Bab 3

Humor Completed 18363

SETIAP malam itu lah kerja mereka berempat tunjuk langit.Lagi tak puas,tak akan pulang ke rumah.Siang hari tidur,malam hari semua mata terbeliak.Langsung tak ada perubahan dalam hidup.Masing-masing dengan gaya hidup mewah dan harapkan duit dari mak bapak.Itu lah anak bangsa kita sekarang.Sering terleka dengan duniawi.Mereka lupa mati tidak mengenal usia.

"Hani,malam ni kau jangan tunggang banyak sangat.Habis bau baju aku hari tu.Nasib baik papa aku tak tahu.Tidak mati aku.."kata Rania kepada Hani.

"Sorry beb.Aku tak sengaja.Terover dose."Hani sengih menampakkan giginya.

"Tu la kau.Dah tau tak tahan.Tak payah la minum.Tengok macam Nia.Dia tak minum langsung."tokok Tina.

"Eh,Mira mana ya.Tadi kata nak join lepak.Ni bukan kata batang hidung,bayang kereta pun tak nampak."Tina terjinjau-tinjau ke luar restoran mencari kelibat kawan mereka.

"Entah dia tu kadang-kadang hilang.Aku pun tak faham."Hani pula angkat bahu tanda tidak tahu.

"Biarlah.Sekejap lagi sampai lah tu.."kata Rania.

Sedang mereka berborak kosong,Mira muncul di situ.Dia menarik kerusi dan terus duduk.

"Sorry semua.Aku lambat..."katanya sambil melepaskan lelah berpampasan ke sini.

Mereka bertiga memandang Mira serentak.

"Kau ni dari mana sebenarnya?"soal Hani.Tertanya juga mereka akan kesibukan Mira kebelakangan ini.

"Dari tempat kerja lah.Ni pun time rehat,sekejap lagi nak masuk kerja balik."jawab Mira.

"Dah kerja rupanya kau.Patut jarang nak lepak dengan kami."

"Kau kerja dekat mana?"soal Hani.

"Syarikat Daniel."

"Apa!!??"kata mereka bertiga serentak.

"Eeiii korang ni.Terkejut aku."kata Mira sambil mengusap dadanya.Beberapa orang pelanggan turut tertoleh ke arah meja mereka berempat.

Tina mengangkat tangan tanda maaf.

"Perlahan sikit boleh tak.."kata Mira termalu.

"Kau tu buat kami terperanjat.Banyak-banyak tempat,situ juga kau nak kerja.Tak ada tempat lain ker?"Hani cebikkan bibir.

Macam lah mereka tak tahu,Mira memang ada hati dengan Daniel.

"Dah dapat situ kira untunglah juga.Bos kecil tolong rekemenkan."ujar Mira sambil angkat kedua keningnya tersenyum bangga.

Nasib dia baik semasa temuduga hari tu,Daniel ada di situ.Terus saja dia di terima.Atas tiket kawan Rania.
Atas tiket pun atas tiket lah janji dapat kerja sambil cuci mata.Dah dekat dengan Daniel ni dia tak mahu lepaskan peluang yang ada.

"Baguslah kau dah kerja.Kami ni masih tanam anggur lagi.Tak tahu bila nak kerja."luah Tina.

"Papa aku pun dah bising aku tak kerja.Sampai bila nak macam ni pun tak tahu."keluh Rania pula.

"Apa yang susahnya.Kau kerja saja lah dengan kompeni keluarga kau.Tujuh keturunan pun makan tak habis."omel Tina.Yang lain hanya terangguk.

"Tak nak lah aku.Asyik menghadap muka Daniel,muka Mira.Sudah lah setiap malam jumpa.Tak kan tempat kerja pun nak kena sama jugak."dalih Rania.Pada hal dia kurang berminat untuk bekerja bersama Pak Long Musa.

"Kau tu untung tau Nia.Tak macam kami ni.Belajar pun tak cerdik macam kau.Harapkan sijil yang mana ada saja."kata Hani berbaur kesal.Masa sekolah tak nak belajar bersungguh.Bila dah meningkat dewasa macam ni baru nak menyesal.Dah tak ada guna.

Buat adik-adik yang tengah belajar sekarang,masa inilah nak pulun belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari.

"Aku rasa elok kita bertiga cari kerja.Tengok macam Mira dah kerja boleh la belanja duit sendiri."Tina memberi cadangan.

Mira tersenyum bangga.Sekurangnya dia sudah bekerja.

"Ya lah korang ni.Sampai bila nak macam ni.Ada duit sendiri boleh beli apa saja.Shopping,travel merata dunia.Woww!bayangkan guys!"ujar Mira turut teruja.Baru kerja seminggu dah mula bayangkan macam-macam.

"Betul juga cakap kau.Esok aku nak cari kerja lah.Ada duit baru boleh enjoy sakan.Nia,esok jom kita cari kerja."ajak Hani.

"Nia tak apa.Daniel selalu bagi duit dekat dia.Tak kerja pun tak apa.Tapi aku rasa kan, Daniel tu ada hati dengan kau."teka Tina.

Dia selau nampak Daniel pandang Rania semacam.Bukan macam sepupu tapi macam lain sangat.Mula dia tak berapa kisah tapi lama kelamaan pandangan Daniel tu seperti sesuatu sangat.

"Ishh kau ni.Tak ada maknanya aku dengan dia.Kita orang setakat sepupu sahaja.Tak lebih dari tu.Tak mahu lah aku kahwin sepupu sendiri.Nanti zuriat tak berkembang."bantah Rania.

Dia memang pantang bila ada yang sebut tentang hubungan dia dan Daniel.Bagi Rania,sepupu tetap sepupu.Tak akan ada hubungan istimewa.Rania ingat lagi Ustazah Noraini cakap.Memang tak salah berkahwin dengan sepupu sendiri cuma tak digalakkan.Nanti zuriat tak berkembang.Satu darah,satu keturunan tu saja. Lagi pun nanti anak yang dilahirkan nanti kurang cerdik.Tak mahu lah Rania.Dia kan cerdik pintar mesti lah anak dia pun ikut sama.Tak boleh bayangkan kalau dia dengan Daniel kahwin.Eeiii geli lah....tak mahu lah!

Rania buat muka geli geleman.Tak mahu bayangkan lagi.Rania lagi sanggup kahwin dengan orang lain dari si Daniel tu.

"Ha ni apa hal pula.Mula la tu bayangkan yang bukan-bukan."ejek Hani.Yang lain ketawa geli hati.

"Dah la korang jangan sebut pasal Daniel lagi.Muak nak dengar."kata Rania.

"Dengan dia kau muak.Duit dia kau tak muak pula."tempelak Tina.

Rania sengih.

"Yang tu sebab dia murah hati.Aku ambil saja lah..."katanya sambil ketawa kecil.

"Shila tu tak geli pun.Asyik bergesel saja dekat Daniel."Kata Hani buatkan Mira pula tak senang duduk.Pantang ada ruang kosong,pasti Shila tidak lepaskan peluang.

"Itu dia...bukan aku.Tak nak lah dekat-dekat macam tu.Tubuh aku ni untuk suami aku saja tau."kata Rania, buatkan yang lain bersiul galak.

Rania memang hidup dengan bebas.Tapi dia tetap ada pendirian.Nak kata kawan lelaki tak ada.Ramai.Cuma untuk serius dalam hubungan dia dah serik.Cukuplah sekali dia kecewa.Tak akan berulang lagi.Biarlah jadi sejarah dalam hidup.Jangan sampai dia kecewa lagi.

"Simpanlah dara kau tu untuk bakal suami.Untung kau dapat pak ustaz."perli Tina sambil ketawa mengejek.

"Pak ustaz okay apa."jawab Rania bersahaja.

"Memanglah okay.Kau tu boleh ker bertudung litup 24 jam.Mau pengsan pak ustaz tengok baju tak cukup kain tu."ejek Hani sambil ketawa terbahak-bahak.

Rania mencebik.Dapat pak ustaz nanti jangan harap aku nak bagi kau orang tengok.Tengok Neelofa dengan PU Hariz tu okay saja.Berangan pula kau ni Nia,pak ustaz mana nak pandang perempuan yang pakai baju tak cukup kain macam kau.Dah la rambut pun berkarat macam besi karat.Mahu di tarbiahnya kau siang sampai malam.Baru kau ada akal.Hihihi...

"Okay lah.Aku nak masuk kerja dah ni."kata Mira sambil meniti jam di tangan.

"Okey.Bye"kata mereka bertiga serentak.Sambil melambai pada Mira yang sudah menjauh.

"Kau orang agak Mira tu betul kerja atau nak pikat Daniel?"tanya Hani dengan tiba-tiba.

"Eh kau ni ke situ pula.Tak kan Mira kerja semata nak dekat dengan Daniel.Sekurangnya Mira dah berubah.Tak macam kita.Kerja pun tak ada."jawab Tina.

"Biarlah dia nak pikat Daniel ker apa.Aku malas nak ambil tahu.Sekarang ni kita nak kerja apa?"

"Tu lah.Aku pun tak nak lah asyik melepak saja.Bila dah kerja ada duit,bolehlah enjoy sakan."balas Hani.

"Asyik enjoy saja,duit pun habis."kata Rania sambil ketawa bersama.

"Apa kata kita bertiga cuba minta kerja dekat hotel depan tu.Mana tahu ada rezeki kita."ajak Tina.

"Okey, jomlah kita pergi sekarang."ajak Hani sambi bangun dari kerusi.

"Habis tu semua ni sapa nak bayar?"tanya Rania.

"Kau bayarlah dulu.Nanti dapat gaji kami belanja pula."

Rania mencebik.Belum dapat kerja dah fikir paaal gaji.Nanti tak dapat kerja baru tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience