Bab 32

Humor Completed 18363

"REEN tunggu lah kejap."panggil Ayu sambil berlari mendapatkan Reen.
"Alamak!kak Ayu ni.Apa dia nak pula."gerutu Reen dengan nada malas.

Tadi selepas habis kelas dia dan beberapa orang rakan singgah di gerai berdekatan.Saja nak hilangkan penat lelah selepas habis belajar di kelas tambahan.Sambil tu mereka menikmati ais kacang.Hilang sikit rasa dahaga dengan cuaca yang agak panas sekarang ni.

Ayu segera mendapatkan Reen sambil tersenyum.

"Kenapa kak Ayu?"tanya Reen sekadar berbasi.

Malas dia nak melayan Ayu sebenarnya.Dia tahu sikap sebenar Ayu.Sudah lama Ayu tidak mengganggu dia.Hari ini Ayu buat balik.Tak boleh tengok orang senanglah kak Ayu ni.

"Alahhh..kak Ayu saja nak borak dengan Reen.Reen sekarang mana nak layan kak Ayu dah sejak dapat kak ipar baru."

Tak tahu Ayu sengaja cakap kosong atau itu satu sindiran.Macam lah Reen tak tahu Ayu masih tergilakan abang dia.

"Reen sibuk sekarang ni.SPM nak dekat dah."jawab Reen ringkas.

"Apa kata kita berborak dulu.Kak Ayu ada benda nak cakap dengan Reen."Ayu melirik pada kawan Reen disebelah.

"Farah,kau balik dulu.Esok kita jumpa dekat sekolah."kata Reen pada kawan dia.

"Okaylah Reen.Jumpa esok dekat sekolah.Bye.."kata Farah dan berlalu dari situ.

Farah pun pandang Ayu jelik.Satu kampung dah tahu Ayu masih tergilakan abang Reen,Muqri.Nasiblah abang Reen tak kahwin dengan dia.Kesian Reen nanti dapat kakak ipar 'semacam'.

"Ada apa kak Ayu nak cakap?"tanya Reen tidak sabar mahu pergi dari situ.

"Reen ni.Jom.. teman kak Ayu minum dulu."pelawa Ayu.

"Reen nak balik ni.Lagi pun dah lewat.Lain kali lah kak Ayu.."Reen menolak.

"Okay..okay.Kalau macam tu.Jom kita borak sambil jalan balik."ajak Ayu.

Reen hanya diam sambil berjalan.Entah apa yang Ayu mahu sampaikan.

"Reen macam tak suka saja dengan kak Ayu?"tanya Ayu bila Reen acuh tak acuh saja berbual dengannya.

"Mana ada.Reen memang macam ni.Penat baru habis kelas kan.."jawab Reen.Ikutkan hati dia memang malas pun mahu berbual dengan Ayu.

"Kesian kak Ayu tengok Reen.Macam tersisih pun ada.Kenapa Reen duduk dengan Mak Dah?Rumah Reen kan ada."Ayu memulakan 'mukadimah'.

"Reen sendiri yang nak tinggal dengan Mak Dah.Lagipun Mak Dah duduk sorang."jawab Reen.Dalam hati dah mencebik geram.

Saja lah tu nak ambil tahu pasal mereka sekeluarga.

"Kalau kak Ayu kan.Kak Ayu tak kan biarkan Reen tinggal dengan orang lain.Sepatutnya Reen tinggal dengan abang Muqri kan.Ni mesti isteri baru dia cemburu hubungan Reen dengan abang kan?"

Sengaja Ayu mahu mengapi-apikan Reen.Dia nak buat Reen bencikan Rania.

"Kak Ayu boleh tak jangan masuk campur.Ini hal keluarga kami.Ikut suka lah Reen nak duduk mana pun sama saja.Kak Nia tak pernah cemburukan Reen dengan abang Ri pun."jawab Reen dengan nada geram.

"Elehhh..mana Reen tahu.Perempuan tu memang dah 'rampas' abang kesayangan Reen tau.Reen saja yang tak perasan."tambah Ayu lagi.

Seronok dia tengok air muka Reen yang berubah.Pasti terkesan dengan hasutan dia.

"Kak Nia tak pernah rampas abang Ri pun.Kami baik-baik saja."jawab Reen lagi.

"Ni kak Ayu nak cakap sikit.Reen kena hati-hati dengan perempuan tu.Entah dia dah letak ubat guna-guna dalam makanan abang Reen.Sebab tu abang Reen nak sangat kahwin dengan dia."

Ayu senyum lebar dalam hati.Dah alang-alang biar dia buat sampai Reen bencikan Rania terus.

"Kak Nia tak kan buat macam tu dekat abang Ri.Kak Ayu boleh tak jangan merepek.Tolong jangan fitnah kak Nia boleh tak?"Reen sedikit marah.

Reen hela nafas pendek.Apa niat Ayu cakap begitu pun dia tak tahu.

"Reen tak percaya kan cakap kak Ayu.Tak apa,Reen tunggu lah.Nanti Reen pun akan terkena juga.Macam sekarang ni,Reen dah tak tinggal dengan abang Reen kan.Pada hal dulu,abang Reen selalu bersama Reen saja."

Ayu senyum di hujung bibir.Biar Reen rasa sakit hati dengan Rania.

"Sejak abang Reen kahwin,pernah Reen tinggal bersama macam dulu balik.Tak kan?Kalau kak Ayu kan.Kak Ayu tak kan biarkan adik ipar kak Ayu tinggal dengan orang lain.Kak Ayu akan sayang adik ipar kak Ayu macam adik kandung sendiri.."Ayu buat muka kesian.

Reen diam sejenak.Mana ada abang Ri buat macam tu.Siapa kata Reen tak pernah tinggal sekali dengan mereka.Setiap kali cuti sekolah atau hujung minggu,Reen akan balik tidur di rumah.Memang lah abang Muqri tak boleh nak rapat macam dulu dengan Reen sebab abang Muqri sudah kahwin.Dulu ke mana saja Reen akan ikut Muqri.Tapi abang Muqri tak pernah abaikan Reen.

"Betul kan apa yang kak Ayu cakap?Kak Ayu agak dah.Lepas ni kalau diaorang ada anak dah tentu Reen pun diketepikan macam tu saja."tambah Ayu lagi.Dia seronok dapat menabur fitnah pada Rania.

Ayu yakin pasti budah mentah macam Reen termakan hasutannya.

Berlapis-lapis senyuman jahat nya dalam hati.

"Reen rasa kak Ayu dah salah banyak pasal kak Nia.Kak Nia terlalu baik dengan Reen.Kak Nia dah macam kakak kandung Reen.Dan abang Ri tak pernah langsung abaikan Reen.Kami masih macam dulu."jawab Reen dengan berani.

"Dan untuk pengetahuan kak Ayu.Abang Ri sayang sangat-sangat pada kak Nia.Sebab kak Nia baik,cantik,rajin dan tak pernah nak burukkan orang lain."sindir Reen balik.

Sesuka hati saja Ayu nak 'laga kan' Reen dengan kak Nia.Ingat Reen ni bodoh agaknya nak termakan hasutan dia.Reen ni antara pelajar cerdik dekat sekolah tau.Dah boleh fikir yang mana baik atau buruk.

Ayu mencebik geram pada Reen.Penat aku cakap satu pun budak ni tak percaya rupanya.

"Ni Reen nak cakap sikit.Abang Ri dah bahagia dengan kak Nia.Bahagia sangat.Mereka tu dah macam loving couple yang paling sweet sangat.."tekan Reen sambil buat dengan penuh gaya romantik.

"Reen tak nak duduk sekali sebab nak bagi laluan pada abang Ri dan kak Nia.Ya lah,diaorang kan baru kahwin.Mesti lah nak sweet-sweet kan.Reen tak nak ganggu.Tak sabar Reen nak tunggu dapat anak buah.Tentulah comel nanti ikut muka kak Nia.Kak Nia kan cantikk..."

Di hujung ayat Reen senyum lebar.Muka Ayu nampak berubah terus kecut.Dia ingat Reen tak berani membidas balik tapi dia salah.Reen dah boleh berfikir dengan matang yang baik yang mana buruk.

Juara perbahasan sekolah kot.Hehe..

"Dah lah.Reen balik dulu.Kesian kak ipar Reen tunggu lama.Bye...kak Ayu.."Reen buat muka menyampah dan terus bergegas laju berjalan pulang.

Puas hati Reen.Selama ni dengar kak Ayu asyik kacau kak Nia.Kali ni Reen tak kan biarkan kak Ayu meracuni fikiran dia.

Harap sangat lepas ni dia tak jumpa dah dengan Ayu.Rasa meluat semua ada.Memang patut abang Ri tak kahwin dengan dia.Buat serabut kepala saja.Entah apa lagi yang nak dia burukkan pasal kak Nia.Hisy..minta simpang 44 malaikat.Orang macam Ayu pasti ada seribu satu idea untuk menjatuhkan orang.

Ayu menghentak kaki dengan kuat.Geram dengan jawapan Reen.Lancang saja mulut Reen berkata-kata.

"Jaga kau budak!Nanti aku kahwin dengan abang kau.Tahu lah nasib kau.Aku akan hantar kau duduk jauh.Biar kau tak dapat jumpa abang kesayangan kau lagi!"rungutnya sambil berjalan dengan hati yang mendongkol geram.

Niat nak laga kan Reen dengan Rania tapi hati dia pula yang sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience