Bab 15

Humor Completed 18363

SELESAI solat Isyak,Rania berbaring di atas katil.Bila dah mula solat rasa sayang pula nak tinggal walau satu waktu pun.Banyak yang Mak Dah tolong ajarkan.Alhamdulillah sekarang Rania dah boleh solat sendiri.

Teringat peristiwa siang tadi.Sofia dan Ayu yang datang 'menyerang'.Nasib Rania lah bila kena cop 'tak tahu malu nak kebas bakal imam orang'.Mana Rania tahu yang Ayu dengan Muqri ada hubungan.Kalau tahu Muqri tu dari awal orang punya,Rania tak akan berbaik.

Muqri pun satu suka sangat senyum manis pada Rania.Kan hati Rania dah berbunga-bunga.Nampaknya Rania kena jaga batasan.Nasib perasaan Rania tidak pergi jauh.Tidak buat malu muka saja.

Telefon bimbit yang dicasnya tadi di ambil.Kad sim lama dimasukkan.Dah lama dia tidak menghubungi kawan-kawan baiknya.Sejak datang ke sini dia terus mengeluarkan kad sim lama dan digantikan dengan kad sim yang baru.

Berderet bunyi mesej masuk di aplikasi WhatsApp dan peti mesej.Beratus pula tu.Siapa lagi kalau bukan Tina,Hani,Mira dan Daniel.Mesti mereka tertanya ke mana Rania menghilang.

Belum sempat nak baca setiap mesej,telefon berdering.Tertera nama Daniel.Rania mengeluh.

Rania tetap jawab juga.Tak sempat nak bagi salam.Macam peluru berpandu Daniel menyoal.

"Nia kat mana ni?Nia bagi alamat,abang pergi sekarang!"suara Daniel kedengaran cemas bercampur kelam-kabut.

"Nia,kenapa pergi tak bagitahu.Hari-hari abang mesej call Nia tak balas.Tolong bagitahu abang Nia dekat mana sekarang.Abang risau tahu tak!"suara Daniel sedikit menekan.

Rania menarik nafas.Daniel langsung tak bagi peluang untuk Rania bercakap.

"Abang Daniel tenang dulu.Nia okey.Nia selamat dekat sini.Jangan risau,Nia baik-baik saja."jawab Rania.

"Nia tahu tak abang dah macam orang gila cari Nia satu KL.Nia pergi macam tu saja.Nia cakap Nia kat mana sekarang.Abang datang ambil."Daniel mendesak mahu tahu.

"Macam ni lah abang Daniel.Nia tak nak balik lagi.Nia seronok tinggal di sini.Nia rasa tenang sangat.Lagi pun dah tak ada sesiapa dekat sana.."ayat ini bagai meruntun jiwa.Sedikit sedih.

"Abang kan ada.Abang boleh jaga Nia.Nia kita kahwin.Abang akan terus jaga Nia sampai bila-bila."pujuk Daniel.

Rania pejamkan mata seketika.Daniel masih lagi mendesak untuk berkahwin.Tak faham lagi kah dia yang Pak Long Musa tidak suka akan Rania.Lagi pun Rania tak akan kahwin dengan Daniel yang dia sudah anggap seperti abang kandung.Daniel saja yang ada hati pada Rania tapi Rania sedikit pun tidak menyimpan apa-apa perasaan yang melibatkan hati pada Daniel.Lain lah Muqri.Ehh.. tersangkut pula nama Muqri.Hak orang tu.Baik lupa kan cepat.

Rania mengeluh kecil.

"Nia dengar tak apa abang yang cakap.Nia share location,abang datang sekarang."tegas Daniel.Geram agaknya bila Rania asyik diam dan beralasan.

"Macam ni lah abang Daniel.Jangan cari Nia lagi.Nia dah bahagia dengan hidup Nia sekarang.Dan Nia tak akan kahwin dengan abang Daniel.Sebab Nia dah anggap abang Daniel macam abang Nia sendiri.Nia minta maaf."terus Rania tamatkan panggilan tanpa sempat Daniel berkata sesuatu.

Cepat-cepat Rania salin nombor kawan-kawannya yang lain sebelum kad sim di tarik keluar.

Rania mengeluh panjang.Jangan lah sampai Daniel tahu dekat mana dia berada.Setiap kali solat,Rania tidak pernah jemu berdoa agar dia dilindungi dari perkara yang tidak baik.Kalau boleh Rania tidak mahu pijak lagi ke KL.Tapi dia masih rindukan arwah keluarganya.

Awal Subuh,Rania sudah bangun bersiap untuk ke sekolah.Hari ini Rania tidak mahu menumpang kereta Muqri lagi.

"Nia,awal lagi ni.Tunggu lah Muqri datang dulu."Mak Dah rasa pelik bila Rania tiba-tiba tidak mahu menunggu Muqri.

Sejak balik dari surau petang semalam,Rania hanya diam membisu dah terus masuk ke bilik.Mak Dah ingat Rania keletihan jadi dia biarkan saja.

Tapi pagi ni bila Rania nak pergi sendiri ke sekolah,Mak Dah jadi hairan.

"Tak apa Mak Dah.Hari ni Nia nak excecise sikit.Badan pun dah naik lemak."seloroh Rania tidak mahu Mak Dah tertanya.

"Sekejap lagi Ri sampai.Nanti Nia penat jalan kaki."

"Tak apa Mak Dah jangan risau.Nia tengok ramai budak-budak jalan kaki pergi sekolah.Seronok pula.Okey lah,Nia pergi dulu."terus Rania salam tangan Mak Dah.Dia tidak mahu berlenggah lagi takut Muqri sampai sebentar lagi.

Betul cakap Rania,sekolah kampung ni seronok rupanya.Rata-rata pergi ke sekolah jalan kaki dan berbasikal.Tak sunyi bila ada beberapa orang budak yang menemaninya berjalan.Mendengar celoteh mereka hilang sedikit resah di hati.Dalam tak sedar mereka sudah sampai ke sekolah.

Di sekolah,Rania seboleh mungkin cuba mengelak dari bertembung dengan Muqri.Mujur Muqri tidak terlibat dengan aktiviti kanak-kanak di prasekolah.Jadi dia tidak berasa bimbang sangat.

Sebaik selesai tugasan harian di tabika,Rania segera berjalan ke jalan besar untuk pulang.Dia tidak mahu menunggu Muqri di tempat biasa seperti selalu.

Rania rasa perasan pula,tak akan Muqri nak cari dia.Di usir segera perasaan yang baru tumbuh.Menolak segala rasa yang ada.

Sampai di pertengahan jalan,kereta Vios hitam berhenti di hadapannya.Rania dah boleh agak siapa.Tak akan dia tak kenal itu kereta siapa.Rania buat tak nampak dan terus berjalan.

"Rania."panggil Muqri keras pun tidak.Lembut pun tidak.

Terus Rania berhenti melangkah.Bukan sebab Muqri panggil terapi cara Muqri panggil.Mula lah jantung mengepam darah laju.Hati dah berdebar sakan.Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini hati Rania asyik berdebar bila Muqri di depan mata.

"Kenapa tak tunggu Ri?"entah bila Muqri berdiri depan Rania.

"Errr..saya..saya nak cepat."Tergagap Rania.

"Dah jom balik sekali.Ri nak singgah rumah Mak Dah sekejap lagi."

"Tapi saya...."tak sempat nak cakap habis,Muqri dah buka pintu sebelah penumpang.Mahu tak mahu Rania terpaksa masuk juga.

Sudah la sekarang waktu balik sekolah.Ramai orang kampung yang lalu lalang di situ.Tak pasal nanti jadi gosip lain pula.Rania dengan berat hati terpaksa masuk juga ke dalam perut kereta Muqri.

Rasa berdebar takut semua ada.Tak pasti kenapa Rania takut sangat.Pada hal Muqri tak marah dia pun.

Rania merangka-rangka dalam fikiran untuk bagi alasan yang kukuh kenapa dia tidak mahu menumpang kereta Muqri lagi.Dalam resah berfikir,mereka sudah tiba di hadapan rumah Mak Dah.

Mak Dah sudah sedia menanti di muka pintu.

Seorang dengan lagak serius.
Seorang lagi nampak resah.

Mak Dah panggil keduanya masuk ke dalam rumah.

"Kenapa tiba-tiba tak naik kereta sekali?"soal Muqri yang duduk di hadapan Rania.

Mak Dah berpura-pura membasuh pinggan di sinki.Dia menyuruh Muqri sendiri bertanya pada Rania.Dia pun pelik bila Rania enggan menunggu Muqri pagi tadi.

Rania meneguk sedikit air bagi menghilangkan gugup di hati.Reen pula masih di sekolah kerana ada kelas tambahan.

"Errr..saya..saya nak jalan kaki pula.Boleh excesice sekali."Rania pura-pura ketawa.

Muqri memadang tajam ke muka Rania.

Rania sedikit kecut.

"Tak cukup kurus lagi ker sampai nak kena excesice?"tanya Muqri separuh sindir.

Rania tersenyum hambar.

"Esok Ri datang ambil. macam biasa."katanya tegas.

"Err..tak payah.Saya boleh jalan kaki.Seronok jalan dengan budak-budak."alasan Rania.

Mak Dah hanya memasang telinga sambil membilas pinggan.Geli juga hati melihat telatah Rania dan Muqri.Dah macam pasangan kekasih yang sedang gaduh manja.

"Cuba cakap terus terang kenapa Nia tak nak tumpang saya dah?"Muqri pandang muka Rania tanpa berkerlip.

Rania pandang pada muka Mak Dah minta simpati.Mak Dah buat tak faham sambil pura-pura sibuk mengemas pinggan mangkuk.

"Sebenarnya,saya tak nak orang salah anggap."jujur Rania cakap.Baik dia cakap terus terang saja.

Muqri jongket kening.

"Saya tak nak orang cakap yang saya kacau bakal imam orang."beritaau Rania terus terang.

"Bakal imam?siapa?"soal Mak Dah dan Muqri serentak.

Mak Dah yang tadi sibuk dekat sinki terus duduk sebelah Rania.

"A..a..awak lah."Sengih Rania dengan kening berkerut.

Muqri dan Mak Dah berpandangan.

"Dengan siapa?"tanya Mak Dah tak sabar nak tahu.Angin tak ada ribut tak ada si Muqri nak jadi imam siapa pula.

"Ayu."jawab Rania.

Muka Muqri terus berubah keruh.

"Iya ka Ri?kenapa Mak Dah tak tahu."Mak Dah pula menyoal Muqri.

"Ehh..mana ada Mak Dah.Ri dengan Ayu mana ada apa-apa."sangkal Muqri.

"Macam mana Nia tahu?"tanya Mak Dah masih tidak puas hati.

"Ayu dengan Sofia bagitahu semalam."ujar Rania.Buat apa dia nak sembunyi.Apa yang dia dengar,itu yang dia cakap.

"Nia percaya?"soal Muqri buatkan Rania tersentak.

Rania angguk laju.

"Ri tak ada apa hubungan langsung dengan Ayu.Ri suka kan..."Muqri terdiam.Mata dikerling ke arah Mak Dah.

"Mak Dah nak ambil wudhuk kejap."Mak Dah pula larikan diri.Sengaja dia nak biar Muqri selesaikan sendiri.

Rania kaget bila Mak Dah tinggalkan mereka berdua di situ.

"Sebenarnya Ri suka kan Nia."senafas Muqri melafazkan.Dah lama dia nak cakap tapi belum ada keberanian.Hari ini dia rasa perlu cakap jugak.

Tercengang Rania dibuatnya.

"Maaf kalau Ri terlalu cepat.Kalau boleh Ri nak lamar Nia jadi isteri Ri."kata Muqri lagi.

Terus Rania terdiam kaku.Tak tahu nak jawab apa.Pertama kali dia dilamar.Malu pun ada.

"Tak apa Ri faham kalau Nia tak boleh terima.Ri minta diri dulu.Assalamualaikum."ucap Muqri dan terus melangkah keluar dari rumah Mak Dah setelah dilihat Rania lama mendiamkan diri tanpa jawapan.

Rania masih lagi terkejut dengan lamaran Muqri.Dia tidak tahu apakah perasaan sebenarnya pada Muqri.Mungkin terlalu cepat untuk dia memberi jawapan.Dia sendiri masih ragu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience