Bab 2

Humor Completed 18363

"NIA,kau tengok Shila tu.Biru mata aku tengok dia asyik teraba-raba sepupu kau.Kau tak geram ker tengok?"Tina menunjuk ke satu sudut agak tersorok.

Rania ikut pandang.Sekejap saja tak lama mana pun.Malas dia nak ambil tahu.Yang penting Daniel selalu belanja dia.Nak minta dari papa jagan harap boleh dapat.

"Biarlah dia orang nak buat apa pun."omel Rania.Tak mahu dia ambil kisah.

"Eeii..berbulu bijik mata aku.Shila ni semua dia nak try."kata Hani pula sambil mencebik.

"Kau orang tengok tu.Dia siap duduk atas Daniel.Yang Daniel pun suka sangat."gerutu Mira pula geram.

Dia sudah lama menaruh hati pada Daniel.Dia rapat dengan Rania pun sebab nak dekat dengan Daniel.Tapi haram si Daniel tak pandang dia pun.
Tak cukup lawa lagi ker dia.Malam ni sengaja Mira memakai baju yang agak seksi hingga menampakkan lurah dendamnya.Namun hampa,sikit pun Daniel tak pandang.

"Lantak lah dia tu.Jom kita menari."Rania tarik tangan Tina dan Hani ke tengah lantai tarian.

Mereka berempat menari mengikut rentak yang dimainkan.Macam-macam gaya mereka menari.Tanpa segan silu bergoyang sakan sambil ketawa gembira.Bagi mereka ini baru syurga dunia.Bebas buat apa saja.Minuman tak halal semua mereka tunggang.Cuma Rania saja sudah tidak berani kerana dia akan muntah teruk sampai ke pagi.Mabuk dia tak boleh bawa bincang.Sejak tu dia tak sentuh lagi air haram itu.

Bagi mereka yang lain ini satu keseronokan bila berkhayal.Menari sambil menggoyangkan kepala dan tubuh hingga berasa puas.Bukan tak ada jejaka yag mendekati Rania dalam kelab.Ramai...Tapi semuanya tidak berani dekat sebab Daniel selalu akan 'cantas'.

Betul cakap Ryan,Daniel menjaga Rania dengan baik sekali.

Kadang sampai ke Subuh baru kesemua mereka pulang ke rumah.Rania akan masuk dengan menyelinap ikut pintu dapur.Siapa lagi yang jadi mangsa tolong bukak kan pintu kalau bukan Mak Dah.Sebab itu Rania selalu berbaik denga Mak Dah.

Senang dia nak 'gunakan' Mak Dah.

"Nia mabuk ker?"tanya Mak Dah sambil pekup hidung dan mulut.Bau sangat meloyakan.Mak Dah rasa loya dengan bauan yang kurang menyenangkan.

"Bukan lah Mak Dah..Hani tadi termuntah atas baju Nia.Nia mana ada minum.Cuba Mak Dah hidu bau mulut Nia."kata Nia sambil menghembus nafas dari mulut.

Mak Dah tercunggap-cunggap.Memang mulut Ni tidak berbau 'busuk'.Tapi bau yang melekat di baju Rania teramat busuk sekali.Dah macam jatuh dalam tong sampah baunya.

Mak Dah tunjuk isyarat ke arah baju Nia sambil menutup hidung.Tekaknya ikut loya.

Nia nak bercakap pun kena separuh berbisik.Takut mama dan papa bangun nanti lagi susah.

"Nia mandi dulu."terus Rania mencapai baju di tangan Mak Dah.

Dia pun sudah tidak tahan dengan bau busuk itu.Hani lah ni.Dah tahu selalu mabuk teruk,pergi minum banyak juga.Tak pasal dia yang jadi mangsa dalam kereta tadi.Nasib Tina juga sebab kereta dia berbau busuk.Mahu seharian Tina hantar cuci.

Rania segera mandi di bilik air dekart dapur.Selalu macam tu lah.Dia akan bawa turun baju sepsiap dan letak dalam bilik Mak Dah terlebih dahulu sppbpplum keluar.Tanpa rasa bersalah dia mengajak Mak Dah bersubahat sama.Nasib Mak Dah pandai menyimpan rahsia.Tidak mahu papa kejar dia satu rumah.

**********************

"Kak Nia,semalam balik lambat lagi ya?"soal Ryan yang sedang makan tengahari.

Rania angguk sambil menguap kecil.Mata masih kuyu mengantuk.Tadi sebelum turun dia intai dulu mencari kelibat papa dan mama.Nasib mereka sudah keluar.Kalau tak pasti bernanah lagi telinga dia.

"Papa dengan mama pergi mana?"tanya Rania pada adiknya.

"Ada jemputan kenduri kawan papa."

"Ryan tak pergi mana-mana ker cuti ni.Tak bosan ker asyik menghadap buku saja."kadang Raia pelik dengan adik bongsunya yang kurang bersosial macam dia.

"Buang masa saja keluar.Baik duduk rumah.SPM pun dah nak dekat ni."jawab Ryan.

"La ya ker.Patut la jadi ulat buku memanjang.Kak Nia yakin Ryan akan dapat straight A semua."kata Rania penuh bersemangat.Ryan hanya tersenyum kecil.

"Insyallah kak Nia.Ryan harap dapat berjaya macam kak Nia.Lepas ni nak sambung belajar.Boleh bawa balik segulung ijazah."kata Ryan dengan penuh yakin dan beremangat.

"Kalau bab tu tak apa ikut kak Nia.Tapi bab lain jangan ikut.Kak Nia tak suka Ryan jadi macam kak Nia."suaranya sedikit mengendur.Ada sesuatu yang nembuatkan Rania jadi begini.

"Kenapa pula?kak Nia pun berjaya juga buat papa mama bangga.Ryan nak jadi macam kak Nia."bersungguh Ryan berkata.

"Kak Nia lain.Ryan lelaki.Ryan ada tanggungjawab yang lebih besar lepas ni.Jadi Ryan kena buat papa dan mama lebih bangga."

"Kak Nia pun boleh.Kenapa kak Nia tak nak kerja dengan papa.Kan senang."

Rania terdiam seketika.Dia ada sebab kenapa tak nak masuk campur dalam urusan syarikat milik keluarga arwah datuknya.

"Kak Nia..tengok tu orang cakap boleh pula dia berangan."gerutu Ryan geram sambil menampar perlahan lengan Rania.

"Mana ada berangan.Terleka sekejap.Kat mana tadi.Oh kerja kan.Nanti kak Nia kerja lah.Tapi bukan dengan papa.Atas usaha kak Nia sendiri."jawab Rania.Walaupun dia sendiri tak tahu bila dia harus mula kan.

Ya lah tu Rania ni.Semangat tak bertempat.Pada hal tak mahu bekerja lagi.Habiskan duit adalah.Duit si Daniel.Kan Daniel kerja dengan Pak Long Musa jadi dia paw Daniel saja lah.

"Kak Nia ni ada saja.Rupa bukan tak ada.Cerdik pula tu.Tapi pemalas."ujar Ryan.

Rania jegilkan mata.

"Rupa ada?makna nya kak Nia ni cantik lah kan.."Rania jongket kedua kening sambil ketawa.

"Perasan betul kak Nia ni.Dah la malas layan.."Ryan sudah berjalan ke ruang tamu.

Rania memeluk bahu adiknya.

"Kak Ni cantik kan..kan.."usiknya lagi.

"Eeii kak Nia ni bangun tak gosok gigi.Dah tu tak mandi peluk orang pula.Busuk tau."Ryan mula berlari anak menjauhi Rania.

"Hei! kak Nia mandi dah la.Dah godok gigi pun.Cuba bau.."usik Rania sambil berlari mengejar Ryan keliling ruang tamu.

Mula la aksi kejar mengejar sampai penat baru mereka berdua berhenti.Keakraban mereka dua beradik tidak dinafikan lagi.Usik mengusik menjadi penyeri dalam rumah dua tingkat Encik Razak dan Puan Syaza.

Encik Razak dan Pak Long Musa adalah dua adik beradik tiri.Bezanya cuma berlainan emak tapi baoa yang sama.Mereka sama-sama membangunkan syarikat keluarga selepas kematian datuk Rania.Kini Daniel pun bekerja di sana.Cuma Rania saja yang masih degil tidak mahu bekerja dalam syarikat milik datuknya.

Degil Rania di tahap tak boleh di tegur.Cuma dia masih menghormati papa dan mama.Encik Razak sudah lali dengan sikap Rania mengalahkan lelaki.Keras kepala!

Yang boleh tahan dengan Rania adalah Daniel.Dia dari sekolah sentiasa ada bersama Rania.Ke mana saja Rania pergi dia akan ikut.Daniel selalu ada berdekatan Rania.Sampaikan ada yang menganggap Daniel kekasih dia.Rania hanya akan tersenyum dan jawab 'itu sepupu saya'.Tak nak lah Rania,sepupu bertukar menjadi kekasih.Ingat dia dah kemaruk nak kam teman lelaki sangat.Sampai sepupu sendiri pun dia nak.Mahu Pak Long Musa ketuk kepala Iris nanti.

Pak Long Musa memang tidak suka akan perangai Rania.Asyik terdedah merata.Buat malu keturunan.Sudah la syarikat keluarga mereka merupakan pengeluar kain yang terbanyak.Boleh pula Rania pakai baju sepert tidak cukup kain.

Tetapi Rania tetap pekakkan telinga.Dia tahu Pak Long Musa tidak suka akannya.Cuma dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.Dia tidak mahu hubungan kekeluargaan mereka retak disebabkan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience