DALAM keterpaksaan Rania menumpang kereta Muqri lagi.Tak makan saman Muqri ni.Sudah Rania melarang untuk mengambilnya seperti selalu,dia tetap datang ambil juga.Siap berkromponi dengan Mak Dah untuk melengahkan Rania dari berjalan kaki ke sekolah.
"Tak apa Rania boleh anggap sahaja saya sebagai kawan biasa.Saya faham kenapa Rania masih belum beri jawapan."tutur Muqri.
Muqri akur.Dia tidak akan memaksa Rania untuk menerimanya.Biar Rania buat keputusan sendiri sama ada menerima atau menolak lamarannya.
Rania masih membisu.Pada hal dalam hati dah kembang kuncup bila Muqri melamarnya.Perasaan yang sukar digambarkan.Rasa macam terapung di awangan.Tapi dia takut nak luahkan.
Dia hanya biar lamaran Muqri tergantung begitu saja tanpa sebarang jawapan.
Semasa waktu balik mengaji petang itu,Ayu sengaja menunggu Muqri berhampiran kereta.
"Muqri,Ayu nak cakap sikit."panggil Ayu.Muqri agak keberatan untuk melangkah ke keretanya.
Reen dan Rania sekadar menjadi pemerhati tidak jauh dari situ.
"Cakap dekat sini sajalah.Lagipun dah lewat petang ni."Muqri rasa tidak selesa.Mujur dia sudah berpesan pada adiknya agar menunggu untuk balik sekali.
"Err...sebenarnya..Ayu...Ayu nak suruh Muqri masuk meminang Ayu.Dah lama sangat Ayu tunggu."tanpa segan silu Ayu berkata.
Muqri mengeluh.
"Macam ni lah Ayu.Saya tak boleh paksa diri saya untuk terima Ayu.Ayu jangan salah faham."Lembut Muqri menolak.
"Tapi Muqri,ayah Ayu asyik tanya pasal kita.Tak kan Muqri langsung tak boleh terima Ayu.Ayu tengok ramai saja pasangan yang berkahwin tanpa cinta.Elok saja."Ayu sedikit mendesak.
"Lepas nikah kita boleh bercinta.Lagi seronok."katanya berangan sambil tersenyum gembira.
Rania dan Reen hanya mendiamkan diri.Mereka berdua saling berpandangan.
"Macam ni lah Ayu.Nanti saya cakap dengan Pak Leman sendiri.."belum sempat Muqri habiskan ayat,Ayu dah senyum lebar.
"....saya tak boleh nak terima Ayu."sambung Muqri buatkan senyuman Ayu terus mati.
"Kenapa pula tak boleh?bertahun Ayu sanggup tunggu Muqri.Ayu dah cuba lupakan Muqri tapi tak boleh.Makin Ayu cuba lupakan makin kuat perasaan Ayu pada Muqri."luah Ayu tanpa selindung.
Dia memang sengaja mengajak Sofia untuk menemaninya ke surau.Pada hal dia nak dekat kan diri dengan Muqri.Bukan nak belajar mengaji sangat.
Muqri tarik nafas panjang.
"Ayu,kita dah lama sekampung.Saya harap Ayu faham.Saya tak boleh terima Ayu."ujar Muqri lagi.
Sejak dulu Muqri akan cakap benda yang sama.Tapi Ayu masih tidak berubah pendiriannya.Tetap mencuba untuk mendapatkan Muqri.
"Ayu tak faham.Kenapa Muqri tak boleh terima Ayu?Ker memang betul Muqri ada hubungan dengan budak KL ni."lurus jari telunjuk Ayu ke arah Rania.Rania pula yang terperanjat dengan tuduhan Ayu itu.
"Ayu boleh tak jangan cakap yang bukan-bukan."Muqri makin bosan dan muak dengan sikap Ayu.
"Betul lah kan.Patut orang kampung asyik cakap pasal Muqri dengan dia.Tak sangka Muqri akan pilih perempuan macam ni.Entah-entah dekat KL sana,dia lagi teruk dari Ayu.Macam ni pun Muqri nak?"sindir Ayu sambil menjeling tajam pada Rania.
Rania rasa macam nak menangis dengar tuduhan dari Ayu.Tak sangka Ayu yang nampak lemah lembut boleh cakap begitu padanya.
"Ayu,jaga sikit mulut tu.Tak elok tuduh orang macam tu.Sama ada saya ada perasaan atau tidak pada Rania,Ayu tak boleh masuk campur.Sekarang Ayu balik dulu.Saya tak nak cakap lagi pasal hal ni."Muqri terus naik angin kesian bila tengok Rania menunduk malu.
"Huh!perempuan tak ada maruah macam tu lah.Semua jantan nak dikebasnya."sindir Ayu lagi.
"Ayu!"tempik Muqri buatkan bahu Ayu sedikit terangkat kerana terkejut.
Rania sudah tidak tahan lagi mendengar.Dia terus berjalan laju balik dengan linangan airmata.Panggilan dari Reen juga tidak di endahkan.
Entah kenapa hati dia sangat rapuh.
Sebenarnya Rania berasa malu dengan apa yang Ayu cakap mengenainya.Memang dulu itu lah diri Rania yang sebenar.Berpakaian seperti perempuan tak ada maruah diri.Pak Long Musa pun cakap benda yang sama.
Tapi yang buatkan Rania berasa sedih sangat bila ada yang mengungkit kembali kisah lampau nya.
Betul orang cakap,bila kita cuba berubah menjadi baik ada saja dugaan yang mendatang.Rania kena kuat dan tabah.Tak boleh mengalah.Biar kan orang nak cakap apa.
Rania beristighfar beberapa kali.Syaitan memang senang mempengaruhi manusia untuk lakukan kejahatan.Jadi apa yang perlu kita buat ialah selalu dekatkan diri dengan Allah.Solat,berselawat dan berdoa.Doa adalah senjata umat Islam yang paling tajam.Jadi berdoalah.Allah suka hambaNya merintih dan merayu pertolongan dariNya.
Rania ingat lagi usrah pendek dari Muqri di surau tempoh hari.Semua tu memang tepat mengenai Rania.
Baru semalam Rania memberitahu Mak Dah mengenai rancangannya.Awal pagi Muqri sudah terpacak depan rumah Mak Dah.Siapa lagi yang bagitahu kalau bukan Mak Dah.
Mak Dah sangat bimbang akan keselamatan Rania jadi dia suruh Muqri yang menemani Rania ke KL.Rania tiada alasan untuk menolak lagi.Dia akur dengan Mak Dah.Dia tahu Mak Dah sayangkan dia.
"Rania pergi dulu.Saya tunggu dekat kereta."kata Muqri sambil bersandar ditepi keretanya.Dia mahu memberi Rania ruang untuk bersendirian seketika.
Rania duduk di tepi pusara ketiga-tiga arwah.Disedahkan surah Al-fatihah.Rania benar-benar rindu akan arwah papa,mama dan Ryan.Rindunya tak akan pernah padam pada mereka.Rumput kecil yang mulai tumbuh atas pusara,dicabutnya.Di usap batu nisan mereka.Rindu dia hanya Allah sahaja yang tahu.Betapa perit menanggung rindu pada insan yang sudah tiada.
Hampir setengah jam baru lah Rania beredar dan mendapatkan Muqri.Dari jauh Muqri sudah tersenyum manis pada Rania.Rania senyum segaris.
Belum sempat nak masuk ke dalam kereta,nama Rania di seru.
"Nia."suara yang cukup dikenalinya.
"Abang Daniel."Rania terkejut macam mana Daniel boleh tahu dia di sini.Mesti Tina atau Hani yang bagitah kerana selepas ini di mahu bertemu dengan mereka berdua.
"Nia.Merata abang cari Nia.Nia balik juga akhirnya.Jom,abang bawa Nia jumpa papa."Daniel meluru ke arah Rania.
"Abang Daniel,tolonglah.Nia tak akan ikut abang Daniel.Nia balik ni sebab nak ziarah kubur saja."akui Rania.
"Nia,abang nak hidup dengan Nia.Abang dah pujuk papa.Papa dah boleh terima Nia.Ikut abang balik dan kita nikah."desak Daniel.
Rania sudah naik rimas.Dia tak suka Daniel mendesaknya begitu.Tambahan di hadapan tanah perkuburan.
Muqri hanya diam memerhati.Tak sempat dia nak kenalkan diri lelaki di hadapannya ini terus meluru mendapatkan Rania.
"Tolonglah faham abang Daniel.Nia tak akan kahwin dengan abang Daniel.Hubungan kita setakat sepupu saja.Nia tak harap lebih dari tu."jelas Rania.
Daniel masih tidak berpuas hati.
"Kenapa Nia buat abang macam ni?Nia tahu kan abang sayang kan Nia.Abang tak sanggup nak berjauhan dari Nia lagi."
"Kalau abang Daniel sayangkan Nia.Tolong lepaskan Nia pergi.Nia nak cari kebahagian Nia sendiri.Jangan cari Nia.Jangan desak Nia lagi!"Rania dah hilang sabar.Cakap terus terang pun Daniel tidak faham.
"Habis tu Nia nak pergi mana?Abang ikut Nia.Abang akan jaga Nia."Daniel masih belum berputus asa.
"Abang Daniel.Tolonglah..jangan ganggu Nia lagi.Nia dah ada kehidupan Nia sendiri.Nia akan kahwin tak lama lagi."
Entah dari mana tiba-tiba ayat itu meluncur laju keluar dari mulut Rania.
Daniel mula mengelabah.
"Dengan siapa?dengan dia ni kah?"Daniel pandang sekilas pada Muqri.Dijelingnya Muqri yang sedang tersenyum nipis padanya.
"Iya!Nia akan kahwin dengan dia."kata Rania dengan wajah serius.
"Abang tak percaya.Ini bukan diri Nia yang sebenar.Nia tak akan pakai macam ni.Nia sedar tak Nia tengah hipokrit sekarang ni?"Daniel gelak kecil untuk menyakitkan hati Rania.
Sengaja dia menyentuh tentang pakaian Rania.Rania memakai baju kurung dan bertudung rapi ketika itu.
"Cakap lah abang Daniel nak cakap apa pun.Tapi ini lah Nia sekarang.Nia rasa tenang dan bahagia dengan hidup Nia sekarang.Cukup-cukuplah Nia buat dosa dulu hingga Nia hilang arwah papa,mama dan Ryan.Allah masih sayangkan Nia.Allah nak Nia bertaubat.Dan Nia bersyukur jadi Nia yang sekarang bukannya Nia yang dulu."ucap Rania dengan panjang lebar.
"Sanggup Nia belakang kan saudara mara yang Nia ada.Nia tak bagitahu mana Nia tinggal.Tup tup dah nak kahwin.Entah dengan siapa Nia nak kahwin ni?Nanti dia ambil kesempatan pada Nia."Daniel tidak mahu mengalah.Dia cuba memburukkan Muqri pula.
Tetapi Muqri tetap dengan wajah tenang.
"Cukuplah abang Daniel.Dia seratus kali lebih baik dari kita.Semoga abang Daniel pun berubah.Assalamualaikum.."Rania terus masuk dalam kereta.
Langsung tidak dipandang ke arah Daniel yang sedang sibuk mengetuk cermin tingkap kereta.Dia sudah malas mahu bertekak dengan Daniel.Daniel sengaja buat tak faham.Lupa kah Daniel siapa yang buang Nia dulu?
Muqri masih diluar kereta.Kurang manis rasanya bila tidak bersalaman dengan Daniel.Dia berpaling mendapatkan Daniel.
"Rania dengan aku bukan setakat sepupu.Kami dah lebih dari tu.Kau faham-faham sajalah."kata Daniel sinis semasa dia menyambut tangan Muqri.Muqri hanya tersenyum pendek dan masuk ke perut kereta.
"Maaf Ri,Saya terpaksa guna awak."Rania baru boleh menarik nafas lega bila kereta Muqri telah meninggalkan perkarangan tanah perkuburan.
Rania intai dalam cermin pandang belakang takut Daniel mengekorinya.Dia lega kerana kereta Daniel tidak kelihatan.
"Tak apa.Saya kan kawan awak."Muqri kenyit mata sebelah pada Rania.
Rania pula yang gelabah.Dalam dada dah melompat sakan.Muqri ni boleh tahan juga.
"Tapi...."Rania nak cakap sesuatu tetapi tidak jadi.
"Abang Daniel cakap apa tadi dengan awak.Saya nampak dia bisik tadi."Entah apa yang Daniel cakap.Rania rasa pelik pula.Daniel tu bukan boleh sangat kalau ada lelaki lain yang rapat dengan Rania.Mula lah nak buat perangai.
"Tak ada apa lah.Dia suruh jaga sepupu dia elok-elok."dalih Muqri.
Share this novel