"ZAM,kau tengok apa tu?"Daus duduk di sebelah Zamri sambil kepala tergoyang kecil ikut alunan muzik yang dimainkan.
Setiap malam hujung minggu,ramai anak-anak muda berkunjung ke sini.Tak kira lelaki atau perempuan.Malah yang telah berginjak usia pun masih mengunjungi kelab-kelab terkenal di Kuala Lumpur ini.Masa mereka banyak dihabiskan di tempat-tempat hiburan berbanding bersantai di rumah.
Mereka akan menari tanpa segan silu.Berpelukan sesama lelaki perempuan yang bukan muhrim.Itu sudah menjadi kebiasan bagi mereka.Setakat 'ringan-ringan' apa lah sangat.Tak luak mana pun kata mereka.
Segala mak nenek syaitan iblis bertepuk tangan bersorak riang bila anak cucu cicit Adam tewas lagi.Kemenangan berpihak pada mereka.Tak terkira berapa banyak dosa yang ditanggung.Yang perempuan dengan pakaian yang banyak terdedah dari bertutup.Singkat dan ketat sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.
"Kau tengok perempuan baju merah tu.Cantik dan seksi."Zamri tersenyum penuh makna.Malam ni dia tak akan pulang dengan tangan kosong.Target sudah di 'tanda'.
"Yang mana satu ni?"Daus panjangkan sedikit leher melihat ke arah yang Zamri tunjukkan.
"Tu yang tengah menari sakan dengan dua perempuan dekat tengah tu."Zamri tunding jari ke arah perempuan yang memakai dress merah sendat separuh paha dan bertali halus.
"Oh!yang tu Rania."jawab Daus dan terus mengalih padangan ke arah lain.Melilar matanya mencari kelibat seseorang.
"Kau kenal dia.Jom kenalkan dengan aku.Cantik kan dia."Zamri tersengih.
Laju Daus geleng kepala.
"Kalau yang itu aku tak nak.Silap haribulan kau keluar dari sini terus masuk hospital"kata Daus dengan wajah serius.
Zamri kerutkan kening.Kurang jelas maksud sebenar Daus.
"Kau tak faham lagi.Meh sini aku tunjuk."Daus tarik Zamri ke arah satu sudut.
"Kau nampak lelaki yang duduk kat sofa tu?Nama dia Daniel."Bunyi muzik yang kuat membingitkn telinga hingga terpaksa Daus tarik Zamri ke sudut tepi.
"Kenapa dengan dia?"soal Zamri pelik.Lain yang dia tanya lain yang kawan dia jawab.
"Kau tak nampak mata Daniel tu ke mana?"Daus muncungkan mulut suruh Zamri lihat sendiri.
Zamri pandang ke arah tempat yang Daniel tengok.Dua tiga kali matanya ke arah Daniel dan ke situ.Jelas sekali Daniel pandang Rania yang tengah menari bersama kawan perempuannya.Walaupun di sebelah Daniel ada seorang perempuan lagi seksi.Baju yang dipakai sangat luas di bahgian dada hingga menampakkan lurah.Rasa lagi sedikit nak terkeluar isi dada.Mata Daniel macam burung helang asyik melekap pada Rania sahaja.
"Rania tu girl Daniel juga ker?"dah ada perempuan pun sibuk nak pandang girl lain juga.Dasar buaya,desis Zamri.
"Daniel tu sepupu Rania.Jangan kau berani nak usik Rania.Jangan kata lebam bijik mata,silap kau masuk ICU terus.OKU seumur hidup."terang Daus.Dia pun tak berani kacau.
"Sepupu saja kot.Dia pun ada girl sendiri.Tak kan orang lain tak boleh nak dekat dengan Rania?"
"Bagi kau dia orang sepupu.Tapi Daniel tu jaga ketat si Rania.Dulu Boy kena belasah sebab ni lah."kata Daus lagi.
Dulu pernah dia dengar seorang lelaki dengan gelaran Boy di belasah teruk di luar kelab kerana sibuk mengusik seorang girl.Sampai patah kaki juga lah.
Patutlah Daus melarang keras.
"Melepas lah macam tu.Dah la cun gila."sereyau juga dia takut kena belasah.
"Kau nak try girl lain okay.Tapi yang ni..kau beringatlah.Tak pasal kojol nanti."pesan Daus.
"Nak buat macam mana.Badan nak pakai lama.Terpaksa cari yang lain."Zamri berkata dengan rasa kecewa.Mata masih melekat pada Rania yang sedang menari tanpa menghiraukan keadaan keliling.
Kempunan dia malam ni.Dia mengingatkan dirinya agak tidak mencari pasal.Patut lah lelaki lain tidak berani dekat.Ada 'bodyguard' rupanya.
Apa yang di idam tidak dapat.Dia terus keluar dari situ.Moodnya terus hilang.Tak berani nak hampir dengan Rania.Kalau siapa berani menempah maut,silakan.
Siapa tak kenal Daniel.Boleh katakan kuncu-kuncunya semua gangster.Elok boleh hidup lama.Tak sampai seminggu meninggal.Baik jangan cari nahas.
Sementara itu,mata Daniel sentiasa mengawasi pergerakan Rania.Datanglah gadis seseksi mana pun dia tetap setia mengawasi Rania dari jauh.Pantang yang mahu ambil kesempatan pasti mendapat 'habuan'.
"You..jom kita menari.."kata Shila sambil menarik tangan Daniel ke tengah lantai menari.Dah lama dia cuba ambil hati Daniel tapi Daniel buat tak layan.
Daniel mengikut rentak tarian sambil mata tetap tak lepas memantau Rania.Bila ada pemuda yang cuba mendekati Rania,Daniel segera bagi isyarat.
"Eeii... gediknya Shila.Menyamlah aku tengok."bisik Tina ke telinga Rania.
Shila menari sambik berpelukan dengan Daniel.Rania pandang sekilas saja lepas tu terus dia buat tak tahu.
"Lantak lah diaorang.."jawab Rania selamba.Tak ada kena mengena buat apa ambil tahu.
Tina menjeling sakan pada Shila,dibalas dengan senyuman senget dari Shila.Seluruh tubuhnya sengaja digeselkan pada tubuh Daniel.Tambah dua aset di dadanya yang agak besar.Sengaja dia rapatkan ke dada Daniel.Dia memang mahu mengoda Daniel.Susah benar lelaki yang satu ini menjadi miliknya.Dah banyak kali cuba tapi tak jalan juga.Dia nak tengok sejauh mana kebalnya Daniel.
"Dah..la jom kita minum..meluat aku tengok pompuan tu!"kata Hani pula.Terus ditarik tangan Rania dan Tina pergi dari situ.
"Menyampah tahu tak!"kata Tina pula.Hilang terus mood untuk menari.Hanya Rania masih bersahaja.
"Nia kau tak sakit mata ker tengok?"adu Tina.
"Biarkan lah..abang Daniel suka kan.."jawab Rania tanpa rasa apa-apa.
"Huh!sengaja lah tu nak tunjuk dekat kita.Aku tengok Daniel tak layan sangat pun Beria Shila gesel badan dia.Dah macam biola pula aku tengok."
"Korang ni sengaja kan potong mood.Lantaklah diaorang nak buat apa.Janji kita enjoy!"kata Rania sambil mengangkat gelas Coke ke atas dan melaga antara satu sama lain.
"Hai!boleh I join sekali?"kata seorang lelaki berkulit putih.Dari tadi dia memerhatikan mereka bertiga.Tanpa fikir panjang terus dia mendekati mereka.
Tina,Hani dan Rania hanya berpandangan sesama sendiri.Tanpa dipelawa pemuda itu terus duduk.
"Hai saya Noah.."sapanya sambil tersenyum pada mereka bertiga.Dihulurkan tangan pada Tina dan Hani.
"Tina."
"Hani."
"Nice name..yang ini nama siapa?"tanyanya pada Rania.Gadis ditengah ini lebih menarik perhatiannya.Dihulurkan tangan tapi Rania tak sempat sambut.Daniel tiba-tiba muncul dan terus duduk di sebelah Noah.
Kan dah cakap.Daniel sentiasa mengawasi Rania!
"Baru ker?"tanya Daniel.
Noah senyum kecil.Tertiba saja lelaki ini muncul.Rasanya tadi lelaki ini tengah menari sakan dengan perempuan seksi bersamanya.
"Daniel!kenapa tinggalkan I?"Shila duduk rapat dengan Daniel sambil mengusap bahu Daniel.
Daniel dah naik angin melihat pemuda bersama,Noah tidak berginjak dari situ.Selalu begitu,orang baru tak akan faham bahasa lagi.
"Jom Nia.."Daniel tarik tangan Rania dan mahu pergi dari situ.
Tina dan Hani turut ikut keluar.Daniel memang selalu macam tu.Pantang ada lelaki yang mahu mendekati Rania,terus dia dapatkan Rania.Rania dah masak dengan petangai Daniel.Tapi Rania rasa selamat kalau begitu.Tentulah Daniel takut Rania di aniaya lelaki bermusang janggut,telah Rania.
"Maaf,jumpa lagi.."sempat Hani berkata pada Noah.
Noah pula terpinga melihat Rania ditarik pergi.
Shila medengus kasar.Tak habis-habis nak jaga si Rania tu.Menyampah sungguh dengan Rania.Daniel dah macam 'baby sitter' dia pula.
Share this novel