Bab 36

Humor Completed 18363

"NIA..buka lah pintu ni Nia...Abang tak salah Nia. Tolonglah.. percayakan abang..."rayu Muqri sambil mengetuk pintu bilik rumah Mak Dah.

Balik dari rumah Muqri terus Rania berkurung dalam bilik.Dia menangis sepuas hati.Hati isteri mana yang tak hancur bila melihat dengan mata sendiri keadaan suami dengan perempuan lain.Dalam keadaan mencurigakan pula tu.Masih jelas terbayang tubuh Muqri di atas katil bersama Ayu.Kain batik yang Ayu pakai itu pun milik Rania.

Sakit pedih hancur berkecai hati Rania hanya tuhan saja yang tahu.Macam mana Rania nak lupakan dalam sekelip mata.Tidur semalam pun tidak lelap.Asyik berlegar wajah Ayu dan Muqri silih berganti.

"Dah la Ri.Mari makan dulu.Nanti Nia keluarlah tu.."panggil Mak Dah.

Dari semalam Muqri cuba memanggil Rania tetapi Rania langsung tidak hiraukan dia.

"Ri dah tak ada selera.Ri nak cakap dengan Nia saja.Ri nak terangkan pada Nia yang Ri tak salah.Sumpah demi Allah!Ri tak buat benda terkutuk tu.Apa yang berlaku semuanya tak betul."
suara Muqri ikut sedih.

Semalam dia tidur di depan pintu bilik mengharap yang Rania akan buka pintu.Namun hampa, Rania masih tidak keluar dari bilik.

Muqri rasa kecewa berbaur sedih sangat kerana hal yang tidak sepatutnya terjadi pada rumahtangga mereka.

"Nia..Nia...Abang nak cakap ni.Nia dengar lah dulu."panggil Muqri sebaik Rania melintas di hadapannya.

"Nia nak mandi dulu.."ujar Rania dan terus masuk ke dalam bilik air.

Muqri sudah tidak senang duduk.Mata Rania kelihatan merah dan sembab.Pasti Rania juga seperti dia tidak dapat tidur semalaman.

Sebaik Rania duduk di meja makan,Muqri terus merapatkan kerusi ke arah Rania.Rania masih tidak mempedulikannya.

"Nia..Nia percaya abang kan.Abang tak buat semua tu Nia.Nia dengar tak?"tanya Muqri.

Rania hanya diam dan kelihatan tenang sambil menyuap karipap ke dalam mulut.

"Ri,bagi Nia masa.Nia masih lagi terkejut."tegur Mak Dah.Kesian dia tengok Muqri dan Rania.Baru saja beberapa bulan berumahtangga sudah ditimpa masalah.

Masalah besar pula tu.

"Abang tak tahu nak terang macam mana lagi.Demi Allah,abang tak buat semua tu.Abang tak pernah ada hubungan dengan Ayu.Abang tak tahu macam mana dia boleh ada dalam rumah kita."

Muqri cuba untuk berterus terang.

"Sebaik abang minum kopi yang Nia selalu letak atas meja,terus abang rasa pening.Lepas tu abang terus tak sedar.Abang rasa sakit dan berat dalam kepala."terang Muqri lagi.

Mak Dah dan Reen hanya mampu mendengar penjelasan Muqri.Mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Semalam Pak Harun naik angin dan bertegas mahu nikahkan juga Muqri dan Ayu.Sedaya upaya Muqri cuba buktikan yang dia tidak bersalah.Namun jelas yang dia dan Ayu berduan dalam satu rumah dalam keadaan mengaibkan.

"Nia tak tahu nak cakap apa.Benda dah jadi.Mata Nia sendiri nampak abang dan Ayu atas katil kita..."Rania tak dapat meneruskan kata-kata.Airmata mula laju menuruni pipi.

"Hati Nia hancur.."sambungnya lagi dalam esakkan.

"Abang minta maaf.Abang tak sangka sampai macam ni boleh terjadi.Abang rayu sangat pada Nia tolong ada dengan abang.Abang perlukan Nia.."sayu suara Muqri.

Baru sahaja mereka merasa hidup bahagia berumahtangga kini bertukar duka dalam sekelip mata.

"Nia tak janji.Hati Nia tak kuat..."ujar Nia bersama kekecewaan yang bersarang di hati.

Reen dan Mak Dah turut berasa sedih dan simpati.

"Abang tak boleh jauh dari Nia.Abang sayangkan Nia.Abang pun tak kuat Nia..Abang tak tahu kenapa benda macam ni boleh terjadi pada abang."

Muuqri mengesat airmata yang bertakung di kelopak mata.

Tidak pernah Reen melihat abangnya menangis dan bersedih.Kali terakhir pun semasa arwah ibu mereka meninggal.Tapi kali ni abang dia benar-benar sedih.

"Reen..Reen percayakan abang kan.Tolong bagitahu kak Nia,abang tak salah.Abang diperangkap."Rayu Muqri pada Reen.

Reen turut bersedih melihat keadaan abang dan kakak iparnya.Selama ini mereka sekeluarga bahagia sahaja.Sekarang tiada lagi senyuman yang menghiasi bibir abang dan kakak iparnya.

Muqri pula semakin rungsing dan buntu.Sedikit sebanyak kerjayanya turut terpalit.Lambat laung pasti heboh satu sekolah.Dia gagal membuktikan yang dia tidak bersalah.

Ayu pula tidak mahu meberi kerjasama.Lagi mennunding jari ke arah Muqri adalah.

Pak Harun juga asyik mendesak Muqri untuk segera menikahi anaknya.

"Kau jangan main-main Muqri.Aku nak hujung bulan ni kau nikah cepat dengan Ayu!Kalau tak lebam biji mata kau aku kerjakan!"marah Pak Harun.

"Tapi Pak Harun percayalah.Saya tak buat."rayu Muqri.Entah kali ke berapa dia cakap benda yang sama.Tapi tiada sesiapa pun mahu percaya.

"Dah terbukti kau dan anak aku buat maksiat!Nak cakap macam mana lagi.Aku ni dah malu tau,orang kampung asyik mengata.Mana aku nak letak muka!"katanya dengan garang.

"Ayu sendiri dah mengaku.Tak kan Ayu nak bohong pada kami."kata Mak Ros ikut campur.Dia juga malu pada orang-orang kampung.

Turun naik dadanya.Dia tahu anak mereka nakal tapi tak kan lah sampai nak buat benda tak elok kalau tak ada yang mengajar.Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

"Aku bagi tempoh sampai hujung bulan ni!Kalau kau tak nak nikah juga,aku akan seret kau le balai polis atas dakwaan merogol!"ugut Pak Harun.

Muqri masih merayu tetapi Pak Harun tetap dengan keputusannya.Mahu tidak mahu Muqri tetap terpaksa menikahi Ayu.

"Aku tak percaya akan kau.Selama ni aku ingat kau orang baik-baik.Ternyata orang baik macam kau pun ada jahatnya.Malah lebih jahat dari yang jahat!"cemuh Pak Harun.

Mak Ros ikut sama menjeling kasar pada Muqri.Muka saja baik tapi bernafsukan syaitan.

Semua seperti menunding jari pada Muqri.Muqri terangkan macam mana sekalipun mereka tidak akan percaya.

"Tolonglah Ayu...cakap perkara yang sebenar."rayu Muqri pada Ayu.

Ayu hanya mendiamkan diri.Langsung tidak mahu bersuara.

"Ayu sendiri dah mengaku.Nak tanya dia lagi buat apa."marah Mak Ros.

"Tapi saya tak salah.Saya tak buat semua tu.Percayalah Pak Harun.."rayu Muqri semahunya.

"Buat tak buat aku tak tahu.Yang pasti kau dan Ayu dalam bilik,atas katil.Dengan keadaan kau dan dia yang mencurigakan,kau cakap tak buat apa-apa.Takkan mata tok imam dan yang lain buta!"marah Pak Harun.

"Kesian kan lah saya.Kesian lah pada isteri saya."rayu Muqri lagi.

"Kau kira isteri kau saja!Habis maruah keluarga aku macam mana!?Si Ayu tu siapa nak jadi pak sanggup bila dah kena tebuk tupai!"marah Mak Ros sambil bercekak pinggang.

"Masa kau buat,kau tak nak fikir perasaan isteri kau.Dah jadi macam ni baru kau nak fikir.Apa pun kau tetap kena nikah dengan Ayu!"tegas Pak Harun tanpa mahu berbincang lagi.

"Ustaz,saya tak salah."kata Muqri kepada ustaz Amir yang menemaninya untuk berjumpa dengan Pak Harun.

"Saya tahu Muqri.Tetapi tak boleh buat apa.Ayu sendiri mengaku.Kalau ada bukti atau saksi yang Muqri diperangkap,mungkin mudah untuk kita buktikan."

Kesian juga dia pada Muqri.Dia tahu Muqri tak mungkin buat perkara tidak senonoh itu.Selama dia mengenali Muqri sebelum Muqri berkahwin,tidak pernah langsung dia nampak Muqri berbual dengan mana-mana anak gadis tanpa sebab.

Sebagai warga pendidik dan ahli masjid,sudah tentu Muqri berasa malu bila hal begitu terjadi padanya.Masyarakat keliling pula akan mencemuh dan menunding jari padanya.Ini akan memberi kesan buruk pada hidup Muqri.

Ayu yang berada di dalam bilik tersenyum lebar.Dia sudah berjaya mendapatkan Muqri.Tidak lama lagi Muqri akan jadi milik dia sepenuhnya.

Padan muka kau pompuan!Kau menangis airmata berdarah pun aku tak kan kongsi Muqri dengan kau!Ayu gelak jahat dalam hati.

Satu kemenangan sudah memihak padanya.

Suka dia melihat Rania yang menangis teresak-esak pada hari kejadian.Rasa nak melompat lima bintang saja meraikan kemenangan.Biar Rania rasa merana melihat dia dengan Muqri.Selama ni disabarkan hati melihat kemesraan Rania dan Muqri.Kali ini giliran dia pula.Dia tak akan lepaskan Muqri.Dia akan pastikan Muqri menjadi milik dia seorang saja!

Ayu sudah mula berangan bersanding bersama Muqri.Tersenyum-senyum dia seorang diri.Dia sudah berjaya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience