Bab 30

Humor Completed 18363

SETIAP hari Mira akan berendam airmata.Sudah macam-macam cara dia cuba lakukan untuk menambat hati Daniel.Tetapi lelaki ini seperti tiada perasaan kasih langsung kepadanya.Apa ntah lagi pada anak yang dikandungnya kini.

Selesai akad nikah,Daniel membawanya tinggal di kondo milik lelaki itu.Daniel tidak mahu mereka terus tinggal bersama keluarganya.

Perut yang sudah jelas membukit di usap lembut.Kasihan bayi di dalam perut tidak pernah mendapat sentuhan kasih dari seorang bapa.

Sejak mereka bernikah,Daniel langsung tidak mengendahkannya lagi.Mereka hanya tinggal serumah tetapi tidak sebilik.Bagai orang asing saja lagaknya.Pada hal sebelum ini mereka berkongsi katil dan bantal yang sama sehingga membuahkan hasil.

Daniel juga tidak membenarkan Mira bekerja di syarikatnya lagi.Dia malu mahu memperkenalkan Mira sebagai isterinya.

Mira tahu dalam hati Daniel masih ada Rania.Daniel masih tidak boleh menerima kenyataan yang Rania tidak ada perasaan langsung kepadanya.

Beberapa minggu lepas,Daniel balik dalam keadaan marah.Tidak berani Mira untuk menegur.Takut dia pula yang dipersalahkan.Bukan Mira tidak pernah di marahi Daniel malah lelaki itu selalu menghinanya dan menyakiti hati dia.

Mira masih ingat Daniel memarahinya tempoh hari.

"Kenapa ni Daniel?"Mira memberanikan diri untuk bertanya.

Melihat keadaan Daniel yang seperti tidak tentu arah.Kusut semacam.

"Semua ini kau punya pasal lah!Kalau kau tak menggatal,Nia dah tentu boleh terima aku!"kata Daniel dengan marah.

"Kenapa baru sekarang awak nak salahkan saya.Masa Nia tak ada,awak cakap kesepian.Awak sedih dia tinggalkan awak.Awak lupa ker dekat siapa awak datang untuk melepaskan rindu."jawab Mira dengan berani.

"Arrgghhhh!Kau boleh diam tak!?Perempuan tak tahu malu!"katanya kasar sambil meraup rambut yang kusut masai.

"Oh!sekarang awak nak marahkan saya sebab Rania tolak cinta awak.Awak lupa ker saya mengandungkan anak awak."kata Mira.

"Aku tak nak dengar semua tu!Bersyukur la sikit aku dah menikah dengan kau!Jangan sampai aku campak kau tepi jalan!Biar merempat!"marah Daniel.Sakit hati dia bila Mira asyik ungkit benda yang sama.

Dijeling kasar ke arah perut Mira yang kian membesar.

Mira tidak berani menjawab lagi takut Daniel akan bertindak diluar jangkaan.Takut Mira tengok Daniel yang asyik menjeling tajam ke arah perutnya.Terus di angkat kaki masuk ke bilik.

Nasib Mira agak baik kerana ibu mertuanya sangat baik terhadapnya.Bapa mertuanya masih biasa-biasa saja.Mungkin masih malu dengan perbuataan mereka berdua.

"Mira,kalau rasa sunyi datang lah sini temankan mama."ujar ibu mertuanya.

Walaupun pada mulanya,ibu mertuanya agak terkilan dan kecewa kerana mendapat tahu tentang kehamilan luar nikah Mira.Tetapi dia masih menerima Mira dalam keluarga mereka.Baginya bayi dalam kandungan tidak bersalah.Yang bersalah adalah Daniel dan Mira.

Bila dia dapat tahu keadaan Mira segera dia bertindak menikahkan mereka berdua.Dia tahu perangai Daniel memang agak liar dan suka berpeleseran.Sebab tu dia mahu ajar Daniel agar bertanggungjawab dan tidak lepas tangan begitu saja.Lagi pun dia yakin bayi dalam perut Mira adalah anak Daniel dan bakal cucu mereka.

"Terima kasih mama sebab terima Mira.."kata Mira terharu dengan penerimaan ibu mertuanya setelah apa yang berlaku.

Sekurangnya dia masih ada tempat untuk menumpang kasih setelah keluarga sendiri tidak mempedulikannya lagi.

"Kau jangan ingat kau baik dengan mama aku,aku akan terima kau!Kau silap!Dalam hati aku tetap ada Rania!""pedas dan pedih sekali ayat Daniel menikam jiwa.

Tak habis-habis Daniel mahu kan Rania walaupun sudah tahu Rania telah berkahwin.Bukan Mira tidak tahu Rania sendiri tidak pernah menaruh sebarang perasaan pada abang sepupunya itu.Daniel saja yang 'syok sendiri'.

Duummm!

Bunyi pintu yang ditutup dengan kuat mengejutkan Mira yang berada di dapur.Terangkat sedikit bahunya dek terkejut.

Daniel ni bukan reti nak tutup pintu dengan perlahan.Selalu macam tu.Macam nak tercabut saja pintu.Nasib la pintu diperbuat dari kayu jati.Keras.Lambat agaknya nak rosak.Apa lah nasib pintu tu asyik kena hempas saja.Kalau bukan pintu rumah,pintu bilik jadi sasaran Daniel.

Nasib badan lah Mira dapat suami angin tak menentu.Digosok perlahan perutnya.Mesti anak dalam perut pun ikut terkejut.

Mira segera berjalan masuk ke dalam bilik.Dia malas mahu bertentangan mata dengan Daniel.Sungguh bisa sekali mulut Daniel bila berkata-kata.Lebih baik dia jauhkan diri dari mendengar bebelan Daniel.Ada saja yang tak kena di mata lelaki itu.

Daniel meleraikan ikatan tali leher sambil membuka peti sejuk.Dia mengambil segelas air dan meminum bagi menghilangkan rasa dahaga.

Ingatannya jatuh pada Rania.

Kenapa susah sangat Rania nak faham isi hati dia.Sedangkan sudah lama dia menyintai dan menyayangi Rania.

Sampai hati Rania menolak cinta dia sedangkan sudah lama nama Rania menapak di hati.Dia yang 'menjaga' Rania selama ini.Dia tidak mahu Rania jatuh pada tangan sesiapa pun.Termasuklah kekasih Rania yang dahulu,Syafiq.Rania langsung tidak mahu memberi Daniel peluang untuk meluahkan segala isi hati yang terpendam selama ini.

Daniel mengeluh panjang.

Memang sukar untuk dia mendapatkan Rania kembali.Rania sudah menjadi milik orang.Harapannya makin tipis.

Daniel menjeling kasar saat melalui depan pintu bilik Mira.

Ini lagi satu masalah besar.

Sepatutnya dia tidak melayan Mira dan benda ini tidak akan terjadi.Sekarang dia kena bertanggungjawab pada Mira pula.

Bala!bala!

Tu la kau tak ada masalah kau cari penyakit.Kan dah kena tanggung.

Pada mula nya dia hanya suka-suka sahaja melayan Mira.Tetapi tidak sangka sampai Mira mengandung.Memang kes naya bila papa dapat tahu.Mira ni pun satu bukan nak reti tutup mulut.Sengaja nak bagi aku kena.

Hendak salah kan Mira seorang saja memang tak patut kerana dia juga ikut melayan nafsu durjana.Akibatnya kena tanggunglah.

"I rindu kan Nia.."luahnya pada Mira setiap kali mereka bertemu.

"Biar lah Nia pergi mencari ketenangan,I tahu dia pasti balik nanti."pujuk Mira.

"Tapi I rindu kan Nia.Rindu sangat.."luahnya lagi dan mendapat simpati dari Mira.

"Daniel,I kan ada.I akan sentiasa ada untuk you.I tak akan tinggalkan you.."kata Mira sambil tersenyum manis pada Daniel.

Daniel tidak menolak saat tangan Mira melekat atas kekura tanggannya.Malah dia turut membalas dengan mengusap lembut tangan Mira.

Sejak dari itu mereka semakin rapat dan mesra hingga terbawa ke atas 'katil'.Bukan sekali dua malah berkali-kali.

Daniel meraup rambutnya.Memang salah dia.

Patutnya dari awal dia menolak Mira datang dalam hidup dia.Dan mungkin sekarang dia masih ada peluang mendapatkan Rania.

Silap besar dia bila Rania juga dapat tahu akan hal dia dan Mira.Dia kenal Rania macam mana.Kalau Rania dah benci memang susah untuk dia mendekati Rania kembali.Rania nampak saja luaran macam tu tapi dalam hati keras sekali.

Dia betul-betul menyesal akan semua yang dia lakukan tapi apa kan daya nasi sudah menjadi bubur.

Terkejut Mira saat membuka pintu bilik,Daniel sedang merenung ke pintu biliknya.Dia tidak tahu mahu menegur atau tidak.Lantas dia mengambil keputusan untuk tidak mahu menegur bimbang dia akan dimarahi Daniel.

Menonong saja dia menuju ke dapur.Buat tak nampak Daniel yang masih tegak berdiri di situ

Kerana tekak kering yang buatkan dia keluar dari bilik kalau tak dia lebih rela berkurung di dalam sehingga Daniel keluar ke mana-mana.

Makanan pun dia akan masak ala kadar sahaja.Cukup untuk dia dan bayi dalam perut.Mahu masak lebih pun bukan Daniel akan makan.Tak pernah Mira nampak Daniel makan di rumah.Rumah ni pun dia buat macam hotel.Hanya tempat untuk dia balik tidur dan merehatkan badan.Selebihnya Mira tidak tahu dia ke mana.

Mira sangat berterima kasih pada ibu mertuanya yang sangat perihatin.Segala keperluan harian dan barangan dapur,ibu mertuanya yang tolong belikan.Nak harapkan Daniel mahu mati kebulur Mira dalam rumah itu.

Hisyhhh perempuan ni!boleh dia buat tak tau saja pada aku yang terconggok kat depan ni,gerutu Daniel.

Bukan Daniel tidak perasan Mira macam mengelak dari bercakap dengannya sejak dua tiga hari ini.Angin apa pun tak tau perempuan tu.Ingat aku nak hairan sangat.Lantak dia lah!

Terus Daniel masuk ke bilik dan menutup pintu dengan kuat tanda protes.

Mira di dapur hanya mengurut dada.Dia harus bersabar dengan kepala angin Daniel.Asyik pintu jadi mangsa dia melepaskan geram.Malas Mira mahu menegur atau ambil tahu.Daniel perlu di ajar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience