Bab 43

Humor Completed 18363

RANIA menangis lagi.Kali ini bukan saja hati retak tetapi jantung turut jatuh berkecai.

Baru sahaja dia nak rasa bahgia bila melihat wajah Muqri.Kini dia hanya kesedihan yang dia dapat.

Mira dan Daniel juga telah pulang tadi.Puas mereka memujuk Rania untuk makan tetapi Rania enggan.Muqri pula tidak tahu ke mana.Mungkin sudah balik ke kampung.Kan dia ada seorang lagi isteri.Apa yang nak Rania risaukan.

Berkeroncong bunyi perut Rania minta diisi.Pagi tadi hanya sempat bersarapan pagi.Sekarang sudah masuk waktu Zohor,mestilah lapar.

"Anak ibu lapar ya.Sekejap ibu mandi dan solat dulu.Jangan sedih ayah tak ada.Ibu kan ada."Rania bercakap sendirian sambil mengusap perutnya.

Dia harus kuat andai Muqri tidak memerlukan dia lagi.

Rania segera turun ke bawah sebaik habis bersolat.Kaki terus menuju ke dapur.Angkat tudung salji sudah ada nasi ayam terhidang dalam pinggan.Tersenyum Rania.

Tak sabar dia nak makan.Habis sepinggan nasi ayam dijamahnya.Ada mee goreng dan juga sedikit kuih muih.Banyak juga makanan.Mesti Tina yang datang masa dia tertidur tadi.Ada saja makanan yang akan Tina bawa setiap kali melawatnya.

"Perhatin sungguh mama Tina ni,kan baby."Rania bercakap seorang diri sambil menggosok perlahan perutnya.

Rania ambil sepotong kuih talam.Tu la makan lambat sangat kan dah lapar.Kalau ada Tina ni mahu membebel tak berhenti.

Rania angkat pinggan kotor ke sinki.Dia masih tidak perasan akan susuk seseorang di sebalik dinding dapur.

Perlahan susuk tubuh itu menghampiri Rania yang sedang sibuk membasuh pinggan.

Semakin dekat dan dekat.

Terlepas pinggan ke dalam sinki bila sepasang tangan memeluknya dari belakang.Nasib tak pecah.Bagai terkena arus elektrik,Rania meronta dengan kuat.

Dan dia berjaya melepaskan diri.

Dada sudah berdebar kencang.Tidak tahu gerangan siapa di belakangnya.Mungkin perompak.Dahi mula berpeluh.Dia terlupa untuk mengunci pintu kerana asyik melayan kesedihan hingga tertidur tadi.

"Sayang...abang lah.."Muqri berasa kasihan melihat wajah sisi Rania yang pucat serta ketakuran.

Mata Rania terus membulat dan berpaling ke belakang memandang Muqri yang berada di situ.Ingatkan sudah pergi.Dia menarik nafas lega.Nasib Muqri dan bukannya orang lain.

Sebentar saja pun dia berasa lega.Bila teringatkan hal pagi tadi terus mood Rania bertukar.Dia sepatutnya menjauhkan diri dari Muqri.

Rania segera berundur ke belakang bila Muqri semakin mendekati.

"Awak berhenti dekat situ!"kata Rania dengan kuat.Dia tidak mahu Muqri menghampirinya.Dia takut menjadi lemah bila berduaan dengan Muqri.

"Nia,abang minta maaf.."kata Muqri sambil berjalan mendapatkan Rania.Dia tidak akan peduli permintaan Rania.Misi nya mahu memujuk Rania.

"Jangan datang dekat.Kenapa awak tak pergi lagi!?Saya rasa dah tak ada apa untuk kita bincang."Kata Rania sambil mengundur selangkah demi selangkah ke belakang.Muqri langsung tidak endahkan permintaan dia.

"Nia abang dah tahu semuanya.Abang minta maaf sayang...Abang yang salah..."akui Muqri.

Tadi Daniel sudah menerangkan segala yang terjadi.Berkali Daniel memohon maaf pada Muqri.Dia tak sepatutnya membuat kacau setelah mengetahui Rania sudah berkahwin dengan Muqri.

"Aku yang salah.Aku tak sepatutnya pergi jumpa Nia.Nia tak salah pun.Gambar yang kau tengok tu tak seperti yang kau fikirkan.Aku yang tarik tangan Nia."terang Daniel.

"Masa tu Nia memang marah sangat sebab aku asyik mendesak dia untuk kahwin dengan aku.Memang aku mengaku aku dah lama ada perasaan pada Nia.Perasaan tu sebelum kau kahwin dengan Nia lagi.Nia langsung tak ada perasaan pada aku pun.Sikit pun tak pernah..."

"Sebab tu dia marah sangat bila aku luahkan perasaan pada dia.Dia hanya cinta kan kau,Muqri.Cara dia pandang kau tak sama dengan cara dia pandang aku.Dia tak pernah curang dengan kau.Percayalah hati dia milik kau,Muqri."

"Aku dah belajar untuk memadam segala perasaan aku pada Nia.Dan kerana Nia juga aku dah sedar akan kesilapan dan tanggungjawab aku pada isteri aku sekarang.Aku dah banyak buat silap.Aku tak nak ulang lagi.Sekarang aku dah ada Mira.Dia dan bakal anak kami adalah segalanya."tutur Daniel sambil mengenggam erat jari jemari isterinya.

Baru Muqri faham.Sangka nya Rania masih mempunyai hubungan dengan Daniel.Nampaknya dia salah.Tak sepatutnya dia percayakan Ayu.

Ayu yang menghantar gambar Rania padanya sehari sebelum majlis.Motifnya tentulah mahu memburukkan nama Rania.Dan Muqri mesti percaya lalu tinggalkan Rania.

"Sayang...abang minta maaf.Abang tak sepatutnya percayakan orang lain."kata Muqri.

"Saya bukan isteri yang sempurna.Saya redha andai jodoh kita sampai di sini.Pergilah awak balik pada isteri awak.Dia lebih perlukan awak."

Rania masih mengundur dan memegang perutnya seolah mahu melindungi.Bimbang kalau Muqri dapat tahu tentang kandungannya.Lebih baik dia diamkan dulu.

"Abang perlukan sayang untuk jadi pelengkap hidup abang.Abang tak boleh hidup tanpa sayang."rayu Muqri.

Lelaki semua nya bermulut manis.Tak cukup dengan seorang isteri,cemuh Rania dalam hati.

"Kenapa awak ni tamak sangat?semalam awak dah nikah kan.Cukuplah dia seorang saja dah boleh buatkan awak bahagia."Rania ketap bibir sambil menjeling kasar.

Muqri tergelak kecil.Wajah Rania kelihatan cantik walaupun sedang marah.Dengan kening berkerut seribu.

"Abang memang tamak.Abang perlukan keduanya."jawab Muqri dengan tersenyum lebar.

Rania bulatkan mata.Muqri semakin dekat dengannya.

"Untung kan jadi lelaki.Kalau jemu boleh tukar-tukar."sindir Rania dengan geram.Sakit mata dia tengok senyuman Muqri yang macam sesuatu.

Huh!dasar lelaki kan!

"Kali ni abang janji akan jaga sayang dan 'dia' baik-baik.Abang 'nak dua-dua'.Tapi Nia tetap nombor satu dalam hati abang.'Dia'abang sayang juga.Sebab Nia,dia ada."kata Muqri mengusik Rania.

Muka Rania semakin merah menahan marah.Marah geram semua bercampur menjadi satu.

"Saya tak suka kongsi!"Rania mendengus geram.Muqri sengaja mempermainkan perasannya.

"Tak baik tau sayang ni.Abang rela tak kan sayang tak boleh?"

"Pergilah dekat dia.Kenapa datang sini.Cukup saya dah ada...."Rania terhenti di situ.

"Ada apa sayang....?"Muqri pandang ke dalam mata Rania,mencari jawapan di situ.Cepat saja Rania mengalih pandangan ke arah lain.

"Awak jangan main-main!Pergilah balik pada isteri awak tu!"Rania gugup.Nasib tak terlepas cakap.Cukup dia seorang diri yang jaga anak mereka.

"Nak pergilah lah ni.Nia tu asyik undur saja.Cuba berhenti sekejap."Muqri kulum senyuman.

Nak tergelak tengok wajah gugup Rania.Hampir terlepas 'rahsia' yang Rania simpan.Sikit pun Rania tidak mahu memberitahu nya.Tapi Muqri tidak terasa.Dia sudah tahu dari Tina dan juga Daniel.Cuma tunggu tuan empunya diri umumkan sendiri.

Muqri maksudkan 'dia' adalah sesuatu yang lain.Bukan seperti yang Rania fikirkan.

Tengok muka Rania dah macam keluar asap.Panas saja.Mata tu tajam saja memandang muka Muqri.

"Awak jangan datang dekat.Elok awak pergi sbelum saya jerit."kata Rania.Dia dah tak tahu nak buat apa.Muqri makin menghampiri.Nak minta tolong pada siapa pun tak tahu.Telefon bimbit tertinggal dalam bilik pulak.

Entah macam mana Rania mengundur dan berlaga kerusi di meja makan.Dia hampir terjatuh ke lantai.Mujur Muqri cepat bertindak.Terus di sambar pinggang Rania.

Rania pula sempat berpaut pada leher Muqri.Matanya terpejam.Nasib tubuhnya tidak terhempas ke lantai.

Saat dia buka mata,wajah Muqri sangat dekat dengannya.Sempat Muqri mengusap lembut perut Rania sambil tersenyum.Rania sedikit terkejut dengan tindakan berani Muqri.

Terus ditolak tubuh Muqri agar menjauhi.

"Jangan nak ambil kesempatan!"marah Rania.

Muqri tersengih.

Sakit hati Rania.Bila teringatkan tangan itu juga yang memeluk Ayu.Dia jadi jijik.

"Sayang... boleh tak kita duduk dan bincang elok-elok.Bagi abang terangkan perkara sebenar."pujuk Muqri.Bimbang Rania akan terjatuh lagi.

"Saya rasa dah tak ada apa kita nak bincangkan."tegas Rania.

"Sayang,jangan macam ni.Tolong bagi abang peluang.Abang nak bersama sayang dan.....anak kita..."sambungnya sambil pandangan jatuh ke perut Rania.

Rania diam sebentar.Dah agak lambat laun Muqri pasti akan tahu juga.

Rania gigit bibir.Otak ligat memikirkan sesuatu.

"Baik kita bincang."Rania mengalah.Demi anak dalam kandungan dia harus menyelesaikan secara baik.

Muqri tersenyum lega.

"Nia tak nak kongsi dengan abang ker berita gembira ni?"tanya Muqri sambil tersenyum penuh gembira.

"Awak dah tahu kan.Memang betul.Cuma saya tak nak mengganggu hari bahagia awak."kata Rania sedikit dingin.

Sebenarnya dia mahu rahsiakan saja tentang anak dalam kandungan.Dia sudah nanar mahu berkongsi dengan Muqri.

"Kebahagiaan abang adalah bersama dengan Nia."tekan Muqri.

"Saya tak akan halang awak untuk jumpa anak ni setelah dia lahir.Buat masa sekarang elok awak temankan dia.Kan awak baru kahwin."ada nada cemburu di situ.

Mana tak cemburu bila terbayang yang bukan-bukan antara Muqri dan Ayu.Puas Rania usir dari kepalanya namun begitu kuat prasangka terhadap mereka.

"Abang akan selalu temankan 'dia'.Abang akan jaga sayang dan dia sebaik mungkin.Abang janji tak akan buat sayang sakit hati lagi."

Rania ketawa sinis.Muqri ingat senang nak berkongsi kasih.Andai pihak sana rela dia seribu kali tidak rela.Dia lebih rela mengundur diri dari terseksa jiwa dan perasaan.

"Kan saya dah cakap awak tak payah temankan saya.Saya tak suka berkongsi.Saya boleh jaga diri sendiri.Awak pergilah balik pada dia."

"Abang nak sayang di samping abang sampai hujung nyawa abang.Percayalah abang tak akan sia-siakan sayang lagi..."ucap Muqri sambil mencari anak mata Rania yang asyik lari dari nya.

"Awak ni tak faham kan!Saya tak nak hidup dengan awak dah!Saya tak boleh terima orang ketiga dalam hidup saya.Awak dah pilih dia kan.Jadi saya pun ada pilihan sendiri juga."kata Rania tegas.

"Nia satu-satunya isteri tercinta abang.Tiada yang kedua mahupun ketiga.Abang datang sini sebab nak jelaskan pada Nia yang abang tak jadi nikah dengan Ayu."

Kenyataan Muqri menjadi tanda tanya pada Rania.Mustahil sangat semudah itu.

"Percayalah...abang hanya cinta dan sayangkan Nia seorang saja.Tiada siapa dapat menggantikan tempat Nia dalam hati abang."

"Awak jangan nak tipu saya.Cukuplah dengan apa yang berlaku.Hati saya sudah hancur."

"Abang tahu sayang terluka.Tapi bagilah abang peluang untuk bersama sayang dan anak kita.Abang minta maaf.Abang alpa dalam menjaga rumahtangga kita.Tolonglah Nia..bagi abang peluang..."rayu Muqri.Dia berasa kesal dengan hal yang terjadi hingga buatkan Rania 'pergi' dari hidup dia.

"Tak kan semudah itu awak tak jadi nikah.Awak jangan nak tipu saya.Saya dah penat dengan semua ni."kata Rania dengan tidak percaya.

"Allah maha mengetahui segalanya, Nia.Abang tak pernah buat benda tu.Mujur ada seseorang yang jadi penyelamat keadaan."

Senyuman lega terpancar di wajah Muqri.

Rania tertanya.Apa yang sebenarnya telah terjadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience