"KAU ni memang memalukan aku tau!Tak cukup dengan itu kau conteng arang lagi ke muka aku!"marah Pak Harun bersungguh-sungguh.
"Mak..ampunkan Ayu.Ayu salah.Ayu buat semua ini sebab nak bersama dengan Muqri."jawab Ayu bersama tangisan.
"Aku malu kau tau tak!Kau sengaja perangkap Muqri.Rumah tangga dia hampir musnah disebabkan kau!"Pak Harun mengeluh kasar.Kesal dengan sikap anak sendiri.
"Mak tak sangka sungguh perangai kau seteruk itu Ayu."kata Mak Ros dengan kecewa.
"Ayu buat semua ni sebab Ayu cintakan Muqri."tangisnya.
Tidak dihiraukan Farid yang berada di situ.
"Itu saja yang kau tahu,Ayu.Cinta konon.Cinta syok sendiri."tempelak Pak Harun dengan geram.
"Sekarang kau dah nikah dengan Farid.Elok kau ikut saja suami kau."kata Mak Ros.Dia turut kecewa dengan Ayu.
"Kenapa semua orang tak faham apa yang Ayu nak!?"jeritnya tiba-tiba.
Farid juga turut terkejut.
"Ayu nak Muqri jugak!"jeritnya lagi.
"Kau dah gila ker Ayu!sengaja nak naik kan darah aku!Aku sah cukup malu pada tok imam dan yang lain!"marah Pak Harun.
"Ayu nak cerai dengan Farid.Ayu nak Muqri!"jeritnya dengan kuat.
Pang!Ayu terdorong ke belakang.Sangat kuat tamparan di pipi kanan nya.
Turun naik dada Pak Harun menahan amarah yang membuak.Ada anak seorang pun tak boleh harap.Malah menyakitkan hati dan memalukan.
"Lagi sekali kau sebut nama Muqri,aku tampar mulut kau pula biar senget!"marah Pak Harun.Ringan saja tangannya mahu melayang lagi ke muka Ayu.
Farid sudah kecut melihat Pak Harun mengamuk pada Ayu.Semasa di masjid dia sudah kena ceramah dengan Pak Harun.Tak cukup dengan itu tok imam turut bagi ceramah percuma.Terkulat malu di di situ.Terpaksa menahan juga kerana sememangnya dia dan Ayu yang bersalah.
Dia memang sudah lama suka kan Ayu tetapi Ayu buat tak layan.Sejak Muqri berkahwin,baru Ayu mula rapat dengannya.Ayu sedih kerana cintanya ditolak Muqri.Jadi Farid mengambil kesempatan untuk mendapatkan Ayu.Malah Ayu juga seperti merelakan.Sudah banyak kali mereka terlanjur.Farid tahu anak yang dikandung Ayu adalah anak dia.
"Ayu,sudah lah...Jom kita balik."kata Farid.Dia takut melihat wajah bengis Pak Harun yang sudah tidak dapat menahan marah.
Turun naik dada orang tua itu.
"Aku tak suka kau!Aku hanya guna kan kau.Kau tu yang bodoh.Ingat aku suka kan kau!"hambur Ayu pada Farid pula.
"Apa ni Ayu.Kita kan dah janji akan hidup sama-sama.Aku sayang kan kau Ayu.."kata Farid.
"Aku benci tengok muka kau!Aku nak kau ceraikan aku sekarang!"jerit Ayu pada Farid.
"Ayu!"jerkah Mak Ros.Baru saja bernikah sudah mahu bercerai-berai.
"Kau ingat cerai ni perkara yang senang.Kau tak fikir dosa yang kau dah buat.Dalam perut kau tu dah ada nyawa.Dah elok Farid nikah dengan kau,kau nak suruh cerai pula.Bertuah punya anak!"marah Mak Ros.
"Saya sayangkan Ayu.Saya nak tebus dosa yang telah kami buat.Saya akan jaga Ayu.Maafkan kami,ayah mak.."kata Farid pada Pak Harun dan Mak Ros.
Rasa sejuk sikit hati keduanya.Tapi Ayu pula yang berdegil.
"Elok kau bawa Ayu balik ke rumah kau,Farid.Mak tak tahu apa nak jadi dengan Ayu ni.Dah gila bayang agaknya.Cukup-cukup lah dia malukan kami."kata Mak Ros dengan kesal.
"Kau masuk kemas kain baju kau sekarang dan ikut suami kau!Aku dah tak nak ambil tahu pasal kau lagi!"kata Pak Harun masih dalam nada marah.
Berdetap-detup gigi Ayu berlaga.Dia jadi geram.Kalau semua ni tak terbongkar tentu dia sudah bergelar isteri pada Muqri.
Ayu berlari masuk ke dalam dapur rumahnya.Terus dicapai pisau pemotong sayur.Dia kembali ke ruang tamu.Terperanjat semua yang ada di situ melihat pisau ditangan Ayu.
"Ayu,kau nak buat apa dengan pisau tu!?kau dah gila ker!?"jerkah Pak Harun.Mak Ros yang ketakutan lari menyorok di belakang suaminya.
Ayu ketawa sinis sambil menghunus pisau ke hadapan.
"Memang aku dah gila!Aku gila kan Muqri!Sanggup korang pisahkan aku dengan dia!Aku nak jadi isteri dia!"kata Ayu sambil menangis kemudian ketawa panjang.
Mereka bertiga memandang kelakuan Ayu dengan pelik.Sekejap Ayu menangis sekejap dia ketawa.
"Ayu..Ayu..bawa mengucap.Kita bincang elok-elok..."pujuk Farid dengan berdebar.Dia pun takut tengok melihat keadaan Ayu seperti orang kurang siuman.
Risau ada yang tercedera nanti.
"Semua ni Sofia punya pasal kan!Kalau dia tak bocorkan rahsia,semua ini tak kan terjadi!"jerit Ayu dan terus berlari keluar rumah dengan pisau masih ditangan.
"Farid,cepat kejar dia!"kata Pak Harun.Mak Ros sudah teresak melihat keadaan anaknya.
Farid terus berlari mengejar Ayu.Risau Ayu akan bertindak mencederakan sesiapa saja.
"Abang apa kita nak buat ni."kata Mak Ros dengan cemas.
"Ikut aku.Kita pergi cari dia.Aku rasa dia pergi cari Sofia."sebab tadi mereka terdengar Ayu menyebut nama Sofia.
Ayu berlari dengan memakai pakaian nikah semalam.Dia tidak mahu menukar pakaian lain.Tidak dihiraukan sesiapa yang menegur atau yang melihatnya berlari.Dalam fikirannya hanya satu.
Sofia!
Dia jadi marah pada Sofia.Sepatutnya Sofia tidak masuk campur dalam hal ini.
"Sofia!Sofia!keluar kau!"jeritnya dihadapan rumah Sofia.
Dia makin gelisah.Tidak dipedulikan rambut yang mengerbang.Kusut masai.
Mundar-mandir dia hadapan rumah Sofia.
"Sofia!Aku tahu kau kat dalam.Keluar cepat!"laungnya dengan kuat.
Sofia yang berada di dalam rumah ingin keluar tetapi di halang oleh emaknya.
"Pia,jangan keluar.Bahaya.Ayu pegang pisau tu."kata emak Sofia cemas.
Sofia melihat dari tingkap rumah.Terkejut dia melihat keadaan Ayu yang kusit-masai sambil memegang erat sebilah pisau.
"Ya Allah!Ayu nak buat apa ni?"Sofia turut cemas.Tambahan Ayu memegang sebilah pisau.
"Jangan keluar Pia.Mak takut dia apa-apa kan Pia."kata emaknya lagi.Makin gelisah dan cemas.
"Mak,Pia kena keluar juga.Ayu mesti marahkan Pia sebba bocorkan rahsia dia."kata Sofia.
Sofia membuka juga pintu walau ditegah oleh emaknya.Dia harus menenangkan Ayu yang nampak makin tidak stabil emosi.
"Ayu,kenapa dengan kau ni?"tanya Sofia.Dia pun takut sebenarnya.Tetapi melihat Farid baru sampai dalam keadaan termengah dia menjadi sedikit berani.
"Kenapa kau tanya!?Sebabkan mulut kau tu lah,Muqri tak jadi nikah dengan aku!Kau sengaja cari pasal kan!"jeritnya dengan kuat.
"Ayu,kau sakit Ayu.Aku sayangkan kau.Aku tak nak kau terus hanyut dalam dunia kau.Aku nak kau sedar,Muqri bukan milik kau.Dia dah kahwin dengan Rania.Kau yang tak boleh terima hakikat."kata Sofia.
"Arghhh!"degus Ayu dengan geram sambil menggaru kuat rambutnya hingga bertambah kusut.
"Kau jangan cakap sayangkan aku!Kau kawan yang tak boleh diharap!Kau sepatutnya mati!"kata Ayu kuat sambil ketawa panjang.
Sofia sedikit ketakutan melihat keadaan Ayu.
"Ayu.."panggil Farid dengan lembut.Konon mahu memujuk Ayu.
"Kau pun sama kan!Kau paksa aku nikah dengan kau!Kau tahu kan aku cintakan Muqri.Kau sengaja nak pisahkan aku dengan dia!"kata Ayu kepada Farid.
Farid pun takut melihat Ayu yang asyik menghunus mata pisau ke arahnya dan Sofia.Ayu makin tak keruan san tidak tentu arah.
"Ayu,aku kawan kau.Aku sayang kau.Farid pun sayang kan kau."pujuk Sofia.
Emak Sofia dibelakang pintu sudah menggigil ketakutan.Pisau di tangan Ayu boleh tahan tajam juga.
"Aku benci kau,Sofia!"katanya dengan kuat sambil berlari menuju ke arah Sofia.Dia mahu menikam Sofia.
Sofia panik.Baru dia mahu membuka langkah untuk lari,Ayu sudah tersadung dan terjatuh ke atas tanah.Sofia sudah terketar takut.
Melihat Ayu yang tidak bergerak.Farid pula bergegas mendapatkan Ayu yang sudah jatuh tertiarap di tanah.
"Ayu."panggil Farid.Namun tiada balasan.Yang keluar hanya erangan kecil dari mulut Ayu.
Farid beranikan diri mengalihkan tubuh Ayu.Pak Harun dan Mak Ros juga tergamam melihat tubuh Ayu yang dibasahi darah.
Ayu tersadung pada batu di atas tanah.Pisau ditangan tertikam perutnya sendiri.Darah keluar membuak-buak.
"Ayu!"jerit Sofia dan Mak Ros serentak.Keduanya segera mendapatkan Ayu yang sedang mengerang kesakitan.
"Ayu apa yang kau dah buat ni nak..."tangis Mak Ros.
"Maaf..kan..Ayu..mak...ayah...Pia.."katanya tersekat-sekat dengan suara yang semakin lemah.
Ayu seperti mahu berkata sesuatu tetapi tidak kesampaian.Dia terus terkulai layu di atas riba Farid.
Pak Harun hanya mampu terduduk di tanah.Ayu telah pergi menemui pencipta.Bukan salah sesiapun.Ayu sebenarnya mengalami kemurungan perasaan kerana cintanya tidak berbalas.Penyakitnya semakin teruk sejak Muqri berkahwin dengan Rania.
Pak Harun dan Mak Ros tidak menyalahkan Muqri atau sesiapa pun.Malah mereka sendiri tidak menyedari akan penyakit yang Ayu alami selama ini.
Mereka berdua redha atas pemergian Ayu.Ayu pergi bersama cintanya yang tidak kesampaian.
Share this novel