Malas bertapa dalam bilik aku keluar menuju ke bawah. Terasa ingin menonton televisyen pula malam ini. Rambut yang mengurai melepasi bahu aku ikat gaya messy bun. Wajah yang tidak bertempek apa, aku tepuk perlahan kedua belah.
Rimas juga asyik bertapa sahaja dalam bilik. Tadi sempat juga aku berbalas whatsapp dengan Tiara. Sejak masing-masing sudah bekerja jarang sudah ada masa untuk diri sendiri. Jika dulu ada juga masa hang-out bersama Tiara, sekarang jarang sudah. Boleh dikatakan jarang sangat.
Pulang sahaja daripada bekerja sibuk membantu mummy memasak pula di dapur. Kalau larat lah, kalau tidak tinggal turun makan sahaja. Namun, jika datang angin Benjamin terasa nak makan masakanku, terpaksa juga aku ringankan tulang turun ke dapur bersilat.
Melintasi bilik Benjamin, terdengar seperti dia lagi sedang bercakap seseorang. Malas untuk menganggu, aku turun ke bawah. Terbayang hirupan kuah maggi panas-panas di ruang mata tetiba. Tekak meminta untuk makan maggi pula malam ini.
Aku menuju ke dapur. Kaki menjengket mencari makanan segera di dalam kabinet. Maggi yang tersusun kemas, aku belek satu persatu. Seminit, aku capai sebungkus maggi kari.
Seulas bawang merah dan putih aku hiris nipis. Tak lupa juga, beberapa biji cili hijau dan sedikit air perahan limau nipis. Siap, aku tumiskan bahan-bahan tersebut. Tinggal masukkan air, maggi dan telur sahaja.
Lima minit, siap maggi kari telurku. Aku bawa mangkuk yang berasap ke udara ke mukaku. Mata terpejam menikmati aroma maggi kari. Bibir kujilat perlahan. Betullah kan, bila sesekali datang angin 'mengidam', benda yang simple pun kita akan nampak macam sedap gila.
Tak sabar rasanya nak suapkan maggi ke dalam mulut. Terkocoh-kocoh aku bawa ke ruang depan. Terasa bahagianya hidup. Mangkuk yang berisi maggi aku letakkan di atas meja. Remote televisyen aku tekan.
Drama korea bertajuk 'Personal Taste' aku buka. Tak tahu lah sudah berapa kali kuulang drama korea tersebut tetap juga tidak jemu-jemu. Aku labuhkan duduk di atas sofa. Mangkuk maggi aku bawa dekat denganku.
Sesekali terdengar gelak tawaku bila sampai ke adegan lucu. Mengekek aku ketawa. Lupa seketika dengan penghuni di rumah ini. Berair mataku mengekek ketawa. Nasib sahaja tidak tersedak maggi di tekak.
Aku hela nafas kuat. Penat ketawa. Tangan mencapai pula kudap-kudapan yang sudah tersedia di atas meja. Aku capai satu-satu masukkan ke dalam mulut. Ralit sungguh menonton drama korea di bawah hingga derap kaki Benjamin yang menuruni anak tangga, juga tidak kedengaran di telingaku.
Sedar-sedar bauan maskulin sahaja yang berjaya membuatkan aku sedar. Sudah hampir setahun bersama di bawah satu bumbung, sudah hadam dengan sikap masing-masing apatah lagi bau. Aku memejamkan mata. Menikmati bauan yang berlumba-lumba masuk ke dalam rongga hidungku.
"Makan apa tu? Nak sikit.. " Benjamin terjengul di belakang kepalaku.
Aku berpaling deras. Wajah yang terlalu rapat aku jarakkan sedikit kedudukannya. Dahi aku kerutkan. Hairan dengan Benjamin malam ini yang berpakaian segak.
Tanganku yang masih terselit kudapan tadi dibawa ke mulutnya. Dikunyah perlahan kudapan yang sudah selamat masuk ke dalam mulutnya.
"Suap sikit maggi tu yang. Macam sedap je I tengok." diunjukkan jarinya meminta aku menyuapkan maggi yang masih bersisa.
Aku capai mangkuk berisi maggi. Aku sudukan sesudu maggi bersama kuahnya sekali. Aku bawa mendekati mulut Benjamin perlahan. Takut pula tertumpah nanti.
"Hurmm, sedap! " puji Benjamin.
Aku diam. Membelek lagi Benjamin atas bawah. Dengan seluar jeans biru gelap dipadankan dengan sehelai T-shirt putih menyerlahkan ketampanan yang sedia ada di wajah tersebut.
"Abang nak pergi mana? " soalku setelah lama membelek Benjamin atas bawah sebelum renungan aku jatuhkan kembali ke wajahnya.
Benjamin menjilat bibir yang terasa berminyak. Aku menelan liur. Benjamin tayang sebuah senyuman lebar. Atau lebih tepat lagi senyuman yang bisa melumpuhkan sarafku.
"Abang nak keluar kejap. "
"Nak pergi mana? "
Dibelek jam di pergelangan tangannya.
"Jumpa kawan. Macam dah lama tak lepak dengan diorang. Dah diorang ajak, I keluarlah. " ujar Benjamin sambil menyuapkan lagi kudapan di tanganku ke mulutnya.
"Lia nak ikut boleh? "
Benjamin menjegilkan mata. Lalu, kepala digelengkan laju.
"Jangan nak mengada. Sayang duduk rumah. Abang keluar lepak kejap je. "
Aku memuncungkan mulutku. Benjamin pantas mencumbu bibirku. Cepat dan pantas ciumannya hingga aku juga tidak sedar berapa saat kelajuannya.
Aku terjerit kecil. Mata membuntang luas. First kiss aku! Aku menutup mulut. Benjamin sudah terkekeh ketawa. Lucu dengan reaksi spontan dariku.
"Sayang marah? " soal Benjamin perlahan sambil merenung lembut ke dalam mataku. Aku diam. Tunduk merenung dada Benjamin. Bibir yang dicium Benjamin kugigit lembut.
Mukaku terasa panas membahang serta merta. Jika boleh sahaja wajah ini aku sembunyikan. Sungguh, rasa malu menjalar dalam diri. Marah? Entah lah. Marah tapi macam tak marah. Tak marah tapi macam marah? Ahh, biarlah. Malas nak fikir.
Lama, aku gelengkan perlahan kepala. Benjamin tertawa kecil. Tubuh yang membongkok ditegakkan kembali.
"Okaylah, abang keluar dulu. Meh sini. Nak kiss sikit. Buat bekal. " sebelah tangannya dilingkarkan ke leherku dari belakang. Dilepaskan kucupan di pipi dan leherku.
Aku yang tidak bersedia, hanya pasrah saat bibir Benjamin menjamah sasarannya. Bukan main manja lagi sekarang ni. Tapi aku suka. Benjamin nampak sweet sangat. Rasa nak kunyah-kunyah je rasa. Hehe.
Aku menyoroti langkah Benjamin dari belakang. Benjamin yang perasan dengan keberadaanku di belakang menoleh.
"Lama ke abang keluar lepak? " soalku perlahan. Membetulkan letak baju T-shirt Benjamin di tubuh lampainya.
Benjamin senyum dengan pertanyaanku. Pipiku digosok lembut.
"Tak lama pun. Kejap je. Nanti I balik lah. Sayang tak payah tunggu. I bawa kunci. " ujar Benjamin sambil menyarung sneaker nike miliknya.
Aku menganggukkan kepala perlahan. Memerhati Benjamin yang sibuk menyarungkan kasut ke kedua belah kaki panjangnya sambil tercegat di tengah pintu.
"I gerak dulu. Sayang, malam ni I guna kereta you okay. " pamit Benjamin terus menuju ke keretaku hadiah pemberiannya.
Aku anggukkan kepala.
Usai pemergian Benjamin, aku tutup dan kunci kejap pintu sebelum langkah aku aturkan kembali meneruskan aktiviti menonton sambil makan. Jam kukerling sekilas. Tepat pukul sepuluh malam.
••••
Kereta diparkir tempat biasa. Bersebelahan dengan kereta Addy. Usai memarkirkan kereta, terus diloloskan tubuh memasuki ruang kelab.
Sebaik sahaja tubuh memasuki ruang kelab yang selalu dikunjungi suatu ketika dahulu namun sudah jarang-jarang, terbias wajah Addy yang asyik menghirup minuman sambil bermain telefon.
Di perhatikan sekeliling jika ada kelibat rakan-rakannya yang lain. Namun, tiada hanya kelibat Addy sahaja berseorangan tanpa ditemani sesiapa di hujung sana.
Memang dari awal dia sudah berpesan kepada Addy, supaya memilih tempat yang agak terlindung. Dia lebih selesa melepak tanpa gangguan sesiapa.
Kaki menapak perlahan menuju ke arah Addy yang masih tidak menyedarinya kehadirannya.
"Ad.. " seru Benjamin perlahan. Ditepuk bahu sahabatnya dari belakang.
Addy bertindak menoleh ke belakang. Kaget seketika bila terasa bahunya ditepuk semedang dari belakang.
Senyuman lebar ditayang saat seraut wajah sahabatnya terlayar di mata. Bingkas berdiri memeluk sahabatnya gaya brotherhood. Sudah lama juga dia tidak bertemu empat mata dengan Benjamin.
Bila masing-masing dah berkerjaya dan sibuk ni memang jarang lah nak melepak macam dulu.
"Duduklah. Kau nak minum apa? " soal Addy. Butang bajunya dibuka. Belakang tubuh disandar ke kerusi.
Benjamin menggeleng. Kaki panjangnya disila panggung.
"Lama tak jumpa. Makin berseri-seri eh aku tengok kau sekarang. " Addy tersengih lebar. Ditilik wajah Benjamin lama.
Benjamin tertawa kuat. Rasa digeletek hatinya dengan kata-kata Addy. Wajahnya dipegang. Terlalu ketarakah kebahagiaan yang dirasai kini? Entahlah, sejak ada buah hati ni lain macam vibes dia. Rasa macam baru pertama kali bercinta.
"Aku cakap kau gelak pula. " tukas Addy tersenyum senget. Bibir gelas minuman dibawa ke mulutnya. Diteguk air berperisa itu melalui keronkongnya.
"Berseri? Biasa je aku tengok. "
Addy mencebikkan bibir.
"Biasa konon. Bagi kau biasa tapi bagi aku luar biasa. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? " usik Addy. Bahu Benjamin ditepuk dan diramas kuat.
Benjamin tergelak lagi. Dikuis tangan besar milik Addy.
"Betullah. Mana ada apa-apa. Cuma happy sikit lah sejak dua menjak ni. Aku tak nafikan.."
"See? Aku dah kata. So taknak share ke apa yang buatkan kau happy sekarang? "
Benjamin gigit tepi bibir. Rasa segan pula untuk bercerita mengenai hubungan bersama Aulia. Bukan apa, memandangkan status antara mereka sebagai sebuah 'keluarga', jadi mungkin agak sukar untuk orang sekeliling atau terdekat menerimanya.
"Nantilah aku cerita. " dalih Benjamin masih lagi ingin berahsia.
Addy mengendurkan senyuman. Dia sudah teruja untuk mendengar. Alih-alih Benjamin tidak jadi untuk bercerita pula. Kurang asam punya kawan!
"Alah, malu-malu pula. Sejak bila kau reti malu ni Ben? Setahu aku kaulah orang paling selamba yang pernah aku kenal. "
Benjamin tertawa kecil. Terbayang wajah Aulia di ruang mata. Rindu terasa di hati.
"Hah, tengok tu. Sengih sorang-sorang. Cepatlah, bagitahu aku."
"Nantilah. Kau ni tak menyabar betul lah. "
"Aku memang. Kalau bab kau aku memang tak reti sabar. "
Benjamin cebik bibir. Mata melingas ke sekeliling ruang pub yang sentiasa dipenuhi orang ramai. Masing-masing sedang asyik berhibur tanpa peduli sedikitpun dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.
"Ada apa kau ajak aku lepak malam ni? " Benjamin bertindak menyoal Addy yang turut menebar pandangan ke ruang kelab.
Addy memetik jari.
"A'ah. Aku baru teringat. Nasib kau tanya. Tengok muka kau yang berseri-seri macam dilamun cinta ni habis lupa tujuan asal aku ajak kau lepak malam ni." duduk dikemaskan.
Addy mengeluh perlahan. Dia harap apa yang bakal disampaikan kepada Benjamin nanti, tidak mendatangkan api kemarahan sahabatnya. Dia juga sebenarnya masih lagi diserang rasa terkejut dengan apa yang diketahui.
Benjamin menanti butir bicara yang bakal keluar daripada mulut Addy. Telinga dipasang luas.
"Aku harap kau okay bila dengar apa yang aku nak bagitahu kau ni. "
Benjamin tersentak. Senyuman yang mekar pudar perlahan-lahan. Rasa seram pula saat mendengarkan kata-kata tersebut.
Tubuh yang santai menyandar ditegakkan. Baju yang tertarik dikemaskan.
Dagu diayunkan ke hadapan.
"Berapa kali Qeela pernah curang dengan kau? " Soal Addy tiba-tiba, bernada serius.
Benjamin tercengang. Pelik dengan soalan yang dilontarkan.
"Dua.. " jawab Benjamin sepatah.
Addy mengangguk perlahan.
"Kau tahu dengan siapa dia curang? " soal Addy lagi. Kali ini kedengaran dalam nada suaranya.
Lambat-lambat Benjamin gelengkan kepala. Renungan Addy ditentang dalam.
"Kau nak tahu siapa lelaki tu? "
Diangukkan pula kepalanya. Kali ini keinginan dia untuk mendengar setiap bait kata yang terluah daripada mulut Addy memuncak tinggi. Dinanti dengan penuh debar.
"Daniel. " sebuah nama terluncur keluar daripada bibir merah milik Addy.
"Daniel? " soal Benjamin kuat. Naik satu oktaf nada suaranya.
Addy mengeluh kecil sebelum dianggukkan kepalanya. Mengakui kebenaran yang sememangnya mengejutkan mereka.Â
Benjamin tergamam. Terbuka mulutnya saat mendengarkan sebaris nama yang tidak asing lagi antara mereka. Mata terbuntang besar. Lama dia dalam keadaan begitu.
Sejenak, bibirnya diketap rapat. Kedengaran giginya berlaga sesama sendiri.
"Ben. " seru Addy perlahan.
Benjamin tersandar kaku ke kerusi. Rambutnya disebak ke belakang. Wajahnya diraup kasar.
"Jadi selama ni, Daniel lah lelaki yang jadi punca perempuan tu curang dengan aku? " soal Benjamin keras.
Addy mengangguk perlahan. Dilepaskan keluhan. Kalau dia sendiri terkejut, mentelah lagi Benjamin. Kawan makan kawan. Sanggup bermain cinta dengan teman wanita kawan sendiri.
Benjamin tertawa kaku. Sungguh, benar-benar tidak terjangkau dek fikirannya selama ini kalau Daniel merupakan lelaki yang menjadi dalang retaknya hubungan dia bersama Aqeela.
Jahanam! Tangan di sisi dikepal kejap. Terkacip bibirnya menahan amarah yang membuak di dada.
"Kau nak aku tunjukkan bukti? "
Benjamin panggungkan kepala. Tanpa lengah, dianggukkan kepalanya laju.
"Jom ikut aku. " bahu Benjamin ditepuk sebelum bingkas berdiri menuju ke sebuah bilik.
Benjamin bingkas laju. Langkah dibuka panjang menyoroti langkah Addy yang sudah setapak dua di hadapannya. Membahang wajahnya kini menahan marah.
Lima minit menyelit di laluan orang ramai, akhirnya mereka tiba di sebuah bilik yang agak tersembunyi. Agak ke hujung sedikit biliknya.
"Kau tengok siapa yang ada dalam bilik tu. " jari ditudingkan ke arah bilik tersebut.
Benjamin berinjak ke hadapan. Addy menepi. Memberi laluan kepada Benjamin untuk melihat kebenaran yang tersembunyi selama ini.
Sekali lagi Benjamin tergamam. Direnung tanpa kelip Aqeela yang asyik bermesra sambil bergelak tawa bersama Daniel di dalam bilik tersebut. Kedudukan Aqeela yang berada di ribaan Daniel menjijikkan pandangan matanya.
Ikutkan hati yang membara akibat ditipu hidup-hidup selama ini, mahu sahaja diterajang dan diludah kedua manusia sial itu. Tapi, bila mengingatkan keadaan dan tempat mereka sekarang, amukannya ditahan kejap.
Sedikit sebanyak dia bersyukur kerana sudah lama hilang rasa kasih dan cinta terhadap Aqeela. Kini, sepenuhnya milik Aulia merangkap adik tirinya. Terasa sedikit berkurangan amarahnya bila seraut wajah lembut itu terlayar di ruang matanya.
"Kau dah nampak kan sekarang? " soal Addy berbisik perlahan di belakangnya. Ditepuk bahu sahabatnya beberapa kali.
Lama diperhatikan kedua manusia bertopengkan syaitan tersebut terutamanya si gadis. Sungguh dia tidak sangka, dalam banyak-banyak lelaki, Aqeela boleh terjebak dengan Daniel. Atau dalam erti kata lain, berjaya masuk dalam perangkap Daniel sekaligus melunaskan dendam lelaki itu.
"Jom blah. Jijik aku tengok manusia hipokrit dua ekor ni. " ajak Benjamin terus melangkah laju menuju kembali ke tempat duduk mereka.
Addy mengeluh kuat. Dikerling sekilas dua ekor manusia jijik seperti yang dikatakan Benjamin yang sedang asyik berasmara itu. Turut dilambung rasa jijik, segera langkah laju Benjamin diekori.
Dihempas kasar punggung ke kerusi. Kedengaran bergeser dengan lantai kelab. Turun naik nafas Benjamin menahan rasa.
Dia masih lagi boleh menerima jika Aqeela curang bersama lelaki lain tapi bila mengetahui bahawa Daniel lelaki tersebut, dia merasakan bahawa Daniel sudah berjaya melepaskan dendamnya yang terbuku di hati.
"Kau okay Ben? " Addy melabuhkan duduknya kembali.
Benjamin yang diulit rasa amarah ditenung lama. Memerah wajah itu kelihatan di matanya.Â
"Kau rasa aku okay ke?" diajukan kembali pertanyaan ke arah Addy.
Addy tersenyum tawar.
"Tak.." balas Addy sepatah.
"Aku rasa mesti Daniel dah happy sebab berjaya balas dendam pada aku." ujar Benjamin tidak bernada.
Addy mengerutkan dahi.
"Kenapa kau cakap macam itu? " soalnya pelik.
Benjamin mengeluh kuat.
"Memang itu keinginan dia selama ni Ad. Kau sendiri pun tahu apa puncanya. Aku rasa benda tu mesti masih terpahat kukuh dalam kepala kau. " Benjamin merenung tajam Addy di depan.
Sekilas, terbayang peristiwa yang menjadi renggangnya hubungan mereka bertiga. Terbayang pula seraut wajah Isabella, gadis yang menjadi permulaan kepada dendam Daniel terhadap Benjamin.
"Kau rasa memang itu ke sebab utama dia? "
Sebuah anggukan diberikan.Dia amat yakin kalau itu tujuan Daniel menjadi lelaki yang dicurangi Aqeela. Akhir kepada kemuncak persahabatan mereka juga, Daniel pernah mengatakan bahawa kalau dia tidak akan membiarkan Benjamin hidup tenang.
"Kalau bukan sebab itu sebab apa lagi? Aku sangat yakin Ad, kalau itu yang menjadi puncanya. Salah aku sebab tak pernah ambil serius kata-kata dia selama ni. Aku ingat ia hanya sekadar amaran. " keluh Benjamin kuat. Pelipisnya dipicit kuat.
"Kalaulah Daniel tahu punca sebenar kematian Isabella, mesti dia menyesal dengan apa yang dia dah buat. Dia terlalu ikutkan perasaan. Taksub dengan cinta dia pada Isabella. Hanya kerana cinta dia memperjudikan persahabatan kita"
Benjamin tersenyum hambar. Jujur, dia rindukan persahabatan akrab antara mereka yang pernah terjalin erat dahulu. Betapa dia merindukan kemesraan antara mereka.
Daniel yang mereka kenali, sangat baik. Seorang yang sangat murah dengan senyuman, sering ada jika mereka dilanda masalah. Di kala susah senang, mereka saling ada antara satu sama lain.
Namun, hanya kerana sedikit salah faham telah meranapkan persahabatan mereka. Mujur sahaja, Addy masih lagi berpihak kepadanya. Jika tidak, terasa pincang hidupnya.
"Tak guna kalau dia tahu, sebab dalam hati dia dah penuh dengan dendam untuk aku. Memang dah tak boleh nak buat apa.." lemah kata-kata tersebut diucapkan.Â
"Salah kau Ben. Salah kau sebab kau berkeras taknak jelaskan perkara sebenar pada dia. Kau biarkan dia larut dengan dendam dia pada kau. Sampai bila? " selar Addy kuat.
"Dah tu kau expect kalau aku bagitahu perkara sebenar pada dia sekarang, keadaan jadi macam dulu balik? Tak mungkin lah! " tukas Benjamin kasar.
"Sekurangnya bila dia tahu kebenaran dia takkan hidup lagi dengan dendam dia pada kau. Mungkin dia akan cuba lupakan dendam dia pada kau. "
"Itu kata kau. Biarlah dia. Suatu hari nanti dia akan tahu juga kebenarannya. Kalau bukan daripada mulut aku, aku harap dia akan tahu daripada mulut orang lain."
Addy menghembus nafas kasar. Penat dengan sikap keras kepala Benjamin. Berbuih sudah mulutnya menasihati Benjamin agar didedahkan sahaja kebenarannya. Namun, Benjamin masih dengan keengganannya.
"Ikut kau lah. Aku dah malas nak kata apa lagi dah. Kalau itu yang kau rasa terbaik, terserah kau. " itu sahaja yang mampu diluahkan saat ini. Belakang badannya dihempas kasar.
Dia sendiri juga sudah buntu untuk menghilangkan dendam Daniel terhadap Benjamin. Doanya, agar kebenaran segera terbukti dan hubungan persahabatan antara mereka pulih seperti sediakala.
"Tapi, aku nak kau hati-hati dengan mereka. Everything can happen,Ben. Mereka ni licik. Seorang berdendam dengan kau dan seorang lagi nak dapatkan kau. Jadi, aku harap kau tak termasuk dalam perangkap mereka nanti." dititipkan pesanan kepada Benjamin.
Orang yang berdendam ini, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dendam yang membalut di hati terlunas dengan jayanya. Walaupun sampai satu tahap terpaksa mengorbankan orang sekeliling atau diri mereka sendiri.
Dan, satu perkara yang harus diingati, target mereka bukan sahaja pada orang yang didendami, tapi boleh melibatkan orang yang terdekat dengan orang tersebut.
"Jangan risau. Aku akan hati-hati. Terima kasih, Ad. Terima kasih kerana jadi sahabat baik aku selama ni.. " ucapan ikhlas diberikan kepada Addy.
Segaris senyuman dilayangkan Addy kepada Benjamin.
"Jaga 'dia' baik-baik, Ben. Walaupun aku tak tahu siapa 'dia' tapi aku harap kau jaga dia baik-baik. Sebab, aku tahu kau perlukan dia, dan dia juga perlukan kau. " sekali lagi diberikan tepukan ke bahu sahabatnya.
Benjamin terdiam. Kelu dengan kata-kata Addy. Kenapa Addy sering sahaja boleh menebak isi hatinya. Sedangkan dia sendiri kadangkala masih lagi ragu-ragu dengan kata hati sendiri.
Perlahan, disambut kata-kata tersirat Addy dengan sebuah anggukan.
"I will! " sahut Benjamin. Seolah berjanji kepada dirinya sendiri.
••••
Aku menuju ke pintu. Memulas tombol pintu bilik yang terkunci kejap dari dalam. Terkuak dari dalam, aku melangkah keluar daripada.
Sesaat, terbias sekujur tubuh milik Benjamin yang santai menghadap ke luar di balkoni biliknya. Pintu yang renggang membolehkan aku untuk melihat dengan jelas tumbuh lampai itu yang asyik sekali menebarkan pandangan ke luar.
Aku tolak lembut pintu yang renggang. Spontan terbuka luas. Tidak terus masuk aku tercegat sahaja di muka pintu. Dari belakang, kulihat sesekali terdengar keluhan kuat keluar dari seulas bibir merah itu.
Kedua tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar short pants miliknya. Seketika, dibawa pula kedua belah tangan naik memeluk badannya yang sasa.
Aku menapak mendekati Benjamin perlahan. Langkah aku hentikan saat sekujur tubuh milikku merapati Benjamin dari belakang. Aku menyapa belakang tubuh Benjamin.
"Abang.. " seruku lembut.
Benjamin berpaling deras. Sebuah senyuman tawar diberikan kepadaku. Aku membalas. Melihat riak bias yang mendung di wajah itu membuatkan aku disapa rasa hairan.
Aku mengambil tempat di sisi Benjamin. Renungan aku liarkan ke seraut wajah tampan itu.
"Abang okay? "
Benjamin mengeluh. Lama ditebarkan pandangannya ke halaman rumah.
Perlahan kepalanya diangguk.
"Lia tahu abang tak okay. "
Benjamin menoleh ke sisi.
"Kenapa you cakap macam tu? "
Aku tersenyum segaris.
"Sebab abang memang tak okay." tukasku. Mengelak dari untuk bercerita dengan panjang lebar.
Dialihkan wajahnya dari tatapanku.
"Sakit kan bila kita dapat tahu sesuatu kebenaran.." ucap Benjamin tetiba. Tidak bernada, tanpa riak. Kaku!
Aku terdiam. Kebenaran?
"Kebenaran? Kebenaran apa? " soalku perlahan.
"I tak sangka selama ni kawan I sendiri yang menjadi dalang Aqeela curang belakang I." ujar Benjamin lemah.
Aku tergamam.
"Aqeela curang dengan kawan I. " tekan Benjamin sekali lagi. "
"Macam mana abang tahu? "
"Addy yang bagitahu. I mean he's my bestfriend. " terang Benjamin.
"Bila abang dapat tahu hal ni? "
Benjamin kembali menoleh aku di sisi.
"Semalam.." sepatah balasannya.
Aku diam. Jadi semalam Benjamin keluar melepak kerana hal tersebut. Oleh sebab itu, aku agak pelik kerana Benjamin sudah lama tidak keluar berhibur malam-malam. Rasanya, kali terakhir adalah ketika aku disimbah air milo panas.
"Abang marah? "
"Siapa sahaja yang tak rasa marah sayang? Kawan you tikam belakang you. Sanggup rampas teman wanita kawan sendiri semata untuk lunaskan dendam dia!" bidas Benjamin emosi.
"Dendam? " soalku kalut. Mata terbuka luas. Dahinya bercantum seribu.
Lambat-lambat Benjamin menganggukkan kepala. Nafas disedut dalam. Biarlah untuk hari ini diceritakan perkara sebenar kepada Aulia. Sekurangnya, hilang beban perasaan yang ditanggung sekian lama.
"Daniel. Dia berdendam dengan I. Fyi, I, Addy dengan Daniel bestfriend since di universiti. Tapi kerana satu perkara, persahabatan kami musnah."
"Kenapa? "
"Laila Isabella. "
"Siapa tu? "
"She's one of our classmates. Daniel menaruh perasaan pada Isabella. "
"Then? Isabella tak balas perasaan Daniel? "
Benjamin anggukkan kepala.
"Isabella fell in love with me. "
Sekali lagi aku tergamam. Cepat dada dipagut rasa cemburu. Namun, cepat aku menepis perasaan tersebut. Bukan masa yang tepat untuk aku cemburu pada saat-saat begini.
"You fell for her too? " teragak-agak aku menyoal. Tangan di ribaan aku ramas kejap.
"Nope. I cuma anggap Isabell sebagai kawan. Tak lebih daripada tu. Sampailah satu masa, kami dapat tahu Isabella meninggal. " perlahan akhir bicara Benjamin.
"Meninggal? Sebab apa? " suaraku naik seoktaf.
"She's sick. Depression. Tapi Daniel tak tahu kalau Isabella meninggal sebab sakit. Apa yang Daniel tahu, Isabella meninggal sebab kecewa abang tolak cinta dia yang lead kepada kematian Isabella. "
"Maksud abang, sebelum belajar Isabella dah sakit? "
Benjamin anggukkan kepala.
"Yes. Mengikut kepada apa yang family dia bagitahu, memang Isabella dah sakit sebelum belajar. Tapi sebab semangat dia kuat, dia dapat atasi penyakit dia dan sambung belajar. Tapi bila dah semester akhir, terlalu banyak tekanan dalam study, sakit dia kembali menyerang then dia meninggal. "
Benjamin meraup perlahan wajahnya.
"Jadi, kematian Isabella bukan sebab kecewa abang tolak cinta dia? " soalku dalam.
"Totally not. Isabell told us, that she cannot carry her study anymore. Dia rasa dia dah give up. Beberapa kali dia collapse masa dalam kelas, jadi memandangkan kami antara pelajar Malaysia yang rapat, maka kami selalu ada dengan Isabella. Sampai lah hari terakhir dia."
"What about Daniel? Abang tak pernah cuba untuk explain perkara sebenar pada dia? " soalku musykil.
Benjamin anggukkan kepala.
"Daniel masih dengan andaian dia bahawa Isabella mati sebab kecewa dengan I. Sedangkan dia tak tahu pun cerita sebenar. Dia juga tak pernah cuba nak ambil tahu. He's keep blaming on me.." keluh Benjamin.
"Banyak kali I minta maaf dengan Isabella sebab tak dapat nak balas cinta dia. Dia menangis. Dia cakap dia tidak kisah sebab perasaan cinta tak boleh dipaksa. Dan dia sangat berterima kasih kepada I sebab banyak tolong dia selama dia belajar dan dah jadi seorang sahabat yang terbaik untuk dia." ucap Benjamin bergetar.
Betapa pilu hati dia saat diberitakan tentang kematian Isabella. Perasan bersalah memalu mengetuk pintu hatinya kerana dia gagal untuk membalas cinta Isabella. Namun, dia hanya manusia biasa. Bukan dia yang memegang rasa cinta itu melainkan yang maha Esa.
"...I juga actually pernah beberapa kali untuk explain perkara sebenar pada dia. Tapi dia sengaja pekakkan telinga. Sengaja taknak terima kebenaran. Akhirnya, I pun dah malas lagi dah nak explain. Biarlah kalau dia masih lagi sengaja butakan mata pekakkan telinga. " ulas Benjamin menjawab pertanyaanku.
Mujur sahaja Addy sentiasa berada di sampingnya saat itu. Merekalah yang bertungkus lumus menguruskan kepulangan jenazah Isabella ke tanah air.
Namun, mereka puas. Kerana untuk kali terakhir masih ada sumbangan dan jasa mereka kepada Isabella merangkap sahabat seperjuangan di universiti.
Permintaan terakhir Isabella untuk berjumpa dengan ahli keluarga dapat ditunaikan. Sungguh, betapa peritnya sebuah perpisahan selama-lamanya itu. Untuk kedua kalinya, dia menghadapi lagi sebuah kehilangan abadi.
"You did well, abang. I'm proud of you. " tuturku perlahan. Mata yang terasa berkaca aku usap perlahan. Wajah Benjamin yang dilanda sedih aku pandang dari tepi.
Benjamin tersenyum. Dipaut rapat bahuku ke tubuhnya. Aku melingkarkan tangan ke tubuhnya.
"I cuma mampu berdoa agar Daniel tahu kebenaran ni suatu hari nanti. "
Aku aminkan dalam hati. Semoga suatu hari nanti, dendam tersebut bakal terhapus di hati seorang lelaki bernama Daniel.
Wajahnya ditundukkan rapat menentang seraut wajahku. Aku mendongak.
"Sakitnya kehilangan buat I tak mampu lagi untuk menghadapinya buat kali ketiga, sayang. " Benjamin berbisik lembut ke wajahku. Matanya dipanah dalam ke dalam mataku.
Aku renung sepasang mata hazel itu. Menyelami isi hati seorang lelaki yang aku cintai walaupun aku sendiri belum pasti apa perasaan sebenar Benjamin terhadapku.
"So please. No matter what, Please stay with me. Tetap percayakan I, even you had thousand reasons to leave" sesaat, dilabuhkan kucupan di dahiku. Lama dibiarkan bibirnya di situ.
Aku pejamkan mata. Rapat! Menghayati sentuhan kasih itu.
"I will.. " balasku lembut.Berbisik rapat ke wajahnya. Mencantumkan dahi kami bersama menjadi satu. Saat itu, Benjamin mengukirkan senyuman manis. Semanis cintaku padanya.
selamat sore. macam biasa drop your komen. thankyou.
Share this novel