Bab 12

Humor Completed 18363

SEJAK Reen kerap bertandang ke rumah Mak Dah,Rania tidak lagi kesunyian.Gadis sunti ini sering berbual dengan Rania.Rania pula makin bertambah senang dengan keramahan Reen.Sekurangnya dia ada teman untuk berbual.Sekaligus membuatkan dia terlupa sekejap akan kesedihan di hati.

Untuk seketika juga,dia sudah melupakan Tina,Hani dan Mira.Sengaja dia matikan telefon bimbit agar mereka tidak mencarinya.Biarlah sesiapa pun di antara mereka tidak tahu dia ke mana.Termasuklah Daniel.Rania perlukan ketenangan buat masa sekarang.

"Kat sini rupanya kak Nia.."tegur Reen dan terus labuhkan punggung di tepi Rania yang duduk di atas bangku kayu bawah pohon mangga.

Rata-rata rumah di sini mempunyai pokok mangga di keliling rumah.Mungkin mangga senang hidup di kawasan tanah sawah padi.Sejuk saujana mata memandang.Pohon kelapa melambai-lambai bila ditiup angin.Sangat mendamaikan jiwa.Sejuk mata memandang.

Setiap pagi Rania bangun dia akan buka jendela terlebih dahulu.Menghirup udara yang segar buatkan diri lebih bersemangat.

"Bila Reen sampai,kak Nia tak perasan pun."sungguh dia asyik memandang ke sawah padi yang menghijau hingga tak sedar bila Reen ada di situ.

"Baru saja."jawab Reen sambil tersengih.

"Reen tak ada kelas tambahan ker hari ni?"

Selalu selepas balik sekolah Reen ada kelas tambahan di sekolah.Serba sedikit Rania tahu mengenai jadual harian Reen.

"Cikgu ada hal tadi.Sebab tu kelas tangguh."beritahu gadis sunti itu.

"Tahun ni Reen SPM kan?"tanya Rania lagi.

"Haahh..sebab tu ada kelas tambahan setiap hari.Cikgu nak buat ulangkaji setiap subjek.Takut ada yang terlupa.Nanti nak jawab periksa semua benda dah lupa.Otak pun dah beku.."ujar Reen sambil ketawa kecil.

Tiba-tiba ingatan Rania jatuh pada arwah Ryan.Sepatutnya tahun ni juga Ryan menduduki peperiksaan SPM.Kalau lah dia ada tentu sedang sibuk menelaah buku-buku pelajaran.Sampai Rania gelarnya 'Ryan ulat buku'.Ke mana saja Ryan pergi pasti ada saja buku yang di bawanya.

Rania kulum senyum bercampur sebak tapi tak sampai sesaat airmata mula bergenang di tubir mata.

Rania jadi sebak bila terkenangkan arwah adiknya,Ryan.Kalau Ryan ada sudah tentu dia pun sibuk mengulangkaji macam Reen juga.

"Eh..kenapa ni kak Nia?"tanya Reen cemas bila perasan mata Rania sudah berkaca.

Setitis dua airmata makin laju menuruni ke pipi.

Rania tanpa tunggu lama terus sambar tubuh Reen.Erat sekali dirangkul tubuh gadis itu.Dia sudah tidak dapat mengawal emosi.Sungguh dia rindu sangat.Rindu pada arwah Ryan.Kalau lah Ryan masih ada sudah tentu Rania tidak sendirian.

"Kak Nia rindu..Rindu sangat dengan Ryan.." beritahu Rania sambil menangis teresak memeluk Reen.

Reen usap perlahan belakang Rania.Dia sudah tahu mengenai kejadian yang menimpa keluarga Rania.Dia berasa sangat simpati pada Rania yang sudah kehilangan ibubapa serta adiknya.

"Sabar ya Kak Nia..Allah lebih sayangkan arwah Ryan.Reen yakin arwah sedang tengok kak Nia dari jauh."pujuk Reen.

Rania masih menangis tersedu-sedan.Sesungguhnya rindu pada yang telah tiada di dunia amatlah sakit sekali.Rindu yang tiada penghujung.

"Reen tahu kak Nia kuat.Banyak kan berdoa buat mereka.Reen faham betapa sakit merindui keluarga tersayang yang sudah tiada."suara Reen mengendur tetapi masih dapat didengari Rania.

"Reen dan abang Ri pernah rasa apa yang kak Nia rasa sekarang.Sakit bila kehilangan.Mak meninggal tiga tahun lepas.Masa tu Reen rasa nak ikut arwah mak mati saja.Mujur Reen masih ada abang Ri.Abang Ri lah segalanya bagi Reen."ujarnya.Ketika itu Rania sudah kembali bertenang.

Rania sudah berhenti menangis.Dia mendengar dengan teliti cerita dari Reen.Rupanya ada lagi yang senasib dengannya.Tapi nasib Reen lebih baik berbanding dia kerana masih mempunyai saudara kandung.Sekurangnya terubat juga rindu pada yang telah tiada.

Tapi Rania... hanya sebatang kara.

Terpaksa menumpang kasih dari Mak Dah dan juga Reen yang tiada langsung pertalian darah jauh sekali ikatan persaudaraan.

"Kak Nia jangan sedih lagi.Kami semua sayangkan kak Nia.Kalau kak Nia rindu.Kak Nia peluk saja Reen.Reen tak kisah sebab Reen pun dah lama tak peluk orang."gurau Reen buatkan Rania kembali tersenyum.

Ya lah kan,tak kan Reen nak peluk Muqri.Sejak meningkat remaja,dia jadi malu pada abangnya sendiri.Dan dia tahu batas pergaulan antara mereka walaupun mereka adik beradik sedarah sedaging.

"Sorry... kak Nia basahkan baju Reen."kata Rania sambil menyapu kesan airmata pada bahu Reen.

Terlihat kesan tompokan airmata Rania di atas baju Reen.

"Tak apa.Air mata kak Nia mahal tau.Kena baju Reen tak ada hal lah.Sekurangnya Reen dapat seorang kakak.Boleh kongsi rahsia perempuan."kata Reen sambil ketawa kecil diikuti Rania.

"Kak Nia jangan sedih-sedih.Reen dan Mak Dah ada untuk kak Nia.Walaupun Reen baru saja kenal kak Nia, tapi rasa macam dah lama kenal."tutur Reen sambil tersenyum lega melihat Rania yang sudah berhenti menangis.

Dia pun ikut mengesat airmata di tubir mata.

"Ni Reen pakai baju kurung nak pergi mana?" tanya Rania.Dia perasan selalu Reen mahu ke kelas tambahan mesti pakai seluar dan baju lengan panjang sahaja.

"Oh..sekejap lagi Reen nak pergi mengaji dekat surau.Abang Ri mengajar di situ buat sementara waktu.Ramai budak-budak mengaji Al-quran sebelah petang.Ustaz Amir minta abang Ri gantikan dia sementara dia pergi umrah.Dewasa pun ada juga tau.Kalau kak Nia nak ikut sama,jom lah..."pelawa Reen bersungguh.

"Kak Nia seganlah.Lagi pun kak Nia tak ada baju kurung dengan tudung."beritahu Rania tanpa selindung.

Sekarang pun dia hanya memakai baju tshirt dengan skirt paras betis.Kadang dia berasa malu juga dengan Reen.Gadis ini selalu berpakaian menutup aurat sedangkan dia jauh berbeza.

Lagi bertambah segan Rania,bila setiap kali Muqri datang ke rumah Mak Dah.Dia pasti akan masuk ke bilik.

Muqri tu pun bila cakap asyik padang bawah tak pun arah lain.Macam takut nak pandang muka Rania.Mungkin juga dia segan mahu memandang sebab Rania selalu pakai skrit.Rambut pun lepas bebas.Walau dah kurang warna karat tapi tetap tak ditutup.

"Kalau Nia nak ikut Reen, pergilah.Esok kita pergi beli baju kurung."sampuk Mak Dah.Entah bila dia berada di situ pun mereka tidak perasan.

"Tapi Nia segan lah Mak Dah.Nia tak pandai mengaji."keluh Rania sambil mengesat airmata dan hidung yang masih tersisa.

Setakat baca Al-fatihah dia ingat lah.Yang lain semua ke laut dalam.Teruk kan hidup Rania.Bukan arwah mama dan papa tak pernah hantar mengaji Al-quran.Dari kecil lagi sudah dihantar hingga ke sekolah menengah.Mengaji Al-quran tak sempat nak habis sebab Rania banyak ponteng kelas mengaji.Jadi apa yang dia belajar sebelum itu semua sudah dia lupa.

"Tak apa Muqri boleh ajar.Ramai saja yang Muqri ajar dekat surau tu.Tak kira budak atau dewasa."sokong Mak Dah.

Muqri merupakan seorang guru di sekolah rendah dalam kampung.Selepas Asar dia akan mengajar pula di surau berdekatan menggantikan Ustaz Amir yang menunaikan umrah.

Rania senyum kecil.Bagus juga dia datang ke sini.Sekurangnya dia dapat belajar tentang agama dan segala yang dia tidak pernah tahu selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience