Bab 50

Humor Completed 18363

"MARIAM jangan lari.Nanti jatuh."Rania segera berjalan agak laju mahu mendapatkan anaknya yang makin menjauh.

Setiap petang Rania akan membawa anaknya bermain di laman rumah.Terkekek gelak tawa Mariam Raisya yang berusia dua tahun bila nampak ibunya semakin mendekat.Fikirannya sudah tentu si ibu mahu bermain kejar mengejar dengannya.

"Mariam..ibu tak nak kawan lah.."sengaja Rania berkata begitu untuk menarik perhatian Mariam.

Mariam Raisya berhenti berlari.Segera berpaling dan berlari mendapatkan Rania.Rania segera mendepakan tangan menyambut tubuh Mariam.

"Pandai ya nak lari dari ibu..."geleteknya di perut si anak.

Makin galak Mariam Raisya ketawa.

"Bu..bu.."Mariam masih ketawa.

Rania angkat dan dukung si anak mendekati meja batu.

"Kan abang dah pesan jangan angkat Mariam."tegah Muqri yang baru pulang dari kerja.

Dari tadi dia melihat anak dan isteri yang sedang berkejaran di laman.Segera dia mendalatkan Rania yang sedang mendukung Mariam.

Di ambil Mariam dari dukungan Rania.

"Anak ayah yang comel ni.Kenapa buli ibu?"Bertalu pipi si kecil di ciumnya.

Mariam menolak muka si ayah sambil ketawa kegelian.

"Yam nak main dengan ibu.."jawab si anak.

"Mariam dah besar tau.Tak boleh bagi ibu dukung.Kesian adik dalam perut."jawab si ayah sambil mengusap perut ibu.

Hujung hidung Mariam dicuit.

Mariam terkebil seolah mengerti.Segera dia meminta turun dari dukungan ayah.Terus dia memeluk Rania dan mencium perut Rania.

"Cayang adik.Cupp!"

Rania dan Muqri hanya tersenyum melihat anak mereka yang sudah pandai menunjukkan perasan sayang pada si 'adik'.

"Lepas ni,Mariam tak boleh nakal tau.Kesian ibu."pesan Muqri lagi.

Mariam ketawa kecil sambil mencium pipi Rania pula.

Rania sangat bersyukur dikurniakan anak yang mendengar kata.Walau baru berusia dua tahun,Mariam Raisya seolah mengerti apa yang disampaikan oleh ayah dan ibu.

Mak Dah datang sambil menatang dulang berisi teko dan cawan serta sepinggan karipap.Habuan makan petang.

"Mak Dah,Nia dah cakap kan jangan buat apa."tegah Rania.

Rania melemparkan pandangan pada Mak Dah yang tidak 'makan saman'.Sudah berulang kali dia berpesan supaya Mak Dah tidak membuat sebarang kerja.Sudah ada seorang pembantu rumah yang di upah Rania untuk membantunya membuat kerja rumah.

"Nia jangan risau.Mak Dah tak buat apa pun.Tolong angkat dulang saja."

Mak Dah tersenyum kecil.Dia tahu Rania sudah berulang kali menegahnya agar tidak melakukan sebarang kerja.

"Nia nak Mak Dah rehat.Jaga kesihatan.."

"Mak Dah bosan asyik duduk saja.Tak apa Mak Dah buat kerja ringan-ringan saja."

Rania buat muka sedih.Sedikit tercebik bibirnya ke depan.Dia tidak mahu Mak Dah penat.Lagipun di usia macam Mak Dah perlukan rehat yang banyak.

"Dah macam Mariam pula..Kalau merajuk muka macam gitu lah.."seleroh Mak Dah sambil ketawa.

Muqri ikut ketawa.Mariam juga ketawa bila lihat papa dan nenek ketawa.

"Mak Dah suka tau usik Nia.."Rania tidak tahan lalu tersenyum kecil.

"Betul lah Mak Dah.Muka Mariam merajuk macam tu lah.Sebijik Nia.."sokong Muqri sambil ketawa mengusik Rania.

Bertambah seronok mereka saling usik mengusik.Mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada.Tu tak termasuk Reen lagi.Bila ketawa sampai berair mata.Cuti semester nanti Reen akan pulang bercuti dan tinggal bersama mereka.

"Lepas ni nenek nak sibukkan diri urus cucu baru."selit Mak Dah dengan gembira.

Muqri turut tersenyum sambil melirik pada Rania yang duduk bersandar di kerusi.Wajah ceria Rania menggambarkan yang dia kini hidup bahagia bersama suami dan anak serta ahli keluarga yang lain.

Semuanya rezeki yang tidak disangka.Dua tahun sudah mereka berdua menjadi sebahagian dari NEO HOLDING.Tak sangka apa yang mereka lalui selama ini ada hikmah disebaliknya.

Pada mulanya Muqri enggan terlibat sama dalam dunia perniagaan.Pak Long Musa dan Daniel begitu beria dan bersungguh mahu Muqri belajar tentang selok belok syarikat.Muqri akhirnya akur dan bersetuju.Itu pun berkali Rania cuba memujuk.

Dari zero pengetahuan tentang bisnes sehinggalah Muqri sudah mahir sekarang.Kerjayanya bermula dari bawah.Itu syarat yang diletakkan Muqri.Dia tak mahu dikatakan menumpang 'tuah' Rania.

Musa menghormati pendirian Muqri.Asalkan Muqri tetap menjadi sebahgian dari syarikat.Dia rasa hanya dengan cara ini dapat menebus kesilapannya pada arwah adiknya di masa lalu.

Dia tidak mahu anak dan menantu arwah adiknya Razak, tersisih dari mereka.Kerana mereka juga punya hak di dalam NEO HOLDING.

RANIA mengusap perutnya yang kekenyangan.Tadi dia sudah menghabiskan semangkuk bihun sup daging dan juga nasi beriani.Itu tak termasuk lagi jus tembikai dan ais krim.

Mariam sudah nyenyak tidur di dalam katil bayi.Dia pun ikut makan apa yang ibu makan.Selera makan Mariam makin bertambah.Sekarang pun sudah semakin bertambah montel.Tak sampai sepuluh minit dia sudah tertidur kekenyangan.

Pengalaman Rania buat kali kedua mengandung tidak sama dengan yang pertama.Yang ini sejak tahu mengandung,alahan sangat teruk.Dari bulan pertama hingga ketiga asyik muntah dan pening.Tak kira waktu pula tu.

Sebab itu Rania mengambil cuti selama tiga bulan pertama.Muqri juga tidak menggalakkan Rania untuk bekerja.

Masuk usia kandungan empat bulan,mood makan Rania semakin menjadi.Mujur badan Rania tidak terllau mengembang.Hanya perut saja kelihatan membesar.

"Anak ayah dah kenyang ker?"tanya Muqri sambil mendekatkan telinga ke perut Rania.

"Belum."jawab Rania sambil kulum senyuman.

Bulat mata Muqri memandang Rania.Sempat lagi Rania buat lawak.

"Betul ni?biar ayah tengok apa yang ada lagi dekat dapur."kata Muqri.Ketika itu jam sudah mengajak ke angka sebelas malam.

"Baby kita suka makan banyak tau..."Rania ketawa mengekek.

"Muka ibu pun dah tembam.."ujar Muqri bersahaja.

"Betul ker?"Rania gelabah sambil meraba muka sendiri.

"Abang gurau sajalah.Tak tembam pun.Comel macam dulu lagi.Tapi kalau tembam pun abang tetap sayang."Muqri sengih.

Bab sensitif bagi perempuan.Takut gemuk!Tapi Rania tak kisah kalau gemuk sekarang.Lepas pantang boleh kurus balik.

"Alaa.. sayang tak nak gemuk!Nanti abang tak sayang dah.Huwaaa!!"Rania pura menangis.

"Mana ada sayang gemuk.Tak gemuk lah.Cuma tembam kat perut saja."Muqri sembunyi ketawa.Silap cakap nanti merajuk sapa yang susah.Hehehe...

"Betul ni?Macam tu nak makan banyak lagilah.Baby
mengindam nak makan lamb chop pulak."Rania sengih.

"Boleh sayang.Esok abang belikan.Janji sayang dengan baby kita sihat."Muqri cubit perlahan pipi Rania.Dia juga tidak kisah jika Rania makin berisi.Cinta dia pada Rania tidak akan berubah.

Rania melentok kepala atas dada Muqri.Sengaja mahu bermanja.Kalau ada anak dara tu jangan harap Rania dapat buat begitu.Ayah hanya untuk dia seorang.Kedekutkan Mariam!Macam siapa lagi kalau bukan Rania.

"Terima kasih abang sebab bahagiakan Nia dan anak-anak kita."ucap Rania penuh rasa cinta.

"Abang yang patut berterima kasih pada sayang.Sebab sayang sudi kandung dan lahirkan zuriat kita."Muqri cium tangan Rania.

"Kerana abang,Nia rasa bahagia sangat.Kalau tidak tak tahu apa yang jadi pada Nia."suaranya sedikit mendatar.

"Semua itu aturan dari Allah.Kita sebagai hamba hanya mampu merancang.Tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.Macam jodoh abang dengan Nia.Kita tak tahu kan kita berdua berjodoh."

Rania senyum panjang.Bila teringatkan kembali kisah mereka rasa macam satu kebetulan pula.

"Nia pun tak sangka boleh berkahwin dengan abang.Masa tu Nia fikir nak selamatkan diri dari abang Daniel saja."luah Rania tanpa selindung.

"Dan abang pula memang nak sangat kahwin dengan Nia.Masa mula abang jumpa Nia,abang dah jatuh cinta.Masa tu Allah saja yang tahu betapa berdebar jantung abang bila kali pertama tengok Nia."Muqri tersenyum panjang.

"Bukan sebab abang nak larikan diri dari Ayu ker?"Rania kecilkan mata.

"Nia tak ingat ker.Sebelum tu abang dah lamar Nia tapi Nia jual mahal.Bila Nia cakap setuju,abang rasa bahagia sangat.Tapi tu lah,abang alpa dengan keadaan keliling.Abang hampir kehilangan Nia."kata Muqri sambil memeluk Rania dengan erat.Rambut Rania dicium.Menyedut segala kekuatan yang ada.

"Itu kali pertama dan terakhir Nia rasa macam hilang nyawa.Nia sayangkan abang.Nia tak boleh hidup tanpa abang.Abang adalah segalanya untuk Nia..."Rania membalas pelukan Muqri.

"Terima kasih Allah atas jodoh dariMu.Cinta itu milik kita!"ucap Muqri dan Rania serentak.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience