Bab 34

Humor Completed 18363

"APA kena dengan Sofia ni?Dah banyak kali aku call tak nak angkat."gerutu Ayu.

Dah banyak kali Ayu cuba menghubungi kawan baiknya namun Sofia seperti mengelak saja dari nya.

"Masa aku perlukan ni lah kau nak hilang pun.Tak apa sekejap lagi aku sampai depan rumah kau!"kata Ayu geram sambil menekan skrin telefon dengan kasar.

Selama ni,Sofia selalu ada dengan aku.Tak tahu angin apa perempuan tu,macam tak nak kawan dengan aku dah pun.Entah apa kena dengan Sofia ni.Geram pula aku!

"Sofia ada makcik?"tanya Ayu sebaik tiba di rumah Sofia.

Emak Sofia yang sedang menyiram pokok bunga agak terperanjat.Salam apa pun tak bagi terus sergah macam tu.Tergeleng kecil emak Sofia dengan perangai Ayu.

"Ada.Pia..Pia..ni hah kawan kau datang."panggil emak Sofia lalu terus masuk ke dalam rumah.

Sempat emak Sofia hadiahkan satu jelingan di hujung mata pada Sofia.Kurang senang dengan kehadiran Ayu.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?"tanya Sofia kurang mesra.

"Kau ni apasal tak jawab call?"tanya Ayu sambil buat muka marah.

"Aku sibuk lah.Aku dah kerja "jawab Sofia.

"Ni aku nak minta tolong kau sikit."

"Tolong apa?"

"Meh aku bisik..."Ayu membisikkan sebahagian rancangannya pada Sofia.

Sofia agak terkejut.Ayu masih mahu kan Muqri.

"Kau gila ker Ayu!Aku tak nak terlibat dengan rancangan bodoh kau tu."kata Sofia.

"Kenapa dengan kau ni?Aku minta tolong sikit pun kau tak boleh buat.Kau kawan baik aku kan."desak Ayu.

"Dah la Ayu.Muqri dah kahwin pun.Cukup-cukup lah kau kejar dia.Jodoh kau dengan Muqri memang tak ada.Cari lah orang lain.."nasihat Sofia.

Ingatkan Ayu sudah berubah.Tapi masih sama.Masih tergilakan Muqri.

"Aku datang sini bukan nak dengar nasihat kau!Aku datang sebab nak kau tolong aku dapatkan dia.Kau dah lupa ker janji kita?"mencerlung mata Ayu bila Sofia tidak mahu mengikut rancangannya.

"Itu dulu Ayu.Sekarang aku dah tak nak terlibat dengan kau.Aku rasa kau pun patut sedar.Umur kita makin meningkat.Banyak bendak berfaedah yang boleh kita buat lagi dari ganggu hidup orang."

"Kau tak payah nak ceramah dekat aku.Sakit telinga aku tau tak!Tak sangka aku kan,kau dah berubah.Tak macam dulu.Ikut saja apa yang aku cakap."Ayu mula naik geram dengan Sofia.

"Entah-entah kau pun dah terkena dengan perempuan tak guna tu kan!?"marahnya.

"Kau nak cakap Rania kan?Dia jauh lebih baik dari kita.Aku tak sangka kau sanggup fitnah dia.Pada hal dia tak kacau kau pun."kata Sofia.

Dia sendiri nampak dan dengar apa yang Ayu cakap pada Rania.Ayu mungkin tak perasan,Sofia ikut di belakangnya waktu Ayu 'menyerang' Rania di hadapan rumah Muqri.

Emak Sofia sendiri nampak Ayu sengaja cari pasal masa di kedai runcit tempoh hari.Terus emaknya memarahi Sofia kerana masih berkawan dengan Ayu.Nampak sangat Ayu yang tergilakan Muqri.Sedangkan Muqri langsung tak ada hati dengan Ayu.

"Ohh..jadi sekarang kau nak bela pompuan tu lah kan.Aku ni tak baik.Jahat.Bagus betul kau ni Sofia..Tikam belakang kawan sendiri!"Ayu makin geram.Kawan sendiri sudah berpaling tadah.

"Ayu cukuplah tu.Aku harap kau sedar apa yang kau buat sekarang ni salah.Kau tak sepatutnya ganggu rumahtangga orang."

"Kau ingat bila kau cakap macam ni aku akan dengar.Kau tak kenal lagi aku siapa kan.Aku akan rampas balik Muqri dari pompuan tu!Kau tengoklah nanti.Masa tu jangan harap aku akan terima kau balik sebagai kawan aku!"Ayu dengan muka garangnya.

"Ikut suka kau lah Ayu.Aku dah malas ikut campur hal kau.Jangan kau menyesal sudah.Aku pun tak ingin kawan dengan kau lagi!"balas Sofia dengan kasar.

Orang cakap baik-baik tak nak dengar.Ikut sangat kepala batu dia tu,rungut Sofia.

"Kau jangan lupa Sofia.Segala rahsia kau ada dalam poket aku.Kalau kau bocorkan pada sesiapa tentang rancangan aku ni.Siap kau!"ugut Ayu.

Sofia terdiam.Memang dia akui dia pun bukan baik sangat.Tapi silap dia sebab percayakan Ayu.Selama ni apa yang Ayu buat dia turut menyokong.Benda yang salah pun tak nampak salah.

"Jangan ingat aku cakap kosong.Aku nak kau zip mulut kau.Kalau tak aku heboh satu kampung pasal kau dan Rahimi."ugutnya lagi.

Dia tahu Sofia tak akan berani bocorkan rancangan baru nya.Dia kenal Sofia yang memang jenis penakut.

"Kau ingat kau sorang saja ada rahsia.Aku pun ada rahsia kau juga kan.Kau jangan lupa hubungan sulit kau dengan Farid!"kata Sofia.

Mereka sama-sama bertikam lidah.

Ingat Ayu saja tahu ugut tapi dia tidak.Biar rahsia sama-sama terbongkar.Sofia dah tak kisah.Dia dengan Rahimi pun akan bertunang tidak lama lagi.

"Kau ni memang tak guna!Mulai hari ini kita putus kawan!Kau buat hal kau, aku buat hal aku!Jangan kau berani nak masuk campur urusan aku!"marah Ayu dan terus pergi.

Sofia mendengus geram.Hampeh punya kawan.Itu lah orang cakap,musuh yang sebenar adalah kawan baik kita sendiri.Kerana dia tahu semua tentang kita dan tak mustahil dia yang akan jatuhkan kita.

"Kenapa dengan Ayu tu Pia?Sampai kat dalam boleh dengar suara kamu berdua bertengkar."kata emak Sofia.

"Tak tahu dengan Ayu tu.Dah gila agaknya.Memang patut Pia tak kawan dengan dia."jawab Sofia dengan muka tegang.

"Kan mak dah cakap.Nak kawan tu kena pandai pilih.Kamu dah tengok dan dengar sendiri kan.Sekarang baru kamu tahu beza yang mana baik yang mana buruk."

Bukan dia nak burukkan sesiapa.Dari dulu lagi dia kurang berkenan dengan perangai Ayu.Sudah berkali dia larang tetapi Sofia degil.Sekarang anaknya baru sedar agaknya.

Macam-macam dia buat cerita pasal isteri Muqri.Pada hal Rania tu tak pernah kacau dia pun.Bukan sekali dua emak Sofia terserempak dengan Rania di kedai.Banyak kali juga kerana Rania rajin menyapanya dan orang kampung yang lain.Tak ada lah sombong macam yang Sofia ceritakan.

"Pia pun tak nak kawan dah dengan dia.Tak nak dengar nasihat langsung.Ikut kepala dia saja.Tengoklah nanti pasti dia menyesal."

********************

Ayu berjalan sambil menghentak kaki pada lantai papan rumah.

Dum!Dam!Dum!Dam!

"Hei Ayu!apa kena dengan kau ni hah!Berlubang lantai tu kang.Pantang aku orang jalan hentak kaki.Ada lah tu yang tak kena!"marah Mak Ros.

Dari bawah rumah dia dengar tapak kaki Ayu berjalan.Dah macam gedembai pun ada.

"Kau jangan sampai aku kerat kaki kau nanti!Kerja merayap saja yang kau tahu!Aku kat rumah ni penat buat kerja sorang-sorang!Balik-Balik kau tahu duduk terperap saja dalam bilik!Apa nak jadi denga kau hah!Tengok Sofia tu dah kerja pun.Kau bila lagi!?Nak tunggu duit jatuh dari langit!?"bebel Mak Ros dengan panjang.

Ayu di dalam bilik buat muka mengajuk cakap emaknya.

"Bising lah orang tua ni.Dah la aku tengah serabut.Tak apa lepas ni aku akan kahwin dengan Muqri.Aku tak kan jejak lagi kaki dekat sini.Bingit tau telinga hari-hari dengar.Asyik membebel saja."katanya perlahan takut emaknya dengar.

"Hei Ayu!Aku ni bercakap dengan kau bukan dengan tunggul kayu!Tak apa kau tunggu,ayah kau balik nanti siap kau!Ada anak sorang pun tak boleh di harap!"bebelnya lagi tanpa henti.

Ayu pekupkan kedua belah telinganya dengan bantal.Emak kalau membebel kalah mesin gun.Silap haribulan boleh kojol.Lantak lah yang penting,aku kena cepat dapatkan apa yang aku nak.

Muqri..Muqri..serunya dalam hati.

Dia tersenyum sendirian.Tidak di endahkan bebelan Mak Ros yang panjang seperti keretapi.

Dia tertidur sambil membayangkan wajah Muqri.Ya,Muqri akan jadi milik aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience