"RINDUNYA kami dekat kau,Nia..."kata Tina dan Hani serentak.Mereka bertiga berpelukan seketika melepas kerinduan.
"Aku pun sama.Rindu korang juga."Rania sengih.
"Kau ke mana selama ni.Kau tahu tak kami dah macam orang gila cari kau."ujar Tina.
"Betul tu.Daniel tu lagi lah.Hari-hari tanya kami,kau dekat mana.Kau ada call dia ker tak.Sampai naik pening aku dibuatnya."adu Hani.
"Aku baik-baik saja dan selamat.Korang jangan bimbang.Sekarang ni jiwa aku rasa tenang sangat."luah Rania dengan muka berseri-seri.
"Cantik kau bertudung Nia.Tak sangka lagi cantik dari dulu."puji Tina.Dari tadi dia seperti tidak percaya Rania sudah berubah imej.
"Mana ada.Aku macam biasa saja.."Rania merendah diri.
"Nia,siapa tu?"Hani muncungkan bibir ke arah Muqri yang duduk tidak jauh dari meja mereka.
"Tu kawan aku,Muqri."jawab Rania.
"Kawan?tak nampak macam kawan pun.Nampak macam bakal imam kau ada lah.."sakat Tina.
"Wahh Nia.Tak sangka aku, kau betul-betul dapat juga 'pak ustaz'."usik Hani pula.
Dari tadi dia perhatikan lelaki yang bersongkok hitam itu.Muka boleh tahan juga.Hensem.
"Hish korang ni.Mana ada."dalih Rania.
Rania jeling sekilas ke arah Muqri yang sedang menyedut minuman.Tadi mereka berdua sempat singgah di masjid berdekatan.Muqri tu baru lepas solat dengan songkok masih di kepala.
"Boleh tahan juga stok ustaz-ustaz ni.Dah la hensem.Muda pula tu.Aku ingat dulu ustaz ni semua tua-tua dah.Kalau macam ni aku pun nak try juga lah.Mana tahu jodoh aku.."Hani tersengih gatal.
Sempat Rania ceritakan serba sedikit mengenai Muqri yang mengajar mengaji.Terus Hani gelar 'pak ustaz'.
"Mengarutlah kau ni Hani.Dia dah bertunang."kata Rania spontan.Entah datang di mana idea Muqri sudah bertunang.Pada hal orang tu single mingle lagi.
"Iya ka.Habis tunang dia tak jealous ker kau keluar dengan tunang dia?"Hani kecilkan seolah kurang percaya.
"Korang ni jangan tanya pasal dia lah.Mira mana Mira?"Rania mahu mengalihkan perhatian kawannya terhadap Muqri.Perasaan cemburu mula menular bila Hani tak habis bertanya pasal Muqri.Siap pakej pandang-memandang pula tu.
Muqri pun satu asyik senyum saja.Mana Hani tu tak terpikat.
Marahkan Muqri pula.Tak salahkan senyum tu satu sedekah.
Nak sedekah pun tak kena tempat.Rania jeling sekilas pada Muqri.Biarlah dia nak fikir apa.Janji dia berhenti senyum.
"Mira sekarang susah dah nak lepak dengan kitaorang.Sibuk nak kejar Daniel sangat.Kan dah mendapat."jawab Tina dalam nada geram
"Kenapa dengan Mira?"Rania ingin tahu.
"Hurmmm....kami dah puas nasihat dia tapi degil.Tak nak dengar cakap."tokok Hani.
"Mira mengandung.Anak Daniel."beritahu Tina tanpa selindung lagi.
"Kenapa sampai macam tu?Ya Allah..Mira.Apa yang dia dah buat."Rania berasa kesian dan kesal.
"Dia sanggup gadai body semata-mata nak pikat Daniel.Daniel pula lepas tangan.Tak mahu bertanggungjawab.Sekarang Mira tengah susah hati lah.Perut main membesar mana nak sorok lagi."kata Hani dengan geram.
"Abang Daniel tahu tak?"
"Huhh!dia tu.Dah dapat apa yang diidam.Tinggal macam tu saja.Dah banyak kali Mira call,langsung tak jawab.Asyik mengelak saja.Merata ceruk dia menyorok agaknya."sindir Tina.
"Mira pun dah tak kerja dengan Daniel.Malu pun ada sebab bertepuk sebelah tangan."
Mira sanggup gadaikan maruah diri semata-mata inginkan perhatian dan cinta dari seorang lelaki.Islam sudah menaikkan martabat kaum wanita,kenapa kita sendiri yang merendahkannya.Sanggup menjadi hamba nafsu pada syaitan yang bertopengkan manusia.Kalau lah Rania masih dengan dunia lamanya tak mustahil Rania juga akan 'rosak'.
Sesungguhnya Allah masih menyayangi dia dan memberi peluang lagi padanya.
"Sampai macam tu sekali.Dulu aku ingat dia main-main saja."Rania berasa kecewa dengan Mira.
Teringat waktu Mira terkejar-kejar akan Daniel.Bukan Rania tidak tahu.Mira berkawan dengannya pun sebab nak pikat Daniel.Sadis sekali bila dengar Mira jadi macam tu.
"Entah la nak cakap apa pun tak ada gunanya lagi.."Tina angkat kedua belah bahu seolah sudah berputus asa untuk membantu.
"Tak apa nanti aku cuba cakap dengan abang Daniel.Aku akan pastikan dia bertanggungjawab pada Mira.Dia tak boleh lepas tangan!"tegas Rania dengan geram bercampur marah.
"Sabar Nia.Aku pun geram jugak.Mira pun sama degil."
"Kau pula Nia macam mana?bila nak langsung?" soalan dari Tina buat Rania tergamam.
"Langsung apa?"
Tina rapatkan kedua jarinya sambil mengipas-ngipas.
"Hish!kau ni.Mana ada.Calon pun tak ada lagi."
"Tu apa."Hani muncungkan mulut ke arah Muqri.
"Merepeklah korang ni.."Rania buat-buat ketawa.
"Kalau aku jadi kau,bukan dia masuk meminang aku, tapi aku yang pergi pinang dia.Payah nak cari stok ustaz ni.Jangankan kata berubah sikit.Berubah 360 darjah lebih dari tu pun aku sanggup."kata Hani sambil mula berangan.
Muqri yag tak tahu apa-apa hanya tersenyum manis bila kedua orang kawan Rania asyik senyum padanya sejak tadi.
Hani ni bukan boleh percaya.Nanti digodanya Muqri.Tu pun asyik kerap pandang Muqri.Yang Muqri pun tak habis--habis senyum memanjang.Tak boleh ker mulut tu duduk diam sekejap.Plaster mulut tu baru tahu!
Senyuman Muqri tu memang boleh buat hati perempuan cair tau.Termasuk lah aku.
"Pak long aku dah tahu ker pasal ni?"
"Entah lah..tapi aku dah nasihatkan Mira suruh dia bagitahu pak long kau.Tak tahu Mira cakap ker tak."ujar Hani.
Geram mereka berdua dengan sikap Mira ni.Tu lah siapa suruh mencari 'penyakit' kan dah buncit.Bukan mereka tidakk simpati,tapi 'penyakit' cari sendiri ni memang mendapat lah.Lepas kena tanggung seorang diri.Kan dan merana.
"Tak boleh biarkan.Abang Daniel kena bertanggungjawab degan Mira."tegas Rania lagi.
"Daniel pun satu.Dah sedap lepas tu tinggal macam tu saja."rungut Hani.
"Susah lah Mira ni tak mahu dengar cakap.Aku rasa elok kita bagitahu mak ayah dia.Tu saja jalan nak tolong dia."cadang Tina.
"Elok lah tu.Kesian anak dalam perut tu nanti lahir tak ada bapak.Geram pula aku dengan abang Daniel ni."dengus Rania.
Ingatkan abang Daniel tak macam lelaki lain rupanya sama saja.Kesal betul Rania dengan sikap lepas tangan Daniel.
"Sebut pasal dia.Tadi aku jumpa abang Daniel dekat kubur.Macam mana dia boleh tahu aku ada dekat situ?"Rania pandang muka Tina dan Hani silih ganti.
"Sorry Nia,aku terlepas cakap masa dia call aku.Dia cakap beria nak jumpa dengan kau.Sebab dia kesian kau seorang diri tak ada saudara lain yang rapat dengan kau selain dia.Dia risau sangat dengan kau.Aku pun tak sampai hati..."Hani angkat tangan memohon maaf.
Rania nak marah Hani pun dah tak ada guna.
"Kau orang tahu dia cakap apa tadi.Dia ajak aku kahwin."beritahu Rania buatkan Tina dan Hani terlopong.
"Eeii! kenapa dengan Daniel tu.Dah buntingkan Mira,nak kahwin dengan kau pula."
"Kalau aku tahu dia buntingkan Mira tadi,aku dah basuh otak dia cukup-cukup."kata Rania dengan geram.
"Kami minta maaf lambat bagitau kau.Mira tak bagi kami bagitahu."
"Kalau dah sampai bunting ni memang dah kes berat.Tak patut betul abang Daniel tinggal Mira macam tu saja."
"Geramnya aku dengan Daniel ni."Tina meramas tisu yang digumpal seolah meramas muka Daniel.
"Aku rasa kita kena bertindak.Kalau tak gelap masa depan Mira."
"Kau tak boleh bagitahu pak long kau ker?"tanya Hani.
"Kau orang rasa pak long aku nak percaya cakap aku.Silap haribulan aku yang dipersalahkan."
Tina dan Hani sudah 'masak' akan hubungan Rania dan pak long nya yang tidak begitu baik.
"Tadi kau cakap Daniel ajak kau kahwin.Kau terima ker?"tanya Hani.
"Gila kalau aku terima.Mahu pak long aku kerat lapan belas badan aku.Kan aku dah cakap dari dulu aku tak ada apa-apa perasaan pada dia."tegas Rania.
"Habis tu,kau cakap apa dengan dia?"tanya Tina.
Rania hanya kulum senyuman.Biarkan kawan-kawannya tertanya.
Share this novel