Bab 25

Humor Completed 18363

"SAYANG, masak apa tu?"tanya Muqri sambil menjenguk ke dalam periuk.

Rania tersengih.Malu sebenarnya masakan dia tidak setanding Muqri.

"Masak tempoyak.Tapi tak tahu sedap ker tidak.Nia tak pandai sangat."katanya.

Tadi sebelum balik,Mak Dah ada bagi tempoyak.Dia teringatkan ikan kembung yang ada dalam peti ais.Terus Rania minta resepi dari Mak Dah.

"Sedap ker tak yang tu tak penting.Yang penting Nia rajin belajar masak."Muqri cuit hidung Rania.

Rania tersenyum malu.

Muqri berdiri di belakang Rania sambil merapatkan badannya ke badan Rania.Tangannya turut memegang tangan Rania yang sedang mengacau masak tempoyak dalam periuk.Sebelah tangan memeluk pinggang Rania

Rania tergamam sebenarnya.Muqri ni boleh tahan juga romantik.Hinggakan Rania sendiri yang asyik menggelabah.Jantung Rania jangan cakap lah.Asyik berdetak kencang setiap kali perilaku Muqri yang tidak terduga.

Entah bila rambut Rania di tolak ke tepi.Sempat Muqri mencium leher Rania.Rania kegelian.Terlepas senduk di tangan.Sempat Muqri tutupkan api.Tubuh Rania di alihkan menghadap tubuhnya.Rania hanya ikut rentak Muqri.Dia turut terbuai dalam renungan mata Muqri yang seakan memukau dirinya.

Perlahan Muqri leraikan ikatan apron Rania.Rania dah macam patung.Sikit pun matanya tidak bergerak dari mata Muqri.Dia turut tenggelam dalam api cinta Muqri.Membiarkan dirinya terus terbakar.

"Abang..."panggil Rania bila Muqri masih memeluknya.

"Mmmm...abang rindukan sayang."ucap Muqri sambil tersenyum penuh makna tersirat.

"Rindu sangat..."sambungnya lagi sambil mengusap kedua belah pipi Rania.

Pada hal mereka berpisah hanya beberapa jam yang lalu.Muqri ke tempat kerja bukan ke mana pun.Di sekolah pun dia asyik teringatkan Rania.Sampai tak sabar nak balik ke rumah.

Ini yang di namakan cinta agaknya.Angau tak sudah.

Muqri terus tersenyum.Di peluk erat Rania.Dia pun rasa apa yang Rania rasa.

"Abang tak pergi mengajar ker petang ni?"

"Petang ni abang cuti.."Muqri kulum senyum.

"Abang,Nia nak cakap ni.."Rania sudah tenggelam dalam pelukan Muqri.

Belum sempat Rania cakap,Muqri cakap dulu.

"Abang cintakan sayang..."bisiknya ke telinga Rania.Buatkan senyuman Rania makin lebar.

"Nia pun cintakan abang.."balas Rania sambil bisikkan ke telinga Muqri.

Muqri eratkan lagi pelukan.Pipi Rania di cium lembut.

"Err abang....jom kita makan."baru dia teringat sekarang sudah waktu tengahari.Hanyut dia dalam pelukan Muqri sampai lupa nak hidang makanan.

"Boleh tapi dengan satu syarat.."Muqri sembunyi senyuman.

"Syarat apa tu?"berkerut kening Rania.

Muqri tanpa berlenggah terus berlalu ke bilik dan mengambil tuala.Rania sudah tercenggang.

"Temankan abang mandi.."terus di tarik tangan Rania masuk ke dalam bilik air.

"Nia dah mandi.."kata Rania separuh jeritan kecil.

Nasib rumah mereka agak berjarak juga dari rumah yang lain.Kalau tak habis jiran sebelah dengar.

Muqri tak hiraukan jeritan kecil isterinya.Terus dia mengunci pintu bilik air.Rania dah tak boleh lari lagi.Masak tempoyak harus dilupakan buat sementara waktu.Aktiviti dalam bilik air hanya mereka berdua saja yang tahu.Yang lain faham sendiri lah!

"NIA dengan Muqri macam mana?"tanya Mak Dah.Ketika itu Rania berada di rumah Mak Dah.

"Macam mana apa tu?Nia tak faham?"

"Ya lah.Nia dengan Ri okay ker tidak?Korang dah boleh suaikan diri tak?"

"Oh.. ingat apa tadi.Nia okey dengan Muqri.Nia bersyukur sangat dapat suami macam Muqri.Terima kasih Mak Dah sebab temukan Nia dengan abang Ri."ucap Rania sambil memegang tangan Mak Dah.

"Mak Dah hanya lorong kamu berdua saja.Jodoh kamu berdua sudah tertulis.Alhamdulillah Nia serasi dengan Ri.Tapi Mak Dah rasa tak sedap hati juga sejak Ayu sebarkan gambar Nia."

Mak Dah berasa risau.

"Nia pun tak tahu nak cakap macam mana.."Rania juga ikut risau.

"Mak Dah takut dia buat sesuatu pada kamu.Apa yang Mak Dah nampak,Ayu terlalu taksub dengan Ri saja."

"Nia ni penghalang hubungan dia ker Mak Dah?"timbul keraguan dalam hati Rania.

"Ehh.. mana ada.Nia dengar sendiri kan dari mulut Ri.Ri tak pernah simpan perasan pada Ayu.Ayu saja yang suka kan Ri.Tapi Ri tak layan."

"Kesian pula dekat Ayu..."Rania bertambah gusar.

"Hisy! jangan kamu nak kesian sangat.Orang kalau dah taksub sangat boleh buat benda tak baik.Mak Dah harap kamu laki bini kena beringat selalu."keras pesanan Mak Dah.

Rania terdiam.Dalam hati terlintas juga apa yang ada dalam fikiran.Dia kena berhati-hati.Tak mustahil Ayu boleh buat sesuatu di luar jangkaan mereka.

Kadang dia tak mahu fikirkan sangat mengenai Ayu.Bila bersama Muqri dia lupa segalanya.Dia suka dimanja dan dibelai Muqri.

"Sayang dah penat masak.Biar abang kemas dapur.."

"Tak apa sikit saja ni.Nia boleh buat."

"Sayang duduk sini temamkan abang."Muqri dudukkan Rania di kerusi meja makan.Dia mengambil alih tugas Rania.

Dia membilas semua pinggang mangkuk yang telah digunakan.Kain lap di ambil dan terus dia mengelap meja.Cepat dan cekap saja kerja Muqri.Rania hanya memerhati.Sesekali dia tersenyum sendiri melihat Muqri yang ringan tulang membantu kerja di dapur.Patutlah Reen selalu puji abang dia.

"Okay sayang..jom kita duduk dekat depan.."Muqri tarik perlahan tangan Rania mengikut langkahnya.

Sambil menonton televisyen,Rania mendengar Muqri bercerita mengenai hal anak-anak muridnya.Ralit Rania mendengar sambil mata tak lepas dari memandang muka Muqri.

"Lepas tu kan sayang,abang tanya Faiz kenapa tak datang sekolah semalam.Tahu dia jawab apa.Kucing dia mati.Mula abang nak gertak dia saja sebab tak nak dia ponteng lagi.Tapi tak jadi bila dia menangis.Abang pula kena pujuk dia..."cerita Muqri.

Rania ikut ketawa.Tetapi bukan dia dengar sangat apa yang Muqri cakap.Dia terpesona melihat muka Muqri.Tak puas mata memandang.Cara Muqri bercakap buatkan Rania rasa nak dengat suaranya selalu tanpa jemu.

Mata Rania jatuh pada kening Muqri yang hitam terbentuk.Mata Muqri yang redup bila memandang sangat mempersonakan.Dengan hidung yang terletak elok.Turun pula ke pipi Muqri yang di hiasi jambang nipis.Rania tersenyum sendiri.Bibir Muqri yang kemerahan.

"Sayang dengar tak apa yang abang cakap ni?"panggil Muqri.

Rania masih tidak sedar.Dia sungguh asyik melihat wajah suami sendiri.

"Sayang..."panggil Muqri lagi sambil melambaikan tangan depan mata Rania.Baru Rania terkebil-kebil.

"Errr..abang cakap apa tadi."Rania termalu.Tu la khayal lagi.

Khayal dengan suami sendiri tak pa kan.

"Sayang tengok apa?Abang tengok sayang senyum sorang-sorang."

"Mana ada.Nia dengar cerita abang lah."dalih Rania.

Muqri angkat kening sebelah.

"Kalau macam tu abang cerita apa tadi?"

"Err...err.."tergagap Rania nak jawab.Satu pun tak masuk dalam kepala dia.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu.."Muqri kecilkan mata.Ingat dia tak perasan Rania asyik merenung mukanya dari tadi.Sengaja dia biarkan.

"Err..mana ada."sangkal Rania.Malu.

"Abang tahu sayang tengok abang kan.Tenung lah puas-puas,abang milik sayang sorang saja tau."Muqri cubit perlahan pipi Rania.

"Abang ni perasan lah.Nia tengok cicak dekat dinding tu ha.Hensem sangat.."gurau Rania diikuti gelak tawa dari Muqri.

"Abang dengan cicak siapa lagi hensem?"tanya Muqri gelak-gelak.

"Cicak."jawapan Rania buatkan Muqri menggeletek pinggangnya.Terburai tawa Rania.Dia ikut sama menggeletek pinggang Muqri.

Memang Rania rasa tak puas nak pandang wajah Muqri.Patutlah Ayu tergilakan Muqri.Muqri tidak kurang tampannya.Rania tersenyum kecil.Beruntung dia kerana memiliki Muqri.Bukan kerana wajah sahaja tetapi kerana keperibadian Muqri buatkan hati dia melantun-lantun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience