Bab 39

Humor Completed 18363

"Kak Nia jangalah pergi..."rayu Reen dengan memeluknya erat dan enggan melepaskan.Tangisan kecil jelas kedengaran.

Ketika itu Muqri tiada di rumah,dia dia tempat kerja.Lagi tiga hari hari pernikahan antara Muqri dan Ayu bakal terjadi.Rania memilih untuk pergi jua.

"Nia tak nak tunggu Ri dulu kah?"tanya Mak Dah sekali lagi.

Rania geleng lemah.Sebolehnya dia tidak mahu Muqri ada di situ.Nanti hatinya bertambah berat untuk pergi.

"Reen janji dengan kak Nia,jangan lupa belajar.SPM dah dekat.Kalau ada rezeki kak Nia akan datang jumpa Reen."pujuk Rania.

Reen masih menangis dalam pelukkan Rania.Sayu hati mahu melepaskan kakak iparnya pergi.

"Nia jaga diri elok-elok.Nanti kami pergi melawat Nia dekat sana.Kalau Nia nak balik sini,Mak Dah akan tunggu."kata Mak Dah yang turut bersedih.

Tak tahu bila Rania akan kembali.

"Reen sayangkan kak Nia.Tak ada siapa boleh gantikan tempat kak Nia."kata Reen tersedu-sedan.

"Reen dengar sini.Kalau Reen rindukan kak Nia,bila pun Reen boleh call.Kak Nia akan sentiasa ada untuk Reen.Walau kak Nia jauh tetapi kak Nia akan selalu ingat pada Reen."

Rania lap airmata di pipi Reen.Bukan Reen saja yang sedih tetapi Mak Dah pun sama.Semua sayang kan Rania.Mereka tahu Rania mahu pergi sebelum hari pernikahan terjadi.Hati dan perasaan Rania yang lebih terluka.Mana mungkin Rania akan tunggu dan lihat sahaja suami tercinta bernikah dengan orang lain.Dia bukannya patung.

"Kak Nia tak nak tunggu abang Ri dulu ker?"tanya Reen pula dengan penuh kesedihan.

Rania bukan saja kakak ipar yang baik malah Reen sangat menyayangi Rania seperti abangnya jua.

Rania menggeleng lemah.

Dia tak sanggup melihat wajah Muqri.Dia akan jadi lemah.

"Tolong jaga abang Ri untuk kak Nia.."pesan Rania pada Reen sebelum masuk ke perut teksi.

Dia kena segera pergi sebelum hatinya berat untuk melangkah pergi.Bukan dia tak kesian pada Reen dan Mak Dah yang sedaya upaya cuba memujuknya.Tetapi dia perlu merawat hati sendiri yang luka parah.

Selamat tinggal cinta hati,ucap Rania sewaktu melintasi di hadapan sekolah Muqri.Sayu menusuk ke hati.

Bagi Nia ruang abang.Nia tidak sekuat wanita solehah.Bohonglah Nia tidak kecewa.Hati Nia hancur berkecai.Sakit sampai ke tulang hitam.Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya apa yang Nia tanggung sekarang.

Tak mungkin Nia sanggup melihat abang bersama orang lain.Nia juga manusia biasa.Punya hati dan perasaan.Punya rasa marah,kecewa,sedih.

Cinta Nia pada abang masih utuh dan Nia belum bersedia untuk melepaskan abang dari hati Nia.Nia tak kuat untuk hadapi semua ini.

Selamat tinggal abang.Nia tak tahu bila Nia akan kembali.Nia harus mengajar diri Nia agar tidak merindui abang.Nia harus belajar menerima hakikat yang amat perit bagi seorang isteri.

Andai abang sendiri yang ingin melepaskan Nia dari hidup abang,Nia akan cuba terima.

Nia sudah belajar erti dalam hidup.Tak selalu pelangi akan mewarnai hidup kita.Ada kala panas terik dan di payungi hujan yang membasahi.

Dari dalam tingkap bas,Rania melihat keluar.Perlahan bas bergerak meninggalkan stesen.Rania pejam kan mata seketika.Di pujuk hati sendiri agar terus bertahan.

Tinggal lah segala memori kebahagiaan yang dikecepai selama ini.Selama hidup bersama dengan Muqri ini kali pertama mereka berpisah.Rania tidak tahu sama ada ini perpisahan sementara atau selamanya.

Tangan di letakkan atas dada.Pedih.

Cinta Muqri adalah segalanya bagi Rania.Dan Rania tak pernah rasa sakit sebegini di dalam percintaan.Malah semasa putus cinta dengan Syafiq dulu pun Rania tidak rasa sesakit begini.

Cinta Muqri adalah cinta sejati.

Di mata Muqri,Rania nampak sinar cinta mereka.
Muqri yang sabar melayan karenah Rania.
Muqri yang bimbing Rania dari tidak mengenal huruf jawi hinggalah Rania sudah pandai membaca sendiri Al-quran.Muqri yang rajin mengusik.
Muqri yang rajin membantunya ketika di dapur.
Muqri yang sentiasa tersenyum.
Muqri yang suka memanjakan dia.
Muqri bukan sahaja suami yang baik malah dia adalah lelaki yang benar-benar buatkan Rania jatuh cinta.

Belum sampai sehari,Rania sudah merindui.
Rindukan pelukan Muqri.
Rindu kasih sayang Muqri.
Rindu belaian manja Muqri.
Rindu bisikan cinta Muqri.

Mula lah airmata bergenang kembali.

Sejenak kutermenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung-burung
Menemani hariku, menemani sepiku
Tersiksa angkara menanggung rindu

Oh angin, kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat kudengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan kuterus berdiri hadapi semua ini

Biarlah kubersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu

Oh angin, kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat kudengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan kuterus berdiri hadapi semua ini

Oh hati, kau sedarilah kenyataan ini
Agar dapat kugagahi dan terus berdiri

Biarlah kubersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu
Menahan rindu....

Siaran radio yang dimainkan dalam bas ini,macam tahu-tahu saja perasaan Rania.Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita begitu tepat menusuk ke hati Rania.

Biarlah dia sendiri menahan rindu pada Muqri.Rindu yang amat dalam.Rindu yang tak boleh di ungkapkan dengan kata-kata.

Kan dah cakap belum apa lagi,Rania sudah mula merindui si suami.

Kadang kebahagiaan bukan harus dimiliki tetapi harus melepaskan ia pergi.

Rania pasrah tanpa rela.

***************

"Padan muka kau!cari pasal sangat kan dengan aku!ni Ayu lah.Tak apa Rania lepas ni aku biar aku saja yang bahagiakan Muqri.Bagus juga kau bagi peluang pada aku."Ayu tersenyum lebar.

Niat di hati mahu mengganggu Rania lagi tetapi tak sangka rupanya Rania sudah pergi.Dia berasa puas hati melihat Rania membawa beg besar dan masuk ke dalam teksi.Ini lah saat yang paling di tunggu nya.

Bertambah mekar senyumannya.Rania sudah mengalah.Muqri sekarang akan menjadi miliknya seorang.

"Berlagak sangat kan!berambus kau dari sini!Aku tak sabar nak hidup berdua dengan Muqri.Aku akan buat Muqri cintakan aku sorang saja.Dan kau,aku akan buang terus dari hati Muqri!Lepas ni aku akan pastikan Muqri ceraikan kau!" katanya dengan penuh keyakinan.

Ayu tidak menhiraukan apa yang orang lain cakap pasal dia.Yang pasti Muqri akan menikahi dia.Bagus sangat bila ayah masuk campur.Lagi cepat dia bernikah dengan Muqri lagi bagus.Baju nikah pun dia sudah beli sendiri.Muqri langsung tidak ambil peduli.Tetapi Ayu tidak peduli akan semua itu.Yang penting pengantin lelaki itu adalah Muqri!

Dia sudah mula memasang angan-angan.Siap berangan mahu pergi berbulan madu bersama Muqri.Berkejaran di pantai dengan matahari terbenam.Oh.. romantiknya!Dia akan melayan Muqri lebih dari Rania.Dia akan buat Muqri jatuh cinta pada dia!

Ayu tersenyum sendiri.Tidak sabar betul mahu tunggu hari lusa.Rasa nak saja dia ajak Muqri bernikah malam ni juga.Dia memang tak tahan sangat dah untuk memiliki Muqri.

Dia tak peduli orang nak gelar gelojoh atau apa saja.Yang dia mahu hanya Muqri!

"Oh..Muqri sayang ku.."bisiknya perlahan sambil menggigit bibir sendiri sambil membayangkan tubuh Muqri yang tidak berbaju.

Begitu menggetarkan jiwa wanitanya semasa dia membuka baju lelaki itu.

"Sabar Ayu..sabar..tak lama lagi dah.."Ayu senyum lagi.

**************

"Nia..kenapa tinggalkan abang.."Muqri tersandar lemah.

Rania sudah pergi meninggalkannya.Dia takut akan kehilangan Rania buat selamanya.

"Ri..biar Nia tenangkan diri dulu.Dia pun terseksa macam Ri juga.Tapi Mak Dah tahu,Rania sayangkan Ri.Dia pergi kerana dia tak sanggup nak tengok Ri dengan orang lain."Mak Dah cuba memujuk Muqri.

Pulang saja dari sekolah terus Muqri ke rumah Mak Dah untuk berjumpa dengan Rania.Tak sangka Rania pergi sebelum sempat mereka bertemu.

Dia tahu isterinya terluka dan terseksa.Dia juga begitu.

Telefon bimbit Rania juga tidak berjawab.Makin membimbangkan hati Muqri.

"Reen baru cakap dengan kak Nia.Dia dalam bas.Kak Nia cakap abang jangan bimbang pasal dia.Cuma buat masa sekarang..kak Nia tak nak bercakap dengan abang."beritahu Reen dengan berat.

Rania enggan menjawab panggilannya.Dia mahu dengar suara Rania.Dia rindu akan Rania.

Allahuakhbar!ujian apa yang sedang aku jalani sekarang!Tolong kuatkan aku ya Allah...Bantu aku untuk cari jalan keluar..

Muqri masih berdoa dan mengharap semuanya akan cepat berakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience