MAKIN hari makin mengebu rasa cinta mereka berdua.Rania dan Muqri dua hati yang telah ditakdirkan bersatu.
Siapa kata Muqri tidak romantik?Hari demi hari sifat sebenar romantik Muqri terserlah.Tapi dengan Rania saja tau.
"Kenapa yang kalut sangat ni Ri?"tanya Mak Dah bila melihat Muqri tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.
"Mana Nia?"tanyanya sambil menoleh ke kanan dan kiri mencari kelibat si isteri.Namun tidak kelihatan di ruang depan rumah Mak Dah.
"Ada tu hah,kat belakang dengan Reen."Mak Dah menggeleng kepala melihat telatah Muqri.Macam lah isteri dia nak hilang.
Muqri tersengih sebaik melihat Rania yang sedang membancuh air di dapur.
"Abang dah balik?"tanya Rania sebaik Muqri muncul.
Muqri terus duduk sambil memandang wajah Rania tanpa jemu.Makin meruah perasaan sayang dan cinta melihat isteri di depan mata..Begitu juga dengan Rania,perasaannya terhadap Muqri semakin mekar dan mewangi.
"Amboi abang Ri!tak menyempat bagi salam pun.Tak lari mana pun kak Nia."tegur Reen bersama cetusan ketawa.
Muqri menggosok kepala Reen.Terjerit kecil Reen bila tudungnya sudah senget.
"Abang Ri dah bagi salam dari luar lagi.Reen yang tak dengar.."
"Ya lah tu..Waalaikumusalam.."Reen tersengih.Suka dia melihat abang dan kakak ipar yang saling menyemai kasih.Nampak sepadan sangat.
"Abang,nah air kopi.Ni kami ada buat cucur pisang sikit."pelawa Rania sambil meletak cawan kopi ke hadapan Muqri.
"Kak Nia yang goreng tadi.Reen tolong kacau saja."jawab Reen.
"Wah!isteri abang dah pandai.Nanti boleh la abang request masakan lain pula.."gurau Muqri.
"Insyallah nanti Nia cuba buat.Kena banyak belajar dari Mak Dah lagi.."Rania tersipu malu.
"Nia rajin belajar masak sebab tu Ri sayang.."sampuk Mak Dah sambil tersenyum senang hati.
Menggangau tangan Muqri mencapai tangan Rania di bawah meja.Rania tersentak.Terasa genggaman jari jemari Muqri.Sekilas Rania membalas sambil tersenyum manis.
Cinta mereka berdua semakin menggunung.Hari-hari yang dilalui terasa sangat indah.Lirikan mata dan senyuman bahagia sudah cukup menggambarkan perasaan mereka berdua.
Perasaan bahagia yang selama ini Rania belum pernah rasai.Muqri sebagai pelengkap dalam hidupnya.Malah dia berasa terbang di awangan bila berada di samping Muqri.Tiada kata yang dapat diungkap kan lagi bila mereka sama-sama merasai kehangatan cinta yang baru dibina.
Begitu lah setiap hari,hidup mereka di hiasi dengan jambatan kasih.Semakin teguh dan kuat.Senyuman indah sentiasa menghiasi bibir keduanya.
"Hai Muqri berangan apa tu senyum sorang-sorang?"cikgu Malik sudah tersenyum sumbing.
"Err..mana ada.."dalih Muqri.Dia berpura menyusun buku di hadapannya.
"Aku rasa aku tahu kenapa.Tengok kau asyik senyum memanjang buatkan aku rasa nak cepatkan tarikh kahwin aku lah."seleroh cikgu Malik sambil senyum-senyum.
"Kau ni ada saja.Aku senyum tengok jadual ni."dalihnya lagi sambil menunjuk pada jadual yang ditampal pada mejanya.
"Ya lah tu.Dari aku masuk sampai nak keluar balik kau tengah senyum sorang-sorang.Kau ingat aku tak nampak." kata cikgu Malik.
Muqri hanya tersenyum malu.Benar apa yang cikgu Malik cakap.Setiap saat dia teringatkan Rania.Rania betul-betul telah buat Muqri jatuh cinta.
Ini baru dikatakan bercinta selepas nikah.Sungguh indah sekali.Bila dah halal nak pegang mana pun dah tak ada batasan.Muqri senyum lagi.
"Kan..kan aku dah cakap.Kau mesti teringatkan bini kau.."sindir cikgu Malik buatkan Muqri tersengih dan dia minta diri dari situ sebelum yang lain turut mengusiknya.Habis gempar satu sekolah nanti.
Pagi itu,Rania mengajak Mak Dah ke kedai berhampiran.Dia mahu membeli sedikit barang dapur.Baru perasan sayur dan beberapa jenis barang dapur sudah habis.
"Nia,dah habis pilih sayur ker?"tanya Mak Dah sambil memasukkan beberapa biji bawang besar ke dalam plastik.
Niat dia nak temankan Rania saja tapi dah alang temankan terus dia pun beli barang apa yang kurang.
"Nia nak beli sayur dengan ikan untuk tiga hari.Nanti tak perlulah nak berulang setiap hari ke kedai."beritahu Rania sambil memilih beberapa jenis sayur.
Rania ambil dua biji lobak merak,seikat kangkung,sawi sikit,dan beberapa jenis sayur lain juga.Bakul pun sudah hampir penuh.
"Okey,Nia dah siap.Meh sini bawang tu biar Nia bayar sekali."
"Tak payah lah.Nanti Mak Dah bayar."
Segan pula Mak Dah setiap kali Rania yang tolong bayarkan.
"Tak apa.Biar Nia bayar."kata Rania.
Tak sempat Mak Dah nak halang,Rania sudah bayarkan sekali.
"Untuk mak tak akan anak nak berkira.."kata Nia bersama senyuman.
Mak Dah hanya tersenyum senang.Rania memang pemurah macam arwah ibu bapanya juga.
"Konon baik lah tu.Berlakon saja.Perampas!"sindir suara dari arah belakang mereka.
Terkejut keduanya dan terus menoleh.Tertiba Ayu turut berada di situ.
Rania segera tarik tangan Mak Dah mengajak pergi dari situ.Dia tak mahu timbul sebarang masalah.Bukan mereka saja ada di situ,terdapat beberapa orang pelanggan wanita juga.
"Dasar perampas!ada hati nak buat baik.Dah tu perangai pun tak senonoh!"Ayu jeling kasar sambil tengok Rania atas bawah atas bawah.
"Apa masalah kau ni Ayu.Tak puas hati lagi ker!?" tanya Mak Dah.
"Memang Ayu tak puas hati!Kalau perempuan ni tak muncul dalam kampung kita,sudah tentu Ayu yang kahwin dengan Muqri!"katanya dengan kasar.
"Kamu ni Ayu tak habis-habis lagi.Cukup-cukuo lah.Muqri dah kahwin dengan Rania pun."balas Mak Dah.Dalam hati sudah mendongkol geram.
Rania malas mahu bertekak dengan Ayu.Dutarik tangan Mak Dah untuk pergi dari situ.Tetapi Mak Dah tidak mahu berganjak dari situ.Dapat Rania lihat dada Mak Dah turun naik menahan marah.
"Ini semua pasal Mak Dah lah!kalau Mak Dah tak bawa pompuan ni datang sini,tak akan Muqri nak pilih dia.Sepatutnya Ayu yang kahwin dengan Muqri!"Ayu tunjuk muka garang.
Sudah hilang rasa hormat pada orang yang lebih tua darinya.Dengan Mak Dah pun dia nak cari pasal.
"Ikutkan hati aku ni.Malas aku nak tengok muka kau,Ayu.Otak kau letak dekat mana.Tak faham bahasa betul.Jodoh Allah yang tentukan bukan aku!"angin Mak Dah melihat Ayu yang bercakap sambil bercekak pinggang dengan lagak garang.
"Arrghhh! Mak Dah tu bela sangat pompuan ni!Tak payah nak tutup semua tubuh kau.Kau bukannya bagus pun.Nak aku sebarkan gambar kau!? biar satu kampung kutuk Muqri!Biar Muqri malu dapat isteri macam kau!" Ayu gelak mengejek.
Rania sudah kecut.Tak berani dia nak balas apa pun.Rania bimbang Ayu akan buat apa yang dia cakap.
"Kalau kau berani buat lah,Ayu!Jangan sampai aku buat report polis kau kacau rumahtangga Rania dan Muqri!"kata Mak Dah dengan tegas.
Ayu telan liur.Takut bila dengar polis.
"Hei Ayu!kat sini kau ya.Aku suruh kau beli ikan sayur pun kau tak boleh buat.Anak tak bokeh harap betul lah kau ni!"marah Mak Ros.
Mana tak marah bila dia tunggu Ayu lama sangat.
"Mak ni.Ayu ada hal lah."Ayu termalu bila Mak Ros datang dan memarahinya depan orang.
"Itu saja alasan kau!Dah la kerja malas,Satu kerja pun tak boleh harap.Aku ni terconggok kat rumah tunggu ikan.Kau boleh melenggang kat sini!"leter Mak Ros.
Tidak dipeduli pada orang ramai yang ada di situ.Mereka berbisik sesama sendiri.Ayu pula yang terkulat malu.Tadi tunjuk garang sangat sekali mak dia datang terus muka berubah takut.
"Mak ni.Beli lah sendiri.Ayu nak balik."segera duit dikembalikan pada emaknya.Ayu terus berjalan cepat keluar dari kedai.
"Jaga kau bila aku balik nanti!siap kau!'marah Mak Ros.
Rania dan Mak Dah hanya berpandangan.Mujur Mak Ros datang tepat pada masa.
Siapa tak kenal dengan Mak Ros.Orangnya garang.Ayu sendiri pun dah kecut perut tengok wajah mak sendiri.Menonong saja Ayu pergi dari situ tanpa pandang ke belakang lagi.
Rania dan Mak Dah juga segera beredar dari situ sebelum menjadi buah mulut orang kampung.
Share this novel