BELUM habis pasal hal Ayu kini timbul hal lain pula.Rania dan Mak Dah dikejutkan dengan kehadiran Daniel di hadapan rumah Mak Dah.Ketika itu Muqri sudah berada di sekolah.
Rania tidak pasti macam mana Daniel dapat tahu tenpat tinggalnya kini.
Kau dah lupa ker Rania,ke mana saja kau pergi pasti Daniel akan tahu.Betul juga,dulu ke mana sahaja Rania pergi pasti Daniel akan muncul secara tiba-tiba.
"Sampai hati Nia kahwin tak bagitau abang."katanya rajuk berbaur kecewa.
"Nia dah bagitahu pak long kan."jawab Rania.Dia berasa tidak senang hati dengan kehadiran Daniel di situ.Tambahan Muqri pula tidak ada di rumah.
Sebelum akad nikah,memang Rania ada menelefon Pak Long Musa dan memaklumkan yang dia akan berkahwin.Tapi pak long macam acuh tak acuh saja.Mungkin pak long masih marah pada Rania.
"Kenapa Nia tak call abang terus?"tanya Daniel masih tidak berpuas hati.
"Nia dah bagitahu pak long.Sama juga kan."jawab Rania.Terselit sedikit kebimbangan akan kemunculan Daniel.
"Tak sama Nia..abang ingatkan Nia akan tunggu abang."katanya dengan suara mendatar bercampur sedih.
Rania kerutkan kening.Tunggu Daniel?untuk apa.
"Kenapa pula Nia nak kena tunggu abang Daniel?"tanya Rania berpura tidak mengerti.
"Hurmmm..Nia tak kan faham kan.Abang sayang kan Nia."luah Daniel.Seraut wajahnya penuh berharap.
"Nia pun sayang kan macam abang kandung Nia sendiri."jawab Rania.
Daniel mengeluh.Hampa kecewa dan sedih.
Mak Dah yang duduk di dalam rumah hanya memerhati Rania dan Daniel yang tengah berbual di luar.Nampak serius benar muka Rania. Daniel pula kelihatan sangat resah.Bimbang juga Mak Dah kalau Daniel buat hal.Tadi Rania melarangnya untuk memberitahu Muqri.Rania tidak mahu mengganggu Muqri yang sedang bekerja.
"Nia..abang sayang kan Nia lebih dari segalanya."ucap Daniel sepenuh hati.
Rania pula mengeluh.Daniel tak habis-habis cakap begitu.Sampai Rania sudah lali mendengar.
"Dengar sini abang Daniel.Nia dah kahwin.Tolong jangan ganggu Nia lagi.Nia tak ada perasaan apa pun dekat abang sejak dulu lagi."kata Rania tegas dengan muka yang serius.
Daniel menghela nafas panjang.Rania masih tetap dengan pendiriannya.
"Abang Daniel datang sini sebagai sepupu Nia,Nia boleh terima.Tapi kalau abang Daniel datang sini cakap yang bukan-bukan.Lepas tu cakap yang abang Daniel sayangkan Nia apa semuanya..Nia tak boleh terima!"Rania besarkan mata.Dia masih mencuba untuk bersabar.
"Tapi abang betul-betul sayangkan Nia.Cintakan Nia.Nia tak nampak kah semua tu?"mata Daniel redup memandang Rania.
Sungguh dia tak boleh lupakan Rania.Dia terlalu sayangkan Rania.Sayang dia pada Rania lebih dari segalanya.Sebab itu selama ini dia selalu ikut Rania ke mana saja.Pendek kata dia yang menjaga keselamatan Rania.Tambahan bila mereka berada di kelab malam.Banyak lelaki mata buaya di sana.Tetapi tidak seorang pun berani mendekati Rania.Sebab mereka takutkan Daniel.
"Tolonglah abang Daniel,baliklah..Nia tak nak serabut kan kepala dengan benda yang tak masuk akal."Rania makin bosan dengan sikap Daniel seolah mendesak untuk membalas cinta darinya.
"Biarlah Nia nak anggap apa pun.Abang tetap cintakan Nia."tegas Daniel.Dia tak mahu mengalah lagi dan membiarkan Rania pergi dari hidupnya.Tak kisah lah Rania sudah jadi isteri orang pun.Dia tetap mahukan Rania juga.
"Pergilah abang Daniel..Nia tak nak abang Daniel buat masalah dekat sini.Sekejap lagi suami Nia akan balik.Lupakanlah Nia.Nia dah kahwin pun.Hati Nia untuk suami Nia saja!"kata Rania dengan tegas.
Kalau Daniel berkeras,Rania pun akan berkeras juga.Dengan Daniel dia tak boleh berlembut lagi.
"Tak semudah itu untuk abang lupakan Nia.Dah lama Nia ada dalam hati abang."sambil menunding jari ke dada sebelah kirinya.
"Abang Daniel,tolonglah faham.Nia tak pernah cintakan abang.Sikit pun tak pernah ada perasaan dalam hati Nia untuk abang Daniel.Nia dah anggap abang Daniel macam abang Nia sendiri.Tolonglah faham!"
Daniel meraup mukanya beberapa kali sambil mengeluh.Macam mana lagi dia nak buktikan yang dia betul-betul sayang dan cintakan Rania.Rania tidak mahu memberinya peluang langsung.
"Nia..abang cuma nak Nia tahu perasaan abang pada Nia.Tolong jangan buang abang dari hidup Nia."Daniel separuh merayu.
Daniel tidak mahu mengalah.Mana boleh dia lepaskan Rania begitu saja dari hati.Sudah lama nama Rania bertapak dalam hati dia.
Rania berdecit geram.Daniel memang jenis tak faham bahasa.
"Tolonglah baliklah.Nia tak nak suami Nia nampak abang Daniel dekat sini.Sekejap lagi dia balik.Abang Daniel pergilah!"suara Rania sudah naik tinggi.
"Bagi abang jumpa suami Nia.Abang nak cakap dengan dia."kata Daniel.
Mencerlung mata Rania.
"Buat apa nak jumpa dia!?Abang Daniel nak suruh dia lepaskan Nia untuk abang Daniel?Macam tu!?"soal Rania.
Daniel angguk laju.
Gila!
Daniel betul-betul dah gila kan Rania.Sampai sanggup nak suruh Muqri lepaskan Rania.Mak Dah dekat dalam sudah mengurut dada.Ada juga orang macam ni sampai sanggup nak runtuhkan rumahtangga orang.Daniel dan Ayu sama saja.Sama-sama gila bayang!
Rania mendengus geram.Dia mahu masuk segera ke dalam rumah.Cakap macam mana pun Daniel tak akan faham.Sakit hati bila Daniel asyik cakap benda yang sama.Sayang lah..cinta lah...Rania sikit pun tak ada perasaan pada dia.Dia tak faham lagi kah?Nak suruh cakap macam mana lagi.
Daniel tarik tangan Rania.
Rania sudah naik angin.
"Lepaskan tangan Nia!"marah Rania dengan mata merah.
Daniel angkat kedua belah tangannya bila wajah Rania sudah berubah merah.
"Abang minta maaf.Abang tak sengaja.Abang tak habis cakap lagi."tahan Daniel.
"Apa lagi abang Daniel nak hah!?Nia dah cakap kan Nia tak suka abang Daniel datang sini!Nia TAK PERNAH!!TAK PERNAH!!ada perasaan sayang ker cinta ker pada abang Daniel yang melibatkan hati!Abang Daniel faham tak!!?"kata Rania dengan kuat buatkan Mak Dah juga agak terkejut mendengar.
"Nia..abang minta maaf...abang salah.Tapi Nia kena faham,abang sayang kan..."
Tak sempat Daniel nak habis cakap Rania terus potong sambil angkat lima jari berhenti betul-betul depan muka Daniel.
"TOLONG JANGAN DATANG SINI LAGI!!!"marah Rania.Dia sudah tidak boleh tahan dengan sikap Daniel yang kelihatan terdesak dan mendesak.
"Dan satu lagi!Tolong jangan siakan Mira.Mira mengandungkan anak abang Daniel.Tolong jadi lelaki yang bertanggungjawab!"katanya kuat bercampur amarah yang memuncak.
Dia takut lagi lama melayan karenah Daniel yang entah apa-apa, darahnya akan akan naik.Dia sudah tidak boleh pandang muka Daniel.Rasa mahu ditumbuk-tumbuk saja.
Tak pernah dia rasa marah sampai macam ni sekali.Berdetap-detup giginya berlaga dengan tangan yang mengggigil.Ikut hati dia nak lempang saja muka Daniel.Ada hati lagi Daniel tunjuk muka depan dia setelah apa yang berlaku antara Daniel dan Mira.
Daniel agak terpampam dengan apa yang Rania cakapkan.Mesti Hani atau Tina yang bagitahu Rania. Mira tidak akan berani punya sebab dari awal dia sudah bagi amaran dan ugutan.
"Abang tak boleh lupakan Nia.Nia tolonglah bagi abang peluang.."sekali lagi Daniel mencuba.
"Pergi dari sini!aku menyampah tengok muka kau!Pergi!!!Pergi!!!"marah Rania dan terus berlari masuk ke dalam rumah.Pintu ditutup dengan kuat menandakan kemarahan Rania.
Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal.Kusut.
Rania sudah marah dan benci akan dirinya.Dia tak tahu macam mana mahu pujuk Rania.Berkali dia ketuk pintu dan memanggil nama Rania tetapi Rania tetap berkeras.
Dia sudah buntu.Lama juga dia menunggu Rania membuka pintu kembali namun hampa.Terus dia menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi dari situ.
Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sedang mengintai dari celahan pokok yang merimbun.Tak cukup dengan itu sempat dia merakam gambar mereka berdua.
Dia tersenyum sumbing.Kali ini dia pasti rancangannya berjaya.Kemenangan pasti dalam genggaman.Tengoklah nanti!
Share this novel