"RI..ada tak kerja kosong dekat sekolah atau mana-mana?"tanya Mak Dah.Ketika itu mereka berempat baru pulang dari pekan.
Rania dan Reen duduk di bahagian penumpang belakang.
"Kenapa.Mak Dah nak kerja ker?"Muqri lirik pada Mak Dah di sebelah.
Mak Dah tawa kecil.
"Bukan Mak Dah tapi untuk Nia.Kalau ada kerja kosong ker apa bagitau lah.Boleh juga Nia kerja sementara tinggal dekat sini."ulah Mak Dah.
Semalam Rania ada menyatakan hasrat untuk bekerja.Mulanya Mak Dah agak keberatan.Takut Rania tidak biasa dengan suasana di sini.Tetapi Rania menyakinkan Mak Dah yang dia mahu bekerja, sekurangnya boleh mengisi masa yang banyak terbuang.Tak mahu lah dia duduk goyang kaki saja di rumah.
Muqri lirik seketika dalam cermin pandang belakang.Rania dilihat tidak keruan.Sekejap gadis itu menggigit kuku sekejap kalih pandang ke luar tingkap kereta.
"Nanti Ri cuba tengokkan."
"Abang Ri,petang nanti Reen nak bawa kak Nia mengaji sama tau."beritahu Reen sambil tersenyum suka.
"Boleh saja."jawab Muqri pendek.
"Ri jangan garang-garang dengan Nia.Dia baru lagi."kata Mak Dah bersahaja.
"Ehh..mana ada Ri garang.Kalau silap Ri rotan terus."gurau Muqri sambil ketawa.Saja mahu mengusik Rania.
Terus membulat mata Rania.Ustaz pun pandai buat lawak.Eh dia buat lawak ker atau betul nak rotan aku ni.Rasa gerun lah pula.
"Hisy Ri ni...kan Nia dah takut tu."Mak Dah sengaja jeling kecil pada Muqri.Dalam hati dia senang bila dua beradik ini menyenangi kehadiran Rania di sini.
"Ri gurau saja.."Muqri masih ketawa kecil.
Rania dah ketap gigi.Takut.Risau kena rotan.
"Jumpa petang nanti..."kata Muqri yang sedang mengangkut beg-beg barangan yang di beli mereka tadi.
Rania pandang kiri kanan.Tak ada siapa.Hanya dia dan Muqri di tepi kereta.Mak Dah dan Reen sudah lama menghilang diri ke dalam rumah.
Muqri leret senyuman.Rania masih tercegat di situ.Muqri cakap dengan dia ker tadi.
"Terima kasih ustaz tolong bawa beli barang."Rania mula beranikan diri berbual denga Muqri.
"Jangan panggil ustaz.Panggil Ri saja sebab saya bukan ustaz."kata Muqri membetulkan ayat Rania sambil tetsenyum manis.
"Ri saja?"ulang Rania buatkan Muqri ketawa kecil.
"Pandai awak buat lawak ya.Ri.."ulangnya lagi.
Muqri ni asyik senyum saja.Boleh kencing manis aku dibuatnya.Boleh tahan juga rupa Muqri.Sekali pandang dah macam rupa suami Zizi Kirana.Nama apa ntah aku tak ingat pula.
Ingatkan Muqri seorang ustaz sebab selalu Rania lihat Muqri memakai songkok.Tak semestinya orang yang pakai songkok atau kopiah itu ustaz.Rania rasa nak ketawa pada diri sendiri pulak.Tapi Muqri ni kalau mengaku ustaz pun orang percaya.Sebab air muka dia nampak jernih dan tenang saja.
Agaknya umur Muqri berapa ya?Tertanya juga Rania.
Ehhh kisah pula aku dengan umur dia!
Rania tersenyum kecil seorang diri.Tak sangka dia boleh teringatkan pemuda itu pula.Nasib dalam bilik kalau depan Mak Dah tadi,mahu di usiknya Rania.
RANIA semakin selesa tinggal bersama Mak Dah.Kehidupan sebelum ini terus dilupakan sebentar.Bagi Rania lebih baik dia begitu dari terus mengingati apa yang terjadi.Tetapi setiap saat Rania tidak pernah melupakan arwah keluarganya.
"Nia dah ambil air sembahyang?"tanya Mak Dah.
"Sudah Mak Dah.."kata Rania sambil membentangkan sejadah seperti biasa.
Mak Dah mengajar Rania dari cara ambil air sembahyang hinggalah ke cara solat.Rania akui yang dia banyak ketinggalan dalam bab agama.Betapa kerdilnya diri bila berada atas tikar sejadah.
Doa dipanjatkan supaya arwah ahli keluarganya di tempatkan di kalangan para solihin.Kehilangan mereka bertiga serentak merupakan tamparan hebat dalam hidup Rania.
Mak Dah usap perlahan bahu Rania.Tahu Rania masih bersedih.Cuma dia tak mahu Rania terusan hanyut dalam kesedihan.Rania kena hadapi semua ini dengan tabah.
"Nia,kalau kita sayangkan seseorang jangan simpan dalam hati.Simpan dalam doa.Nia doakan arwah semoga tenang di sana.."nasihat Mak Dah.
Rania mengusap perlahan kain telekung yang di gunakan sebentar tadi.Telekung arwah mama sentiasa Rania peluk ketika tidur.Sekurangnya hilang sedikit rindu dia.
Seperti yang dijanjikan,Rania mengikuti Reen ke kelas mengaji di surau berhampiran.Tidak jauh mana pun jadi mereka hanya berjalan kaki sahaja.
Kelihatan beberapa orang remaja dan kanak-kanak mula memasuki ke dalam surau.Mulanya Rania agak segan bila tidak nampak yang hampir sebaya dengannya.
Masuk saja ke dalam surau,kelihatan ada dua orang perempuan.Cantik berbaju kurung dan bertudung.Rania membalas senyuman mereka.
Rania duduk di sebelah Reen.Reen memperkenalkan Rania pada mereka berdua.
"Ini kak Sofia.Dan ini kak Ayu."kata Reen.Sofia berbaju kurung unggu manakala Ayu berbaju kurung kelabu.
Mereka bersalaman.
"Saya Rania."ujar Rania sambil membetulkan seledang yang sedikit melorot jatuh ke bahu.Dia tidak pandai pakai sebenarnya.Tadi pun Mak Dah dan Reen yang tolong pakaikan.
"Orang baru ker?tak pernah nampak pun."tanya Sofia.
"Kak Nia ni anak angkat Mak Dah."beritahu Reen.
"Oh..patut tak pernah nampak.Orang mana?"soal Sofia lagi.Ayu masih diam.Hanya sesekali dia senyum pendek.
"KL."jawab Rania ringkas.
Sofia nak tanya banyak lagi tapi tidak jadi bila Muqri sudah masuk dan memberi salam.
"Baiklah.Mari kita mula kan dengan bacaan Al-fatihah."kata Muqri.Matanya sempat melirik pada Rania yang berada di sebelah Reen.
Dia senyum.Tetapi Rania tidak membalas.Sofia dan Ayu pula yang terlebih senyum.
Rania hanya ikut apa yang mereka semua baca.Sejujurnya dia memang kekok dan tidak tahu.
"Buka Al-quran masing-masing.Kita mulakan dari hujung sana."kata Muqri sambil memanggil budak lelaki terlebih dahulu.
Seorang demi seorang tampil ke hadapan dan membaca.Muqri mengajar seorang demi seorang hinggalah tiba giliran Rania.
"Nia ingat sampai kat mana dah atau nak baca dari mula."tanya Muqri.
Rania agak terketar.Dah lama dia tak pernah baca Al-quran.Sampai setakat mana bacaan pun dia tidak tahu.
"Kalau baca dari mula boleh tak?"tanya Rania gugup.
"Boleh."Muqri lorek senyuman.
"Tapi...tapi..saya dah tak ingat..."jujur Rania memberitahu.Mujur masa tu yang lain sudah pulang.Muqri pun macam tahu-tahu saja sebab itu Rania yang terakhir.
"Tak apa.Kita belajar dari mula.Jangan malu.Ri akan ajar Nia ya."sokong Muqri.
Rania tersenyum nipis.Malu itu yang Rania fikirkan tapi nak belajar ilmu agama tak boleh malu kata Mak Dah.
Memang bacaan Rania banyak yang salah.Mula Rania berasa malu tetapi bila sudah masuk seminggu dua belajar,Rania jadi suka.
Kerja pun Rania sudah dapat di prasekolah tempat sekolah Muqri mengajar.
"Nia tak payah jalan kaki pergi sekolah,nanti tumpang Ri saja."kata Mak Dah.Ketika itu Muqri menghantar Rania dan Reen pulang dari mengaji.
"Tak apa.Dekat saja Nia boleh jalan kaki."Rania menolak lembut.Tak mahu menumpang Muqri lagi.
"Jom lah kak Nia.Reen ada."Reen pula mengajak.
"Elok lah tu Reen pun ada.Nak segan apa.Nak jalan kaki tu jauh juga."kata Mak Dah menyokong.
"Boleh saja nak tumpangkan awak.Lagipun awak bukan berat mana pun.."gurau Muqri.
Mak Dah tampar perlahan bahu Muqri.Orang tengah serius dia boleh buat lawak.
"Bukan Ri nak kena dukung Nia.."gurau Mak Dah pula buatkan Reen ketawa berdekah bersama Mak Dah.
Rania dah merah muka.
"Pagi esok saya ambil awak."kata Muqri sebelum meminta diri.
Rania hanya mengangguk kecil.Dia bukan apa tidak mahu Muqri mendapat susah sebab dia.Bila tinggal di kampung mestilah hidup berkonsepkan fikiran orang kampung.Tambahan dia pula anak dara dan Muqri bujang.Banyak mata yang memandang dalam diam.
"Mak Dah,untung Reen tu kan.Ada abang yang baik."tiba-tiba Rania berkata.Sedikit cemburu melihat keakraban dua beradik itu.
"Reen tu memang manja dengan Ri dari kecil lagi."beritahu Mak Dah sambil melipat kain yang telah siap di basuh.Rania turut serta melipat.
"Nia kagum dengan Ri dapat besarkan Reen.Bertuah Reen kan?"ulang Rania lagi.
"Dengan siapa lagi Reen nak bermanja kalau bukan dengan abang sendiri.Tu pun dah kurang manjanya.Dulu sikit-sikit nangis bila Ri tinggal dia.Sekarang dah besar panjang kurang dah.Reen memang sayangkan abang dia."
"Reen cakap dia kena pelan-pelan 'lepaskan' abang dia.Nanti dah dapat kakak ipar dia tak boleh cemburu."sambung Mak Dah sambil ketawa kecil teringatkan Reen.
Rania ikut tawa.
"Ri dah nak kahwin ker?"tanya Rania.
Mak Dah cebik bibir.
"Kalau dah ada calon dah lama Mak Dah tolong pinangkan.Ri yang tak nak."
Rasa tertarik pula mahu mendengar cerita mengenai Muqri.
"Mak Dah kenal sangat dengan Ri tu.Dia kalau suka sesuatu,dia akan berterus terang.Masalahnya dia tak pernah cakap dia suka kan sesiapa tu yang Mak Dah diamkan saja tapi..."Mak Dah terdiam sebentar.
"Ada yang berkenan kan Ri tapi Ri pula yang tak nak.Sejak dari sekolah menengah lagi dia tergilakan Muqri.Tapi Muqri memang tak pernah ada perasaan pada dia."beritahu Mak Dah.
"Hebat juga Muqri tu ya,dari sekolah dah ada peminat.."ulas Rania.
Rania terbayangkan muka Muqri yang suka senyum itu.Sejuk mata memandang.Dia pun sekali pan dang dah rasa terbuai di hati.Tak mustahil
perempuan yang dikatakan Mak dah itu masih tergilakan Muqri.
"Muqri mana mahunya.Rasanya sampai sekarang budak perempuan tu tertunggu dia lagi agaknya.."sambung Mak Dah.
Rania berasa sedikit kagum.Sampai macam tu sekali bila cintakan seseorang yang amat kita cintai.Betapa kuatnya aura Muqri.
Dalam diam Rania turut tersenyum.
Share this novel