AWAL pagi,Muqri sudah datang untuk mengambil Rania.Mereka bertiga pergi bersama dalam satu kereta.Muqri menghantar Reen ke sekolah terlebih dahulu.Kerana sekolah Reen terletak berjauhan sedikit dari rumah.
Berduaan dalam kereta buatkan Rania terasa canggung.Begitu juga dengan Muqri.
"Balik nanti tunggu saya dekat sini."pesan Muqri ketika mereka sudah sampai di tempat letak kereta.
Rania angguk.
"Terima kasih tumpangkan saya."ucap Rania malu-malu.Berdepan dengan Muqri buatkan Rania sedikit gementar.
Muqri lorekkan senyuman.
"Jom saya tunjukkan pejabat."Muqri mendahului jalan diikuti Rania di belakang.
Beberapa orang murid kelihatan berbisik-bisik sambil memerhati Rania.Rania hanya membalas dengan senyuman manis.Ada yang sapa memberi salam.Ada yang menunduk tanda hormat.
"Amboi Muqri.Siapa kau bawa tadi.Cun habis.."tanya cikgu Malik sebaik Muqri labuhkan punggung di tempatnya.
"Oh! yang tu pembantu tabika sementara.Gantikan kak Wahida."beritahu Muqri sambil sibuk menyusun alat pembelajaran untuk masuk ke kelas pertamanya.
"Orang mana tu?boleh berkenalan.Macam ni hari-hari kena datang awal lah.."kata cikgu Malik lagi diiringi sengihan.
Muqri hanya jeling sekilas.Malik ni pantang nampak perempuan cantik mesti nak berkenalan.Tak ingat agaknya bakal isteri yang sudah setia menanti untuk hari bahagia.
"Dari KL.Anak angkat mak sedara aku."jawab Muqri ringkas dan mahu segera menamatkan perbualan.
"Lepas ni kau kenal kan lah dengan aku.Saja aku nak berkenalan."Malik masih tidak berputus asa.
Ulat dah naik daun.
Muqri hanya membalas dengan anggukan.Perangai Malik masih tak ubah.Pada hal hujung tahun ini dia bakal menamatkan zaman bujangnya.
"Patut lah pun dari KL.Cantik dan moden pula tu.."sampuk cikgu Suraya.
"Cikgu Malik jangan dok gatal sangat.Bakal isteri tahu nanti alamat kena jentik dahi."usik cikgu Suraya diiringi gelak tawa yang lain.
Bukan yang lain tak dengar tadi,beria sungguh cikgu Malik mahu berkenalan.
Muqri cepat melangkah masuk ke keluar dari bilik guru.Malas dia nak ikuti perbualan kawan-kawannya.
Sementara itu Rania sudah masuk ke dalam kelas tabika Bestari.Tugasnya sebagai pembantu cikgu tabika melibatkan kanak-kanak berumur sekitar 5 dan 6 tahun.
Hari pertama Rania di tabika sangat menyenangkan.Semuanya berjalan lancar.Kerjanya tidak lah berat mana.Dia perlu membantu cikgu Azah menguruskan kanak-kanak.
"Hari ini bagus semua tak banyak ragam sangat budak-budak ni.Kalau tak saya pun pening."beritahu cikgu Azah.Dia sudah lama bekerja sebagai guru tabika di situ.
Rania hanya tersenyum.Memandang ke arah kanak-kanak yang sedang menjamu selera.
Tugas Rania menghidangkan makanan kepada mereka.Selain itu dia kena memastikan ruang makan dan belajar dalam keadaan kemas.
Rania tidak perlu memasak untuk mereka kerana di situ sudah ada tukang masak khas untuk kanak-kanak tabika yang terdiri daripada tiga kelas.
Suka dia melihat kelateh kanak-kanak di tabika.Macam-macam ragam yang boleh dilihat.
Selepas membersihkan kelas,baru Rania akan pulang.Dia berasa gembira melakukan kerja pertamanya walaupun hanya tiga bulan saja khidmatnya di situ.
"APA ni Mak Dah?"tanya Rania yang sedang memotong bawang di dapur.
Terkejut dia bila Mak Dah hulurkan beg kertas berwarna biru.
"Untuk Nia lah."kata Mak Dah bersama senyuman.
Setahu Rania tadi Mak Dah ke kedai beli gula.Ini siap bawa baik beg kertas lagi.
Rania pandang muka Mak Dah dan beg kertas biru bersilih ganti.
"Tengoklah apa isinya."kata Mak Dah lagi bila Rania masih teragak-agak untuk mengambilnya.
Rania bangun dan basuh tangannya dahulu.Kemudian di ambil beg kertas biru itu dan dikeluarkan isinya.
Terkebil-kebil mata Rania melihat dua pasang baju kurung.Satu bercorak bunga halus manakala satu lagi bercorak abstrak.Bukan itu saja,dua helai tudung bawal diselitkan sekali.Warna pink lembut dan biru muda.
"Siapa yang bagi ni?"soal Rania masih ragu dengan Mak Dah.
"Mak Dah la.."Mak Dah kulum senyuman.Tidak mahu pecahkan rahsia bila pihak sebelah sana suruh rahsiakan.
"Ya ker."Rania pandang Mak Dah pelik.
"Ya la.Nanti Nia boleh pakai bila pergi sekolah."ulas Mak Dah.
Rania terus peluk Mak Dah bersama sebak di dada.
"Terima kasih Mak Dah.Nia terharu sangat.Mak Dah dah banyak tolong Nia.Nia tak tahu nak balas jasa Mak Dah macam mana."
Mak Dah usap perlahan belakang Rania.
"Mak Dah dah anggap Nia macam anak Mak Dah sendiri.Tak payah cakap terima kasih.Mak Dah ikhlas dengan Nia.Arwah papa dan mama Nia pun layan Mak Dah dengan baik sebelum ni.Ini saja yang dapat Mak Dah balas.Sekurangnya Nia dah banyak berubah."kata Mak Dah dengan bangga.
Rania tersenyum hambar.Ya banyak perubahan yang dia buat.Sampai bila dia nak terus hanyut dengan dunia dulu hingga lupa segalanya.Alhamdulillah Rania dah tak segan untul belajar mengaji lagi.
"Mak Dah,Nia nak minta tolong boleh tak?"
"Tolong apa tu Nia."jarang Rania meminta sesuatu darinya.
"Tolong ajar Nia macam mana nak pakai tudung ni."
Mak Dah mengucap syukur akhirnya terbuka pintu hati Nia untuk memakai tudung.
Bila Rania berselendang kadang boleh nampak helaian rambut yang terjuntai di celah selendang yang tidak dirapikan dengan betul.Rasa masih tidak sempurna cara dia menutup aurat.
Petang itu,Rania bertudung dengan sempurna.Nampak lain sangat.Sampai Muqri pun asyik tertoleh pandang akan Rania.
"Kak Nia cantik sangat bila bertudung macam ni."puji Reen.Dia pun dari tadi asyik pandang ke arah Rania.
"Mana ada Reen ni.Mula lah tu nak menyakat.."Rania cebik mulut.Dia suka Reen makin rapat dengannya.Terubat sedikit rindunya pada arwah Ryan.
"Orang puji betullah.Tengok abang Ri tu asyik kalih pandang tengok kak Nia saja."Reen pun perasan yang abangnya asyik pandang Rania.
"Mana ada Reen ni.."katanya malu.
Selesai kelas mengaji,Sofia dan Ayu mengamit Rania ke tepi surau dan agak terlindung sedikit.Rania berjalan mendekati sambil tersenyum mesra pada mereka berdua namun tidak dibalas.Kena jeling lagi ada lah.Hairan pula Rania dengan sikap mereka pada hari ini..Sebelum ini elok sahaja mereka bertegur sapa.
"Dah la macam rusa masuk kampung.Tak sedar diri ker apa."perli Sofia sambil menjeling tajam pada Rania.
"Kau ni datang kat kampung orang tak tahu malu kan."serang Ayu.
Rania terpinga.Dia tak salah dengar kan.Dua orang gadis di hadapan dia kini seperti tidak menyukainya.
"Ada apa yang boleh saya tolong ker?"Rania beranikan diri bertanya.
"Kalau kau nak tolong boleh.Tolong jangan kacau bakal imam kawan aku ni."Sofia bersuara garang.
"Imam?siapa?saya rasa saya tak ada ganggu imam sesiapa pun."Rania cuba membela diri.
"Dia buat tak tau pulak.Kau ni otak kayu ker apa.Imam Ayu ni dah tentulah Muqri." Sofia membuat muka meluat bila teringat Muqri yang asyik memandang ke arah Rania tadi.
Bukan mereka tak perasan sejak Rania mengikuti kekas mengaji,Muqri sentiasa tersenyum.Kalau dulu wajah serius saja memanjang.Dengan ekor mata pun mereka boleh nampak mata Muqri yang asyik melekat pada Rania.
"Saya rasa awak berdua sudah salah faham.Saya dengan Muqri tak ada apa-apa."terang Rania.
"Mana boleh tak ada apa.Hari-hari kau tumpang kereta dia.Tak cukup balik mengaji,pergi sekolah pun kau tumpang dia."kata Ayu dengan kasar.
Huhu..nampaknya dalam kampung pun ada paparazi!
Geram Ayu bila Muqri buat tak endah saja dengannya.Pernah dia minta nak tumpang kereta Muqri,macam-macam alasan yang Muqri bagi.Takut orang kampung nampak lah...Nanti tak elok lah...Macam-macam alasan lagi.Tapi dengan Rania boleh pula.Eeeiii!!! sakitnya hati!
"Kau cakap tak ada apa-apa.Tapi aku tengok semacam saja kau dengan dia.Ker kau ni jenis tak tahu malu kan.Maklumlah datang dari KL.Pakwe orang pun nak kebas."bidas Sofia.
"Sumpah!saya tak ada apa-apa.Kalau tak percaya pegi tanya sendiri dekat Muqri."kata Rania bersungguh.
"Sekarang kau dah tahu kan siapa bakal suami aku.Aku harap lepas ni kau jangan dekat-dekat lagi denga Muqri."kata Ayu dengan wajah garang.
Belum Rania nak jawab,Reen sudah datang mendapatkannya.Tergesa-gesa Sofia dan Ayu pergi.
"Jom kak Nia.Abang Ri dah tunggu tu."panggil Reen.
Rania hanya diam membisu sepanjang perjalanan pulang hinggalah sampai ke rumah Mak Dah.
Share this novel