Bab 1

Humor Completed 18363

"NIA,berapa kali dah papa cakap.Pakai baju tu elok-elok sikit.Tak manis orang tengok."rungut Encik Razak.

Dia dah naik pening dengan perangai anak daranya yang seorang ini.Betul lah orang cakap menjaga lembu sekandang pun tak susah macam menjaga anak perempuan seorang.

Macam-macam perkara tidak elok terlintas dalam hati setiap kali anak daranya keluar berpeleseran.

"Apa yang tak eloknya pa.Baju macam ni ikut trend lah,papa.."jawab Rania sambil berpusing-pusing di depan Encik Razak tanpa rasa malu atau bersalah.

Macam nak terkeluar biji mata Encik Razak setiap kali pakaian tak cukup kain yang Rania pakai.Pelbagai corak dan fesyen pulak tu.Boleh semput nafas
dengan sikap Rania.Dah berbuih mulut Encik Razak dan isterinya menasihati tetapi tidak makan saman si Rania ni.

Bagi Rania pula baju yang dipakainya adalah amat 'sopan' berbanding baju kawan-kawannya yang lain.Sekadar skirt pendek atas sikit pada lutut tak jadi hal lah baginya.

Jaket jeans yang dipakai diluar menutupi apa yang ada di dalam.

Kalau aku tanggal mau papa berleter sampai bernanah telinga.Kat dalam tu baju sendat bertali halus saja.Dah la warna merah terang pula tu.

"Papa tak suka Nia pakai macam ni.Kan elok kalau tutup semuanya."Encik Razak masih tidak puas hati dengan penampilan anak sulungnya.Jauh sekali dari didikan yang dia berikan.Dengan rambut yang berwarna keperangan.Kalah orang barat.

"Alaa papa ni...Bagi lah can Nia enjoy puas-puas.Nia muda lagi.Lagipun dulu mama suka bagi Nia pakai baju macam ni dari kecil.Nia dah terbiasa."jawabnya.

Jawapan Rania ada betulnya.Nak salah kan siapa?Mama?Dari kecil lagi dia sudah di ajar berpakaian begitu.Bila ke sekolah menengah nak suruh pakai tudung memang tak lah.Puas mamanya,Puan Syaza cuba untuk mengubah penampilan Rania tetapi tidak berhasil.Baju kurung boleh di kira berapa helai sahaja yang dia ada.Tu pun sebab hari raya.Kalau tak ada raya tak ada lah baju kurung agaknya.

Setiap kali ditegur,itu saja alasan yang Rania beri.Ada betulnya juga.Silap dia dan isterinya,Puan Syaza.Dari kecil sudah di dedahkan si anak dengan pakaian kebaratan.Bila dah besar nak ubah memang payah lah.Baju kurung pula yang ada dibiarkan bergantung sampai naik habuk dalam alamari.Kesudahannya di sedekah kan kepada yang lebih memerlukan.

"Nia,kan papa dah tegur banyak kali.Mama rasa dah tiba masa Nia berubah.Umur Nia makin meningkat.Elok Nia kerja.Belajar pun dah habis kan."sampuk Puan Syaza yang datang dari arah dapur sambil menatang dulang berisi air teh dan sedikit kuih.Habuan minum petang.

"Mama ni.Nia baru saja habis belajar.Bagi la Nia enjoy dengan kawan-kawan dulu."bantah Rania.

Puan Syaza menggeleng kepala.Bercakap dengan Rania ibarat mencurah air ke daun keladi.Satu pun tak pernah di dengarnya.Kadang timbul rasa kecewa dalam hati bila melihat penampulan Rania yang semakin menjolok mata.

"Mama tak suka Nia asyik melepak saja.Kan bagus kerja.Ada la juga benda berfaedah nak di buat."tegas Puan Syaza.Dia bimbang bila memikirkan Rania yang asyik membuang masa dengan hiburan saja.

"Nia malas la mama.Nanti Nia kerja dengan papa saja lah.Tapi bukan sekarang.Tengoklah sebulan dua lagi."jawab Rania sambil mengigit sedikit karipap ubi.

Encik Razak dan Puan Syaza saling berpandangan.Sebulan dua?ingatkan Rania nak cakap sehari dua.Ayat tu dua bulan lepas dah Rania cakap.Sampai naik lali telinga mereka berdua.Ada saja alasan yang Rania bagi.Semua alasan tak masuk dek akal pulak tu.

Kendengaran hon dibunyikan di luar rumah.Siapa lagi kalau bukan kawan melepak Rania.

"Okeylah, mama papa.Nia nak keluar dulu.Tina pun dah sampai tu."kata Rania sambil melambai tangan pada Tina yang sudah menunggu di luar pagar.

Belum sempat Encik Razak dan Puan Syaza mahu cakap sesuatu,Rania sudah berlari anak pergi.Dah la pakai skirt singkat dengan kasut tumit tinggi.Jatuh tersungkur baru dia tahu azab kesakitan dan malu agaknya.

Tergeleng kepala Encik Razak.Dalam hati makin dipagut kerisauan.Sudah la Rania anak sulung mereka,anak dara pula tu.Kalau jadi apa-apa tak ker menyesal seumur hidup.

"Apa nak jadi dengan Nia ni."rungut Encik Razak lagi.Keluhan kesal dilepaskan.

"Mama,kak Nia keluar lagi ker?"tanya Ryan yang baru turun dari tingkat atas.

"Macam biasalah kakak kamu tu.Bukan nak lekat dekat rumah.Ada saja alasan nak keluar.Mama pun dah pening dengan perangai dia."Puan Syaza turut mengeluh.Tak tahu bagai mana nak nasihat lagi.

"Kak Nia keluar dengan abang Daniel agaknya.Selalu Ryan nampak kat fac kak Nia.Mama jangan risau abang Daniel boleh jaga kak Nia."kata Ryan mahu menenangkan Encik Razak dan Puan Syaza.

Daniel adalah sepupu Rania dan Ryan.Anak kepada Pak Long Musa.Memang selalu Rania akan keluar dengan dia selain dari Tina,Hani atau Mira.Ryan tahu sebab Rania selalu berkongsi cerita dengan siapa dia berkawan.Rania dan Ryan pula memang rapat sejak dari kecil.Cuma Ryan tidak selincah kakaknya.Dia tidak suka membuang masa dengan melepak tanpa faedah.Dia banyak menghabiskan waktu dengan buku.Ada kala dia akan bermain video game di rumah sahaja.Berkawan pun hanya mengenai hal sekolah.Dia yang kini berada di tingkatan lima.Cita-citanya mahu mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM nanti.

"Kakak Ryan tu perempuan.Sebab tu mama dengan papa bimbang akan keselamatan dia di luar sana.Memang dia dah besar panjang tetapi kalau tersilap langkah,gelap masa depan nanti."terang Puan Syaza.

"Daniel memang baik dengan Nia tapi pak long kamu tak berapa suka.Papa dah cakap banyak kali dengan kak Nia kamu jangan rapat sangat.Takut apa-apa terjadi nanti Rania dipersalahkan."gusar Encik Razak.Bukan dia tak tahu abangnya sendiri tidak berkenan dengan sikap Rania.

Ya lah siapa tak jelek tengok anak gadis hidup bebas keluar siang malam.Tambahan pula ada kaitan dengan hubungan kekeluargaan.Dengan pakaian Rania yang seperti tidak cukup kain.Memang sesiapa saja tidak berkenan.

Sudah berapa kali abangnya menegur dia agar mengubah gaya hidup Rania.Buat malu keturunan saja katanya.Anak dia Daniel sungguh pun begitu tetapi masih mendengar cakap ibu bapa.Rajin bekerja dan tidak mengharapkan duit mak bapak.

Rania seorang yang malas bekerja dan asyik harapkan duit mak bapak saja.Panas juga telinga Encik Razak terpaksa menahan setiap bait perkataan yang keluar dari mulut abangnya.Tak salah apa yang Pak Long Musa cakap.Rania yang degil.Suka ikut kata hati tanpa memikirkan perasaan orang tuanya.

Mengeluh panjang Encik Razak dibuatnya.Nak ditangankan Rania sudah berumur 24 tahun.Kalau kecil boleh la kita ubah.Ni dah jadi buluh memang payah nak lentur lagi.

"Papa dengan mama jangan risau.Nanti Ryan cuba cakap dengan kak Nia.."pujuk Ryan.

Kesian juga dia melihat muka papa dan mama yang jelas kerisauan terhadap kakak nya.Tu tak masuk lagi sindiran dari saudara mara yang lain.Patut la mama dan papa agak segan mahu berjumpa dengan saudara mara yang lain.

"Entah lah Ryan.Mama harap sangat kakak kamu boleh berubah sebelum terlambat.Mama takut tak sempat saja.."keluh Puan Syaza lagi.

"Maa..jangan cakap macam tu.Insyallah..kita sama doakan kak Nia berubah."pujuk Ryan.

"Minum air ni bang..dah sejuk pun.."cawan air teh di letakkan di hadapan suaminya.

"Sedapnya karipap ni.Mama buat ker Mak Dah?"tanya Ryan mahu bergurau mengubah suasana.

"Mama lah.."Puan Syaza jeling sekilas pada Ryan.Tahu anaknya yang satu ni suka mengusik.Bukan Ryan tak tahu Puan Syaza gemar menyediakan sendiri juadah petang.

Selamat malam& salam sayang dari Sakura Leo... Satu percubaan yg baharu.. menulis dengan lebih panjang... harap mendapat tempat di hati pembaca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience