Bab 21

Humor Completed 18363

PERTAMA kali Rania menjejakkan kaki ke rumah Muqri.Sebelum ni dia hanya pandang dari luar saja.Rumah batu sederhana besar bercat biru muda dan putih.Halaman rumah yang sangat bersih.Di hiasi dengan pokok bunga kertas yang pelbagai warna.

"Assalamualaikum...jemput masuk Nia."pelawa Muqri sambil memberi laluan kepada Rania untuk masuk terlebih dahulu.

Rania melangkah masuk ke dalam.Dia teruja melihat susuan perabot yang teratur dan kemas.

Dalam hati dia memuji sikap Reen yang rajin.
Jauh sekali dengan sikap Rania sewaktu remaja.
Hal rumahtangga semua arwah mama ataupun Mak Dah yang uruskan.Rania jangan cakaplah memang tak pernah langsung.Tapi bila duduk dengan Mak Dah,banyak yang Rania belajar sebenarnya.

"Nia duduk dulu.Abang letak beg dalam bilik kejap."Muqri terus menghilangkan diri ke dalam bilik paling hadapan.

Rania berjalan di sekitar ruang tamu.Walau perabot tidak banyak tetapi susunannya teratur sekali.Di satu sudut tersusun kitab-kitab dan buku agama di dalam sebuah rak.

"Kalau Nia nak baca, ambil lah."entah bila Muqri muncul di belakangnya.

"Pandai Reen susun atur dalam rumah.Nampak kemas."puji Rania.

Muqri hanya tersenyum kecil.Walau tinggal berdua dengan adik dia,Muqri sangat mementingkan kebersihan.

"Kalau Nia nak masuk rehat dalam bilik,pergilah."kata Muqri.

"Ehh..Nia ok.Dapur dekat mana?"Rania berasa kekok pula bila berdua saja dengan Muqri.Tadi sebelum datang,dia ada juga mengajak Reen tapi Reen menolak alasan nak temankan Mak Dah.

Kalau ada Reen atau Mak Dah tak lah rasa canggung sangat.

"Jom abang tunjuk dapur.Nia lapar ker?"tanya Muqri sambil senyum segaris.

Sejak lafaz nikah termeterai,bibir Muqri tak pernah lekang dengan senyuman.Ni yang buat hati Rania melantun-lantun.Watak Muqri sangat berbeza dengan sebelum ini.Dulu nak cakap pun asyik pandang bawah.Sekarang lain pula,mata asyik melekat pada mata Rania saja.Rania pula yang naik segan.

"Tak lah.Nia nak tolong kemaskan apa yang patut."dalih Rania pada hal dia tak tahu nak berbual apa dengan Muqri.

"Nia,duduk sini.."kata Muqri sambil menarik kerusi di meja makan dapur.

"Nia ingat nak masak untuk malam nanti."kata Rania.

Lincah tangan Muqri mengeluarkan bahan dari peti sejuk.

"Hari ni biar abang masak.Nia kan tetamu.."kata Muqri sambil kenyitkan mata pada Rania.

Rania dah tak keruan.

"Nia tolong potong bawang saja.Yang lain abang buat."katanya lagi.

"Untung Reen ada abang yang baik,pandai masak pula tu."terpacul pujian dari mulut Rania.

"Masa arwah mak dan abah meninggal,abang lah ayah ,abang lah ibu pada Reen.Dia satu-satunya adik yang abang ada.Abang bertanggungjawab besarkan Reen."cerita Muqri.

"Untungnya Reen.."Tanpa sedar Rania terjongket senyuman membayangkan perasaan seorang adik yang dijaga dengan baik oleh seorang abang.Bahagia sekali ada seorang abang kandung macam Muqri.

"Nia lagi untung sebab jadi isteri abang.Insyallah, abang akan bahagiakan Nia selagi nyawa abang masih ada."ucap Muqri sambil memandang ke dalam mata Rania.

Rania jadi tak tentu arah.Bawang di tangan pun dah terlepas ke lantai.Dipungutnya dengan cepat.

"Dulu Nia pun ada adik macam Reen tapi Allah lebih sayangkan dia.Kalaulah Ryan ada tentu dia gembira macam Reen.."Rania sedikit sebak.Tiba-tiba terkenangkan arwah Ryan.

Di usia yang masih muda,Ryan pergi buat selamanya.

Mata dah mula berkaca.Bawang ni pun pedih sangat.Masa ni lah mata nak berair pun.

"Nia...jangan nangis.Abang ada untuk Nia.Anggap saja Reen macam adik Nia juga.Nanti kita pergi ziarah kubur arwah ya."Muqri memujuk Rania.

Masa bila Muqri duduk sebelah pun Rania tak sedar.Sebab Rania dah tenggelam dalam air mata.

Makin banyak pula airmata yang keluar.Rania lap dengan jarinya.Makin pedih.Terus dia mengelupur kepedihan.

" Auchh! pedihnya."sambil mengipas mata dengan tangan.

"Ya Allah!Nia.Meh sini abang tolong.Basuh tangan dulu."Muqri tarik perlahan tangan Nia ke sinki dapur.

Dah basuh mata pun tetapi masih pedih.

"Nia, buka mata biar abang tiup."

Muqri tiup ke dalam mata Rania beberapa kali.Berkedip-kedip mata Rania.Muqri dekatkan lagi wajahnya ke muka Rania dan tiup lagi.Tanpa sedar jarak muka mereka hanya tinggal seinci.

Saat Rania buka luas mata.Mata Muqri dan dia saling bertatapan.Mereka berbalas pandangan.

Tangan Muqri sudah naik memegang kedua belah pipi Rania.Bibir mereka berdua semakin mendekat.Hingga nafas terasa menampar pipi satu sama lain.

"Ri."panggil Rania buatkan Muqri tersedar.

"Astagfirullalazim.."ucapnya perlahan.Muka keduanya sama-sama merah.

Kalut Rania menyambung kerjanya yang terbengkalai.Muqri juga ikut sibukkan diri depan dapur.Masing-masing termalu dengan muka masih merah.

"Sorry Nia,abang tak sengaja.."ucap Muqri perlahan.Dia takut Rania tidak selesa.Sepatutnya dia bagi ruang untuk Rania menyesuaikan diri dengannya.Ini dia pula 'terlajak'.

Dah halalkan.Muqri hanya senyum dalam hati.Nama pun lelaki..Ahakss!

Malam itu,mereka bermalam di rumah Muqri pula.Mak Dah dan Reen sengaja tak nak ikut.Ingat Rania tak tahu pelan dua beranak tu.Sengaja nak bagi dia duduk berduan dengan Muqri.

"Nia dan Ri kan pengantin baru.Biarlah Reen tidur dengan Mak Dah.Nanti kacau daun pula."usik Mak Dah siang tadi.

"Mana ada kacau.Jomlah Mak Dah ikut sama.Nanti Nia sunyi."

"Nak sunyi apanya.Ri kan ada.Alahh,Reen pun tak nak kacau daun.Nia kena biasakan diri dengan Ri."ujar Mak Dah lagi.

"Lagi satu Mak Dah nak pesan.Nia kena panggil Ri 'abang' bukan nama lagi.Barulah nampak mesra."Mak Dah senyum penuh makna.

Rania bukan tak nak panggil abang tapi lidah rasa terkelu tiap kali nak sebut.

"Nia,kalau dah mengantuk pergi masuk tidur."

"Err..malam ni awak tidur dekat mana?"walaupun kedengaran pelik tetapi dia sengaja mahu bertanya juga.

"Kenapa Nia tanya?Nia tak selesa tidur sebilik dengan abang ker?Tak apa abang boleh tidur bilik Reen."

"Ehhh tak-tak.Nia saja tanya."ujarnya gugup.

Bukan dia tak suka sebilik cuma rasa gementar setiap kali ada orang di bantal sebelah.

"Tak apa kalau Nia tak selesa.Abang boleh tidur sini pun.."ujarnya sambil tepuk perlahan kusyen kayu panjang yang dia duduk kini.

Atas meja kecil tersusun buku pelajar yang Muqri tengah semak.

"Bukan macam tu,saya tengok awak sibuk.Awak nak air?"tanya Rania mahu menghilangkan keresahan dalam hati

"Tak apa Nia.Abang dah minum tadi.Nia masuklah dulu.Lepas habis semak ,abang masuk."kata Muqri.

Rania terus masuk ke bilik.Dia tak pasti pukul berapa Muqri ada di sebelah.Bila Rania tersedar,Muqri sudah ada.

Perlahan Rania mengiring tubuh ke arah Muqri.Dia perhatikan seraut wajah Muqri yang sedang tidur.Muka Muqri yang sedang tidur di renung sepuas hati.

Sebenarnya Rania masih malu-malu pada Muqri.Mesti Muqri pun tak sangka macam mana Rania boleh mengambil keputusan mahu bernikah dengannya.

Sebelum ni,Muqri ada melamar tetapi Rania tidak memberi jawapan.Diam-diam Rania buat solat istikarah.Dia yakin dengan pilihan yang ada sekarang.

Lagipun hal Daniel dan Ayu yang sangat merimaskan menjadi penyebab mengapa mereka bersatu.Sekurangnya Ayu tidak akan mengganggu Muqri lagi.Dan Daniel juga tidak akan mendesak Rania.

Rania perhatikan kulit muka Muqri yang bersih walupun ditimbuhi jambang yang nipis.Patutlah Ayu tergilakan Muqri sangat.Aura lelaki Muqri sangat kuat.Dengan senyuman saja sudah buat hati perempuan cair.Sejuk mata memandang bila tengok muka Muqri.Hilang segala masalah diganti dengan perasaan baru yang sedang bergetar hebat.

Rania pegang dadanya.Ya,di situ ada debaran kuat.

Aku dah jatuh cinta dengan dia kah?

Rasa panas saja muka Rania setiap kali nama Muqri di sebut.Dah sah Rania sudah jatuh cinta dengan Muqri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience