Bab 8

Humor Completed 18363

"AKU dah call Rania tapi dia tak angkat.Mak Dah kata dia tak nak cakap dengan sesiapa pun."kata Tina.

"Kesian Nia..Kalau aku pun masih sedih.Family sendiri kot.Sekelip mata semua dah tak ada"keluh Hani.

"Apa kata kita pergi rumah dia.Boleh kita berbual dengan dia.Mana tahu bila kita tengok kita datang dia boleh ceria sikit."cadang Tina.

"Dia tak marah ker kalau kita pergi macam tu saja?"risau juga Hani takut Rania naik angin.Sebab Mak Dah cakap dia tak mahu berjumpa dengan sesiapa pun.Call pun dia tak nak jawab.

"Tadi Mak Dah bagitau dia duduk dalam bilik saja..Elok lah kita pergi melawat dia.Risau aku dengan keadaan Nia.Dia tak pernah macam ni tau."gusar Tina menyakinkan Hani untuk melawat Rania.

"Okey lah, jom kita pergi sekarang.Kalau dia tak nak jumpa kita.. balik lah."sokong Hani.

Sampai di rumah Rania mereka disambut oleh Mak Dah.Mak Dah memang sudah lama kenal dengan mereka jadi Mak Dah biarkan Tina dan Hani naik terus ke bilik Rania.

"Nia...aku dengan Hani datang ni.."kata Tina sambil mengetuk pintu bilik Rania yang sedikit terbuka.

Mak Dah sudah berpesan pada Rania agar tidak mengunci pintu bilik.

Risau juga Mak Dah bila Rania asyik berkurung seorang diri.Takut sakit lain pula yang datang.Jadi dia biarkan Tina dan Hani datang melawat Rania.Mana tahu dengan kedatangan mereka ada sedikit perubahan pada Rania.

Beberapa kali ketuk baru Rania menyuruh mereka masuk ke dalam.

Terus Tina dan Hani memeluk Rania erat.

"Rindulah dekat kau,Nia.."kata Hani sambil membelek wajah dahn tubuh Rania.Nampak sangat ketara perubahan fizikal Rania.

"Tu lah..Kami rindu sangat dengan kau.Kau sihat?"tanya Tina walau dah tahu kawan dia dah kurus plus cengkung.Muka pun dah tak berseri macam dulu.

"Aku macam ni lah.Nak kata okey memang tak okay."kata Rania sekadar berbasi.

"Mak Dah kata kau tak lalu makan.Aku tengok muka kau dah pucat sangat dah ni."

"Aku tak ada selera.."jawab Rania lemah.

"Kau tak boleh macam ni Nia.Kalau kau sakit teruk macam mana?"Tina cuba memujuk.Kesian dia tengok keadaan Rania yang kurang terurus.

"Biarlah aku sakit..tu saja yang buatkan dosa aku terhapus."ujar Rania berbaur penyesalan.

"Tak boleh macam tu Nia.Kau kena kuat.Aku tahu kau masih sedih.Kami pun sedih tengok kau macam ni."kata Hani.

"Apa yang aku rasa sekarang, kau orang tak pernah rasa.Biar aku sakit lepas tu mati!"tekan Rania.

Tina dan Hani berpandangan.Risau dengar apa yang terkeluar dari mulut Rania.Patut lah Mak Dah tak mahu tinggalkan Rania seorang diri.Takut Rania buat sesuatu yang tak elok.

"Tak baik kau cakap macam tu Nia.Aku tahu kau masih bersedih.Kalau aku kat tempat kau pun aku akan buat benda yang sama.Tapi sampai bila?Aku rasa arwah mama kau tentu sedih tengok kau dah tak macam dulu."Tina cuba menasihati Rania.

Sedih dia tengok keadaan Rania.Dah tak macam Rania yang mereka kenal dahulu.

Rania hanya diamkan diri.Dia sendiri tak tahu macam mana nak ubati hati sendiri.Sakit kehilangan ahli keluarga menang sesuatu yang amat susah untuk dilupakan.

"Aku faham Nia.Tapi sampai bila kau nak terus macam ni.Cuba kau tengok diri kau sekarang.Dah tak macam dulu."kata Hani pula memberanikan diri.Risau juga dia kalau Rania naik angin.

"Kau kena sihat macam dulu balik.Tengok badan kau dah kurus sangat.Dah tak ada potongan lagi.."gurau Hani lagi sengaja mahu buat Rania ketawa.

Rania cebikkan mulut.Nak tergelak juga dia dengar komen Hani mengenai tubuh badannya.

"Rania yang aku kenal tak semudah itu mengalah.Mana perginya muka cun melecun kau yang dulu.Kami pun kalah tau.."Tina pula cuba 'memancing' Rania agar kembali bangkit.

Rania kulum senyum.Dijeling kasar pada Tina.

"Kau dah boleh ambil tempat aku.."kata Rania sambil tersenyum kecil.

"Ehh.. mana boleh macam tu.Kau ni ratu tau.Kami ni dayang saja.Mana boleh dayang lebih cantik dari ratu.Lain lah kalau aku pergi buat pembedahan plastik.."kata Hani sambil ketawa.

Rania dah mula nak tersenyum.Hati dia turut tercuit denga gurau senda mereka berdua.

"Pembedahan plasti konon.Kena pisau sikit saja pun kau dah melalak minta tolong.."sindir Tina pada Hani buatkan Rania tak tahan dan terus ketawa.

Mereka sedia maklum yang Hani lebih penakut dari yang lain.

"Hah! macam tu lah kawan aku.Senyuman kau menawan tau.."bodek Tina.

Rania terus tersenyum lebar.Pandai Tina dan Hani buat lawak.Memang tak tahan untuk ketawa.

"Kau orang ni sengaja kan nak tipu aku.Ratu lah.. dayang lah..Aku rasa title tu tak sesuai untuk aku dah."kata Rania.

Dulu memang antara mereka berempat dia yang paling berani dan menyerlah.Cuma di hadapan arwah papa dan mama dia tidak akan pakai begitu.Masih singkat cuma tidak nampak keterlaluan.Dia jadi berani nak pakai apa pun sebab Daniel selalu ada dengan dia.Mahu lebam biji mata mereka dikerjakan Daniel kalau ada yang kacau dia.

"Betul Nia.Tak kan kau dah lupa.Setiap kali keluar kami ni jadi posmen tak berbayar.Semua lelaki nak berkenalan dengan kau saja.."kata Tina.

"Ya lah tu.Aku tak layan pun.."jawab Rania.Dia tak lupa semua itu.

"Bagus lah kau ingat.Aku cuma nak pastikan otak kau masih macam dulu.."Tina tersengih.

"Kau ingat aku dah tak waras ker?"tanya Rania sambil senyum senget.

"Bukan macam tu.Aku nak pastikan kau masih boleh berfikir dengan baik.Ingat kau dah lupakan kami."

Mereka berdua tersenyum sengih.

"Entah lah..payah aku nak cakap.Aku terlampau sedih sangat.Aku tak boleh fokus.."Rania mengeluh berat.

"Nia..aku tahu kau masih sedih tapi kau tak boleh macam ni.Makan tak nak.Apa pun tak nak.Rambut kau pun dah macam nenek kebayan aku tengok.." kata Hani sambil ketawa kuat.Sendiri cakap sendiri ketawa.

Rania ikut ketawa.Takkan sampai macam tu rupa aku.Buruk sangat dah tu.

"Apa ker nenek kebayan.Klasik sangat tu.Tukar lah.Dah macam auntie kat tempat karoake tu." jawab Tina pula buatkan yang mereka bertiga ketawa.

"Sama la juga.Aku tengok auntie tu pun dah macam nenek kebayan.Rambut dah lah mengerbang tak reti nak ikat pula tu..."ejek Hani.

Rania ketawa kuat.

"Sampai hati korang sama kan aku dengan auntie tu.."
sampai berair mata Rania ketawa.

"Kalau kau tak nak nampak buruk macam auntie karoake tu,kau kena perelok diri kau balik.Meh sini aku ikat rambut kau.Kejap lagi aku nak mekap kau bagi cantik-cantik balik.Kalah ratu dunia.."Tina terus bangun mengambil sikat dan getah rambut.

"Sebelum tu jom kita makan dulu.Aku ada bawa dimsum yang kau suka.Dah lama kita tak lepak kedai Chinese Muslim tu.Agaknya tokey dia pun tercari kelibat kau,Nia.."kata Hani berbaur usikan.

Selalu kalau ke sana pasti mereka akan dilayan oleh tokey kedai.Sangat mesra dan peramah.Lagi-lagi bila Rania ada sekali.

"Ada saja kau tu.."Rania sudah kembali tersenyum.Walaupun masih terselit kesedihan.

Sebelum mereka datang ke sini, sempat mereka singgah membeli dimsum.Dimsum salah satu makanan kegemaran Rania.Tak jemu dia makan setiap minggu.Sebab tu tokey kedai pun dah kenal dia.

"Kalau dia tengok rupa aku macam ni mau dia lari berbatu-batu.."kata Rania buatkan mereka ketawa geli hati.

Tak sia-sia usaha mereka bawa dimsum.Harus kena belanja dimsum hari-hari baru Rania kembali ceria macam dulu.

"Sedap sangat dimsum.Aku rasa macam dah tak makan sebulan.."ujarnya.Baru dia berasa lapar.Dimsum memang membuka seleranya kembali.

Pandai juga Tina dan Hani.

"Mira tak datang ker?"baru dia perasan Mira tak ada.

"Dia kan kerja.Aku dengan Hani pun dah nak start kerja minggu depan.Jom lah ikut kami.."pelawa Tina.

"Hurrmm..tengoklah dulu.."kata Rania.Dia tak pasti sudah sihat betul atau tidak.Suhu badannya tak menentu.Mungkin sebab dia kurang makan dan minum buatkan dia sering keletihan.

Bukan Mak Dah tak masak tapi dia yang tak mahu makan.Seleranya ikut mati dalam kesedihan yang dia alami.

Terima kasih dimsum yang kiut-miut sebab buatkan Rania kembali tersenyum!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience