalan ke apa?

Anggukan lagi kuberikan. Lebih baik mengaku perkara sebenar sahaja. Kalau menafikan pun tiada guna.

"Mulut you ni memang ada ketul emas betul lah Lia. Nak dengar suara you susah betul. Sepatah I tanya, sepatah lah you jawab.." tali leher dijerut kemas. Butang baju dibutangkan.

Serasa tidak tahu lagi topik apa untuk dibicarakan, Benjamin bingkas bangun. Dibawa tubuhnya berdiri di tepi birai katil. Ditundukkan wajah melihatkan ku hanya diam tidak berkutik. Jauh sekali melemparkan suara.

Aku pun hairan. Tadi bukan main lagi aku terjenguk-jenguk mencari kelibat Benjamin. Dah ada depan mata, suara kelu seribu bahasa pula. Ayat yang direka dan disusun pun berterabur lari entah ke mana.

"Okaylah. I pergi kerja dulu. Jangan lupa makan and then makan ubat. Biar cepat sihat." dititipkan pesanan sebelum tubuh lampainya diatur menuju ke muka pintu. Sebelum beralih, digosok lembut kepalaku. Persis tabiat arwah daddy ketika masih hidup. Serta merta rindu menggamit di relung hati

Aku terkelu. Tidak tahu untuk berkata apa padahal sebentar tadi bermacam-macam perkataan berlegar di ruang fikiran.

Lambat-lambat kulihat Benjamin mengatur langkah ke arah pintu yang terkuak. Mungkin menyelit harapan jika aku bersuara walaupun sekadar ucapan 'Selamat pagi' atau 'terima kasih'.

Faster Lia..Faster..dia dah nak sampai pintu dah tu. Say something..Think,Lia! Think!

"Awak.." seruku kuat.

Benjamin terhenti. Elok mendarat di muka pintu. Dibawa tubuh menoleh ke arahku.

"Yes..?" soal dia. Dengan gaya santai. Memeluk tubuh sambil menjongketkan kening.

Bibir kukemam.

"Terima kasih.." ucapku. Bebola mata kulirikkan ke wajah Benjamin.

"Well. Terima kasih I ada harganya Lia." ujarnya.

"Huh?" keluhku. Tidak faham apa yang cuba disampaikan. Harga? Kena bayar ke ?

"You kena membayarnya nanti. " ulas Benjamin.

Aku terdiam. Dahi berkerut seribu.

"Harga? Bayar? Dengan cara macam mana saya kena bayar?" soalku bertalu.

"Terpulang pada you" balas Benjamin. Bersedia untuk melangkah pergi.

"Saya akan membalasnya..Suatu hari nanti.." janjiku.

Benjamin tersenyum senget. Diangkat bahu sambil mencebikkan bibir.

"Okay. I will wait."

Aku mengeluh. Lama merenung ke arah muka pintu walaupun kelibat Benjamin sudah hilang daripada mata. Apa yang Benjamin maksudkan dengan terima kasih dia ada harganya? Sukar untuk aku mengerti.

Namun, seperti yang aku katakan. Apabila orang sudah berbudi, maka perlulah kita untuk berbahasa. Aku tekad, walau bagaimana cara sekalipun aku tetap akan membalas 'terima kasih' itu suatu hari nanti.

Benjamin POV

Aku melangkah menuruni tangga dengan siulan kecil. Terus kulencongkan ke muka pintu.

"Hai Ben..happy nampak pagi ni. Lena tidur semalam?" usik daddy.

Aku hentikan langkah. Asyik bersiul sampai tidak sedar kehadiran daddy di sofa ruang tamu yang sedang membaca akhbar. Aku tersengih. Menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik. Tangan naik menggaru kepala.

"Happy ke ? Ben rasa biasa je macam hari-hari biasa. Daddy ni ada-ada jela"
Stoking aku sarungkan ke kaki sambil berceloteh menafikan kata-kata daddy

" Yelah. Selalunya memanjang muka serius kamu tu. Sampaikan staf-staf kita di pejabat tu pun takut nak tegur kamu. Kata mereka kamu garang sangat." dedah daddy panjang lebar. Hanya suara sahaja yang berbunyi sedangkan empunya badan sibuk membelek akhbar di tangan.

Aku terdiam. Mencerna kata-kata daddy sebentar tadi. Ini bermakna selama ini ada antara staf mereka yang mengadu perihal aku kepada daddy ? Terasa kelakar pula. Aku hamburkan ketawa.

Daddy menoleh memandangku. Orang dah kutuk boleh pula gelak ?

"Hah, sekali sekala ketawa ceria macam tu kan bagus. Bukan apa. Sebagai seorang ketua, kamu kena lah juga mesra dengan staf-staf kita. Tanpa mereka, kita takkan ada di tahap sekarang.." pesan daddy.

Bibir kugigit. Menoleh memandang daddy di sofa.

"Nanti mesra-mesra dipijak pula kepala kita. " tukasku. Baju yang sedikit renyuk aku betulkan.

"Itu lah kamu. Selalu fikir yang bukan-bukan. Tak bermaksud kita mesra mereka akan pijak kepala kita nanti.

"Nanti kalau mereka jatuh cinta dengan Ben macam mana ?" soalan level A+ aku ajukan.

Tercengang seketika riak wajah daddy. Lama ditilik susuk tubuhku. Aku menahawa ketawa.

"Eh kamu ni perasan sungguh. Dah la. Pening daddy melayan kamu bercakap. "

Ketawa kuat aku lepaskan.

"Tadi daddy juga yang suruh Ben mesra dengan diorang. Betul lah Ben tanya. Kalau diorang jatuh cinta dengan Ben macam mana?"

Daddy jeling menyampah ke arahku.

"Tak. Sekarang ni ada ke daddy suruh kamu mesra dengan mereka untuk buat mereka semua tu jatuh cinta dengan kamu?" soal daddy. Pening dengan soalan anak bujangnya.

Aku berpura-pura mengetuk dagu sambil menjulingkan mata ke atas.

"Ye, tahu. Tapi nanti kalau dah layan mereka mesra, tak mustahilkan mereka akan ada perasaan kat bos mereka sendiri?"

Daddy menggelengkan kepala. Pelipis digaru beberapa kali.

Susah jika bercakap dengan anak yang terlebih bijak ini. Ada sahaja idea untuk membalasnya.

"Daddy ni chill lah. Ya, nanti Ben akan cuba mesra dengan mereka. Tapi buat masa sekarang, Ben lebih selesa macam ini. Bukan apa, Ben cuma taknak mereka gunakan kemesraan yang kita tonjolkan sebagai satu kesempatan. " aku ujar perkara sebenar. Biarlah untuk seketika, aku begini.

"Ikut kamu lah Benjamin." balas daddy ringkas. Mungkin sudah penat untuk berbalas kata denganku.

Aku tertawa kecil.

"Daddy tak masuk pejabat ke hari ni ?" soalku bila mana kulihat daddy masih lagi dalam pakaian santai. Berlenggang menuju ke dapur untuk menikmati sarapan pagi.

"Daddy bos. Kamu tu kuli. " balas daddy selamba.

Aku tersentak. Makan dalam jawapan daddy pagi ni. Aku mengeluh. Daddy, ada sahaja yang mahu dikelahikan dengan aku. Seketika, senyuman mekar di bibir.

"Ben..tak pergi kerja lagi?" soal Mummy yang muncul dari anak tangga.

Tubuh pantas kutoleh ke arah mummy.

"Nak pergilah ni mummy.." jawabku.

Mummy menapak menghampiriku di pintu. Senyuman manis terukir mekar.

"Terima kasih Ben. Semalam kamu temankan Aulia. " ucap mummy lembut.

Aku tersenyum membalas.

"Tak ada apa lah. Oh yaa, mummy jangan lupa suruh dia makan ubat pula. Tapi Ben tengok tadi dah kurang sikit demam dia." ujarku. Tak lupa kutitipkan pesanan.

Mummy tersenyum manis. Dianggukkan kepala.

Jam di pergelangan tangan aku tilik. Tepat pukul lapan pagi.

"Okay lah mummy. Ben gerak dulu.." kaki kuatur terus ke muka pintu. Sebelum bergerak, aku perasan kelibat mummy yang menghantar kepergianku di muka pintu. Aku terharu. Cermin kereta yang tertutup rapat aku turunkan sebelum tangan kulambai-lambai ke arah mummy.

Memerhatikan aku yang sudah berdesup pergi, mummy menuju ke dapur.

"Apa yang awak bualkan dengan Benjamin kat depan tadi ?" soal Dato Razman sambil menyuapkan bihun goreng buatan Datin Rida ke dalam mulut.

Kerusi ditarik. Dilabuhkan duduk di sebelah kanan si suami. Mereka hanya bersarapan berdua sahaja pagi ini tanpa ditemani anak-anak.

Disenduk bihun goreng ke dalam pinggan. Bibir melorek senyuman manis.

"Rida.." seru Dato Razman perlahan. Suapan dihentikan. Hairan memerhati tingkah si isteri pagi ini. Asyik tersenyum sahaja. Lebar bukan main senyumannya.

"Hah, yaaa.." diperhati seraut wajah si suami yang sedang beradu pandang dengan sepasang mata bundar miliknya.

"Saya tanya. Apa yang awal bualkan dengan Benjamin kat depan tadi?" soal Dato Razman sekali lagi.

"Ohh..tak ada apa-apa. Bual-bual kosong je.." balas Datin Rida. Biarlah apa yang terlintas di fikirannya sekarang menjadi sebuah rahsia.

"Sudah-sudah lah senyum tu. Cepat makan. Nanti awak nak jenguk anak perempuan awak kat atas pula kan?"

Ditepuk dahi bila mengingatkan anak kesayangan yang seorang lagi di atas.

"Yela, kejap lagi saya naik tengok dia kat atas. Tadi Ben cakap dah kurang sikit demam Aulia. Lega juga lah hati saya ni mendengarnya "

Dato Razman mengerutkan dahi.

"Ben tengok Lia? Bila masa ?"

"Tadi lah. Sebelum dia pergi kerja."

Mendengarkan balasan si isteri, dianggukkan kepalanya lambat-lambat. Terbayang keceriaan yang terlakar di seraut wajah Benjamin pagi tadi.

Adakah Aulia merupakan penyumbang kepada keceriaan yang terpamer di seraut wajah Benjamin pada pagi ini?

Setengah jam perjalanan, aku tiba di pejabat. Sepanjang perjalanan ke ruang pejabatku, aku sempat terserempak dengan beberapa orang stafku. Senyuman dan sapaan dari mereka, aku balas dengan mesra.

Aku agak kelakar dengan memek muka yang dipamerkan oleh mereka. Ada yang tercengang, ada yang melopong luas, sehinggakan yang tersedak juga ada. Aku hanya tertawa kecil. Pasti mereka dihujani dengan rasa pelik. Masakan tidak, bos yang dahulunya cukup terkenal dengan seraut wajah yang serius dan beku kini mula menghulurkan senyuman dan membalas sapaan mereka.

"Selamat Pagi bos.." ucap salah seorang stafku.

Aku tersenyum.

"Selamat pagi.." balasku.

Dan seperti biasa, staf tersebut juga melopong luas. Aku hanya tertawa sambil menggeleng. Hampir sahaja staf tersebut berlanggar dengan pintu automatik syarikatku.

Sempat kulihat dengan ekor mata, ada antara mereka saling berbisik sesama sendiri. Ada yang terjerit suka, tak kurang ada juga yang hampir melentok acah mahu pengsan. Propa sungguh stafnya. Aku bertindak untuk mengabaikan sahaja reaksi mereka.

Masuk ke ruang lantai pejabat departmentku, aku bersiul kecil. Serentak, semua staf berpaling ke arahku. Seperti tadi, kesemua mereka juga dihurung dengan rasa pelik dengan gelagatku pagi ini.

Beberapa tapak meninggalkan mereka, aku berhenti. Seterusnya, pantas aku pusingkan tubuh. Serentak itu juga, masing-masing berlari lintang pungkang ke tempat duduk mereka. Sehingga ada juga yang tertinggal kasut. Sebelum berpatah balik dengan muka merah menahan malu tertangkap. Aku menahan ketawa yang ingin meletus.

"Selamat pagi Kak Mas.." ucapku seraya menolak perlahan pintu yang tertera namaku di pintu.

Kak Mas bingkas berdiri.

"Se..la..mat pa..p..pagi bos.." tergagap sapaan ku dibalas. Tersungging senyuman pendek di wajah setiausahaku. Aku hanya tersenyum. Susah juga kan bila ditonjolkan 'kemesraan' tersebut. Boleh terbalik syarikat miliknya.

Tapi tidak dinafikan, hati dia yang terasa kosong kini mulai terisi. Namun, jujur aku juga tidak tahu untuk menjelaskan terisi dengan apa kerana ianya berlaku secara tiba-tiba.

Malas untuk terus menyesakkan fikiran dengan perkara-perkara sedemikian, kerja yang menjerit memanggil untuk disemak dan disiapkan dicapai. Dibelek-belek dan diteliti terlebih dahulu sebelum kuasingkan.

_______________________________________

Mata yang berpinar, aku gosok beberapa kali. Serasa mahu juling biji mataku menilik dokumen serta menaip kertas di laptop. Bingkas berdiri, tubuh aku renggangkan ke kiri dan kanan. Menggeliat merenggangkan urat yang terasa tegang.

Terbias jam yang sudah menunjukkan pukul dua belas tengahari di dinding. Perut juga menjerit kelaparan minta diisi tiba-tiba. Telefon segera kucapai. Memeriksa jika ada panggilan atau pesanan penting dihantar.

Aplikasi WhatsApp aku buka. Aku liarkan ke status. Kelihatan ada story yang dimuatnaik oleh adik tiriku. Kaki melunjur dibaluti selimut hingga paras pinggang dan sedulang makanan beserta ubatan di atas ribaannya. Jari aku slide untuk membalas namun aku undurkan kembali. Tidak jadi.

Sedang berperang dengan perasaan sendiri, pintu terkuak dari luar. Spontan, wajah aku dongak ke gerangan yang melangkah masuk ke dalam kamar pejabatku.

Terpancul wajah cantik Aqeela Sania di ruang pintu. Cantik bergaya memakai jeans biru lembut dipadankan dengan blouse beropol berwarna putih. Aku mengeluh perlahan. Entah kenapa, seakan sudah tiada rasa terhadap gadis ini.

"Biy.." seru si gadis kedengaran menggoda. Aku mendongak. Memandang seraut wajah cantik milik Aqeela Sania.

Tak lama, aku menunduk mengemaskan fail yang berselerak di atas meja. Menyusun dan meletakkan kembali kedudukannya di tempat asal.

"Biy...you dengar tak I panggil you ni?" bentak Aqeela tidak berpuas hati . Dihentak kasut tumitnya ke lantai. Berdetak kuat bunyi kasut kedengaran di telingaku
Tubuh dipeluk sebal dengan kedua belah tangan.

Seraut wajah malas aku tayangkan ke arah Aqeela Sania.

"Yes Qeela. I ada je kat depan you ni. So tak perlu lah you nak terjerit-jerit macam orang kena rasuk. I belum pekak lagi" sindirku perlahan.

Aqeela Sania menghempaskan tubuhnya di sofa mewah berwarna kulit yang tersedia. Dilempar kuat beg tangan berjenama Hermes. Aku buat-buat tidak nampak.

Malas untuk ambil pusing sebaliknya aku sibuk membalas chat Akif Hafiz yang mengajak aku untuk keluar lunch bersama hari ini. Katanya, cousin gathering. Konon!

Aku pula dengan senang hati menerima ajakan tersebut memandangkan sudah agak lama juga tidak saling bersua muka walaupun berkerja di syarikat yang sama cuma berlainan department sahaja.

Aku bingkas bangun. Dompet, telefon berserta kunci kereta aku capai. Renungan tajam daripada Aqeela Sania aku balas.

"You nak pergi mana?" soalnya keras. Mata merenung ku atas bawah. Lagak seperti anggota polis menyoal pesalah.

"I nak keluar pergi lunch. Dengan Akif. " jawabku.

"I nak ikut" balas Aqeela sambil beg tangan yang terlempar jauh sebentar tadi dicapai kasar. Geram menjalar di hati mengenangkan kehadirannya untuk membuat kejutan kepada si teman lelaki seakan tidak disukai Benjamin.

Memang sengaja hari ini dia ingin meluangkan masa bersama dengan Benjamin memandangkan mereka masing-masing sibuk kebelakangan ini.

"Ada I ajak you sekali ke ?" sarkastik soalan yang aku lontarkan.

"Benjamin!" tempik Aqeela. Habis sudah tahap kesabaran yang dikumpul dari tadi.

Aku mencebikkan bibir. Tangan naik mengorek telinga. Perempuan kalau menjerit kalah tarzan.

"Kalau tak malu jom lah." tanpa perasaan kuberikan keputusan.

Aqeela Sania mendengus kasar. Beg disandang ke bahu.

"I tak kira. You ajak ke tak, I tetap nak ikut. Lantak you lah nak cakap I apa pun. I don't care!" dirempuh kasar bahu Benjamin dari belakang.

Terinjak sebentar tubuhku ke hadapan. Bahu yang dirempuh, aku sapu perlahan. Malas untuk melambatkan masa, pintu aku kuak dan tutup kembali. Nampaknya, hanya ada berapa kerat sahaja staf yang tinggal sedang menyiapkan kerja. Mungkin ada bekal yang mereka bawa dari rumah.

15 minit memandu daripada pejabat, kami tiba di restoran seperti yang dijanjikan. Aku parkirkan kereta di ruang parkir yang tersedia untu para pelanggan.

Kutoleh ke sebelah. Masih tiada ura-ura si gadis mahu melangkah keluar. Nak bertapa dalam kereta agaknya dia ni ? Omelku. Aqeela masih lagi dengan riak sebal. Menjeling tajam aku disisi.

Enjin kereta aku matikan. Pintu kereta kubuka dan terus menapak menuju ke restoran yang menjadi pilihan Akif untuk lunch hari ini. Derapan tapak kaki yang menghentak lantai di belakang menandakan kehadiran Aqeela yang menyoroti langkahku di belakangku.  Menjejak masuk ke dalam restoran, orang ramai kelihatan masing-masing sibuk menjamu selera.

Dari jauh, lambaian Akif aku balas. Tersenyum sambil melangkah kemas ke arah Akif. Beberapa pasang mata yang sibuk menoleh ke arahku, aku biarkan sahaja. Sudah menjadi perkara biasa bagiku sehingga ada antara mereka yang berani memberikan card bussiness kepadaku. Demi menjaga air muka, aku sambut jua huluran kad tersebut.

Bunyi derap kasut yang menghentak kuat ke lantai aku buat pekak. Seolah tidak terkesan langsung. Pandangan pelik Akif ke wajahku, aku balas malas. Mesti jejaka ini diburu rasa pelik bila mengenangkan lunch antara kami diselitkan dengan kehadiran Aqeela Sania.

Rayban yang tersangkut di hidung mancungku, kubuka. Meletakkan di atas meja.

"Dah lama ke kau sampai Kif?" soalku memulakan perbualan antara kami.

"Tak ada lah lama mana. Cuma sempatlah rambut aku ni beruban. Hai Qeela.." sapa Akif berbasa-basi. Tangan diangkat tanda menyapa.

Aqeela yang baru sahaja melabuhkan duduk bersebelahan Benjamin membalas sapaan tersebut dengan sebuah anggukan.

"Hai Kif.."

Akif melemparkan pandangan ke arahku yang sibuk meletakkan napkin di riba. Pandangan tajam diberikan berserta soalan tanpa suara. Akhirnya, aku balas hanya dengan angkat bahu.

"I nak ke ladies kejap.." pamit Aqeela Sania.

Akif mengeluh kelegaan. Peluang tersebut diambil untuk bersoal jawab dengan Benjamin.

"Asal awek kau boleh ikut sekali ? Kau ajak dia ke apa ?" tanpa lengah, terus disembur Benjamin dengan soalan.

Benjamin menjeling malas. Tahu dah soalan yang bakal terbit daripada mulut sepupunya ini.

"Tak ada maknanya aku nak ajak dia lah. Dia yang terjah datang pejabat aku tiba-tiba lunch break tadi. Aku tak pelawa pun. Dia yang tak tahu malu nak ikut. So, aku nak cakap apa lagi?" selarku membela diri.

Akif mengeluh. Digelengkan kepalanya.

"Jomlah makan. Nanti sejuk pula makanan ni. Lunch break pun tinggal berapa puluh minit lagi dah. Aku pun banyak kerja nak kena siapkan lagi. " ujar Akif. Ditarik makanan merapatinya.

Mata meliar melihat makanan yang ditempah oleh Akif. Nasi goreng kampung yang nampak seperti menyelerakan aku tarik mendekatiku. Terlintas kesedapan nasi goreng buatan Aulia malam itu. Sesudu aku bawa ke mulut. Boleh lah. Tidak sesedap air tangan Aulia.

"Biy..you tak tunggu I pun makan." tukas Aqeela mencuka daripada belakang. Lega setelah selesai menunaikan hajat di tandas.

Benjamin beriak bodoh. Rimas!

"Hurmm..Qeela..I taktahu apa feveret makanan you..So I main belasah je order. You makan je kan?" soal Akif gusar sekaligus mengalih perhatian gadis tersebut.

Senyuman manis dihadiah kepada Akif yang berada di hadapannya. Spagheti bolognese di hadapan mata disuapkan ke mulut.

"Nahh, its sokay. I makan je. Tapi kalau you tanya, apa makanan feveret I, Benjamin lah. " selamba jawapan yang diberikan Aqeela.

Akif yang sedang asyik menyuap makanan, tersedak. Segera,tangan digagau kalut mencapai jus oren di atas meja. Terasa perit keronkongnya.

Benjamin mendongak kepala ke atas. Berdecit mulutnya mendengarkan ujaran selamba Aqeela. Keluhan kasar dilepaskan. Sudu ditangan dilepaskan.

Renungan Akif dibalas. Pandangan 'betul ke Ben' diberikan oleh Akif.

"Betul ke Ben?" soal Akif perlahan.

Serentak, kaki menendang kaki Akif di bawah meja. Jantan ni kalau benda pelik-pelik suka sangat.

"Aduhhh!!" jerit Akif. Apalah dosa dia buat hari ini. Tadi tersedak. Sekarang kena sepak pulak.

"Kau jangan sampai aku sumbat seluar dalam dalam mulut kau, Kif.." suara diketap rapat.

Aqeela Sania tersentak.

"Are you okay?" soal si gadis. Tiba-tiba sahaja Akif mengaduh sakit.

Akif yang sedang menahan kesakitan mengukir senyuman pahit sambil menganggukkan kepala separuh rela. Kurang ajar! Boleh tahan sakit penangan kaki berotot Benjamin. Kaki ke besi ni ? Kaki yang terasa sengal digosok kuat.

"Tadi aku terserempak dengan daddy kau kat lobi." Akif memulakan cerita setelah reda dari penangan Benjamin.

"Pastu?" soalku sambil meneguk jus tembikai.

"Tak ada apa. Saja lah borak-borak kosong. Pastu, dia ajak aku datang dinner kat rumah kau bila-bila nanti. Borak punya borak terkeluar pasal adik tiri kau demam semalam. "

Aku berdehem. Fokus untuk mendengar kata-kata seterusnya.

"A'ah dia demam. Tapi kurang sikit dah." balasku. Terbayang di ruang mata keadaan Aulia semalam. Sudah makankah si gadis? Sudah kebahkah demamnya? Nak call tapi nanti dicop buang tabiat pula.

"So, aku ingat memandangkan aku pun dah lama tak pergi rumah kau dan tak pernah bertemu lagi dengan ibu saudara aku dan sepupu tiri aku tu. Aku ingat habis kerja nanti nak pergi melawat mereka lah kejap.."

"Adik tiri you demam ke biy?" tanya Aqeela yang dari tadi hanya diam menyuap makanan, tidak menyampuk perbualan kedua lelaki ini.

Benjamin mengganggukkan kepala.

"Kalau macam tu I nak pergi lawat juga lah. Sambil melawat, nak juga tengok adik tiri you. I dengar staf-staf you gosip cakap adik you cantik. So nak tengok juga kecantikan dia tu." tukas Aqeela.

Tisu dicapai dan dilapkan ke mulut yang terasa melekit.

"Ikut you lah. Kalau I tak kasi pun you tetap akan datang melawat kan? Macam lah I tak kenal perangai you Qeela" balasku mudah. Tiada mood untuk berbalas panjang lebar.

Aqeela Sania tersenyum sinis. Ditoleh aku disebelah.

"Well. You know me well, biy. Ni yang buat I makin sayang kat you.." pipiku dicubit. Namun cepat sahaja aku menepis. Tak suka diperlakukan sedemikian. Lebih-lebih di khalayak ramai begini.

Akif yang perasan keadaan tersebut bertindak membuang pandang ke arah lain. Menilik jam di tangan. Sudah hampir habis waktu lunch break mereka.

"Jom Ben. Aku gerak dulu. Jumpa nanti.."

"Jom lah sekali. Aku pun nak gerak juga ni. " pamitku.

Beriringan menuju keluar, kami berpamitan di ruang parkir.

______________________________________

Aulia POV

Aku melepak balkoni bilikku. Rindu untuk menghirup udara segar setelah hampir seharian terperuk di dalam bilik. Makan dan minum juga dibawa oleh Bik Suty. Terfikir juga untuk menjejakkan kaki ke dapur namun awal-awal lagi mummy berpesan supaya aku tidak bergerak ke mana-mana.

Aku mengeluh. Bosan asyik tersidai sahaja dalam bilik. Kan best kalau ada adik beradik lain. Ini tidak, aku tunggal. Benjamin juga tunggal. Bila dah besar, baru dapat adik beradik. Itupun sekadar adik beradik tiri. Jadi janggal.

Sedang asyik menghirup udara petang, terlihat kelibat dua biji kereta menjalar masuk ke arah pintu pagar agam kediaman kami.

Aku menjenguk ke bawah. Sebiji kereta sudah aku kenali, siapa lagi kalau bukan kereta Benjamin. Sebuah lagi tidak pasti. Seingatku tidak pernah kelihatan lagi kereta tersebut datang ke rumah daddy.

Sejenak aku berpapasan mata dengan Benjamin di bawah. Tidak lama, kelihatan pula kelibat Aqeela Sania yang turut keluar daripada sebelah pintu hadapan penumpang. Aku terkedu. Bebola mata kini beralih menjelajah seraut wajah milik Aqeela Sania sebelum jatuh ke lengan kurus miliknya yang sedang erat merangkul lengan Benjamin.

Dada serta merta dihurung rasa debar. Akhirnya, aku bawa tubuh memasuki bilik. Dada yang berdebar aku gosok perlahan. Mundar-mandir seketika aku sambil mengigit ibu jari kanan. Nak turun ke taknak? Tapi mummy pesan tak bagi turun. Kalau turun juga? Ahhh! Aku gosok kepala menyelerakkan rambut.

Ketukan di pintu menyedarkan aku yang sedang berperang dengan perasaan sendiri. Tubuh yang mundar-mandir spontan terhenti. Dada kembali dipalu rasa debar.

Sesaat..dua saat..tiga saat..

Klak! Pintu terbuka dari luar. Terjengul wajah mummy di sebalik pintu. Aku menghela nafas lega. Dada aku urut-urut menghilang debar yang bertandang. Aku fikir Benjamin tadi. Kalau Benjamin apa yang harus aku katakan? Apa reaksi yang harus aku pamerkan ?

"Lia..jom turun sayang.." ajak mummy. Aku bersorak. Yeay! Akhirnya boleh turun. Wuhuu!!

Rambut sedikit selerak, aku kemaskan. Nasib aku sudah siap mandi.

"Tadi mummy pesan tak bagi Lia turun. Kesian Lia, bosan asyik terperuk dalam bilik je." rungutku manja.

"Ada orang datang melawat Lia kat bawah tu." kata mummy.

"Siapa?" soalku seolah tidak tahu.

"Adalah. Cantik tau Lia. Bakal kak ipar Lia tu. " ujar mummy. Terasa ngilu hati mendengar kata-kata yang terlontar keluar daripada mulut mummy sebentar tadi.

"Jomlah turun. Nanti kesian pula tetamu lama tunggu Lia.."

Aku mencebik.

"Biarlah. Siapa suruh tunggu?"

Mummy menggeleng melihat peelku.

"Dah, dah! Jom turun. Jangan nak banyak songeh eh.." diheret pergelangan tanganku menuju menuruni tangga.

Dari atas tangga, sudah dapat ku dengari suara-suara 'tetamu' yang datang melawatku petang ini. Mummy susah menghilang ke dapur.

Pandangan tajam Benjamin aku hiraukan. Melihatkan Aqeela Sania yang galak menempel di sebelah Benjamin membuatkan aku tiada mood untuk membalas pandangan tersebut.

Belakang badan lelaki yang disalut kemeja lengan panjang berwarna putih menarik perhatianku.

Sejenak, dikalihkan tubuhnya mengadap aku yang berada di anak tangga.

Akif bingkas bangun. Lama direnung aku. Naik segan aku ditilik sedemikian rupa. Benjamin memerhati gelagat Akif dengan sedikit perasaan tidak selesa. Benjamin berdehem perlahan.

Akif segera tersedar sebelum dibawa kakinya menapak mendekatiku. Aku menanti. Liur kutelan. Dah kenapa lelaki ni ?

"We meet again cik Aulia Natasha" ucap Akif secara tiba-tiba.

Serentak wajah yang menunduk aku angkatkan. Merenung seraut wajah yang sedap mata memandang di hadapanku. Dahi berkerut seribu. Kami pernah kenal ke ?

"Do we meet before?" soalku perlahan.

"Akif Hafiz. Selamatkan you daripada bercium dengan lantai dekat petronas hari tu.." senyuman senget dilayangkan. Bibir merahnya diherotkan.

Lama terdiam akhirnya terlintas memori kejadian tersebut. Aku menekup mulut. Hampir menjerit teruja dapat berjumpa kembali.

"Akif Hafeez?" soalku teruja.

Kelihatan Akif ketawa mengekek diselang seli dengan anggukan.

Aku akhirnya melepaskan ketawa. Bergabung dengan ketawa Akif Hafeez. Benjamin membuntangkan mata. Baru jumpa dah mesra macam kenal sepuluh tahun. Hati dirudung panas. Tali leher direntap kasar.

Ruang tamu yang dingin serta merta terasa panas membahang.

"Eh jom duduk. Tak sangka awak sekarang dah jadi sepupu tiri saya. I'm glad to see you again Aulia." aku labuhkan duduk bersebelahan Akif. Berhadapan dengan Benjamin.

"Eh..you kan yang I jumpa kat airport hari tu ?" soal Aqeela Sania terus.

Aku tersenyum kekok. Kepala aku anggukkan.

"Kecil betul dunia ni kan biy? Pusing-pusing jadi adik tiri you rupanya.."

"Oh ya, Lia. I ada bawa something untuk you. I tak tahu nak bawa apa, so I think flower was good for you.." sejambak bunga ros kuning diunjukkan ke arahku. Pandangan tajam daripada Benjamin membuatkan aku tidak selesa. Berbelah bahagi mahu mengambilnya atau tidak.

"Ambil lah. Special for you. Ubat demam.." diunjuk lagi lebih dekat ke arahku. Dengan hati separuh rela, aku sambut jua huluran bunga Akif. Kasihan pula mahu dibiarkan begitu.

"Terima kasih.." balasku perlahan.

Deheman Benjamin membawa pandanganku terus ke hadapan.

"Biy..hauslah. Tak ada air ke ? " rengek Aqeela Sania. Berdesing telingaku mendengar rengekan tersebut.

Canggung berada di atas mereka, aku bingkas berdiri.

"You nak pergi mana?" soal Benjamin pantas.

"Dapur. Buat air.." jawabku jujur.

"Tak payah. You duduk je sini. Nanti I panggil Bik suty hidangkan air. You tu bukannya sihat lagi. Jadi apa-apa nanti kat dapur tu susah pula" arah Benjamin.

Aku terkebil-kebil seketika.

"Dah makan belum?" tanya Benjamin.

"Dah.." balasku.

"Ubat dah makan ?"

"Dah.." balasku lagi.

"Betul?"

Aku anggukkan kepala laju.

Pandangan pelik daripada Aqeela dan Akif seakan tidak memberi kesan kepada Benjamin. Malah, ramah mulutnya menyoalku sehingga membuatkan aku tidak selesa.

Bukan apa, takut keprihatinan yang ditonjolkan Benjamin mengundang ketidakselesaan di hati Aqeela terutamanya sekaligus mengelakkan Aqeela berfikir yang bukan-bukan.

Tidak lama, muncul Bik Suty menghidangkan air berserta sedikit kudapan untuk dijamah.

Aku kembali melabuhkan duduk. Meramas sesama sendiri jari. Senyuman kecil Akif lemparkan kepadaku. Mungkin dia perasaan aku yang agak kekok di situ.

"Lia masih study?" soal Akif.

Aku anggukkan kepala.

"Final year?"

"Ya."

"So lepas dah habis belajar, nak kerja mana?"

Sejenak aku terdiam. Tak tahu untuk berkata apa.

Akhirnya, aku hanya angkat bahu sebagai balasan.

"Lia. Kalau you berminat nak jadi model, just tell me okay. Muka you eksotik. Sesuai sangat untuk jadi model." pelawa Aqeela Sania ramah.

Benjamin yang mendengar cadangan tersebut mengerutkan dahi. Kurang selesa dengan pelawaan Aqeela kepada Aulia.

"You jangan nak mengarut lah Aqeela." tukas Benjamin.

Aqeela Sania menjeling.

"Mengarut apa pula you ni? Betul lah. Mesti meletup kalau adik you ni jadi model. Tak ramai muka eksotik macam dia sekarang. So Lia kalau you berminat just let me know okay?" diangkat kening yang terbentuk cantik ke arahku.

Aku diam.Tidak memberi sebarang balasan. Diam menghirup air ribena buatan bik Suty. Terasa tekak yang kering kembali basah.

"Okay lah, Lia. I balik dulu. Dah lewat petang dah ni. Jangan risau, nanti I datang lagi. Maybe kita boleh keluar jalan-jalan lepas ni..kan?" usul Akif.

Aku hanya tertawa kecil.

"Ya, In Shaa Allah.." balasku ringkas. Benjamin menayang riak menyampah. Akif kalau dengan perempuan ,sweet talker sungguh.

"Kif. Tumpangkan I sekali boleh?" kedengaran suara Aqeela Sania. Suara dilembutkan dengan harapan Akif Hafeez mahu untuk menumpangkannya.

Akif yang mulanya agak keberatan akhirnya mengangukkan kepala bila pandangan tajam Benjamin memberi arahan supaya menumpangkan Aqeela. Jadi mahu tidak mahu terpaksa dia bersetuju.

"Ermm..jom lah.." ajak Akif separuh rela.

"Thank you Kif.." balas Aqeela riang. Awal-awal lagi Benjamin sudah berpesan bahawa dia tidak akan menghantar Aqeela Sania pulang ke rumahnya. Katanya lagi pandai datang, pandailah balik. Urghhh! Sebal dia dengan perangai Benjamin kini.

Aku menyoroti langkah Akif daripada belakang. Malas untuk menonton drama antara Benjamin dan Aqeela di belakang. Rimas!

Akif yang sudah siap menyarung kasut, menoleh ke arahku yang menyandar di muka pintu.

"I balik dulu. Jumpa lagi Lia." pamit Akif ramah. Aku tersenyum membalas.

"Jumpa lagi. " balasku.

"Bye Lia. Ingat. Kalau berminat, just let me know okay. Oh ya. This is my contact number. " pesan Aqeela sambil dihulurkan sekeping kad tertera namanya di situ. Sebelum hilang dalam perut kereta lambaian diberikan kepadaku. Malas untuk memperlihatkan kedinginanku, lambaian Aqeela aku balas.

Setelah kelibat kereta Akif mulai hilang, aku pantas berpusing ke belakang. Terkejut bila aku hampir terlanggar Benjamin yang berdiri tercacak di belakangku.

"Seronok dapat bunga?" soal Benjamin dingin. Rapat ditelingaku.

Aku mengeluh. Pening dengan sikap Benjamin.

"Dah dia bagi, saya ambil lah.." balasku mudah.

"Nak bunga cakap. Sedozen lah I boleh beli untuk you.." balas Benjamin kuat.

Aku tercengang. Mata menjuling naik ke atas. Keluhan kuat aku lepaskan. Semakin rumit.

"Hah, kalau dah macam tu nanti beli jelah bunga sedozen untuk saya. Tak ada lah saya ambil bunga dari Akif lagi lepas ni. Huh!" bentakku geram.

Benjamin mendengus kasar. Geram dengan perlian yang diterima. Kasut yang berselerak disepak kuat. Terpelanting kasut ke penjuru tiang.

Aku terkejut dengan tindakan Benjamin. Malas untuk memanjangkan isu, segera ku atur langkah berlari menaiki anak tangga. Ada je yang salah di matanya.

Benjamin merenung tajam langkah ku mendaki tangga. Dicekak kedua belah pinggang miliknya.

"Siap kau. Biar nanti kau tidur dalam bunga atas katil kau. Kau nak sangat kan." selar Benjamin sambil langkah turut diatur menuju ke biliknya.

best ke chapter kali ni? selamat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience