RANIA terdengar bunyi motosikal dan suara orang memberi salam beberapa kali di luar rumah.Suara lelaki.Mak Dah pula tiada di rumah ketika itu.Cemas juga Rania pada mulanya.
Rania intai sedikit melalui jendela kayu yang terbuka luas.Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di luar rumah sambil menjijit beg plastik dengan kedua belah tangan.
Rania memberanikan diri untuk menjawab salam.Hanya kepalanya sahaja di jengul keluar jendela.Pintu memang Rania kunci selepas Mak Dah keluar.
"Waalaikumusalam..Mak Dah tak ada.Dia ke kedai sekejap."beritahu Rania.
"Oh saya tahu..saya datang nak hantar barang Mak Dah.Saya Muqri."kata pemuda itu memperkenalkan diri.
Rania senyum kecil.Mak Dah ada memberitahu tentang pemuda ini semalam.Muqri nama dia.Rania ingat lagi Mak Dah sebut nama dia.
"Err..awak letak saja dekat tangga.Sekejap lagi saya ambil."kata Rania.
Malu pula Rania nak turun ambil barang dari Muqri dengan skirt paras lutut. Pertama kali Rania berasa malu akan pakaian sendiri.Ini pun dikira dah cukup 'sopan' dari pakaiannya yang lain.Dia main campak saja baju masuk ke dalam beg masa nak datang ke sini.
Sini kawasan kampung,jadi Rania berasa agak segan berpakaian seperti duduk di bandar.Mahu terbeliak biji mata orang kampung tengok cara pakaian Rania yang tak cukup kain itu.Pemikiran orang kampung tak sama dengan bandar.Bukan bermaksud orang kampung kolot tetapi mereka lebih mementingkan penampilan yang lebih sopan.Lebih-lebih lagi anak perempuan.Mestilah harus menjaga diri agar tidak dipandang serong oleh mata masyarakat.
"Baik cik.Saya letak dekat sini ya."kata Muqri sambil tersenyum.
"Terima kasih..."ucap Rania sebelum Muqri berlalu pergi.
Muqri hanya mengangguk dan tersenyum lagi.Rania pula yang kaku melihat senyuman manis Muqri.Terasa sesuatu pula.Tetapi dia cepat mengusir pergi.Perasaannya sahaja.Tapi kan bila Muqri senyum tadi boleh cair juga hati dia.
Setelah memastikan motosikal Muqri berlalu pergi barulah Rania segera turun mengambil barang di atas tangga dan dibawa masuk ke dapur.
Setengah jam kemudian,Mak Dah pun muncul bersama seorang gadis bertudung.Nampak manis dan sopan sahaja.
"Nia,ini Reen adik Muqri.Yang tadi tolong hantarkan barang tu."perkenal Mak Dah.
Gadis remaja itu tersenyum manis padanya.
"Apa khabar kak Nia?"sapa gadis bertudung merah jambu itu.
"Baik."jawab Rania ringkas sambil menyambut huluran tangan Reen.Sopan saja remaja itu tunduk menyalami tangannya.
"Hari ni,Mak Dah nak buat kari ikan bawal.Reen dengan Nia boleh tolong Mak Dah masak.Reen tolong ambil bekas besar tu,Mak Dah nak cuci ikan dulu."arah Mak Dah pada dua gadis di depannya.
Laju saja tangan Reen memotong sayur kangkung.Nia pula masih terkial-kial.Selama ini mana pernah dia buat semua kerja rumah.Segalanya Mak Dah dan arwah mama yang buat.Sikit pun dia tak pernah tolong.Menyesal juga tak belajar cara kerja di dapur
Reen pula tidak kekok di dapur sebab sudah terbiasa.Tu pun kadang saja Reen masuk dapur.Selebihnya abang dia, Muqri yang banyak memasak.Muqri lagi cekap memasak di dapur.Arwah emak mereka yang ajar.Sejak arwah emak meninggal tiga tahun lepas semua kerja rumah Muqri yang uruskan.
"Nia,tolong lap pinggan mangkuk ni."arah Mak Dah sambil menghulurkan sehelai tuala kecil pada Rania.
Kasihan pula Mak Dah bila tengok Rania terlalu kekok memegang pisau.Risau pula Mak Dah ada yang tercedera nanti.
Rania menurut.Rania naik segan juga bila Reen yang lagi muda padanya lebih pandai menguruskan kerja dapur.Lepas ni Rania kena rajin masuk dapur belajar memasak.
Lap pinggan pun Rania terkial-kial.Mak Dah hanya tersenyum.Dia tahu Rania belum biasa.Bukan niat Mak Dah mahu mendera Rania.Tetapi Rania perlu berubah dan belajar sesuatu.
Mak Dah sudah siap memasak kari ikan bawal.Manakala Reen sudah siap menggoreng sayur kangkung.Rania ikut berdiri di sebelah Mak Dah sewaktu Mak Dah mahu menggoreng ikan.Dia mahu melihat cara untuk menggoreng ikan.
"Biar Nia cuba letak pula."pinta Rania bila melihat Mak Dah dengan mudah saja memasukkan ikan ke dalam minyak panas.
"Boleh.Letak perlahan ya.."kata Mak Dah.
Rania sudipkan ikan yang telah di lumurkan garam kunyit di dalam besen kecil.Terkial juga ikan nak naik atas sudip.Tapi Rania tidak berputus asa.Ikan sudah di letakkan atas sudip,Nia angkat perlahan dan mahu masukkan dalam kuali.Belum sempat nak letak,ikan sudah terjatuh dengan sendiri.Bukan dalam kuali tetapi di atas lantai.
"Ikan hidup!Ikan hidup lagi!"latah Mak Dah buatkan Rania dan Reen ketawa serentak.
"Sorry Mak Dah,Nia tak sengaja.." Rania tersengih malu pada Reen.Gadis itu hanya tersenyum padanya kembali.
"Tak apa kak Nia.Reen dulu lagi teruk.Ikan dah masuk kuali.Reen lari menyorok belakang abang.Takut meletup.."cerita Reen buatkan Rania tertutup rasa malu.
Riuh rendah suara mereka bertiga di dapur sampaikan Muqri datang pun mereka tidak sedar.
"Assalamualaikum.."ucap Muqri buat kali ketiga.
"Waalaikumusalam...Ri rupanya.Marilah masuk.Elok sangat semua dah terhidang atas meja."kata Mak Dah yang baru menyedari akan kehadiran Muqri di muka pintu dapur.
"Bila abang Ri sampai.Tak dengar bunyi motor pun."kata Reen.Dia juga tidak sedar akan kehadiran abangnya.
"Sampai dah lama pun.Mana nak dengar orang bagi salam.Ketawa macam nak bergegar rumah.."sindir Muqri sambil tersengih.
"Hehehe..kami seronok sangat tadi."jawab Reen.
"Sudah lah tu.Mari duduk makan."kata Mak Dah sambil mengambil tempat di hadapan Rania.
Rania pula duduk di sebelah Reen.
"Errrmm..sedapnya bau kari Mak Dah.Dah lama Ri tak makan kari Mak Dah."ujar Muqri.
"Kari biasa saja.Entah sedap ker tidak."Mak Dah merendah diri.
"Mak Dah masak semuanya sedap.Macam gini.."kata Reen sambil menaikkan ibu jari kanannya.
"Habis tu selama ni abang Ri masak tak sedaplah.."gurau Muqri.
Reen ketawa.
"Sedaplah juga.."jawab Reen sambil tersengih.
"Lepas ni abang Ri tak nak masak lah.."Muqri berpura merajuk.
"Abang Ri jangan merajuk nanti cepat tua.Dah tua siapa pun tak mahu.."usik Reen.
Tercetus ketawa mereka semua serentak.
"Kalau Nia nak tahu dua orang ni rajin usik-mengusik.Sebab tu gamat satu rumah jadinya.."celah Mak Dah.
Rania hanya tersenyum kecil.Seronok tengok hubungan Reen dan Muqri.Akrab sangat.
"Mak Dah minta air sikit."kata Muqri.Rasa kering pula tekaknya asyik berceloteh dengan Reen.
"Nia tolong tuang air dekat Ri."pinta Mak Dah.
Rania yang berada dekat dengan jag air terus menuang air sirap ke dalam cawan dan menghulurkan pada Muqri.
"Terima kasih.."kata Muqri.Rania hanya mengangguk kecil.
"Siapa nama tadi.Dah lupa?"tanya Muqri sambil kecilkan mata memandang Rania yang nampak malu-malu.
"Rania."jawab Rania ringkas.
Mak Dah dan Reen berpandangan sesama sendiri sambil mengangkat kening.
"Rania dulu kerja dekat mana?"tanya Muqri.
"Dia baru habis belajar.."sampuk Mak Dah.
Rania hanya tunduk sambil meneruskan suapan.
"Kak Nia,lepas ni Reen boleh datang selalu sini.Duduk rumah pun bosan tak ada kawan."kata Reen.
"Boleh.Kak Nia lagi suka.Kak Nia boleh borak dengan Reen."kata Rania.Dia juga perlukan teman selain Mak Dah.
"Mak Dah balik terus ker atau sekejap saja?"tanya Muqri.
"Tak pasti lagi.Tapi rasa Mak Dah lama lagi dekat sini.Dah lama tak balik rumah.Rindu pula."jelas Mak Dah.
"Bagus juga Mak Dah duduk lama kat sini.Kami pun rindu kan Mak Dah.."jawab Reen.
Mak Dah hanya tersenyum panjang.Untung dia masih ada anak saudara untuk menumpang kasih.
Share this novel