Bab 45

Humor Completed 18363

TAK cukup dengan penjelasan dari Muqri,Reen dan Mak Dah juga ada menelefon Rania dan menjelaskan perkara sebenar.Masing-masing kedengaran lega bila masalah telah selesai.

"Alhamdulillah..segalanya telah berakhir..."ucap Rania penuh kesyukuran.

"Nia,abang rindu kan Nia..rindu sangat..."ucap Muqri bila lihat Rania masih teragak-agak mahu mendekatinya.

"Nia pun rindukan abang juga..rindu sangat..."sambil membalas pelukan Muqri.

Dahi Rania dicium lama.Rindu yang terpendam kini terlerai sudah.

"Abang..Nia tak kuat...Nia perlukan abang..."terluah jua apa yang Rania pendam selama mereka 'terpisah'.

Sekuat mana pun dia bertahan,hati dia tetap rapuh.Rania akui walaupun luaran dia nampak kuat tapi di dalam hanya tuhan saja yang tahu.

Dugaan rumahtangga yang mereka hadapi begitu memberi kesan kepada dia.Sejujurnya Rania seperti patah harapan untuk mendapatkan Muqri kembali.Dan tanpa disangka Sofia menghulurkan bantuan sebagai penyelamat keadaan.

"Abang takut kehilangan sayang.Dalam hati abang hanya ada Nia saja.Abang jadi tak keruan bila sayang pergi jauh dari abang."
. "Nia takut sebenarnya.Takut untuk kehilangan abang.Nia berpura kuat pada hal Nia sakit sangat.Sakit yang tak dapat Nia luah.Nia terpaksa pergi.Nia tak sanggup tengok abang bersama orang lain..."luah Rania.

"Abang minta maaf sayang..abang dah lukakan hati sayang."

"Nia sayangkan abang..."sambil memeluk erat pinggang Muqri.Rania menangis di dada Muqri.

Memang tak dijangka apa yang Ayu sanggup buat untuk dapatkan Muqri.Setenang air muka Ayu jangan disangka tiada muslihat.

Ayu buat semua tu sebab dia nak sangat kahwin dengan Muqri.Dia yang rancang sendiri semua itu.Keinginan Ayu untuk memiliki Muqri tidak terhenti walaupun Muqri telah berkahwin.

Dia sanggup lakukan apa saja asalkan Muqri menjadi milik dia.

Senyap-senyap Ayu mencuri masuk dari pintu belakang rumah Muqri.Di situ segalanya bermula.Dia sendiri yang menukar bajunya dan berkemban.Dia juga telah menanggalkan baju Muqri.Dia juga yang menelefon tok imam dan orang kampung yang lain.Tujuannya adalah mahu memerangkap Muqri.Dia tidak peduli jika kerjaya Muqri sebagai pendidik hancur.Yang dia mahukan adalah keinginanya untuk bersama Muqri.

"Abang..Nia minta maaf sebab tinggalkan abang..."

"Nia tak salah,sayang...Abang tahu Nia terseksa.Semua sudah berakhir."kata Muqri dengan penuh kelegaan.

Seminggu yang buatkan hidupnya kucar-kacir.Bukan itu saja dia hampir kehilangan Rania.Sepatutnya orang macam Ayu tidak boleh dibiarkan.

Kesian Mak Ros dan Pak Harun yang terpaksa menanggung malu atas sikap Ayu.Terduduk terus Pak Harun di lantai saat Ayu dipaksa bercakap benar akan kejadian sebenar.Mereka tidak menyangka Ayu sampai sanggup bertindak demikian.

Dan yang paling mereka tak sangka Ayu sudah lama terlanjur bersama Farid.

Pak Harun dan Mak Ros berkali memohon maaf pada Muqri.Mereka terlalu percayakan anak sendiri hingga memalukan keluarga sendiri.

"Terima kasih Sofia.Saya tak tahu macam mana lagi nak berterima kasih pada awak."ucap Muqri pada Sofia.Terasa bebanan yang ditanggung terus hilang begitu saja.

"Aku pun nak minta maaf juga pada kau Muqri.Aku selalu ikut saja telunjuk Ayu untuk dia dapatkan kau."akui Sofia.

"Saya pun tak sangka benda ini terjadi.Saya sayangkan isteri saya.Tak mungkin saya sanggup menduakan dia."

"Aku faham.Tapi mana Rania?"

Muqri hanya mendiamkan diri.Ketika itu wajah Muqri bertukar muram.Langsung terbayang raut wajah Rania.

"Aku rasa baik kau cepat dapatkan dia.Dan jelaskan semuanya.Kalau kau perlukan bantuan aku.Aku sedia membantu."ujar Sofia lagi.

Muqri hanya tersenyum lesu.Dalam ingatannya hanya Rania.Tapi bila sampai di sini,dia pula yang diberi kejutan.

Semasa dalam perjalanan,Tina menghubunginya dan memberitahu keadaan Rania.Tak sangka dalam kekalutan dengan perkara yang terjadi terselit di situ sebuah berita yang menggembirakan.

Muqri mengucap syukur kini Rania kembali di sisi.Tak mungkin dia akan biarkan perkara sebegitu terjadi lagi.Dia sayangkan Rania.Terseksa jiwa dan raga bila Rania tiada di sisi.Dia cintakan Rania.Tiada perempuan lain dapat menggantikan tempat Rania di hati dia.

Celik saja mata Rania,muka Muqri yang dicarinya.Dia ingat semua ini adalah mimpi.Tetapi ternyata Muqri memang ada di sebelahnya.Malah Muqri menghulurkan senyuman manis pada Rania.

"Abang jangan tinggalkan Nia..."kata Rania dengan sayu.

"Abang akan sentiasa ada dengan sayang..." Muqri kucup kening isterinya.

Dia tahu Rania masih trauma dengan apa yang terjadi.Dia juga begitu.

"Abang nanti kita balik kampung ya.."kata Rania.

Sebenarnya dia rindu pada Mak Dah dan Reen juga.Rasa tidak sabar mahu bertemu mereka.Selalu waktu petang,Rania akan melepak dengan Reen di pangkin bawah pohon mangga.Mak Dah akan turut serta sambil berbual kosong menikmati juadah petang.Rania akan rindu semua kenangan bersama mereka.

"Baik, nanti kita balik.Abang cuma bimbang kan sayang."ujar Muqri.Risau juga dia dengan keadaan Rania sekarang.Walaupun masalah telah selesai namun dia khuatir akan keselamatan Rania.

"Nia rindu rumah kita.Tapi Nia..."Rania tidak dapat meneruskan kata-kata.

"Abang faham.Sayang tak payah ingat lagi.Nanti kita balik rumah Mak Dah."

Sudah tentu Rania masih terbayang peristiwa yang berlaku.Tambahan Ayu masih tinggal di kampung itu.

"Abang faham.Kalau sayang tak nak tinggal dekat sana."

Rania mendongak memandang muka Muqri.Dia lega kerana Muqri sangat memahami isi hati dia.

Mana mungkin Rania dapat tinggal di rumah Muqri lagi.Masih jelas terbayang apa yang Ayu lakukan dalam bilik mereka.Walaupun nama Muqri telah dibersihkan tetapi peristiwa hari itu masih jelas terlayar di ruang mata Rania.Sukar untuk dia padam dalam masa terdekat ini.

"Kita boleh tinggal dekat sini juga."

Terus lebar senyuman Rania.

"Kita ajak Reen dan Mak Dah sama."kata Rania dengan gembira.

Muqri anggukkan kepala sambil tersenyum kecil.

Memang dia berhajat mahu berpindah.Setelah Ayu memburukkan nama dia.Kerjaya dia sebagai seorang guru juga turut terkena tempias.Mujur pihak atasan memberinya cuti dan menyiasat dulu kes ini.Kalau tidak semuanya musnah sama sekali.

Tapi Muqri tetap membuat keputusan untuk mengundur diri dari kerjayanya.
Beralih angin adalah satu keputusan terbaik setakat ini.

"Betul ker abang nak pindah sini.Abang tak sayang ker rumah pusaka arwah mak dan ayah abang."Rania sebenarnya serba salah.Dia tahu Muqri sayangkan rumah itu.

"Abang buat semuanya untuk kita semua.Abang dah sehabis fikir.Lebih baik kita tinggal di sini.Dekat sana nama abang pun dah tak tercalar.Abang tak nak luka kan hati wanita-wanita kesayangan abang."Muqri senyum lagi.

Wanita-wanita yang di maksudkan Muqri adalah Rania,Reen dan Mak Dah.

"Nia ikut apa saja keputusan abang."jawab Rania bersama sebuah senyuman.

"Abang dah tak boleh berjauhan dari Nia lagi.Nia perlukan abang.Dan abang juga perlukan Nia."

"Terima kasih abang sebab faham Nia..."ucap Rania sambil meletak kepala atas dada Muqri.

"Abang nak jaga Nia dan anak kita."katanya sambil mengusap perut Rania.

"Abang janji tau,jangan tinggalkan Nia."

Muqri hanya balas dengan anggukan bersama senyuman.Tubuh Rania dipeluk seeratnya.

Jari jemari mereka kembali bertaut seperti cinta mereka.Keduanya tersenyum bahagia.Terlerai segala sakit rindu yang mereka tanggung selama berjauhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience