Bab 33

Humor Completed 18363

"LAMBAT balik Reen?"tanya Mak Dah sebaik Reen tiba di muka pintu.Tadi dia dengan Rania sangat cemas bila menunggu Reen tidak pulang.

"Maaf...tadi Reen singgah makan ais kacang dengan Farah."jawab Reen sambil membuka kasut.

Selalu Reen tidaklah selewat macam ni.

"Reen..Ya Allah,kak Nia dah siap nak pergi cari Reen.Kami risau sangat Reen tak sampai rumah lagi."kata Rania yang keluar dari bilik dengan wajah cemas.Tudung yang disarung ke kepala pun sekadar ala kadar.Senget.

Dia begitu bimbang akan keselamatan Reen.

"Kak Nia.."Reen terus meluru memeluk Rania erat.

Rania tergamam.Mak Dah juga begitu.Mula lah mereka terfikir sesuatu yang lain.Perkara yang tidak baik.

"Kenapa ni Reen?"Rania masih cemas tapi tangan naik perkemaskan memeluk Reen.Dia harus menenangkan Reen.

Melihat Reen tidak menangis mereka berasa sedikit lega.Muqri pula telah ke surau untuk solat Maghrib.

Setelah Reen agak tenang.Perlahan dia lepaskan pelukan.Di tarik tangan Reen menuju ke kusyen kayu.Mak Dah pun ikut sama setelah menutup dan mengunci pintu.

"Cuba Reen cerita pada kak Nia.Ada apa-apa terjadi ker tadi?"soal Rania dengan wajah penuh kebimbangan.

"Betul tu Reen.Cerita lah pada kami apa yang berlaku sebenarnya.Risau kami bila tunggu Reen tak balik."tokok Mak Dah.

Kecut juga perut mereka berdua tadi,bila jam dah masuk pukul 7.Muqri pula telah ke surau.Selalu Reen paling lewat pun pukul 6.30 petang sudah sampai ke rumah.Hari ini Reen sudah memberitahu Muqri untuk menumpang kereta ayah Farah.Jadi Muqri tidak menjemputnya.

"Sebenarnya tak ada perkara buruk berlaku pun.Cuma tadi lepas makan ais kacang,Reen terserempak dengan kak Ayu."beritahu Reen.

"Ayu?Dia nak apa dengan Reen?"tanya Mak Dah.

"Nak apa lagi Mak Dah.Dia nak hasut Reen bencikan kak Nia.Dia sengaja tanya Reen kenapa tak tinggal sekali dengan abang Ri."

Reen pun menceritakan segalanya.Mata Mak Dah sekejap kecil sekejap besar.Geram dengan perangai Ayu yang tak habis nak kacau rumahtangga Muqri dan Rania.

"Mak Dah agak dah mesti Ayu ni ada muslihat tak baik.Tapi kita tak tahu lepas ni Ayu nak buat apa lagi."

Wajah Mak Dah berkerut.Bimbang.Dengar cerita Reen pun dah tahu Ayu memang masih belum berpuas hati lagi.Selagi dia tak dapat apa yang dia mahu kan,selagi tu lah dia akan cari pasal.

"Reen memang tak diam tadi.Apa kak Ayu cakap Reen jawab balik.Mak Dah tak tengok muka masam kak Ayu bila Reen jawab apa yang dia kata pasal kak Nia.Semua tu tak betul.Dia sengaja nak cari pasal."

"Kesian Reen.Pasal kak Nia.Reen pula yang kena ganggu."rungut Rania.

Ayu ni betul-betul cari pasal.

"Sebenarnya kak Ayu dari dulu lagi dah kacau Reen.Ada saja yang dia buat.Kirim salam dekat abang Ri lah.Kirim makanan lah.."beritahu Reen.

"Habis tu Ri makan ker apa yang dia bagi?"tanya Mak Dah.

"Abang Ri tak pernah makan pun.Kadang abang Ri sedekahkan pada orang lain.Tak pun bagi saja pada ayam dan kucing."

"Fuhh..nasib kamu berdua tak makan.Takut juga dia letak apa-apa dalam tu."terselit juga sesuatu yang tak baik di fikiran Mak Dah.

"Tu la abang Ri tak nak makan.Reen pun rasa kak Ayu tu macam sesuatu.Dah tu dia tuduh kak Nia pula yang guna-guna kan abang Ri."

"Hari tu pun dia ada tuduh kak Nia macam tu juga.Kak Nia tak takut sebab kak Nia tak buat benda macam tu."jawab Rania.

"Kak Nia jangan bimbang.Reen tak kan termakan hasutan jahat dia."

"Makin risau pula.Nasib Ri tak makan makanan yang dia bagi.Kalau tidak habis lah.."Mak Dah urut dada sendiri.

Ketiga-tiga mereka berpandangan sesama sendiri.Di wajah masing-masing terselit keraguan dengan sikap Ayu.

"Kak Ayu tu dah macam orang psiko pun ada."kata Reen tiba-tiba.Reen pusingkan jari telunjuk pada kepala sebelah kiri.

"Mak Dah rasa kita patut bagitau Ri pasal hal ni.Mak Dah nak ajak Ri jumpa bapa dengan mak Ayu.Mana boleh asyik nak ganggu orang saja.Macam dah tak ada kerja lain."

"Tapi Mak Dah.Kita tak ada bukti.Cakap macam tu saja keluarga dia percaya ker?"tanya Rania.

"Betul juga."Mak Dah garu kepala.Runsing.

"Tadi Farah ada la.Tapi dia balik dulu.Tak dengar lah apa yang kak Ayu cakap."

"Ayu ni licik juga.Dia akan 'serang' waktu tak ada sesiapa dengan kita."tambah Rania.

"Susahlah dengan orang macam ni.Nak hidup tenang pun payah."rungut Mak Dah.

"Apa pun kita semua kena berhati-hati.Tak tahu lepas ni dia nak buat apa lagi.Entah-entah sekarang ni pun ada yang 'pasang telinga' kat luar."kata Mak Dah merendahkan suara seolah berbisik.

Mereka berpandangan.Ada betul juga.Orang kalau dah taksub mesti akan buat benda di luar fikiran.

"Kalau kak Nia dengan Mak Dah ada tadi,boleh nampak muka kak Ayu berubah teruk bila Reen sebut pasal anak buah.."Reen terkekek ketawa geli hati.

"Tapi Reen pun tak sabar sebenarnya nak main dengan anak buah.."ujar Reen buatkan Rania pula yang tersipu malu.

"Insyallah... nanti ada lah rezeki tu..Mak Dah nanti makin sibuklah nak tidurkan cucu.."Mak Dah pun sekepala dengan Reen.Tercetus ketawa mereka.

Hilang sebentar keresahan di hati sementara nak tunggu Muqri menjemput Rania balik ke rumah.

"Betul ker Reen tak nak ikut balik ni?"tanya Muqri pada Reen.Selalu setiap hari jumaat Reen akan mengikut mereka pulang.

"Tak nak lah.Lagi pun Reen nak siapkan sikit lagi kerja sekolah.Leceh nak usung buku banyak.."

Pandai saja Ayu cakap Muqri buang Reen.Pada hal dia tak tahu yang Muqri tak pernah abaikan adik nya yang satu ini.

Kenyataan kak Ayu,Reen pangkah besar-besar.Penyibuk saja dia tu.

"Laa..tadi Reen cakap nak temankan kak Nia."Rania buat muka cemburut.

Ingat boleh la borak-borak dengan Reen sambil tonton rancangan menarik kat tv.Muqri kalau tidur tak sedar dah.Letih seharian di sekolah.

"Tak jadi lah malam ni.Esok Reen balik.Kita masak sama-sama.Malam ni Reen nak temankan Mak Dah tengok drama.Lagi pun Reen tak sabar nak anak buah.."katanya separuh berbisik pada Rania.

Tersenyum malu Rania di buatnya.Reen suka mengusiknya sama seperti Mak Dah.Diam-diam Rania ikut suka sebenarnya.Dia pun mengharapkan benda yang sama.

Mak Dah dekat tepi hanya tersenyum senang.Tahu apa yang Reen bisik pada Rania.

"Apa ni main bisik-bisik pula.Abang pun nak tahu.Reen bisik apa tu?"tanya Muqri.Gembira dia lihat hubungan Rania dan Reen makin bertambah erat.

"Mana boleh bagitau abang Ri.Ni rahsia orang perempuan."kata Reen sambil senyum-senyum pada Rania.

"Oh.. macam tu.Abang merajuk lah macam ni.Dah la tak ada geng.Mak Dah mesti tahu Reen bisik apa tadi?"

Mak Dah angkat kedua belah tangan.Lagak tidak tahu.

"Rahsia.."kata Mak Dah buatkan muka Muqri muncung.

Sampai depan rumah pun Muqri masih tertanya apa yang mereka bertiga 'rahsia' kan sangat tu.Siap senyum-senyum lagi.

"Baik Nia bagitahu abang.Bisik apa tadi dengan Reen?"tanya Muqri tidak puas hati.Merajuk tu dia sengaja saja.Dia tak terasa apa pun.

"Okey..meh sini Nia cakap.."Rania tarik Muqri rapat ke mukanya.Ketika itu mereka masih dalam kereta.

"Rahsia.."bisik Rania halus ke telinga Muqri.

Muqri terus besarkan mata melihat Rania sudah berlari masuk ke dalam rumah.Pandai isteri dia kenakan dia.

"Sayang tak boleh lari.Abang dah kunci pintu."kata Muqri sambil mengejar Rania.

Terdengar gelak tawa keduanya memenuhi segenap ruang dalam rumah.Semoga bahagia milik mereka berdua buat selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience