"BETUL ker ni kau nak jumpa Mira?" tanya Tina.
Sebaik tiba di KL semalam terus Rania menghubungi Tina untuk mengambilnya.
"Aku nak jumpa abang Daniel sekali."
"Mana suami kau?"soal Tina.Hairan dia bila Rania tiba-tiba pulang seorang diri ke KL.
"Dia kursus.."bohong Rania.Dia belum bersedia untuk ceritakan perkara sebenar.
"Mira tak lama lagi dah nak bersalin."beritahu Tina.
"Sebab tu aku kena jumpa dengan mereka.Kau tahu tak abang Daniel pernah pergi jumpa aku dekat sana?"
"Buat apa?"Tina agak terkejut.
"Nak apa lagi.."gumam Rania.
Tina mengeluh.
"Aku kesian kan Mira.Daniel tak pernah peduli pasal dia.Tinggal saja sekali tetapi hari-hari gaduh.Mira pun dah letih.Lepas bersalin dia cakap Daniel nak ceraikan dia."
"Sebab tu aku kena jumpa dengan diaorang."
Buat sementara waktu dia terpaksa ketepikan hal dia dan Muqri.Hal Mira dan Daniel perlu diselesaikan terlebih dahulu.
"Esok aku datang ambil kau.Kau okay ker tidur sorang-sorang?"tanya Tina.Semalam dia sudah menemani Rania.Malam ini dia ada hal jadi tak dapat menemani Rania.
"Kau jangan risau.Aku okey saja."
Tina tidak sampai hati semalam mahu meninggalkan Rania seorang diri.Jadi dia menemani Rania.Kesian dia melihat wajah muram Rania sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.Pasti Rania masih teringkatkan arwah ahli keluarganya.
Rania akur dia masih rindukan arwah semua.Dia telah redha dengan pemergian mereka.Bila terkenangkan mereka,Rania akan mengaji.Hati dia menjadi lebih tenang.
Sejak kebelakangan ini,sakit di kepala sering menyerang.Mana tak sakit bila asyik memikirkan masalah yang sedang di hadapi.Tidur pun tak cukup.
Tapi bila lapar yang dia tak boleh.tahan.Dia harus segera makan.Tak boleh lambat sikit perut pasti akan meragam.Kadang Rania pelik juga akan keadaan dirinya sekarang.Baru saja makan tapi cepat lapar lagi.Mungkin stress adalah penyebab utama.Jadi Rania abaikan saja.
Rania dan Tina disambut oleh Daniel sebaik tiba di rumah Daniel.Tina bekeras mahu menemani Rania juga.Dia bimbang akan keselamatan Rania.Mana tahu Daniel akan buat sesuatu di luar jangkaan.Boleh la juga dia jadi penyelamat.
"Nia.."seru Daniel buatkan penghuni yang lain turut terkejut akan kehadiran Rania.
"Assalamualaikum.."kata Rania.
"Waalaikumusalam.."terus wajah Daniel berubah ceria.
Tina dah cebik mulut.Lutut mulut tu kang baru tahu.Kesian Mira.Selalu dapat layanan buruk dari lelaki ini.
Mira meluru mendapatkan Rania sambil menangis kecil.Mereka bertiga berpelukan seketika.
Macam satu kebetulan pula bila pak long dan mak long ada di situ.
"Ya Allah Nia.Lama mak long tidak jumpa dengan kamu.Nia sihat ker?"tanya mak long yang juga teruja dengan kedatangan Rania.
"Alhamdulillah.Sihat mak long."ujar Rania dan memeluk mak long.
"Pak long apa khabar?"tanya Rania pada Musa yang hanya diam memerhati.
"Hurmm...."itu jawapan Pak Long Musa.Sekadar berbasi.
"Kau sihat,Mira?Nampak dah sarat sangat ni."kata Rania sambil mengusap perut Mira.Kaki Mira pun dah nampak bengkak.
"Bulan depan keluarlah baby."Mira tersenyum.Gembira bercampur sedih.
"Bila Nia balik sini?"tanya Daniel dengan gembira.Musa di sebelah kurang senang melihat Daniel yang kelihatan teruja dengan kehadiran Rania.
"Petang semalam".jawab Rania.
Dia tahu Pak Long Musa kurang senang dengan dia.
"Abang dah agak Nia pasti balik ke sini.."ucapnya dengan senang.Tak henti bibirnya mengukir senyuman.
Muka Mira pula yang berubah mendung.
"Nia balik sekejap sahaja."Beritahu Rania buatkan Daniel tarik balik senyumannya.
"Nia balik sebab abang kan?"tanya Daniel.Dia berharap sangat Rania akan kembali padanya.
"Memang betul tapi...bukan untuk bersama abang Daniel."
Terus mati senyuman Daniel.Tadi dia tengah bincangkan akan hubungannya dengan Mira.Mamanya tidak berpuas hati akan layanan dia pada Mira.Sedangkan bila-bika masa sahaja Mira akan melahirkan.Teruk dia kena leter.
Rania beralih pandang pada Mira.
"Nia datang ni pun sebab Nia nak berterus terang pada semua.Nia minta maaf andai kedatangan Nia tidak disenangi."Rania pandang muka semua yang ada di situ.
"Nia..abang masih sayangkan Nia."kata Daniel tanpa rasa malu mengaku di hadapan semua.Tergamam mereka semua.
Pak long Musa memandang Rania dengan ekor mata.
"Maafkan Nia,abang Daniel.Sayang Nia pada abang Daniel masih ada sama.Hanya sebagai sepupu.Tak lebih dari itu."
"Tapi Nia,kita masih boleh bersama."
"Abang Daniel.. dah berapa kali Nia cakap yang Nia tak pernah sayangkan abang Daniel lebih dari seorang sepupu.Tak pernah wujud perasaan lain."tegas Rania.
Daniel berasa kecewa.Rania masih enggan menerima walau berkali dia menyatakan perasaan cinta nya pada Rania.
"Cukuplah setakat ini saja apa yang abang Daniel rasa.Nia hanya cintakan suami Nia."tegas Rania lagi.Walaupun Nia terpaksa menjauhkan diri buat masa sekarang.Ya,cinta dia hanya pada Muqri.
Daniel menelan liur.Pahit untuk ditelan.Rania sudah berterus terang pada semua.
"Jangan biarkan anak yang bakal lahir hidup tanpa kasih sayang seorang bapa.Jangan sia kan Mira.Dia sayangkan abang Daniel."sambil memandang Mira yang menunduk memandang ke lantai.
Kasihan dia melihat Mira.
"Nia,abang sayangkan Nia."kata Daniel buatkan Musa mendengus kasar.
"Tolong abang Daniel.Jangan rosakkan hubungan persaudaraan kita.Nia sudah ada kehidupan Nia sendiri.Nia bahagia bersama suami Nia."
"Tapi kita..."
Rania angkat tangan menghentikan mulut Daniel yang mahu berkata sesuatu.
"Abang Daniel dah salah anggap tentang hubungan kita selama ini.Jujur Nia cakap, tak pernah terlintas langsung di hati Nia untuk menyayangi abang Daniel lebih dari seorang sepupu."
Pengakuan dari Rania buatkan Daniel meraup rambut ke belakang.Dia tersandar lemah.Sekali lagi Rania menolak cinta dia.
"Kamu dah dengar kan Daniel.Aku dah cakap dari dulu lagi jangan ambil tahu pasal dia ni.Tapi kamu degil!"kata Pak Long Musa dengan suara tegas.
"Nia minta maaf abang Daniel.Bukan niat Nia datang sini dah keruhkan keadaan tapi Nia nak semua tahu yang Nia tak mungkin ada hubungan istimewa dengan abang Daniel."jelas Rania lagi.
"Nia dah ada cinta hati Nia sendiri.Mira lebih berhak dapat cinta abang Daniel..Mira lebih berhak kerana dia bakal lahirkan zuriat abang Daniel."ungkapnya lagi.
"Dan Nia tiada niat di hati untuk mempermainkan perasaan abang Daniel selama ini.Nia harap abang Daniel faham!"
"Sudahlah Daniel.Daniel pun dah kahwin dengan Mira.Fokus pada apa yang ada di depan mata.Tak kan Daniel sanggup tengok anak yang Mira kandung tidak berbapa."sampuk mak long mahu menyedarkan anak dia.
Daniel hala pandangan pada Mira yang duduk disebelah mamanya.
"Lepas ni aku tak tengok kau buat hal lagi Daniel!Isteri sendiri dah ada sibuk nak kejar isteri orang!"Pak long Musa masih marahkan Daniel.
Daniel tidak berani bersuara.Rania sudah memberi menjelaskan di hadapan semua.Dia yang termalu sendiri kerana masih mengharapkan Rania.Sedangkan Rania tidak mencintai dia.
Tina yang duduk di sebelah Rania berasa lega.Sekurangnya nasib Mira akan terbela selepas ini.Harap begitulah.
"Nia,kenapa tak ajak suami datang sekali.Boleh kita kenal-kenal."kata mak long mahu menamatkan topik.
"Insyallah.Nanti Nia bawa.."kata Rania bersama senyuman.Wajah duka terpaksa di sembunyikan.
Daniel terus kehilangan kata-kata.Hati dia sedikit kecewa.Sudah terang lagi nyata Rania tidak pernah menyimpan perasaan padanya.Silap dia sendiri juga terlalu berharap yang cintanya akan berbalas.
Daniel mencuri dengar perbualan Mira dan Daniel di dapur.Mira seolah berasa kecewa dengan sikap Daniel terhadapnya.Dia sudah mengalah andai terpaksa berundur diri.
"Mira,aku tahu abang Daniel tak akan tinggalkan kau.Percayalah.. abang Daniel juga sayangkan kau."
"Tak sama Nia.Aku ni yang syok sendiri.Lepas bersalin ni aku terima saja apa keputusan yang dia buat.Aku kena fokus pada baby ni.Aku kena cari kerja balik.Aku dah tak nak harapkan apa-apa dari Daniel."Mira mengusap perut yang naik membukit.
Kata-kata Mira sedikit sebanyak terkesan di hati Daniel.Dia tidak pernah melayan Mira dengan baik selama mereka tinggal bersama.Ada saja perkataan yang keluar dari mulut menyakitkan hati Mira.
Sebenarnya dia akui anak dalam kandungan Mira memang anaknya.Selama dia kenal dengan Mira ,dia belum pernah melihat Mira rapat dengan mana-mana lelaki selain dia.
Siang malam Mira hanya berkepit dengan dia saja.Dia juga tahu selama ini Mira 'mengejar cinta' dia.Sebab itu dengan senang dia ambil kesempatan.
"Mira,tolong jangan mengalah.Aku tahu dari dulu lagi kau suka kan abang Daniel.Cinta kan dia.Mana perginya semangat kau tu."Rania cuba menaikkan kembali semangat Mira.
Tengok muka Mira pun dia tahu,Mira telah penat dengan semua ini.
"Aku dah penat Nia.."jawab Mira dengan suara lemah.
Daniel terkedu.Mira sudah tawar hati dengan dia.
Dan dia.......
Share this novel